Hujan Air Batu.docx

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hujan Air Batu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 200
  • Pages: 1
Hujan air batu tidak hanya terjadi di kawasan sub-tropika sahaja tetapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. Di Malaysia, pada tahun 2007, hujan batu telah melanda kawasan Sungai Buloh dan Damansara di Selangor. Ketulan ais sebesar duit syiling 20 sen jelas kelihatan di kawasan tersebut.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.

Kejadian hujan batu yang terkini telah melanda daerah Jerantut di negeri Pahang pada 28 September 2009. Lebih 4,000 penduduk di lima kampung dan satu tanah rancangan Felda di Tembeling Tengah gempar apabila kediaman mereka rosak teruk akibat hujan air batu. Pejabat Meteorologi Kuantan Pahang melaporkan, hujan batu adalah kerpasan yang terdiri daripada ketulan ais berdiameter purata antara 5 hingga 50 milimeter. Ia hanya boleh terjadi dari awan Kumulonimbus (awan petir).

Related Documents

Hujan Air Batu.docx
June 2020 13
Sanitasi Air Hujan Fix
June 2020 16
Hujan
November 2019 43
Hujan...
June 2020 30
Hujan Asam
June 2020 20