Isi.docx

  • Uploaded by: amanina johari
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 695
  • Pages: 3
1.0

Konsep, Matlamat dan Dasar Pendidikan Inklusif

Berdasarkan Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Bekeperluan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), PPI dilaksanakan secara menyeluruh dengan penglibatan semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti. Model PPI merangkumi bidang akademik dan bukan akademik dengan menyediakan khidmat sokongan di dalam atau di luar bilik darjah. Perkara ini dilaksanakan adalah bagi membolehkan Murid Bekeperluan Khas (MBK) dapat bersama-sama dengan murid arus perdana untuk mengikuti bidang akademik dan bukan akademik.

Konsep PPI ini adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 : Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.” Matlamat PPI menurut Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Bekeperluan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) juga adalah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), juga menyatakan bahawa di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah berdasarkan: 1. Akta Orang Kurang Upaya 2008: Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan: “orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanakkanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanakkanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”

1

2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013: “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat – (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; dan (d) pendidikan lepas menengah 3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: “Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan” Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus.

2.0

Peranan dan Tanggungjawab Pihak yang Berkepentingan dalam Pelaksanaan

Pendidikan Inklusif Pada 22 Februari 2018 yang lalu, kami telah melawat kelas murid bekeperluan khas bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Padang Tengku. Berdasarkan lawatan tersebut, didapati bahawa bukan semua subjek diinklusifkan. Antara subjek inklusif ialah Pendidikan Jasmani, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Selain itu, murid-murid bekeperluan khas dan bermasalah pembelajaran yang ada ialah lembam,disleksia, kurang upaya intelektual dan sindrown down. Terdapat 5 orang murid bekeperluan khas yang berjaya diinklusifkan ke arus perdana. Menurut Penyelaras PPKI SK Padang Tengku, Puan Noriza, beliau berkata bahawa pihak sekolah amat membantu daripada segi sokongan dan juga prasarana. Pihak pentadbir seperti Guru Besar membantu meluluskan kemasukan murid ke kelas inklusif berdasarkan kebijaksanaan guru. Pihak sekolah juga tidak meminggirkan murid-murid bekeperluan khas tersebut dalam bidang ko-akadmeik apabila mereka juga diberi peluang untuk terlibat dalam program Majlis Tadawus Al-Quran Murid Bekeperluan Khas. Menurut Zuri, Aznan dan Zainuddin (2013), pihak sekolah bekerjasama dengan agensi, organisai budaya dan pertubuhanpertubuhan lain untuk berkongsi kewajipan demi pendidikan anak-anak bermasalah pembelajaran ini. 2

Guru-guru arus perdana juga memberikan kerjasama dengan program inklusif yang dijalankan. Guru-guru PPKI juga mengambil peranan dalam memastikan ibu bapa memahami dan mengetahui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi anak-anak mereka yang terlibat dalam PPKI. Menurut Epstein dalam Bauer & Shea (2003), ibu bapa yang mengambil berat terhadap pembelajaran anak-anak bermasalah, mahukan mereka berjaya, dan sudi bekerjasama dengan pihak sekolah dan masyarakat dalam pendidikan anak-anak mereka. Guru-guru dilihat sangat komited untuk mengajar murid-murid bekeperluan khas dalam semua aspek terutama sekali aspek pengurusan diri dan ilmu sosial bagi memastikan muridmurid tersebut mampu untuk berdikari dan menguruskan diri. Menurut Caragab & Shields(1998) dalam Zulikha et.al (2017), ilmu sosial merupakan satu kenyataan yang mengandungi konsep dan perkaitan yang membolehkan seseorang memahami, menjelaskan, menerangkan, menilai, membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fenomena.Menurut Yasmin (2013) pula, sebagai pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran yang kondusif dan ceria serta menjalani kehidupan secara optimum.

3

More Documents from "amanina johari"

Isi.docx
May 2020 5
Kata Hubung 'dan'
April 2020 14
Bukupanduanelektrik1
November 2019 29
Pakej Rangsang Ekonomi Rm7b
November 2019 19
Panduanawam
November 2019 16