Huraian Sukatan Pelajaran Seni Stpm, Objektif Sukatan, Dan Peranan Seni...

  • Uploaded by: Mohamad Afiffuddin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Huraian Sukatan Pelajaran Seni Stpm, Objektif Sukatan, Dan Peranan Seni... as PDF for free.

More details

  • Words: 3,408
  • Pages: 16
(SSP 3093) Kurikulum

PENDIDIKAN SENI

TUGASAN INDIVIDU KUMPULAN B HARI: KHAMIS WAKTU: 2.00-4.00 PETANG MOHAMAD AFIFFUDDIN BIN MOHAMAD TAKIUDIN D20071029673 PENSYARAH: PROF. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN

SOALAN 1

Jelaskan kandungan sukatan pelajaran Seni Visual STPM. A. Pengenalan

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM mempunyai matlamat untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual bagi membolehkan pelajar mengikuti program Seni Visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi kelak, serta dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya. Sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia.

Terdapat lapan objektif dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM yang dikenalpasti mampu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam. Perancangan Pengajaran pula melibatkan perancangan apa yang hendak dilakukan semasa pengajaran, termasuklah Objektif, Langkahlangkah dan strategi. Melibatkan kurikulum PSV, Huraian Kurikulum dan Rancangan tahunan yang telah disediakan diperingkat JPN.

B. Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM. Dua aspek utama yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah apresiasi Seni Visual dan penghasilan Seni Visual yang terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu, teori Seni Visual (apresiasi Seni Visual dan teori penghasilan), lukisan dan projek penghasilan kerja.

Teori Seni Visual (144 waktu). a.

Apresiasi Seni Visual. Apresiasi Seni Visual ini akan diajar kepada pelajar tingkatan enam dan di bawah tajuk

aspresiasi Seni Visual ini mempunyai beberapa komponen pecahan subtajuk yang dapat menjelaskan makna Pendidikan Seni Visual secara berkesan. Antara subtajuk yang akan menjelaskan lagi makna Seni Visual ialah pengenalan Seni Visual, bahasa Seni Visual dan pendekatan sejarah serta kritikan Seni Visual. Subtajuk pengenalan Seni Visual ini akan menjelaskan kepada pelajar mengenai pengertian Seni Visual,

peranan Seni Visual dan

pengalaman estetik. Ketiga-tiga subtajuk ini akan menghuraikan lagi tentang pengkaryaan, perekaan, peranan Seni Visual yang meliputi psikologi dan sosiologi serta pengalaman estetik yang menekankan mengenai pengalaman langsung dan pengalaman intelektual. Manakala subtajuk bahasa Seni Visual ini pula akan menjelaskan tentang aspek formal dan makna/fungsi/konteks. Di bahagian aspek formal akan menyentuh mengenai unsur seni dan prinsip rekaan. Bagi aspek makna/fungsi/konteks akan menghuraikan tentang aliran, kebudayaan, kepercayaan, nilai utiliti dan hiasan. Subtajuk terakhir di bawah tajuk apresiasi Seni Visual ialah pendekatan sejarah dan kritikan Seni Visual. pendekatan sejarah dan kritikan Seni Visual ini akan menjelaskan tentang konsep dan kaedah sejarah Seni Visual serta konsep dan kaedah kritikan Seni Visual. Konsep dan kaedah sejarah Seni Visual ini akan menghuraikan tentang pengolahan karya, gaya penampilan, period iaitu sejarah dan kebudayan serta makna yang tersurat dan tersirat. Bagi konsep dan kaedah kritikan Seni Visual ianya menyentuh mengenai pendekatan dan juga strategi. b.

Teori Penghasilan. Masa yang diperuntukkan bagi Teori Penghasilan ini ialah 30 waktu untuk diajar kepada

pelajar tingkatan enam, dan di bawah topik ini juga terdapat beberapa komponen pecahan subtopik. Antara subtopik di bawah teori penghasilan ialah pembentukan idea, pendekatan penjanaan idea, penterjemahan idea dan penyediaan portfolio serta hasil karya. Subtopik yang pertama iaitu pembentukan idea akan menjelaskan pengertian idea dan sumber idea.

Sumber idea ini meliputi media massa seperti media elektronik serta media cetak, teknologi pula seperti mekanikal dan juga elektronik, persekitaran seperti semulajadi, buatan manusia dan fenomena, manakala peristiwa pula seperti semasa dan sejarah dan yang akhir mengenai pengalaman seperti peribadi dan sosial. Subtopik yang kedua pula ialah pendekatan penjanaan idea yang menekankan aspek peniruan, penerokaan, temu bual, pembacaan, pemerhatian dan ekspermentasi. Manakala subtopik yang ketiga iaitu penterjemahan idea yang menyentuh permasalahan visual, penzahiran idea, pemilihan bahan dan teknik, penghasilan karya sebenar, kemasan dan persembahan serta penilaian. Subtopik yang terakhir ialah penyediaan portfolio dan hasil karya yang menghuraikan tentang pengkaryaan dan perekaan yang menekankan seperti portfolio dan hasil karya.

Lukisan (90 waktu) a.

Pengenalan Lukisan. Dalam tajuk pengenalan lukisan ini, aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan, pengamatan,

penggunaan bahan dan pengolahan teknik lukisan akan dijelaskan kepada pelajar yang mana seterusnya akan menyentuh mengenai bentuk, kedudukan objek, skala dan kadar banding serta pencahayaan dan juga struktur. Bentuk seperti permukaan, keluasan dan ketinggian serta jisim. Kedudukan objek seperti melintang, menegak dan sendeng. Manakala pencahayaan pula seperti cahaya dan bayang, cahaya dan bentuk serta cahaya dan suasana. Struktur pula, ialah seperti strutur jelas dan struktur tidak jelas. Penggunaan bahan dalam penghasilan lukisan seperti pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen teknikal dan pensel warna turut akan diterangkan dibawah tajuk ini. Selain itu, di dalam pengolahan teknik lukisan akan menyentuh mengenai cara lorekan, silang pangkah (cross hatching), teknik titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur dan juga garisan tidak menentu.

b.

Penggubahan.

Tajuk penggubahan berfokus untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkara yang mewujudkan kesan terhadap hasil karya atau lukisan. Oleh itu, dalam mewujudkan kesan, guru akan menekankan aspek ruang, suasana dan ciri-ciri serta sifat objek. Ruang yang akan diajar oleh guru adalah seperti ruang rata, ruang cetak dan ruang dalam. Bagi suasana pula adalah seperti panas, sejuk, tenteram dan riang. Manakala ciri-ciri dan sifat objek adalah seperti keras, lembut, halus, licin, pejal, kasap, kasar dan juga lut sinar.

Projek Penghasilan Karya (126 waktu) a.

Pengkaryaan. Penekanan dalam aspek pengkaryaan ini adalah bagi mendedahkan kepada pelajar

mengenai seni halus yang mempunyai pelbagai jenis karya dan komunikasi visual. Bagi bidang seni halus, guruperkara utama yang ditekankan ialah menerangkan pelbagai jenis karya yang terdapat seperti lukisan, catan, seni cetak dan arca. Pada masa yang sama turut menjelaskan media yang digunakan dalam pengkaryaan seni halus seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik. Manalaka seni cetak mempunyai pelbagai teknik seperti seni cetak timbulan, seni cetak benaman dan seni cetak serigrafi. Seni arca pula diterangkan mengenai kepelbagaian jenis atau teknik menghasilkan arca seperti relief, free standing, kinetik dan instalasi. Selain itu, aspek komunikasi visual juga turut disentuh iaitu grafik dan multimedia. Grafik adalah seperti tipografi, identiti korporat, poster, ilustrasi, pembungkusan dan reka tanda di samping mengaitkan juga bidang multimedia seperti interaktif, liner, animasi dan laman web. Guru juga menjelaskan beberapa reka bentuk teknologi seperti industri, automobile, seramik, fesyen dan tekstil. Berlainan pula dengan reka bentuk teknologi, guru juga menyentuh mengenai reka bentuk persekitaran untuk keseimbangan. Misalnya, landskap dan hiasan dalaman.

C. Penutup

Kesimpulannya di sini ialah sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM lebih menumpukan aspek pengukuhan kemahiran pelajar dengan menekankan teori-teori seni, lukisan dan penghasilan karya. Setiap perkara tersebut adalah saling berkaitan antara satu sama lain dengan berfokus pada matlamat yang sama dalam mengukuhkan kemahiran dan kefahaman pelajar terhadap bidang seni.

SOALAN 2 Pilih dua daripada sepuluh objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah. Jelaskan bagaimanakah objektif tersebut boleh tercapai. A. Pengenalan Dalam arus kemajuan Negara Malaysia masa kini yang semakin laju menuju matlamat menjadi Negara maju pada tahun 2020, aspek pembangunan teknologi amat dititik beratkan. Kemajuan

teknologi

merupakan

antara

pemacu

utama

sesebuah

Negara

dalam

mempertingkatkan perkembangan ekonomi dan produktiviti Negara. Justeru itu antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memberi penekanan dari akar umbi lagi iaitu pada peringkat sekolah. Terutama sekali pada mata pelajaran sains dan matematik. Walaupun fokus diberikan pada subjek-subjek ini, ia tidak bermakna subjek Pendidikan Seni Visual menjadi tidak penting. Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah mempunyai sepuluh objektif. Dua daripadanya ialah mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain (objektif keenam), dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya (objektif kelapan). Namun persoalannya di sini, bagaimanakah objektif ini hendak dicapai?

Paling utama sekali kita harus memahami maksud objektif-objektif tersebut terlebih dahulu dan apakah yang ingin disampaikan melalui objektif tersebut? Melihat kepada objektif keenam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain; ia membawa makna peranan seni dalam menambah nilai disiplin ilmu lain serta sumbangan yang boleh diberikan kepadanya melalui seni. Objektif

kelapan pula bertujuan menjadikan bidang seni suatu bidang yang bernilai tinggi dan menawarkan peluang kerja yang banyak dan lumayan serta dapat menyumbang pada Negara. Apabila objektif-objektif ini difahami sepenuhnya, maka mudahlah objektif tersebut dicapai. Seterusnya, langkah-langkah tertentu boleh diambil bagi menjayakan objektif tersebut.

Langkah-langkah yang diambil pula haruslah berfokus dan berlandaskan objektif-objektif itu. Ini adalah bagi memastikan langkah yang diambil benar-benar mencapai objektif yang ditetapkan dan tidak terpesong dari objektif tersebut.

B. Bagaimana Objektif keenam iaitu ‘Mendapat Nilai Tambah Dalam Bidang Sains, Teknologi, dan Mata Pelajaran lain’ boleh dicapai?

Objektif ini boleh dicapai dengan mengaplikasikan seni dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P & P). Hal ini melibatkan aspek penyediaan bahan bantu mengajar dan aktiviti P & P yang hendak dijalankan. Persoalannya sekarang ialah bagaimana hendak menyerapkan roh seni dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan aktiviti mata pelajaran lain?

Perkara yang perlu dititik beratkan ialah tajuk pembelajaran serta isi kandungan topik pengajaran. Tajuk dan isi topik pengajaran harus difahami dan diamati terlebih dahulu untuk melihat di manakah harus diasimilasikan slot seni dalam pengajaran matapelajaran tersebut. Misalnya dalam matapelajaran Moral, topik yang ingin diajar oleh guru ialah mengenai amalan bergotong-royong dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Maka di sini guru boleh menjalankan aktiviti membuat lukisan yang menggambarkan suasana aktiviti bergotong-royong di kawasan kediaman masing-masing. Seterusnya, baharulah pelajar diminta menyenaraikan nilai-nilai murni dalam aktiviti gotong-royong berdsarkan lukisan yang dihasilkan oleh mereka. Dengan cara ini sudah tentu akan menambahkan keseronokan dalam P & P serta membuatkan pelajar lebih memahami topik yang diajarkan oleh guru.

Penguasaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah matapelajaran lain disamping memberi pengalaman menyeronokkan kepada pelajar. Contohnya dalam mata pelajaran sains, pelajar harus membuat pemerhatian terhadap sebuah eksperimen yang menggunakan mikroskop. Pelajar harus merekodkan imej yang mereka lihat pada mikroskop sebagai penyimpanan data visual. Biasanya mikroskop yang terdapat di sekolah tidak mampu merakam sendiri imej yang terhasil pada kantanya. Jadi, di sinilah penguasaan seni memainkan peranannya. Jika seseorang pelajar itu dapat menguasai seni, sekaligus ia akan dapat membantu pelajar merekodkan imej (melukiskan imej tersebut) yang terbentuk pada mikroskop tersebut dengan baik dan hampir tepat. Kemahiran inilah yang diaplikasikan oleh seniman agung Barat iaitu Leonardo da Vinci yang telah merekodkan anatomi manusia dalam bentuk lukisan.

Guru seni juga harus melatih pelajar pelbagai kemahiran. Termasuklah kemahiran saintifik dalam pengajaran seni. Misalnya, menggalakkan pelajar membuat pemerhatian teliti terhadap objek yang hendak dilukis. Kemahiran ini akan membantu pelajar memahami proses pemerhatian dalam subjek sains.

Selain itu, guru kemahiran hidup juga boleh mengaplikasikan seni dalam projek kemahiran hidup untuk para pelajar. Misalnya dalam projek pertukangan kayu, pelajar diarahkan menghasilkan sebuah meja istirahat. Pelajar pula digalakkan membuat kemasan dan dekorasi pada meja tersebut. Jika meja tersebut kosong sahaja tanpa sebarang dekorasi atau kemasan, sudah tentu tidak menarik dan sukar untuk guru menilai hasil kerja pelajarjika semua meja yang dihasilkan sama sahaja. Maka dengan membuat sedikit kemasan misalnya dengan membuat sedikit ukiran pada meja tersebut bukan sahaja menjadikan meja itu lebih menarik malah akan menambah nilai produk tersebut.

Namun siapakah yang harus memainkan peranan untuk menjayakan objektif ini? Sudah tentulah yang paling penting adalah guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain memberi ilmu pengetahuan pada murid-murid, guru seni jugalah yang harus menyedarkan guru matapelajaran lain tentang bagaimana untuk menambah nilai dan makna dalam pengajaran matapelajaran masing-masing. Ini kerana jika guru pendidikan seni itu sendiri tidak bertindak, maka objektif ini akan gagal dan sukar untuk berjaya. Akan tetapi, ini bukan tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual sahaja bagi memastikan ia berjaya. Malah guru-guru matapelajaran lain juga harus turut bekerjasama dan memberi sokongan, C. Bagaimana pula caranya untuk mencapai objektif keeenam iaitu ‘menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya’?

Pada masa kini, ruang lingkup dan cakupan dalam pengajaran seni adalah luas selari dengan arus kemodenan dunia. Penyesuaian pengajaran pendidikan seni di sekolah di negara kita dapat dilihat menerusi perubahan bagi nama mata pelajaran pendidikan seni itu sendiri. Bermula dengan nama Lukisan dan Pertukangan Tangan berubah kepada Lukisan dan Kerja Tangan, seterusnya Lukisan dan Kraf Tangan, kemudian dipermudah kepada Lukisan sahaja, seterusnya diubah kepada Pendidikan Seni dan kemudian diubah pula kepada Pendidikan Seni Visual sehingga kini.

Dalam dunia yang semakin maju dan mencabar, kita perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Begitu juga bagi mata pelajaran pendidikan seni. Sukatan pelajaran pendidikan seni masa kini diubah dan disesuaikan dengan keperluan arus kemajuan dan kemodenan selaras dengan keperluan bidang pekerjaan masa kini. Tujuannya adalah bagi memberi input(ilmu) terkini dan bermanfaat kepada pelajar yang mana dapat mendedahkan kepada mereka keperluan seni dalam bidang pekerjaan. Melalui ilmu yang diberikan, diharapkan pelajar dapat mengaplikasikannya di alam pekerjaan.

Seni amat penting peranannya pada masa kini. Terdapat banyak bidang kerja yang memerlukan seni dalam pelaksanaannya. Antaranya ialah bidang seni bina, industri, animasi, pengiklanan, perfileman, grafik komputer, dan banyak lagi. Oleh kerana itu pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia menyesuaikan sukatan pelajaran dengan bidang kerja masa kini bagi menyediakan pelajar ke arah alam pekerjaan.

Cara untuk menjadikan seni itu suatu bidang yang mempunyai prospek kerja yang luas adalah dengan menyesuaikan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah dengan kehendak pasaran pekerjaan masa kini. Misalnya memperkenalkan topik yang berkaitan tentang kerjaya yang berkaitan bidang seni dalam sukatan pelajaran. Tujuannya ialah memberi gambaran awal dan kesedaran kepada murid-murid bagaimana menjadikan seni sebagai modal untuk menjana pendapatan dan menjamin kelangsungan kehidupan.

Selain mengajar teori seni kepada murid-murid, guru seharusnya juga menekankan aspek penghasilan produk seni di dalam kelas. Setiap bidang seni seperti, seni halus, tradisional, mahupun moden haruslah diajar kepada pelajar sekurang-kurang akan dapat menanam asas seni dalam diri pelajar. Jadi, ia akan menjadi aset kepada pelajar apabila sudah tamat persekolahan. Jika pelajar itu tidak dapat memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan, sekurangkurangnya dengan kemahiran yang dimilikinya, dia akan dapat memanfaatkannya untuk memperoleh pekerjaan mahupun membuka perusahaan sendiri. Misalnya dengan kemahiran seni ukiran kayu, pelajar tersebut dapat membuka kedai ukirannya sendiri. Pada masa yang sama akan membuka lebih banyak peluang kerja untuk orang lain serta melahirkan modal insan yang dapat menjana kemajuan negara pada suatu hari nanti.

D. Kesimpulan

Kesimpulannya, guru adalah watak utama yang berperanan menjayakan objektif-objektif ini. Guru harus berusaha mencari cara baru dalam mengajar subjek pendidikan seni kerana bidang seni masa kini semakin luas dan meliputi teknologi canggih. Guru tidak seharusnya menggunakan cara yang lama dalam mengajar pendidikan seni kerana pelajar masa kini lebih matang dan terdedah dengan pelbagai teknologi ciptaan dunia tanpa sempadan. Selain itu pihak kerajaan juga harus memberi sokongan kepada subjek ini malah kepada subjek-subjek lain dan bukan sains dan matematik sahaja yang diketengahkan. Ini kerana sesuatu ilmu itu tidak boleh berdiri sendiri tanpa adanya kehadiran disiplin ilmu yang lain.

SOALAN 3. Bagaimanakah pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh berperanan untuk menyediakan asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembangunan negara. Bahaskan. A. Pengenalan Pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada bahan atau media. Beliau turut menyatakan bahawa pendidikan seni merupakan satu disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain manusia.

Masyarakat harus sedar bahawa pendidikan seni bukan seperti dahulu. Pada masa kini, ruang lingkup dan cakupan dalam pengajaran seni adalah luas selari dengan arus kemodenan dunia. Penyesuaian pengajaran pendidikan seni di sekolah di negara kita dapat dilihat menerusi perubahan bagi nama mata pelajaran pendidikan seni itu sendiri. Bermula dengan nama Lukisan dan Pertukangan Tangan berubah kepada Lukisan dan Kerja Tangan, seterusnya Lukisan dan Kraf Tangan, kemudian dipermudah kepada Lukisan sahaja, seterusnya diubah kepada Pendidikan Seni dan kemudian diubah pula kepada Pendidikan Seni Visual sehingga kini.

Setiap perubahan nama yang dilakukan bukanlah secara membuta tuli sahaja. Akan tetapi melambangkan apa yang ingin disampaikan oleh mata pelajaran ini. Jika dilihat pada nama subjek pendidikan seni visual, apa yang ingin ditunjukkan di sini bahawa mata pelajaran ini mengajar bidang seni yang luas dan dapat ditatap dan dilihat oleh semua manusia. Mencakupi bidang-bidang ilmu lain termasuk sains dan teknologi.

B. Bagaimana mata pelajaran pendidikan seni menyediakan asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembangunan Negara?

Menurut tokoh seni Malaysia, Syed Ahmad Jamal yang juga merupakan seorang guru mengatakan seni tampak ialah rupa dan jiwa. Bagi beliau, seni ialah sesuatu yang indah berlandaskan akal, etika, dan proses. Fokusnya di sini ialah beliau menyebut tentang etika dan proses. Etika adalah perkara penting yang harus dimiliki oleh setiap manusia yang ingin berjaya dalam hidup. Penekanan aspek etika dalam seni boleh dilihat dari segi penghasilan karya. Bermula dari mencari idea hinggalah terhasilnya karya tersebut. Ini sekali gus akan mempertajamkan kemahiran proses seseorang. Ini akan menjadikan seseorang individu pelajar itu lebih berhati-hati dan cermat dalam melakukan kerjanya. Sikap ini seterusnya akan dibawanya ketika di alam pekerjaan dan seterusnya menjadi guna tenaga yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Oleh itu, dalam memantapkan sumbangan pendidikan seni dalam melahirkan modal insan yang bermutu, empat bidang utama dalam seni diajarkan kepada para pelajar di sekolah iaitu seni halus, seni komunikasi visual, rekabentuk dan kraf. Pengajaran keempat-empat bidang ini akan meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar yang mana akan menjadi satu aset bagi mereka apabila menjejakkan kaki di alam pekerjaan.

Seni halus mencakupi beberapa disiplin seni iaitu terdiri daripada lukisan, catan, arca dan cetakan. Kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari bidang ini akan mengasah jiwa artistik dalam diri mereka. Dengan kemahiran yang mereka miliki ini dapat membantu mereka melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi swasta mahupun awam. Meskipun mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan, mereka tetap dapat menggunakan bakat mereka dalam bidang seni halus ini dengan menjadi artis (pelukis, pengarca dan sebagainya). Sekaligus, ia akan menjadi modal kepada mereka untuk memperoleh pendapatan iaitu hasil jualan karya yang mereka hasilkan.

Bidang seni komunikasi visual merangkumi rekabentuk grafik dan juga multimedia. Dalam dunia yang serba mencabar dan penuh persaingan kini, kemahiran baru seperti ini memang amat penting. Terutama sekali dalam bidang pengiklanan. Pengajaran bidang ini di peringkat sekolah sudah tentu dapat menarik minat pelajar masa kini yang sering terdedah dengan kecanggihan gajet dan teknologi-teknologi baru. Sudah pasti mereka teruja untuk menjadi salah satu watak di balik tabir kepada kecanggihan teknologi ini. Jika mereka memperolehi kemahiran dalam bidang ini, sudah tentu mereka akan dapat memanfaatkannya di alam pekerjaan. Sama ada mereka menceburi pekerjaan yang sedia ada seperti pereka grafik iklan komersial di televisyen, penganimasi, mahupun mewujudkan satu bidang kerjaya yang baru.

Rekabentuk pula merupakan satu bidang yang sangat memainkan peranan besar dalam perkembangan teknologi sejak lama lagi. Cuma adakalanya tidak disedari yang ia juga adalah sebahagian daripada bidang seni. Bidang ini terbahagi kepada beberapa disiplin seni iaitu rekabentuk industri, hiasan dalaman dan juga landskap. Penerapan ilmu-ilmu ini dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni di sekolah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan apa yang mereka harapkan dalam kehidupan seharian. Maksudnya di sini ialah produk yang mereka mahu tetapi belum ada di pasaran. Jadi dengan adanya bidang rekabentuk ini dalam pendidikan seni di sekolah, perkembangan teknologi juga akan menjadi pesat dan tidak mustahil negara kita ini akan menjadi salah satu kuasa besar dalam penghasilan teknologi baru. Para pelajar yang mempunyai kemahiran bidang ini akan menjadi aset penting kepada negara pada suatu hari nanti.

Hal yang sama juga dalam bidang kraf. Bidang ini meliputi disiplin seni batik, tenunan, kayu dan tembikar. Bidang kraf masa kini bukan sahaja menghasilkan produk kraf semata-mata. Malah pada masa kini, ia juga sudah dikomersialkan dan menjadi penyokong dan nilai tambah kepada bidang rekabentuk. Misalnya, mengaplikasikan unsur ukiran dalam penghasilan sesuatu produk baru. Jadi, pengajaran bidang kraf juga amat penting di sekolah (melalui pendidikan seni) bukan sahaja untuk melahirkan seniman kraf, malah pereka bentuk industri juga.

C. Kesimpulan Kesimpulannya, pendidikan seni pada masa kini adalah satu mata pelajaran yang sangat penting sepertimana subjek-subjek lain terutama sekali di dalam dunia yang semakin mencabar pada masa kini. Seni diaplikasikan dalam setiap bidang ilmu dan bidang kerja. Sepertimana yang dikatakan oleh Walter Gropius,”seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat. Bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri”. Maksudnya antara fungsi seni adalah memberi manfaat kepada manusia iaitu dengan menggabungkan seni halus (tradisional) dengan seni gunaan untuk kehidupan seharian. Ilmu dalam bidang seni yang dipelajari dapat membantu pelajar dalam hidup mereka iaitu dengan mengaplikasikannya dalam hidup mereka.

BIBLIOGRAFI Hassan Mohd Ghazali(2000). Teks Lengkap Pendidikan seni Tingkatan 4 dan 5. Petaling Jaya: Fajar Bakti

En.Baba Ahmad bin Omar.(8-11 Oktober 2001). Pengertian dan peranan seni visual. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Taklimat Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Golden Straits Villas Beach Resort, Part Dickson, Negeri Sembilan.

Ahmad Khair Mohd Nor, Idris Mohd Radzi, dan Mohd Ra’in Shaari(2005). Bahasa Melayu Profesional Edisi Semakan, terbitan ketujuh. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman(2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum Edisi Kedua. Quantum Books, Tanjong Malim, Perak

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. [On-line]. Diperoleh pada Disember,22,2008 dari World Wide Web:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/sp_pseni_kbsm.pdf

Hassan Mohd Ghazali, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prosedur Penghasilan & Penilaian Kerja Kursus Seni Visual STPM. [On-line]. Diperoleh pada Ogos,22,2009 dari World Wide Web: http://www.pdfcoke.com/doc/16310896/Seni-Visual-STPM-Aspek-Penghasilan

Related Documents


More Documents from "Kar Wai Ng"