1
1 Apakah ITEM?(Information Technology in Educational Management). Huraikan cara-cara seorang pengetua menggunakan ITEM secara efektif.
Information Technology in Educational Management (ITEM) atau Teknologi Maklumat dalam Pengurusan Pendidikan ialah satu bidang yang baru muncul di dalam apa juga bentuk pengurusan dan pentadbiran organisasi masa kini. ITEM juga bermaksud applikasi teknologi informasi dan komunikasi di dalam pengurusan organisasi pendidikan (Nolan dan Tatnall, 1995).
ITEM
merupakan
cantuman
dua
elemen
iaitu
pengurusan
pendidikan dan teknologi maklumat oleh itu kefahaman mengenai ITEM ialah bagaimana teknologi digunakan (komunikasi, sebaran maklumat, pangkalan
data
dan
sebagainya)
membantu
sistem
pengurusan
pendidikan seperti sekolah menjadi lebih mudah dan sistematik. Maklumat ialah data yang telah diproses, ditadbir, ditafsir dan diringkaskan. Teknologi maklumat pula ialah data diproses secara eletronik seperti penggunaan applikasi komputer dan alat komunikasi yang lain. Maklumat yang telah diproses membekalkan pengetahuan kepada pengurus dan pentadbir institusi pendidikan seperti sekolah. Apabila mengaitkan penggunaan teknologi maklumat dengan pengurusan pendidikan ia bermakna pihak pengurusan institusi pendidikan tersebut menggunakan alatan eletronik seperti applikasi komputer dan alat komunikasi eletronik lain untuk mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbirannya seperti peperiksaan, hal ehwal murid, asrama, kewangan, sumber manusia dan lain-lain. Apabila pengurusan sekolah sekolah (pengetua, guru penolong kanan) mengadaptasikan teknologi malkumat dalam pengurusannya, mereka perlu tahu dan cekap menggunakan alatan dan applikasi berkaitannya.
ITEM
melibatkan
pengetahuan
konsep
asas
sistem
maklumat, perisian (software), hardware, perkakasan (komputer dan lainlain) perundangan dan etika yang berkaitan dengan sistem dan teknologi maklumat. Oleh itu sebelum ITEM diserap dan perkenalkan dalam sistem pengurusan di sekolah, pengetua dan guru penolong kanan serta sumber
2
manusia yang berkaitan perlu melengkapkan diri dari aspek penerimaan inovasi baru, pengetahuan asas berkaitan dan juga kemahiran applikasi sistem tersebut supaya ia boleh digunakan dengan berkesan.
Seorang pengetua boleh mengguna ITEM secara efektif apabila membuat perancangan yang teliti bermula dengan membuat kajian keperluan mengenai bahagian pengurusan yang perlukan inovasi ITEM. Selepas mengenal pasti masalah dan keperluan, pengetua hendaklah memilih sistem atau applikasi yang sesuai dengan keadaan sekolah, ia mestilah praktikal, mudah digunakan, mudah diselenggara, penggunaan meluas serta mudah diterima oleh warga sekolah dan keberkesanan mengatasi masalah pengurusan serta meningkatkan kualiti pengurusan tersebut. Sebagai contoh, pengurusan rekod dan tindakan disiplin, jika pengetua menggunakan program e-Disiplin untuk menguruskan rekod dan tindakan disiplin murid, rekod disiplin murid boleh disimpan dengan sistematik serta tindakan disiplin boleh di kenakan ke atas murid apabila mata dimerit yang dicatatkan secara automatik oleh program memberikan pengetua maklumat untuk diambil tindakan. Selain itu, pengetua juga mestilah memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai applikasi dan kemahiran tinggi berkaitan operasi teknologi atau program ITEM yang digunakan. Pengetua juga perlu mengenal pasti guru-guru atau staf yang berkebolehan dan bekemahiran tinggi untuk membentuk satu pasukan kerja yang mengendalikan operasi sistem atau program ITEM yang digunakan. Pasukan tersebut bertanggungjawab mengendalikan sistem seperti mengumpul data, memasukkan data ke dalam sistem, proses data dan akhirnya membekalkan data yang diproses kepada pengetua dan kepada pihak berkenaan. Secara ringkas keberkesanan penggunaan ITEM oleh pegetua di sekolah juga bergantung kepada kecekapan dan kepantarsan serta berterusan data-data dikumpul, direkod dan dianalisis oleh sesuatu program ITEM supaya ia boleh digunakan dengan cepat, tepat dan berkesan. Pengetua hendaklah memastikan data dan maklumat yang diproses dikongsi bersama dengan warga sekolah atau individu di luar sekolah. Data dan maklumat mengenai peperiksaan yang diproses melalui program komputer boleh dikongsi supaya pengetua, warga sekolah dan ibu bapa boleh memperolehi maklumat kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu bidang dan boleh merancang penambah baikkan kepada murid. Ringkasnya, pengetua wajar sentiasa meningkatkan keupayaan diri serta mengambil inisiatif memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat sebagai strategi meningkatkan kualiti serta keberkesanan pengurusan sekolah. Pengetua juga wajar bertindak sebagai motivator dan menggunakan pengaruh
3
kepemimpinannya supaya kumpulan kerja atau individu yang terlibat faham operasi program ITEM sentiasa bergerak dan berkembang dengan berkesan. Pengetua juga wajar memastikan data-data dan maklumat yang diproses melalui program ITEM digunakan dengan bijak dan bermanfaat supaya
pelaksanaan
program
melicinkan
lagi
mendalami
pengetahuanya
tersebut
pengurusannya.
berkesan
Sebagai
berkaitan
contoh,
dengan
dan
membantu
pengetua
personaliti
dan
boleh latar
belakang guru-gurunya melalui Program Emis yang menyimpan dan memproses rekod guru-guru di sekolah. Melalui pengetahuan dan kefahaman latar belakang dan personaliti guru-guru tersebut pengetua boleh menentukan bidang tugas guru berdasarkan kepada kemahiran dan kecenderungan
serta
pengalaman
mereka.
Tegasnya
keberkesanan
penggunaan program ITEM oleh pengetua dalam pengurusan di sekolah juga bergantung kepada kebolehan pengetua menyelesaikan masalah berkaitan kesesuaian guru dengan tugasan melalui pengetahuan data dan rekod guru. Ia juga secara tidak langsung membantu pengetua membuat keputusan dan perancangan berkaitan guru-guru dan staf yang lain berdasarkan kemampuan pengetua menguasai fakta, rekod dan data mereka. Penggunaan ITEM oleh pengetua dalam pengurusanya juga boleh dilihat berkesan dan efektif jika program yang digunakan memberi kemudahan dari aspek ketepatan dan kepantasan. Penggunaan program penyusunan
jadual
waktu
sekolah
berkomputer
misalnya
dapat
mengurangkan masalah kepada pengurusan sekolah untuk mengatur jadual waktu guru secara tepat dan tidak bertindih. Program itu juga boleh mengatur jadual waktu kesemua guru di sekolah dengan cepat dan pantas berbanding dengan kaedah manual. Secara tidak langsung ia boleh mengurangkan
masalah
pertindihan
kelas
guru
dan
membantu
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Pengetua juga boleh menggunakan program-program ITEM secara berkesan
apabila
dapat
mengawal,
menyelia
dan
memantau
perkembangan program serta dapat mentaksir keberkesanan program
4
tersebut. Sebagai contoh, pengetua dapat mengesan keberkesanaan program e-Disiplin apabila kadar salah laku murid menurun dari mingguke seminggu, dari bulan ke bulan dan seterusnya seperti yang direkodkan dalam program tersebut. Tegasnya pengetua mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan program ITEM tersebut atau membuat panambah baikkan berdasarkan taksiran beliau meneganai keberkesanan program tersebut.
Oleh
itu
pengetua
mempunyai
kuasa
yang
kuat
untuk
menentukan sesuatu keputusan kerana rekod yang dikeluarkan oleh sesuatu program membantu menjadi bukti dan alasan kepada apa jua keputusannya kelak. Sebagai kesimpulanya, pengetua boleh menggunakan program ITEM dengan berkesan apabila berkebolehan merancang program tersebut mengikut kesesuaian dan permasalahan pengurusan di sekolah. Pengetua juga mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan applikasi program serta mempunyai pasukan yang dapat membantu mengumpul
dan memproses
rekod-rekod secara cepat,
tepat
dan
berterusan. Pengetua juga harus mempunyai sikap keterbukaan untuk berkonsi maklumat dan data yang dihasilkan oleh program ITEM dengan semua
orang
dengan
tujuan
untuk
membuat
penambah
baikkan.
pengetua juga wajar berkebolehan menggunakan data dan rekod yang dikumpul untuk merancang dan membuat keputusan terbaik untuk tugasan guru-gurunya. Pengetua juga harus menyelia dan memantau perkembangan
program
supaya
dapat
mentaksir
kelemahan
atau
kemajuan program dan dapat membuat keputusan untuk meneruskan atau tidak program itu. Kesemua di atas dapat menghurai dengan jelas cara-cara bagaimana pengetua dapat menggunakan ITEM dengan efektif.
5
2. Apakah mungkin halangan-halangan yang dialami seorang pengetua dalam menggunakan ICT untuk pengurusan? Sesuatu inovasi yang dilaksanakan di sekolah terutama inovasi yang menggunakan ICT terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan. Ini adalah kerana walaupun bidang ICT telah digunakan di sekolah semenjak 1980-an (di Malaysia), perkembangan yang pesat dalam bidang ini menyebabkan teknologi ICT tidak dapat diikuti dan dikuasai sepenuhnya oleh pengetua dan warga sekolah. Sebagai contoh sehingga akhir tahun 1990-an, kebanyakkan komputer di sekolah menggunakan perisian Windows 98 sebagai sistem operasi, perubahan ketara berlaku di awal tahun 2000 sehingga 2008 apabila sistem operasi windows telah berkembang pesat kepada Windows 2000, Windows XP dan terkini Windows Vista. Melalui pemerhatian saya di sekolah, terutamanya di Makmal Komputer Sekolah, perisian Windows 98 masih digunakan dan komputer tersebut tidak dapat diupgrade kepada sistem operasi terkini kerana tidak mempunyai spesipikasi dan peralatan yang boleh menyokong teknologi terkini. Oleh itu banyak perisian atau program terkini dalam sistem pengurusan sekolah tidak dapat dilaksnakan kerana ketidakupayaan sistem komputer sekolah untuk menyokong penggunaan perisian tersebut. Secara tidak langsung program ICT seperti e-Disiplin sebagai contoh tidak dapat dilaksanakan kerana program itu memerlukan sekurang-kurangnya sistem operasi Window XP sebagai platform applikasi. Langkah untuk mengatasi masalah ketidakupayaan sistem komputer untuk menyokong program ICT memerlukan belanja yang besar. Pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk membeli computer terbaru dan sesuai. Tambahan pula kebanyakkan komputer yang diterima oleh sekolah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui kontrak pusat. Pihak sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya membeli komputer kerana ia perlu mendapat kelulusan daripadapihak kementerian.
6
Ketinggalan dari aspek kemajuan teknologi ICT tidak hanya daripada aspek perkakasan dan perisian, di sekolah pengetua juga mengalami masalah ketinggalan teknologi dari aspek sumber manusia. Melalui pemerhatian, di sekolah wujud segolongan guru terutama generasi guru yang memulakan perkhidmatan tahun-tahun 1970-an dan 1980an mempunyai sikap fobia terhadap komputer kerana golongan ini tidak terdedah kepada teknologi ICT dari awal perkhidmatan mereka. Golongan ini lebih selesa menggunakan sistem secara manual dan tidak bersedia untuk beralih kepada teknologi terkini. Lebih malang lagi ada pengetua yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam mengenai ICT kerana lompang generasi yang menyebabkan teknologi ini tidak sampai dalam pengetahuannya. Kedua-dua keadaan mewujudkan situasi ketidaksediaan sumber manusia untuk penggunaan ICT dalam pengurusan manusia kerana mereka sudah berada dalam zon selesa dan tidak mahukan perubahan. Halangan yang dihadapi oleh pengetua dalam penggunaan ICT juga boleh disebabkan kekurangan tenaga pakar untuk mengendalikan operasi sesuatu sistem ICT. Walaupun ketika ini ramai guru-guru generasi baru bersedia menngunakan teknologi ICT tetapi bilangan yang benar-benar terlatih dan mahir atau mendapat pendidikan formal dalam bidang ICT amat kecil. Golongan tenaga mahir ICT ini khas kepada guru-guru subjek ICT, guru-guru lain pula boleh dikatakan hanya mempunyai kemahiran di peringkat applikasi program sahaja. Kesannya bebanan tugas pengendalian program menggunakan ICT diletakkan di bahu segelintir kecil guru-guru ini. Akibatnya, oleh kerana kekangan masa dan tenaga program penggunaan ICT akan menjadi lambat atau tidak lancar sehingga mengurangkan keberkesanan program. Halangan yang dihadapi oleh pengetua apabila menggunakan ICT dalam pengurusan di sekolah juga berpunca daripada program-program pengurusan menggunakan ICT yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Emis (Data Guru), SSM (Sistem Rekod Murid berkomputer), SSDM (sistem salah laku disiplin sekolah) dan lain-lain. Pengetua terpaksa melantik seorang atau sekumpulan guru untuk dilatih mengendalikan program-program tersebut walaupun guru-guru tersebur tidak mahir dalam bidang ICT. Kesannya berlaku pelbagai masalah dan kesilapan seperti perekodan data dan pemprosesan data sehingga data akhir yang dikeluarkan tidak tepat. Ini adalah implikasi kepada program yang diwajibkan kepada pihak sekolah oleh kementerian tanpa memperdulikan kekurangan dan kelemahan di peringkat sekolah. Pengetua terpaksa melaksanakan program tersebut dengan segala kekurangan yang ada di sekolah.
7
Halangan yang terpaksa pengetua hadapi apabila menggunakan ICT dalam pengurusannya ialah berkaitan dengan keselematan data dan rekod yang disimpan. Komputer dan rangkaian komputer terdedah kepada ancaman virus, trojan, spyware dan lain-lain lagi apabila digunakan oleh pelbagai pihak dan mempunyai hubungan internet. Serangan ancaman-ancaman itu boleh mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada sistem program dan data program yang disimpan. Melalui pemerhatian saya, komputer sekolah mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diserang oleh virus dan sebagainya kerana sistem pertahanan komputer yang lemah dan tahap penggunaan yang tinggi daripada guruguru. Keadaan itu lebih teruk jika sekolah menggunakan Local Area Network kerana virus dan ancaman lain boleh merebak dengan cepat ke komputer yang ada dalam rangkaiannya. Kesimpulannya, halangan yang dihadapi oleh pengetua apabila menggunakan ICT dalam pengurusannya adalah berkaitan dengan sejauh mana perkakasan komputer di sekolah sesuai dan menepati speksifikasi terkini mengikut perkembangan teknologi semasa. Halangan guru boleh dalam bentuk tenaga mahir dalam komputer kerana tidak semua guru di sekolah berda pada tahap kesediaan yang tinggi untuk menerima dan menyertai secara aktif inovasi melalui ICT di sekolah. Sekolah juga kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini dan beban tugas terpaksa diletakkan di bahu segelintir guru. Begitu juga halangan pengetua yang terpaksa menjalankan program melaui ICT yang diwajibkan oleh pihak atasan dengan menggunakan sumber perkakasan dan kepakaran yang terhad. halangan juga boleh berlaku dalam bentuk ancaman virus dan sebagainya sehingga menyebabkan rekod dan data yang disimpan dalam komputedr musnah.
8
3.
Huraikan dua isu yang perlu ditangani jika seorang pengetua ingin terus menggunakan ICT untuk pengurusan. Pengetua sebagai pengurus sekolah memerlukan inovasi terutama program-program
yang melibatkan ICT untuk pengurusan yang lebih cekap, tepat dan pantas. Program-program yang menggunakan ICT pula sekurang-kurangnya melibatkan dua elemen penting iatu elemen manusia dan perkakasan. Kedua-dua elemen itu saling berkaitan antara satu sama lain, jika salah satu elemen pincang, penggunaan program ICT tidak boleh diteruskan. Oleh itu elemen manusia dan elemen perkakasan merupakan dua isu yang harus ditangani oleh pengetua jika ingin terus menggunakan ICT untuk pengurusan.
1. Isu elemen manusia Manusia dalam konteks ini ialah sumber manusia yang berada di sekolah iaitu guruguru, pekerja dan murid-murid. Peringkat awal sebelum menggunakan ICT untuk pengurusan, seorang pengetua mestilah memperolehi maklumat berkaitan tahap kesedaran ICT dan inovasi warga sekolah untuk menerima perubahan. Wujud pelbagai kelompok manusia di sekolah termasuklah kumpulan guru-guru yang beranggapan penggunaan ICT merupakan satu fobia atau ketakutan sehingga mereka menolak inovasi berasaskan ICT. Jika program itu diteruskan tanpa pengetua melakukan sesuatu kepada kumpulan ini, mereka akan meminggirkan program tersebut dan program itu akan gagal. Oleh itu selepas menganal pasti kumpulan ini, pengetua mesti bertindak dengan memberikan motivasi dan kesedaran kepentingan penggunaan ICT. Kumpulan tersebut mesti diberi peluang mencuba peralatan dan perkakasan ICT dengan bantuan pakar supaya kebimbangan dan fobia mereka dapat diatasi. Dengan cara itu, kumpulan fobia ICT ini boleh menerima secara perlahan-lahan inovasi menggunakan ICT dan bersedia menerima perubahan apabila ketakutan terhadap alatan ICT berkurangan.
9
Warga sekolah juga seharusnya mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas supaya inovasi menggunakan ICT dalam pengurusan dapat dihayati dan diterima dengan kesediaan. Jika guru-guru dan murid-murid kurang pengetahuan contohnya penggunaan SMM (Sistem Maklumat Murid berkomputer), mereka mesti diberi pengetahuan dan penerangan. JIka pengetahuan itu tidak diperolehi dengan hanya pemberitahuan secara bertulis atau penerangan ringkas di tapak perhimpunan, pengetua wajar mengadakan kursus atau bengkel khas supaya pengetahuan dan kemahiran itu diperolehi dengan lengkap. tahap pengetahuan ini penting bagi seluruh warga sekolah kerana penerimaan dan penyertaan seluruh warga sekolah boleh menentukan keberkesanan sesuatu inovasi. Isu manusia juga berkisar kepada kewujudan tenaga pakar dalam bidang ICT di sekolah. Pengetua seharusnya telah mengenal pasti kepakaran setiap guru. Oleh itu guru-guru yang pakar dalam bidang ICT, hendaklah menjadi satu kumpulan elit yang boleh membimbing guru lain serta dapat menggerakkan inovasi pengurusan menggunakan ICT. Selalunya di sekolah kumpulan ini merupakan ahli dalam unit ICT dan menjadi mentor kepada guru lain terutama dalam applikasi program-program tertentu. Kumpulan ini yang mempunyai kepantasan menguasai pengetahuan dan kemahiran sesuatu program digerakkan menjadi mentor dan fasilitator kepada guru lain boleh membimbing rakan-rakan guru yang lain contohnya berkaitan pelaksanaan dan applikasi sistem e-Disiplin yang memerlukan penyertaan semua guru untuk merekod salah laku murid. Jika pihak sekolah tidak memiliki ramai tenaga pakar, pengetua boleh mengemukakan usul untuk melatih guru yang berkecendeungan tinggi ICT melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru itu juga digalakkan dan disokong jika mereka memilih untuk mengikuti kursus atau latihan yang dianjur oleh pihak lain seperti institut-institut perguruan, kolej-kolej atau universiti supaya mereka memperolehi taraf kepakaran dalam ICT dan menyumbang kembali kepakaran mereka kepada sekolah.
10
Tegasnya isu elemen manusia yang perlu ditangani oleh pengetua jika ingin meneruskan penggunaan ICT untuk pengurusan, pengetua hendaklah mewujudkan kesedaran dan kesediaan warga sekolah supaya iniovasi itu mudah diterima. Pengetua juga wajar memastikan setiap warga sekolah mempunyai pengetahuan tentang program inovasi itu dan mempunyai kepakaran applikasi program itu supaya dapat menyumbang kepada keberkesanan program. Pengetua juga wajar menggembleng tenaga pakar di sekolah supaya boleh membimbing guru-guru lain dan menjadi tulang belakang yang penting dalam setiap program pengurusan yang menggunakan ICT. Di samping itu pengetua hendaklah sentiasa membuka peluang dan menyokong guru-guru yang ingin mengembangkan lagi pengetahuan dan kepakaran mereka melalui latihan dan kursus-kursus ICT. Tegasnya, peranan pengetua sendiri amat penting dalam merancang, mengurus, mengelola dan mengawal setiap program pengurusan menggunakan ICT supaya semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama yang bermakna dan berkesan untuk menjayakan setiap program.
2. Isu elemen perkakasan (alatan) Penggunaan program dan perisian ICT dalam pengurusan di sekolah juga amat bergantung kepada perkakasan atau alatan. Keperluan utama dalam ICT ialah set komputer dan alatan-alatan sokongan yang lain seperti pencetak, pengimbas dan lain-lain keperluan. Di samping itu juga ada program yang memerlukan rangkaian komputer-komputer di sekolah dalam bentuk Local Area Network dan capaian ke internet serta kemudahan wireless. Kepincangan alatan yang menyokong program ICT dalam pengurusan boleh menyebabkan ketidakberkesanan program itu di sekolah. Beberapa isu dihuraikan di bawah berkaitan elemen perkakasan sebagai alat sokongan utama program pengurusan ICT. Kesesuaian dan keserasian program dan sistem operasi komputer amat penting dalam menjayakan sesuatu perisian ICT dalam pengurusan. Pengetua perlu ada pengetahuan dan bantuan pakar untuk memastikan komputer yang bakal digunakan sedia menyokong perisian
11
pengurusan tersebut. Pengetua mesti memeriksa sistem operasi komputer-komputer tersebut serasi dengan perisian, walaupun bukan menggunakan sistem operasi terkini, sekurangkurangnya, sistem operasi tersebut adalah pada tahap minima serasi dengan perisian. Komputer juga harus mempunyai processor yang mencukupi pada kadar minima dan mempunyai perisian yang wajib sebagai platform kepada program pengurusan yang menggunakan ICT. Sebagai contoh program e-Disiplin menggunakan platform Microsoft Office Acces versi 2003 dan ke atas dengan sistem opersi Windows XP ke atas serta kelajuan processor 516mb ke atas. Jika komputer tidak memenuhi syarat asas keperluan sokongan perisian itu, pengetua haruslah mencari jalan untuk memdapatkan komputer yang sesuai dan boleh menyokong perisian. Jika tidak, program e-Disiplin tidak boleh beroperasi dan gagal. Begitu juga dengan alatan sokongan yang lain seperti pencetak, kebanyakkan sekolah mempunyai pencetak dotmatric berkelajuan rendah, tetapi ia tidak sesuai digunakan jika cetakan data dan rekod yang diproses banyak kerana ia memakan masa dan tidak cekap. Oleh itu pengetua sewajarnya menyediakan pencetak berkelajuan tinggi dan cekap seperti pencetak laserjet. Sebagai contoh, analisis keputusan peperiksaan seluruh tingkatan di sekolah menggunakan perisian ICT seperti Microsoft Office Excel dan sebagainya, memerlukan cetakan dalam bilangan yang banyak dan pencetak kelajuan tinggi seperti pencetak laserjet amat sesuai digunakan berbanding pencetat dotmatric. Pemasangan Local Area Network (LAN) juga penting jika program tersebut memerlukan rangkaian komputer dalam sekolah berinteraksi satu sama lain. Oleh itu, sistem tersebut perlu dipasang dengan menggunakan keupayaan server yang sesuai dan mencukupi. Kabel-kabel penyambungan LAN juga perlu disusun atur dengan kemas supaya ia tidak mendatangkan bahaya kepada murid-murid dan boleh berlaku kerosakkan dengan mudah. Ada sekolah telah menggunakan program SMM dengan menggunakan LAN sebagai penghubung antara komputer di bilik guru, bilik peperiksaan dan pusat sumber dengan server di pejabat sekolah. Begitu juga dengan pemasangan internet tanpa wayar ia juga perlu dapat
12
menjangkaui seluruh kawasan sekolah. Ia juga perlu ada kawalan kemasukan seperti kata kunci dan diselenggara dengan baik supaya dapat berfungsi dengan berkesan. Perkakasan juga perlu diselenggara secara berkala supaya dapat berfungsi dengan baik. Sistem opersi komputer perlu dibersihkan daripada junk file, junk registry file serta failfail sementara yang wujud. Tujuannya ialah supaya sistem operasi komputer dapat mengekalkan kelajuan operasinya secara maksimum dan berkesan. Begitu juga dengan alatan yang lain seperti pencetak memerlukan selengaraan seperti penukaran toner dan sebagainya. Selain daripada itu, keselamatan rekod dan data program yang disimpan di dalam memori komputer juga amat penting. Oleh itu setiap komputer yang digunakan dalam program pengurusan ICT perlu ada perisian perlindungan seperti perisian anti virus atau perisian keselamatan menyeluruh yang terkini. Ini bertujuan supaya komputer dapat dilindungi daripada ancaman virus dan ancaman-ancaman lain. Ini adalah kerana ancaman virus boleh menyebabkan rekod dan data yang disimpan musnah atau komputer tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga terpaksa diformat semula sistem operasinya. Jika keadaan ini berlaku semua rekod dan data dalam komputer akan hilang dan ia boleh menyebabkan sistem yang digunakan pincang dan tidak berfungsi. Langkah lain yang perlu diambil oleh pengetua dan pengurusannya ialah dengan membuat salinan rekod sebagai backup secara berkala dengan cara menyalin rekod tersebut di dalam cakera liut atau sebarang peranti memori yang lain. Dengan cara ini jika berlaku kehilangan atau kemusnahan data program, fail backup yang disimpan dapat menyelamatkan seluruh operasi sistem. Isu keselamatan perkakasan juga merujuk kepada keselamatan perkakasan itu daripda pencerobohan secara fizikal seperti kecurian dan kemusnahan akibat vandalisme. Ia perlu diletakkan di tempat yang selamat dan tidak dapat dicerobohi di luar waktu persekolahan dan sebagainya. Jika komputer tersebut diletakkan di bilik-bilik khas, pastikan bilik tersebut
13
mempunyai jeriji setiap tingkap dan pintu dan dikunci dengan mangga sesuai. Ini adalah kerana alatan ICT sering menjadi tumpuan pencuri kerana ia ada harga di pasaran gelap. Namun begitu, di waktu pesekolahan atau waktu pejabat, perkakasan tersebut hendaklah mudah diakses oleh guru-guru yang menjalankan tugas operasi program supaya program dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. pemilihan tempat meletakkan perkakasan yang mudah dikunjungi oleh guru seperti bilik-bilik guru, pejabat sekolah dan bilik-bilik khas penting kerana ia mudah diakses dan kadar penmggunaan yang tinggi dan selamat. Tegasnya, isu elemen perkakasan ini adalah satu isu penting yang harus diselesaikan oleh pengetua supaya program pengurusan menggunakan ICT dapat dijalankan dengan berkesan dan berterusan tanpa kepincangan. Perkakasan yang sesuai dan serasi, berada dalam keadaan baik serta mudah diselenggara dan diakses dengan selamat menjadi syarat-syarat asas kepada penyelesaian isu ini. Secara keseluruannya, dua isu iaitu isu manusia dan perkakasan merupakan isu besar yang harus ditangani oleh pengetua jika ingin melihat program pengurusan berasaskan ICT berjalan lancar dan berterusan. Kedua-dua elemen ini saling berkaitan dan jika salah satu pincang, ia akan merosakkan seluruh operasi program dan program akan terbengkalai begitu sahaja. Oleh itu pengetua wajar mengambil berat dan serius dengan isu-isu isu demi pengurusan yang efektif dan berkesan.
Rujukan Abd. Ghani Jaafar, Chan H. L,, Shoba C. K. & Bazrulzaman Baharom (2005). Konsep dan pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia. Seminar Pendidikan 2005. Fakulti Pendidikan UTM. 15 Oktober 2005, 1-18
14
Jaafar Muhammad (2003). Kelakuan organisasi. Petaling Jaya: Leeds Publications. Nolan, P. & Tatnall, A. (1995). ITEM as catalyst for school reform. In Barta, B., Telem, M., & Gev, Y. (Eds.), Information technology educational management (p. 239-241). London: Chapman & Hall. Wan Mustama Wan Abdul Hayat, Ahmad Rafee Che Kassim, Mazlan Samsudin
&
Elhammi
Ahmad
(2004).
Integrasi
ICT
dalam
pengurusan dan kepimpinan pendidikan: Isu dan cabaran. Prosiding seminar nasional pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, 6-9 Disember 2004. p. 38-49.