Ilmu Pendidikan (kkbi)

  • Uploaded by: Zamzam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Pendidikan (kkbi) as PDF for free.

More details

  • Words: 5,099
  • Pages: 46
GAYA PEMBELAJARAN

Definisi atau Pengertian Gaya Pembelajaran : Gaya bemaksud kelakuan, stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang meujuk kepada stail atau cara pembelajarannya.Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

Mengikut ahli psikologi

mazhab kognitif, gaya pembelajaran merupakan pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip. 1.

Menurut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syaratsyarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan.

2.

Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid.

3.

Mengikut Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid belajar dengan cara yang paling optima. Di dalam buku mereka Learning Style Inventory Development and Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya. 4.

Gregorc (1979) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila

menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. 5.

Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang.

6.

Slavin (1994) mengaitkan peribadi atau personaliti dengan gaya pembelajaran dan mengatakan " Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar ".

Rumusan Gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini. Gaya pembelajaran merujuk kepada cara-cara bagaimana seorang memproses, menghayati dan mempelajari bahan yang baru dan mencabar. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah merujuk kepada unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. Ada murid yang suka belajar dalam suasana kondusif di mana terdapat muzik dan suasana yang harmoni. Walaubagaimanapun terdapat juga murid – murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang sebaliknya dan secara santai. Meraka lebih mengemari praktikal berbanding teori.

JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN

Umumnya, gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama, iaitu penglihatan (visual), pendengaran (auditori), dan pergerakan (kinestetik), dan sebagai tambahan gaya pembelajaran sentuhan (kinestetik). Murid yang mempunyai gaya belajar berdasarkan penglihatan belajar dengan berkesan apabila dapat melihat maklumat. Murid jenis ini belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf dan gambar rajah serta gemar mambaca pada diri sendiri. Mengikut Munford dan Honey (1986), gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

Aktivis

Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 

Mempunyai sikap tidak sabar, tergesa-gesa.



Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam sekitar.



Bergerak pantas dan cepat membalas.



Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba gaya diri sendiri.



Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.



Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri. Pelajar yang tergolong dalam kimpulan ini biasanya suka melibatkan

diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis ialah kaedah inkuiri-penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbangsaran, sesi buzz, simulasi dan main peranan.

Reflektif Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah : •

Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri scndiri.



Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif".



Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri.



Suka mencari hakikat yang sebenar.



Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai

pilihan dengan teliti. •

Seorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.



Belajar dan membuat kerja secara sistematik.



Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan reflektif biasanya suka belajar

mata pelajaran seperti sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar in i ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.

Teoris Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat teoris ialah gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. [)i antara ciri-ciri golongan pelajar i n i ialah: •

Memiliki fikiran rasional dan logikal.



Mempunyai sikap berdisiplin serta bersifat objektif.



Kurang kreatif dan menitikberatkan pcnggunaan pemprosesan otak kiri.



Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti.



Suka mcngesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku



Berminat mengkaji fenomena - fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.

Golongan pelajar bersifat teoris ini biasanya suka belajar matematik, sains, logik, geografi dan sejarah. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang susuai digunakan untuk mengajar mereka ialah kaedah induksi dan deduksi, bertukar pcndapat melalui perbincangan, dan mcngumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.

Pragmatis Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat pragmatis adalah pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengutarnakan aplikasi teori, hukum dan prinsip yang sedia ada dalam situasi yang sebenar. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran pragmatis ialah; •

Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata.

• Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif1 pembelajaran. 

Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar.



Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara.



Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.



Suka membuat perbandingan.

Golongan pelajar di bawah gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah kerja praktik strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambar rajah, serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya. Berikut adalah ciri-ciri individu yang mempunyai kemahiran memproses visual yang tinggi: 1. Mudah mengingat maklumat yang disampaikan melalui gambar, carta, atau rajah; contohnya dalam matapelajaran Ulum Syariah, bidang Ibadah, guru telah mempamerkan carta alat-alat untuk beristinjak serta jenis-jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci. 2. Boleh mencari dan melihat maklumat secara tersurat dan tersirat; 3. Berupaya menggambarkan dalam minda tentang apa yang dibaca daripada maklumat yang diberi; 4. Memiliki kemahiran visual – spatial seperti saiz, bentuk, jalinan corak, sudut, dan bentuk tiga dimensi; 5. Memberi perhatian yang mendalam terhadap isyarat gerak badan orang lain; contohnya dalam penerangan guru maksud bersuci dan beristinjak, di mana guru menunjuk bahagian-bahagian badan yang perlu disucikan dengan menggerakkan anggota badan itu iaitu tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal. 6. Mempunyai keinginan dan kesedaran yang tinggi terhadap nilai estetika atau keindahan persekitaran fizikal, media visual dan seni. Mereka juga mudah belajar melalui deskripsi dan sering mengenalpasti perkataan yang pernah mereka lihat. Mereka mudah mengingati wajah seseorang tetapi lupa akan nama mereka. Sebagai tambahan mereka tidak sensitif dengan bunyi bising.

Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pendengaran, dapat belajar dengan baik apabila menerima maklumat melalui pendengaran. Murid seperti ini suka mendengar dengan cara membaca dan menyebut. Mereka mudah mengingat maklumat dengan lebih tepat selepas maklumat itu dijelaskan kepada mereka secara lisan. Murid ini mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Mampu mengingat dengan agak tepat maklumat yang mereka dengar dalam perbualan; 2. Memiliki kemahiran berbahasa yang tinggi, termasuk pembinaan perbendaharaan kata yang baik; 3. Memiliki kemahiran komunikasi lisan yang tinggi yang membolehkan mereka melaksanakan perbualan yang menarik dengan orang lain; 4. Mudah belajar bahasa asing, dan 5. Biasanya mempunyai bakat muzik kerana mereka berkebolehan mendengar rentak, irama, dan catatan individu. Sebagai contoh dalam satu sesi pengajaran dan pembelaran matapelajaran Pendidikan Islam bidang Ibadah, di mana isi pembelajarannya ialah jenis-jenis air mutlak. Jenis-jenis air mutlak ini telah guru sampaikan secara berlagu. Dengan hanya mengambil beberapa minit sahaja hampir keseluruhan murid telah berjaya menghafal tujuh air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu air perigi, air hujan, air sungai, air mata air, air embun, air laut dan salji. Kadang-kadang mereka lebih suka berdialog atau memberi pendapat tanpa diminta, berbincang dan bermain. Mereka mudah mengingati nama tetapi lupa akan wajahnya. Walau bagaimanapun, mereka mudah diganggu oleh

bunyi bising dan dengan itu mereka perlu bekerja dan belajar di tempat yang senyap. Manakala murid yang mempunyai gaya pembelajaran pergerakan, mereka dapat belajar dengan lebih baik melalui pergerakan tubuh badan mereka kerana aktiviti itu dapat mengaktifkan otot-otot mereka yang kecil atau besar sewaktu belajar. Antara ciri-ciri yang telah dikenal pasti: 1. Gemar membunyikan jari atau menggerak kaki semasa duduk, mereka juga akan memegang sebatang pensil atau pembaris sambil mengoyanggoyangkannya tanpa mereka sedari; 2. Agak ‘hiperaktif’ dan perlu ditegur dari semasa ke semasa supaya lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran; 3. Dapat membuat kerja tangan dengan baik dan juga kerja-kerja seni dengan baik, boleh dikatakan mereka agak kreatif dalam hasil kerja tangan mereka; 4. Mempunyai kesedaran yang tinggi tentang koordinasi pergerakan badan. Dengan kata lain mereka boleh berfikir dan belajar dengan baik semasa bergerak. Dengan itu, murid seperti akan menghadapi masalah penumpuan apabila disuruh duduk setempat dan membaca. Dan sebagai tambahan, terdapat juga gaya pembelajaran murid kinesthetictactile, iaitu gaya pembelajaran murid dengan menggunakan sentuhan. Murid ini suka belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba. Murid sering melakukan terbaik apabila mereka mencatat nota, sama ada di waktu kuliah atau semasa membaca bahan yang baru atau kompleks. Mereka sering melukis atau melakarkan sesuatu untuk mengingat. Oleh itu, mereka amat menyukai aktiviti-aktiviti yang ‘hands-on’ seperti projek dan persembahan. Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam bidang Ibadah, saya telah memberi beberapa orang murid peluang untuk menyentuh Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu carta alat-alat untuk beristinjak. Antara penerangan saya ialah, alat-alat beristinjak mempunyai ciri-ciri permukaan yang kesat dan kasar. Disebabkan semangat inkuiri murid ini, mereka mengangkat tangan secara sukarela untuk menyentuh alat-alat istinjak tadi yang terdiri daripada sumber asli iaitu daun kering, batu, kulit kayu dan tisu (dilekat atas kad manila). Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen. Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat. Contohnya ketika murid memberi jawapan kepada soalan aneka pilihan atau jenis soalan objektif. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GAYA PEMBELAJARAN Mengikut Dunn dan Dunn, terdapat 21 faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Ada faktor biologikal dan ada juga faktor yang bercorak perkembangan. Model Dunn dan Dunn berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iaitu; (a) setiap murid ada kekuatan mereka. (b) kebanyakan individu boleh belajar (c) guru boleh membuat pengajaran secara individu

(d) guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya. (e) kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masingmasing. Mengikut Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut masa. Beberapa elemen dan stimuli telah dikenalpasti yang berkaitan dalam Model Dunn dan Dunn. Antaranya ialah persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi. Persekitaran ialah elemen yang terdiri daripada lampu, bunyi, suhu dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula yang mendengar muzik apabila mereka belajar. Emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan dan struktur. Contohnya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada bulan Ramadhan yang mana rata-rata murid berpuasa. Terdapat perbezaan dalam penumpuan bagi murid yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan rendah. Fisiologi, elemen yang terdiri dalam gaya pembelajaran ini ialah persepsi (audiotori, visual dan kinestetik). Ada murid yang lebih gemar belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi. Ada murid yang lebih gemar ransangan bergambar atau yang bergerak manakala murid yang lain lebih suka ransangan audio. Sosiologi, elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam konteks sosial. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak pembelajaran mereka iaitu sekiranya mereka suka belajar sendirian atau berpasangan dengan rakan sebaya di dalam kelas.

Psikologi, elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif, impulsif, gobal dan analitik. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka membuat satu tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai gaya pembelajaran impulsif dapat membuat sesuatu tugasan pembelajaran dengan cepat. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah muri-murid yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan tempat duduk yang informal contohnya seperti di bawah pokok, di surau di mana murid terpaksa duduk bersila tanpa kerusi. Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan tempat duduk yang formal seperti dalam bilik darjah. Berikut menggambarkan rangsangan dan unsure-unsur gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn dalam sesuatu grafik peta minda.

cahay a

reka bentu k

bunyi

suhu

motivasi

keazaman

tanggun gjawab Persekitaran

Emosi struktu r

perseoranga n

Rangsangan dan Unsur-unsur Gaya Pembelajaran

anatiliti k

berpasangan

global Sosial berkumpula n

Psikologi gerak hati

otak kanan refleksi

otak kiri

orang dewasa Fisiologi masa pelajar

perseps i

pemakanan

mobilit i

Peta minda gaya pembelajran model Dunn dan Dunn

IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. Aspek gaya pembelajaran adalh penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepada dengan cara murid-muridnya belajar. Jika guru dapat menyediaklan satu pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan berkesan. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan pretasi akademik murid. Setelah membuat beberapa pemerhatian, saya telah mencuba beberapa kaedah untuk mengajar murid yang mempunyai perbezaan gaya pembelajaran. Antara cara-cara pendekatan yang saya telah gunakan adalah seperti berikut: Murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pendengaran (Auditory): 1. Menggalakkan murid membaca teks secara kuat semasa belajar; 2. Memberi peluang untuk bercakap dengan rakan sekelas tentang isi-isi pembelajaran dalam kelas. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pergerakan (Kinestatik): 1. Mencorakkan aktiviti pembelajaran untuk disesuaikan dalam main peranan atau penambahbaikan dan simulasi.

2. Rancang aktiviti dan lawatan dan libatkan murid secara aktif, contohnya lawatan ke kantin sekolah bagi matapelajaran Ulum Syariah, bidang Adab Islamiah, yang mana isi-isi pembelajaran ialah adab-adab makan dan minum, begitu juga adab-adab memasuki dan keluar tandas, saya telah menganjurkan lawatan ke tandas sekolah. 3. Menggalakkan murid membuat catatan-catatan untuk isi-isi pembelajaran yang penting supaya mereka tidak bosan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran lisan. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan penglihatan (Visual): 1. Menggalakkan penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran, sebagai contoh peta konsep alat-alat beristinjak, dimana saya telah menggunakan sumber asli yang dilekatkan pada kad manila seperti daun kering, kulit kayu, batu dan tisu. 2. Membuat demontrasi untuk menggerakkan murid membuat pemerhatian, sebagai contoh saya telah menggunakan model gigi dan kayu sugi yang asli untuk demontrasi adab-adab bersugi. 3. Menggunakan bahan pengajaran berbentuk tekstual dan grafik, sebagai contoh saya telah menggunakan cara ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menerangkan perbezaan di antara Rukun Iman dan Rukun Islam.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran

:

Pendidikan Islam (Asuhan Tilawah Al-Quran)

Tajuk

:

Membaca Surah Al-Ikhlas

Masa

:

60 Minit

Bilangan Pelajar

:

40 orang ( Tahun 1 Kenanga )

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran; 1. Murid-murid dapat membaca Surah Al-Ikhlas dengan makhraj yang betul. 2. Murid-murid dapat menghafaz Surah Al-Ikhlas dengan betul, fasih dan bertajwid. 3. Murid-murid dapat mengamalkan bacaan Surah Al-Ikhlas dalam amalan harian mereka. PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI 1. Guru menasihati murid supaya diam apabila Al-Quran dibacakan, sebagai menghormati Al-Quran dan rakan yang membaca. 2. Guru menegaskan kepada murid supaya sentiasa meyakini keesaan Allah. 3. Guru menjelaskan kepada murid supaya menjaga adab ketika membaca Al-Quran, hendaklah dalam keadaan berwudhuk, menutup aurat dan bersih daripada najis.

RANCANGAN MENGAJAR

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN

SET INDUKSI

1. Guru mempamerkan

(3 Minit)

beberapa keping kad yang bertulis kalimahkalimah daripada Surah Al-Ikhlas 2. Guru mencontohkan sebutan kalimah diikuti dengan oleh murid. 3. Guru bersoal jawab berkaitan dengan kalimah tersebut, contoh: Apakah maksud

?

4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran

LANGKAH (1)

1. Guru menyediakan

(15 Minit)

kad-kad kalimah Surah AlIkhlas dan mempamerkan di hadapan kelas. 2. Guru membaca kadkad kalimah yang

dipamerkan dengan betul dan fasih. 3. Guru menyusun kadkad kalimah yang disediakan menjadi ayatayat Surah Al-Ikhlas dengan betul. 4. Guru membaca ayatayat yang telah disusun dengan betul dan fasih.

LANGKAH (2)

1. Guru menyediakan

(10 Minit)

carta surah dan mempamerkan di hadapan kelas. 2. Talaqi dan musyafahah ayat-ayat Surah Al-Ikhlas secara kelas. 3. Latih tubi membaca ayat demi ayat secara kelas, kumpulan dan individu.

LANGKAH (3)

1. Penjelasan guru:

(10 Minit)

- Membaca lafaz Jalalah yang berbaris atas dengan bacaan yang tebal. - Mewaqafkan huruf-huruf Qalqalah dengan bacaan Qalqalah Kubra. - Membaca huruf-huruf yang mengandungi tanda atau huruf-huruf mad. - Membaca kalimahkalimah yang bertanda sukun dan syaddah.

LANGKAH (4)

1. Guru membaca ayat-

(7 Minit)

ayat Surah Al-Ikhlas dengan betul dan fasih. 2. Guru melantik beberapa orang murid turus menjadi naqib untuk membantu murid-murid yang belum menguasai bacaan dan hafazan.

CUBA JAYA

1. Guru meyediakan

(8 Minit)

lembaran kerja melengkapkan kalimahkalimah Surah Al-Ikhlas. 2. Guru memberi penerangan yang jelas supaya murid mengisikan ruang-ruang yang dikosongkan dengan kalimah-kalimah yang tepat dan betul.

PENGHAYATAN

1. Guru menasihati murid

(5 Minit)

supaya diam apabila AlQuran dibacakan, sebagai menghormati Al-Quran dan rakan yang membaca. 2. Guru menegaskan kepada murid supaya sentiasa meyakini keesaan Allah. 3. Guru menjelaskan untuk dapat menhafaz AlQuran dengan cepat, hendaklah dalam

keadaan berwudhuk, menutup aurat dan bersih daripada najis.

PENUTUP

- Guru mengakhiri

(2 Minit)

pengajaran dan pembelajaran dengan meminta murid-murid menghafaz Surah AlIkhlas secara kelas.

2 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

1. Kad-kad kalimah Surah Al-Ikhlas yang bertindak sebagai kad imbasan. 2. Carta mobilisasi yang boleh digantung disudut bacaan dalam kelas supaya murid dapat membuat rujukan dalam hafazan mereka.

CONTOH KAD-KAD IMBASAN YANG DIGUNAKAN BAGI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN

:

PENDIDIKAN ISLAM.

BIDANG/TAJUK

:

ASUHAN TILAWAH AL-QURAN.

ISI PEMBELAJARAN

:

SURAH AL-IKHLAS ( AYAT 1 – 4 )

   

  



 

 





 

 



RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran

:

Pendidikan Islam (Ulum Syariah)

Tajuk

:

Bersuci dan Beristinjak

Masa

:

60 Minit

Bilangan Pelajar

:

40 orang ( Tahun 1 Ibnu Khaldun )

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: Aras 1 1. Menyatakan konsep bersuci. 2. Membezakan antara bersih dan kotor. 3. Mengetahui faedah menjaga kebersihan. 4. Mengetahui bila perlu beristinjak. 5. Mengetahui cara beristinjak dengan betul 6. Menyatakan alat beristinjak iaitu; - Air - Batu - Benda-benda kesat (tisu, daun kering dan kayu).

Aras 2 1. Menyatakan tempat yang bersih dan kotor yang ada di sekitar sekolah dan rumah. 2. Menjelaskan cara mengatasi kekotoran. 3. Menjelaskan keperluan istinjak dan kepentingan untuk beribadah.

4. Berjimat cermat menggunakan air ketika beristinjak.

Aras 3 1. Menjelaskan anggota-anggota badan yang perlu dibersihkan secara khusus setiap hari. 2. Menjelaskan akibat tidak beristinjak dengan betul.

PENGENALAN Pelajaran ini memberi pengertian bersuci dan istinjak supaya murid dapat menjalankan ibadah solat dan ibadah-ibadah lain dengan lebih sempurna. Tajuk ini juga menjelaskan alat-alat beristinjak dan cara-cara menggunakannya.

PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI 1. Guru menasihati murid supaya berjimat cermat ketika menggunakan air ketika beristinjak sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat yang Allah berikan. 2. Guru mengingatkan murid bahawa kebersihan itu adalah separuh daripada Iman. 3. Guru menasihatkan murid supaya sentiasa Istiqamah dan berdisplin dalam melakukan perkara-perkara kebaikan supaya tidak dibenci oleh masyarakat dan disayangi Allah.

RANCANGAN MENGAJAR

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN

SET INDUKSI

-Gambar Air telaga dan dan air hujan.

1. Guru mempamerkan

(3 Minit)

beberapa keping gambar air hujan dan air telaga. - Ini gambar apa?

2. Guru bersoal jawab

- Apakah kegunaan air?

dengan murid berdasarkan gambar yang dipamerkan. 3. Guru menerima jawapan murid dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

LANGKAH (1)

Bersuci ialah -

1. Guru meminta murid

(10 Minit)

menghilangkan hadas

melihat dan membaca

atau najis yang ada

teks utama di muka

pada tubuh badan,

surat (21), jilid 2.

.pakaian dan tempat 2. Guru membacakan pengertian bersuci yang terkandung dalam teks diikuti oleh murid secara

kelas. 3. Latih tubi membaca teks secara kumpulan dan individu dengan bantuan guru. Bersuci hendaklah -

4. Guru menerangkan

pada tubuh badan,

tiga perkara utama yang

.tempat dan pakaian

terlibat dalam bersuci.

Seorang murid -

5. Guru bersoal jawab

memakai pakaian yang

dengan murid mengenai

.putih

masalah yang berkaitan

Jawapan: Pakaian )

dengan kebersihan.

murid yang berwarna

6. Guru memberi

.(putih itu bersih

penerangan mengenai

Seorang murid -

masalah.

memakai baju yang .terkena air kopi Jawapan: Pakaian ) murid yang terkena air

7. Guru mengingatkan

.(kopi itu kotor

murid supaya membersihkan diri dengan sabun tanah apabila terkena najis.

Badan dibersihkan -

8. Guru menjelaskan

.dengan mandi

cara membersihkan

- Tempat tinggal

kotoran.

dibersihkan dengan menyapu dan membasuh kekotoran yang ada pada tempat tersebut. - Contoh: Anggota-

9. Guru bersoal-jawab

anggota wudhuk yang

dengan murid anggota-

sering terdedah kepada

anggota badan yang

kekotoran dan kuman.

perlu dibersihkan secara khusus setiap hari.

LANGKAH (2)

Istinjak ialah membersihkan -

1. Guru

(10 Minit)

.najis pada Qubul dan Dubur

menyediakan carta jenis-jenis air mutlak.

:Jenis-jenis air mutlak 2. Guru menyebut Air perigi .1 dan membacakan Air hujan .2 jenis-jenis air Air sungai .3 tersebut dan diikuti Air mata air .4 oleh semua murid. Air embun .5 3. Latih tubi Air laut .6 menyebut jenis-jenis

Salji .7

air mutlak secara kumpulan dan individu yang disampaikan secara berlagu.

LANGKAH (3)

:Contoh -

1. Guru

(10 Minit)

Zaki memakai seluar yang .1

menyediakan

.terkena tahi kucing

masalah yang perlu

Jawapan: seluar terkena )

difikirkan oleh murid

(najis dan perlu disucikan

jawapannya untuk

Halimatun memakai baju .2

membezakan antara

.yang baru dibasuh

bersih, kotor dan

(Jawapan: Bersih dan suci )

suci lagi

Yusri mandi menggunakan .3

menyucikan.

.air telaga

2. Guru memberi

Jawapan: Bersih dan suci )

penjelasan kepada

kerana air telaga/air perigi

masalah yang

termasuk dalam air mutlak

ditimbulkan setelah

(.yang suci lagi menyucikan

meneliti jawapanjawapan daripada murid-murid.

LANGKAH (4)

Bahan Bantu Mengajar:

1. Guru

1. Anak patung

menyediakan anak

2. Alat-alat istinjak yang asli

patung untuk

- Tisu

demontrasi istinjak

- Daun kering

menggunakan tisu,

- 3 biji batu

daun kering, batu

- Kulit kayu

dan kulit kayu.

Guru menunjukkan cara

2. Murid melakukan

(12 Minit)

menggunakan alat-alat istinjak semula istinjak seperti di atas dan tempat

dengan

yang perlu disucikan iaitu

menggunakan anak

Qubul dan Dubur.

patung mengikut kumpulan di bawah pengawasan guru. 3. Guru meyediakan kad manila yang mengandungi doa istinjak. 4. Guru mencontohkan bacaan doa niat istinjak secara potongan ayat (pendek), muridmurid ikut bacaan secara kelas,

kumpulan dan individu. 5. Latih tubi membaca potongan ayat dan ayat pendek secara kelas, kumpulan dan individu. 6. Bimbingan diberikan kepada murid yang belum menguasai.

CUBA JAYA

1. Guru meyediakan

(8 Minit)

lembaran kerja mewarnakan alat yang boleh digunakan untuk beristinjak. 2. Guru memberi penerangan yang jelas supaya murid mewarnakan gambar-gambar yang tepat dan betul.

PENGHAYATAN

Faedah beristinjak

1. Sumbang-saran

(5 Minit)

1. Menghindarkan kuman

antara guru dan

yang boleh mendatangkan

murid faedah

penyakit

beristinjak dan akibat

2. Memberi keselesaan.

tidak beristinjak.

3. Memberi kesegaran kepada 2. Guru tubuh badan.

menasihatkan murid

4. Memberi ketenangan jiwa.

supaya beristinjak

5. Disukai Allah dan rakan-

dengan sempurna,

rakan.

berjimat cermat

6. Terhindar daripada

ketika menggunakan

gangguan syaitan.

air ketika beristinjak

Akibat tidak beristinjak

sebagai tanda

1. Badan lesu dan tidak sihat.

syukur atas nikmat-

2. Sentiasa kotor.

nikmat Allah.

3. Dibenci rakan.

3. Guru

4. Tiada keselesaan diri dan

menasihatkan

rakan.

supaya sentiasa berdisplin dalam hal ehwal menjaga kebersihan.

PENUTUP

Contoh:

1. Guru mengakhiri

(2 Minit)

1. Apakah maksud istinjak?

pengajaran dan

2. Apakah maksud bersuci?

pembelajaran dengan mengajukan soalan kepada murid. 2. Murid menjawab bersama-sama secara kelas. 3. Murid menyanyi jenis-jenis air mutlak secara kelas

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

1. Gambar jenis-jenis air mutlak 2. Carta alat-alat beristinjak 3. Kad kalimah doa istinjak

MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID-MURID

Banyak faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Antaranya ialah masalah pengajaran dan

pembelajaran itu sendiri, masalah fizikal dan deria seseorang murid itu. Selain daripada itu masalah pertuturan, kesihatan, masalah mental dan emosi pelajar-pelajar tersebut. Masalah tidak minat untuk belajar juga akan menimbulkan proses pembelajaran yang baik. Antara masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran adalah seperti tidak memahami isi-isi penting dalam matapelajaran subjek yang diajar dan sukar mengingat fakta-fakta penting bagi beberapa subjek tertentu. Faktor tidak minat sesetengah subjek juga menjadi masalah dikalangan mereka. Selain daripada itu mereka juga menghadapi masalah seperti sekolah yang jauh dari kawasan rumah mereka. Ini menyebabkan adakalanya mereka tidak hadir ke sekolah terutama ketika berlaku hujan. Justeru masalah kehadiran juga menyumbang kepada kemerosotan pembelajaran mereka. Keperluan asas pembelajaran yang kekurangan seperti buku teks, buku kerja atau buku aktiviti, buku-buku rujukan, makmal dan bahan bantu mengajar yang terkini dan lain-lain lagi. Masalah displin dalam bilik darjah juga akan berlaku dikalangan muridmurid.Antara faktor yang menyumbang berlakunya masalah ini adalah kawalan kelas yang tidak dapat dikawal oleh guru yang masuk ke kelas. Maka pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya berjalan dengan lancar akan terganggu dan objektif tidak dapat dicapai. PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID

Punca paling ketara berlakunya masalah pembelajaran dikalangan murid adalah gaya dan teknik pengajaran yang disampaikan oleh guru.Masih terdapat cara yang digunakan tidak berkesan atau sesuai dengan

matapelajaran yang diajar dan tahap penguasaan murid tersebut.Tiada motivasi atau galakkan yang diberikan kepada mereka sama ada di rumah atau di sekolah. Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan tidak sesuai atau tidak digunakan dengan sebaiknya. Untuk itu sebagai seorang guru perlu tahu apakah tugas sebenar sebagai pendidik, mendidik itu membawa maksud membimbing atau mengasuh murid. Sungguh mudah jika dipandang secara sepintas lalu istilah ini. Walaubagaimanapun,jika ditelusuri hakikat sebenarnya, tugas memdidik itu mengandungi pelbagai persoalan dan permasaalahan. Hal ini tentunya memerlukan kebijaksanaan dan kearifan dalam mengambil tindakan serta membuat keputusan. Dalam mendidik , pelbagai persoalan yang berkaitan dengan tindak balas dan respon murid akan timbul di benak guru, iaitu: 1. Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru? 2. Apakah objektif pembelajaran yang digariskan akan tercapai? 3. Apakah murid-murid memberikan tumpuan? 4. Siapakah diantara mereka yang akan menimbulkan gangguan? 5. Bagaimana menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran itu menarik? 6. Mengapa ada antara murid yang tidak mengambil endah? 7. Bagaimana membantu murid yang lemah dan yang tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran? Inilah antara sejumlah pertanyaan yang terpacul ketika melaksanakan tugas memdidik. Hal ini menunjukkan bahawa memdidik murid tidak sama dengan usaha tukang kebun yang memelihara tanamannya.

Walaubagaimanapun, banyak juga masalah berpunca dari latarbelakang pelajar tersebut. Antara yang boleh dikesan adalah seperti masalah yang berkaitan dengan ekonomi keluarga pelajar tersebut. Kemiskinan menyebabkan pelajar dari keluarga ini selalu tidak datang sekolah kerana membantu menyara keluarga, tidak mampu menyertai sebarang aktiviti atau program sekolah dan banyak ketinggalan dalam pembelajaran.Adakala timbul pula masalah sosial kerana sering bergaul dengan rakan yang senasib atau golongan yang lebih dewasa lalu semangat untuk belajar akan berkurangan Selain daripada itu masalah yang berpunca dengan tahap kecerdasan murid. Terdapat juga murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang lemah. Selalunya murid ini lambat menerima dan memahami pelajaran, sukar mengingat dan mudah lupa. Faktor terjadi perkara yang disebutkan tadi adalah kerana faktor keturunan atau kekurangan makanan yang berzat.

Kurikulum yang kurang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar menyebabkan pelajar akan bosan dengan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat juga matapelajaran yang mengandungi isi kandungan yang terlalu banyak.Ini menyebabkan banyak kekeliruan ketika pelajar cuba mengingatnya. Aktiviti yang hendak digunakan hendaklah sesuai dengan keadaan kelas, suasana sekeliling, aras pencapaian murid dan cuaca pada hari tersebut. Komunikasi yang tidak berkesan dalam bilik darjah juga menjadi punca timbulnya masalah pembelajaran dikalangan pelajar. Guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran penggunaan kaedah dan teknik mengajar khususnya teknik menyoal.Oleh itu guru dikehendaki menguasai

kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis.Kemahiran ini amat penting dalam menyampaikan pembelajaran yang jelas dan tepat dan membolehkan mereka mengikut pelajaran yang diajar.

MASALAH SEMASA MENGENDALIKAN KELAS PEMULIHAN.

Sememangnya murid-murid yang lemah perlu ditumpukan dalam kelas pemulihan.Namun begitu timbul masalah semasa pengendalian kelas ini seperti tiada tenaga pakar dalam bidang ini.Guru-guru yang terlibat dengan pemulihan selalunya bukan dari guru yang khusus dalam hal ini.Sedangkan

kelas pemulihan memerlukan guru yang khusus dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kelas pemulihan tanpa dibebankan dengan tugas-tugas lain. Lee Shulman , telah membuat kajian tentang pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru pakar. Beliau telah mengenalpasti 7 skop pengetahuan professional bagi seseorang guru pakar, iaitu: 1. Pengetahuan tentang subjek yang hendak diajar 2. Strategi am pengajaran yang boleh diimpelementasikan dalam semua mata pelajaran iaitu: A. Prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah B. Pengajaran berkesan C. Penilaian dan pengukuran.

3. Pengetahuan tentang bahan-bahan dan perkakasan kurikulum serta pengelolaan program yang bersesuaian dengan mata pelajaran dan tahap murid. 4. Pengetahuan terperinci tentang bahan kandungan mata pelajaran yang hendak diajar 5. Perwatakan (karakteristik) dan latar belakang budaya murid-murid dalam bilik darjah 6. Kedudukan dan rekabentuk belajar sama ada secara berpasangan, kumpulan kecil, tim belajar (learning team), sebuah kelas, sebuah sekolah atau dalam satu kumpulan masyarakat yang lebih besar, 7. Tujuan dan objektif yang hendak disampaikan oleg guru dan dicapai oleh murid

Berdasarkan 7 skop yang telah digariskan tadi di setiap sekolah kekurangan guru yang mencapai tahap pakar disebabkan itu adalah sukar untuk menangani masalah di dalam kelas pemulihan. Oleh kerana kelas pemulihan dikhususkan pada murid yang lemah menguasai 3 M maka sudah pasti murid-murid ini kurang bermotivasi untuk belajar dan selalu tidak hadir. Adakala sekolah tidak dapat menyediakan kelas pemulihan yang khusus.Pengajaran dan pembelajaran selalu diadakan di kelas yang kosong atau tempat lain. Ini menyebabkan murid-murid akan hilang perhatian untuk belajar disamping itu juga masa akan terbuang begitu saja kerana mencari kedudukan kelas-kelas kosong yang sentiasa berubah-ubah.

CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGENDALIAN KELAS PEMULIHAN

Pengurusan displin dalam bilik darjah Murid yang berdisplin adalah amat penting dalam memastikan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan.Sekiranya displin bilik darjah baik maka

suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif yang mana aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur.Segala yang dirancang akan dibuat dengan sistematik. Wujudnya masalah pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan sesetengah guru menggunakan pelbagai kaedah dan teknik semasa proses tersebut.Masalah muncul apabila sebahagian murid tidak sesuai dan tidak dapat menerima cara pengajaran tersebut.Sebaliknya berlaku kebosanan sekiranya guru masih meneruskan pengajaran dengan cara yang tidak sesuai dengan tahap kecergasan murid.Seterusnya banyak lagi masalah akan timbul seperti tidak faham isi pelajaran dan sebagainya. Sekiranya situasi ini wujud pelajar ini akan mula rasa malas datang ke sekolah. Ini akan menyebabkan pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran dan kemungkinan besar akan gagal dalam peperiksaan.

BIBLIOGRAFI Joginder Singh, Dr. Ragbir Kaur (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ee Ah Meng (2001). Pedagogi 4. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Panel Penulis Institut Bahasa. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah Jilid 4: Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents


More Documents from ""