FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI/ TAHUN 2017
HDPS2203 PEMERHATIAN PENILAIAN KANAK-KANAK
NAMA PELAJAR
: FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI
NO. MATRIKULASI
: 970208115366001
NO. KAD PENGENALAN
: 970206-11-5366
NO. TELEFON
: 01117951733
E-MEL
:
[email protected]
NAMA TUTOR
:PUAN SITI HAZLIFAH BINTI HILALUDDIN
PUSAT PEMBELAJARAN
:
OUM KUALA TERENGGANU
1
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
ISI KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1.
MUKA DEPAN
1
2.
ISI KANDUNGAN
2
3.
PENGENALAN
3
4.
PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
4-5
5.
CARA MENGUMPUL DATA
6-7
6.
INSTRUMENT YANG DIGUNAKAN
8-13
7.
REKOD ANEKDOT
REKOD BERTERUSAN
SENARAI SEMAK
PERSAMPELAN MASA
PORTFOLIO
14-16
LATAR BELAKANG KANAK-KANAK
8.
HASIL DATA
17-21
9.
KESIMPULAN
22
RUJUKAN
23
10.
2
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
PENGENALAN
Penilaian dan pemerhatian ini adalah satu aspek penting dalam program penjagaan awal kanak-kanak. Dalam menilai perkembangan kanak-kanak, terdapat banyak aspek lain yang juga boleh dinilai. Antaranya ialah termasuk kurikulum dan program, persekitaran Taska, alatan permainan dan bahan-bahan pembelajaran untuk kanak-kanak dan juga pendidik. Semua aspek ini boleh menjejaskan pencapaian perkembangan kanak-kanak. Penilaian awal kanak-kanak adalah alat yang digunakan untuk mengumpul dan menyediakan pendidik, ibu bapa dan keluarga dengan maklumat yang penting mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Di Massachusetts, program awal kanak-kanak yang dilesenkan kini perlu mengambil kira penilaian kanak-kanak dalam program mereka. Di sini kita telah merangkumkan maklumat dan sumber untuk memaklumkan pendidik pada program penilaian awal kanak-kanak.
3
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
APAKAH YANG DI KATAKAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN ?
PEMERHATIAN: Selain melakukan ujian pemerhatian merupakan salah satu cara untuk menjalankan penilaian. Pemerhatian merupakan satu cara paling lama dan biasa digunakan serta paling berkesan digunakan untuk menilai pertumbuhan, perkembangan, dan juga pembelajaran kanak-kanak (Carolyn Seefeldt, 1990).Pemerhatian yang sistematik menggunakan sistem particular untuk melihat dan merekod tingkah laku kanak-kanak yang menjadi aspek yang paling penting dalam bilik darjah. Observation is used to chart children;s development, to gain insight into children’s behavior, and to guide curricular decision making. Observation also plays an important role in assessment, either by replacing or by supplementing standardized evaluation instrument. (Benjamin,1994).
Melalui pemerhatian kita dapat menjalankan penilaian yang tidak bersifat bias terhadap kanak-kanak. Guru yang menjalankan pemerhatian mestilah bebas dari sebarang masalah dan tekanan supaya hasil pemerhatian yang diperolehi adalah mantap tentang perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana sekiranya pemerhati (guru) tersebut berada di luar kawalan kewarasan akal maka hasil pemerhatian yang dilakukan akan menjadi tidak tepat.
Pemerhatian ini boleh dilakukan sepanjang proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Guru boleh memerhatikan kanak-kanak dari awal tahun sehinggalah akhir tahun. Hasil yang akan diperolehi amatlah memberansangkan. Kita akan dapat melihat perubahan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Setiap hasil pemerhatian perlu direkodkan supaya tiada sebarang maklumat yang berkenaan tercicir.
4
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
PENILAIAN: Penilaian selalu dilakukan dalam kehidupan seharian. Kebanyakkannya adalah secara formal dan tidak terkawal. Tetapi dalam pendidikan, penilaian adalah dibuat secara formal, terkawal dan sistematik. Penilaian adalah proses mendapat, menentukan dan member maklumat yang berguna atau menganalisi hasil pengukuran bagi tindakan selanjutnya.Dalam kehidupan kita seharian kita tidak lari dari membuat keputusan. Oleh sebab kita telah membuat keputusan maka kita telah mengalami satu proses dan konsep yang disebut penilaian.
Penilaian bermaksud perbuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya (Bloom, 1956).Menurut Mehrens dan Lehmann, 1978, penilaian bermaksud satu proses yang menggambar, mendapa dan menyediakan ‘panorama’ yang berfaedah untuk menghakimi keputusan.Penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya (Phi Delta Kappan, 1971).Oleh itu, satu takrifan yang mengaitkan konsep-konsep yang ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses sistematik mendapat maklumat untuk membuat keputusan bagi tindakan selanjutnya.
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak penilaian perlu dilakukan secara berterusan mengenai kemajuan murid dalam domain kognitif, psikomotor dan juga afektif.
5
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
CARA MENGUMPUL DATA a) Tingkah laku kanak-kanak tersebut sama ada pasif atau aktif b) Perlakuan kanak-kanak tersebut c) Interaksi murid yang ingin dinilai sama ada dengan guru atau dengan rakan sebayanya d) Hasil kerja murid tersebut di dalam kelas
Penilaian dibuat terhadap kanak-kanak prasekolah adalah kerana mereka datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Oleh itu penailaian harus dibuat untuk mengetahui tahap perkembangan mereka. Dengan kata lain penilaian merupakan proses yang melibatkan beberapa tahap yang berterusan tetapi dengan satu tujuan, iaitu mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat.
Antara tahap-tahap yang perlu dilakukan ketika melakukan penilaian adalah:
1.
Tujuan penilaian itu dijalankan
2.
Jenis maklumat yang diperlukan
3.
Kaedah mendapatkan maklumat
4.
Alat-alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
5.
Kaedah maklumat yang diperoleh itu dianalisis dan dirumuskan
6.
Kaedah merekod maklumat supaya dapat digunakan sebaik mungkin.
6
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Kesemua tahap ini perlu diambil kira kerana menilai kanak-kanak di peringkat prasekolah adalah lebih rumit daripada menilai para pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kesukaran ini timbul akibat kurikulum yang tidak mantap, perkembangan kanakkanak yang kurang difahami dan kemampuan guru memahami bidang tugas yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Menurut McAfee, Leong, & Bodrova, 2004, Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak dari beberapa aspek seterusnya menyusun dan menngunakan maklumat tersebut dengan sebaik mungkin.Kaedah penilaian harus disesuaikan mengikut tahap perkembangan mental, sosial dan juga perkembangan fizikal kanak-kanak bagi setiap peringkat. Perubahan perkembangan kanak-kanak adalah berlaku secara pantas , oleh itu penilaian dibuat untuk mengenal pasti sama ada perkembangan mereka adalah berlaku secara normal atau sebaliknya. Sekiranya perkembangan kanak-kanak adalah tidak normal maka tindakan akan di ambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.
Penilaian melalui cara Pemerhatian boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan, time sampling, soal selidik ibu bapa / penjaga, Portfolio murid Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid, sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dan lain-lain untuk melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi, motor halus, sosial dan kognitif) dan sebagainya.
7
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
INSTRUMENT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PENILAIAN DAN PEMERHATIAN -
Rekod Anekdot
-
Rekod berterusan
-
Senarai semak
-
Persampelan masa
Rekod anekdot Rekod anekdot merupakan catatan satu peristiwa atau satu perubahan tingkah laku unik. bermakna atau signifikan kepada guru (pemerhati) yang ditunjukkan oleh murid-murid. Catatan dibuat secara ringkas dan tepat untuk mengkaji sesuatu perubahan tingkah laku. Panduan menyediakan Rekod Anekdot a) Membuat pemerhatian pada peristiwa yang signofikan walaupun tidak dirancang b) Kanak-kanak yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan c) Mengenalpasti sama ada peristiwa itu penting kepad aperkembangan kanak-kanak atau tidak d) Menulis apa yang dilihat secara objektif e) Menulis tentang perkara-perkara menggambarkan perkembangan kanak-kanak.
REKOD ANEKDOT
NAMA
:...........................................................
TARIKH
:............................................................
MASA
:...........................................................
PEMERHATI
:
PERISTIWA YANG DI PERHATIKAN (rujuk tip di bawah) KOMEN PENJAGA ATAU GURU CADANGAN
8
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Kelebihan rekod anekdot:
Latihan khas tidak diperlukan untuk pemerhatian
Pemerhatian bersifat terbuka
Pemerhati boleh merekod apa sahaja yang diperhatikan
Pemerhati boleh menyaksikan peristiwa dan kejadian yang tidak dijangka pada bilabila masa
Pemerhati boleh melihat dan merekod tingkah laku yang tampak
Kelemahan rekod anekdot
Ia tidak memberikan gambaran jelas kerana apa-apa peristiwa atau kejadian adalah menarik hanya kepada pemerhati
Ia sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana suatu peristiwa itu di rekod hanya selepas ia berlaku
Peristiwa itu mungkin disalahfaham
Sukar untuk menganalisa suatu peristiwa itu dan membuktikannya secara saintifik
Merekod pemerhatian adalah sangat penting kerana peristiwa,pergerakan atau ucaapn akan berlaku dengan cepat.Berikut adalah panduan merekod pemerhatian supaya pemerhatian anda adalah tepat.Maklumat mesti direkod adalah :
Ekspresi muka
Bahan interaktif
Interaksi dengan rakan sebaya dan guru
Pergerakan badan
Bahasa gerak geri
Bahasa lisan
Rentang perhatian
9
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Rekod berterusan
Rekod berterusan adalah peralatan untuk merekod tingkah laku kanak-kanak dan berbentuk penjelesan atau cerita.Rekod berterusan melaporkan semua pemerhatian yang dibuat khusus terhadap seseorang atau sekumpulan kanak-kanak apabila suatu peristiwa berlaku.Setiap tingkah laku dan perbualan direkod semasa pemerhatian. Pemerhatian spesifik ini biasanya dijalankan selama 5 atau 10 minit.Catatan dibuat tentang tingkah laku yang khusus semasa waktu yang khusus.Rekod ini boleh digunakan untuk menilai pekembangan dari segi fizikal,sosial,emosi,bahasa,konsep diri,rentang perhatian,kebolehan menyelesaikan masalah,ingatan dan stail pembelajaran.Rekod berterusan boleh digunakan untuk perkembangan bahasa terutamanya dalam uspek pembacaan untuk di rekod.Tumpukan kepada bidang pembelajaran yang khusus untuk melihat perkembangan dalam setiap bidang yang terlibat.Rekod berterusan haruslah di tulis secara jelas dengan memberikan perhatian kepada kemahiran atau perkembangan yang di perhatikan.
Contoh rekod berterusan:
Nama kanak-kanak
:Muhammad Adlim Syaifullah Bin Mohd Badli
Tarikh
:8 Julai 2014
Masa
:9.00 pagi-9.10 pagi
Nama guru
:Adima Syahirah Binti Khalid
10
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Pemerhatian
Komen
Kelebihan rekod berterusan:
Rekod keseluruhan akan mengandungi banyak maklumat dan tidak akan terbatas kepada satu peristiwa,episod atau tingkah laku.
Rekod berterusan bersifat terbuka,ia membolehkan pemerhati untuk merekod semua yang dilihat dan tidak terbatas kepada pemerhatian satu tingkah laku yang khusus sahaja.
Ia lebih tepat kerana catatan dibuat semasa pemerhatian dibuat.
Rekod berterusan tidak memerlukan apa-apa latihan khas kepada pemerhati.
Kelemahan rekod berterusan:
Rekod berterusan mengambil masa.
Sukar untuk merekod semua yang diperhatikan dalam suatu masa tanpa meninggalkan suatu perkara lain yang penting.
Pemerhati menggunakan pendekatan langsung dari suatu jarak daripada jarank kanakkanak yang diperhatikan dan untuk suatu tempoh yang lama.
Menggunakan rekod berterusan mungkin sukar untuk pemerhati untuk berkelakuan seperti biasa agar kanak-kanak tersebut tidak merasa seperti mereka diperhatikan.
11
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Senarai semak Senarai semak merupakan satu kaedah merekodkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berdasarkan peringkat umur dan bidang pembelajaran. Pendidik menggunakan senarai semak ini melalui pemerhatian dan merekod perkembangan anak-kanak secara berterusan. Senarai semak adalah satu alat penilaian yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan kemahiran dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosial. Senarai barang-barang yang disediakan untuk menguji pengetahuan kemahiran, sikap dan kebolehan dan tingkah laku pelajar.
1. Disediakan lebih awal sebelum membuat pemerhatian 2. Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas dalam bentuk pointform. 3. Hanya perkembangan penting dinyatakan dalam senarai semak 4. Item disusun mengikut secara berperingkat 5. Untuk melengkapkan maklumat tersebut di dalam senarai semak perlu buat satu atau dua pemerhatian No. Item
Perkara
Ya (Bila/Tarikh)
Catatan
1. 2.
12
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Persampelan Persampelan masa tingkah laku, umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat persampelan sama ada persampelan tingkah laku ataupun persampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara persampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yag diperhati. 1. Hanya fokus pada satu tingkah laku sahaja 2. Diperhatikan beberapa kali sehingga maklumat mencukupi 3. Terangkan kejadian yang berlaku secara ringkas 4. Tulis tarikh dan masa kejadian berlaku 5
Tadika Pusat Chabang Tiga Rekod persampelan masa Nama pemerhatian: Nama kanak-kanak:
masa :
Aktiviti kanak-kanak :
13
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Portfolio Kanak-Kanak Kajian oleh Lihanna Borhan (2003) daripada Universiti Malaya tentang penilaian autentik dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui portfolio ada menyatakan bahawa portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja kanak-kanak yang sengaja dikumpulkan untuk menunjukkan kepada pelajar itu, dan juga orang lain, usaha dan kemajuannya dalam satu bidang tertentu atau dalam semua bidang (Arter & Spandel, 1992). Jelasnya, ia suatu rekod mengenai proses pembelajaran kanak-kanak. Hasil kerja kanak-kanak yang terpilih dikumpulkan secara sistematik bagi setiap kanak-kanak dalam satu jangkamasa tertentu(Anzanio dll., 1995). Namun ia bukan sekadar pengumpulan semua hasil kerja kanakkanak,tetapi merupakan sampel hasil kerja di mana setiap item yang dimasukkan di dalam portfolio itu mempunyai tujuan dan nilai tersendiri dalam membuat penilaian terhadap perkembangankanak-kanak itu. Maka amalan menyimpan semua hasil kerja pelajar di dalam sebuah folder yang kemudiannya dikembalikan kepada ibu bapa selepas satu tempoh tertentu seperti yang dilakukan oleh banyak TADIKA tidak menepati pengisian dan tujuan portfolio. Portfolio bukan sekadar pengumpulan hasil kerja untuk menunjukkan kepada ibu bapa inilah yang dilakukan oleh anak mereka selama bersekolah itu, tetapi ia merupakan dokumentasi terpilih mengenai perkembangan dan pencapaian kanak-kanak tersebut. Untuk itu, portfolio perlulah mempunyai ciri berikut: berkait secara langsung dengan objektif pengajaran, merupakan sistem penilaian berterusan, bukan merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh guru semata-mata, dan akhir sekali berasaskan kepada perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna (Hanson & Gilkerson, 1999). Portfolio mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk memahami dan menjelaskan hasil kerja kanak-kanak dan untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan kanak-kanak itu sendiri mengenai kerja mereka (Arter & Paulson, 1991). Portfolio juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian mereka sendiri terhadap kerja mereka, dan ia juga digunakan untuk menilai proses pemikiran kanak-kanak (Murphy & Smith, 1990). Ia menepati kerangka penilaian autentik kerana ia menilai pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak melalui tingkahlaku dan hasil kerja mereka dalam suasana bilik darjah seharian. Di samping itu, portfolio tidak bercanggah dengan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp, 1987). Ia merupakan penilaian bercorak individu. Ia melihat perkembangan dan pembelajaran dalam konteks yang lebih menyeluruh dan tidak menekankan satu-satu aspek perkembangan tertentu sahaja. Ia 14
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103 juga melihat prestasi kanak-kanak dalam aktiviti seharian dan tidak meletakkan kanak-kanak dalam suasana yang berpotensi memberi tekanan dan mengganggu prestasi mereka seperti mana ujian. Portfolio merekodkan perkembangan dan pencapaian kejayaan kanak-kanak, bukan kegagalan (Katz, 1997; Meisels, 1995).
Manakala kajian oleh Surayah Zaidon tentang portfolio kanak-kanak prasekolah menyatakan Portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
15
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Latar Belakang Kanak-Kanak
Nama kanak-kanak : Mohamad Amirul Ikhwan Bin Adnan Umur
: 5 tahun
Tarikh lahir
: 12 Jun 2012
Tempat lahir
: Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah
Alamat
: 710,Taman Desa Paloh Baru 20050,Kuala Terengganu
Nama ibu
: Fatimah Binti Jusoh
Nama bapa
: Adnan bin Mohd Junaidi
Aktiviti mewarna
16
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Aktiviti Mengguli Tepung
HASIL DATA DAN PEMERHATIAN Hasil data melalui pemerhatian saya, berdasarkan pemerhatian saya ketika berada di prasekolah ,ketika bermain menunjukkan bahawa adik Amirul tidak mempunyai masalah dalam bersosial sama ada dengan rakan-rakannya sendiri mahupun dengan orang dewasa. Berikut adalah beberapa perkembangan sosial yang telah dikuasai oleh adik Amirul. Daripada permerhatian yang saya perhatikan menunjukkan bahawa adik Amirul ini menunjukkan rasa seronok ketika dapat bermain bersama rakan-rakannya yang lain dan dik Amirul juga mempunyai ramai kawan yang sentiasa senang mendampinginya.Dengan mengadakan aktiviti secara kumpulan nilai berkerjasama dan berkongsi permainan dapat di pupuk atau dilahirkan oleh kanak-kanak ini secara semulajadi kerana kanak-kanak lain berkemampuan dalam meramal tindakan teman sepermainannya.Kanak-kanak ini kebiasaanya akan lebih suka memilih kawan yang sama jantina. Kanak-kanak ini pada mulanya tidak memerlukan bantuan dari orang dewasa namun berasa takut apabila berjauhan dengan ibunya. Sebagai contoh apabila adik Amirul bangun dari tidur, dia akan mencari ibunya terlebih dahulu. Apabila dia tidak dapat menemui ibunya dia akan menangis.
17
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Rekod anekdot Nama kanak-kanak : Mohamad Amirul Ikhwan Bin Adnan Tarikh : 8 Mac 2017 Masa : 10 pagi Aktiviti : Mewarna Catatan pemerhatian : Selepas mengikuti sesi motor halus bersama guru kelas, Amirul mengajak Arina dan Danial ke ruang aktiviti untuk melakukan aktiviti mengguli tepung. Amirul mengambil sebuah bekas dan tepung yang telah disediakan dan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh gurunya. Amirul mengguli tepung bersama kawan-kawannya. Amirul pun menyebut nama kuih yang boleh dibuat melalui tepung yang diuli tersebut yang telah ditunjukkan oleh gurunya.Arina dan Danial mendengar dengan penuh minat. Amirul menanyakan kawannya “ awak nak buat kuih apa?” Tanya Amirul. Cikgu memuji sambil bertepuk tangan. Amirul senyum dengan wajah yang ceria. Ulasan : Amirul merupakan anak bongsu dalam keluarga sangat rapat dengan kawannya Arina dan Danial Mereka sangat patuh dan hormat pada Amirul. Amirul sudah mula berminat dengan aktiviti mngguli tepung ini, Amirul cuba berfikir untuk membuat kuih walaupun masih belum boleh menghasilkannya dengan cara yang betul.
18
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Rekod berterusan Nama kanak-kanak : Mohamad Amirul Ikhwan Bin Adnan Tarikh : 9 Mac 2017 Masa : 10 pagi Aktiviti : Mewarna gambar Catatan pemerhatian : kanak-kanak sedang mewarnakan gambar yang telah diberi oleh gurunya bersama kawankawannya. Dengan menwarnakan gambar ini kanak-kanak dapat membuka akal fikiran mereka untuk menggunakan warna yang sesuai dengan gambar.Semasa aktiviti dijalankan kanak-kanak diperhatikan oleh guru mereka. Amirul :Warna lah cantik-cantik Hakim : Warna cantik-cantik lah ni Amirul: Okay,saya tolong warnakan Hakim: Tak nak, biarkan lah saya. Amirul: Ok lah.. Ulasan : Amirul menujukkan sikapnya yang bertolak ansur
19
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
Rekod senarai semak No. Item
Perkara
1.
Pegang pensel warna dengan betul
/
2.
Mewarna mengikut gambar
X
3.
Cuba tulis nama sendiri
/
Lukis bulat
/
5.
Ya/Tidak (Bila/Tarikh)
Catatan
Sudah boleh memegang pensel warna menggunakan cara yang betul Tidak dapat mewarna dengan kemas dan teratur Sudah boleh mengenal huruf namanya sendiri Sudah memegang pensil dengan betul dan boleh melukis bulat
a) Rekod persampelan masa
Rekod persampelan masa Nama pemerhatian: Mewarna Gambar Nama kanak-kanak: Mohamad Amirul Ikhwan Bin Adnan
Masa :
Aktiviti kanak-kanak : 10.00 pagi – 10.30 pag mewarna 11.00 pagi – 11.30 pagi mengguli tepung
20
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak memperolehi kemahiran mengawal tubuh (kemahiran fizikal) seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain. pertumbuhan fizikal merangkumi berat badan, ketinggian, lilitan kepala & lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi, dan tulang rangka. Kemahiran fizikal mempengaruhi perkembangan domain lain seperti kognitif, sosial dan emosi.
21
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
KESIMPULAN
Pemerhatian dan penilaian merupakan satu kaedah penilaian yang dilakukan ke atas seorang kanak-kanak. Kita sebagai guru akan menjadi seorang pemerhati untuk melihat bagaimana tingkah laku seorang kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti atau bagaimana mereka menguruskan diri mereka sendiri dan berkomunikasi dengan orang sekeliling mereka. Selain itu, kita juga dapat belajar cara menyediakan dan menyatakan maklumat kanak-kanak. Seterusnya, daripada pemerhatian dan penilaian yang dilakukan kita juga dapat mempelajari menggunakan instrument untuk pemerhatian terhadap kanak-kanak. Dan kita juga dapat belajar merancang dan mengurus aktiviti susulan dan tindakan susulan yang sesuai bagi meningkatkan lagi perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Selepas itu, kita dapat memahami tentang aspek-aspek pemerhatihan dan penilaian kanak-kanak secara mendalam lagi. Melalui kajian tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengajaran seperti cara pengumpulan maklumat menggunakan pendekatan terus dan pendekatan tidak langsung. Tugasan ini juga meliputi instrument pemerhatian dan instrument lisan yang boleh digunakan di kalangan kanak. Selepas itu,kita juga dapat mempelajari cara membuat penilaian secara menyeluruh yang merangkumi domain kognitif,afektif dan psikomotor. Disini terdapat beberapa aspek perkembangan dalam setiap domain. Kita hendaklah sentiasa mengetahui bahawa hasil kerja kanak-kanak adalah himpunan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang mereka berada di tadika. Justeru itu, kita juga mengetahui maksud tindakan susulan dan bagaimana mengaplikasikan tindakan susulan. Akhir sekali, dengan adanya tugasan ini baru kita mengetahui menulis cara pelaporan dilakukan dan memastikan portfolio setiap kanakkanak dikemaskinikan sebelum menyampaikan kepada ibubapa atau penjaga. Selain tindakan guru,ibu bapa dan masyarakat di kawasan tersebut juga memainkan peranan penting untuk kejayaan seseorang kanak-kanak.
Setiap ibu bapa dan guru mempunyai tugas utama ataupun model untuk mengenal pasti dan berusaha membantu perkembangan anak-anak. Semua pihak harus memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang bijak pandai dan berakhlak mulia.
22
FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI 970208-11-5366 HDPS2103
RUJUKAN
http://gudangilmuzubir.blogspot.my/2011/11/nota-pentaksiran-danpenilaian.html https://docs.google.com/presentation/d/1vworjAzZL4HB9WgdpRgPI4pk4_e01v wVfQ1sD1i93R0/edit#slide=id.p14 http://duniakupakk.blogspot.my/2014/06/berikut-saya-kongsikan-tugasan.html https://www.pdfcoke.com/doc/46545678/Pemerhatian-Dan-Penilaian-Kanak-Su https://www.slideshare.net/raihanraihana1/kepentingan-penaksiran-danpenilaian-perkembangan-kanak
23