Hidup Sihat Dan Ceria Bersama Ridwan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hidup Sihat Dan Ceria Bersama Ridwan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,278
  • Pages: 20
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN

M/S

BAB 1 Saya dan Keluarga

1

BAB 2 Kebersihan Diri Saya

3

BAB 3 Nutrisi Harian Saya

7

BAB 4 Mari Bersenam

9

BAB 5 Masa Untuk Berehat

12

BAB 6 Kesihatan Saya

14

BAB 7 Akhlak Yang Terpuji

16

Penghargaan

18

Rujukan Lampiran

BAB 1 : Saya dan Keluarga

H

ai kawan – kawan. Nama saya Ridwan bin Bidin.

Saya berumur sepuluh tahun. Saya tinggal di Taman Bukit Mentakab. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab. Setiap hari saya berjalan kaki ke sekolah bersama – sama rakan saya Imran bin Haris. Kami belajar di dalam kelas yang sama iaitu kelas 4 Intelek.

1

BAB 1 : Saya dan Keluarga

Kawan – kawan, Ini ialah ahli keluarga saya. Marilah berkenalan dengan ahli keluarga saya.

Ini ialah ayah saya. Ayah saya bernama Bidin bin Sofian. Dia seorang Pegawai Penguat Kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan. Dia suka membaca surat khabar di masa lapang. Dia tidak suka sesiapa mengganggu ketika dia membaca.

Ini pula ibu saya. Ibu saya bernama Nazariah bt Rahman. Dia seorang suri rumah. Dia sentiasa sibuk di dapur. Ibu sangat suka memasak dan masakan ibu memang sedap. Setiap hari Ahad, ibu akan memasak makanan kegemaran setiap ahli keluarga. Makanan kegemaran saya ialah Ikan Bakar.

Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Kakak saya bernama Nadira. Dia berumur tiga belas tahun. Manakala adik saya bernama Nazira dan berumur tujuh tahun. Kakak selalu membacakan cerita untuk kami berdua. Saya sangat sayang semua ahli keluarga saya.

2

BAB 2 : Kebersihan Diri Saya

Kawan – kawan, adakah anda menitikberatkan kebersihan diri? Kita sering berpeluh selepas pulang dari sekolah dan selepas melakukan aktiviti seperti senaman dan riadah. Oleh itu, kita perlu mandi sekurang – kurangnya dua atau tiga kali sehari untuk memastikan badan kita berada dalam keadaan bersih. Pastikan anda menggunakan sabun dan span yang sesuai untuk menyental segala kekotoran yang terdapat di badan kita. Saya sentiasa memberi perhatian kepada kawasan yang sering berpeluh dan berdaki iaitu belakang telinga, sekitar leher, bawah ketiak, celah peha dan buku lali. Menjaga kebersihan diri adalah satu amalan yang mesti diberi keutamaan dalam hidup kita. Untuk memastikan badan saya bebas daripada sebarang kekotoran, bukanlah setakat mandi dua kali sehari. Sebaliknya saya prihatin tentang kebersihan tubuh badan saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Badan yang bersih bukan sahaja terhindar daripada sebarang penyakit, malah kita akan sentiasa ceria.

3

BAB 2 : Kebersihan Diri Saya

Untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat, saya rajin membersihkannya setiap hari. Kepala kita akan bebas daripada segala masalah seperti kelemumur, rambut bercabang dan berminyak. Saya memakai syampu yang khas untuk menghilangkan kelemumur dan rambut bercabang. Saya juga rajin menyikat rambut saya. Pemilihan sikat juga penting untuk menjamin rambut kekal sihat dan kemas. Saya menggosok gigi 3 kali sehari iaitu waktu pagi, selepas makan tengah hari dan sebelum masuk tidur. Kita perlu menggosok gigi dengan cara yang betul agar segala sisa makanan dapat dikeluarkan. Saya juga memilih ubat gigi yang sesuai untuk gigi dan gusi saya. Selain dari itu, saya juga sangat mementingkan kebersihan kuku saya. . Kuman suka membiak di bawah lapisan kuku yang panjang. Jadi, saya akan memotong kuku seminggu sekali Saya juga akan pastikan tangan saya sentiasa bersih. Kebersihan tangan amat penting kerana kita sering menyentuh bahagian anggota lain seperti mata, muka dan sebagainya.

4

BAB 2 : Kebersihan Diri Saya

Masalah kuku terutama kuku kaki jika dibiarkan akan menyebabkan rasa sakit dan berbau busuk. Oleh itu, saya sentiasa lap kaki saya sehingga kering selepas mandi. Begitu juga apabila saya hendak menyarungkan stokin atau memakai kasut agar kaki saya tidak gatal – gatal, berbau busuk dan rasa sakit. Bagaimana? Mudah saja caranya kawan – kawan. Setiap kali mandi, saya akan pastikan kaki saya diberus khasnya buku lali dan celah – celah jari kaki dengan menggunakan berus yang sesuai. Saya menggunakan sabun Deltol kerana ia boleh membunuh bakteria di kaki saya.

Kawan – kawan tahu tak.... Sebagai seorang anak yang baik dan bertanggungjawab, kita hendaklah menjaga harta peribadi dengan baik dan selamat. Saya selalu memastikan bilik tidur saya sentiasa bersih dan tersusun rapi. Begitu juga buku – buku di atas meja belajar. Saya sentiasa memastikannya teratur dan kemas. Ini kerana saya akan dapat belajar dengan selesa sekiranya persekitaran saya bersih dan nyaman.

5

BAB 2 : Kebersihan Diri Saya

Selain dari itu, saya selalu membantu ibu dan ayah menyapu lantai, membersihkan halaman rumah dan membuat kerja – kerja rumah yang lain. Kita juga perlu tahu melipat dan menyusun pakaian sendiri dan meyusun kasut – kasut setempat agar kita tahu di mana untuk mencarinya apabila hendak menggunakannya.

6

BAB 3 : Nutrisi Harian Saya

Tahukah kawan – kawan, mengapa kita memerlukan makanan? Ya, kita mesti makan kalau kita mahu cepat besar, kuat dan sihat. Namun begitu, kita tidak boleh makan sebarang makanan. Kita perlu makan makanan yang baik untuk badan kita. Sebelum makan, kita mesti membersihkan badan terlebih dahulu. Badan yang kotor sangat digemari kuman. Kuman boleh menyebabkan kita sakit. Saya sentiasa menjaga pemakanan saya. Pemakanan penting untuk kesihatan tubuh badan saya. Setiap pagi, saya akan bersarapan bersama ahli keluarga saya. Sarapan penting kerana itulah permulaan sumber tenaga saya. Saya suka makan bijirin setiap pagi. Ibu saya cakap, dengan memasukkan bijiran ke dalam diet kita setiap hari, kita akan dapat mengurangkan risiko mendapat serangan jantung dan kanser. Pulang dari sekolah, saya akan makan tengahari bersama keluarga. Ibu akan memasak makanan yang sihat untuk kami sekeluarga. Ibu akan mengurangkan lemak, garam dan gula dalam makanan. Saya sangat suka masakan ibu saya. Saya suka makan sayur – sayuran dan buah – buahan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal.

7

BAB 3 : Nutrisi Harian Saya

Setiap hari, saya akan minum petang dahulu sebelum beriadah. Saya tidak makan sehingga kenyang kerana ia akan mengganggu aktiviti riadah saya. Cukuplah sekadar mengalas perut dengan dua biji kuih atau buah. Sebelum jam lapan malam, saya sekeluarga akan makan malam bersama. Walau bagaimanapun, saya hanya akan mengambil separuh dari hidangan makan tengahari. Ini kerana, perut kita memerlukan masa untuk memproses makanan. Antara amalan yang paling saya gemari ialah sebelum tidur. Saya akan mengambil segelas susu panas. Saya suka minum susu sebelum tidur kerana ia membantu saya tidur dengan lebih nyenyak. Susu juga mengandungi kalsium yang boleh membantu tulang dan gigi saya.

8

BAB 4 : Mari Bersenam

Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilkukan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan. Ia patut menjadi sebahagian daripada amalan harian kita. Kenapa saya suka bersenam? Saya suka bersenam kerana senaman mampu menjadikan saya lebih cergas dan bertenaga. Senaman juga dapat mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh stress. Selain itu, saya rasa gembira melakukan aktiviti senaman bersama – sama keluarga atau rakan – rakan saya. Ia mengeratkan hubungan saya dengan mereka ketika meluangkan masa bersama. Senaman juga boleh membuatkan saya tidur dengan nyenyak.

9

BAB 4 : Mari Bersenam

Bagaimana saya melakukan senaman? Mudah sahaja. Mula – mula ayah membawa saya berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kesihatan saya. Ini penting untuk memastikan tahap kesihatan saya sesuai atau tidak untuk melakukan senaman.

Sebelum bersenam, saya dan kawan – kawan akan melakukan aktiviti regangan sekurang – kurangnya lima minit sebelum dan selepas sesi senaman. Saya juga bermain di kawasan yang bersih dan lapang

seperti di padang.

Permainan yang paling saya gemari ialah hoki dan bola sepak. Setiap hari, saya akan keluar bermain bersama kawan – kawan pada jam 5.30 petang. Saya akan pulang ke rumah sebelum jam 7.00 malam.

Berbasikal juga merupakan satu senaman. Saya sangat suka berbasikal. Saya akan memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai untuk keselesaan saya semasa berbasikal.

10

BAB 4 : Mari Bersenam

Ketika hujung minggu seperti hari ahad, ayah akan membawa kami sekeluarga berenang dan berkelah di tepi pantai. Berenang juga merupakan senaman yang sihat. Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat. Oleh itu, lakukanlah senaman secara betul dan teratur. Jangan bersenam jika kita tidak sihat. Senaman hendaklah bersungguh – sungguh tetapi tidak memudaratkan. Kita perlu bijak memilih senaman yang dapat memberi keseronokan. Jadilah seperti saya kerana senaman merupakan sebahagian daripada amalan hidup saya kerana saya sangat suka bersenam.

11

BAB 5 : Masa Untuk Berehat

Kawan – kawan, kita memerlukan rehat di dalam setiap perkara. Setiap orang memerlukan rehat yang cukup terutama kanak – kanak. Setelah pulang dari sekolah, saya akan mencuri sedikit masa untuk merehatkan badan dan minda. Setiap hari, selepas solat zohor, saya akan tidur seketika dalam lima belas ke tiga puluh minit. Apabila saya tidur, ia mengurangkan keletihan serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Selepas itu, saya akan membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik. Aktiviti ini sangat membantu mengurangkan ketegangan dalam diri saya. Setelah penat seharian di sekolah, semua aktiviti ini penting untuk mengembalikan tenaga saya. Namun, kadang – kala saya akan terlelap akibat terlalu letih. Jangan ikut sikap ini ya kawan – kawan. Kita patut mengemas barang – barang kita terlebih dahulu.

12

BAB 5 : Masa Untuk Berehat

Rehat bukan sekadar tidur. Membaca juga merupakan aktiviti rehat yang baik. Seharusnya waktu rehat perlu di isi dengan aktiviti yang berfaedah. Memancing, bermain karom, jalan – jalan serta aktiviti – aktiviti dalamam juga merupakan sejenis rehat yang aktif. Kita juga boleh menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya. Namun semua aktiviti ini perlu mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu. Kita tidak boleh berehat sepanjang masa. Seterusnya, pada waktu malam. Untuk pelajar – pelajar seperti kita, masa tidur seharusnya lebih kurang lapan jam. Saya akan tidur pada jam 10.30 malam setiap hari persekolahan dan 11.00 malam pada hujung minggu. Setiap pagi saya akan bangun pada jam 6.15 pagi untuk memulakan hari seperti biasa iaitu senaman ringan, solat, gosok gigi, mandi, bersarapan dan ke sekolah. Ingat kawan – kawan, kita perlu rehat yang secukupnya untuk hidup secara sihat.

13

BAB 6 : Pemeriksaan Kesihatan

Tahukah kawan – kawan, kita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan? Setiap enam bulan, ayah akan membawa saya berjumpa dengan doktor gigi. Ini untuk memeriksa tahap kesihatan gigi saya. Di sekolah juga terdapat pemeriksaan gigi secara berkala. Setiap bulan, doktor gigi akan datang ke sekolah saya untuk memeriksa gigi semua pelajar. Gigi beberapa orang pelajar akan ditampal kerana berlubang. Ada juga yang gigi mereka dicabut kerana mengalami kerosakan gigi. Doktor gigi memuji gigi saya bersih dan cantik. Ini kerana saya rajin menggosok gigi saya dan saya tidak gemar makanan yang manis.

Dulu, saya sangat takut untuk berjumpa dengan doktor. Namun ayah selalu memujuk saya. Kini, apabila saya tidak sihat, saya akan meminta ayah membawa saya berjumpa Doktor Zafri. Kawan – kawan, kita tidak perlu takut untuk berjumpa doktor. Doktor sangat baik dan memahami perasaan kanak – kanak seperti Doktor Zafri. Dia juga pandai memujuk kanak – kanak yang berada dalam kesakitan.

14

Dia akan memeriksa seluruh badan saya

BAB 6 : Pemeriksaan Kesihatan

dan akan memberikan saya ubat. Saya sangat rajin makan ubat. Kita perlu ikut arahan doktor kalau kita nak cepat sembuh.

Saya masih ingat ketika darjah satu. Saya pernah menerima suntikan di pinggul. Itu juga merupakan salah satu keperluan semasa kita berumur tujuh tahun. Apabila kita berumur 12 tahun pula, kita akan mendapat suntikan BCG. Sebagai seorang lelaki, saya sangat berani. Saya tidak takut menerima suntikan. Saya juga tidak takut berjuma dengan doktor. Oleh itu kawan – kawan, berjumpalah dengan doktor anda agar badan kita sentiasa sihat dan kuat.

15

BAB 7 : Akhlak Yang Terpuji

Kawan – kawan, masa amatlah berharga. Saya suka melakukan sesuatu tepat pada masanya. Saya ingin berkongsi beberapa perkara dengan semua. Pertama sekali saya, tidak suka lewat ke sekolah. Saya selalu hadir 30 minit sebelum kelas bermula. Saya rajin menuntut ilmu dan sentiasa mengulang kaji pelajaran saya. Saya sangat menghormati guru yang telah memberi ilmu kepada saya. Saya juga hormat pada orang tua dan jiran – jiran saya. Saya dan keluarga akan pergi menziarahi mereka. Saya sentiasa memberi salam bila bertemu semua orang.

Saya selesa berkongsi barang dengan rakan – rakan. Sekiranya saya terjumpa barang – barang mereka, saya akan memulangkannya semula.

16

BAB 7 : Akhlak Yang Terpuji

Saya ingin menjadi insan yang berakhlak mulia. Oleh itu, saya sentiasa akan membantu orang yang memerlukan. Saya suka menolong orang tua, orang buta dan kanak – kanak melintas jalan. Saya selalu terlibat dalam aktiviti bergotong – royong dengan jiran – jiran tetangga. Saya juga menyayangi binatang – binatang yang jinak.

Ibu juga mengajar saya menabung untuk menjamin masa hadapan. Ibu selalu berkata ”setiap perbuatan yang baik akan menjadi ibadah kalau kita berniat kerana Allah S.W.T.”

Akhir sekali, ingatlah bahawa, menjaga kebersihan diri adalah perkara yang penting dalam kehidupan kita. Ini kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Namun kita juga perlu bersih dalam semua aspek lain iaitu bersih dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Marilah kawan – kawan kita hidup secara sihat. Amalkan cara hidup sihat seperti saya jika ingin bahagia selalu. Selamat tinggal kawan – kawan dan jumpa lagi..........

17

Sekalung penghargaan kepada ahli keluarga terdekat yang tidak pernah jemu memberi semangat. Buat kawan – kawan yang prihatin, turut memberi idea serta komen – komen yang membina. Tidak lupa kepada Mr. Burn dan Puan Noreha bt Sarkawi selaku pensyarah, yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar. Akhir sekali, kepada orang perseorangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Sekian, terima kasih.

18

RUJUKAN

Ayop bin Jaafar. (2002). Kesihatan Saya. Batu Caves, Selangor: Pustaka Ilmi. Monica Lim. (2007). The Lion's Trick. Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Idea Kreatif. Noor Aishah Rosli. (2005). Nutrisi Seharian. Ipoh, Perak: Produksi Nur-Johan Sdn. Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Peringkat Tumbesaran Manusia. Ipoh, Perak: Produksi Nur-Johan Sdn. Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Senaman dan Kebersihan Diri. Ipoh, Perak: Produksi Nur-Johan Sdn. Bhd. Rahimah Abdul Kadir. (1992). Badan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka. Zarina Law Abdullah dan Abdul Latif bin Ahmad. (2006). Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. http://bygosh.com/ http://kidbibs.com/learningtips/It20.htm http://kidshealth.org/kid/ http://www.bukabuku.com/authorscorner/detail/835/renny-yaniar.html http://www.magickeys.com/books/ http://www.universitipts.com/index.php/site/comments/tip_menulis_buku_cerita_untuk_kanak-kanak http://www.writersdigest.com/articles/Five_Tips_For_Writing_Childrens_Literature/

Related Documents