Hiewyeefunap010096d2006ttp

  • Uploaded by: aziz
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hiewyeefunap010096d2006ttp as PDF for free.

More details

  • Words: 3,691
  • Pages: 29
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HIEW YEE FUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN ELEARNING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2005/2006

HIEW YEE FUN Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4.** Sila tandakan (√ )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : PETI SURAT 448, 89058 KUDAT, SABAH.

PN NOOR AZEAN BINTI ATAN Nama Penyelia

Tarikh :

Tarikh:

CATATAN:

14 APRIL 2006 * ** ♦

14 APRIL 2006

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya/ Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/ kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan

:

Nama Penyelia : Tarikh

:

*Potong yang tidak berkenaan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HIEW YEE FUN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

:

Nama Penulis

:

Hiew Yee Fun

Tarikah:

:

14 APRIL 2006

iii

Untuk ayah, Hiew Tze Vun dan ibu, Wong Yun Yin yang tersayang; Untuk abang, Hiew Chi Tsung, datuk dan nenek yang dikasihi.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargan kepada penyelia saya Puan Noor Azean Bt Atan atas segala jasa baik dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan projek sarjana muda ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau atas segala masa dan tenaga yang telah dicurahkan bagi membantu saya menyemak dan memberi komen-komen yang membina bagi menyiapkan projek sarjana muda ini.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela meluangkan masa untuk menjawab borang soal selidik dengan ikhlas. Mereka telah memberi maklumat yang banyak dan berguna kepada penulis.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada keluarga tersayang atas segala kasih sayang dan sokongan moral yang telah diberikan untuk membantu saya menyiapkan projek sarjana muda ini.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sokongan dan bantuan yang diterima untuk menyiapkan projek sarjana muda ini.

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat menerusi talian internet pada masa kini telah membawa kepada pengaplikasian pembelajaran elektronik. Sejajar dengan itu, aplikasi e-learning dalam bidang pendidikan di Malaysia telah bermula apabila universiti-universiti tempatan menawarkan kursus-kursus diploma dan ijazah melalui pendidikan jarak jauh. Justeru itu, tujuan kajian penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun lima, Fakulti Pendidikan UTM. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar serta kebaikan dan kelemahan penggunaan e-learning berdasarkan persepsi pelajar. Seramai 169 responden daripada pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM yang mengambil subjek pembangunan multimedia telah dipilih untuk tujuan kajian ini. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.8560. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for Social Science) untuk mendapatkan frekuensi , peratusan, min dan sisihan piawai bagi setiap item dalam borang soal selidik. Semua faktor yang dikaji iaitu isi kandungan, inisiatif pensyarah, inisiatif pelajar, kegunaan, kesenangan untuk diguna dan rekabentuk didapati berada pada tahap pengaruh yang tinggi iaitu antara 3.34 hinnga 5.00. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar suka menggunakan e-learning kerana ia membolehkan pelajar untuk memuat turun notanota kuliah dengan cepat dan mudah.

vi

ABSTRACT

Nowadays the technology development and the improvements of the importance of information delivering through internet have brought to the application of electronic learning. By that, the application of e-learning in education field In Malaysia has begun when the local universities provide diploma or degree course through distance learning. Thus this research have done for the purpose to study the factors that influence the using of e-learning among UTM students. Then, the research also aims to identify the problems encounter by student and advantages and disadvantages when using e-learning based on the perceptions of students. For the purpose of this research, 169 UTM firth years students from education faculty that taking multimedia development subject have been selected as the respondents. Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8560. Data have been analyzed by using SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for Social Science) and is presented in forms of frequency, percentage, mean and standard deviation for each item in the questionnaire. All the factors in this research which are content, lecturer initiative, student’s initiative, ease of use, usefulness, and design were found in highest influential level that is between 3.34 to 5.00. The findings of the research signify that most of the students like to use e-learning because it enables students to download the notes easily and faster

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN PENGESAHAN PENYELIA JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SIMBOL

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvii

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Pernyataan Masalah

6

1.4

Objektif Kajian

8

1.5

Persoalan Kajian

9

1.6

Kepentingan

9

viii

BAB II

1.7

Skop dan Batasan Kajian

10

1.8

Definisi Operasi

11

1.8.1 Faktor

11

1.8.2 Penggunaan

11

1.8.3 E-learning

12

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

14

2.2

Konsep E-learning

14

2.3

Kerangka E-learning

16

2.4

Kebaikan E-learning

19

2.5

Perkembangan Penyelidikan

2.6

E-learning UTM

21

Pelaksanaan E-learning UTM

22

2.6.1 Matlamat Pelaksanaan E-learning UTM

23

2.6.2 Kemudahan-kemudahan E-learning UTM

23

2.6.2.1 Kemudahan -kemudahan Utama

23

2.6.2.2 Kemudahan -kemudahan Lain 2.6.3 Kelebihan E-learning UTM

25 26

2.6.4 Keperluan Asas Untuk Mengakses E-learning UTM

26

2.6.5 Cara Menggunakan E-learning

27

2.7

Perisian Sumber Terbuka Moodle

28

2.8

Faktor-faktor Penggunaan E-learning

31

2.8.1 Isi Kandungan

31

2.8.2 Inisiatif Pelajar

32

2.8.3 Inisiatif Pensyarah

33

ix

2.9

2.10

2.11

BAB III

4.1

35

2.8.5 Kesenangan Untuk Diguna

36

2.8.6 Reka bentuk E-learning

37

Jenis-jenis Instrumen Kajian

37

2.9.1 Soal Selidik

38

2.9.2 Temubual

39

Kajian-kajian Berkaitan

39

2.10.1 Kajian Dalam Negeri

39

2.10.2 Kajian Luar Negeri

43

Kesimpulan

45

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

46

3.2

Rekabentuk Kajian

46

3.3

Tempat Kajian

47

3.4

Populasi Kajian

47

3.5

Sampel Kajian

47

3.6

Instrumen Kajian

49

3.7

Prosedur Kajian

52

3.8

Kajian Rintis

52

3.9

Kaedah Pengumpulan Data

53

3.10

Kaedah Penganalisisan Data

54

3.10.1 Kaedah Analisis Kuantitatif

54

3.10.2 Kaedah Analisis Kualitatif

57

Penutup

58

3.11

BAB IV

2.8.4 Kegunaan

ANALISIS HASIL KAJIAN

Pengenalan

59

x 4.2

Persoalan Kajian 1

60

4.2.1 Faktor Isi Kandungan

60

4.2.2 Faktor Inisiatif Pelajar

63

4.2.3 Faktor Inisiatif Pensyarah

66

4.2.4 Faktor Kegunaan

69

4.2.5 Faktor Kesenangan Untuk Diguna

71

4.2.6 Faktor Rekabentuk

74

4.2.7 Min Keseluruhan Faktor-faktor Penggunaan E-learning 4.3

76

Persoalan Kajian 2:

77

4.3.1 Faktor Jantina

77

4.3.2 Faktor Kursus

78

4.3.3 Faktor Subjek Pembangunan Multimedia

79

4.4

Persoalan Kajian 3

80

4.5

Persoalan Kajian 4

82

4.5.1 Kelebihan yang Wujud Dalam Penggunaan E-learning Di Kalangan Pelajar Tahun Lima Fakulti Pendidikan UTM

82

4.5.2 Kelemahan yang Wujud Dalam Penggunaan E-learning Di Kalangan Pelajar Tahun Lima Fakulti Pendidikan UTM

83

4.6

Persoalan Kajian 5

84

4.7

Penutup

85

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

86

5.2

Perbincangan Hasil Kajian

86

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama

87

xi 5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua

90

5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga

91

5.2.4 Pencapaian Objektif Keempat

93

5.2.5 Pencapaian Objektif Kelima

94

5.3

Kesimpulan

95

5.4

Cadangan

96

5.4.1 Cadangan Kepada Universiti Universiti Malaysia

96

5.4.2 Cadangan Kepada PengkajiPengkaji Akan Datang 5.5

RUJUKAN LAMPIRAN

Penutup

98 99

100 108-114

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

2.1

Dimensi kerangka e-learning

3.1

Taburan Sampel Dan Populasi Mengikut Kursus

MUKA SURAT

17

Dan Subjek

48

3.1

Taburan item-item soalan soal selidik

50

3.2

Taburan bentuk soalan mengikut bahagian

51

3.3

Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima Mata

51

3.4

Nilai kebolehpercayaan soal selidik

53

3.5

Pengelasan tahap pengaruh faktor isi kandungan berdasarkan analisis skor min

3.6

Pengelasan tahap pengaruh faktor inisiatif individu berdasarkan analisis skor min

3.7

56

Pengelasan tahap pengaruh faktor rekabentuk berdasarkan analisis skor min

3.11

55

Pengelasan tahap pengaruh faktor kesenangan untuk diguna berdasarkan analisis skor min

3.10

55

Pengelasan tahap pengaruh faktor kegunaan berdasarkan analisis skor min

3.9

55

Pengelasan tahap pengaruh faktor inisiatif pensyarah berdasarkan analisis skor min

3.8

55

56

Pengelasan tahap masalah pelajar berdasarkan analisis skor min

56

3.12

Penentuan perbezaan signifikan

57

4.1

Analisis Mengenai Isi Kandungan Sebagai Faktor Penggunaan E-learning.

61

xiii 4.2

Analisis Mengenai Inisiatif Pelajar Sebagai Faktor Penggunaan E-learning.

4.3

Analisis Mengenai Inisiatif Pensyarah Sebagai Faktor Penggunaan E-learning.

4.4

77

Ujian-t Bagi Membandingkan Min Antara Lelaki Dengan Perempuan

4.9

75

Min keseluruhan bagi Faktor –faktor Penggunaan E-learning

4.8

72

Analisis Mengenai Reka Bentuk Sebagai Faktor Penggunaan E-learning.

4.7

70

Analisis Mengenai Kesenangan Untuk Diguna Sebagai Faktor Penggunaan E-learning

4.6

67

Analisis Mengenai Kegunaan Sebagai Faktor Penggunaan E-learning.

4.5

64

78

Ujian-t Bagi Membandingkan Min Antara Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan denganSarjana Muda Sains Serta Pendidikan

4.10

79

Ujian-t Bagi Membandingkan Min Antara Subjek Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM dengan Web

4.11

80

Analisis Mengenai Masalah-masalah yang Dihadapi Oleh Pelajar

81

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Kerangka e-learning Badrul Khan

18

2.2

Ciri-ciri yang terdapat pada portal E-Pembelajaran

30

UTM

xv

SENARAI SIMBOL

AIMS

-

Academic Information Management System

CAI

-

Computer-Aided Instruction,

CD-ROM

-

Compact disc-read only memory

CICT

-

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

CMS

-

Course Management System

HTML

-

Hypertext Markup Language

ICT

-

Teknologi maklumat dan komunikasi

ITHO

-

Institut Teknologi Tun Hussein Onn

FKA

-

Fakulti Kejuruteraan Awam

LAN

-

Rangkaian komputer setempat

LMS

-

Learning Management Systems

OSS

-

Open source software,

PPPJJ

-

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

PSZ

-

Perpustakaan Sultanah Zanariah

SPI

-

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Islam)

SPK

-

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPL

-

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

SPN

-

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPP

-

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPS

-

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS

-

Statistical Package for Social Science

SPT

-

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

TAM

-

Technology Acceptance Model

UNITAR

-

UniversitiTun Abdul Razak

UNITEM

-

Universiti Terbuka Malaysia

UPSI

-

Universiti Pendidikan Sultan Idris

xvi USM

-

Universiti Sains Malaysia

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

VLE

-

Virtual Learning Environments

WAN

-

Rangkaian komputer meluas

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang soal selidik

108

B

Jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan

114

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sejak dilahirkan, manusia mula mengalami proses pembelajaran yang berterusan. Setiap hari, kita belajar secara tidak formal melalui aktiviti kehidupan harian dan persekitaran. Apabila sudah cukup umur, kita menerima pendidikan formal di sekolah dan institusi untuk mencapai matlamat kurikulum tertentu. Merujuk kepada Ellington, Henry (1999), pembelajaran ialah perubahan kekal secara relatif dalam tingkah laku manusia hasil daripada latihan atau pengalaman. Manusia belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang supaya dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan harian.

Sekiranya kita meninjau kaedah pembelajaran yang ada di seluruh dunia pada hari ini, kita mendapati bahawa konsep pembelajaran sudah berubah. Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran. Menurut Mosher, (2005), e-learning telah mengubah lanskap pembelajaran dari pengajaran di bilik darjah kepada pembelajaran di depan desktop. Oleh itu, pembelajaran menjadi hal yang peribadi dan strategi penilaian yang efektif menjadi semakin penting.

2 Berbeza dengan pembelajaran atas talian(online learning), e-learning merupakan pembelajaran yang berasaskan teknologi (technology-based learning). Merujuk kepada Washington State Department of Personnel, Training and Development Service (2001), e-learning ialah penghantaran kandungan menerusi semua media elektronik, termasuk Internet, intranets, penyiaran satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM (Compact Disc-Read Only Memory). Oleh itu, pelajar boleh mengalami proses pembelajaran menggunakan CD-ROM atau melayari Internet tanpa kekangan masa, tempat dan ruang.

Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menghadapi masalah untuk memberikan latihan yang konsistensi kepada tentera yang bertaburan di seluruh dunia. Sebagai penyelesaian filem telah digunakan untuk melatih tentera. Oleh itu, filem latihan tentera merupakan teknologi pembelajaran yang pertama dan dikuti oleh televisyen, latihan berasaskan komputer (computer-based training) dan teknologi lain. Namun, teknologi-teknologi tersebut tidak mendatangkan kesan yang nyata terhadap pembelajaran. (Rosenberg, M. J., 2001)

Pengenalan Internet pada tahun 1980an telah membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan. Ini kerana Internet adalah satu institusi pendidikan tersendiri yang penuh dengan maklumat dan sumber. Dengan Internet, pengguna boleh melakukan pembelajaran kendiri untuk mencapai pelbagai jenis maklumat dan sumber rujukan yang dikehendaki. Perkembangan Internet telah membawa kepada e-learning menerusi Internet yang berpotensi membawa perubahan dan kesan yang ketara dalam bidang pendidikan.

E-learning sememangnya merupakan suatu strategi baru dalam bidang pendidikan yang berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional yang diamalkan. E-learning membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih tempat, masa, kandungan dan hala tuju pembelajaran mengikut kehendak sendiri. Selain itu, e-learning juga dianggap dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kerana komunikasi boleh dijalankan sama ada secara asynchronous ataupun synchronous. (Jamaludin

3 Mohaidin, 2000; Rosenberg, M. J., 2001; Mosher, 2005; Broadbent, Brooke., 2002; Shea-Schultz dan Fogarty, 2002)

Satu kajian besar tentang keberkesanan pembelajaran atas talian (online learning) telah menunjukkan bahawa pembelajaran menerusi Internet adalah sesuai untuk pendidikan tahap pengajian tinggi. Berbanding dengan kelas tradisional, kursus yang dilaksanakan atas talian mencatatkan tahap kepuasan pelajar yang lebih tinggi, pencapaian pelajar yang sama atau lebih tinggi, tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi dan perbincangan di antara pelajar dengan pengajar adalah lebih kerap. (Kearsley, Greg., et al, 1995)

Di Malaysia, aplikasi e-learning dalam bidang pendidikan telah bermula apabila universiti-universiti tempatan menawarkan kursus-kursus diploma dan ijazah melalui pendidikan jarak jauh. Sebenarnya sistem pendidikan jarak jauh yang dilakukan secara jarak jauh membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa kekangan masa, tempat dan ruang pembelajaran melalui penggunaan pelbagai media elektronik. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan universiti tempatan pertama yang memulakan konsep pendidikan jarak jauh pada tahun 1971. Pada tahun 1998, telah muncul sebuah universiti maya yang pertama di Malaysia iaitu Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR). UNITAR telah menawarkan program e-learning yang membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara atas talian (online).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah universiti yang bervisi untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia melalui kreativiti sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dapat dibuktikan melalui pelancaran UTM sebagai sebuah Kampus Siber pada 16 Jun 1997. Salah satu aplikasi pembangunan projek kampus siber UTM ialah pelaksanaan program elearning. Program e-learning telah dikembangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan perisian WebCT pada semester II sesi 2001/2002 dan kemudian

4 bertukar menggunakan perisian sumber terbuka (open source) Moodle sebagai platform e-learning yang baru.

Dengan itu, dalam lembaran seterusnya, satu kajian akan dijalankan mengenai faktor-faktor penggunaan e-learning di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan UTM yang akan dibincangkan dengan terperinci. Adalah diharapkan kajian ini akan memberikan sumbangan kepada penggunaan e-learning di UTM dan seterusnya membantu merealisasikan Wawasan 2020 dan mencapai taraf negara maju.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pertumbuhan maklumat secara eksponen menjadikan keperluan untuk belajar semakin penting. Namun, kaedah pembelajaran tradisional adalah tidak menginzinkan kita untuk belajar pada kadar kelajuan yang sepatutunya.

Di Malaysia, bermula dari sebuah universiti pada tahun 1957 telah mencapai 37 buah universiti awam dan swasta pada hari ini. Matlamat Malaysia ialah terdapat 40 peratus pelajar lepasan sekolah yang melanjutkan pelajaran mereka ke pendidikan pengajian tinggi pada tahun 2020. (David, et al,. 2004) Dengan itu, bilangan universiti yang lebih banyak adalah diperlukan utuk menampung pertumbuhan populasi pelajar. Walau bagaimanapun, penubuhan sesebuah universiti memerlukan kos pembinaan dan pemeliharaan yang tinggi dan di samping itu adalah sukar bagi kerajaan untuk memberikan penajaan yang sepenuhnya kepada semua univeristi.

Di samping itu, pertambahan bilangan pelajar telah mengakibatkan pengajaran tradisional kelihatan kurang dapat dilaksanakan secara berkesan lagi.

5 Hal ini demikian kerana pengajaran secara kuliah akan menjadi sesi penyampaian maklumat semata-mata kerana bilangan pelajar yang ramai. Selain itu, interaksi pelajar dengan pensyarah secara individu turut menjadi mustahil. Kaedah pengajaran yang pelbagai selain bentuk kuliah seperti perbincangan kumpulan, pembentangan kertas penyelidikan di seminar pendidikan, percambahan fikiran dan lain-lain adalah susah untuk dilaksanakan. Bilik kuliah yang besar untuk menampung bilangan pelajar yang ramai juga akan menyebabkan penggunaan alatan media menjadi kurang berkesan dan seterusya mengurangkan motivasi pembelajaran. Malah kesesakan dewan kuliah turut menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak lagi kondusif. (Jamaludin, 2000)

Justeru itu, pembelajaran melalui e-learning merupakan satu alternatif yang sesuai untuk menangani fenomena tersebut. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Ahmad, et al.,(2000) mahasiswa Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITHO) menerima penggunaan kaedah laman Web Nicenet dalam perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran sebagai satu alternatif untuk mereka mudah berinteraksi dengan pensyarah berbanding dengan kaedah lazim yang menurut mereka menimbulkan masalah. Selain itu, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Koharuddin et al.,(2004) telah menunjukkan bahawa para pelajar UTM sedar bahawa dengan menggunakan e-learning, mereka dapat memperolehi banyak nota dan bahan pembelajaran tambahan. Menurutnya lagi, pelajar UTM bersetujui elearning dapat membantu dalam pencapaian akademik mereka.

Merujuk kepada pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Bahagia Prof. Dr. Hassan Said (2002), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan e-learning di institusi pengajian tinggi sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk linear telah digantikan dengan bentuk putaran dimana pelajar boleh bermula dengan belajar, bekerja dan kemudian balik untuk belajar lagi. Buat masa ini, Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) dan

6 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) merupakan dua buah universiti pembekal utama dalam pendidikan maya.

Pengerusi Persatuan Kolej Swasta Malaysia, Dato’ Dr. Yahya Ibarahim (2000) juga telah mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah berubah daripada pendidikan konventional kepada pembelajaran elektronik atau e-learning yang merupakan fokus konsep Sekolah Bestari negara kita. Selain itu, Prof Roy Leitch (2000) telah mengatakan bahawa peratus keberkesanan penyampaian pengetahuan daripada guru kepada pelajar hanyalah 30 peratus sahaja. Walau bagaimanapun, beliau mempercayai bahawa pengajaran yang berkesan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan media elektronik.

Dengan yang demikian, penggunan e-learning sebagai suatu penambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah harus dipertingkatkan di institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Namun pelaksanaan e-learning harus dikaji dengan teliti sama ada ia sesuai dilaksanakan di sesebuah institusi. Selain itu, aspek keberkesanan dan faktor-faktor penggunaan e-learning juga harus dikenalpasti supaya pelaksaaan e-learning mendatangkan kesan kebaikan daripada keburukan.

1.3

Penyataan masalah

Selari dengan matlamat Projek e-learning, UTM menekankan bahawa maklumat mata pelajaran, nota kuliah, kuiz, tugasan dan perbincangan hendaklah boleh diakses oleh para pelajar melalui rangkaian komputer sendiri. Dengan itu, fakulti pendidikan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui e-learning sebagaimana yang disarankan oleh pihak UTM.

7 Melalui sistem e-learning, setiap pelajar Fakulti Pendidikan yang berdaftar berpeluang untuk mengakses maklumat mata palajaran masing-masing pada bilabila masa dan di mana juga. Pelaksanaan e-learning telah menyediakan banyak manfaat kepada pelajar. Antaranya ialah menyediakan kemudahan untuk menyokong proses pembelajaran yang lebih fleksibel, meningkatkan kefahaman dan minat pelajar, menyediakan kemudahan untuk belajar mengikut kemampuan, mendedahkan kepada pelajar konsep pendidikan tanpa batas, dan menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif.

Sejak pelaksanaan e-learning, pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan (FP) terutamanya pensyarah di bawah Jabatan Multimedia Pendidikan telah bertungkuslumus untuk memanfaatkan penggunaan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati pensyarah selalu mengemaskimi kandungan dan maklumat mata pelajaran di laman web e-learning UTM. Pelajar-pelajar telah digalakkan oleh pensyarah untuk menggunakan e-learning bagi menghantar tugasan dan mengambil kuiz atas talian (online quiz).

Menurut Prof. Dr. Jamalludin Harun (2004) , tahap penggunaan e-learning di kalangan pelajar FP adalah tertinggi di antara fakulti-fakulti UTM pada semester II sesi 2004/2005. Menurut beliau lagi, pernah satu ketika hits ke pelayan (server) elearning UTM oleh pelajar yang mengambil matapelajaran pendidikan mencapai jumlah melebihi 1500 dalam satu jam.

Dalam konteks kajian ini, masalah yang diketengahkan oleh pengkaji adalah: 1.

Penggunaan e-learning merupakan sesuatau yang agak baru di kalangan pelajar fakulti pendidikan. Oleh itu, ia masih perlu dikaji dengan terperinci untuk mengembangkan pelaksanaan e-learning di UTM

2.

Kebanyakan kajian yang dijalankan terhadap e-learning di Malaysia atau luar negara adalah berkaitan dengan penerimaan e-learning.

8 Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor penggunaan e-learning. 3.

Program e-learning UTM yang dilaksanakan dengan menggunakan perisian sumber terbuka Moodle hanya bermula semenjak semester II sesi 2004/05. Oleh itu, adalah perlu untuk menjalankan kajian untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna supaya kelemahan yang wujud dapat dibaiki.

1.4

Objektif Kajian

1.

Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM menggunakan e-learning UTM dari enam aspek utama iaitu isi kandungan, inisiatif individu, inisiatif pensyarah, kegunaan (usefullness) , kesenangan untuk diguna (ease of use), dan reka bentuk e-learning.

2.

Mengenal pasti perbezaan signifikan bagi faktor demografi seperti jantina, kursus dan subjek pembangunan multimedia terhadap penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM.

3.

Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-learning

4.

Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM

5.

Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan e-learning UTM.

9 1.5

Persoalan Kajian

1.

Apakah faktor-faktor penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM?

2.

Adakah faktor demografi yang terpilih seperti jantina, kursus dan subjek pembangunan multimedia mempunyai perbezaan signifikan terhadap penggunaan e-learning pelajar?

3.

Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-learning?

4.

Apakah kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan elearning UTM?

5.

Apakah cadangan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan elearning UTM ?

Related Documents


More Documents from "aziz"