Iktibar Peperangan Khandaq-ahzab (2)

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Iktibar Peperangan Khandaq-ahzab (2) as PDF for free.

More details

  • Words: 900
  • Pages: 3
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

Pengajaran

dan Pelajaran

Iktibar Peperangan Khandaq/Ahzab (2) mam Bukhari telah meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir radiyaLlahu ‘anhu telah berkata di hari menggali kubu; “Kami telah direntangi oleh seketul batu . pejal, sahabat-sahabat bertemu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lalu menceritakan: “Ada batu pejal, ya Rasulullah yang merintangi penggali kubu.” Jawab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Nanti aku pecahkannya,” kemudian baginda terus bangun sedangkan perut Adapun yang baginda diikat dengan batu (menahan lapar). membawa baginda “Tiga hari berturut-turut kami tidak menjamah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabar menanggung makanan.” mengambil pemecah batu lalu dicangkulnya batu dan mengalami segala- hingga menjadi hancur. Kemudian aku berkata: galanya ini tidak lain “Ya Rasulullah ‘alaihi Wasallam, izinkanlah kepadaku untuk pulang ke rumah," lepas itu aku daripada rasa berkata kepada isteriku: “Aku lihat Rasulullah tanggungjawab Sallallahu Alaihi Wasallam sudah tidak boleh terhadap risalah dan sabar lagi. Apakah engkau ada sesuatu untuk dimasak?" Jawabnya: “Aku ada biji-biji barli dan amanah yang seekor kambing betina.” Aku pun menyembelih ditaklifkan kambing dan mengisar biji-biji barli kemudian aku (diamanahkan) untuk masakkan kambing di dalam periuk. Setelah itu aku datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi disampaikan… Wasallam sedangkan tepung yang diuli sudah merekah manakala periuk masih di atas tungku lagi tetapi hampir-hampir masak. Aku berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

I

Iktibar Peperangan Khandaq_____________________________________________ "Saya ada sedikit makanan, ayuh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan seorang dua lagi." Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya: “Banyak mana makanan itu?” Aku pun ceritakan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Itu banyak, lagi baik. Katakan kepada isterimu jangan angkat turun periuk dan juga roti, biarkan di atas dapur hingga aku tiba. Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berseru kepada sekelian Muhajirin dan sekelian Ansar; “Ayuh bangun dari tempat kamu.” Di tengah jalan pula Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaung: “Wahai penggali-penggali kubu, ini dia Jabir telah menghidang makanan!” Ayuh kesemua kamu. Bila Jabir masuk ke dalam rumah lalu berkata: "Apa kata kamu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah datang bersama-sama Muhajirin dan Ansar dan orang-orang lain.” Bertanya isterinya: “Adakah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bertanyakan tentang makanan itu." Jawab Jabir, "Ya!" Lalu jawab isteri Jabir: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Kemudian datanglah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan baginda bersabda: “Ayuh masuk dan jangan teragak-agak.” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mematah-matahkan roti dan meletakkan masakan daging di atasnya. Manakala periuk dan dapur memasak roti, masih bertambah apabila diambil sehingga sekelian yang datang kenyang dan masih banyak lagi bakinya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepada isteri Jabir: “Engkau makanlah hidangan yang baki kerana manusia ditimpa kelaparan.” (dalam

riwayat yang lain pula kata Jabir: “Aku bersumpah demi Allah mereka telah memakan masakanku hingga kesemua mereka beredar tetapi periuk kami masih penuh seperti asalnya dan tepung kami masih boleh dibuat roti lagi.” ) Pengajaran dan Pelajaran Di dalam babak ini juga tersirat pengajaran dan pengiktibaran yang menyingkap satu gambaran kesetiaan yang teradun di dalam peribadi Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang membawa saudara melihat betapa kecintaan baginda terhadap sahabatnya dan berkasihan-belas ke atas mereka di samping memberi gambaran yang lain mengenai perkara-perkara luar biasa dan mukjizat yang dikurniakan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada Nabi-Nya. Adapun gambaran kenabian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam babak ini, kelaparan yang diakui oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa bekerja bersama-sama para sahabatnya hingga baginda terpaksa menahan pedih perut kerana terlalu lapar. Perhatikanlah apakah tujuannya hingga membawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sanggup menanggung kesusahan sebegitu rupa? Apakah ini kerana ingin menjadi pemimpin? Atau apakah ini keinginan mengumpul harta kekayaan dan kekuasaan atau satu impian inginkan para pengikut dan penyokong di sekelilingnya? Segala keinginan dan cita-cita demikian adalah amat bertentangan dengan segala yang dialami selama ini. Nyatalah jauh sekali seorang lelaki yang mencintai dan memburu pangkat, kuasa atau kekayaan mampu bersabar menanggung

Iktibar Peperangan Khandaq_____________________________________________

kesengsaraan seperti ini. Adapun yang membawa baginda bersabar menanggung dan mengalami segala-galanya ini tidak lain daripada rasa tanggungjawab terhadap risalah dan amanah yang ditaklifkan (diamanahkan) untuk disampaikan dan berjalan membawa tugas yang berat melalui jalan-jalan yang panjang yang memang tabiatnya sedemikian. Itulah dia peribadi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang terpapar dalam kerja-kerja yang dilakukannya bersama para sahabatnya khusus semasa menggali kubu “khandak”.

Jabir radiyallahu 'anhu tadi bertukar menjadi makanan yang berlimpahan, mengenyangkan beratus-ratus para sahabat dan masih berbaki. Sesungguhnya mukjizat yang luar biasa yang menakjubkan ini merupakan penghargaan Ilahi kepada baginda bagi menggambarkan kesayangan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam terhadap sahabat-sahabatnya.

Manakala gambaran kecintaannya yang tidak dapat dibayangkan dengan katakata terlihat apabila baginda mengajak seluruh sahabatnya menikmati masakan Jabir yang dikhususkan kepada baginda dan beberapa orang sahabat.

“Jauhilah neraka walapun hanya dengan sebab sebelah kurma, jika kamu tidak menemui caranya, cukuplah sekadar berbicara perkara yang baikbaik” (Sahih, R.Ahmad, Bukhari & Muslim)

Apa yang mendesak Jabir menjemput Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ialah setelah didapati bahawa baginda mengalami kelaparan yang amat sangat sehingga terpaksa mengikat batu-batu pada perut baginda. Oleh kerana Jabir tidak mempunyai simpanan makanan kecuali cukup untuk beberapa orang sahaja, terpaksalah beliau membataskan jemputan ini kepada sebilangan orang sahaja sesuai dengan kadar makanan yang ada. Tetapi bagaimana mungkin Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam sampai hati meninggalkan para sahabatnya yang sama-sama bekerja keras sedangkan perut-perut mereka memulas kelaparan. Belas kasihan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam kepada sahabatnya mengatasi kasihan belas ibu ke atas anak-anaknya. Apa yang dikatakan mukjizat luar biasa di dalam kisah ini ialah kambing kecil

Rujukan: Fiqh As-Sirah, Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti Mutiara Hadith:

Related Documents


More Documents from "MaMaT CyBeR"