Ibnu Arabi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Arabi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,315
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 NAMA

: MUHAMAD ZAIRI BIN IBRAHIM NO.MATRIK:JEA080055 NAMA PENSYARAH: PROF.DR.AMRAN BIN MUHAMAD FALSAFAH IBNU ARABI Semester 1 , sesi 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA BIOGRAFI IBNU ARABI Ibnu Arabi , atau nama penuhnya Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al-Hatimi , telah dilahirkan di Murcia di bahagian Andalus pada 17 Ramadan , 560H . Beberapa nama gelaran diberi kepada Ibnu Arabi seperti Abu Bakr Muhyi al-Din serta al-Syeikh al-Akbar . Sebaliknya di sebelah Maghribi , beliau dikenali sebagai Ibn

al-Arabi (dengan al) ; dan di Andalus sendiri , beliau dikenali dengan panggilan Ibn Saraqah.

FALSAFAH IBNU ARABI Ibnu Arabi ialah seorang ahli fikir dan pengasas kepada satu aliran pemikiran , tetapi lebih tepat lagi beliau boleh dikatakan ialah seorang ahli sufi . Jadi falsafah tasawufnya mewakili kesatuan pemikiran paling tinggi , yang merupakan suatu campuran aneh antara kebenaran-kebenaran , akal dengan ma’rifah . Biasanya beliau tidak membuktikan ideaideanya dengan suatu dialektika yang formal , tetapi menggambarkan kepada pengkajipengkajinya dengan menggunakan kasuf dan khayal kesufian sebagai bukti terakhir kepada kebenaran-kebenaran idea-ideanya . Dengan itu jelas , bahawa Ibn’ Arabi merupakan seorang ahli fikir yang memiliki tunjang yang kukuh dalam alam kesufian . Malahan tasawuf , dalam diri beliau , merupakan kuasa penentu kepada arh pemikirannya . Sumber utama pengilmuan Ibn’ Arabi adalah berpaksikan ma’rifah yang diterima dalam perjalanan kesufiannya . Kenyataan ini dijelaskan oleh al-Sya’rani : “Sesungguhnya ilmu-ilmu Ibn’ Arabi semuanya terbina di atas kasuf dan ma’rifah ; bersih daripada segala keraguan dan penyelewengan.”

Hakikat ini menjadi lebih nyata apabila diteliti daripada pengakuan-pengakuan beliau sendiri yang antara lainnya menjelaskan : “Kesemua yang aku tulis di dalam kitab-kitabku bukannya hasil daripada pemikiran dan penakulan biasa . Ia sesungguhnya diberitahu kepadaku menerusi hembusan malaikat ilham ke dalam kalbuku.

Kesemua yang telah aku tulis dan yang sedang aku tulis adalah rencana Ilahi dan pemberian Rabbani , atau hembusan rohani secara terus ke dalam kalbuku . Segala itu adalah suatu keistimewaanku sebagai suatu warisan dan bukan suatu sumber yang bebas. Sesungguhnya hembusan ke dalam kalbu berada satu taraf lebih rendah daripada wahyu percakapan , juga wahyu isharat dan ‘ibarat , jadi bezakanlah wahai saudaraku antara wahyu percakapan dengan wahyu ilham……. Ketahuilah bahawa sesungguhnya ilmu-ilmu kami dan golongan kami , bukannya suatu pemikiran , tetapi sesungguhnya berupa limpahan Ilahi . Kesemua ilmu kami adalah tergolong ke dalam ilmu-ilmu dhauq dan bukannya ilmu di luar dhauq . Sesungguhnya ilmu-ilmu dhauq itu terhasil dari tajalli Ilahi….” Pengakuan-pengakuan yang terlalu peribadi dan bersifat menyorot ke dasar pengalaman sendiri

yang abstrak seperti itu , boleh dimunasabahkan , dari aspek

keakalan dan konkritnya apabila dipadankan dengan kenyataan-kenyataan yang ada disekitar Ibn’ Arabi .

Ibn’ Arabi juga telah berjaya mengasaskan sebuah tariqah yang dikenali sebagai alTariqah al-Akbariyyah , hasil daripada pengembaraan dan pertemuan dengan ramai syeikh . Disamping itu juga , tidak dinafikan bahawa Ibn’ Arabi , pada peringkat yang lain , telah menimba ilmunya daripada sumber-sumber yang bersifat historical . Ini merujuk interprestasi dan rumusan yang dibuat terhadap berbagai-bagai idea yang boleh

kita temui tentang doktrin-doktrin berbagai-bagai aliran yang telah dibahas secara mendalam yang terpantul dalam tulisan-tulisan beliau . Affifi dalam tulisannya ada menjelaskan : “Sistem beliau merupakan suatu adunan pelbagai sumber yang terjadi di peringkat paling yang tinggi , tetapi dengan mudah kita boleh mengesan punca di mana benihbenih bahagian-bahagian sistem ini berkembang sama ada daripada tulisan ahli-ahli falsafah klasik , para ahli sufi atau ahli-ahli teologi scholastic.” Affifi seterusnya menegaskan dalam suatu tulisan lain , bahawa : “…Di hadapan beliau terdapat ilmu-ilmu Islam yang melimpah , seperti juga perbendaharaan pemikiran Greek yang dipindahkan menerusi ahli-ahli falsafah dan teologi Islam . Di samping itu , beliau juga amat arif dengan kesusasteraan para sufi yang lebih awal daripadanya . Beliau meminjam mana-mana aspek yang tepat dan berhubungan dengan sistemnya daripada seluruh sumber ini , lalu dengan teknik interprestasinya yang khusus , beliau menyelaraskan apa yang dipinjamnya , dengan idea-idea milik beliau sendiri.” Kemungkinan garapan terhadap sumber-sumber yang bersifat historical ini merujuk terutamanya kepada Ibn’ Arabi sendiri , yang mempunyai kemungkinan yang luas untuk berdampingan dengan sumber-sumber tersebut . Selain itu , beliau merupakan orang yang pertama merakamkan penjelasan dalam bentuk penulisan yang sistematik dan melengkapkan suatu doktrin dan pengajaran tasawuf yang sedemikian luas . Hingga zaman beliau , perkara ini masih terbatas dalam bentuk lisan yang bermula dari mulut para syeikh . Segala ini diusahakan semasa beliau masih hidup dan dimuatkan dalam pelbagai tulisan beliau yang sedemikian banyak itu .

Menerusi beliau , kita tiba-tiba ditemukan dengan suatu doktrin metafizik , kosmologi dan psikologi . Malahan ditemukan dengan antropologi yang lengkap sempurna ; yang kelihatannya sebagai suatu titik permulaan dalam perubahan tradisi tasawuf . Memang tidak dinafikan bahawa ahli-ahli sufi yang lebih awal , seperti Hakim aj-Tarmidhi dan Abu Yazid al-Bistami telah menyentuh persoalan metafizik ; demikian pula tulisantulisan Atar dan Ibn Massarra misalnya , ada mengandungi unsure-unsur pengajaran kosmologi , tetapi semuanya itu , bukan dalam dimensi dan kadar yang boleh kita temui dalam penulisan Ibn’ Arabi , di situlah dududknya kepentingan beliau . Beliau ialah batu tanda terakhir dan kemincak dalam tasawuf spekulatif . Abad-abad yang datang kemudian menyaksikan perkembangan tariqah sufi diseluruh dunia Islam , tetapi penumpuannya dipusatkan pada peribadatan dan sisi latihan sehingga para syeikhnya lebih dikenali sebagai pemimpin kerohanian dan bukan lagi terlibat dalam pembikinan teori . Dalam sejarah pemikiran dan pengamalan umat Islam , adalah jelas bahawa Ibn’ Arabi dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyempurnakan pengisian aliran apa yang dikatakan sebagai Sahdat al-Wujud . Lojik kepada pertumbuhan anggapan tersebut adalah terletak pada sudut-sudut pandangan Ibn’ Arabi yang didapati menegaskan perihal keesaan seluruh wujud sebagai yang boleh ditemui di dalam tulisan-tulisan beliau , khususnya Fusus al-Hikam dan al-Futuhat al-Makkiyah . Sekadar untuk menunjukkan beberapa contoh yang berhubung , maka kenyataankenyataan beliau sebagai di bawah adalah boleh diberikan perhatian : “Sesungguhnya al-kawn adalah suatu khayal , dan al-kawn itu pada hakikatnya adalah al-Haq . Orang yang memahami (hakikat) ini , tercapai rahsia-rahsia al-tariqah .

Engkau bukannya Dia (al-Haq) ;bahkan engkau adalah Dia dan engkau dapat melihatNya pada ‘ayn setiap benda (sama ada) tidak terhad atau terhad . (Kerana itu kebenaran) dalam hal ini ialah bahawa al-Khaliq adalah makhluk ; dan makhluk pula al-Khaliq . Segala itu adalah dari ‘Ayn yang tunggal . Tidak , bahkan Dia adalah suatu ‘Ayn yang tunggal dan Dia (pada waktu yang sama) adalah ‘Ayn yang banyak . Maha suci (Tuhan) yang paling nyata daripada segala pekara (di mana) Dia adalah ‘Ayn (perkara-perkara tersebut) . Mataku tidak pernah melihat lain dari arah-Nya ; telingaku tidak pernah mendengar lain dari percakapan-Nya . Sesungguhnya telah putus kata di kalangan golongan muhaqqiqin bahawa tidak ada apa-apa yang wujud selain Allah . Sekiranya kita memiliki wujud , maka wujud kita itu adalah dengan-Nya . Sesiapa juga yang sujud menerusi sesuatu yang lain , (sebenarnya) dia dihukum sebagai ‘adam . Kenyataan-kenyataan Ibn’ Arabi sebagai di atas , secara jelasnya memperlihatkan tentang betapa beliau memiliki sudut pandangan bahawa kewujudan seluruhnya adalah satu ; iaitu al-Haq , tidak lebih dan tidak kurang . Boleh dirumus , bahawa pada asasnya Ibn’ Arabi memiliki dua cabang pengilmuan yang menjadi sumber kepada seluruh bahan pengetahuan , yang kemudiannya terpantul ke dalam kitab-kitab tulisan beliau . Sumber-sumber tersebut boleh dirumuskan kepada apa yang diistilahkan sebagai non-historical yang menjurus kepada ma’rifah yang diperoleh daripada pengalaman peribadi yang hanya boleh dikesan oleh orang lain adalah gejala-gejala perlakuan hidup dan asas-asas awalnya . Sumber kedua bersifat historical

yang digarap dari alam intelektual yang ada di sekitarnya dan di situlah tercantumnya adunan antara tasawuf dengan falsafah .

BIBLIOGRAFI 1

ZAKARIA BIN STAPA . 1993 . (IBNU ARABI TOKOH SUFI). KUALA LUMPUR . DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA , MALAYSIA .

2

. AWANG SARIYAN . 2007 . (FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU) SELANGOR . SYNERGYMATE SDN . BHD .

3

. HASHIM BIN HAJI MUSA . 2001 . (FALSAFAH , LOGIK , TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU SUATU PENGENALAN) AKADEMI PENGAJIAN MELAYU . UNIVERSITI MALAYA .

Related Documents

Ibnu Arabi
October 2019 40
Arabi
November 2019 39
Arabi
October 2019 27
Arabi
December 2019 31
Arabi
April 2020 27

More Documents from "Naim"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48