PENGENALAN Candi Borobudur merupakan salah satu candi terbesar di Indonesia. Candi borobudur merupakan salah satu Candi Buddha yang terletak di Magelang, Jawa Tengah. Candi Borobudur terletak kurang lebih 40 km di sebelah barat laut kota Jogja.
Candi
Borobudur di bina semasa ajaran Buddha Mahayana tersebar di kawasan Jawa Tengar sekitar tahun 750-800 an Masihi.
Candi Borobudur tersenarai dalam 7
keajaiban dunia bukan sahaja karena menjadi candi yang terbesar malah Candi Borobudur menjadi Candi Buddha yang tertua kerana ia di bina sebelum Candi Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada pertengahan abad ke-12 oleh Raja Suryavarman II. Candi Borobudur dibina semasa pemerintahan dinasti Syailendra.
LOKASI CANDI BOROBUDUR
Rajah 1. Peta lokasi Candi Borobudur Candi Borobudur terletak di Jalan Badrawati, Kawasan Borobudur, Daerah Kota Magelang, Jawa Tengah. Ia merupakan sebuah kawasan stratergik kerana ia berada di tengah – tengah kota dan mejadi laluan utama ketika itu. Candi Borobudur berada 100km dari Kota Semarang, 86km dari Surakarta dan 40km dari Bandar Yogyakarta.
SEJARAH CANDI BOROBUDUR
Rajah 2. Struktur Arkitektur Candi Borobudur Nama
Candi
Borobudur
berasal
dari
perkataan
bara dan budur.
Dalam
istilah bara memiliki maksud kompleks biara dan perkataan budur bermaksud atas. Jika digabungkan kedua – dua perkataan tersebut iaitu barabudurn (Borobudur) ia membawa maksud kompleks biara di atas. Bersesuaian dengan namanya, Candi Borobudur terletak di atas sebuah bukit sebagai komplek biara yang paling besar ketika itu. Para pengkaji membuat kesimpulan bahwa Candi Borobudur dibina antara tahun 750-800 an Masihi. Kesimpulan ini dibuat hasil daripada perbandingan antara jenis symbol tulisan yang tertulis di kaki tertutup Karmawibhangga Candi Borobudur dengan jenis symbol tulisan umumnya digunakan pada kerajaan abad ke-8 dan ke-9 Masihi.
Penemuan ini membawa kepada kesimpulan bahwa Candi Borobudur
dibangun pada masa kerajaan Dinasti Syailendra di Jawa Tengah antara kurun 760 sampai dengan 830 Masihi. Kompleks biara Candi Borobudur dibina di kawasan atas bukit dan memakan masa selama 75 hingga 100 tahun bagi ia dibina siap sepenuhnya. Ia dijangkakan siap sepenuhnya ketika pemerintahan Raja Samaratungga pada tahun 825.
Menurut sejarah, masyarakat pada masa itu adalah penganut yang taat pada agama Buddha bermazhab atau beraliran Mahayana. Walaupun demikian, terdapat penemuan yang menunjukkan bahawa pada awalnya mereka mungkin beragama Hindhu Siwa. Terdapat banyak pembinaan pelbagai candi hindu di dataran Kedu. Beberapa contoh adalah seperti Candi Suci Shiwalingga yang lokasi nya terletak berdekatan dengan kawasan Candi Borobudur. Meskipun begitu, Candi Borobudur telah dipersetujui menjadi candi peninggalan kerajaan Buddha.
PROSES PEMBINAAN CANDI BOROBUDUR
Rajah 3. Struktur Arkitektur bahagian atas Candi Borobudur. Pada mulanya terdapat sebuah stupa (makam) yang sangat besar di atas candi tersebut.
Oleh kerana stupa tersebut terlalu besar dan berat yang boleh
membahayakan jika terus diletakkan di atas, maka stupa tersebut dirobohkan dan diganti dengan tiga barisan stupa dengan ukuran yang lebih kecil dan hanya terdapat satu stupa nduk sahaja seperti sekarang. Candi Borobudur mempunyai 10 tingkat yang melambangkan tahap dan proses hidup manusia. Bangunan Candi Borobudur memiliki enam teras berbentuk bujur seakan – akan sangkar yang di atasnya. Pada dinding Candi juga dihiasi dengan kira-kira 2.672 panel relief serta terdapat 504 arca Buddha. Stupa utama Borobudur yang paling besar terletak di tengah sekaligus menjadi mahkota bagi bangunan ini.
Stupa puncak tersebut dikelilingi oleh tiga
barisan dari 72 stupa berlubang yang terdapat arca Buddha sedang duduk bersila di tengah-tengah bunga teratai sempurna dengan mudra (sikap tangan) dharmachakra mudra (memutar roda dharma).
Rajah 4. Candi Borobudur dari pandangan atas.
Rajah 5. Proses pembaik pulih dan pelestarian Candi Borobudur.