Jabatan Penerangan Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jabatan Penerangan Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 763
  • Pages: 4
Daftar | Buku Pelawat | Forum | Peta Laman | Login | 4 Pengunjung

Utama

Garis Panduan

Senarai PPA

FAQ

Umum

Jadual Tugas

Kod Etika

Kompetensi

Norma Kerja

FAQ Cari

1. APA ITU SISPRO? ok

Login

Sistem Maklumat PRO atau singkatannya SISPRO adalah satu bentuk sistem yang menggunakan internet sebagai medium penyampaian. SISPRO diwujudkan bagi tujuan untuk kemudahan penyimpanan dan penyebaran maklumat yang terkawal dari Jabatan Penerangan Malaysia kepada semua Pegawai Perhubungan Awam (PPA) di serata Malaysia. Secara keseluruhannya, sistem ini berfungsi sebagai perantara perhubungan di antara

Pengumuman

Selamat Datang Ke Sispro

Login: Password: ok

Daftar

Jabatan Penerangan Malaysia dengan wakilwakil PPA dari agensi dan kementerian Kerajaan. Dalam merealisasikan objektif wawasan 2020, sistem ini boleh diperkatakan sebagai satu contoh proses e-Government di mana proses penyebaran dan penyimpanan maklumat dilakukan dengan cara "online" (secara terus) dalam dunia tanpa sempadan masa kini. 2. APAKAH FUNGSI DAN PERANAN PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM? FUNGSI DAN PERANAN PERHUBUNGAN AWAM Perhubungan Awam (PR) Tiada satu definisi PR yang dianggap sempurna dan diterima oleh semua pihak. Takrif peringkat awal : Mengikut Kamus Dewan ( Edisi Ketiga Tahun 2000) - “Membuat baik dan memberitahu orang ramai mengenainya”. - “Bagaikan ayam betina bertelur sebiji tetapi heboh sekampung”. Edward L.Bernays, pelopor PR di Amerika Syarikat mentakrifkan PR melaui: # Maklumat /Penerangan (Information) # Pemujukan publik/orang ramai # Usaha mengintegrasikan sikap dan tindakan organisasi dengan publik Sarjana/Pengamal PR lain: - Cutlip and Center - Frank Jefkins - Fraser P.Seltel - Hamdan Adnan 3 FUNGSI PENTING PENGAMAL PR * Menentukan dan menilai pendapat awam * Menasihati para eksekutif dan pentadbir * Menggunakan komunikasi bagi mempengaruhi pendapat awam Jadi, pengamal PR ialah orang perantaraan di dalam proses komunikasi antara organisasi dan orang awam. - PR adalah fungsi pengurusan - PR membantu menggubal dasar organisasi - PR memerlukan peruntukan kewangan dan tenaga kerja (yang selalunya terhad) - PR merupakan tugas setiap individu - Pandangan orang ramai perlu diambil kira (komunikasi dua hala) - PR menyatakan fakta - PR membuat sesebuah organisasi untuk menarik perhatian DI ANTARA TUGAS HARIAN PENGAMAL PR : - Membaca akhbar / keratan akhbar / analisis akhbar - Menulis siaran berita / rencana - Menghadiri / mempengerusikan mesyuarat - Memberi ucapan / juruacara - Menemui wakil media - Menjalankan tinjauan pendapat awam / membuat penyelidikan - Melayan aduan dari orang ramai/publik - Memulihkan imej organisasi sekiranya

berlaku krisis, malah mengelak berlakunya krisis. KESIMPULAN Dalam amalan PR, perkara-perkara negatif berikut boleh menjejaskan imej organisasi: - Tidak beretika - Tidak benar(tiada kredibiliti) - Hanya publisiti - Menyebelahi sebelah pihak sahaja - Menaikkan rasa kecewa melalui janji berlebihan Masa depan industri Perhubungan Awam amat mencabar terutama dalam era ledakan maklumat, teknologi maklumat (IT) dan era globalisasi. Pengamal PR harus mempunyai pengetahuan yang mendalam serta kemahiran yang baik (selaras dengan hasrat mewujudkan K-Worker) dalam menyempurnakan tugasnya serta mempertingkatkan tahap profesionalisme kerjanya. 3. APAKAH TUGAS-TUGAS SEORANG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DI JABATAN/KEMENTERIAN KERAJAAN? TUGAS-TUGAS PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DI JABATAN / KEMENTERIAN KERAJAAN ADALAH: 1. Mempromosi dasar, program dan aktiviti Jabatan/Kementerian ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan. 2. Menggalakkan penyertaan dan meningkatkan penghayatan dan kefahaman publik mengenai dasar, program dan aktiviti Jabatan/Kementerian. 3. Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif Jabatan/Kementerian secara keseluruhan. 4.Bertindak sebagai jurucakap Jabatan/Kementerian dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Jabatan/Kementerian. 5. Memantau dan menilai liputan media dan kesannya mengenai perkembangan semasa Jabatan/Kementerian serta memberi response kepada isu-isu yang dibangkitkan. 6. Mengurus maklumbalas berhubung isu-isu yang melibatkan imej Jabatan/Kementerian dan perhubungan dengan media dalam membetulkan salah liputan dan tanggapan. 7. Berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam di Jabatan/Kementerian. 8. Bertindak sebagai pegawai penyelaras media dan menjadi sebahagian daripada

pihak pengurusan di Jabatan/Kementerian. 9. Bertanggungjawab menyelaras pengeluaran dan penghasilan bahan penerbitan Jabatan/Kementerian sebagai sumber maklumat informatif. 10. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pengurusan acara bagui aktivitiaktiviti rasmi Jabatan/Kementerian berhubung publisiti, promosi dan kempen. 11. Menjalin dan memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan antarabangsa secara berterusan bagi menentukan sasaran mendapat gambaran sebenar tentang organisasi yang melibatkan dasar dan perkembangan semasa. 12. Bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan. 13. Bertanggungjawab dalam Pengurusan Acara dan Pengurusan Lawatan bagi Kementerian/Jabatan yang diwakili. 14. Menjalankan tugas-tugas lain dalam bidang perhubungan media yang diarahkan dari semasa ke semasa.

System maintained by Bahagian Media dan Komunikasi Korporat dan, Jabatan Penerangan Malaysia, 7 Floor, Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, 50612 Kuala Lumpur (P): 03-26983355 Faks: 03-26943160 e-mail: [email protected] Copyright © 2006 Jabatan Penerangan Malaysia

Related Documents

01.03 Penerangan
April 2020 13
Penerangan Skpm
April 2020 20
Penerangan Autocad
June 2020 17
Penerangan Modul
May 2020 11