Jalan-jalan Raya Kotaku

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jalan-jalan Raya Kotaku as PDF for free.

More details

  • Words: 769
  • Pages: 3
Jalan-jalan Raya Kotaku 1. Apakah sikap pengguna jalan raya seperti yang diperkatakan dalam sajak ini? (3 markah) ~pengguna jalan raya dikatakan tidak bertimbang rasa,tidak bertolak ansur,dan tidak sabar. ~Selain itu,mereka tidak sopan,biadap,dan dipengaruhi emosi. ~Mereka juga tidak mematuhi peraturan jalan raya dan menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan tanpa mempertimbangkan kesan-kesan negatif yang mungkin timbul akibat sikap tidak bertanggungjawab. 2. Pada pendapat anda mengapakah mereka bersikap demikian?Berikan alasan

anda.(3 markah) ~Pada pendapat saya, mereka terlalu mementingkan diri sendiri ketika di jalan raya. ~Mereka berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing secepat mungkin. ~Selain itu, kehidupan di kota terlalu menekan mempengaruhi emosi mereka menyebabkan mereka mudah marah,cemas,dan resah sehingga mereka dikatakan bersikap negatif ketika berada di jalan raya. 3. Huraikan beberapa persoalan yang terdapat dalam sajak ini.(3 markah)

~Persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah persoalan kesesakan lalu lintas di kota. ~Persoalan kedua ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak sopan dan tidak bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya. ~Persoalan ketiga ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga mereka menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan 4. Apakah pengalaman yang dilalui oleh penyajak sepanjang melalui jalan-jalan raya

di kota?(3 markah) ~Sepanjang melalui jalan-jalan raya di kota,penyajak dapat melihat pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa ,tidak sabar,dan tidak bertolak ansur ketika berada di jalan raya. ~Selain itu,penyajak dapat merasakan nilai-nilai murni yang kian terhakis akibat tekanan yang dihadapi oleh warga kota. ~Penyajak turut menyaksikan sikap pengguna jalan raya yang kasar,angkuh,dan terburu-buru serta mementingkan diri masing-masing.

5. Kesesakan lalu lintas merupakan fenomena biasa di kota.Pada pendapat anda

bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut?(3 markah) ~Pada pendapat saya,pengguna jalan raya seharusnya menyokong kempen berkongsi kenderaan bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya seterusnya mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kota. ~Selain itu,pengguna jalan raya harus menggunakan kenderaan awam seperti bas dan komuter . ~Pihak kerajaan juga perlu mengehadkan jumlah kenderaan yang masuk ke kota pada masa-masa tertentu dan menentukan laluan kenderaan perdagangan seperti lori bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. 6. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.(3 markah) ~Pengajaran daripada sajak ini ialah kita mestilah bersikap sabar,bertimbang rasa, dan bersopan santun di jalan raya. ~Kita juga mesti mematuhi peraturan jalan raya bagi menjamin keselamatan diri kita dan pengguna yang lain. ~Seterusnya kita hendaklah saling menghormati serta menjaga tingkah laku kita di jalan raya.

7. Bagaimanakah keadaan jalan raya seperti yang digambarkan dalam rangkap yang pertama?(3 markah) Rangkap yang pertama menggambarkan keadaan jalan raya pada waktu senja dan ketika itu hujan gerimis. Pengguna jalan raya kelihatan gelisah dan terpaksa bersabar untuk meneruskan perjalanan. 8. Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya di ibu kota bersikap ganas dan buas?(3 markah) Pada pendapat saya, pengguna jalan raya di ibu kota bersikap ganas dan buas kerana mereka mengalami tekanan hidup di ibu kota. Selain itu, keadaan jalan raya yang sesak menyebabkan mereka tidak dapat bersabar lalu bertindak mengikut perasaan 9.Bagaimanakah keadaan jalan raya seperti yang digambarkan dalam sajak ini? (3 markah) ~Jalan raya di kota dikatakan penuh sesak dengan kenderaan terutamanya ketika hujan atau waktu senja semasa pengguna jalan raya balik ke rumah masingmasing. ~Selain itu,pelbagai kerenah manusia diperlihatkan semasa mereka terlibat dalam kesesakan lalu lintas. ~Penyajak turut menggambarkan jalan raya yang dijadikan medan perlumbaan

melepaskan perasaan pengguna yang tidak bertanggungjawab. 10. Pada pendapat anda,apakah kesan-kesan yang mungkin timbul sekiranya pengguna jalan raya menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan?(3 markah) ~Pada pendapat saya,sekiranya pengguna jalan raya menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan,mereka akan terlibat dengan kemalangan jalan raya. ~Selain itu,mereka turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. ~Seterusnya kemalangan yang berlaku akan memburukkan lagi masalah kesesakan lalu lintas yang sedia ada. 11.Apakah maksud "Tika gerimis menabur benih"?(2 markah) ~ketika itu sedang hujan. 12. Apakah yang ditunjukkan oleh "Lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati”(2 markah) ~Menunjukkan bagaimana warga-warga kota tidak suka menunggu menyebabkan mereka harus menunggu dengan hati yang marah. 13.Apakah maksud "Ketidaksabaran membengkak"?(2 markah) ~ Warga-warga semakin marah apabila mereka tetap harus menunggu dan menunggu apabila terjadinya kesesakan jalan raya. 14.Berikan maksud "Kebosanan mengigit pangkal rasa".(2 markah) ~Warga-warga kota ini mula merasa bosan dengan keadaan yang harus mereka lalui itu. 15.Apakah yang ditunjukkan olh "budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku"? (2 markah) ~Ini menunjukkan ketiadaan adab antara warga kota kini. 16.Apakah maksud yang dibawa oleh"menghakis sopan santun seperti banjir kilat"? (3 markah) ~Menunjukkan bagaimana sopan santun telah pun pupus dengan cepatnya di dalam zaman ini. Oleh kerana itu warga-warga kota kini sudah tidak lagi bersopansantun. 17.Apakah maksud"yang hadir adalah keserakahan"?(3 markah) ~Menunjukkan bahawa huru-hara sahaja yang ada dalam kehidupan warga-warga kota ini. Tiada keharmonian di antara mereka disebabkan ketiadaan adab dan etika dalam diri mereka.

Related Documents

Raya Sebenar Raya
November 2019 39
Hari Raya
May 2020 42
Jalan Raya
October 2019 62
Tarikh Raya
June 2020 24
Kad Raya
October 2019 39