ISLAMISASI ILMU: FALSAFAH, AGAMA DAN MATEMATIK Shahrul Nizam Ishak Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang. E-mail:
[email protected]
وعلى دعاة, وأفضل الصالة وأتن التسلين على سيذ ًا هحوذ وعلى آله وصحبه أجوعيي, الحوذ هلل رب العالويي الحق وقادة الخير باحساى الى يوم الحســـــاب
1.0
Pengenalan
Gagasan Islamisasi ilmu adalah satu fenomena yang berakar dalam tradisi intelektual Islam. Hal tersebut dapat dilihat apabila golongan ilmuan Muslim berhadapan dengan tamadun dan tradisi asing yang tidak dapat dielakkan daripada berhubung dengan orang-orang Islam. Maka, tidaklah Islam itu satu agama yang tertutup atau melarang penganutnya berhubung dengan warisan atau tamadun asing, bahkan Islam bersifat terbuka dan rasional terhadap realiti tetapi jangan sampai prinsip asas tergadai dan aqidah terlerai. Epistemologi Islam adalah berdasarkan dari sumber Islam itu sendiri. Iqbal menegaskan bahawa: “It is clear that the birth of the method of observation and experiment in Islam was due not to a compromise with Greek thought, but to a prologue intellectual surface with it.”1 Tambah beliau lagi, setiap agama mempunyai teks suci mereka tersendiri di mana perhatian penganutnya di arahkan terhadap teks suci tersebut bagi mengetahui kebenaran dan kehendak Tuhan. Maka, kebenaran adalah sesuatu yang boleh didapati daripada kitab tersebut dan hanya terdapat satu kitab sahaja yang menjelaskan kebenaran yang hakiki itu. Al-Quran dan al-Hadith adalah sumber pengetahuan dan sumber kebenaran yang agung. Di samping itu, alam ciptaan Tuhan juga dianggap sebagai sumber pengetahuan yang mana boleh disimbolikkan sebagai sebuah buku yang terbuka kepada semua manusia untuk menelaahnya. Al-Quran dan alam merupakan sumber yang perlu disepadukan bagi membina dan mengawal masyarakat madani serta menjaga proses pembangunan dan arus perubahan pemodenan. Terdapat pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengislamisasikan ilmu dalam bentuk mengharmonikan antara falsafah dan agama. Antara ahli-ahli falsafah Islam yang telah berkecimpung dalam kerja-kerja tersebut adalah seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rusyd. Usaha mereka juga meliputi aspek penerimaan pelbagai disiplin ilmu seperti matematik, fizik, politik, ekonomi, logik, optik, astronomi, geometri, muzik, perubatan dan juga ilmu-ilmu keagamaan misalnya kalam, fiqh, usul fiqh sebagai „ilmuilmu Islam‟. Perbezaannya hanyalah dari segi pengkelasan dan prioriti antara sesuatu ilmu tersebut. Walaubagaimanapun, semua ahli falsafah tersebut bersepakat meletakkan ilmu tauhid (metafizik) sebagai
1
dipetik daripada Basit Kashul (1995), The Islamic Impact on Western Civilization Reconsidered, American Journal of Islamic Social Science, Springer, 12(1): 56.
prinsip asas manakala premis epistemologI (teori ilmu) adalah sumber kepada segala cabang ilmu dan terletak pada kedudukan yang paling tinggi dalam urutan ilmu-ilmu tersebut.2 Di sini, penulis memberikan satu contoh dengan mengklasifikasikan falsafah kepada tiga komponen utama. Secara amnya, falsafah ialah perkatan yang berasal dari perkataan Greek yang bermaksud sayangkan ilmu [philo=ilmu dan sophia=sayang]. Rajah 1 menerangkan komponen utama tersebut yang saling lengkap-melengkapi bagi membolehkan kita cirikannya sebagai falsafah.
Ruh
METAFIZIK
MATEMATIK Jasad
SAINS
-
Ketuhanan Akhlak Sistem nilai
-
Geometri Aritmetik Trigonometri Astronomi Muzik
-
Fizik Kimia Biologi
Rajah 1 Oleh itu, ahli falsafah Islam telah meletakkan bidang metafizik di peringkat yang tertinggi. Ini kerana jika disimbolikkan bahagian metafizik adalah sebagai ruh dan bahagian matematik dan sains adalah sebagai jasad. Secara logiknya, tidak mungkin jasad dapat digerakkan tanpa ruh dan juga sebaliknya. Maka kesepaduan antara metafizik, matematik dan sains akan menjana falsafah yang unggul. 2.0
Tokoh Ahli Falsafah Islam
Setelah kemasukkan ilmu-ilmu pra-Islam atau ilmu-ilmu warisan asing ke dalam masyarakat Islam pada zaman Abasiyyah, satu persoalan timbul iaitu bagaimanakah sikap intelektual Muslim apabila berhadapan dengan warisan Yunani? Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa mereka telah bertindak secara praktikal dengan melaksanakan tugas untuk mengislamisasikan ilmu-ilmu asing tersebut dengan membuat beberapa penyesuaian dengan prinsip-prinsip Islam. Sikap tersebut dapat dilihat dalam usaha mereka yang murni iaitu dengan mengharmonikan falsafah dan agama. Berikut adalah beberapa contoh tokoh yang terlibat.
2
Maklumat lanjut boleh dilihat dalam Menjadikan Tamadun Ilmu Berlandaskan Tauhid oleh Osman Bakar pada hal. 140-141.
2.1
Al-Kindi
Nama sebenarnya ialah Abu Yusuf Ya„qub ibn Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Basrah sekitar tahun 185H/801M yang merupakan seorang ahli falsafah Islam pertama dan juga merupakan seorang saintis. Karya-karya yang telah dihasilkannya mengikut Ibn Nadim di dalam fihristnya adalah sebanyak 240 buah.3 Antara kitabnya yang utama berjudul Fi al-Falsafah al-Ula (On First Philosophy). Pada karyanya ini , didapati sikap al-Kindi terhadap ilmu-ilmu warisan asing adalah jelas sepertimana yang disebutkannya dalam pendahuluan buku tersebut iaitu „kita perlu menerima kebenaran dengan sepenuh hati walaupun dari mana sumbernya, tidak ada yang lebih berharga bagi pencari kebenaran daripada kebenaran itu sendiri‟. Walaubagaimanapun, al-Kindi menekankan aspek kesahihan sesuatu sumber tersebut dengan menyelidikinya terelebih dahulu dan jangan menerimanya bulat-bulat. Tiga hujah telah dikemukakan oleh al-Kindi dalam usahanya melakukan penyesuaian antara agama dan falsafah iaitu4 i) ii) iii)
teologi atau ilmu kalam adalah sebahagian daripada falsafah wahyu adalah bersesuaian dengan kebenaran falsafah usaha mendalami teologi secara logik adalah dituntut
Dalam kitabnya Fi al-Falsafah al-Ula, al-Kindi telah memberi definisi falsafah iaitu “pengetahuan tentang hakikat benda-benda” („ilm al-ashya bi-haqa iqiha). Antaranya, termasuklah teologi, ilmu tauhid, etika dan segala jenis ilmu yang bermanfaat. Di samping itu, terdapat dua pendekatan yang telah digunakan oleh al-Kindi iaitu i) ii)
mencatatkan dengan lengkap semua petikan yang disebutkan di dalam karya-karya masa silam yang berkaitan dengan sesuatu subjek menyempurnakan sesuatu yang belum sempurna melalui penerangan menggunakan bahasa Arab, kebudayaannya dan keupayaannya sendiri
Jadi, dapat dilihat di sini bahawa tamadun sesuatu umat adalah dicirikan oleh ilmunya sendiri dan bukannya sekadar ilmu yang diimport, ilmu yang didokongi, ilmu yang disesuaikan dengan kemahuan tetapi ilmu yang dibina sendiri atas pertimbangan kebudayaan dan keupayaan sendiri. Ia merangkumi segala aspek kehidupan umat terutamanya agamanya, bahasanya, ekonominya, perniagaannya, sains dan teknologinya yang mana tidak terpisah antara satu sama lain. 2.2
Al-Farabi
Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-Farabi dan dilahirkan pada tahun 258H/870M di kawasan Wasij, Firab, dalam wilayah Khurasan. Al-Farabi melihat kebenaran agama dan falsafah pada hakikatnya adalah satu, walaupun pada zahirnya berbeza. Konsep ini membolehkan penyesuaian antara falsafah dengan ajaran Islam dapat dilaksanakan. Doktrin penyesuaian tersebut berdasarkan dua perkara utama:5
3
Maklumat mengenai buku-buku al-Kindi yang masih boleh diperolehi sekarang ini boleh dirujuk dalam Seyyed Hossein Nasr, Three Muslim Sages, hal. 10. 4 Penghujaan secara mendalam boleh didapati dalam Ahmad Fuad El-Ehwani, Al-Kindi, dalam M M Shariff, A History of Muslim Philosophy, hal. 425. 5 Untuk melihat penjelasan lanjut mengenai konsep yang di bawa oleh al-Farabi, sila rujuk Ibrahim Madkhour, AlFarabi dalam M M Shariff, A History of Muslim Philosophy, hal. 457.
i) ii)
menyemak falsafah Peripatetik (falsafah Aristotle) dan menjadikannya berbentuk Platoniah supaya selaras dengan prinsip Islam memberi tafsiran rasional terhadap kebenaran agama seperti penafsiran al-quran dan sebagainya
Di samping itu, al-Farabi juga telah menjelaskan agama dari segi keagamaan dan menfalsafahkan agama. Melalui premis ini, agama dan falsafah akan bertemu pada satu pusat dan mencapai keselarasan antara satu dengan yang lain.6 Sorotan ringkas ini menggambarkan sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua ahli falsafah Islam tersebut ke atas ilmu-ilmu Greek tentunya berasaskan kepada kekuatan intelektual yang dimiliki oleh mereka, khususnya ilmu warisan Islam bagi menyelaraskan ilmu-ilmu asing menurut pandangan hidup Islam. Sesungguhnya, al-Kindi dan al-Farabi telah mempunyai persediaan yang cukup dan mantap bagi melaksanakan proses mengislamisasikan ilmu-ilmu tersebut. Contohnya al-Kindi ketika zaman remajanya telahpun menghafaz al-Quran, mempelajari tatabahasa Arab, kesusasteraan, aritmetik, fiqh, kalam, sains, falsafah dan muzik7 manakala al-Farabi pula telah berjaya menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu keagamaan, logik, bahasa Turki, Arab, Parsi, Syria, Greek dan juga pernah menjadi Qadi.8 3.0
Perjuangan Sarjana Alam Melayu
Selain itu, tidak dilupakan pejuangan sarjana Alam Melayu yang cuba mengislamisasikan ilmu-ilmu tersebut agar tujuan dan matlamat ilmu itu sampai ke puncaknya. Sebenarnya karya peribumi adalah suatu yang tinggi martabatnya kerana karyanya bukan semata-mata dalam bahasa peribumi malah disesuaikan dengan contoh-contoh atau data-data tempatan serta warisan ilmu dalam tamadun tempatan terutamanya Alam Melayu. Sesungguhnya, karya peribumi yang tinggi nilainya adalah karya yang mengandungi kupasan kritis terhadap sesuatu ilmu yang dianggap mapan dengan nilai Islam. Usaha tersebut telah cuba direalisasikan menerusi KBSM sejak 1988 dahulu lagi yang disekutukan oleh Anwar Ibrahim sebagai penggerak dan pemotivasi utama, walaupun para pejuang awal gagasan ini di Malaysia telah lama bergerak menerusi ABIM (sejak penubuhannya 1970), ASASI (sejak penubuhannya 1978) dan beberapa orang individu lain.9 Sungguhpun gagasan ini telah terpangkas atau sekurang-kurangnya tergenang sekali dengan pengembirian Anwar Ibrahim dan penyingkiran sekutu-sekutunya atau perubahan haluan para pengikutnya kerana ketiadaan nilai pejuangan yang kental dan tinggi, namun sebagai sarjana, pejuangan ini saharusnya dan semestinya diteruskan kerana gagasan ini berasaskan kepada falsafah ilmiah dan bukan kepada politik walaupun tidak dinafikan naungan politik amat perlu.10 Oleh itu, dalam makalah ini, penulis ingin memberi satu contoh sarjana Alam Melayu yang namanya mungkin tidak pernah didengari di Alam Melayu ini pada sesetengah golongan. Beliau yang dimaksudkan ialah Sheikh Ahmad al-Khatib. Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib alMinangkabawi (1855-1916M) dilahirkan di Kota Gadang, Sumatera Barat. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Bukit Tinggi sebelum ke Makkah untuk menyambung pelajaran pada tahun 1871M. Sejak dari 6
Ibid. Kisah al-Kindi boleh didapati dalam Ibrahim Madkhour, Al-Farabi dalam M M Shariff, A History of Muslim Philosophy, hal. 421-422. 8 Bacaan lanjutan dirujuk dalam Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam, hal. 12-13. 9 Pernyataan tersebut diungkapkan oleh Prof. Shaharir Mohd. Zain dalam Warkah Berita PERSAMA edisi 9(1) pada halaman 58 tahun 2003. 10 Ibid. 7
kecil lagi beliau telah dididik dalam ilmu keIslaman oleh ibu-bapanya. Pendidikan inilah yang membentuk pandangan hidup beliau dan kemudian kerjayanya. Beliau telah menetap di Makkah sehingga akhir hayat beliau tetapi perjuangannya banyak menghala pada orang-orang Jawi dan beliau juga turut terlibat dalam peperangan di Acheh. Beliau telah menulis sepuluh buah kitab dan dikenali sebagai sarjana yang disegani.11 Antara karya-karya beliau yang terkenal adalah seperti al-Jawahir fi a‟mal al-Jaibiyyah iaitu berkenaan dengan tarikh-tarikh hari perayaan dan an-Nafahat iaitu sebuah kitab fiqh. Yang menariknya, penulisan beliau juga merangkumi bidang-bidang selain daripada aqidah, fiqh, syariah iaitu bidang matematik. Penulis ingin melontarkan sedikit idea falsafah Sheikh Ahmad al-Khatib ini dalam bidang matematik berdasarkan kitab Rauḍat al-Ḥussāb fī „Ilm al-Ḥisāb12 dan „Alam al-Ḥussāb fī „Ilm alḤisāb.13 Penulis sebagai seorang yang mempelajari matematik mendapati dan kagum terhadap kedua-dua kitab tersebut kerana sehingga kini belum ada lagi buku matematik Melayu pada zaman tersebut atau sebelumnya yang dijumpai mengikut pandangan Mat Rofa dan Osman Bakar.14 Ahmad Abdul Latif melihat alam sebagai sesuatu yang saling berkaitan. Padanya, alam tabii ini tidak boleh menjadi satu-satunya kenyataan yang ada. Seperti makluk-makluk lain kewujudan alam bermula daripada kewujudan Tuhan. Tuhan adalah hakikat kewujudan yang tertinggi sekali yang dalam bahasa matematiknya diungkapkan oleh Sheikh Ahmad sebagai „tidak terhitung dan tidak mempunyai bilangan‟15. Setiap yang wujud bersandarkan kepada kewujudan Tuhan tetapi tidak sebaliknya. Tidak mungkin ada dua kewujudan dan semestinya sesuatu kewujudan yang rendah martabatnya bersandarkan kepada kewujudan yang lebih tinggi manakala yang lebih tinggi itu boleh wujud tanpa adanya kewujudan yang lebih rendah. Dari aspek epistemologi, terdapat beberapa tahap dalam skala pengetahuan matematik. Tuhan adalah yang Maha Tahu akan segalanya termasuklah matematik. Salah satu daripada Asma al-Husna ialah alHasib.16 Sebagaimana adab menulis seorang ulama, Sheikh Ahmad memulakan ayat pertamanya dengan “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang”. Dan diikuti dengan frasa “Bermula puji bagi Allah yang menghinggakan ia akan makhluknya dengan al-adad (bilangan)”. Ilmu matematik adalah berpunca daripada Tuhan. Ilmu ini juga adalah ilmu yang murni dan memerlukan aqal yang bersih. Justeru, sangat eloklah jika seseorang yang ingin mendalami ilmu matematik terlebih dahulu membersihkan jiwanya kerana ilmu itu nur dan ia tidak boleh bercampur dengan sesuatu yang kotor agar individu tersebut mudah mempelajari dan memahaminya. Ini bertepatan dengan kata-kata Sheikh Ahmad: 11
Rujuk Akhria Nazwar, (1983), Syeikh Ahmad al-Khatib Ilmuan islam di Permulaan Abad Ini, Jakarta: Pustaka Panji Mas. 12 Kitab ini telah ditulis oleh Ahmad Abdul Latif pada tanggal 1307H/1893M. Buku tersebut telah dicetak di Mesir dan telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid dari pelbagai bangsa dalam halaqah beliau di Masjid al-Harām. 13 Ekoran terdapat beberapa orang muridnya dari Tanah Jawi tidak menguasai bahasa Arab maka Sheikh Ahmad telah merumuskan buku asal kedalam tulisan jawi tradisional dan lengkap ditulis pada tahun 1310H/1896M. 14 Penulis telah bertemu sendiri dengan tersebut dan beliau telah mengakuinya sepertimana dalam pernyataan di atas dan bukti rujukan boleh lihat Mat Rofa dan Osman Bakar dalam Matematik Alam Melayu, Mimeograf. 15 Dipetik dari ‘Alam al-Ḥussāb fī ‘Ilm al-Ḥisāb, hal. 2. 16 Terdapat beberapa pandangan tentang pengertiannya iaitu Yang Maha Menghitung, Yang Maha Mencukupi. Rujuk al-Quran 2:202, 3:19, 5:15, 13:141, 14:51, 24:39, 40:17.
„Asal ilmu Hisab iaitu dari aqal dengan membersihkan jiwa dengan cara yang telah diketahui oleh ahlinya‟17 Walaubagaimanapun, Sheikh Ahmad tidak menjelaskan secara teperinci langkah-langkah bagi membersihkan jiwa sebelum mempelajari ilmu matematik. Selain itu, beliau berpendapat bahawa tidak mungkin seseorang itu dapat mengamalkan ibadahnya dengan sempurna jika individu tersebut kurang ilmu matematiknya sepertimana yang dinyatakan oleh beliau “adapun kelebihannya maka iaitu tiada terhingga kerana kebanyakkan daripada ilmu berkehendak daripada dia …dan kebanyakkan ilmu syariah itu masuk di dalamnya ilmu hisab”18 Ibadah di sini bermaksud termasuklah ibadah khusus seperti solat, zakat, haji dan penentuan arah qibla yang dasarnya memerlukan pengetahuan matematik sebelum ibadah tersebut dapat ditunaikan oleh seorang hamba kepada tuhannya. Tegas Sheikh Ahmad lagi: “dan berkata Ibn Hidurrahmatullah bemula ilmu hisab ini satu rukun daripada agama kerana dengan ilmu ini diketahui kiblat dan waktu sembahyang dan puasa dan bilangan bulan dan tahun dan bilangan hari”.19 Di samping itu, Sheikh Ahmad juga menguatkan hujahnya tentang ketinggian status ilmu matematik dengan merujuk pendapat seorang mu‟tabar iaitu Imam as-Syafie yang pernah menyatakan bahawa: “barangsiapa yang mengetahui ilmu hisab nescaya panjang aqalnya”20 Dengan demikian, seharusnya sebagai Muslim ilmu yang bukan didasari daripada al-Quran yang bertunjangkan tauhid kepada Yang Maha Esa adalah patut dielakkan kerana tiada keberkatan pada maklumat yang diperolehinya itu. 4.0
Kesimpulan
Islamisasi ilmu amat penting dalam konteks masa kini. Ini kerana rata-rata golongan professional dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang ilmu adalah berpendidikan Barat atau sekular. Pendidikan tersebut hanya mementingkan kerasionalan daripada merujuk sumber yang hakiki. Harus diingat kesepaduan antara agama dan falsafah yang akan menjana kepada puncak ilmu yang mengakui segala-gala adalah datang dari Tuhan yang satu. Maka, perjuangan yang telah ditunjukkan oleh sarjana Islan silam seperti al-Kindi dan al-Farabi hendaklah dihargai. Di samping itu juga cendekiawan Melayu pada abad ke-19 yang dinyatakan dalam makalah ini banyak membantu mengembangkan dan meningkatkan taraf orang Jawi (juga disebut Melayu) dalam aspek falsafah matematik. Oleh itu, kebangkitan faham Islam dan usaha „Islamisai‟ ilmu sains seharusnya diperluaskan untuk membina tamadun ilmu berpaksikan Islam.
Dipetik dari ‘Alam al-Ḥussāb fī ‘Ilm al-Ḥisāb, hal. 4. Ibid. 19 Ibid. 20 Ibid. 17 18