Iktibar Peperangan Khandaq-ahzab

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Iktibar Peperangan Khandaq-ahzab as PDF for free.

More details

  • Words: 944
  • Pages: 3
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

Peristiwa di

bulan Syawal

Iktibar Peperangan Khandaq/Ahzab

P

eperangan ini dinamai juga dengan peperangan Al-Ahzab. Peperangan ini berlaku dalam bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Ini menurut apa yang ditegaskan dengan kuat oleh Ibnu Ishaq, Urwah Bin Al-Zubair, Qatadah, Al-Baihaqi dan . Jumhur Ulama Sirah dan dikatakan juga berlaku pada tahun keempat Hijrah. Tarikh ini ditegaskan oleh Musa bin Aqabah dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan diikuti oleh Malik.

Sesungguhnya syariat Islam membenarkan kaum Muslimin mengambil sesuatu yang baik daripada orang lain dengan syarat mereka (Muslimin) tidak mengikuti pegangan atau kepercayaan asing

Peperangan ini berpunca (sebagaimana yang diriwayatkan) daripada pengkhianatan kaum Yahudi dan tipu muslihat mereka. Mereka yang menyalakan api peperangan itu dan merekalah yang mengumpulkan barisan Musyirikin. Kerja jahat seperti ini tidak terbatas pada kaum Bani Nadhir yang telah diusir keluar dari Madinah sahaja malah kerja-kerja seperti ini turut dilakukan oleh Bani Quraizah sedangkan mereka masih terikat dengan perjanjian dengan kaum Muslimin dan tidak pula di dalam keadaan terancam sehingga mendesak mereka melanggar perjanjian dan ikatan mereka itu. Di sini dapat kita mengambil sejumlah pengajaran dan pelajaran. Peristiwa ini merupakan persoalan yang paling jelas hingga ianya merupakan ungkapan sejarah yang terkenal di setiap masa dan tempat. Pengajaran dan Pelajaran Pertama: Peperangan Khandaq ini merupakan peperangan pertama di dalam sejarah peperangan Arab dan Islam di mana kubu-kubu digali. Taktik peperangan cara ini hanya terkenal di kalangan bangsa-bangsa asing sahaja iaitu Farsi secara khusus dan orang yang mengemukakan kaedah ini di dalam peperangan ini ialah Salman Al-Farisi, dimana Rasulullah Sallahu 'alaihi Wasallam kagum dan

Iktibar Peperangan Khandaq/Ahzab________________________________________ tertarik dengan kaedah ini. Tidak lama kemudian, Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam pun menyeru sahabatnya melaksanakan cadangan itu. Ini adalah sebahagian daripada beberapa dalil yang banyak yang menunjukkan bahawa hikmah itu barang kehilangan orang Mukmin: "Hikmah itu adalah barangan yang hilang daripada orang-orang Mukmin. Di mana sahaja ditemuinya, dialah yang lebih berhak memilikinya." Sesungguhnya syariat Islam membenarkan kaum Muslimin mengambil sesuatu yang baik daripada orang lain dengan syarat mereka (orang Islam) tidak mengikuti pegangan atau kepercayaan asing. Mereka boleh mengambil serta mengumpul seberapa banyak yang mungkin nilai-nilai kebaikan dan konsep-konsep yang berfaedah untuk diri mereka, di mana sahaja kedapatan dan di mana sahaja ia dapat diperolehi. Sebagai kaedah umum Islam di dalam konteks ini ialah supaya setiap Muslim tidak membantutkan akal bebasnya dan pemikirannya yang waras di dalam perjalanan hidupnya dan seluruh urusan dan halnya. Sekiranya ini rupabentuk seorang Muslim, sudah pasti tanpa keraguan lagi ianya tidak mungkin dicucuk tali pada hidungnya lalu hujung tali diserahkan kepada orang lain untuk memimpin ke mana sahaja mereka kehendaki tanpa kesedaran dan pandangan mata hatinya.

Seorang Muslim tidak mungkin membelakangkan sebarang prinsip atau kerja atau disiplin yang diterima oleh akal yang waras dan fikiran yang bebas lagi secocok dengan prinsip-prinsip syariat Islam, apatah lagi untuk melanggarnya dan tidak pula mahu memenatkan jiwanya untuk mengambil manfaatnya darinya. Cara hidup inilah yang digariskan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala kepada individu Muslim yang sebenarnya turuntemurun dari satu asal-usul iaitu kemuliaan. Kemuliaan yang diciptakannya kepada manusia supaya berlandaskan nilai ini kerana Allah Taala mengendaki agar manusia ini menjadi pemerintah sekalian makhluk Allah. Melaksanakan ubudiyyah (perhambaan) diri kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala serta beriltizam dengan hukum-hukum syariatnya demi untuk menjamin agar terpelihara kemuliaan dan pemerintahan ini. Kedua: Di dalam babak di mana Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan para sahabat radiyaLlahu 'anhum bersama-sama menggali kubu parit "Khandaq" ternyata memberi suatu pengiktibaran yang paling agung sekali. Babak ini menyingkap sebahagian besar daripada hakikat persamaan yang diasaskan oleh masyarakat Islam di antara anggota-anggota masyarakatnya. Di samping itu ia juga mendedahkan bahawa keadilan dan persamaan sifat yang diasaskan itu bukanlah semata-mata slogan yang dihiaskan dari luar masyarakat itu lalu dipamerkan dalam satu bentuk yang menarik dan menawan, tetapi keadilan dan persamaan hak itu

Iktibar Peperangan Khandaq/Ahzab________________________________________

merupakan asas yang benar-benar terpancar darinya nilai dan prinsip Islamiyyah yang umum samada yang zahir maupun yang batin. Saudara mendapati Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam tidak mengarahkan kaum Muslimin untuk menggali kubu, kemudian baginda pulang ke istananya memerhati dari atas menara kemajuan yang dijalankan dan seterusnya berehat sambil berenak-enakan sahaja dan tidak pula Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam datang untuk membuat perasmian dengan memegang ulu cangkul kemudian mencangkul sekali sebagai tanda memulakan kerja. Tetapi baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam telah bersama-sama berhempas pulas memerah tenaga dengan seluruh kaum Muslimin sama seperti para sahabatnya. Mereka serentak bekerja dan bermadah dengan rajaz (seperti sajak) buat menambah semangat dan kecergasan. Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam pun turut bekerja bermadah, mereka termengahmengah, kerana Allah mereka sanggup dahaga dan berlapar. Inilah dia hakikat menegakkan syariat Islam bagi melaksanakan prinsip persamaan di antara pemimpin dan yang dipimpin, antara kaya dan miskin, antara rakyat jelata dan amir. Malah saudara akan mendapati bahawa seluruh cabang syariat Islam ditegakkan di atas konsep ini. Saya menasihatkan saudara agar tidak menyamakan konsep ini dengan sistem ciptaan manusia yang yang

menyelewengkan cara hidup dan pemerintahan. Jauh sekali perbezaan di antara dua ini. Sumber keadilan dan persamaan dalam Islam ini berpunca daripada perhambaan dan penyerahan ubudiyyah kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Ianya merupakan satu sifat yang menyeluruh bagi seluruh manusia, meletakkan mereka dalam satu saff (barisan) kedudukan dan pandangan sedangkan sistem ciptaan manusia merupakan keluhuran undang-undang dan pendapat majoriti atas segala yang lain tanpa memperhitung tabi'at dan kemunculan pendapat itu dan pencapaiannya. Untuk yang demikian maka syariat Islam tidak sibuk dengan apa yang dinamakan pengkelasan (apartheid) untuk manamana akta, atau kelompok manusia tertentu. Demikian juga tidak ada motif dan sebab-sebab khusus kerana tabi'at dan sifat kehambaan dan ubudiyah itu melarutkan segala-galanya ini di samping menghapuskan segala keistimewaan itu sama sekali. [Bersambung… insyaAllah] Rujukan: Fiqh Al-Sirah 2, Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti

Related Documents


More Documents from "MaMaT CyBeR"