PERMAINAN TRADISIONAL
(KITE)
ISI KANDUNGAN 1.
Tajuk:
2. Senarai Kandungan: 3. Penghargaan: 4. Objektif: 5. Kaedah Kajian: 6. Hasil Kajian: 7. Rumusan: 8. Lampiran: 9. Rujukan:
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini dengan
sempurna serta dapat menyiapkannya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan Telok Datok iaitu Tn Haji Abdul Wahid Bin Takat yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Asmah Binti Othman selaku guru Sejarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan atau menyiapkan kertas kerja ini.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah turut membantu. Selain itu,ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak membantu dari segi kewangan dan moral,dalam menyiapkan dan melancarkan proses untuk kertas kerja ini. Sekian terima kasih…
OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut: (A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat. (B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. (C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR). (D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.
KAEDAH KAJIAN Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut: (A) Temu bual ~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya. (B) Penyelidikan perpustakaan ~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adatadat perkahwinan melayu. (C) Pemerhatian ~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai. (D) Penyelidikan ~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.
PENDAHULUAN Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
SEJARAH WAU MALAYSIA Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami
isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
LATAR BELAKANG WAU Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemudapemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
SENI PERTUKANGAN : FILIGREE Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi
masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling.
BAHAGIAN PERINCIAN WAU Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
BAHAGIAN UTAMA WAU Teknik Pembuatan Wau Tradisional Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh 1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. 4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. 5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. 6. Jika menebang buluh pada waktu pagi,pastikan penebang menindih bayangnya.
Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar
lembut dan sederhana keras. 2.
Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 Sentimeter.
Mengukur,Melukis dan Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat : 1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor. 2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap. 3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau. 4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna. 5. Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu:Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.
Kesimpulan Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Jenis-jenis wau Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna.Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau-Teraju Tiga.
Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa.Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
1) Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional.
Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati adat permainan tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat-adat permainan tradisional dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat.Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.
2) Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara
belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini boleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perlu melakukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini berterusan.Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama.Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yg berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan memberikan semangat kekitaan pada diri bangsa Malaysia.Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yang tinggi.
WAU BULAN
WAU KUCING
WAU DAUN
WAU HELANG
WAU JALABUDI
WAU KENYALANG
WAU MERAK
WAU PUYUH
LAYANGLAYANG
Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah saluran yang paling berkesan untuk melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.
Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu. Permainan sukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain. Oleh itu, sikap bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat mewujudkan perasaan muhibah atau semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini biasanya akan dihadiri oleh pelbagai bangsa.
Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal batas kaum, daerah, negeri mahupun negara. Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara dalam peringkat antarabangsa, akan disemai perasaan sedia berkorban untuk bangsa dan negara serta bertanggungjawab untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Setiap orang daripada pelbagai lapisan masyarakat juga boleh menjadi penyokong pasukan negara untuk melahirkan rasa cinta akan bangsa dan negara Malaysia.
Di samping itu, sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan menjadi satu pembelajaran teras. Dengan cara bermain, secara tidak langsung pelajar akan dididik untuk bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan bertimbang rasa. Konklusinya, melalui sukan dan permainan, setiap modal insan yang patriotik dapat dibentuk.
Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui aktiviti sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau telah mewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut meningkatkan martabat negara kita.
Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untuk melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.
Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikap tolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau.
Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan wau.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin. Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri bagi pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan itu.
Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa mengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang canggih dan moden dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh masyarakat hari ini. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik