Jaga Laptop

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jaga Laptop as PDF for free.

More details

  • Words: 420
  • Pages: 2
Jaga laptop/notebook anda dengan baik! Thursday, 05 January 2006 23:05 Anda mempunyai laptop/notebook? selain dari tips-tips asas lain untuk menjaga sesuatu sistem komputer peribadi, pastinya anda ingin membaca tips dan panduan khas untuk pemilik laptop demi prestasi mantap dan tidak kurang juga untuk keselamatan laptop anda. Tips penjagaan fizikal: 1. Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dindig ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptp anda. 2. Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih. 3. Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai. 4. Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard. 5. Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau.

Tips keselamatan laptop anda: 1. Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda. Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta. 2. Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya. Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius. 3. Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, elimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop. 4. Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop. 5. Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air.

6. Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua. 7. Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda. 8. Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang beru. 9. Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.

Related Documents

Jaga Laptop
May 2020 7
Laptop
November 2019 41
Laptop
June 2020 38
Laptop
December 2019 31
Laptop
August 2019 43
Laptop
November 2019 50