Hedonisma

  • Uploaded by: TENG BOON LEONG
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hedonisma as PDF for free.

More details

  • Words: 385
  • Pages: 11
Budaya hedonisme merupakan cabaran kepada pembentukan budaya ilmu dalam kalangan remaja masa kini. Bincangkan keburukannya jika golongan remaja terpengaruh dengan budaya tersebut dan kebaikannya jika memantapkan budaya membaca.

Pengenalan: Golongan

remaja mempunyai tanggungjawab besar sebagai pemimpin masa depan. Mereka perlu menghindarkan diri daripada pengaruh negatif, khususnya terpengaruh dengan budaya hedonisme, iaitu budaya yang mengagung-agungkan hiburan secara melampau, sebaliknya perlu mempunyai budaya membaca.

Isi-isi Penting: A. Keburukan Pengaruh Hiburan:

- Masalah Sosial: a) golongan remaja tidak berminat terhadap pelajaran; b) enggan belajar bersungguh-sungguh; c) menganggap hiburan lebih menyeronokkan dan mendapat pulangan yang lebih baik.

- Tidak mementingkan ilmu pengetahuan: a) remaja kurang minat belajar. b) sering dilalaikan oleh pengaruh hiburan. - Wujud generasi yang tiada wawasan: a) wujud generasi belia yang kurang berkualiti. b) generasi yang terlalu mementingkan hiburan, tidak mempunyai kekuatan pegangan jati diri atau kurang semangat patriotisme.

- Pengaruh terhadap budaya:

a) golongan remaja akan terpengaruh dengan budaya penyanyi luar negara seperti rock, skin head, punk dan corak pergaulan yang bebas. b) remaja tempatan akan terkejut dengan budaya kehidupan luar. - Terjebak dengan jenayah: a) remaja yang tiada panduan ilmu boleh melakukan masalah jenayah. b) untuk mendapatkan kebebasan dan hiburan, remaja akan melakukan tindakan seperti berpeleseran, terlibat dengan penagihan dadah, dan kegiatan vandalisme.

B. Kebaikan Jika Mengamalkan Budaya Membaca - Meningkatkan kematangan berfikir:

a) dapat berfikir secara matang ke arah kebaikan. b) dapat berfikir sesuatu perkara dari segi kesan baik dan buruk.

- Meningkatkan martabat diri atau negara: a)Seseorang

yang banyak membaca akan mencapai banyak kejayaan dalam hidup. b)Dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. c)Pasti tidak terjebak ke dalam kancah sosial dan jenayah.

- Meningkatkan budaya membaca: a)Akan

menjadi suatu budaya dalam masyarakat. b)Kejayaan yang dicapai oleh remaja akan dicontohi oleh remaja lain. c) persaingan dalam kalangan remaja melalui pembacaan akan menjadi budaya yang baik.

- Memajukan negara: a)Akan

menggalakkan

industri

penerbitan

buku. b)Remaja akan menyumbangkan kebijaksanaan kepada pembangunan negara. c)Remaja akan mampu mencipta sesuatu melalui pembacaan mereka. d)Contoh: remaja sekolah atau penuntut universiti mampu mencipta sesuatu kajian, melalui bacaan yang luas.

Kesimpulan Semua

pihak perlu berusaha membendung gajala hiburan yang keterlaluan dan berusaha memantapkan budaya membaca dalam kalangan remaja.

Format jawapan: 2 + 2

Pesanan Anda tidak perlu menghantar tugasan ini. Inisiatif anda untuk membuat tugasan ini amat membantu dalam persiapan menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti.

Sekian, selamat belajar. Cikgu Teng 29/10/2009

Related Documents

Hedonisma
June 2020 12

More Documents from "TENG BOON LEONG"