Hotd Fitrah Dan Potong

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hotd Fitrah Dan Potong as PDF for free.

More details

  • Words: 7,757
  • Pages: 28
[HOTD] fitRah dan pOtOng November 6th, 2006 Hadist riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis Links: [apakah hukumnya peRempuan menyimpan kuku panjang?] http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/3896f60fe12146ea48256d13004224e6?OpenDoc ument [khatan] http://ms.wikipedia.org/wiki/Khatan [cukuR janggut: awas neO-muktazilah!] http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm [peRempuan : wajibkah beRkhatan ?] http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic29_2004.htm [pRO-kOntRa khitan peRempuan] http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0503/24/hikmah/lainnya01.htm [memOtOng kuku fitRah Rasulullah] http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg04042.html [hukum khitan bagi anak peRempuan] http://rumah-ku.blogspot.com/2006/07/hukum-khitan-bagi-anak-perempuan.html [pentingnya mandi - perkaRa sunat dilakukan haRi jumaat] http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg07093.html -perbanyakamalmenujusurga-

http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm SOALJAWAB 85 (26/8/98) Cukur Janggut: Awas Neo-Muktazilah! Jawab Oleh: zain y.s Berdasarkan satu soalan dari saudara Fariz mengenai janggut: 1. Hukum memelihara janggut 2. Apakah benar Rasulullah s.a.w. memelihara janggut kerana tidak ada pisau cukur pada zaman itu? --------Alhamdulillah, inilah jawapannya: Sebelum kita melihat mengenai hukum janggut, adalah baik seandainya kita melihat serba ringkas mengenai sunah/mandub.

Definasi Iaitu sesuatu yang dituntut oleh syarak kepada mukallaf agar mengerjakannya dengan satu tuntutan yang tidak tegas. * Mukallaf – orang layak diberi bebanan hukum syarak. Atau dengan maksud lain, sunah/mandub ialah sesuatu yang diberi pahala kepada jika mengerjakannya dan tidak akan disiksa/dosa jika meninggalkannya. Sunah ini terbahagi kepada tiga bahagian: 1. Sunnah mua’kkadah 2. Sunnah ghairu mu’akkadah 3. Sunnah za’id 1. Sunnah mua’kkadah Iaitu perbuatan yang tidak akan disiksa/tidak berdosa jika meninggalkannya tetapi menerima celaan dari syarak. Contohnya ialah segala perbuatan penyempurna kewajipan agama seperti sembahyang berjamaah, azan dan iqamah. Begitu juga dengan segala perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan. Baginda jarang sekali meninggalkannya seperti berkumur-kumur ketika wudhuk, membaca surah selepas fatihah ketika sembahyang dll. Baginda ada sekali-sekala meninggalkannya kerana menunjukkan bahawa amalan itu bukannya wajib. 2. Sunnah ghairu mu’akkadah Iaitu perbuatan yang tidak akan disiksa/tidak berdosa jika meninggalkannya dan tidak akan menerima celaan dari syarak. Contohnya ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh nabi s.a.w. tidak secara berterusan. Baginda ada mengerjakannya sekali ataupun lebih, kemudian tidak dilakukannya. Seperti sembahyang sunah 4 rakaat sebelum Isyak dan segala perkara-perkara kebajikan seperti bersedekah kepada fakir miskin, berpuasa Isnin dan khamis setiap minggu dll. 3. Sunnah za’id Iaitu sebahagian dari kesempurnaan mukallaf, iaitu perkara-perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada adat sebagai manusia biasa. Contohnya seperti mengikut cara Rasulullah s.a.w. makan, minum, berpakaian, tidur, gaya berjalan dsbnya. Semuanya itu dianggap sebagai perkara kesempurnaan dan kebaikan dari mukallaf. Kerana ia menunjukkan kasih, sayang dan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. Namun kepada mereka yang tidak mengerjakannya tidak akan mendapat dosa dan tidak akan menerima celaan dari syarak. Bagi yang melakukannya akan memperoleh pahala jika diniatkan mahu mengikut cara Rasulullah s.a.w. --------------------------------Janggut Memelihara janggut pada sunnah yang mana? Para ulamak berselisih pendapat mengenainya: 1. Sebahagian ulamak termasuk Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa memelihara janggut adalah wajib. Dalilnya: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR al-Bukhari) Golongan ini berpendapat bahawa perintah Rasulullah s.a.w. di atas membawa maksud wajib.

Ini dikuatkan dengan perintah Nabi s.a.w. agar umat Islam hendaklah berbeza dengan orangorang musyrik. Juga terdapat sebuah hadis: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (HR Abu Daud). 2. Segolongan ulamak berpendapat (termasuk mazhab Syafi’I) bahawa memelihara janggut adalah sunat. Makruh mencukurnya. Dalilnya, hadis: “Sepuluh perkara fitrah, iaitu memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.” Kata Mus’ab: Aku lupa yang kesepuluh, melinkan ia adalah berkumur-kumur.” (HR Muslim) Golongan ini berpendapat hadis ini menunjukkan bahawa memelihara janggut adalah sunat. Kerana apa yang disebutkan pada hadis di atas tidak semuanya wajib. Contohnya seperti bersugi, memasukkan air ke hidung dan memotong kuku – Ini adalah sunat sahaja. Golongan ini menjawab hujah yang dikemukakan oleh golongan yang mengatakan bahawa janggut adalah wajib, kata mereka: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR al-Bukhari) Perintah dalam hadis ini tidak menunjukkan atas hukum wajib, tetapi sunat. Kenyataan hukum sunat ini diberi dalam arahan agar kita ini perlu berbeza dengan orang musyrik. Bagaimana? Hadis di atas meminta kita memelihara janggut agar kelihatan berbeda dengan orang musyrik. Jika arahan ini membawa maksud wajib, maka sudah tentu mewarnakan rambut juga adalah wajib hukumnya. Kerana terdapat di dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mencelup (mewarna) rambutnya, maka berbezalah dengan mereka.” (HR jamaah) Hadis ini sama nadanya dengan hadis janggut. Hadis mencelup rambut telah dipersetujui oleh para ulamak salaf sebagai sunat sahaja. Jadi, jika kita menganggap bahawa hadis janggut itu mengandungi arahan wajib, maka ini bermakna kita juga menganggap bahawa hadis mencelup rambut itu juga mengandungi arahan wajib. Golongan ini berkata lagi, dari itu jelaslah bahawa mereka yang mengatakan janggut itu wajib tidak dapat diterima samasekali. ------------Mengenai hadis: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (HR Abu Daud). Hadis ini melarang umatnya meniru orang-orang kafir dalam masalah akidah dan syariah. ------------------3. Segolongan ulamak dari kalangan ulamak hari ini mengatakan bahawa memelihara janggut adalah harus sahaja, tidak sunat dan tidak wajib. Tidak sunat di sini bermaksud ia tergolong di bawah sunah za’idah. Mereka beranggapan bahawa memelihara janggut adalah berkaitan dengan adat dan tradisi sahaja.

Golongan ini juga berhujah menggunakan hadis: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR al-Bukhari) Hadis di atas menunjukkan bahawa memelihara janggut dan mencukur misai adalah sebagai adat dan tradisi sahaja. Ia bukan satu perintah wajib ataupun sunat. Kerana di dalam hadis berkenaan ada menyatakan illahnya (sebab hukum). Illah arahan memelihara janggut ialah agar tidak serupa dengan Yahudi, Kristian dll. yang ketika itu gemar memelihara misai dan mencukur janggut. Jelaslah bahawa nabi memelihara janggut bukan bermaksud dijadikan sebagai pedoman hukum, tetapi semata-mata sebagai adat dan tradisi. Di bawah pendapat ini, memelihara janggut dan mencukur misai termasuk di dalam sunat za’idah. Iaitu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. berdasarkan adat kebiasaan baginda sebagai seorang manusia. Seperti makan, minum, berpakaian dll. Beliau melakukannya bukanlah untuk memberi petunjuk hukum syarak tetapi atas dasar dia sebagai seorang manusia biasa. Sesiapa yang tidak melakukannya, tidak akan berdosa dan tidak akan dicela oleh syarak. Mereka yang melakukannya dengan tujuan mengikut nabi s.a.w. akan diberi pahala. Ia adalah sebahagian dari kesempurnaan dan kebaikkan mukallaf. Ia menunjukkan kasih sayang dan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. ----------------------------------Soal: Apakah benar Rasulullah s.a.w. memelihara janggut kerana tidak ada pisau cukur pada zaman itu? Jawab: Ada pencukur tetapi hanya tidak seperti sekarang ini. Kerana hadis di atas membuktikan bahawa orang-orang dahulu juga melakukan cukur-mencukur seperti kita. Lihat, ketika itu orang Yahudi tabiatnya gemar mencukur janggut. Pendapat bahawa nabi membela janggut kerana ketika itu tiada pencukur adalah satu pendapat yang tidak dapat diterima samasekali. Samada ia dikeluarkan oleh orang-orang yang dungu dan buta sejarah atau oleh mereka yang tahu semua itu tetapi bertujuan mahu memperlekehkan sunah Nabi s.a.w. Mereka ini, di dalam hatinya dipenuhi dengan dendam kesumat terhadap Islam dan syariatnya. Berhati-hatilah terhadap neo-muktazilah... Bahaya mereka adalah kerana tidak dilabelkan dengan nama ini. Ramai yang jadi keliru. Jika GAH mampu menjebak hanya dari golongan yang memalingkan muka-muka mereka dari para ulamak Islam, tetapi neo-muktazilah ini mampu menjebak dari kalangan mereka yang berlatarbekangkan pendidikan agama. Ungkapan mereka ini terhadap syariah Islam hanya berpandukan kepada akal sahaja. Mereka mengagungkan akal dengan mengenepikan wahyu Illahi. Neo-Muktazilah akan menggembar-gemburkan kontekstual dengan mengenetepikan tekstual dalam penafsiran sumber-sumber hukum. Katanya, yang paling penting ialah `semangatnya’ alQuran. Yang perlu ialah `nilai-nilai murni’ ajaran al-Quran dan Sunnah. Hasilnya apa? Tidak perlu berhudud-hudud… Bagaimana ada ayat yang jelas di dalam al-Quran mengenainya?

Katanya, memang benar al-Quran ada mengatakan bahawa setiap penzina bujang perlu disebat 100 kali. Itu hanya tekstualnya sahaja. Kita kena lihat kontekstualnya. Kita perlu memperhatikan `semangatnya’. Kita hendaklah mengambil nilainya sahaja. Katanya lagi, teksnya mengatakan penzina perlu dihukum sebat 100X, tetapi ia tidak semestinya begitu. Kerana apabila kita melihat disebalik teks yang kaku itu, terdapat satu pengajaran dan nilai, iaitu: 1. Berzina itu berdosa 2. Penzina itu perlu diberi pengajaran, tidak semestinya dengan sebat 100X sebagaimana di dalam teks. Ia boleh digantikan dengan apa-apa sahaja asal dapat memberi pengajaran. Malah, neo-muktazilah ini menganggap, buat apa bertudung-tudung segala.. Ayat-ayat yang mewajibkan menutup aurat bagi wanita tidak dipandang pada teksnya sahaja tetapi diambil nilai murninya sahaja. Malah, lebih dahsyat lagi ada yang mengatakan mengenai ibadah qurban.. Apa ini sembelihsembelih binatang. Apa perlunya. Katanya, memang ada nash yang mengatakan ibadah qurban hendaklah dengan menyembelih binatang-binatang tertentu. Tetapi mengapa mesti berpegang kepada teks nash yang kaku itu. Ambil semangatnya, cedok nilainya.. Jadinya bagaimana ibadah qurban kita itu nanti? Yah, apabila diambil nilainya sahaja tanpa memperdulikan teks… Gantikan saja lembu-lembu itu dengan wang! Berikan kepada faqir miskin. Mereka bukan memerlukan daging itu, tetapi wang untuk menaikkan tahap ekonomi mereka. Dahulu tidak mengapa, memang sesuainya fakir itu diberi daging tetapi tidak sekarang ini. Lihat, agama ini dirosakkannya. Syariat ini mahu dirobek sekehendaknya sahaja. Bacalah sejarah muktazilah.. Bukankah persis sekali dengan mereka ini, malah mereka lebih dahsyat lagi. Mintalah Allah menjauhkan diri kita sejauh mungkin dari terjebak dengan manusia-manusia begini. Dan semoga Allah membuka hati-hati mereka kepada cahaya kebenaran dan keadilan syariat Islam. --------------------------------Memang benar, di atas terdapat tiga pendapat mengenai memelihara janggut. Apa sekalipun pendapat yang dipegangi, adalah tidak wajar dengan nada sinis memperlekeh pendapat yang dipegang oleh orang lain. Apatah lagi jika ia berbau menghina Nabi s.a.w. Dan kebanyakkan kita di Malaysia, Singapura dan Indonesia rata-rata berpegang kepada janggut itu adalah sunat (lawan makruh), tetapi tidak wajar jika kita dengan sinis mempermain atau memperlekeh orang yang berpegang kepada pendapat mereka yang mengatakannya sebagai wajib. Adalah menjadi kewajipan kita menghormati apa yang dipegang oleh mereka dalam masalah furuk begini.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Khatan

Khatan

From Wikipedia Jump to: navigation, search Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

Jadual isi kandungan • • • • • •

1 2 3 4 5 6



7 Lihat juga

Sejarah Hadis Hikmah Pendapat pakar Negara Khatan Rujukan

[Sunting] Sejarah Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi Ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Kes khatan kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib. Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanakkanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun. Masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun. [Sunting] Hadis Fitrah itu lima: 1. khatan; 2. memotong bulu kemaluan; 3. menggunting misai; 4. memotong kuku; dan 5. mencabut bulu ketiak. (Bukhari-Muslim)

"Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah." (Ahmad dan Abu Daud) [Sunting] Hikmah 1. asas kebersihan dalam Islam 2. untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim ) 3. mencantikkan bentuk kemaluan 4. memelihara tenaga batin 5. sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah 6. mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang 7. menghindarkan dari penyakit 8. mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri dari terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV. Hasil kajian pengkaji Eropah dan Afrika di empat buah bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda dari dijangkiti HIV/AIDS. [Sunting] Pendapat pakar Di antara kumpulan yang banyak mengeluarkan kenyataan menentang khatan pada hari ini ialah kumpulan NOCIRC (National Organization of Circumcision Information Resource Centers), NOHARMM (National Organization to Halt the Abuse and Routine Mutilation of Males), NORM (National Organization of Restoring Males), RECAP (Re-cover A Penis) dan BUFF (Brothers United for Future Foreskins). Ramai pakar kanak-kanak menyokong dan memandang baik amalan khatan di kalangan kanakkanak lelaki, di antaranya Dr. Edgar J. Schoen. Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Berhubung Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics) pada tahun 1993 dan sekarang merupakan seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian Perubatan Kanak-Kanak di Kaiser Permanente, Oakland selama 24 tahun. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan tentang satu kajian yang telah beliau lakukan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan mereka mendapati dari "89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan". Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap kanser zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, March 6 2000) Di samping itu, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan yang menunjukkan khatan mencegah dari pelbagai jenis penyakit. Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India. Mengikut Dr. Edgar J. Shoen, seorang pakar kanak-kanak yang terkenal, luka yang sering berlaku di kulup ketika melakukan persetubuhan memudahkan seseorang lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya siplis, kankroid dan herpes genitalis. (Dr. Edgar J. Shoen, Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, Medicirc, 2000) Dr. Gerald Weiss, seorang pakar bedah, menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat limbah kumbahan jangkitan. Kadangkala keadaan ini akan

mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Pada tahun 1982 dilaporkan, 95% kes radang saluran kencing yang menjangkiti bayi berumur 5 hari 8 bulan berlaku ke atas mereka yang tidak berkhatan. Penyakit ini boleh menyebabkan demam, sakit ketika kencing serta muntah dan di antara komplikasi yang boleh menimpa ialah kerosakan buah pinggang. Kajian Dr. Tom Wiswell dari Amerika mengukuhkan lagi penemuan ini. Kesan yang sama juga boleh berlaku ke atas lelaki dewasa yang tidak berkhatan dan penemuan ini telah dilaporkan di dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 1992.

Khatan wanita telah menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan pada hari ini. Ramai dari kalangan di Barat yang menentangnya dan menganggapnya sebagai pencacatan anggota kelamin selepas berlaku beberapa peristiwa kematian dan kecederaan ke atas kanakkanak perempuan yang dikhatan. Walau bagaimanapun, sebelum ini, terdapat ramai tokohtokoh perubatan di Amerika yang menyokong amalan khatan wanita, sebagai contoh, Dr. W.G. Rathmann (M.D.) dari Hospital Centinella di Inglewood, California. Beliau pernah menulis tentang kebaikan khatan wanita pada tahun 1959 dan tulisan beliau telah dimuatkan di dalam majalah GP, terbitan September, 1959.(W.G. Rathmann, M.D., Female Circumcision: Indications and a New Technique, GP, vol. XX, no. 3, pp 115-120, September, 1959) Ulama Islam berbeza pendapat berhubung dengan amalan ini, ada yang menggalakkannya dan ada yang menentangnya. Yang paling ketara ialah, nas berhubung dengannya adalah tidak sahih, justeru, ia bukanlah satu amalan yang penting. Perkara yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka. Alhamdulillah, penegasan seperti ini telah disebutkan oleh Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatwa-Fatwa Mutakhirnya. (Dr. Yusuf Qardawi, Fatwa-Fatwa Mutakhir, Yayasan al-Hamidy, 1996, hal. 554-555) Dr. Yusuf Qardawi dalam Fatwa-Fatwa Mutakhir juga berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa kepada kanak-kanak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.: "Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif) Dengan itu pendekatan terbaik bagi menangani masalah kemudaratan ke atas wanita atau dilakukan oleh mereka yang tidak berkuasa, perkhidmatan perubatan perlu dipertingkatkan agar mereka yang berkhatan boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik. •

Sumber dari Dr Danial Zainal Abidin

[Sunting] Negara Khatan •

Untuk khatan di Malaysia, sila lihat: Khatan di Malaysia

Negara-negara berikut mempunyai lelaki yang ramai melakukan khatan ke atas kulup mereka. Afghanistan, Albania, Algeria, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia, Brunei,Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Lubnan, Libya, Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan,

Qatar, Arab Saudi, Sierra Leone, Somalia, "Somaliland", Sudan, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turki, Turkmenistan, UAE, Uzbekistan, Yaman. [Sunting] Rujukan •

Majalah Remaja (15 September 2001), keluaran Karangkraf.

[Sunting] Lihat juga AMARAN: Hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. • • • • •

Gambar kulup Gambar Kulup & zakar setelah selesai rawatan untuk phimosis Gambar zakar berkhatan Gambar-gambar menerusi foreskin.org The Mohel: Yahudi

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/3896f60fe12146ea48256d13004224e6?OpenDoc ument Kategori Sila Masukkan Kategori

:

SUB KATEGORI Akhlak Akhlak

Soalan

: apakah hukumnya perempuan menyimpan kuku panjang?berikan dalilnya . Jawapan : Memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: "Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai" (Sahih Muslim) Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran. Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Dalam hal ini, perempuan yang menyimpan kuku panjang termasuk dalam golongan yang tidak menitikberatkan anjuran Islam seperti yang disebutkan di atas.

http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg07093.html

Re: [Islah-Net] pentingnye mandi - PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT Hizamri Johari Fri, 01 Sep 2006 03:10:26 -0700 Apa yang saya tahu, dalam menetukan sesuatu hukum, maka kita perlu lihat kesemua dalil2 yang tergolong dalam subjek tersebut. Tak de pulak, Nabi SAW ugut kalau tak mandi boleh batal/tidak diterima sembahyang Jumaat/berdosa besar/bala yang akan turun. Namun seruan/suruhan mandi ini telah diriwayatkan/diteggaskan oleh ramai sahabat ra, didalam banyak hadith. Nabi SAW juga menceritakan kebaikan dan ganjaran kalau mandi sebelum datang sembahyang Jumaat. Kalau tak mandi, maka memang sah lah, tak kan dapat kesemua ganjaran Jumaat yang disediakan/dijanjikan Allah SWT. Dari segi hukum, kalau tidak menganggapnya wajib sekalipun ( tak mandi hukumnya berdosa ), maka ianya sudah cukup untuk mengatakan sunnat yang sangat2 dituntut. Namun, bukankah lebih afdhal kita ikut apa yang disuruh Nabi SAW? Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang [33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. SodaqAllahul'Adzim http://www..mymasjid.com.my/article/show.asp?id=1176 PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT 1. MANDI Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.

( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 2. Menghias dan Pakai Wangi²an Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim) Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya." 3. Memotong Kuku Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri. 4. Membaca Surah al-Kahfi Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi) Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi) 5. Memperbanyak Doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa. Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah Sabda baginda yang bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim). 6. Berselawat Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."" "Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dari Mu dengan penuh kesabaran dan ketakwaan..."

WAllahua'lam Wassalam Hizamri

http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg04042.html

harakahdaily] MEMOTONG KUKU PakNgah Thu, 06 Apr 2006 07:58:10 -0700

MEMOTONG KUKU FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam). Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku. Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.

1.

Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

2.

Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

3.

Waktu Memotong Kuku

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bilabila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya : "Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam." (Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi,

bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya : Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orangorang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." (Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

4.

Menanam Potongan Kuku

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

5.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu

yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6.

Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya (Cutex)

Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam, kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.

Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.

Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.

Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan muka.

Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah.

Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan ada

tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.

Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya : "Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)." (Hadis riwayat Muslim)

Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau hajat seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan ke atasnya berinai p/s: buat bakal pengatin baru di ingatkan agar anda tidak berinai juga, saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz semasa di mekah, dia menggatakan lelaki tak boleh pakai inai haram hukumnya melainkan sebab sebab tertentu seperti untuk meyembuhkan penyakit kulit dan sebagainya (dulu saya tak tahu) tapi oleh kerana saya dah tahu hukumnya sekarang, maka kewajiban saya menasihatkan kawan2 dan sanak saudara, tapi terkilan juga sebab ada yang tak mahu dengar (lebih lebih lagi mereka yang lebih senior dari saya - sebab mereka merasa pengetahuan mereka lebih baik dari saya, apa boleh saya buat, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan beristhifar saja). ================================================================================== ================================== 'Nay, seek (Allah's) help with patient perseverance and prayer: it is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,' Al Baqarah ayat 45 Wassalam p/s: Archive posting & articles can be found at http://groups.yahoo.com/group/Renungan_Iktibar/ Jazzak Allahu Khairan

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic29_2004.htm

.

PEREMPUAN : WAJIBKAH BERKHATAN ?

(BILANGAN 185 )

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan. Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Berkhatan

Sepertimana yang tersebut dalam kitab al-Majmu‘ dan kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan yang dilahirkan tanpa berkhatan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”

(Surah an-Nahl: 123)

Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam supaya mengikut ajaran-ajaran agama Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim ‘alaihissalam itu ialah berkhatan. Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam itu sendiri yang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun, sebagaimana riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Berkhatan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ketika Baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut kitab Syarh al-Muhadzdzab ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ialah berkhatan. Berkhatan itu adalah wajib dalam agamanya.

Sementara itu, dalil dari hadis yang menunjukkan wajib berkhatan itu ialah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam mengambil dalil dengan hadis ini, para ulama Syafi‘e mengatakan bahawa jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah diharuskan membuka aurat ketika berkhatan dan tidaklah diharuskan tukang khatan melihat aurat orang yang dikhatan, kerana kedua-duanya itu adalah

haram. Jadi apabila kedua-dua yang diharamkan itu diharuskan bagi tujuan berkhatan, ini menunjukkan bahawa berkhatan itu hukumnya adalah wajib.

Asy-Syirazi, al-Ghazali (kedua-duanya dari ulama mazhab asy-Syafi‘e) dan sebahagian ulama pula berdalil dengan qiyâs. Mereka mengatakan bahawa berkhatan itu ialah dengan memotong anggota yang sejahtera. Jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah boleh memotongnya (memotong selaput kulit zakar) sebagaimana tidak boleh memotong jari, kerana tidak harus memotong anggota yang sejahtera melainkan jika kerana dijatuhkan qishâsh.

Cara Berkhatan Bagi Lelaki

Cara bagaimana berkhatan itu, yang wajib bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu keseluruhannya. Jika dipotong sebahagian sahaja daripada selaput kulit itu, wajib dipotong bakinya sekali lagi.

Cara Berkhatan Bagi Perempuan

Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur Ummu ‘Athiah Radhiallahu ‘anha dengan bersabda:

Maksudnya: “Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian albazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).” (Hadis riwayat ath-Thabrani)

Masa Atau Waktu Berkhatan

Tersebut dalam kitab al-Majmu‘, menurut ulama-ulama Syafi‘eyah masa wajib untuk berkhatan itu ialah selepas baligh dan berakal. Namun begitu adalah sunat dan digalakkan kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak mereka semasa mereka masih kecil lagi kerana ini lebih memberi manfaat kepada mereka, luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna.

Sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, melainkan jika dia lemah, tidak berdaya (tidak tahan) menahan kesakitan berkhatan apabila dijalankan ke atasnya. Maka dalam hal ini hendaklah ditangguhkan berkhatan itu sehingga dia berdaya menanggungnya, dan makruh dikhatankan anak sebelum hari ketujuh dari hari kelahirannya.

Jika tidak dapat dikhatan pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari keempat puluh. Jika terlewat (tidak dikhatankan) juga, sunat dikhatankan pada masa umurnya tujuh tahun. Dalam hal menentukan masa berkhatan ini, anak lelaki dan anak perempuan adalah sama.

Perlulah ditekankan di sini, bahawa hukum berkhatan pada masa-masa yang disebutkan sebelum ini (masa sebelum baligh) adalah sunat dan bukannya wajib. Ini adalah pendapat yang shahîh yang masyhûr yang dipegang oleh jumhur ulama.

Sebagaimana yang dijelaskan terdahulu, bahawa kewajipan berkhatan itu bermula dari sesudah anak itu baligh. Sekiranya dia sudah baligh, maka kewajipan itu berjalan dengan serta merta. Namun begitu jika orang yang sudah baligh itu lemah kejadiannya, di mana jika dia dikhatankan, ditakuti akan mendatangkan kemudaratan kepadanya, maka dalam hal ini tidaklah harus dia dikhatan, bahkan hendaklah ditunggu sehingga keadaannya selamat atau mengizinkan untuk berkhatan.

Kenduri Khatan

Sunat mengadakan walimah (kenduri) bagi pengkhatanan lelaki, kerana ia termasuk dalam salah satu yang sunat diadakan kenduri, seperti kenduri kahwin, selepas melahirkan anak, selesai membina bangunan, orang yang terkena musibah, orang yang balik daripada musafir dan kenduri kerana hafaz dan khatam al-Qur’an.

Menurut al-Adzra‘ie, bahawa hukum sunat mengadakan kenduri pengkhatanan itu adalah bagi pengkhatanan lelaki dan bukan untuk pengkhatanan perempuan, kerana pengkhatanan bagi perempuan itu sunat disembunyikan dan hal yang memalukan jika berterang-terangan. Diihtimalkan juga bahawa hukum sunat mengadakan kenduri bagi pengkhatanan perempuan itu hanyalah khusus bagi sesama perempuan sahaja tanpa ada jemputan lelaki.

Meninggal Dunia Sebelum Berkhatan

Jika seseorang itu meninggal dunia sedang dia belum lagi berkhatan, maka menurut pendapat yang shahih jangan dikhatan si mati tersebut.

Hikmah Dan Kelebihan Berkhatan

Islam menuntut umatnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan. Pada sudut keagamaan, antaranya:

(i)

Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam.

(ii)

Sebagai menyempurnakan tuntutan syara‘ yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.

(iii)

Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.

(iv)

Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya.

Dari sudut kesihatan pula:

(i)

(ii)

Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin.

mencantikkan

bentuknya

dan

Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.

Demikianlah di antara hikmah dan kelebihan yang diperolehi oleh orang-orang yang berkhatan. Dengan ini juga tergambar kepada kita akan keindahan Islam serta rahsia-rahsia di sebalik syariatnya.

http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0503/24/hikmah/lainnya01.htm LAINNYA Pro-Kontra Khitan Perempuan SEBAGIAN masyarakat, terutama mereka yang beragama Islam, juga di beberapa negara, biasanya menyunat/mengkhitan anak perempuannya. Ternyata akhir-akhir ini khitan untuk anak perempuan itu mengalami pro dan kontra diperlukan atau tidak? Malah aktivis perempuan dan medis melihatnya sebagai suatu tindakan yang bisa merusak hak reproduksi perempuan. RUANGAN aula SD Assalam seketika menjadi heboh. Bukan apa-apa, ternyata aktivis Population Council, Lila Amalia, M.Kes., menayangkan gambar alat kemaluan wanita secara jelas, membuat beberapa pria menundukkan kepala tanda risi. "Saya bukan bermaksud macam-macam atau menayangkan gambar porno. Namun, inilah kondisi alat kemaluan perempuan apabila dilakukan khitan sehingga bisa mengurangi kenikmatan dalam berhubungan seksual," katanya dalam Seminar Sehari "Khitan bagi Perempuan", baru-baru ini. Menurut Lila, praktik khitan merupakan tradisi yang sudah dikenal lama dan diakui oleh agama-agama di dunia yaitu Islam, Yahudi, dan sebagian penganut Kristen. "Dalam beberapa tahun terakhir tuntutan penghapusan praktik khitan bagi perempuan makin menguat karena dinilai dapat merusak hak reproduksi kaum perempuan dan merampas kesehatan serta kepuasan seksual," jelasnya. Khitan perempuan dibagi dalam dua kelompok yakni clitoridectomy dengan menghilangkan sebagian atau lebih dari alat kelamin luar yang termasuk di dalamnya menghilangkan sebagian atau seluruh klitoris dan

sebagian bibir kecil vagina (labia minora). "Cara lainnya adalah infibulation dengan menghilangkan seluruh klitoris serta sebagian atau seluruh labia minora lalu labia minora dijahit dan hampir menutupi seluruh vagina. Bagian terbuka disisakan sedikit sebesar batang korek api atau jari kelingking untuk pembuangan darah menstruasi dan saat perempuan menikah dipotong atau dibuka lagi," katanya. Para antropolog mengungkapkan data praktik khitan telah populer di masyarakat Mesir kuno dibuktikan dengan penemuan mumi perempuan pada abad ke-16 SM yang memiliki tanda clitoridectomy (pemotongan yang merusak alat kelamin). "Menurut Hassan Hathout pelaksanaan khitan perempuan telah berlangsung lama sebelum kedatangan Islam terutama di lembah Nil yakni Sudan, Mesir, dan Ethiopia," sambungnya. Dari penelitian Population Council yang didanai USAID untuk meneliti praktik khitan perempuan di Indonesia memperlihatkan, khitan di Indonesia tidak seperti di Sudan yang menghilangkan seluruh klitoris lalu menjahit rapat-rapat vagina. "Dari hasil penelitian di daerah Banten, Gorontalo, Makassar, Padang Sidempuan, maupun daerah lainnya ternyata praktik khitan perempuan amat beragam. Meski tidak seperti praktik di Sudan, namun banyak keluhan yang diterima dari kaum perempuan, mereka kehilangan kepuasan seksual, padahal ajaran Islam menegaskan istri adalah pakaian bagi suami dan sebaliknya," katanya. Dalam pandangan staf Menneg Pemberdayaan Perempuan Dra. Rini Mardjono, persoalan khitan bagi perempuan di Indonesia sudah menjadi bagian pembicaraan dunia sehingga pemerintah tak bisa mengelak. "Sebagai bagian dari dunia, apalagi sudah masuk era globalisasi, Indonesia tidak akan bisa melepaskan diri dari ketentuan WHO tentang masalah khitan bagi perempuan. Namun, sampai saat ini masyarakat tak sepenuhnya taat kepada aturan WHO," ujarnya. Pemerintah Indonesia sendiri mengambil kebijakan WHO (Badan Kesehatan Dunia) untuk tidak membolehkan adanya ketentuan khitan bagi perempuan karena dinilai bertentangan dengan HAM. "Namun, pemerintah juga tidak langsung bisa melarang kaum Muslim sebab dalam kenyataannya ketentuan khitan bagi perempuan tetap berjalan di masyarakat malah diyakini sebagai kewajiban minimal sunah Nabi Muhammad," katanya. Akibat sorotan dunia kepada Indonesia, lanjut Rini, pemerintah Indonesia pernah diminta untuk memaparkan tradisi khitan bagi perempuan yang telah berlangsung lama di masyarakat. "Hal itu terjadi saat kepemimpinan Hj. Khofifah Indar Parawansa. Namun, kami tak bisa memaparkan lebih jauh ke PBB di New York sebab tidak didukung dengan data-data lapangan hingga akhirnya USAID memberikan dana untuk melakukan penelitian," katanya. ** MASIH berlangsungnya khitan bagi perempuan tidak lepas dari perbedaan

pendapat (khilafiyah) dalam memandang dalil-dalil Alquran maupun hadis Nabi Muhammad. "Umumnya ulama merujuk Q.S. An-Nisa: 125 sebagai dalil kewajiban khitan bagi lelaki dan perempuan, namun menurut hemat kami dalil khitan bukan dari ayat tersebut, melainkan dari hadis Nabi Muhammad," kata dosen UIN Sahid Jakarta dan IAIN Sunan Gunung Djati Dr. Ahmad Luthfi Fathullah, M.A. Dalam hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Turmudzi, dll. ditegaskan, "Lima perkara yang merupakan fitrah manusia yaitu khitan, istihdad (mencukur bulu sekitar kemaluan), mencukur bulu ketiak, menggunting kuku, dan memendekkan kumis". "Dalam hadis lain dinyatakan khitan merupakan sunah bagi laki-laki dan kemuliaan bagi perempuan. Namun, hadis ini termasuk hadis da'if atau lemah sebab ada periwayatnya yang diragukan, malah ada yang memasukkan sebagai perkataan Ibn Abbas bukan Nabi," jelasnya. Demikian pula dengan hadis "Dari Ummi Atiyah diceritakan bahwa di Madinah ada seorang perempuan tukang khitan lalu Rasulullah berkata kepada perempuan tersebut 'Jangan berlebihan, sesungguhnya hal itu lebih baik/disukai perempuan dan lebih disenangi lelaki'". Hadis ini juga dimasukkan oleh Abu Dawud sebagai hadis da'if dan mursal karena ada perawi yang tidak dikenal hingga tidak kuat dijadikan dasar hukum," katanya. Akhmad Luthfi juga melakukan kajian terhadap empat imam mazhab, lalu menyimpulkan hukum khitan bagi perempuan adalah mubah hingga bisa menjadi sunah bahkan wajib, namun bisa juga menjadi makruh dan haram. "Dengan kedudukan hukum sebagai mubah atau kehormatan, maka tergantung situasi di dalam pelaksanaannya. Apabila ada sesuatu yang memaksa untuk dikhitan, bisa menjadi sunah atau wajib. Akan tetapi, khitan perempuan bisa makruh, malah haram apabila cara dan alatnya tidak benar," ujarnya. Menurut Akhmad Luthfi, Imam Hanafi dan Imam Maliki menyatakan khitan bagi perempuan adalah sebatas kehormatan, namun bagi Imam Syafii dan Imam Hambali mewajibkannya. "Masalah waktu khitan tidak ada perbedaan antara khitan bagi laki-laki dan perempuan yaitu tujuh hari setelah dilahirkan atau hari 14 sampai hari ke-40," katanya. Namun, bagi Ketua Yayasan Assalam K.H. Drs. Habib Syarief Muhammad Al-Aydarus, khitan bagi lelaki maupun perempuan merupakan sunah Nabi Muhammad, meski tradisinya sudah lama berlangsung sebelum Islam datang. "Ketika Islam datang, pelaksanaan khitan tidak dilarang oleh Nabi, namun menetapkan dan mengikrarkan pelaksanaan khitan sebagai sunah termasuk perempuan," katanya. Secara garis besar pendapat ulama soal khitan bagi lelaki dan perempuan terbagi menjadi tiga kelompok yaitu yang mewajibkan, sunah, dan kehormatan (mubah). "Bagi Yayasan Assalam sendiri setiap tahun mengadakan khitanan massal baik lelaki maupun perempuan. Untuk tahun ini diadakan Minggu (25/5) mendatang dengan ketentuan khitan bagi perempuan dilakukan oleh ahli medis dari kalangan perempuan

sendiri," katanya. Kebijakan pemerintah dengan mengikuti aturan WHO yang melarang khitan bagi perempuan juga mendapat reaksi dari pengurus Yayasan Assalam dan kaum Muslim yang menghadiri seminar. "Khitan bagi perempuan layaknya kaum laki-laki, hingga kalau disebut sebatas kehormatan minimal wanita yang dikhitan adalah terhormat. Sementara itu, kalau masuk kewajiban, itu akan mendapat pahala," kata pengurus "Assalam" K.H. Hasan Mukharrom. Sementara Kabid Sosial Keagamaan Assalam Ustaz Lukman Hakim mengatakan, khitan perempuan mungkin akan mengurangi perilaku negatif dan membendung nafsu seksual yang berlebihan. "Apabila belum dikhitan juga sulit untuk bersuci dari najis," katanya. Akhmad Luthfi juga setuju apabila persetujuan pemerintah Indonesia kepada aturan WHO yang tidak membolehkan khitan bagi perempuan bukan didasari atas ketakutan kepada negara-negara Barat. "Seharusnya pemerintah dan masyarakat Indonesia lebih takut kepada Allah daripada kepada negara luar. Karena terjadi perbedaan pendapat di antara ulama, saya sendiri menghargainya sebab sampai kiamat pun perbedaan pendapat akan terus terjadi. Perbedaan pendapat di kalangan ulama adalah rahmat," katanya. Akibat perbedaan tajam tersebut akhirnya hasil seminar hanya menyimpulkan penelitian lebih lanjut adanya manfaat dan larangan khitan bagi perempuan harus melibatkan tenaga-tenaga medis. Selain itu, praktik-praktik khitan perempuan yang berlangsung di tengah-tengah masyarakat juga tetap diperbolehkan dengan syarat harus melalui caracara yang benar dan memakai alat yang benar dan steril. (Sar/"PR")

http://rumah-ku.blogspot.com/2006/07/hukum-khitan-bagi-anak-perempuan.html

Hukum Khitan Bagi Anak Perempuan

Oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani Pertanyaan: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya: "Apakah khitan (sunat) bagi wanita itu hukumnya wajib ataukah sunnah yang disukai saja?" Jawaban: Telah shahih dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bukan hanya dalam satu hadits, anjuran beliau untuk menyunat wanita. Beliau juga memerintahkan wanita yang menyunat untuk tidak berlebihan dalam menyunat. Tapi dalam masalah ini berbeda antara suatu negeri dengan negeri-negeri lainnya. Kadang-kadang dipotong banyak dan kadang-kadang hanya dipotong sedikit saja (ini biasanya terjadi di negeri-negeri yang berhawa dingin). Jadi sekiranya perlu

dikhitan dan dipotong, lebih baik di potong. Jika tidak, maka tidak usah di potong. [Disalin dari Kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarrah edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Albani, hal 162-163, Pustaka At-Tauhid] Oleh Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta' Pertanyaan: Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta' ditanya: "Apa hukum khitan bagi anak perempuan, apakah termasuk sunnah atau makruh?". Jawaban: Khitan bagi wanita disunnahkan berdasarkan keumuman sabda Nabi Shallalalhu 'alaihi wa sallam bahwa sunnah fitrah itu ada lima, di antaranya khitan. Juga berdasarkan riwayat Khalal dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Artinya : Khitan itu merupakan sunnah bagi para lelaki dan kehormatan bagi para wanita" [Fatawa Lajnah Daimah Lil Ifta' 5/119] Oleh Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta' Pertanyaan: Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta': "Saya mendengar khatib di masjid kami berkata di atas mimbar bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghalalkan khitan bagi para wanita. Kami berkata kepadanya bahwa wanita-wanita di daerah kami tidak dikhitan. Bolehkan seorang wanita tidak melakukan khitan?" Jawaban: Khitan bagi wanita merupakan kehormatan bagi mereka tapi hendaknya tidak berlebihan dalam memotong bagian yang dikhitan, berdasarkan larangan NabiShallallahu 'alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda, artinya: "Sunnah-sunnah fitrah itu ada lima; khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." [Muttafaq Alaih] Hadits ini umum, mencakup lelaki dan perempuan. [Fatawa Lajnah Daimah Lil Ifta' 5/119,120] Oleh Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta' Pertanyaan: Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya: Khitan bagi wanita termasuk sunnah ataukah kebiasaan yang buruk? saya membaca di salah satu majalah bahwa mengkhitan wanita bagaimanapun bentuknya adalah kebiasaan buruk dan membahayakan dari sisi kesehatan, bahkan bisa menyebabkan pada kemandulan. Benarkah hal tersebut?" Jawaban: Mengkhitan anak perempuan hukummnya sunnah, bukan merupakan kebiasaan buruk, dan tidak pula membahayakan jika tidak berlebihan. Namun apabila berlebihan, bisa saja membahayakan baginya. [Fatwa Lanjah Daimah lil Ifta ; 5/120] Oleh Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta' Pertanyaan: Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya: "Apa hukum mengkhitan wanita, dan apahukum berpesta pora dalam perayaan khitan?" Jawaban: Khitan bagi wanita disunnahkan dan merupakan kehormatan bagi mereka. Sedangkan berpesta dalam perayaan khitan, kami tidak mendapatkan dasarnya sama sekali dalam syari'at Islam yang suci ini. Adapun perasaan senang dan gembira karenanya, merupakan hal yang sudah seharusnya, karena khitan merupakan perkara yang disyariatkan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, artinya: "Katakanlah. Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia dan rahmat-Nya itu adalah labih baik dari apa yang mereka kumpulkan." [Yunus : 58] Khitan merupakan keutamaan dan rahmat dari Allah, maka membuat kue-kue pada saat dikhitan dengan tujuan untuk bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala boleh dilakukan. [Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita-3 hal 121-123 Darul Haq]

Related Documents

Hotd Fitrah Dan Potong
October 2019 30
Iris Dan Potong
June 2020 9
Iris Dan Potong
June 2020 14
Hotd Zakat Dan Ramadhan
October 2019 33
Hotd Syariah Dan Riba
October 2019 40
[hotd] Sedekah Dan Beramal
October 2019 28