JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Huraian Sukatan Pelajaran
Tahun 1
Bahasa Arab KBSR
UNIT KURIKULUM BAHASA ARAB BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JULAI 2007 / REJAB 1428
35
SULIT
1.0
TAJUK Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu.
2.0
DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.0
TUJUAN Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Melaksanakan Bahasa Arab Bil 2/2006 mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu.
4.0
LATAR BELAKANG 4.1
Susulan daripada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia dan resolusi Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) peringkat kebangsaan , Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan Program j-QAF di 1221 buah SK pada tahun 2005 kepada murid Tahun 1. Program ini dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain.
4.2
Model Perluasan Pelaksanaan BAK dijalankan bersama modelmodel Program j-QAF yang lain seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 (No Rujukan: KP (BS) 8591/ Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004.
4.3
Sebagai lanjutan dari lawatan YAB Perdana Menteri ke Kementerian
Pelajaran
Malaysia
Mesyuarat Hal-hal Profesional telah
mencadangkan
pada
25
April
2005,
Bil 3/2005 pada 25 Mei 2005
JAPIM
supaya
menubuhkan
Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa Arab. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 3/2005 yang diadakan pada 29 Jun 2005 telah 36
SULIT
SULIT
meluluskan pertukaran nama Bahasa Arab Komunikasi kepada Bahasa Arab. Proses pertukaran nama ini dimulakan untuk percetakan buku teks Bahasa Arab Tahun 4 2006 dan perubahan
menyeluruh
yang
melibatkan
nama
mata
pelajaran, kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan lain-lain akan dibuat pada 2008 dicadangkan bagi tahun satu dan tingkatan satu. Selain itu, JAPIM dikehendaki mengambil langkah jangka panjang dengan membuat perubahan dan penambahbaikan kepada kandungan pelaksanaan kurikulum Bahasa Arab sesuai dengan pendekatan pengajaran kurikulum Bahasa Arab peringkat rendah. 4.4
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 1/2006 yang diadakan pada 25 Januari 2006 telah meluluskan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR untuk digunakan bermula pada tahun 2008. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR hendaklah dilaksanakan secara rintis pada tahun 2007. Mesyuarat juga telah mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab KBSR menggunakan pendekatan fleksi dengan kerjasama UPSI.
5.0
RASIONAL 5.1
Kurikulum
Bahasa
Arab
perlu
digubal
semula
kerana
mempertimbangkan saranan yang telah diberikan oleh YAB Perdana
Menteri
Malaysia
yang
mahukan
Bahasa
Arab
Komunikasi ditukar kepada istilah yang lebih sesuai seperti Bahasa Arab Ibtidaiyyah, Bahasa Arab I’dadiyyah dan Bahasa Arab Thanawiyyah. Saranan beliau ini boleh difahami agar Bahasa Arab diajar menggunakan pendekatan tradisional iaitu pendekatan yang memberi penekanan terhadap komponenkomponen Bahasa Arab seperti tatabahasa, muthalaah, insya’, mahfuzat dan lain-lain.
37
SULIT
SULIT
5.2
Kurikulum ini digubal dengan mengambil kira idea serta saranan daripada Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa
Arab
yang
ditubuhkan
berdasarkan
keputusan
Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3 2005 supaya ianya selari dan menepati dengan saranan yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri. 5.3
JAPIM
telah
mengadakan
mesyuarat
bagi
melihat
dan
mengkaji perubahan-perubahan dalam isi kandungan sukatan Bahasa
Arab
yang
digubal
sebagaimana
yang
telah
disarankan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 3/2005. 5.4
Perubahan-perubahan yang dibuat dalam huraian sukatan ini dipertimbang berdasarkan huraian sukatan Bahasa Arab Komunikasi tahun 2003, sukatan-sukatan Bahasa Arab di sekolah-sekolah agama negeri, sukatan Bahasa Arab di Timur Tengah serta perkembangan dan keperluan semasa dalam pendidikan. Di samping itu, perubahan huraian sukatan ini telah melibatkan pakar-pakar Bahasa Arab di IPTA dan maktab-maktab perguruan. Saranan dan idea yang diberikan oleh
mereka
dipertimbang
dan
diambil
kira
dalam
penggubalan huraian sukatan ini. 5.5
Huraian sukatan ini adalah sebagai tafsiran kepada sukatan pelajaran Bahasa Arab yang telah diluluskan. Ianya juga akan dapat
memudahkan
guru
untuk
menjalankan
proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 6.0
PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUM 6.1
Di dalam huraian sukatan ini terdapat beberapa perubahan yang
diberi penekanan dari segi penyusunan semula
beberapa elemen utama dalam sukatan dan huraian sukatan Bahasa Arab, iaitu memasukkan dan mengagihkan secara seimbang
dan
munasabah 38
unsur-unsur
tatabahasa, SULIT
SULIT
muthalaah, insya’ dan penetapan kata-kata hikmat dan perumpamaan
Bahasa Arab. Selain itu, huraian sukatan
pelajaran ini melibatkan pengagihan semula perbendaharaan kata untuk setiap tahun di samping mengekalkan aspek kemahiran bahasa. 6.2
Dokumen
huraian
sukatan
pelajaran
ini
mengandungi
pendahuluan, matlamat, objektif, objektif mata pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu, organisasi kurikulum yang terdiri daripada kemahiran bahasa, tema, aspek bahasa yang merangkumi
sistem
bunyi,
perumpamaan,
tatabahasa,
perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum serta strategi pengajaran dan pembelajaran. 6.3
Pendahuluan Di dalam Pendahuluan Huraian Sukatan Pelajaran bahasa Arab ini
diperjelaskan status mata pelajaran ini iaitu sebagai
bahasa tambahan. Sehubungan dengan itu, usaha yang yang telah dilaksanakan ini adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. 6.4
Matlamat : Matlamat
Bahasa
Arab
sekolah
rendah
ialah
untuk
memberikan kepada murid empat kemahiran bahasa serta membolehkan mereka menggunakan bahasa Arab dalam penulisan dan percakapan samada di sekolah atau di luar sekolah. 6.5
Objektif : Sukatan Pelajaran ini telah mengariskan objektif yang perlu dicapai iaitu: 6.5.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan, ayat serta petikan;
39
SULIT
SULIT
6.5.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul; 6.5.3 Bertutur dan memahami
Bahasa Arab dalam tema-
tema yang tertentu; 6.5.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan, ayat serta petikan; 6.5.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan, ayat dan petikan; 6.5.6 Mengetahui asas tatabahasa Arab; 6.5.7 Menggunakan Bahasa Arab Fushah yang mengandungi perbendaharaan kata, struktur tulisan dan
sebutan
serta
semasa
kaedah
morfologi
dan
sintaksis
mendengar, bertutur, membaca dan menulis; 6.5.8 Menghafal Mahfuzat terpilih serta asas morfologi dan memperdengarkannya; 6.5.9 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan; Bagi merealisasikan objektif ini, bahasa Arab mesti digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian, ujian dan peperiksaan awam. 6.6
Objektif pembelajaran bahasa Arab di tahun 1. 6.6.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan, ayat pendek . 6.6.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul. 6.6.3 Bertutur dan memahami
Bahasa Arab dalam tema-
tema yang tertentu; 6.6.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat pendek. 6.6.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan dan ayat pendek.
40
SULIT
SULIT
6.6.6 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, dan sikap positif, 6.7
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran; Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini merangkumi kemahiran
berbahasa,
perbendaharaan
tema,
kata, pengisian
aspek-aspek
bahasa,
kurikulum, dan
strategi
pengajaran dan pembelajaran. 6.8
Kemahiran bahasa; Kemahiran asas berbahasa merupakan tonggak utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Murid yang menguasai asas kemahiran berbahasa adalah murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kejayaan murid menguasai empat kemahiran ini meningkatkan kesediaannya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
sekaligus
membuka
ruang
kepadanya
mempelajari ilmu-ilmu agama dan moden pada masa akan datang. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab pada peringkat rendah terbahagi kepada dua lajur; Pertama lajur kemahiran dan kedua lajur aktiviti yang dicadangkan. i.
Lajur Kemahiran Lajur
ini
terbahagi
kepada
empat
bahagian
yang
meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Setiap
bahagian
ini
dinyatakan
hasil
pembelajaran yang diharapkan. Kemahiran mendengar dan bertutur di tahun satu berfokus kepada mendengar dan menyebut semula sebutan huruf dan ayat. Adapun kemahiran
membaca
berfokus
kepada
bacaan
perkataan dan ungkapan secara nyaring. Kemahiran menulis pula berfokus kepada melatih murid memegang pen dengan cara yang betul dan menggerakkan tangan
41
SULIT
SULIT
ke arah yang sesuai serta menulis huruf dan sebahagian perkataan. Asas
kemahiran
berbahasa
meliputi
kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran mendengar; Kemahiran mendengar bermaksud kemampuan murid mendengar dan memahami dengan baik dan peka terhadap pelbagai situasi serta memberi tindak balas. Kemahiran bertutur; Kemahiran
bertutur
berkomunikasi
bermaksud
untuk
kemampuan
mewujudkan
menyampaikan
maklumat,
mengungkapkan
perasaan,
setia
mencetuskan mengutarakan
murid kawan, idea, kritikan
membina dengan intonasi dan penekanan suara yang sesuai serta gaya bahasa yang sopan. Penggunaan tatabahasa Arab yang betul menjadi fokus utama ketika mempraktikan kemahiran ini. Kemahiran membaca Kemahiran membaca bermaksud kemampuan murid untuk membaca dengan sebutan yang betul serta intonasi yang sesuai dan fasih. Di samping itu, tujuan utama dari kemahiran ini ialah murid dapat memahami aspek ilmu dari bahan bacaan tersebut. Kemahiran menulis; Kemahiran
menulis
bermaksud
kemampuan
murid
menulis huruf, perkataan, ayat, mencetuskan idea dalam bentuk penulisan permulaan yang berkaitan dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman murid secara langsung.
Murid
membuat
ungkapan
dan
latihan
mengeja yang betul serta kaligrafi Arab yang indah dalam bentuk penulisan. ii.
Lajur aktiviti yang dicadangkan. 42
SULIT
SULIT
Lajur ini mengandungi aktiviti yang dicadangkan, bahan bantu mengajar pada setiap kemahiran. Aktiviti yang dicadangkan ini mengambil kira hasil pembelajaran dan unsur-unsur
yang
ada
dalam
pengisian
kurikulum.
Maksud aktiviti yang dicadangkan’ ialah seorang guru boleh membuat sebarang cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi tahap murid tahun satu. Begitulah juga dengan kaedah pengajaran. Huraian sukatan ini juga memasukkan
aktiviti yang
berbeza sebagai tambahan kepada aktiviti pengajaran yang menggunakan kaedah langsung. Di antara aktiviti ini adalah permainan bahasa, nasyid, kuiz, perbualan, drama dan pazel. Adalah diharapkan sebarang aktiviti yang dicadangkan mestilah mengambil kira perbezaan individu dan asas kepelbagaian intelektual. Contohnya, permainan bahasa yang merupakan unsur kenestetik intelektual dan aktiviti nasyid menyuburkan kecerdasan muzikal di kalangan murid. 6.9
Tema: Pemilihan tema untuk murid sekolah rendah adalah mengikut tajuk yang berkaitan dengan murid serta bahan-bahan yang berada di sekeliling mereka. Semua tajuk ini berhubung kait dengan dunia pelajar di rumah dan di sekolah serta alam permainan
dan
cita-cita
murid
yang
dapat
memenuhi
kehendak dan keperluan semasa seperti sains dan teknologi. Ia juga memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan patriotisme untuk mengukuhkan cinta kepada negara bertujuan membentuk bangsa Malaysia yang sedar dan bersedia mempertahankan bangsa, agama dan negara. Tematema tersebut ialah: 6.9. 1
Di sekolah; Peralatan pembelajaran,
6.9.8
43
Haiwan;
SULIT
SULIT
peralatan di dalam kelas, tempat-tempat di sekitar sekolah, jenis-jenis permainan sukan, hari sukan. 6.9. 2
Dunia murid; Anggota badan pakaian
6.9.9
Pengangkutan;
6.9. 3
Nombor dan bilangan;
6.9.1 0
Sains dan teknologi;
6.9. 4
Warna, bentuk , arah dan lokasi;
6.9.1 1
Hobi dan cita-cita;
6.9. 5
Di rumah ; Ruangan, peralatan dan anggota keluarga.
6.9.1 2
Kampung, bandar dan tanah air;
6.9. 6
Makanan minuman;
6.9.1 3
Waktu makan, masa, hari dan bulan;
6.9. 7
Buah-buahan, sayursayuran, tumbuhtumbuhandan bungabungaan;
dan
dan
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk berikut : 1. Huruf Hijaiah Arab 2. Ucapan dan Penghargaan 3. Pengenalan 4. Di dalam kelas 5. Peralatan Pembelajaran 6. Lokasi-lokasi di sekolah 7. Keluarga 8. Rumah 9. Anggota badan 10.Pakaian 6.10 Aspek Bahasa Pembelajaran aspek bahasa di dalam pengajaran Bahasa Arab di tahap sekolah rendah diberi penekanan sama dengan pembelajaran kemahiran berbahasa. Tiga aspek bahasa iaitu 44
SULIT
SULIT
Sistem Bunyi, Tatabahasa Arab dan Kata-Kata Hikmat & Perumpamaan. 6.10.1Sistem Bunyi Sistem bunyi merupakan elemen yang amat penting dalam pengajaran Bahasa Arab. Ia bertujuan melatih murid
menyebut
perkataan,
membaca
ayat
dan
ungkapan dengan betul serta mampu menguasai dan membezakan sebutan dengan baik. Sistem bunyi di tahun satu peringkat sekolah rendah memberi tumpuan kepada menyebut huruf-huruf hijaiah dengan sebutan yang betul. 6.10.2Tatabahasa : Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Arab. Ia dapat memelihara pertuturan dan penulisan murid sewaktu menggunakannya. Pengajaran tatabahasa Arab bertujuan
meningkatkan
kemampuan
murid
dalam
menggunakan bahasa Arab sesuai dengan kaedah tatabahasa dan morfologi yang betul. Berikut adalah tajuk-tajuk peringkat
tatabahasa sekolah
Arab
rendah.
yang
akan
Tajuk-tajuk
ini
diajar
di
dibahagi
kepada dua tahap : Tahap pertama. 1 Kata ganti nama; 2 Kata ganti nama tunjuk; 3 Huruf al-Jar; 4 Kata nama maskulin dan feminin; 5 Kata soal; Tahap kedua. 1 2 3 4 5
Kata Kata Kata Kata Kata
ganti nama; ganti nama tunjuk; ganti nama tempat (zarfun) kerja lampau, kini dan perintah majmuk maskulin dan feminin;
45
SULIT
SULIT
Pengajaran tatabahasa Arab di tahun satu peringkat sekolah rendah memberi penekanan kepada tajuk-tajuk berikut ; 1 2 3 4
Kata Kata Kata Kata
soal ganti nama tunjuk; ganti nama terpisah ganti nama bersambung
6.10.3Kata-kata hikmat dan perumpamaan : Pemilihan
kata-kata
hikmat
dan
perumpamaan
mengambil kira tahap murid, sebutan yang mudah dan makna yang mengandungi nilai-nilai yang mulia serta akhlak yang baik. Pengajaran kata-kata hikmat dan perumpamaan di sekolah rendah bermula pada tahap kedua di Sekolah Kebangsaan. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di tahun satu memberi penekanan kepada pengenalan huruf, perkataan dan ayat yang mudah. 6.11 Perbendaharaan kata : Sebanyak 600 perkataan telah disusun mengikut tahap umur dan kognitif murid serta berkait dengan tajuk-tajuk yang telah dipilih. Bilangan perkataan ini akan bertambah sesuai dengan perkembangan fizikal dan intelektual murid. Langkah ini merupakan satu permulaan bagi murid untuk mempelajari ilmu bahasa Arab dan agama serta pengetahuan yang berkaitan pada masa akan datang. Berikut adalah perincian pembahagian huruf dan perkataan yang diajar di tahun satu peringkat sekolah rendah. i.
28 huruf hijaiah
vi.
4 kata nama tunjuk
ii.
66 kata nama
iii.
7 kata kerja
iv.
3 kata ganti nama terpisah
ix.
20 nombor
v.
5 kata ganti nama bersambung
x.
20 ungkapan
vii. viii.
8 partikel
3 kata soal
Sila rujuk di lampiran 1 di akhir huraian sukatan ini. 6.12 Pengisian Kurikulum: 46
SULIT
SULIT
Untuk
memperkukuhkan
dan
memantapkan
lagi
proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah, dimasukkan dalam sukatan ini elemen yang perlu diterapkan oleh guru seperti: 6.12.1Ilmu pengetahuan; 6.12.2Nilai-nilai murni; 6.12.3Kewarganegaraan; 6.12.4Peraturan sosiobudaya; 6.12.5Kemahiran
bernilai
tambah
yang
merangkumi
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme
dam
pembelajaran
kontekstual; 6.13 Penilaian; Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan rnaklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
Oleh
itu,
penilaian
perlulah
dijalankan
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid,
sama
ada
untuk
menjalankan
pemulihan
atau
pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. 6.14 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran; 6.14.1
Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi
pengajaran
dan
pembelajaran
dalam
pendidikan Bahasa Arab haruslah berpusatkan murid bagi
membolehkan 47
mereka
berinteraksi
dan SULIT
SULIT
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.
Oleh
itu,
murid
dapat
membina
dan
memantapkan keyakinan berbahasa. 6.14.2
Kepelbagaian Teknik Pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah
pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan
pengajaran
dan
pembelajaran
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. 6.14.3
Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran
Bahasa Arab. Bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan intensif. 6.14.4
Penggunaan Tatabahasa yang tepat; Pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk
mencapai
merancang
dan
tujuan memilih
tersebut, aspek
guru
tatabahasa
perlu yang
hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 6.14.5
Bacaan Luas;
48
SULIT
SULIT
Bacaan
luas
memberikan
peluang
kepada
murid
menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam mata pelajaran Bahasa Arab dengan menggunakan bahan yang sesuai dengan tahap perkembangan murid. Pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan melalui proses penyerapan. 6.14.6
Pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk
dan tema. Pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk dan tema merupakan salah satu perkara asas dalam pengajaran. Dalam melaksanakan strategi ini, guru hendaklah
menghubungkaitkan
empat
kemahiran
berbahasa, tatabahasa Arab dan perbendaharaan kata dengan tema-tema tertentu. Sebagai tambahan, guru bolehlah mengaitkan bahasa Arab dengan bahanbahan yang lain melalui teori penyerapan mudah. 6.14.7
Penggabungjalinan Penggabungjalinan ialah aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalam aktiviti ini, guru dapat memberi beberapa penguasaan kemahiran dalam satu-satu masa. Berikut ialah contoh aktiviti penggabungjalinan: I. Penggabungjalinan antara kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. II. Penggabungjalinan antara tatabahasa Arab dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. III. Penggabungjalinan
antara
perbendaharaan
kata
dengan kata-kata hikmat dalam pelbagai bentuk aktiviti. 49
SULIT
SULIT
6.14.8
Penyerapan Penyerapan bermaksud penyerapan nilai-nilai murni dan
kewarganegaraan
serta
kemahiran
bernilai
tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara kemahiran bernilai tambah yang paling penting ialah kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran ini memfokuskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 6.14.9
Pemulihan; Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan rnaujud, alat perrnainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar
kernampuan
murid
menguasai
sesuatu
kernahiran. 6.14.10Pengayaan; Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan
bimbingan
guru.
Bahan
seperti
bahan
bacaan
tambahan, kad, perrnainan dan bahan aktiviti boleh diberikan
kepada
50
murid
yang
telah
menguasai
SULIT
SULIT
kernahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka rnasa yang ditentukan. Semua 10 strategi ini akan terlaksana di dalam aktiviti yang
dicadangkan. Sebagai
contoh, pengajaran
yang
berpusatkan murid, aktiviti yang dicadangkan; Mengulangi sebutan
yang
didengar,
murid
membaca
perkataan,
menulis huruf di papan hitam dan di dalam buku latihan, mewarnai huruf dan berlatih menulis. Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan, perbualan di antara murid, permaianan bahasa, memadankan gambar dengan perkataan dan menyusun huruf menjadi perkataan. 7.0
KEPUTUSAN YANG DIPOHON Peserta Kursus Pendedahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Arab Tahun Satu adalah dipohon mengambil
maklum mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu.
Disediakan oleh: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
51
SULIT