Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

  • Uploaded by: siti nurdiyana
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,009
  • Pages: 20
IMPAK PERKEMBANGAN TEORI FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

PENGENALAN • Perenialisme-pendidikan harus difokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. • Essensialisme-bersifat praktikal dan prakmatik kerana perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh individu untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif boleh berubah dari semasa ke semasa.

PERENIALISME • tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral. • Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

• menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai kemahiran asas. • Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.

• Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Ini juga telah termaktub dalam FPG bahawa unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. • Walau bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin

ESENSIALISME • Di bawah Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru yang berpekerti mulia adalah ciri yang ingin dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh menjadi role model dan teladan kepada pelajar. • Di Malaysia juga, guru merupakan role model yang utama kepada pelajar kerana sebahagian besar masa pelajar dihabiskan di sekolah. Maka guru perlu mempunya pekerti dan moral yang mulia untuk membentuk peribadi pelajar yang berpekerti mulia.

• Menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai kemahiran asas. • Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.

• guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik contohnya semasa pemilihan ketua darjah dan jawatanjawatan lain, pelajar perlu diberi peluang membuat pilihan. Begitu juga dalam hal membuat keputusan yang tidak begitu penting, pelajar boleh diberi kesempatan membuat keputusan sendiri.

• Pelajar belajar perkara yang mudah dahulu di sekolah rendah kemudian beralih kepada yang sukar apabila memasuki sekolah menengah. Contohnya di sekolah rendah pendidikan 3M adalah yang paling ditekankan. Kemudian apabila di sekolah menengah, mata pelajaran yang sukar seperti fizik, arithmetik, kimia, biologi dan kalkulus diperkembangkan selain pemantapan dalam pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus. Sistem ini begitu bersamaan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mudah di sekolah rendah dan bertambah sukar di sekolah menengah.

• Fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna dan untuk itu individu perlu melalui latihan intelek dan mental. FPG juga menyarankan supaya guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek JERI supaya nilai-nilai murni ini dapat disemai dan dipupuk dalam diri pelajar.

IMPAK PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENGENALAN • Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu Konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam. • Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.

• Confucius, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua serta menyayangi orang yang lebih muda. • Kesan daripada perkembangan falsafah ini akan membina tingkah laku murid supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

• Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. • Implikasinya seseorang murid itu akan menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan murid tersebut akan dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyrakat.

• Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. • Beliau juga menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran. Impaknya, untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya. • Sehubungan itu, murid akan disaran menggunakan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pengetahuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

• Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu. • Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. • Kesannya, hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak adalah dilarang untuk digunakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran. Sebaliknya, penggunaan teknik peneguhan dan motivasi akan digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.

• Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh bermakna. • Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia.

• Impaknya, seseorang murid yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah murid yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.

• Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984), menunjukkan implikasi pendidikan untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti pendidikan tubuh badan akan bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran. Serta, pendidikan intelek membawa tujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas. Seterusnya,pendidikan kerohanian akan bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

Related Documents


More Documents from "Ahmed Babay"