SUMBER PERIKANAN Hashimi Ismail Koordinator Pendidikan MNS Terengganu
Jenis ikan
Ikan bertulang (Kelas Actinopterygii) ~ 24,000 telah dikenalpasti ~ 60% marin
Ikan bertulang rawan (Kelas Chondrichthyes) ~ kumpulan ikan yu dan pari ~ hampir 1000 spesies
Industri Perikanan
Perikanan laut (90% hasil)
Akuakultur pesisir pantai (9.5% hasil)
Perikanan darat (0.5% hasil)
Pusat Perikanan Malaysia
Perikanan laut
Perikanan pinggir pantai
Perikanan laut dalam * berat bot (cth: < 70 GRT) * kawasan tangkapan (cth: < 30 b.n)
Perikanan pinggir laut
Jenis perikanan yang terpenting Melibatkan ramai nelayan tempatan mendapatkan paling banyak ikan.
Dijalankan di kawasan 30km dari pantai.
Guna pukat hanyut, jala, pompang, tangkul
Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah, ikan bilis, udang dan ketam. Hasil tangkapan tidak banyak.
Perikanan laut dalam
30 - 300 km dari laut. Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat Melaka, Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan moden - hasil tangkapan lebih banyak - pukat tunda
Berada di laut selama beberapa hari/minggu.
Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia.
Hasil tangkapan tinggi.
Perikanan darat
Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya, dan sungai. Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam sangkar). Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat, haruan, keli dsbnya. Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing. Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga dijalankan secara besar-besaran di kolam atau sangkar. Sabah adalah pengeksport udang yang utama di Malaysia.
Perikanan akuakultur
Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar. Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan. Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia, kap rumput, jelawat dan kerang) dalam sangkar atau kolam. Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Pualu Pinang, Sabah dan Terengganu.
Ikan komersil
4000 spesies ikan laut
Dikelaskan kepada 2 kategori ~ Ikan pelagik (dijumpai di kawasan berdekatan permukaan laut) ~ Ikan demersal (dijumpai di kawasan berhampiran dasar laut)
500 spesies ikan komersil
Ikan pelagik
Dikelaskan kepada 3 kategori * kumpulan ikan pelagik kecil ~ ikan kembong, selar, sardin, bawal, cencaru, * kumpulan ikan tuna ~ ikan aya * ikan bilis
Ikan demersal
Ikan berharga tinggi - kerisi, jenahak, merah, kerapu Ikan berharga rendah – gelama, mengkarong, duri Banyak di kawasan dasar berselut dan di kawasan laut yang lebih dalam
Kepupusan ikan
1990-an ~ ikan terubuk (Hilsa toli) ~ ikan shrumbu (Lactarius lactarius)
* Pengurangan ikan gelama (Johnius belangeri) juga dikesan berlaku
Ikan bilis
Banyak ditangkap di pantai barat
Menggunakan pukat jerut
Banyak didapati di kawasan di antara pantai dan kawasan berkedalaman 20 meter Juga terdapat di pantai timur, Sabah dan Sarawak dalam kuantiti yang kecil
Ancaman kepada ikan bilis
Penangkapan berlebihan
Kerosakan kawasan tangkapan
Pencemaran di kawasan tangkapan
Akuakultur
Merupakan aktiviti memelihara haiwan akuatik untuk diperdagangkan Ikan, udang, kerang-kerangan (kerang, tiram, kupang), rumpair laut. Di laut (air masin) / di muara atau kolam (air payau) / di sungai, kolam atau tasik (air tawar)
Sumber perikanan lain
Kerang (Anadara granosa) dan kupang (Perna viridis) Obor-obor (putih, Phacellophora sp.); (merah, Rhizostoma pulmo); (deadly box, Chironex fleckeri)
Kepentingan sumber perikanan
Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan.
Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat menangkap dan memproses ikan. Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport. Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai.
Faktor yang menggalakkan kegiatan perikanan
Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau. Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya dengan ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek dan kaya dengan ikan. Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang murah dan mudah. Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan. Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat keropok, belacan, cencaluk dsbnya.