Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,038
  • Pages: 6
Hillel

Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

IYAPHAN, SEBUAH CATATAN PERJALANAN 12 November 2005 Aku menyambung pengembaraanku ke Chong Mek, sebuah pekan kecil di sempadan sebelah utara antara Thailand dan Laos. Sapu tangan putih hadiah darinya masih dalam genggamanku. Ia hadiah yang sangat bermakna buatku. Hadiah yang membuat aku menghargai sepenuhnya kebebasan yang aku miliki ketika ini sebagai seorang manusia. Hadiah itu kusimpan di dalam poket seluar, sampul pembalut dan suratnya aku simpan di dalam beg. Aku masih lagi tidak faham apa yang ditulisnya. Aku tukar tumpuanku kepada persekitaran sepanjang perjalanan itu. Tidak ubah seperti di Malaysia sekurang-kurang dari hal tumbuh-tumbuhan dan cuaca pada pandanganku. Wajah Iyaphan menyelit lagi.

11 November 2004 Lambaian tangannya lembut sekali dan aku bersyukur tanggungjawabku sudah terlaksana. Aku lihat Iyaphan masih lagi menitiskan air mata. Tapi bukan lagi air mata kesedihan seperti beberapa hari yang sudah. Aku melangkah pergi diiringi oleh penduduk kampung yang tidak mampu menyampaikan kata terima kasih dalam bahasa yang aku fahami sehingga ke pinggiran kampung. Apa yang diucapkan aku tidak pasti tapi sayu bercampur gembira kedengaran kata-katanya. Sebelum aku berdiri, ibu Iyaphan memberikan aku pelukan terakhir tanda terima kasih. Bari memberikan isyarat agar kami segera beredar jika ingin tiba di Chiang Mai tepat pada masanya. Aku tidak boleh lama di sana. Cuma untuk menyerahkan Iyaphan kepada keluarganya. Sudah tentu aku tidak mampu membaca surat itu, tapi aku juga tidak akan membacanya di situ kalau-kalau Iyaphan akan merasa malu pula. Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan keselamatan Iyapahan dan pelaksanaan tanggungjawabku dengan sempurna, tapi aku ambil juga sampul itu. Tentu kalau boleh Iyaphan ingin memberikan sesuatu yang lebih bermakna lagi fikirku, tapi apa yang hanya termampu olehnya ketika itu hanyalah sekeping sampul dalam tulisan Thailand. Muncul dari kalangan mereka yang bersesak-sesak di situ, kini dia sudah mengenakan baju putih seperti adatnya anak dara kaum Karen. Penduduk kampung yang lain turut mengerumuni rumah ibu Iyaphan, Ibu Iyaphan duduk di sebelahku, masih tersenyum, Iyaphan sudah hilang ke dalam rumah. Adik-adik Iyaphan, aku kira enam orang semuanya, memandangku penuh kehairanan. Semua adik perempuan Iyaphan juga memakai baju putih yang sudah kelabu. Aku tidak naik ke rumah, cuma duduk pangkin bersebelahan dengan lesung penumbuk padi mereka. Ibu Iyaphan mencapai dan menarik tanganku menuju ke pondok mereka yang hampir keseluruhannya diperbuat daripada kayu-

1

Hillel

Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

kayan dan daun-daunan, buluh untuk tangga, dinding dan lantai, kayu untuk tiang rumah daun kelapa untuk bumbung. Ibu Iyaphan dengan air mata yang masih bergenang tersenyum memandang. Pertemuan mereka sangat memilukan sekali. Penuh dengan esak tangis dan air mata. Bukan ibu Iyaphan sahaja yang sedemikian malah seisi kampung itu. Kami mula dikerumuni oleh penduduk kampung itu, tua, muda, kecil, besar, lelaki, perempuan. Iyaphan dan ibunya berpeluk-pelukkan. Anak perempuan yang masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku itu pula turut sama meraung. Ibu Iyaphan berlari-lari anak sambil mendukung anak perempuannya yang masih kecil ke arah kami. Sudah tentu ada yang menyampaikan berita ketibaan kami kepadanya. Bari memberitahu kami akan tiba di kampung Iyaphan pada waktu hampir tengahari. Kami tidak boleh lama di sana kerana perjalanan pulang juga akan mengambil masa yang hampir sama lamanya. Di sesetengah kawasan padi huma kelihatan penduduk kampung sedang memotong padi, memang musim menuai ketika itu. Matahari terik menyinari kepala kami semasa melalui kawasan padi huma penduduk di kawasan taman negara itu. Sungguh aman dan tenteram sekali rasanya. Bajuku sudah basah lencun, aku lihat Iyaphan pun sama. Iyaphan kelihatan lebih bersemangat dengan semakin hampirnya kampungnya. Iyaphan sentiasa berjalan mendahuluiku. Sebelum memulakan perjalanan Bari singgah di rumah ketua kampung untuk meminta izin dan memberitahu yang kami akan memulakan perjalanan. Kami cuma bersarapan ringkas, tidak ingin membuang masa kata Bari. Walaupun ringkas tapi mengenyangkan, memadai buatku dan sudah tentu buat Iyaphan. Sudah terlalu lama rasanya tidak merasa pengalaman seperti itu. Selepas Iyaphan aku pula mengambil giliran mandi di telaga, sejuk, nyaman dan menyegarkan. Aku sibuk mengambil gambar sementara menunggu giliran untuk membersihkan diri dan bersarapan pagi. Aku tahu aku tidak akan dapat menyambung tidurku lagi dan mengambil keputusan untuk mengambil gambar mereka melaksanakan tugasan mereka setiap kali fajar menyinsing. Aku masih merasa mengantuk sebenarnya apabila dikejutkan oleh keriuhan bunyi lesung menumbuk padi anak-anak dara kaum Karen, tapi apakan daya itu adalah adat mereka.

10 November 2004 Aku cuma dapat melelapkan mata setelah Iyaphan kedengaran tidur dengan nafas yang teratur di sebelahku. Itu sahaja yang dapat aku lakukan untuk membantu sesama manusia. Aku usap rambutnya sambil dia mengerekot di dalam pelukanku. Tubuhnya menggigil walau selimut sudah dua lapis menutupi tubuhnya. Aku segera mengejutkan dia tidak ingin mengganggu tidur penduduk kampung yang lain dengan jeritannya. Dari kegundahan itu tiba-tiba tercetus jeritan kecil dan Iyaphan tersentak dari pembaringan. Aku memerhatikan Iyaphan yang mungkin bermimpi buruk dan tidak semena-mena menjadi

2

Hillel

Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

gundah. Baru beberapa minit aku meletakkan kepala dan ingin tidur setelah kepenatan berjalan selama sehari. Tidak banyak derma yang mampu aku beri selepas persembahan mereka itu. Memang menarik sekali bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman dengan pendidikan yang tidak mencukupi dan kelengkapan hidup yang tidak memadai. Mereka mula menyanyi dan menari dengan di iringi dentingan gitar Bari. Aku tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan tetapi mereka mula berkumpul di hadapan kami dalam susunan yang teratur. Kanak-kanak muncul dari kegelapan malam ketika Bari dan aku duduk berbual bersama beberapa orang lelaki penduduk kampung itu. Bari menjadi penterjemahku tapi tidak banyak yang kami bualkan. Iyaphan masuk tidur sebaik sahaja selesai makan malam. Kami semua keletihan ditambah pula dengan makan malam yang disediakan oleh Bari, kami makin cepat mengantuk, tapi aku tidak mahu melepaskan malam yang menarik itu berlalu begitu sahaja. Selesai makan malam kami duduk di pangkin hadapan pondok. Setelah berehat seketika dan sebelum hari gelap aku melawat sekeliling kampung mengambil gambar yang fikirku menarik, gambar tentang belenggu kemiskinan. Aku masih mampu tersenyum melihat gelagat anak-anak kecil kaum Karen yang tercengang melihat aku. Iyaphan pula duduk mendiamkan diri di sudut pondok di mana kami akan menumpang malam itu. Walaupun keletihan dan berjalan di bawah panas terik matahari kami tiba di destinasi pada pukul 4.30 petang.

9 November 2004 Aku diberitahu yang kami akan berangkat menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada pukul 7.30 pagi ke Doi Inthanon. Sementara berbicara sebentar dengan penyambut tetamu tentang keperluan untuk di bawa semasa perjalanan ke Doi Inthanon aku biarkan Iyaphan tidur dan meminta makan dan minumnya dihantar ke kamar. Aku bernasib baik kerana soal penginapan di Chiang Mai dan perjalanan ke Doi Inthanon sudah aku uruskan dengan agensi pelancongan semasa di Bangkok lagi. Setibanya kami di Chiang Mai, sudah ada yang menunggu kami di stesen bas. Bas tiba di Chiang Mai dalam pukul 2.00 pagi. Bas berhenti di beberapa tempat untuk memberi peluang kepada penumpang makan dan ke bilik air. Tapi aku tidak ada hidangan yang aku mampu jamah kerana tidak ada kepastian tentang status halalnya. Aku cuma mengisi perutku dengan air mineral dalam perjalanan itu. Iyaphan pula aku biarkan tidur senyenyak-nyenyaknya. Semua roti dan biskut yang diberikan oleh pelayan di dalam bas itu aku simpankan untuk Iyaphan. Mungkin kerana dia tahu dia sudah tiba ke negara tanah tumpah darahnya, tenang sekali dia aku lihat semenjak ketibaan kami di Bangkok 2.00 petang tadi. Setelah semua telah diuruskan, bayaran telah selesai, tiket bas telah diberikan aku mengajak Iyaphan makan terlebih dahulu sementara menunggu bas ke Chiang Mai pada 3

Hillel

Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

pukul 8.00 malam. Aku meminta agar di uruskan seorang penunjuk jalan khas untuk membawa kami ke perkampungan di mana ibu Iyaphan berada. Aku biarkan Iyaphan memberikan sedikit penerangan kepada agen pelancongan itu tentang kedudukan dan nama kampungnya. Banyak agen pelancongan membuka pejabat di stesen kereta api utama Bangkok. Kereta api tiba tepat pada masanya dan kami segera mencari agen pelancongan untuk menguruskan perjalanan dan penginapan kami di Chiang Mai dan Doi Inthanon.

8 November 2004 Kuberikan dia kemeja-T dan seluar sukan milikku agar dia lebih kemas sepanjang perjalanan itu. Kebetulan Doi Inthanon adalah salah satu daripada destinasi tujuanku jadi lebih baik aku hantar dia pulang kepada keluarganya. Aku tanya di mana keluarganya agar kesedihannya berkurangan. Aku tidak mahu menjadi perhatian penumpang lain dengan tangisan Iyaphan. Iyaphan bercerita sebaik sahaja kereta api mula bergerak dari stesen kereta api Butterworth pada pukul 1.30 tengah hari. “Hari-hari pukul sama saya.” Esak kedengaran setelah air mata. “Cakap sama saya punya mama, mau kasi kerja. Sana Bangkok kasi simpan saya dalam hotel satu bulan. Tidak boleh keluar.” Dari wajah pilu itu mengalir air mata. “Boss suka pegang-pegang. Kalau lawan dia pukul.” Kini wajah tenang berubah pilu. “Boss jahat. Dia tipu tidak kasi kerja”. Kini dia tidak secemas tadi. Iyaphan masih lagi tidur. Terus menerus. Lama sekali. Nyenyak sekali. Aku mula mempercayai ceritanya. Jika aku dalam keadaannya tentulah aku merasa letih yang amat sangat. Mungkin aku akan tidur berhari-hari lamanya. Tidak banyak yang dapat dilakukan semasa di dalam kereta api mengembara seorang diri, selain daripada membaca buku, mendengar radio atau pun tidur. Sekurang-kurangnya Iyaphan boleh dijadikan teman berbual. Iyaphan makan dengan berselera sekali. Bagi tubuh yang sekecil itu, dia makan lebih daripada biasa fikirku. Kami makan malam dengan makanan yang disediakan di dalam kereta api. Kereta api telah pun melepasi bandar Haadyai, agak lama juga ia berhenti di sana mungkin kerana ia bandar besar. Aku bimbang meninggalkan barang-barangku bersamanya. Aku tidak turun dari kereta api, kerana aku masih tidak sepenuhnya percayakan cerita Iyaphan. Aku belek pasport itu memang nampak ketulinannya malah pegawai imigresen Malaysia dan Thailand di Padang Besar tidak banyak soal ketika memberikan pelepasan kepadanya. Iyaphan serahkan pasportnya padaku sebagai jaminan katanya agar aku yakin yang dia tidak menipu. Kalau rezeki gadis ini baik aku akan menambah $40.00 untuk tiketnya dan aku tidak peduli sama ada dia duduk bersamaku di dalam kereta api atau tidak. Aku cuma ingin membantu setakat yang termampu. Aku tidak pasti sama ada tiket masih ada lagi atau 4

Hillel

Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

sudah habis dijual. Diunjukkannya kepadaku duit $50.00. Aku menoleh ke arah lain. Dia mengeluarkan segulung duit dari colinya. “Berapa duit ada?” “Boss jahat. Tipu punya orang.” “Kenapa mau balik?” Lahirnya gadis ini cantik cuma dalam keadaan yang tidak menentu, kulitnya putih, rambutnya halus dan lembut, matanya agak sepet, muka bujur sirih. Kini aku tahu niatnya tapi tingkahnya mencurigakan fikirku, cemas, mata seperti pencuri, pakaian terpalit debu dan tanah di sana-sini, ada bahagian yang kelihatan terkoyak, rambut tidak terurus, cuma berselipar untuk perjalanan jauh dan tidak ada beg pakaian, ada kesan lebam pada pergelangan tangan dan dahinya. “Nama Iyaphan. Thailand. Mau balik. Duit tak cukup. Abang! Minta tolong?”. Masih juga dengan matanya yang sentiasa waspada aku memerhatikan dia. Kini dia lebih berani, jika tadi cuma berdiri kini dia sudah duduk di sebelahku. Aku jadi curiga dengan gadis seorang ini. Aku juga secara tidak sedar mengikut perbuatannya cuba mengesan siapa yang dicarinya tapi tidak ada sesiapa yang sedang memerhatikan kami pada perhatianku. Matanya melilau ke sekeliling stesen kereta api Butterworth. Loghat Thailand dan bahasa Melayu yang tersangkut-sangkut seorang gadis menyapaku, ”Abang! Minta tolong.” Aku sedang menanti ketibaan kereta api Butterworth - Bangkok tiba sambil membaca buku yang kubawa.

Prolog 7 November 2004. Salah sebuah artikel dalam sebuah akhbar tempatan: Butterworth, Pulau Pinang - Seorang lelaki berumur 39 tahun ditemui mati setelah terjatuh dari pangsapurinya yang terletak di tingkat 8. Beliau yang dikenali sebagai Ho Meng Guan tinggal seorang diri di pangsapuri tersebut hinggalah awal Oktober yang lepas apabila beliau kembali dari bercuti di Chiang Mai bersama seorang wanita muda dalam usia lingkungan 19 - 22 tahun. Walau bagaimanapun semasa kejadian itu, wanita muda itu tidak dapat dikesan. Jiran-jiran beliau tidak dapat memberikan gambaran yang jelas tentang wanita muda itu kerana beliau tidak pernah keluar dari pangsapuri tersebut. Wanita muda itu cuma kelihatan sekali-sekala semasa menjemur pakaian di beranda pangsapuri itu............. 4 September 2004. Doi Inthanon, Chiang Mai. Senyap-senyap dia menyelinap dari rumah dan berlari-lari anak menuju ke arah Meng Guan yang menunggu di pinggir kampung. Ibunya menjaga padi huma. Adik-adiknya sedang leka bermain. Sapu tangan putih hadiah ibu semasa haid pertama itu yang paling dihargainya. Tidak banyak pakaian yang dibawanya cuma yang perlu sahaja. Kata-kata Meng Guan yang fasih dan mengasyikkan 5

Hillel

Iyaphan, Sebuah Catatan Perjalanan

itulah yang menjadi pendorong Iyaphan. Tidak akan lagi datang peluang sedemikian jika dilepaskannya kali ini. Ibunya tidak berfikiran luas dan tidak memahami dirinya. Iyaphan ingin menikmati kebebasan sebagai seorang manusia. Hillel 01 0141 JUN 06 ©HAK CIPTA TERPELIHARA

6

Related Documents