Islam Itu Syumul.docx

  • Uploaded by: Mohd Isyamfuan Rojalai
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Islam Itu Syumul.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 376
  • Pages: 2
Islam Itu syumul

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) merancang untuk mempercepatkan kepelbagaian portfolionya dengan meningkatkan peratusan pelaburan global dalam semua kelas aset pada masa akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, dengan Rangka Kerja Peruntukan Aset Strategik PNB dirangka pada 2017, ia terus menempatkan semula lebihan tunai dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset global pada 2018. "Peruntukan portfolio kami kepada aset global meningkat kepada 3.3 peratus sehingga akhir 2018 daripada 2.4 peratus pada 2017, dengan kira-kira RM2 bilion dilaburkan di luar negara pada tahun itu," katanya dalam Laporan Tahunan 2018 PNB yang dikeluarkan hari ini.

Mengenai pelaburan swasta, katanya, PNB dibina berdasarkan asas Rangka Kerja Pelaburan Swastanya untuk menumpukan kepada membina pelan yang kukuh bagi menempatkan aset ekuiti swasta melalui program penyumberan luar berstruktur.

"Dengan mempunyai struktur yang jelas dan berkesan untuk mengenal pasti, menilai dan memilih pengurus dana ekuiti swasta global yang terbaik dan beroperasi dalam segmen pasaran yang sesuai dengan minat PNB dan jangkaan pulangan, kami percaya dapat mengoptimumkan pulangan yang kami jangkakan untuk dijana daripada kelas aset ini.

"Kami telah mengenal pasti enam pengurus dana global yang mempunyai reputasi baik untuk fasa pertama program ini, dan kami menjangka penempatan aset ekuiti swasta global melalui dana ini akan berjalan dengan baik dan terus berkembang pada 2019," katanya.

Pada 2018, PNB berjaya menempatkan lebih RM3 bilion dalam pelaburan pendapatan tetap tambahan, meningkatkan peruntukannya kepada 6.5 peratus daripada jumlah portfolio berbanding 5.8 peratus pada 2017.

Selain itu, katanya strategi kepelbagaian PNB pada tahun ini termasuklah meningkatkan pelaburan hartanahnya, disebabkan ia percaya peluang dalam hartanah terdapat di peringkat global dan dalam segmen tertentu seperti logistik.

Beliau berkata, pada 2019, dengan pelaksanaan Rangka Kerja Pelaburan Hartanah, PNB merancang untuk membolehkan dana unit amanahnya mendapat pendedahan kepada kelas aset hartanah dengan melabur dalam dana hartanah global.

"Sama seperti Pelaburan Swasta, PNB akan dibimbing oleh rangka kerja dan proses yang kukuh untuk memastikan kami dapat memilih pengurus global yang terbaik dengan rekod prestasi yang teguh dan mempunyai kepakaran dalam strategi risiko yang sesuai dengan profil pelaburan kami.

"Dengan melabur dalam dana ini atau saluran pelaburan berasaskan hartanah yang sama, dana kami akan dapat mengakses sumber yang berpotensi kepada hasil yang berulang, selain turut mendapat manfaat daripada keuntungan modal akan datang dalam pasaran yang memberangsangkan," katanya.

Related Documents

Islam Itu Mudah
November 2019 18
Islam Itu Syumul.docx
December 2019 7
Islam Itu Syumul.docx
December 2019 10
Itu
April 2020 45
Itu
November 2019 49

More Documents from "mohd fitri"