Isabella

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isabella as PDF for free.

More details

  • Words: 2,125
  • Pages: 5
KISAH INI BERMULA di Taman Firdausi, sebuah taman di Sepanyol yang menjadi tempat Isabella dan sahabat-sahabatnya berbincang. Isabella merupakan anak kepada salah seorang paderi terkemuka di Cordova. Usianya baru sahaja mencecah tujuh belas tahun namun kepetahan dan ke mengatasi sahabat-sahabatnya yang sebaya dengannya. Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Kristian, bapa Isabella berhasrat agar anaknya mengikut jejak langkah Marie, ibu al-Masih yang mengabdikan dirinya kepada Jesus. Pada suatu hari, ketika Isabella sedang berbincang bersama sahabat-sahabatnya, mereka terdengar suara orang berbual. Perbualan itu seolah-olah mempersendakan agama Kristian. Isabella lantas memasang telinga untuk mendengar perbualan tersebut. “...baru dengan satu bantahan sahaja, paderi-paderi itu sudah heboh sedemikian rupa. Bagaimana pula dengan kepercayaan Kristian yang lain. Mereka sungguh menggelikan hati.” Kata satu suara. “Betul kata kau, Umar,” Ujar satu suara lain. “Masakan patut dosa yang dilakukan oleh Adam dan anak cucunya terpaksa dipikul oleh Tuhan. Dan disebabkan itu, dia terpaksa disalib. Bukankah hal ini sudah melampaui batas dengan menjadikan ‘Tuhan’ itu seorang yang lemah dan tidak berdaya?” Sambung suara itu lagi. “Kalau benar orang Kristian mempunyai jawapan terhadap semua soalan itu, silalah tampil ke hadapan dan jelaskan padaku.” Cabar suara pertama tadi. Merah padam muka Isabella dan sahabat-sahabatnya menahan geram. Hati mereka sudah meradang mendengar orang mempermain-mainkan dan memperolokkan agama Kristian. “Ini tidak patut berlaku.” Kata Isabella. “Kalau perkara ini terus dibiarkan, orang Islam ini akan mencari pengaruhnya pula. Kita mesti melakukan sesuatu untuk menyangkal dakwaan mereka itu dan melakukan apa sahaja untuk meyakinkan mereka.” Isabella terus sahaja menulis surat kepada lelaki yang dikenalinya sebagai Umar Lahmi dan sahabatnya, Maaz. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk mempertemukan paderipaderi Kristian dengan para ulama dan cendekiawan Islam bagi membincangkan kebenaran anutan masing-masing. Pertemuan pertama tidak memberikan apa-apa kesan. Malahan menimbulkan kekecewaan di lubuk hati kedua-dua belah pihak. Pihak paderi tidak dapat memberikan jawapan yang bernas bagi menjawab soalan saudara Umar Lahmi dan meyakinkannya mengenai St. Paul yang menganggap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan. Situasi tersebut benar-benar mengecewakan Isabella untuk menundukkan pemuda-pemuda Islam tersebut. Perbicaraan akhirnya ditangguhkan kepada hari Isnin di Gereja Besar Cordova. Hadirin memenuhi ruang dewan untuk mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak. Umar Lahmi memulakan langkah dengan mengajukan soalannya. “Tuan-tuan, kami telah diberitahu bahawa prinsip asas agama Kristian ialah ketuhanan Christ atau Nabi Isa dan penebusan dosa. Jadi, saya ingin ajukan satu pertanyaan yang boleh menghuraikan masalah ketuhanan Christ itu. Apakah keperluan khusus yang menyebabkan ‘putera Tuhan’ membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Bukankah orang alim yang lain juga boleh dipilih sebagai tebusan bagi semua orang berdosa? Tetapi, mengapa secara istimewanya ‘putera Tuhan’ yang disalib? Para paderi mula berbisik sesama sendiri. Sejurus kemudian, mereka memilih Paderi Peter untuk menjawab pertanyaan tersebut. Namun, orang yang dipilih dalam kebingungan. Akhirnya dia berdiri juga dan bercakap dengan lidah terketar-ketar.

“Untuk menebus dosa, ‘putera Tuhan’ diperlukan. Hal ini kerana orang lain termasuk nabi dan rasul penuh dengan dosa. Dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. ‘Tuhan’ Jesus Christlah satu-satunya putera Tuhan dan bebas daripada dosa. Maka dia harus dikorbankan untuk kepentingan orang-orang yang berdosa.” “Baiklah. Cuba terangkan apa yang disalib? Apakah ketuhanan yang disalib untuk menebus dosa? Ataupun kemanusiaan yang ada pada Christ? Jika ketuhanan Christ itu yang disalib, bererti tuhan yang tunggal tanpa sekutu itu memikul beban penyaliban. Dan kematian datang ke atas tuhan yakni tuhan sudah mati. “Tetapi, kalau kemanusiaan yang ada dalam diri Christ yang disalib, jawapan tuan sudah kehilangan kekuatan. Kerana kalau begitu halnya maka manusia yang patut disalib, bukan tuhan kerana kedua-duanya menunjukkan kemanusiaan di dalam diri Christ yang dikorbankan bukan ketuhanannya.” “Sudah tentu,” jawab Paderi Peter. “Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan seperti juga ketuhanannya, bebas daripada dosa. Oleh itu, pengorbanan amat diperlukan untuk tujuan penebusan dosa.” “Itulah,” balas Umar Lahmi. “Kerana tiada manusia di dunia ini yang bebas daripada dosa, maka ‘tuhan’ sendiri yang terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tak disalib sebaliknya kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas daripada dosa diperlukan untuk menebus dosa, mengapa ‘tuhan’ tidak ciptakan seorang manusia yang bersih daripada dosa sehingga tidak payah ‘tuhan’ sendiri mati di atas tiang salib kerana menebus dosa?” Paderi Peter serba salah. Dia cuba melepaskan diri dengan menjawab, “Misteri tuhan hanya diketahui oleh tuhan sahaja.” Jelaslah pihak paderi tidak mampu memberi jawapan yang bernas. Tetapi mereka tidak pula mahu menyerah kalah. Sebaliknya mereka telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.. Tiba-tiba kedengaran Umar Lahmi membaca ayat suci al-Quran daripada surah Maryam. Suaranya yang nyaring dan merdu itu memukau sekalian yang hadir. Masing-masing terdiam mendengar bacaan ganjil daripada yang biasa didengari di gereja. Para paderi bingung lalu menutup telinga mereka dengan hujung jari kerana khuatir ayat-ayat al-Quran itu akan menembus masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Sebahagian daripada penganut Kristian di situ yang faham sedikit bahasa Arab, terharu mendengar puji-pujian nabi Isa dan ibunya yang bertahan terhadap tohmahan orang Yahudi ke atas mereka. Wajah Isabella tiba-tiba berubah. Kulit mukanya yang putih bersih kalihatan kemerah-merahan. Lantaran terlalu khusyuk mendengar alunan ayat-ayat suci yang dibacakan oleh Umar Lahmi, Isabella telah terjatuh dari kerusinya. Para hadirin menjadi gempar.catherin, sahabat Isabella lantas membantunya dan memberi isyarat kepada paderi Peter supaya meneruskan perbincangan tersebut dan jangan menghiraukan mereka. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada pederi mula mencurigai Isabella. Dalam kalangan hadirin yang menghadiri perbincangan tersebut, Isabella adalah orang yang paling berminat. Perbincangan kali ketiga diadakan di rumah ketua paderi iaitu ayah Isabella sendiri. Perbincangan kali ini berkisarkan ‘Kasih Tuhan’. Masing-masing saling mengeluarkan hujah menurut pandangan agama masing-masing. Umar Lahmi telah memetik beberapa potong ayat suci Al-Quran dan juga ayat-ayat daripada kitab Injil sendiri dengan setepat mungkin. Hujah-hujah Umar Lahmi yang lancar dan bernas telah menyebabkan ketua paderi itu tidak dapat menjawab persoalan-persoalan yang

dikemukakan olehnya. Sebaliknya, dia telah memutarbelitkan kata-katanya supaya para hadirin memberi perhatian kepadanya. Namun jawapan itu akhirnya telah menjerat dirinya sendiri. Lantaran malu dengan keadaan itu, dia menengking Umar Lahmi lantas meninggalkan majlis itu dan terus masuk ke dalam biliknya. Para hadirin saling memandang antara satu sama lain lantaran tidak percaya dengan apa yang telah mereka saksikan. Isabella yang selama ini memandang hebat pada bapanya seakan-akan tidak percaya dengan tindakan bapanya itu. Kepercayaannya terhadap bapanya sekaligus lenyap sama sekali. Tidak menyangka bahawa bapanya akan bertindak sebegitu rupa sedangkan sebelum ini dia begitu yakin bahawa bapanya akan dapat mengalahkan mereka. Sejak dari itu, Isabella mulai renggang dengan kawan-kawannya. Dia telah menghabiskan masanya dengan membuat perbandingan antara dua agama tersebut. Bermacam-macam persoalan yang bersangkut dengan tauhid, kerasulan, kitab suci Al-Quran, salam, penebuasan dosa, pengantaraan, erti dosa, tindakan manusia dan akibatnya berlegarlegar dalam cepu fikirannya. Setelah sebulan berlalu, Isabella seringkali pergi menemui Umar Lahmi secara sembunyi untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapinya. Sejak itu, keyakinannya terhadap Kristian telah luntur dan dia mengakui Islam itu benar serta yakin bahawa Allah itu Esa dan bukan dua atau tiga serta tidak beranak dan diperanakkan. Setelah mengharungi pelbagai rintangan, Isabella akhirnya memeluk Islam di dalam satu majlis yang dihadiri umat Islam di Cordova. Setelah selesai majlis mengislamkan Isabella, Ziad bin Umar berkata kepadanya, “Anakku, kini kamu telah rasmi menjadi umat Muhammad, penganut Islam maka sebagai wanita Islam tutuplah kepalamu. Menurut ajaran-ajaran Islam wanita-wanitanya mesti selalu menutup wajahnya setiap waktu dan kemudian kamu mesti mengerjakan solat lima kali sehari yang diwajibkan ke atasmu. Kamu tidak boleh meninggalkannya walau bagaimanapun keadaanmu kerana ia adalah pintu kebahagiaan. Rakan-rakan Isabella yang turut serta dalam majlis itu terpaku dan takjub dengan perhimpunan itu yang dirasakan berlainan sekali daripada agama mereka sebelum ini. Setelah lama di situ Isabella meminta diri untuk pulang. Ziad bin Umar dan semua hadirin yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada Isabella dan kawan-kawannya dan mereka berdoa agar dia sentiasa di dalam perlindungan Allah. *********** “Syaitan! Isi neraka! Otak Iblis! Tak berguna! Sial!” Paderi itu melenting bangun dan membeliakkan matanya kepada Isabella. “Kau panggil aku Yahudi? Kau diam, Tunggulah kematianmu.” “Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan biarkan saya sendirian. Tuan boleh buat apa yang tuan suka,” kata Isabella. Merah padam muka paderi itu lalu dia mengarah kepada pengawal-pengawal, “Kurung perempuan ini di ruang bawah tanah itu. Jangan beri dia makan atau minum. Bapanya telah mengarahkan supaya dia diserahkan kepada inquisisi dan nasibnya akan ditentukan esok.” Mendengar perintah itu, rahib-rahib itu menangkap tangan Isabella dan dengan kasar. Mereka memukul dan membawanya keluar dari bilik itu. Di luar bilik, mereka semakin galak memukulnya sehingga menyebabkan Isabella jatuh terjelepuk ke atas lantai. Dia ditarik dan didorong sehingga ke ruang bawah tanah lalu menguncinya di dalam.

Semasa dalam kurungan, tidak sekalipun Isabella dibawa keluar. Tetapi dia sangat gembira dan merasa begitu selesa seolah-olah para malaikat datang menolongnya supaya dia tetap kuat dan tabah. Sekalipun di kala malam, ketika suasana menjadi sepi dan tengkorak serta tulang-belulang manusia menjadi pemandangan yang menakutkan, tetapi dengan ketenangan hati yang diperolahnya Isabella tidak merasa takut. *********** Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano setelah dikhabarkan oleh pembantu rumahnya yang telah diperguna oleh komplot paderi-paderi untuk menculik Isabella dari rumahnya. Mirano segera menghubungi Martha, Hanana, dan Catherine. Setelah mengetahui Isabella dikurung dan diseksa di bawah kolong di sebuah rumah yang menjadi gereja, tidak jauh dari Rabat Ramani, keempat orang gadis tersebut lantas menghubungi Umar Lahmi dan Ziad bin Umar. Mereka bermuafakat dan mencari jalan untuk membebaskan Isabella. Akhirnya Isabella berjaya dikeluarkan daripada inquisisi itu. Semua umat Islam berasa gembira dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt. Setelah Isabella bebas daripada tahanan, rakan-rakannya yang lain turut memeluk agama Islam. Isabella telah menulis sepucuk surat terbuka kepada bapanya dan paderi-paderi Kristian yang lain, menceritakan keadaan dirinya dan nikmat Islam yang dikecapinya. Dalam surat itu, Isabella menyeru orang-orang Kristian agar memeluk Islam kerana Islamlah satu-satunya agama yang benar di dunia ini. Surat itu merupakan satu pukulan yang besar kepada bapanya. Setelah empat tahun berlalu, Isabella dan rakan-rakannya telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan mereka tentang agama Islam juga semakin dalam. Isabella juga menjadi tempat tumpuan kaum wanita di bandar Cordova. Dia menjadi wanita berhemah tinggi dan diberi gelaran muhaddith oleh seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. Seluruh hidupnya telah dihabiskan untuk beramal soleh dan mengabdikan dirinya kepada Allah Rabbul ‘Alamin. Suatu hari, seorang wanita Kristian telah mendakwa dirinya hebat dan bermukjizat telah mencabar Isabella supaya berbahas dengannya di khalayak ramai. Dengan bangganya dia berjanji akan membawa Isabella kembali kepada agama Kristian. Isabella dengan rendah dirinya menerima permintaan itu. Perbahasan berkisar mengenai kehidupan nabi masing-masing. Wanita itu telah mempertikai kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan bahawa Baginda seorang yang kuat nafsu kerana mengahwini sebelas orang wanita. Dia juga mengatakan Baginda s.a.w. seorang yang suka menumpahkan darah. Sebaliknya, Nabi Isa ialah contoh kehidupan rohani yang tinggi. Isabella menjawab dengan tenang, “Saya bersetuju bahawa Jesus Christ itu boleh diambil sebagai contoh kehidupan rohaniah. Akan tetapi, anda jangan lupa bahawa rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia. Tidak dinafikan bahawa kehidupan Nabi Musa a.s. itu kehidupan terhormat dan Jesus Christ itu kehidupan yang aggun, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. ialah kehidupan yang penuh kesempurnaan. Kehidupan baginda dipenuhi dengan ibadah. Bagindalah contoh manusia yang terbaik yang patut diteladani. Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang pengembala kambing di masa kecilnya. Setelah dewasa baginda berdagang hingga ke Syria, kemudian berkahwin. Setelah itu baginda sering memencilkan diri di Gua Hira’ sehingga diangkat menjadi Rasul. Baginda berdakwah dari Makkah hingga ke Madinah, melalui pelbagai rintangan dalam perjuangan. Baginda juga memberi nasihat, mengatur saf-saf tentera, menetapkan undang-undang, memerintah negara, mengajar dan mendidik anak, menyelesaikan perselisihan kaum bahkan kehidupan berkeluarga Baginda juga menjadi contoh seperti perkahwinan dan perceraian.

Sekalipun dijamin syurga kepada Baginda kelak, Baginda tetap juga beribadah pada waktu malamnya sehingga bengkak kaki Baginda sebagai tanda syukur kepada Allah. Bagindalah contoh kehidupan rohani dan jasmani untuk semua umat manusia. Baginda juga seorang yang pemaaf di kala berkuasa, seorang yang benar dalam segala perkara dan tidak berlebih-lebihan dalam setiap perbuatan. Dalam diri Baginda terhimpun segala tatasusila kehidupan rohaniah dan jasmaniah manusia yang anggun dan agung. Seluruh hadirin yang hadir terdiam kaku kerana begitu terpesona dengan hujah-hujah Isabella yang lancar dan teratur termasuklah wanita Kristian yang mengaku mempunyai mukjizat itu. Walaupun Isabella tidak menjawab tuduhan wanita Kristian itu secara terang-terangan, hujahnya yang begitu kemas telah cukup untuk menambat hati para pendengar dan membuktikan kecintaannya yang mendalam terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w.. setelah mendapati wanita Kristian itu telah kehairanan yang amat, Isabella pun meminta maaf serta mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu. Selepas peristiwa itu, sebahagian besar daripada wanita Kristian yang hadir telah memeluk Islam dengan rela hati. beberapa tahun kemudian, wanita Kristian itu juga telah menerima Islam dan diislamkan oleh Isabella sendiri. Begitulah kehidupan suka duka yang telah diharungi Isabella. Kebijaksanaan dan kepetahannya bercakap telah berjaya menutup mulut orang-orang Kristian. Ribuan uamt Islam telah mendapat didikan daripadanya. Sesampai usianya 80 tahun, dia telah pergi menemui kekasih yang dirinduinya selama ini. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar bagi penduduk Islam. Beribu-ribu orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadian. Masingmasing memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar menempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.

Related Documents

Isabella
October 2019 28
Isabella
October 2019 43
Isabella
June 2020 19
Isabella
June 2020 9
Isabella Hormona.pptx
December 2019 26
Isabella Prado
December 2019 32