Intervensi Krisis Kaunseling Upsi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Intervensi Krisis Kaunseling Upsi as PDF for free.

More details

  • Words: 9,781
  • Pages: 41
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN TUGASAN KUMPULAN: INTERVENSI KRISIS

INTERVENSI DALAM KAUNSELING (KKT 3013) KUMPULAN: C PENSYARAH: EN ZULKIFLI BIN MAMAT NAMA NURIZIEN BINTI SHAHARUDIN NORBAISATUL OMAR FAIZ FAZANA HAMID NURHANY BINTI ABD RAHMAN NURHAFIZAH BINTI LOIS NOOR AINI BINTI ABD RADIN SITI HAMIZAH BINTI ROBIAN

ISI KANDUNGAN

NO. MATRIK D028890 D028895 D028912 D028887 D028908 D028879 D028888

MUKA SURAT

1

1.0 PENGENALAN

1

2.0 KATEGORI

2

3.0 PUNCA- PUNCA

3

4.0 JENIS-JENIS KRISIS

4

5.0 TEORI- TEORI INTERVENSI KRISIS

11

6.0 MODEL INTERVENSI KRISIS

16

7.0 TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS

21

8.0 STRATEGI INTERVENSI KRISIS

26

9.0 CIRI- CIRI KAUNSELOR

26

PERANAN KAUNSELOR KRISIS

30

11.0 LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI

32

10.0

12.0

PENUTUP

36

BibliografI

37

Lampiran

38

2

1.0

PENGENALAN Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu untuk

menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis terhasil dari stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah elemen utama dalam pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap stress dan situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkahlaku tersendiri, keupayaan untuk menangani, tahap kematangan dan personaliti. Bagi sesetengah orang, situasi krisis mungkin berpasangan dengan perubahan tingkahlaku seperti masalah tidur atau makan berlebihan. Bagi sesetengah orang yang lain pula, krisis mungkin terjadi dalam bentuk ketidakpercayaan, ketidakmampuan untuk menangani dan penolakan. Selain itu, juga terdapat yang mengalami perubahan psikologikal ketika berhadapan dengan krisis seperti peningkatan degupan jantung, berpeluh dan pengsan. Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah apabila seseorang itu tidak dapat menentukan matlamat hidup dengan cara yang biasa disebabkan ada halangan yang besar dan berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi krisis dilakukan apabila berlaku sesuatu keadaan yang menganggugugat kebajikan diri atau kebajikan orang lain dan satu langkah segera perlu diambil. Krisis boleh dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis yang tidak boleh diramal. Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam kehidupan sperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis yang tidak boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-tiba. Contohnya krisis yang tidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata. Selain itu, malapetaka semula jadi dan berita mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak boleh diramal. Sejarah krisis secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap iaitu suatu keadaan kritikal terjadi dimana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai keupayaan untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan ketegangan dan persekitaran yang tidak terurus akan menambah kebolehupayaan seseorang dan 3

melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan acara adalah diperlukan. Akhir sekali, petunjuk mungkin diperlukan bagi menyelesaikan masalah ketidaktentuan personaliti yang besar. Intervensi pula membawa maksud campur tangan yang boleh digambarkan sebagai apa yang kaunselor lakukan atau boleh lakukan dalam program bimbingan dan kaunseling yang komperehensif. Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan sesi kaunseling sama ada secara individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Selain itu, Program Pembimbing Rakan Sebaya dan konsultasi juga dikira sebagai intervensi. Pemilihan intervensi kaunseling yang berkesan melibatkan bilangan faktor yang berbeza, termasuklah bilangan faktor yang berbeza, penilaian ke atas masalah klien, matlamat yang diinginkan, pemilihan klien, ciri-ciri personal dan gaya pembelajaran. Pentingnya intervensi krisis masa kini dalam kaunseling juga dikaitkan dengan meningkatnya kejadian-kejadian yang boleh menyebabkan berlakunya krisis. Ini adalah kerana peredaran zaman yang dilalui turut dilimpahi dengan pelbagai masalah seperti peperangan dan bencana dunia, sebagaimana yang diucap oleh Caplan ( 1964 ) dalam J & G ( 2001 ) apabila sesuatu kejadian dipersepsikan oleh seseorang itu sebagai satu ancaman kepada keselamatan dirinya untuk memenuhi sesuatu keperluan atau untuk kehidupan yang bermakna.

Gambar 1: Contoh sesi intervensi krisis 4

2.0

KATEGORI Terdapat dua jenis kategori dalam intervensi krisis iaitu kategori krisis yang boleh

diramal dan krisis yang tidak boleh diramal. 2.0.1 Krisis Yang Boleh Diramal Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam kehidupan. Individu yang mengalami krisis ini boleh mengawal krisis kerana ia boleh diramal. Oleh itu, inidvidu boleh menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang datang. Antara contoh krisis yang boleh diramal adalah perkahwinan, kehamilan dan persaraan. 2.0.2 Krisis Yang Tidak Boleh Diramal Krisis yang tidak boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-tiba. Antara contoh krisis yang tidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata. Selain itu, bencana alam dan malapetaka semula jadi serta berita mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak boleh diramal.

3.0

PUNCA-PUNCA KRISIS Antara punca-punca krisis ialah kekecewaan. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu

yang diingini tidak tercapai contohnya kematian seseorang yang dikasihi dan disayangi, akibat kegagalan dalam mencapai cita-cita atau keinginan terhadap sesuatu, kemiskinan hidup dan kegagalan dalam hidup. Konflik juga merupakan salah satu punca berlakunya krisis. Konflik antara individu berlaku kerana setiap individu mempunyai nilai pegangan masingmasing yang kadang kala tidak sama. Apabila berlaku percanggahan dengan nilai yang dipegang dengan individu lain maka akan berlakulah konflik sekiranya mereka tidak dapat bertolak ansur antara satu sama lain. Tekanan hidup yang dilalui oleh individu tersebut merupakan satu lagi punca berlakunya krisis. Keadaan emosi yang tidak stabil dan negatif

5

serta tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi individu menerima ancaman terhadap tujuan dan matlamat yang penting tidak tercapai. Selain itu, kelesuan juga merupakan antara punca berlakunya krisis. Kelesuaan akan mengakibatkan individu kurang bergaul dengan masyarakat dan tidak berdaya maju. Hal ini kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar dan pemikiran individu itu sempit menyebabkan ia mudah menghadapi krisis dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kelesuaan berlaku adalah disebabkan sahsiah, sikap, persekitaran, situasi dan peristiwa dalam hidup. Pengalaman trauma yang dilalui oleh seseorang juga menyebabkan krisis berlaku. Pendedahan yang keterlaluan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit, ngeri dan mengejutkan serta pengalaman-pengalaman yang boleh mengancam kehidupan individu tersebut adalah antara punca trauma yang akan mengakibatkan krisis berlaku. Contohnya individu yang pernah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sehingga membabitkan nyawa keluarga dan orang tersayang, dia akan berasa takut untuk memandu seorang diri dan berada di jalan raya. Peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam dirinya menyebabkan dia trauma dan tidak dapat mengawal dirinya dengan baik. Selain itu, individu yang pernah dirogol dengan sadis akan berasa takut dan berjaga-jaga dengan lelaki kerana dia sentiasa memikirkan kejadian yang pernah meragut maruahnya. Dia akan berasa kurang yakin dengan individu yang ingin mendekatinya dan pengalaman lepas masih tidak dapat dilupakan. Individu yang trauma ini perlu dibantu agar dapat membentuk keyakinan semula dalam dirinya bagi meneruskan hidup ini.

4.0

JENIS KRISIS 4.1 Krisis Perkembangan Krisis perkembangan seiring berlaku melalui perkembangan normal seseorang dalam

kehidupannya. Contohnya ialah waktu seseorang masuk ke sekolah. Ia boleh digambarkan sebagai

peristiwa

yang

biasanya

dialami

dalam

pertumbuhan

dan

kematangan.

(Aguilera,1994) dalam Myer (2000). Konsep perkembangan normal yang penting bermaksud perubahan individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan dengan ”normal” merujuk 6

kepada apa yang biasa bagi kebanyakan orang dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada kumpulan umur bayi, remaja atau lebih daripada umur 60 tahun. Ahli teori perkembangan juga membuat pemerhatian bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara yang dijangkakan adalah satu hasil interaksi di antara keperluan psikologi individu dengan kebolehan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979, 1989) dalam Myer (2000).

Pertumbuhan yang sihat yang mana memerlukan pencapaian kognitif, emosi dan tugas-tugas tingkahlaku dan enakmen kejayaan dalam jangkaan peranan sosial, adalah satu proses yang berlaku hanya dalam konteks untuk mengekalkan persekitaran (Bronfrenbrenner, 1979: Erikson, 1963; Piaget, 1929) dalam Myer (2000). Apabila seseorang bergerak melalui beberapa tahap (perkahwinan, kelahiran anak, anak-anak meninggalkan rumah, persaraan atau kematian) dalam kehidupan, mereka akan mengalami krisis untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini. Ia merupakan satu peristiwa di dalam urutan pertumbuhan manusia

dan

perubahan yang dramatik atau anjakan wujud yang menghasilkan respons yang abnormal. Lebih penting peristiwa tersebut, lebih berkemungkinan ke arah tindakan krisis. Lebih sejajar peristiwa dengan corak penerimaan budaya, kurang reaksi krisis.

Sebagai contoh, krisis perkembangan wujud bila melahirkan anak, bergraduan daripada kolej, perubahan kerjaya di pertengahan umur, atau bersara. Krisis perkembangan di anggap sebagai normal, walaubagaimanapun semua orang dan semua krisis perkembangan adalah unik dan mesti di ukur dan di kendalikan dalam keadaan yang unik. Budaya di negara barat pula menjangkakan keluar dari rumah dan berdikari hingga mereka sampai ke zaman dewasa. Walau bagaimanapun, dalam budaya lain, ia lebih diterima untuk tinggal di rumah dan kanak-kanak tidak diharapkan untuk berdikari.

Oleh sebab itu, jika anak-anak tidak meninggalkan rumah dan bergantung kepada ibu bapa di Amerika Syarikat, krisis akan terbentuk bagi ibu bapa mereka. Dalam budaya yang lain, ibu bapa akan mengalami krisis jika anak-anak mereka meninggalkan rumah. Beberapa teori telah diutarakan untuk menerangkan pelbagai kawasan atau domain pertumbuhan dan perubahan (kognitif, fizikal, sosioemosi). Erikson (1963), yang fokus kepada perkembangan 7

psikososial, menegaskan bahawa setiap tahap perkembangan terdapat tugas penting atau konflik yang perlu diselesaikan oleh individu untuk bergerak ke tahap yang seterusnya. Contohnya, Erikson menyatakan bahawa tugas penting dalam perkembangan kanak-kanak (umur 6-12 tahun) adalah untuk mengukuhkan ”industri”, atau kebolehan untuk berjaya dalam cabaran-cabaran baru seperti tugas untuk perhubungan dengan rakan sebaya dan guru dan pembentukan kemahiran penyelesaian masalah.

Krisis Perkembangan merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi (perasaan sedih, derita dan sebagainya), tidak dapat untuk mengendalikannya, dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan perkembangan. Secara semula jadinya dalam semua tahap perkembangan berlaku ketegangan atau tekanan khusus dan berpotensi untuk menghadapi konflik. Bagaimana individu mengendalikannya bergantung kepada faktor-faktor lain (kewangan, personal, sokongan sosial). Jika individu tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan menyelesaikan semua konflik dengan berjaya, krisis perkembangan akan terhasil. Sebagai contoh, tugas perkembangan seorang kanak-kanak termasuklah belajar untuk berhubungan dengan rakan sebaya dan guru.

Kanak-kanak mungkin mengalami konflik dengan rakan sebaya dan guru. Kesukaran ini berpotensi untuk membentuk krisis kepada kanak-kanak tersebut kerana penguasaaan kejayaan peranan rakan sebaya dan pelajar adalah asas kepada jangkaan budaya pada peringkat remaja untuk membentuk kesedaran kendiri dan identiti. Krisis Perkembangan mungkin juga muncul dalam pertengahan kehidupan seperti sesetengah individu mengalami kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan menjadi sangat tertekan dengan peralihan perkembangan di mana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan peranan apabila bersara dan mula untuk berdepan secara terus dengan kematian mereka di mana mereka melihat diri mereka dan orang yang sama umur seolah-olah menolak kesihatan.

Selain itu, wanita yang telah menghabiskan kehidupannya untuk anak-anak mungkin mengalami krisis identiti dimana dia melihat anak-anak yang telah dewasa meninggalkan rumah. Seseorang tidak akan mengalami krisis jika mereka berjaya menyesuaikan diri dengan 8

peralihan hidup. Ia perlu ditekankan bahawa apabila seseorang mengalami krisis perkembangan, mereka mungkin mengadu atau menunjukkan simptom yang lain. Jadi, remaja yang mengalami krisis perkembangan mungkin dirujuk kepada rawatan sekiranya menyalahgunakan dadah atau alkohol. Kaunselor krisis perlu meyedari masalah tingkahlaku seperti simptom individu yang mengendalikan sesuatu secara beremosi dan krisis interpersonal yang wujud dalam peralihan perkembangan. Menurut Aguilera (1994), krisis perkembangan adalah peristiwa yang biasa dialami dalam pertumbuhan dan kematangan. Konsep perkembangan normal memebawa maksud perubahan individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan. Perkataan normal merujuk kepada sesuatu yang biasa bagi kebanyakan orang dalam satu kumpulan umur tertentu samada di peringkat bayi, remaja atau umur golongan emas. Selain itu, pemerhatian daripada ahli teori perkembangan juga mendapati bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara yang dijangkakan adalah hasil daripada interaksi antara keperluan psikologi individu dengan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979, 1989). Pertumbuhan yang sihat memerlukan pencapaian kognitif, emosi dan tingkahlaku dan enakmen kejayaan dalam jangkaan peranan sosial merupakan proses yang berlaku hanya dalam konteks untuk mengekalkan persekitaran (Bronfrenbrenner, 1979; Erikson, 1963; Piaget, 1929). Apabila seseorang bergerak melalui beberapa tahap seperti perkahwinan, kelahiran anak, anak-anak meninggalkan rumah, persaraan dan kematian dalam kehidupan, mereka akan mengalami krisis untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. Ia merupakan satu peristiwa dalam urutan pertumbuhan manusia dan perubahan yang dramatik akan menghasilkan respon yang abnormal. Keadaan ini akhirnya akan akan menyebabkan terjadinya krisis. Sebagai contoh, krisis perkembangan biasanya berlaku apabila malahirkan anak, menerima ijazah, perubahan kerjaya pada usia yang semakin meningkat atau bersara. Krisis perkembangan sebagai sesuatu perkara yang normal namun semua orang an semua krisis perkembangan adalah unik dan mesti di ukur serta dikendalikan dalam keadaan sesuai. Dalam budaya Barat mereka menganggap bahawa anak-anak meninggalkan rumah untuk berdikari adalah sesuatu yang normal namun bagi kebanyakan budaya meninggalkan rumah adalah sesuatu perkara yang negatif. Oleh itu, di negara Barat sekiranya anak-anak

9

tidak meninggalkan rumah maka akan terjadinya krisis manakala bagi budaya lain pula akan timbul krisis apabila anak-anak meninggalkan rumah. Terdapat beberapa teori yang dikemukakan untuk menerangkan tentang pertumbuhan dan perubahan dari segi kognitif, fizikal dan emosi. Menurut Eric Erikson (1963) yang mengutarakan tentang perkembangan psikososial manusia dan menegaskan bahawa setiap tahap perkembangan terdapat tugas atau konflik yang perlu diselesaikan oleh individu untuk bergerak ke tahap seterusnya. Sebagai contoh, pada tahap remaja (umur 13-20 tahun) berlaku proses identiti dan kecelaruan identiti. Krisis perkembangan juga merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi perasaan sedih, derita dan lain-lain yang mana individu tersebut gagal untuk mengendalikan dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan yang berlaku. Kebiasaannya, dalam semua tahap perkembangan akan terjadi ketegangan dan tekanan khusus untuk menghadapi konflik dan untuk mengendalikan sesuatu konflik adalah bergantung kepada faktor lain seperti kewangan, personal dan sokongan sosial. Jika individu tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah atau konflik yang dialami maka krisis perkembangan akan terhasil. Krisis perkembangan juga terjadi dalam pertengahan kehidupan seperti sesetangah individu mengalami kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan akan berasa tertekan dengan peralihan perkembangan di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan peranan apabila bersara dan mula berdepan dengan kematian. Selain itu, wanita yang telah menghabiskan kehidupannya untuk anak-anak akan mengalami krisis apabila melihat anak-anak yang telah dewasa meninggalkan rumah. Seseorang tidak akan mengalami krisis jika mereka berjaya menyesuaikan diri dengan peralihan hidup. 4.2 Krisis Situasi Krisis situasi adalah suatu bentuk ancaman yang datang pada satu-satu masa di mana kita terduga akan kejadian tersebut dan ia sangat menggangu kita. Contohnya kematian orang yg dicintai. Krisis Situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan seseorang. Kebanyakan krisis biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak dapat dikawal. Ciri-ciri

10

atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran. Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam kehidupan individu.

Tiga ciri Krisis Situasi ialah Sudden onset (Permulaan tiba-tiba) adalah apabila peristiwa yang melanda tanpa memberi amaran awal dan unexpectedness (tidak dijangkakan) di mana apabila peristiwa berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Ciri ketiga ialah emergency (kecemasan) bermaksud apabila diancam di dalam cara yang kemungkinan (fizikal, emosi), ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Contoh Krisis Situasi yang sesetengahnya mempunyai potensi yang tinggi menyebabkan trauma termasuklah kemalangan kereta, diagnosis

kesakitan yang kronik,

kematian orang tersayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumahtangga, rogol atau penderaan seksual pada zaman kanak-kanak. Krisis situasi termasuklah juga peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu mungkin memberi kesan kepada keseluruhan komuniti. Contohnya ialah bencana alam seperti banjir kilat dan taufan yang berpotensi menyebabkan Krisis Situasi. What makes a situation a crisis situation depends on “how intensely the client views the problem as intolerable or how much emotional disequilibrium the client experiences.” Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis adalah satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan untuk menolong individu yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi intervensi krisis. Kunci untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain adalah krisis ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut, mendesak, dan katastropik.Krisis situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan seseorang. Kebanyakan krisis biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak dapat dikawal. Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran. Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam kehidupan individu. Tiga ciri krisis situasi ialah Sudden Onset (permulaan tibatiba) adalah peristiwa yang melanda tanpa memeberi amaran awal dan tidak dijangkakan dan 11

apabila berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Selain itu, krisis situasi juga bersifat kecemasan yang bermaksud apabila diancam dalam cara fizikal dan emosi ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang kecederaan.Antara contoh krisis situasi yang mempunyai potensi yang tinggi akan menyebabkan trauma termasuklah kemalangan kereta, sakit yang kronik, kematian orang yang disayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumah tangga, rogol atau penderaan seksual semasa kanakkanak. Krisis situasi juga termasuklah peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu memeberi kesan kepada keseluruhan komuniti seperti bencana alam seperti banjir kilat dan taufan.Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis situasi adalah satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan untuk menolong individu yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi intervensi krisis. Untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain adalah krisis ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut dan mendesak. 4.3 Krisis Kewujudan Krisis kewujudan berlaku apabila seseorang menunjukkan konflik dan perasaan risau apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan yang penting. Krisis kewujudan merujuk kepada konflik dalaman dan kerisauan yang mengiringi isu penting dalam kemanusiaan, tanggungjawab, kebebasan, tidak bergantung dan komitmen. Krisis kewujudan mungkin akan mengiringi kesedaran pada umur 40-an. Perkara tersebut tidak akan menjadi signifikan dan jelas kepada profesian atau organisasi, contohnya individu yang menyesal pada umur 50 tahun memilih untuk tidak berkahwin atau meninggalkan ibu bapa di rumah, dan tidak pernah hidup berasingan dan sekarang telah kehilangan semua kemungkinan untuk hidup bahagia sepenuhnya dan menjadi orang yang berfaedah atau perasaan merebak dan berterusan pada umur 60an di mana peringkat individu merasa hidup sudah tidak bermakna, dan mereka mengelak untuk memenuhkan hidup mereka dengan perkara yang bermakna. Krisis Kewujudan berlaku apabila seseorang berada dalam situasi seperti saya seorang yang gagal, saya hampir lulus, tetapi saya belum dapat bayangkan apa yang akan saya lakukan nanti, saya tidak akan pernah berjaya dalam kerjaya saya, sekarang saya adalah duda, saya sendirian lagi, “Hidupku tidak mempunyai tujuan”, pernikahanku berakhir dengan 12

perceraian, saya terlalu tua untuk meraih apa yang saya cita-citakan dan saya ditolak kerana warna kulit saya. Krisis ini berlaku apabila individu itu tidak dapat menerima realiti dan perkara yang terjadi kepada dirinya dan pemikiran-pemikiran yang negatif dan tidak rasional yang telah mengganggu kehidupan. “Existential Crises is inner conflict and anxiety around existential concerns in examples like time running out, responsibility, choice and accountability, freedom and lack of meaning. A void remains that cannot be filled in a meaningful way.” Termasuk dalam kategori krisis ini adalah perkara atau peristiwa mengancam yang telah terjadi di mana ia akan pulih tetapi memerlukan satu tempoh masa yang cukup lama dan memerlukan kita sendiri berupaya menerimanyadan kita menyedarinya. Kesedaran yang berlaku pula adalah hasil daripada perubahan yang berlaku dalam persepsi kita di mana kita memang boleh menyangkalnya untuk sementara waktu, namun pada suatu ketika dan masa, kita harus menghadapinya secara realistik jika kita tetap ingin meneruskan hidup dan memenuhi tuntutan-tuntutannya.

5.0

TEORI INTERVENSI KRISIS Salah satu kesan sampingan proses pembangunan yang pesat dalam sesebuah Negara

adalah kemunculan masalah sosial dan psikologikal seperti tekanan, penyakit mental dan bunuh diri. Untuk menangani masalah tersebut maka intervensi krisis amat diperlukan. Krisis intervensi melibatkan suatu pengurusan situasi krisis yang diakibatkan sesuatu keadaan atau peristiwa tertentu. Perkhidmatan intervensi adalah bantuan kecemasan yang bersifat sementara atau hanya untuk jangka masa yang pendek. Kursus ini mencakupi suatu liputan asas tentang teori krisis dan pelbagai intervensi yang dilakukan terhadap klien. Pelajar juga didedahkan kepada cara mengetahui perasaan, fikiran, dan tingkah laku klien. Kursus ini juga membincang strategi dan sumber bantuan kepada individu, kelompok atau komuniti yang bermasalah demi menolong mereka kembali kepada keadaan keseimbangan atau kestabilan yang asal. Berikut adalah teori yang relevan dalam krisis (sebagai satu cara pertolongan yang terancang). Jasonik (1984) mengkonsepsikan teori krisis ini kepada empat peringkat yang berbeza : teori krisis asas, teori krisis lanjutan, teori krisis gunaan dan teori ekosistem. 13

5.1 Teori Krisis Asas Basic Crisis Intervention helped professionals and

paraprofessionals identify crisis

situations in those manifesting “pathological” symptoms Previous to this, clients were labeled as abnormal.

Lindeman and Caplan noted that crisis was transitory and was

accompanied by normal grief responses. (Accompany “loss”): •

Preoccupation with the lost one



Identification with the lost one



Expressions of guilt and hostility



Some disorganization in daily routine



Some evidence if somatic complaints

Out of this theory, clinicians were encouraged to intervene in ways to eliminate the “affective, behavioral and cognitive distortions that precipitated the psychological trauma in the first place.” “What makes a situation a crisis situation depends on “how intensely the client views the problem as intolerable or how much emotional disequilibrium the client experiences.” Kajian, penulisan dan ajaran yang di berikan oleh Linderman (1944, 1956) memberikan pemahaman baru yang profesional tentang krisis. Linderman membantu kaunselor memberikan intervensi krisis kepada orang yang menderitakan kerana kehilangan di mana mereka tidak mempunyai diagnosis pathalogi yang spesifik tetapi menunjukkan simptom pathologi. Teori krisis asas Linderman dan kerja beliau memberikan sumbangan yang substansif kepada kita dalam memahami tingkah laku klien yang mengalami kesedihan yang amat sangat akibat mengalami kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidup. Beliau membantu untuk mengenal pasti respons tingkah laku seperti kesedihan yang amat sangat adalah normal, bersifat sementara, dan boleh berkurang melalui penggunaan intervensi jangka pendek. Contoh tingkah laku yang biasa kepada orang yang mengalami krisis termasuklah terlalu leka dengan kehilangan, identifikasi kepada kehilangan, mengespretasikan rasa bersalah dan permusuhan, rutin harian yang tidak tersusun, dan bukti terhadap rungutan 14

somatik.( Jasonik, 1984). Linderman menyangkal persepsi lazim yang menyatakan bahawa klien yang menunjukkan respons krisis patut dirawat sebagai seorang yang abnormal atau bermasalah pathalogi. Linderman memfokuskan kepada resolusi segera untuk kesedihan selepas kehilangan, Caplan (1940) pula memperkembangkan idea yang di bina oleh Linderman kepada keseluruhan faktor dalam kejadian yang traumatik. Caplan melihat krisis sebagai sesuatu perkara yang terhasil daripada halangan yang wujud kepada matlamat hidup di mana ia tidak boleh di atasi oleh tingkah laku yang biasa. Halangan ini boleh muncul dalam perkembangan hidup seseorang dan situasi tertentu. Linderman dan Caplan menguruskan intervensi krisis ini mengikut

trauma

psikologi

yang

menggunakan

paradigma

keseimbangan

dan

ketidakseimbangan. Peringkat dalam paradigma Linderman adalah, keseimbagan yang terganggu, terapi ringkas atau tugas kesedihan, tugas klien dalam melalui masalah dan kesedihan, dan keseimbangan (Jasonik, 1984). Caplan menghubungkan konsep dan peringkat yang di perkenalkan oleh Linderman kepada semua perkara dalam perkembangan dan situasi dan memperkembangan intervensi krisis kepada menghapuskan herotan dalam kognitif, emosi, dan tingkah laku yang menjadi punca utama kepada trauma psikologi. Kerja yang dilakukan oleh Linderman dan Caplan ini memberikan dorongan dalam penggunaan strategi intervensi krisis dalam kaunseling dan terapi ringkas dengan orang yang menunjukkan reaksi manusia biasa terhadap perkara yang traumatik. Teori krisis asas, mengikut kaedahnya adalah memfokus kepada membantu orang yang tidak wajar yang disebabkan oleh perkara yang traumatik. Semua manusia pernah merasai pengalaman yang traumatik dalam hidup mereka. Walaupun tidak menjadi tekanan atau keadaan kecemasan, trauma dalam diri mereka. Walaupun tidak menjadi tekanan atau keadaan kecemasan, trauma dalam diri mereka boleh menyebabkan krisis. Apabila perkara yang traumatik itu dengan subjektifnya dlihatkan sebagai satu ancaman kepada pemenuhan keperluan, keselamatan, atau kewujudan yang bermakna maka individu itu akan memasuki tahap krisis (Caplan,1964). Krisis juga diiringi oleh ketidakseimbangan sementara, dan mengandungi potensi dalam perkembangan manusia. Resolusi dalam menghadapi krisis mungkin akan membawa kepada hasil yang positif dan membina seperti peningkatan diri dalam menyelesaikan masalah dan penurunan kepada perkara yang negatif seperti merosakkan diri dan tingkah laku yang tidak betfungsi. 15

5.2

Teori Krisis Lanjutan

“Adaptational Theory: The crisis is “sustained through maladaptive behaviors, negative thoughts and destructive defense mechanisms.” The basic premise is that the crisis will recede when the person learns more adaptive ways of dealing with the crisis.” Teori krisis lanjutan ini dibangunkan kerana teori terlalu bergantung kepada pendekatan psikoanalisis sahaja, ia tidak menjelaskan sacara mencukupi tenang faktor sosial,persekitaran dan situasi yang juga boleh menyebabkan timbulkan krisis. Sebagai teori krisis dan intervensi yang diperkembangkan. Ia menjadi lebih halus jelas tentang pendekatannya, iaitu pendekatan yang mengenal pasti faktor yang mempengaruhi, punca utama atau agen penyebab krisis. Contoh utama dalam batasan pandangan ini adalah, diagnosis yang salah oleh pengamal yang pertama kali bertemu dengan mangsa gangguan seksual yang sebelumnya mengalami pathalogi di mana krisis tersebut menjadi sebab dia berada di dalam trauma. Teori krisis dan intevensi telah berkembang dan menjadi lebih jelas apabila memberikan kombinasi yang tepat dalam perkembangan sosiologi, psikologi, persekitara dan situasi yang terlibat. 5.2.1 Teori Psikoanalisis “Psychoanalytic Theory: Disequilibrium occurs because of something suppressed in the person’s unconscious or past emotional experiences.” Teori Psikoanalisis diaplikasikan dalam teori krisis lanjutan, ia berdasarkan kepada pandangan tentang ketidakseimbangan yang mengiringi krisis seseorang yang boleh difahami melalui mendapatkan maklumat tentang pemikiran bawah sedar individu dan pengalaman emosi yang lepas. Teori psikoanalisis mengandaikan bahawa sesetengah lekatan pada peringkat awal kanak-kanak adalah penjelasan yang utama kenapa sesuatu itu menjadi krisis. Teori ini boleh digunakan untuk membantu klien membina celik akal yang dinamik dan tingkah laku mereka sebagai penyebab krisis yang berlaku ke atas diri mereka. 5.2.2 Teori Humanistik

16

Teori humanistik adalah dibina berdasarkan pelbagai dimensi. Cormier dan Hackney (1987) memerihalkan sebagai peningkatan estim kendiri iaitu keterbukaan, kepercayaan, perkongsian, keselamatan, penerimaan tanpa syarat, empati yang tepat, dan ketulenan. Intipati dalam teori humanistik ini adalah manusia tidak mampu menyimpan krisis masalah peribadi ini selamanya sekiranya mereka percaya terhadap diri mereka dan orang lain serta mempunyai keyakinan yang mereka mampu untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan dapat menyelesaikan masalah. Beberapa psikolog pada waktu yang sama tidak menyukai uraian aliran psikodinamika dan behaviouristik tentang kepribadian. Mereka merasa bahwa teori-teori ini mengabaikan kualitas yang menjadikan manusia itu berbeda dari binatang, seperti misalnya mengupayakan dengan keras untuk menguasai diri dan merealisasi diri. Di tahun 1950-an, beberapa psikolog aliran ini mendirikan sekolah psikologi yang disebut dengan humanisme. Psikologi humanistik mencoba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana manusia melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang pada prespektif optimistik tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus pada kemampuan manusia untuk berfikir secara sadar dan rasional untuk dalam mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam meraih potensi maksimal mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengubah sikap dan perilaku mereka Apabila seseorang berunding tentang penilaian kendiri dengan orang lain, mereka akan lebih bergantung kepada orang lain untuk mengesahkan siapa diri mereka. Oleh sebab itu selagi individu mengekalkan lokus kawalan luaran, krisis akan muncul. Matlamat akhir dalam teori humanistik adalah membawa kuasa penilaian kendiri balik kepada individu tersebut, membolehkan dia berupaya untuk kembali mengawal kehendak diri dan membina kebolehan untuk mengambil apa saja tindakan yang diperlukan untuk mengatasi situasi krisis. 5.2.3 Teori Kewujudan Teori kewujudan berfokus kepada krisis klien yang merasa keseorangan di dalam dunia serta merasa bimbang di dalam keseorangan ini. Penteori Kewujudan melihat manusia sebagai berupaya mencapai kesedaran kendiri yang membolehkan mereka berfikir dan membuat keputusan. Lebih tinggi kesedaran mereka kemungkinan mereka mencapai 17

kebebasan juga lebih tinggi. Kebebasan untuk memilih daripada alternatif adalah menjadi satu tanggungjawab. Hal ini memberi implikasi bahawa seseorang itu bertanggungjawab ke atas kewujudannya dan destinasinya, dia bukan hasil dari kuasa pelaziman yang ditentukan. Kesedaran untuk kebebasan dan bertanggungjawab menyebabkan bimbang tentang kewujudan seseorang yang menjadi asas sifat semulajadi manusia lalu menimbulkan krisis. Mengetahui bahawa seseorang itu perlu memilih tanpa mengira kesannya, menyebabkan krisis kebimbangan. Krisis kebimbangan tentang kewujudan juga adalah hasil daripada kesedaran tentang kematian kerana sedar bahawa manusia mempunyai masa terhad untuk merealisasikan potensi diri. 5.2.4 Teori Kognitif Tingkah laku Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Teori ini menekankan kepentingan pemikiran kognitif terutamanya pemikiran yang tidak produktif dan tidak berfungsi. Terapi kognitifnya berkesan sebagai rawatan jangka pendek terutamanya dalam menangani krisis kemurungan dan stres. Hal ini menunjukkan krisis intervensi berlaku. Pendekatan kognitif untuk menolong klien menjadi lebih realistik di dalam menginterpretasikan sesuatu peristiwa yang boleh mengurangkan kesan perasaan kecewa, sedih bimbang iaitu mengurangkan generalisasi di dalam kes kemurungan dan mengurangkan projeksi dalam kes kebimbangan.

6.0

MODEL-MODEL KRISIS INTERVENSI

18

Terdapat 3 model asas intervensi krisis yang telah dibincangkan oleh Both Leiner (1974) dan Belkin (1984). Model-model tersebut ialah Model Equilibrium, Model Kognitif dan Model Peralihan Psikososial. Model-model ini menyediakan kerja asas dalam semua strategi dan metodologi (kajian) intervensi krisis. Semua model intervensi krisis adalah berdasarkan teori. Strickler dan Bonnefil (1974) telah menghubungkaitkan teori krisis dan pendekatan psikoanalisis dengan psikoterapi melalui isu-isu berikut: 1) Matlamat rawatan adalah menstrukturkan dan meningkatkan kecekapan klien menghadapi kesukaran untuk menggunakan kemahiran penyelesaian masalah. 2) Sasaran rawatan adalah spesifik dan berkait rapat dengan lingkungan masalah klien (mengaitkan konflik interpersonal klien dan ketidakfungsian role klien). 3) Tumpuan klien adalah memastikan masalah masih lagi dalam kawalan melalui teknik pemfokusan masalah secara aktif. 4) Rawatan disesuaikan dengan tahap sedar klien dan konflik emosi separa sedar. Konflik-konflik tersebut dikendalikan dengan cara mendapatkan rujukan untuk situasi permasalahan tersebut kemudian memfokuskan kepada apa yang diperoleh. 5) Situasi yang berlaku secara tiba-tiba dikesan dengan segera kerana ia mempengaruhi pergerakan situasi permasalahan. 6) Modifikasi trait karakter klien dan bentuk personaliti bukanlah objektif utama dalam rawatan ini. 7) Kebiasaannya, fenomena pemindahan klien terhadap kaunselor intervensi bukanlah menyumbang kepada sebarang kepentingan terhadap proses terauputik. Namun begitu, sesetengah pemindahan biasanya menjadi penghalang terhadap rawatan yang dijalankan. 8) Rawatan adalah berdasarkan maklumat latar belakang yang diperoleh melalui pengetahuan personaliti, kefungsian ego, dan kefungsian sosialisasi klien. Prinsip-prinsip penting di atas menyediakan perantaraan di antara teori krisis dan intervensi. Prinsip-prinsip tersebut juga menjelaskan bahawa prinsip psikologi krisis adalah asas terhadap latihan klinikal (Belkin, 1984). Maka, penetapan tahap ujian ringkas dilakukan 19

terhadap model-model intervensi krisis seperti equilibrium, kognitif, dan peralihan psikososial. 6.1 Model Equilibrium Model ini merupakan suatu model yang ternyata memperihalkan keseimbangan dan ketidakseimbangan.

Manusia

yang

menghadapi

krisis

lazimnya

menghadapi

ketidakseimbangan dari segi psikologi dan emosi. Maka, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengendalikan dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang tepat dalam kehidupan mereka. Matlamat model ini adalah membantu individu mencapai semula keseimbangan dalam tahap pra krisis (Caplan, 1961). Model ini juga merupakan suatu model yang sesuai untuk mengatasi intervensi pada peringkat permulaan iaitu apabila manusia berada di luar kawalan diri, gagal menyesuaikan diri dan tidak berupaya untuk memilih pilihan yang sesuai dan tepat sehinggalah manusia tersebut berjaya meningkatkan kebolehan dirinya untuk bertindak. Berpandukan masa yang tepat, manusia akan memperoleh kestabilan diri, manakala yang selebihnya boleh diperoleh kemudian. Misalnya, tindakan terbaik adalah menyiasat faktor terpendam yang mendorong kepada bunuh diri sehingga individu tersebut mampu menstabilkan diri dengan memikirkan bahawa hidup ini adalah sangat berharga. Ini merupakan model asli intervensi krisis dan selalunya digunakan pada peringkat permulaan krisis (Caplan, 1961; Leitner, 1974; Lindermann, 1944). 6.2 Model Kognitif Model ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa krisis adalah berakar umbi daripada pemikiran yang salah mengenai sesuatu peristiwa atau situasi. Namun, model ini juga bukan sekadar berdasarkan peristiwa atau fakta mengenai sesuatu peristiwa dan situasi sahaja (Ellis, 1962). Matlamat model ini adalah untuk membantu manusia sedar dan mengubah pandangan dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu krisis. Pegangan asas model ini adalah manusia boleh memupuk kawalan terhadap krisis dalam kehidupan mereka melalui perubahan cara berfikir terutamanya mengenalpasti dan mempertikaikan ketidakrasionalan dan kekalahan diri mereka. Selain itu, manusia mampu mengekalkan dan memfokuskan kerasionalan dan elemen penghargaan diri dalam proses pemikiran mereka. 20

Transcrisis: the original crisis event becomes submerged into the unconscious andre-emerges when anxiety is re-experienced. A woman who experienced rape willre-experience problems with being sexually intimate with a man and experience problems in intimate relationships. Transcrisis points are stressful situations a person encounters after the crisis that perpetuate the original trauma—“psychological aftershocks.” Mesej yang disampaikan oleh manusia yang menghadapi krisis lazimnya akan berbentuk negatif dan hanya berkisar kepada situasi sebenar. Dilema yang berpanjangan akan memberi kesan terhadap luaran individu berkenaan, seterusnya menolak sejelas-jelasnya persepsi dalaman kepada pengucapan kendiri yang negatif. Akhirnya, pemikiran individu itu sendiri yang menetapkan bahawa tiada syarahan yang boleh meyakinkan sebarang kemungkinan positif bakal berlaku daripada situasi tersebut. Tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh pengucapan kendiri yang negatif seterusnya beranggapan bahawa hidup sudah tiada harapan lagi. Pada ketika ini, intervensi krisis akan bertindak sebagai sambungan semula pemikiran individu ke arah positif melalui praktis dan pengulangan kenyataan yang baru mengenai situasi yang berlaku sehinggalah kenyataan lama yang berunsurkan negatif terhapus. Model ini merupakan suatu model yang bersesuaian setelah klien distabilkan dan kembali dalam lingkungan permulaan krisis equilibrium. Komponen asas model ini dapat ditemui dalam kerja rational-emotive oleh Ellis (1982), pendekatan kognitif-behavioral oleh Meichenbaum (1977), dan sistem kognitif oleh Beck (1976) dan Beck, Rush, Shaw, Emery (1987). 6.3 Model Peralihan Psikososial Model ini beranggapan bahawa

individu merupakan produk (keluaran) daripada

dirinya sendiri di samping pembelajaran yang diperoleh daripada persekitaran sosial. Ini kerana, manusia selalunya akan berubah, membangun dan membesar. Persekitaran sosial dan pengaruh sosial pula adalah secara berturutan mengalami perkembangan. Krisis mungkin berkait dengan kesukaran dalaman dan luaran seseorang individu (termasuklah psikologikal, sosial, dan persekitaran).

21

Matlamat model ini ialah bekerjasama dengan klien dalam mentafsirkan kesukaran dalaman dan luaran yang menyumbang kepada krisis dan menolong mereka (klien) untuk memilih alternatif yang mampu bertindak terhadap tingkah laku pada masa kini, sikap, dan penggunaan sumber daripada persekitaran. Gabungan unsur dalaman yang sesuai akan bertindak dengan mekanisme, sokongan sosial dan sumber daripada persekitaran untuk membantu klien mencapai kawalan autonomous klien (hidup tanpa krisis). Model ini tidak melihat krisis sebagai suatu unsur dalaman yang mudah. Model ini juga menyentuh bahagian luaran individu dan sentiasa menitikberatkan sistem yang memerlukan perubahan. Masyarakat kelas atasan, keluarga, pekerjaan, agama dan masyarakat adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Namun, hanya sesetengah dimensi luaran sahaja yang menggalakkan penyesuaian psikologi. Dengan berpandukan masalah-masalah krisis, beberapa peningkatan dalam jangka masa panjang akan dipraktikkan, kecuali sistem sosial yang mempengaruhi individu tersebut mengalami perubahan atau individu tersebut telah menerima kedinamikan sesebuah sistem. Seperti model kognitif, model peralihan psikososial nampaknya menjadi paling sesuai setelah klien distabilkan. Ahli teori yang menyumbang kepada model peralihan psikososial ini termasuklah Adler (Ansbacher & Ansbacher, 1956), Erikson (1963), dan Minuchin (1974). Model dalam pekerjaan sosial ini memiliki ciri yang sama iaitu untuk membandingkan dan membezakan intervensi yang didahului dengan kontrak antara klien dengan pekerja sosial serta memanfaatkan lingkungan sekitar klien.Secara eksplisit intervensi krisis didasarkan pada Ego Psikologi Psikodinamik. Fokus dari praktis kepada kedua-dua model ini berbeza. Fokus kepada intervensi krisis adalah menghentikan gangguan keberfungsian masyarakat yang normal, sedangkan praktis berpusat tugas (Task Centred) difokuskan pada menetapkan kategori-kategori dari masalah yang ada. Keduanya mencuba untuk memperbaiki kekuatankekuatan dalam masyarakat dalam menghadapi masalah yang dinyatakan. Intervensi krisis ini membantu klien dalam membuat penyesuaian diri untuk memfokuskan sesuat perkara yang utama dan penting dalam usaha mengawal emosi.Apabila seseorang individu itu menghadapi masalah ia secara idak langsung

akan menguatkan

pemikiranya apabila akan muncul masalah di masa akan datang.. Sementara itu dalam Task Centred difokuskan kepada praktis yang digunakan untuk pemecahan masalah. Inventori krisis ini merupakan teori yang bersumber dari masalah-masalah yang ada dalam kehidupan, 22

sedangkan Task Centred lebih mengarah kepada proses pemecahan masalah secara pragmatis. Dalam pekerjaan sosial, intervensi krisis ini dipandang sebagai sebuah teknik umum dalam menghadapi masalah klien dan relevan dengan semua bidang dalam pekerjaan sosial misalnya bidang kesihatan.

7.0

TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS

7.1 Pembaharuan Dan Pertumbuhan Teknik ini bertujuan untuk membantu klien menyedari kekuatan yang ada dalam diri klien. Teknik ini lebih kepada melakukannya secara kelompok yang mana setiap individu yang berada di dalamnya akan memberikan semangat antara satu sama lain, seterusnya dapat membina pertumbuhan baru dalam diri setiap ahli kelompok tersebut. Di dalam teknik ini terdapat juga teknik-teknik lain yang digunakan seperti kumpulan pertemuan, kesedaran deria, meditasi, latihan berkomunikasi dan seni-seni kreatif. 7.2 Teknik Mudah Penerokaan 7.2.1 Probing Probing ialah satu kemahiran primary atau kemahiran utama dalam melakukan sesi kaunseling dengan membenarkan kaunselor untuk memulakan dan meneroka cerita dan permasalahan mereka supaya kaunselor dan klien dapat berkongsi keraguan, kebimbangan, idea, pengalaman dan perasaan yang sering dirasainya. Kaunselor akan bertanya untuk mendapatkan maklumat supaya dapat mengetahui apakah sebenrnya permasalahan klien hingga menggangu emosinya dengan menggunakan kemahiran memfokus serta memberitahu. Probing ini akan berlaku sekiranya klien sudah bersedia untuk berkongsi apa yang terjadi. Contohnya : Kaunselor : “ Kalau boleh beritahu saya apa yang menyebabkan awak berasa sangat kecewa dan apa agaknya yang boleh kamu ceritakan kepada saya apa sebenarnya yang terjadi”.

23

Probing juga digunakan dalam fasa awal dan secara keseluruhannya intervensi krisis adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci yang sesuai untuk menilai keselamatan klien dan mengenalpasti keperluan segera dengan menngunakan soalan tertutup. Soalan tertutup penting untuk mendapatkan maklumat yang spesifik. “Close probes” boleh digunakan apabila memerlukan untuk mendapatkan maklumat dengan segera, namun dengan menggunakan “close

probes” akan membuatkan klien merasakan kaunselor lebih banyak menyoal

berbanding perasaan ingin menolong dan semakin sukar untuk membentuk perasaan kerjasama dan bergantung kepada kebolehan diri. Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku yang spesifik dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “kekaburan dan ketidakjelasan akan kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu menolong klien mencapai kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran empati dan probing, kaunselor akan membantu klien untuk menyenaraikan atau menyatakan secara spesifik apa yang diingini sebenarnya. Kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang mana dapat dilihat atau dijelaskan melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor seperti ketulinan, gabungan kemahiran menolong yang efektif, keinginan untuk menolong. Probes menyatakan persoalan untuk medapatkan maklumat dalam membantu klien untuk meluahkan dan menggalakkan klien untuk bercakap dan selesa untuk bercerita, dan untuk mengenalpasti alternatif penyelesaian dan membina matlamat. 7.3 Teknik Membangunkan Perkembangan Hubungan Salah satunya ialah menerima dan mendengar dengan aktif. Mendengar dengan aktif terhadap apa yang klien katakan secara verbal dan nonverbal merupakan langkah pertama untuk menguasai intervensi krisis. Pendengaran yang sebenar adalah termasuk memerhati, mendengar dan memberi respon terhadap tingkah laku nonverbal klien, mesej verbal, dan konteks atau cara klien yang dipengaruhi oleh konteks di mana mereka tinggal, bergerak dan orang yang berhampiran dengan mereka. Egan (1994), menegaskan kaunselor agar sedar tentang bayangan sebenar klien. Beliau menyatakan contoh mendengar dengan tidak aktif ermasuklah “mendengar dengan menilai” (evaluate listening), di mana kaunselor menilai apa yang telah klien katakana, mendengar dengan menapis (filtered listening) dimana kaunselor membuat tapisan terhadap apa yang 24

didengar melalui sikap ‘bias’nya sendiri, “fact centered” iaitu kaunselor memberikan respon yang dominan lebih kepada perasaan bersalah terhadap kekecewaan klien. Setiap kemahiran mendengar ini biasanya bermasalah dalam keadaan krisis, apabila kaunselor kadang-kadang mendengar dan memberi respon cepat dan secara aktif dan apabila kedua-dua situasi dan keadaan klien sedang semangat untuk bercerita. “Attending” adalah pelengkap kepada kemahiran mendengar termasuklahdari aspek verbal dan nonverbal. Penerimaan terhadap tingkah laku nonverbal memerlukan kaunselor mempunyai “eye contact” yang bagus, ekspresi muka, dan menerima perasaan klien, serta postur badan yang menunjukkan kesedaran terhadap apa yang klien mahu. Pengetahuan tentang beberapa perkara seperti perbezaan budaya dalam “eye contact” atau sensitiviti terhadap keadaan klien yang tidak selesa dengan kerapatan fizikal akhirnya menyatakan bagaimana keberkesannya kaunselor berinteraksi secara nonverbal dengan individu tersebut. Penerimaan terhadap aspek tingkah laku termasuklah menggunakan kemahiran menggunakan parafrasa. Bersama-sama dengan kemahiran empati, kaunselor memberi maklum balas terhadap apa yang ingin klien sampaikan untuk menunjukkan kefahamannya tentang penceritaan klien. Parafrasa yang afektif adalah apabila kaunselor menyatakan idea itama dan memberikan maklum balas yang pendek serta tepat terhadap mesej utama yang ingin disampaikan oleh klien. Pada dasarnya empati adalah bagaimana untuk bersama klien dengan kemahiran yang spesifik. Ini bermaksud, kita memasuki kehidupan orang lain untuk sementara waktu, bergerak bersama-sama tanpa membuat sebarang penilaian. Empati dalam intervensi krisis menyediakan kaunselor untuk sanggup dan boleh meninggaklan sebentar perasannya dan cuba untuk mengalami perasaan klien tanpa menghilangkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Bagi memastikan keberkesanan empati, peril dilakukan dengan komunikasi nonverbal dan membenarkan maklum balas yang tepat dan aktif dengan perasaan. Empati memerlukan untuk menyatakan emosi sebenar kandungan mesej yang tepat untuk memberi respon yang tepat dan efektif terhadap apa yang klien sampaikan. Empati tidak sama dengan simpati atau perasaan bersalah terhadap klien. Buka juga projeksi atau membuat anggapan terhadap respon emosi seseorang klien. Tambahan pula, seseorang pendengar yang empati perlu memberi reaksi emosi yang selaras dengan espon 25

emosi klien yang berada dalam keadaan krisis. Memberi respon terhadap empati berlaku apabila kaunselor memilih untuk meletakkan perasaannya sama dengan klien untuk memahami pengalaman dan saling memberi respon terhadap emosi klien. Penerimaan, mendengar dengan aktif dan kemahiran memberi respon mempunyai dua tujuan yang asas. Pertamanya, membolehkan kaunselor untuk membentuk perhubungan dimana klien akan merasakan dihargai dan difahami. Empati dapat memelihara dan meneruskan perhubungan menolong dan dengan adanya perasaan empati dapat menjadikan satu keadaan perhubungan saling menolong. Dalam masa sama, kemahiran ini akan memudahkan klien untuk berkongsi cerita sebenar. 7.4 Probing. Probing adalah kemahiran utama yang membenarkan kaunselor untuk mengeluarkan cerita dan membolehkan mereka untuk berkongsi keraguan, idea, pengalaman dan perasaan semasa menjalankan sesi intervensi krisis. Probing termasuklah dalam pertanyaan kaunselor, pertanyaan untuk maklumat dan kemahiran memfokus serta memberitahu kepada klien tentang sesuatu perkara. Probing kaunselor akan kelihatan apabila kaunselor meminta klien untuk berkongsi apa yang terjadi kepada dirinya sehingga dianggap mengganggu dirinya. Hal ini kerana klien mungkin tidak bersedia untuk meluahkan masalah yang dihadapi dan mereka beranggapan belum tiba masanya untuk mereka membongkarkan apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Sebelum kaunselor membuat probing, kaunselor perlu melihat kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh klien melalui gerakan non verbal seperti pergerakan badan, ‘eye contact’ dan sebagainya. Kaunselor perlu peka dengan tanda yang ditunjukkan oleh klien. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh kaunselor ialah faktor kekaburan dan penghakiman. Contoh kekaburan yang mungkin dihadapi oleh klien ialah apa yang mereka cakap selalunya tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka fikirkan adalah perkara yang sudah diketahui oleh kaunselor. Ia boleh dilihat melalui kata-kata dan perluahan yang dipamerkan oleh klien. Contohnya jika klien berkata; “Saya tidak tahu”, mungkin menunjukkan ketidakpastian atau keraguan klien terhadap soalan yang dikemukan. Kaunselor boleh bertanya klien; “Apa yang mereka tidak tahu?, “Bagaimana mereka tidak tahu? dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah penyoalan seperti ini akan memandu klien untuk 26

menjawab soalan yang mereka rasa tidak perlu diberitahu. Selain itu, orang lain juga mungkin sudah membuat keputusan yang memerlukan penilaian atau penghakiman seseorang. Sama ada mereka atau orang lain telah membuat satu keputusan yang boleh mendedahkan kelemahan. Sebagai contoh, jika klien berkata “saya tidak dapat lakukan” dan kaunselor perlu meneroka keadaan klien ketika ini. Di samping itu, kaunselor juga boleh menggunakan komunikasi secara talian, contohnya seorang kaunselor akan meminta klien untuk menceritakan tentang situasi dirinya; “Apa agaknya perkara yang membuatkan jiwa terganggu sebenarnya?”, “Jika awak tidak keberatan, beritahulah saya bagaimana perkara ini terjadi dari awal hinggalah sekarang”, “Kalau boleh, beritahulah saya apa sebenarnya yang membuatkan awak kecewa”, atau “apa agaknya yang boleh kamu ceritakan kepada saya tentang apa yang telah terjadi?” Probing digunakan dalam fasa awal sesi dan secara keseluruhannya intervensi krisis adalah untuk mendapatkan maklumat penuh dan terperinci yang sesuai untuk menilai keselamatan klien dan mengenalpasti keperluan segera klien dengan menggunakan soalan tertutup. penyoalan secara kerap penting untuk mendapatkan maklumat yang spesifik. “Close probes” boleh digunakan apabila memerlukan untuk mendapatkan maklumat dengan segera, namun dengan menggunakan “close probes” akan membuatkan klien merasakan kaunselor lebih banyak menyoal berbanding perasaan ingin menolong dan semakin sukar untuk membentuk perasaan kerjasama dan bergantung kepada kebolehan diri. Oleh itu, kaunselor perlu bijak menggunakan intonasi suara semasa menyoal klien agar mereka mahu berkongsi dan bercerita tentang masalah yang membelenggu diri mereka. Menurut Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku yang spesifik dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “Kekaburan dan ketidakjelasan akan kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu menolong klien mencapai kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran empati dan probing, kaunselor akan membantu klien untuk menyenaraikan atau menyatakan secara spesifik apa yang diingini sebenarnya. Egan juga menyatakan bahawa kemahiran kaunselor menggunakan gabungan yang bijaksana dalam mnggunakan empati dan probes (untuk membantu klien krisis menjelaskan atau menyatakan pemerhatian atau keraguan dengan lebih konkrit) penting untuk membantu 27

klien melahirkan, meneroka dan menjelaskan kepentingan dan keperluan. Kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang mana dapat dilihat atau dijelaskan melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor seperti ketulenan, gabungan kemahiran menolong yang efektif serta keinginan untuk menolong. Probes menyatakan persoalan untuk medapatkan maklumat dalam membantu klien untuk meluahkan dan menggalakkan klien untuk bercakap dan selesa untuk bercerita, dan untuk mengenalpasti alternatif penyelesaian dan membina matlamat.

8.0

STRATEGI INTERVENSI KRISIS

Strategi Pelbagai Kesan. Strategi ini melibatkan usaha menyokong yang berbentuk intensif. Biasanya digabungkan dengan rancangan pengubahan tinkah laku yang aktif. Kumpulan iaitu agensi dan pakar biasanya terlibat dalam strategi pelbagai kesan ini. sokongan persekitaran digabungkan dengan sokongan hubungan (antara manusia; keluarga). Krisis ini boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk keluarga atau individu yang terlibat menggerakkan sumber-sumber bagi menghadapi krisis yang seterusnya. Di dalam proses ini mereka mempelajari pelbagai cara untuk mencegah krisis pada masa hadapan. Strategi ini juga boleh digunakan untuk orang dewasa yang menghadapi krisis yang tidak melibatkan keluarga. Mereka boleh pergi ke pusat kesihatan mental untuk mengikuti rancangan yang telah disediakan serta menerima pemerhatian yang intensif dari pelbagai kaunselor professional ataupun bukan professional.

9.0

CIRI-CIRI KAUNSELOR 9.1 Kesedaran Kendiri dan Pemahaman Kendiri (Self-awareness and selfUnderstanding) Kaunselor yang profesional perlu mempunyai kesedaran kendiri yang kuat dan

sofistikated termasuklah kesedaran bagaimana untuk berhadapan dengan orang lain dan apa 28

isu yang menyebabkan berlakunya kebimbangan. Tanpa kesedaran dan kefahaman kendiri, ia akan mengurangkan keberkesanan dalam intervensi krisis. Dengan kesedaran kendiri, kaunselor krisis dapat membezakan keperluan dan perasaannya sendiri daripada keseluruhan klien dan lebih membenarkan klien membuat penentuan secara berkesan berdasarkan kepada persepsi dan pilihan klien. Dalam memberi pertolongan yang profesional, proses mendapatkan kesedaran kendiri dan pemahaman kendiri adalah sepanjang hayat. Ia adalah satu proses yang berterusan yang melibatkan refleksi kendiri dan penelitian fikiran, penglibatan dalam kaunseling secara personal, dan penyeliaan ke atas kerja profesional seseorang. Kesedaran dan pengalaman kendiri juga boleh meningkat melalui pengalaman pembinaan kesedaran secara spesifik, contohnya, menghadiri satu latihan profesional bagi memberi kesedaran kepada diri tentang budaya. Kesedaran kendiri termasuklah pemahaman tentang asal sesebuah keluarga seperti peranan keluarga, corak tingkah laku serta kesedaran tentang perasaan dan keperluan seseorang. Kesedaran kendiri amat penting bagi semua kaunselor, terutamanya bagi kaunselor yang menyediakan kaunseling. Ini kerana kaunselor berdepan dengan situasi yang cepat berubah dan mungkin mengancam kehidupan seseorang yang memerlukan kaunselor untuk menenangkan dan membantu klien. Sesetengah daripada apa yang klien lihat dan dengar mungkin mengejutkan, menyedihkan atau megelirukan. Ia memerlukan kaunselor bertindak dengan cara tersendiri untuk membolehkan kaunselor memilih waktu untuk meneroka klien dan bila serta bagaimana untuk berkomunikasi dengan klien untuk memberi sokongan sehingga klien merasa tenang. 9.2 Ketulenan dan Keaslian (Authenticity and Genuineness) Ketulenan didefinisikan sebagai “perkongsian diri dengan menghubungkannya dalam keadaan bersahaja, ikhlas, spontan, terbuka dan menggunakan cara yang asli” (Hepworth, Rooney, & Larsen,1997, p.20). Ia termasuklah kebolehan kaunselor untuk jujur dengan klien yang memerlukan pertolongan. Keupayaan kaunselor krisis untuk bersikap tenang, bertimbang rasa, dan objektif tidak bermakna kaunselor melepaskan secara emosional dan terlalu mengawal.

29

Ini bermakna kaunselor yang menolong secara profesional boleh menghubungkan seseorang secara personal dan spontan. Rogers (1980) menyatakan bahawa ”appalling consequences” (akibat yang dahsyat) mengurangkan anggapan pertolongan dengan menggunakan kemahiran yang spesifik. Egan (1994) menerangkan, kaunselor pelatih mesti belajar dan menggunakan kemahiran komunikasi yang spesifik, tetapi mereka mesti ”use them in a fully human way”, oleh itu kemahiran dan teknik menjadi tambahan kepada ilmu kemanusiaan kaunselor. Ini penting dalam intervensi krisis untuk membolehkan kaunselor menemui keperluan emosi dan psikologi seseorang dalam krisis. Herman (1997) menegaskan bahawa semua yang menyediakan kaunseling kepada orang-orang yang menjadi mangsa mesti mempunyai ”committed moral stance” (pendirian moral yang komited) yang menggandaikan ”a position solidarity” (satu posisi perpaduan) dengan klien. Beliau menggambarkan perpaduan moral melibatkan pemahaman tentang ketidakadilan utama tentang pengalaman yang menyebabkan trauma dan keperluan untuk menyelesaikannya untuk mengembalikan sesetengah makna keadilan. Egan (1994) menyediakan panduan yang boleh digunakan dalam sesi individu dan dalam konteks kaunseling krisis : 1. Jangan terlalu menitikberatkan peranan menolong. Kaunselor yang bersikap genuine akan cuba membantu dengan baik untuk mengelakkan berlaku pergantungan dengan terhadap peranan profesional mereka. 2. Menjadi spontan, bijaksana dan menghormati, tapi elakkan penipuan dan mempelajari respon yang ditunjukkan. 3. Elakkan bertindak defensif. Kaunselor yang genuine boleh berhadapan dan menerima kritikan negatif secara terbuka dan jujur. 4. Bersikap terbuka dan bebas untuk terlibat dalam tahap perkongsian yang dalam, sesuai dengan keperluan klien. Ini termasuklah tidak mempunyai agenda tersembunyi. 9.3 Kesedaran dan Pemahaman terhadap Kebudayaan (Cultural Competence)

30

Kaunselor yang profesional adalah yang mempunyai kesedaran tentang kebudayaan dan pengetahuan seperti kemahiran untuk berhadapan klien dengan baik daripada latar belakang budaya yang berbeza. Semua tingkah laku dan pembentukan perspektif diri dan orang lain dipengaruhi persekitaran sosio budaya. Budaya merujuk kepada corak tentang pembelajaran kepercayaan, tingkah laku dan bahan-bahan yang dikongsi oleh ahli-ahli dalam kumpulan. Budaya adalah kompleks dan dipengaruhi oleh semua aspek kewujudan kita termasuk identiti diri dan pandangan tentang dunia. Setiap daripada kita adalah unik yang merupakan ahli daripada pelbagai budaya. Oleh itu, berlaku perkongsian perasaan, pemikiran, andaian dan bias dengan orang lain dalam budaya yang sama. Hasilnya perhubungan seseorang dalam kumpulan etnik yang diberi, gender, keupayaan, seksualiti, agama dan kelas sosial akan membentuk identiti khusus, pandangan tentang dunia, makna moral, kepercayaan spiritual dan perhubungan untuk mengawal dan pengekalan. Kecekapan terhadap kebudayaan bermula dengan kesedaran kendiri. Keberkesanan kaunselor dalam kaunseling secara individu daripada latar belakang budaya yang berbeza ditentukan oleh kesedaran tentang pandangannya tentang dunia, dan dengan memahami dan menghargai pandangan klien tentang dunia. Kesedaran kendiri tentang budaya termasuklah tanggapan tentang nilai kebudayaan seseorang, sikap dan kepercayaan dengan memahami bagaimana ia memberi kesan kepada perhubungan kaunseling. Pemahaman tentang pengalaman kebudayaan dan pandangan klien tentang dunia memerlukan latar belakang tentang pengetahuan secara umum serta perbezaan kebudayaan kumpulan seperti memahami bagaimana nilai kebudayaan dan tingkah laku kedua-dua kaunselor dan klien dalam perhubungan kaunseling dan proses kaunseling. Oleh itu kaunselor krisis perlu :  Menentukan bagaimana pentingnya pengenalan etnik kepada klien yang berkrisis, dan akan meneroka kesannya kepada perspektif yang berhubungan dengan krisis dalam cara yang betul.  Sedar dan menggunakan sistem sokongan klien

31

 Menyediakan ”budaya orang tengah” , menolong individu dan keluarga untuk mengenalpasti dan menyelesaikan konflik nilai.  Mengetahui bahawa terdapat kebaikan dan keburukan dalam latar belakang etnik yang sama seperti klien.  Jangan rasa bahawa kaunselor perlu mengetahui segalanya tentang setiap budaya kumpulan. Sedar tentang pengaruh budaya dan terbuka untuk memahami perspektif budaya klien yang unik.  Selalu cuba untuk berfikir tentang perbezaan budaya lain. Keberkesanan intervensi krisis bergantung kepada kebolehan untuk sedar tentang kebudayaan, berpengetahuan dalam mendengar dengan cekap, untuk bertanya soalan-soalan yang sensitif tentang makna pendedahan klien .

10.0

PERANAN KAUNSELOR KRISIS

a)

Campur Tangan Segera Campur tangan segera berlaku pasa masa seseorang kaunselor itu berhadapan dengan

klien. Kaunselor perlu bertindak segera untuk membantu klien mengurangkan kebimbangan, mengelak dari terus tidak berorientasi dan pastikan bahawa klien tidak melakukan kecederaan pada diri sendiri atau orang lain. b)

Menilai Keadaan Klien Adalah penting bagi kaunselor untuk menilai darjah keseriusan krisis secepat mungkin

pada hubungan atau pertemuan awal dengan klien. Terdapat satu sistem yang telah diperkenalkan oleh Myer dan rakan-rakan dalam menilai kerisauan yang dialami oleh klien. Sistem tersebut adalah Triage Assessment System, Three Dimensional Crisis Assessmen Model. Ianya adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kefunsian klien dari afektif, tingkah laku dan kognitif. Kekuatan krisis dinilai berdasarkan kepada pandangan subjektif klien dan bukannya berdasarkan kepada pandangan kaunselor. c)

Kenal Pasti Seseorang Itu Dalam Krisis

32

Sifat empati dan kefaham kaunselor adalah sangat penting. Klien menunjukkan tingkah laku yang berbeza-beza menandakan mereka berada dalam situasi krisis. Sebagai contoh, klien menangis, bercakap tanpa henti, menjerit, menjadi murung, kaku dan menjauhkan diri. Untuk mendapatkan maklaumat yang tepat berdasarkan situasi yang telah ditunjukkan oleh klien dengan tepat, ada kalanya kaunselor perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada keluarga klien dan kawan-kawan tentang tingkah laku klien sebelum krisis dan memberi perhatian terhadap gangguan tingkah laku dan ketidakfungsian klien. Kata-kata yang selalu dilontarkan oleh klien adalah seperti “saya tidak rasa ape” maksud klien dia

kebas, “saya terlalu takut” membawa maksud bahaya, “saya memerlukan bantuan

sekarang” membawa maksud klien memerlukan bantuan segera dan “saya perlu lakukan sesuatu” membawa maksud klien berada dalam keadaan terdesak. d)

Pendengar Yang Baik Mendengar dengan tepat dan kemahiran mendengar adalah perlu bagi kaunselor sama

ada membantu individu dalam krisis atau tidak. Kemahiran mendengar adalah nerupakan komponen utama dalam model intervensi krisis. Teori pemusatan insan pula mengemukana cara-cara yang baik dalam mendengar dan berkomunikasi seperti penggunaan soalan-soalan terbuka. Sebagai contoh, “ceritakan kepada saya bagaimana ia berlaku”. e)

Penyokong Seorang kaunselor perlu ada di sisi klien ketika klien mengalami krisis. Hal ini adalah

keran, kemungkinan klien memerlukan bantuan untuk menyediakan satu senarai orang yang boleh memberi pertolongan. Pasa masa tersebut, seorang kaunselor yang mesra, empati dan asertif adalah amat diperlukan oleh klien. f)

Membuat rancangan Kaunselor membentuk rancangan jangka pendek bagi membantu klien untuk

menangani krisis semasa. Hal ini juga adalah untuk mengawal secara jangka panjang. Rancangan adalah perlu merangkumi mekanisme dalaman klien juga sumber-sumber pertolongan daripada persekitaran. Kemungkinan pada waktu itu, tindakan yang memerlukan pergerakan fizikal adalah diperlukan. Seorang kaunselor yang berkesan adalah kaunselor yang sensitif terhadap keperluan klien untuk berfungsi secara autonomi dan segera. g)

Rujukan

33

Dalam situasi tertentu, klien perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain untuk mendapatkan bantuan seterusnya. Dalam melaksanakan peranan ini, kaunselor perlu mempunyai jaringan kerja yang luas. Hubungan yang baik antara kaunselor dalam agensi seperti

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat,

tempat

perlindungan,

polis

adalah

boleh

mempercepatkan proses rujukan. h)

Susulan Susulan adalah perlu dalam mana-mana situasi bagi memastikan klien melaksanakan

apa sahaja yang dirancangkan. Kaunselor melakukan susulan untuk menentukan klien mendapatkan bantuan daripada agensi di mana mereka dirujuk. Jika sekiranya terdapat masalah, dengan adanya susulan kaunselor makan ianya akan dapat tahu mengapa sesuatu rancangan itu tidak dilaksanakan dan kenapa klien menghadapi masalah. 11.0

LANGKAH-LANGKAH DALAM INTERVENSI KRISIS

a) Mendengar •

elemen pendengaran



membina repo dan kepercayaan



mengenal pasti masalah yang dihadapi



menolong klien dengan mengenal pasti faktor hubungan



teknik dalam pendengaran



mengunakan nama pertama, bertanyakan kepada klien samada selesa dengan menggunakan nama tersebut.



menggunakan soalan yang berkaitan permasalahannya.



bertanyakan atau menggunakan soalan berkaitan perasaannya. b) Membantu (i) Elemen dalam membantu • mengenal pasti tahap kedalaman krisis • membantu dalam melihat tahap kecederaan fizikal ataupun dalaman yang memberi kesan terhadap orang lain. • mengenal pasti corak perilaku, kekuatan dan sumber klien. (ii) Teknik dalam membantu 34

• adakah klien cuba membunuh diri, cuba membunuh atau kedua-dua sekali. • adakah disebabkan pertambahan atau tekanan krisis tersebut menyebabkan gangguan dalam hidupnya bersama keluarga, sahabat, pekerjaan dan sebagainya. • adakah disebabkan krisis ini mengusutkan dan mengelirukan pandangannya tentang realiti. • bagaimanakah klien menangani kerisauan, tekanan atau kemurungan? • apakah cara atau jalan yang digunakan di masa lalu. Adakah terdapat kepelbagaian dalam cara tersebut? • kenal pasti sumber daripada keluarga dan sosial, adakah sumber tersebut baik atau buruk? • cuba kenal pasti bahan yang digunakan sebagai sokongan di masa lalu dalam menghadapi krisis samada klien menghadapi, melarikan diri atau ia mengelirukan klien? c) Membina pelan tindakan (i) Elemen dalam membina pelan tindakan •

Pilih dan menggunakan cara yang sesuai dalam pelan tindakan.



Membantu dalam memperkukuhkan kemahiran klien.



Perundingan tentang pelan tindakan dan terma-terma.



Memlilih sumber yang bersesuaian.



Merancang tindakan yeng memerlukan tingkahlaku segera dan pelaksanaannya. (ii) Teknik dalam pelan tindakan. • Menggunakan 3 cara: - mula dengan tidak mengarah. - bekerjasama dalam kerja berkumpulan dan menyertai aktiviti. - bertindak mengarah jika klien tidak mahu bekerjasama. • Apabila membuat pelan tindakan, pastikan ianya mudah dan senang diurus. • Pelan tindakan jangka pendek, 24 jam hingga 3 hari. • Memastikan pelan tindakan diterima dan diberi perhatian. • Merancang pengawasan berterusan.

35

d) Penamatan. •

Mengimbas pelan tindakan yang lengkap.



Pengawasan berterusan.



Menggunakan pelan yang baru untuk menghadapi krisis.

7 tahap model intervensi krisis ( Albert R. Robert )

36

Penyelesaian krisis

Pengawasan berterusan dan persetujuan bersama.

Membina dan merancang pelan tindakan

Meneroka dan mencari jalan penyelesaian Menangani perasaan dan emosi klien ( mendengar dengan aktif ) Mengenal pasti masalah utama. ( faktor sekeliling )

Memperkukuhkan hubungan dan repo.

Merancang dan menguruskan bantuan terhadap krisis

Model kaunseling intervensi krisis 37

1 2 3 4 5 6

Membina hubungan dan kepercayaan Mengenal pasti masalah Mengukuhkan perhubungan Meneroka sumber di sekeliling Perbincangan cara penyelesaian Penamatan.

Dalam menangani masalah krisis yang dihadapi oleh klien, seseorang kaunselor perlulah mampu bentindak segera pada bila-bila masa yang mungkin tidak ada banyak maklumat yang diperolehi berkenaan dengan klien. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh kaunselor hanyalah berdasarkan kepada penilaiannya dan maklumat yang ada pada masa tersebut. Dengan itu, penilaian kaunselor yang tepat adalah amat diperlukan. Selain itu, kaunselor perlu cekap dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien yang manghadapi krisis. Kelewatan dalam hal ini akan membantutkan pertolongan secara relatif, sama ada kaunselor menggunakan pendekatan direktif, bukan mengarah atau kejasama, kaunselor lebih aktif dan terlibat berbanding dengan kaunselor ynang berhadapan dengan klien yang tidak berada dalam situasi krisis. Kaunselor juga seharusnya mampu menggunakan kemahiran kaunseling untuk melahirkan perasaan klien yang mendalam dan perasaan yang terpendam dalam diri klien seperti prospek kematian. Sebagai contoh klien yang berhadapan dengan penyakit terminal. Seterusnya, seseorang kaunselor perlu mampu berhadapan dengan klien yang mengalami emosi yang kuat dan penderitaan yang amat menyakitkan hati. Sekiranya seseorang kaunselor itu tidak kuat untuk menghadapi klien yang mempunyai emosi yang tinggi, berkemungkinan seseorang kaunselor itu akan terganggu dengan keadaan yang ditunjukkan oleh klien tersebut. Seseorang kaunselor juga mestilah bersedia dan bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien yang menghadapi masalah krisis.

12.0

PENUTUP Kepentingan intervensi krisis dalam kaunseling juga di lihat apabila teknik-teknik

seperti pembaharuan dan pertumbuhan yang dilaksanakan dengan baik didapati berkesan 38

untuk orang-orang yang berada dalam keadaan krisis. Dalam hal ini, maka dapatlah kita lihat bahawa intervensi krisis ini merangkumi pelbagai aspek dalam membantu seseorang menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kenyataan ini disebut oleh Gilchrist (1992) menyatakan proses kaunseling yang berkesan membabitkan penilaian kaunselor terhadap empat dimensi iaitu fizikal, kognitif, afektif dan spiritual. Kaunselor juga perlu cepat dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien kerana permasalahan krisis boleh berlaku tanpa diramal. Penggunaan kemahiran seperti melayan, mendengar dan empati sebenarnya dapat melahirkan perasaan yang terpendam klien dan apa yang paling penting kaunselor hendaklah bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien. Selain itu, matlamat asas kaunseling ini adalah untuk menyelesaikan sesuatu krisis yang dihadapi oleh seseorang individu, contohnya seperti menyelesaikan konflik ataupun tekanan seseorang. Intervensi ini juga bertujuan untuk menukarkan persepsi ancaman ataupun bahaya seseorang individu kepada cuba memulihkan kefungsian sosial sekurang-kurangnya ke tahap sebelum krisis. Kaunseling krisis dikendalikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Situasi krisis juga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh itu, kaunselor perlu sentiasa bersedia tetapi kaunseling biasa memerlukan penggunaan bilik khas dan perlu menetapkan masa terlebih dahulu. Kaunseling krisis selalunya berlaku sementara waktu sahaja dan dijalankan dalam jangka masa yang singkat. Kebiasaanya ia berlaku tidak lebih daripada tujuh minggu iaitu sehinggalah klien dapat menyesuaikan diri dan berada dalam keadaan `equilibirium` atau seimbang.

Bibliografi Greenstone, J.L., & Leviton, S. C. ( 2002 ). Crisis Intervention: Crises and How To Respond 39

Them. USA http://www.crisisinterventionla.com/ http:// www.minddisorder.com Cormier, S. and Hackney, H. (1994). Counseling strategies and Interventioun (5th ed.). US: Allyn and Bacon. http://changingminds.org/techniques/questioning/probing.htm Sabariah Siron ( 2005). Teori Kaunseling. Selangor: Terbitan Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

40

41

Related Documents

Intervensi Krisis
June 2020 4
Kaunseling
October 2019 41
Kaunseling
October 2019 55
Kaunseling
June 2020 29