Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap An Kognitif

  • Uploaded by: daniakepi
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap An Kognitif as PDF for free.

More details

  • Words: 478
  • Pages: 9
IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF

IMPLIKASI TEORI PIAGET TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KANAKKANAK PADA PERINGKAT PRA OPERASI (2- 7 TAHUN) 1. 

3.  5. 

-Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit misalnya : menggunakan bahan maujud seperti batu, gili ,batang aiskrim untuk kemahiran menambah dan menolak Arahan yang diberikan haruslah pendek dan berserta contoh : Arahan untuk beratur di luar kelas Kanak-kanak pada peringkat ini susah memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.Contoh: Penjelasan tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak

4. Berhati-hati dengan penggunaan perkataan kanak-kanak pada peringkat ini.Kadang-kadang sesuatu perkataan membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna. Contohnya  Wafi memberitahu cikgunya “nak baring” yang membawa maksud dia sebenarnya nak tidur. 5. Beri peluang pada kanak-kanak melakukan ‘hands on’ terhadap sesuatu kemahiran .Contohnya  Membentuk perkataan dengan potongan huruf 6.Sediakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Contohnya :  Membuat lawatan ke Zoo Negara.

MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

1. Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru. Contoh :  Model 3 dimensi untuk mewakili objek-objek yang baru dipelajari . 2. Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasikan dan menguji objek yang baru dipelajari .Contoh :  Membuat eksperimen dalam subjek sains 3. 

Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun Contohnya: Mulanya pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks.

4. Gunakan contoh-contoh yang sesuai yang berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks 5. Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik

MENGAJAR PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 TAHUN KE ATAS 1. Gunakan bahan yang lebih konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks.Contohnya:  Penggunaan model, rajah, carta dan lain-lain. 2. Berikan peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelasaian yang dikemukakan. 3. Beri peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis 4. Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta .Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut

IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.

Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan zon perkembangan proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi

2. Gunakan zon perkembangan proksimal dalam pengajaran.Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai .Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu.Guru membantu bila diperlukan.Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif

3. Menggalakan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari raka-rakan yang sudah memahami konsep yang di ajar. 4. Kawal dan galakan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah .Bimbingan kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian.

5. Beri arahan yang bermakna.Sebolehbolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan ,bimbingan pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar

Related Documents


More Documents from "SHAHRIR AFFANDI B. DAUD"