Huraikan Peruntukan-peruntukan Penting Hak Asasi Manusia

  • Uploaded by: Mohd Noh bin Md. Yunus
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Huraikan Peruntukan-peruntukan Penting Hak Asasi Manusia as PDF for free.

More details

  • Words: 4,400
  • Pages: 18
UNIVERSIITI KEBANGSAAN MALAYSIA PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ) PUSAT UKM BANGI , SELANGOR FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTA 1 SESI PENGAJIAN 2009-2010

SKSJ 2153 – KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALYSIA

TAJUK :

Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh manakah peruntukan ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia?

DI SEDIAKAN OLEH NO MATRIK NO TELIPON

MAT SUDIN BIN TAUPEK GB OO743 013 2753064

DISEDIAKAN UNTUK PENSYARAH

PROF.

MADYA

MOHAMMAD

AGUS

YUSOFF Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh manakah peruntukan

ini

dipertahankan

dalam

praktik

politik

di

Malaysia?

Latar belakang Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan. Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah

termaktub

dalam

undang-undang

negara

berkenaan.

Contohnya,

dalam

perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Percabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan

undang-undang yang sewajarnya.

Penakrifan hak

kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain. Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral. Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak

kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan dan pelakasaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian. Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unaited Nation)1 pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu: 1. kebebasan daripada ketakutan 2. kebebasan daripada kemahuan 3. kebebasan bersuara 4. kebebasan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.2

1

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu (28.9.09)

2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia ( 28.10.09 )

Tempat Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Hak-hak Asasi Manusia Di Malaysia.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Terdapat sembilan perkara yang menyentuh tentang kebebasan asasi iaitu dari Perkara 5 hingga ke Perkara 13. Perkara 5 menyentuh tentang kebebasan diri, Perkara 6 menyentuh tentang larangan keabdian dan kerja pakas, Perkara 7 memberi perlindungan daripada undang-undang jenayah yang semakin berbuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang, Perkara 8 pula menyentuh tentang kesamarataan, Perkara 9 menyentuh tentang larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10 menerangkan tentang kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, Perkara 11 menyentuh tentang kebebasan agama, Perkara 12 pula memperuntukkan hak-hak berkenaan dengan pelajaran, dan Perkara 13 menerangkan hak terhadap harta. Secara dasarnya, peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan antara lainnya untuk melindungi nyawa, harta benda dan maruah rakyatnya.Dalam Perkara 5 Kebebasan Diri, tiada seorang pun yang boleh diambil nyawanya atau dilucut kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak masing-masing yang dilindungi oleh undang-undang. Selain itu, Perkara 5 juga memperuntukan bahawa seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap. Disamping itu, yang dituduh dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang itu. Ini merupakan prinsip asas undang-undang jenayah negeri iaitu setiap orang dianggap tidak bersalah, melainkan setelah ia dibuktikan bersalah. Bagi perkara 6 Pengabdian dan Kerja Paksa. Ia memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi. Segala jenis kerja adalah dilarang. Walau

bagaimanapun, Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud negara. Keadaan ini berlaku apabila negara diserang oleh musuh dan bekalan tenaga askar tidak mencukupi. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, dia harus melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan berjuang demi keamanan negara. Menurut undang-undang bertulis, seorang pekerja tidak ada kuasa untuk menuntut hak daripada pihak berkuasa awam pertama dan kedua jika ia bertukar kerja.Pekerja tersebut adalah wajib berkhidmat dengan kedua-dua pihak. Jenis kerja ini bukan merupakan kerja paksa. Disamping itu, kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti perkara ini.Ia lebih dikenali sebagai satu hukuman penjara. Ini jelas membuktikan bahawa kedudukan setiap rakyat Malaysia adalah sama di sisi undang-undang. Dalam perkara 7 Perlindungan daripada Undang-Undang Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang. Peruntukkan ini membawa makna tiada sesiapa boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa ia dilakukan dan kerana sesuatu kesalahan tiada sesiapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan. Ini bermaksud hukuman yang dikenakan ke atas pesalah haruslah setimpal dengan kesalahannya. Hukuman yang terlalu berat akan mengancam nyawa pesalah, manakala pesalah tidak akan berasa insaf atau sedar sekiranya hukuman terlalu ringan. Selanjutnya dalam perkara 8 berhubung persoalan sama rata. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang. Ini bermakna bahawa semua warganegara tidak boleh dibeza-bezakan melalui agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Akan tetapi pengecualian terhadap Perkara 153 yang membuat peruntukan keistimewaan terhadap orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkara-perkara tertentu seperti jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, tanah rizab Melayu dan sebagainya.

Walaupun seseorang itu seorang raja bagi mana-mana negeri, dia tetap mempunyai hak yang sama rata dengan rakyat biasa. Ini bermaksud bahawa jika seseorang raja itu melakukan tindakan yang salah di sisi undang-undang Persekutuan, maka baginda juga boleh didakwa di Mahkamah Khas. Selian itu, pihak berkuasa awam juga boleh sama sekali mempertikaikan seseorang yang bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan yang berada di luar bidang kuasa. Perkara 8 juga memperuntukan tiada larangan untuk membuat peraturan-peraturan mengenangi undang-undang diri. Maka seseorang itu boleh membuat undang-undang sendiri selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan. Maka jelaslah di sini bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan. Tiada diskriminasi terhadap seseorang warganegara sama ada dari segi jantina, status atau kaum berlaku dengan termaktubnya Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi perkara 9 Larangan Buangan Negeri, dan Kebebasan Bergerak. Mengikut bagi perkara 9 ini tiada seorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam Persekutuan.Oleh itu setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan menetap di mana-mana bahagian Persekutuan. Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada Fasal (3) dan undang-undang keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam, hukuman kepada pesalah-pesalah dan undang-undang imigresen di Sabah dan Sarawak. Di samping itu juga, selagi sesuatu negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin. Ini bererti, Parlimen boleh mengenakan sekatan ke atas kebebasan pergerakan seseorang dari sebuah negeri ke negeri yang alin jika didapati seseorang itu mengganggu keselamatan awam atau ketenteraman sesebuah negeri. Seterusnya Perkara 10 Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan. Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan. Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan

yang

mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undangundang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000. Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan janayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum. Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam. Dalam Perkara 11 pula Kebebasan Beragama. Ini memberi pengertian setiap orang berhak memeluk dan mengamalkan agamanya. Kebebasan beragama pula ini tidak boleh melanggar undng-undang am tentang keamanan, kesihatan atau kebaikan akhlak awam. Di sinilah terletaknya had kebebasan beragama. Sekiranya ada kumpulan yang percaya bahawa agamanya memaksa mereka membunuh orang dan membuat benberapa perbuatan keji, sudah tentu Perlembagaan tidak akan membenarkan agama seperti ini diamalkan kerana ia mengganggu keselamatan awam. Selain itu, terdapat juga peruntukan dalam Perkara 11 yang menyebut bahawa seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai sekiranya pendapatan yang diperolehi daripada cukai tersebut akan digunakan semua atau sebahagian daripadanya untuk maksud agama yang lain daripada agamanya. Segala hak ini tidak terganggu atau tersekat walaupun agama Islam adalah agama rasmi, melainkan tentang pengembangan agama kepada orang-orang Islam sahaja. Di sini badan perundangan bagi setiap negeri di

Tanah Melayu berhak membuat undng-undang untuk menyekat pengembangan agama kepada orang-orang Islam. Berdasarkan penerangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kebebasan untuk beragama bukanlah merupakan kebebasan matlak. Tambahan lagi, Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang kes yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini bermaksud bahawa Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa yang berasingan. Dalam perkara 12 ialah hak-hak berkenaan pelajaran, pekerjaan, jawatan, perniagaan dan pemilikan harta, hak-hak berkenaan tidak boleh dibeza-bezakan antara warganegara dengan warganegara yang lain kerana agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Perkara 12 telah mengharamkan perbezaan berasaskan agama dalam hal kemasukan penuntut-penuntut ke pusat-pusat pengajian yang diselenggarakan oleh pihak berkuasa awam atau dalam hal pemberian pendidikan daripada derma wang yang datang daripada pihak berkuasa awam. Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan yayasan untuk mengajar agamanya dan undang-undang tidak boleh membuat perbezaan beralaskan agama tentang yayasan itu. Tetapi, terdapat satu pengecualian iaitu undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri boleh membuat peruntukan bantuan wang bagi menubuhkan Yayasan Islam atau mengajar agama Islam kepada orang-orang Islam. Agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Sesiapa pun tidak boleh diwajibkan untuk menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Jelas ditunjukkan di sini bahawa di bawah Perkara 12, ia juga menyentuh tentang aspek keagamaan dan bukan berkenaan hal pelajaran sahaja. Ini disebabkan hal mengenai pelajaran juga berkait tentang hal keagamaan. Justeru itu, kedua-dua unsur ini digabungkan seperti mana yang terdapat dalam Perkara 11 dan 12. Akhirnya mengikut Perkara 13 iaitu hak terhadap harta, seseorang tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Ini bermakna semua orang berhak untuk mengumpul sebanyak harta untuk kegunaan peribadi. Namun begitu,sekiranya

harta yang dikumpul itu adalah didapati tidak sah oleh undang-undang maka harta tersebut adalah boleh untuk dilucutkan secara sah. Menurut Perkara 13 lagi, tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan tiada pampasan yang mencukupi. Misalnya, tuan punya tanah berhak untuk meminta pampasan yang setimpal daripada pihak-pihak yang ingin membeli tanah darinya. Sekiranya tuan punya tanah tersebut tidak mahu menjual tanahnya akibat pampasan yang ditawarkan adalah tidak mencukupi, maka tuan punya tanah tersebut berhak untuk mengambil keputusan untuk tidak menjual tanahnya. Keputusan itu adalah sah kerana mengikut Perkara 13 ini, pembeli tanah tidak boleh memaksa tuan punya tanah untuk menjual tanahnya.Dengan itu, jelaslah bahawa Perkara 13 adalah adalah sebagai satu cara untuk melindungi kepentingan harta rakyat. Sebagai kesimpulan seperti yang ditegaskan hak asasi manusia ini untuk kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan bersuara dan kebebasan kepercayaan. Persoalannya sejauhmanakah peruntukan ini dilaksanakan di Malaysia dalam praktik politik . Malaysia adalah negara beraja berperlembagaan degan penduduk seramai kirakira 26.9 juta. Kerajaan negara ini mengamalkan sistem berparlimen bawah pimpinan Perdana Menteri yang dipilih melalui pilihan raya yang diadakan secara berkala. Barissan Nasional, parti politik perikatan yang diterajui parti UMNO ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), telah memegang tampuk kepimpinan sejak tahun 1957. Pilihan raya terakhir yang diadakan pada bulan Mac 2008 . Telah termaktub dalam Perlembagaan, terdapat sembilan perkara yang menyentuh tentang kebebasan asasi iaitu dari Perkara 5 hingga ke Perkara 13. Adakah peruntukan ini ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia? Pada dasarnya pilihan raya dijalankan

secara

telus,

namun

pihak

pembangkang

mendakwa bahawa Barisan Nasional telah menyalahgunakan kuasa parti pemerintah dan mengawal pihak media. Umumnya, pihak kerajaan mempunyai kawalan penuh atas angkatan keselamatan.

Bagi gambaran yang lebih fokus dan jelas berpandukan laporan dari Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)3 akan dapat membuat penilaiannaya. Bagi pengerusi Logo Suhakam

Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman pihak kerajaan umumnya menghormati hak asasi rakyat. Namun, masih terdapat masalah dari beberapa segi. Kerajaan menghadkan hak rakyat untuk mengubah kerajaan. Beliau sendiri mengingatkan rakyat negara ini supaya mengundi mereka yang pro hak asasi untuk menyelesaikan isu tersebut di negara ini.Sambil mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai rekod hak asasi yang sempurna, beliau mengingatkan bahawa Suhakam hanyalah

“ciptaan

undang-undang dan penyelesaiannya terletak di tangan para pengundi,”. Pengundian kepadannya membolehkannya ke Parlimen, mereka akan meminda undang-undang untuk

Tan Sri Abu Talib Othman Pengerusi Suhakam

memberi kuasa Suhakam memperjuangkan hak asasi. Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk sistem politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan sistem demokrasi. 3

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suhakam ( 10.11.09) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap Hak Asasi Manusia di Malaysia.Ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manausia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung Suhakam diadakan pada 24 April 2000.

Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undangundang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali. Terdapat pelbagai faktor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia secara tidak langsung juga tidak menghormati hak asasi rakyat yang termaktup dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya ialah berkaitan dengan perkara 10 iaitu kebebasan bersuara. Kebebasan, sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minoriti. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majoriti yang menguasai kerajaan mendenda golongan minoriti dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minoriti. Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen perkauman bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu. Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara,

sepanduk- sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini. Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dengan mengarahkan pihak polis menyuraikannya. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat. Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti baru-baru ini dimana pada 10 September gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu. Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut. Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan. Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin. Begitu juga hal dalam Kebebasan Media Massa. Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau sistem yang digunakan oleh setiap Negara bagi maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara. Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana

individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada. Namun di Malaysia, kebebasan media massa ada kongkongan ia itu tiada kebebasan mutlak. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopi media disini bererti, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah negara demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan. Kerajaan secara halus mengusai akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Situasi ini menggambar kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Parti pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja. Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Walaupun pihak pembangkang ada juga menerbitkan akhbar mereka sendiri iaitu Harakah tetapi beberapa sekatan dan

kebebasan mutlak di nafikan. Pada peringkat

permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun belum boleh menghalang kebimbangan sehingga kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara. Sekatan-sekatan tersebut menjadikan pihak pembangkang terpaksa mengadakan ceramah-ceramah sebagai saluran komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramahceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah demokrasi dan hak-hak asasi dalam Perkara 10 iaitu kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya juga menampakan juga pencabulan hakhak asasi. Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah satu badan yang bebas dalam mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya 2004, wujudnya namanama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini. Begitu juga hal nya dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Setiap Negara yang

demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalanpersoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya. Selanjutnnya dalam sistem kehakiman pula kita dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan bualan orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya menyebelahi dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang gelisah akan kehilangan kuasa.

Contoh yang amat ketara dan yang terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan perlantikan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat mendukicitakan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

Bagi hak asasi perkara 13 hak terhadap harta. Iaitu isu menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang. Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya tidak membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang. Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan perkara sedemikian dan hak asasi keperluan rakyat adalah wajar dipenuhi dan dilayan sama. Justeru negeri tersebut walupun dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut. Pembahagian Kekayaan Negara Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan sebagainya. Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah

kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan Hak Asasi , permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat. Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak telus hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya. Hak asasi kesamarataan Perkara 8 jelas telah dicabuli. Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan yang berleluasa. Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negeri yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan. Dalam Perkara 7 pula memberikan perlindungan ia itu Sistem Keadilan. Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang Islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam. Begitu juga isu pemecatan bekas ketua hakim Negara Tun Saleh Abbas yang diecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan. Dan yang akhirnya ialah Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 4 Bagi mereka yang pernah menjadi mangsa ISA, mereka menegaskan bahawa ISA

4

http://www.ummahonline.com/?p=319 (28.10.09) Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) adalah satu daripada tiga undang-undang utama di negara ini yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Memandangkan kuasa penangkapan dan penahanan yang begitu luas dan sewenang-wenangnya itu, di antara tiga undang-undang ini, ISA adalah undang-undang yang paling digeruni dan dibenci di negara ini.

adalah instrumen yang digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivisaktivis sosial, pengkritik kerajaan dan ahli-ahli politik pembangkang. ISA juga dilihat sebagai instrumen dan perkakas yang digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk menindas dan menyeksa mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan. Dan ini adalah amat bertentangan dengan Perkara 5 kebebasan diri dan Perkara 10 kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. KESIMPULAN Dengan beberapa-berapa peristiwa dan kejadian yang telah dijelaskan di atas maka benarlah tanggapan dari pengerusi Suhakam sendiri , Tan Sri Abu Talib Othman pihak kerajaan umumnya menghormati hak asasi rakyat. Namun, masih terdapat masalah dari beberapa segi. Kerajaan menghadkan hak rakyat untuk mengubah kerajaan. Beliau sendiri mengingatkan rakyat negara ini supaya mengundi mereka yang pro hak asasi untuk menyelesaikan isu tersebut di negara ini.Sambil mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai rekod hak asasi yang sempurna.

Rujukan Perlembagaan Persekutuan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 2009) http://www.malaysiakini.com/columns/82500 (28.9.09) http://www.aminiskandar.com/?p=2174 ( 28.9.09) http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/10/demokrasi-di-malaysia-bolehdijustifikasikan/ (28.10.09) http://www.ummahonline.com/?p=319 (28.10.09) http://ms.wikipedia.org/wiki/Suhakam ( 10.11.09).

Related Documents


More Documents from "adllndynt "