Hbhe 1203.docx

  • Uploaded by: Anonymous FhUyeQ6Z
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hbhe 1203.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,616
  • Pages: 13
BACHELOR OF TEACHING ( PRIMARY EDUCATION WITH HONOURS)

SEMESTER JANUARI 2019

HBHE 1203

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI

:

900116145695002

NO. KAD PENGNEALAN

:

900116-14-5695

NO. TELEFON

:

011-26267670

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SRI RAMPAI LEARNING CENTRE

1. Pengenalan Pendidikan Kesihatan memberi fokus kepada Pendidikan Kesihatan Berasaskan Kemahiran (Skills-Based Health Education) yang merangkumi kemahiran kecekapan psikososial iaitu membuat keputusan, menyelesaikan masalah, berpemikiran kritis dan kreatif, berkomunikasi berkesan, kemahiran hubungan interpersonal, kesedaran kendiri, empati, menangani emosi dan tekanan. Kemahiran kecekapan psikososial membolehkan murid

menangani secara berkesan

kehendak dan cabaran harian termasuk kebolehan mengekalkan keadaan mental yang baik serta mendemonstrasikan sesuatu perlakuan yang positif bagi mengekalkan tahap kesihatan optimum dan kesejahteraan hidup dalam kepelbagaian budaya serta persekitaran masa kini dan masa hadapan. Ia merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan dengan pendekatan rohaniah. Namun bagaimana pula dengan gerak kerja pendidikan kesihatan di sekolah rendah yang kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun? Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia. Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tida kmelibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak selain itu ianya juga menyeronokkan. Selain itu, Kemahiran berfikir harus menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan tidak boleh dianggap sebagai aspek pembelajaran yang terasing. Oleh itu kemahiran berfikir perlu disepadukan dalam subjek dan merentasi tahap yang berbeza. Kaedah pengajaran perlu digunakan semasa pembelajaran untuk meningkatkan kekuatan pelajar dalam taakulan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Menurut kamus dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir. Manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai

memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan. Di samping, Kemahiran berfikir juga adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Ia harus menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan tidak boleh dianggap sebagai aspek pembelajaran yang terasing. Oleh itu kemahiran berfikir perlu disepadukan dalam subjek dan merentasi tahap yang berbeza. Kaedah pengajaran perlu digunakan semasa pembelajaran untuk meningkatkan kekuatan pelajar dalam taakulan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Bagi menerapkan kemahiran berfikir di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Seterusnya Proses berfikir juga melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif, serta sikap dan nilai dalam minda seseorang murid. Kemahiran boleh berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunahsabaan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna ilmu pengetahuan yang sedia ada atau telah dipelajari.

2. Kemahiran Berfikir Yang Boleh Digunakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Kemahiran berfikir kreatif boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan. Sebagai contohnya, Sebagai contoh, dalam Pendidikan kesihatan guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkans ebuah replika piramid makanan yang bertajuk pemakanan seimbang seterusnya menghasilkan satu menu makanan seimbang. Melalui projek ini mereka akan bekerjasama dan didedahkan dengan kemahiran berfikir seperti mengumpul data, menyelesaikan masalah dan menganalisis dari pelbagai sumber. Kaedah ini dapat menyokong pembelajaran murid serta dan murid dapat belajar menerima perbezaan individu dan mewujudkan komunikasi positif dalam kalangan murid. Kaedah sebegini meningkatkan tahap berfikir pelajar ke arah pemikiran aras tinggi kerana untuk menghasilkan sesuatu benda, pelajar perlu menjadi kreatif kritis dan inovatif Murid akan lebih faham sesuatu konsep kerana mereka mengekspreskan pembelajaran dalam bentuk yang konkrit. Seterusnya kemahiran berfikir secara kritis merupakan kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. Sebagai contohnya, murid memberi hipotesis awal kepada sesuatu perkara dan melaksanakan perkara tersebut hingga tamat. seterusnya, murid membanding beza hipotesis mereka dengan keputusan sebenar yang diperoleh hasil melaksanakan perkara tersebut. Sebagai contohnya apabila guru mengajar tentang Topik Penyakit dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan,guru boleh menunjukkan gambar tentang penyakit –penyakit seperti kencing manis, kanser, dan sebagainya. Kemudian murid akan menyatakkan atau membuat hipothesis tentang punca- punca penyakit dan membanding beza dengan jawapan sebenar. Di samping itu, Kemahiran Manaakul adalah perkaitan antara berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan strategi berfikir adalah merupakan model kemahiran berfikir dan strategi berfikir dalam sains.Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan

yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk Malaysia. Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan prosesproses asas kepada kognitif. Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur ekskutif seperti ditunjukkan oleh Rajah 1.

Rajah 1 Sumber : https://www.slideshare.net/sifatpgsr/buku-panduan-kemahiran-menaakul Kemahiran menaakul boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran pendidikan kesihatan melalui menjalankan aktiviti main peranan. Sebagai contohnya dalam topik pengurusan mental dan emosi murid akan membuat lakonan bagi menilai kesan kepada diri sekiranya tidak mengurus perasaan bimbang dan cemburu apabila berlaku perubahan dalam kalangan ahli keluarga serta rakan sebaya. Melalui aktiviti tersebut murid kan dapat Meramalkan risiko yang akan berlaku sekiranya tidak mengurus perasaan bimbang dan cemburu. Selain itu Strategi Berfikir mengkonsepsikan membuat pengikatan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Strategi ini digunakan dalam membina konsep atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu fenomena menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Ia juga membuat keputusan memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Kemahiran tersebut boleh digunakan dalam pengagajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan bagi mengasah minda murid merancang strategi. Sebagai contohnya, pengajaran topik keselamatan , murid akan mengesyorkan tindakan yang wajar diambil sekiranya menerima pelawaan daripada orang yang tidak dikenali melalui aktiviti simulasi.

3. Carta Organisasi Yang Menunjukkan Guru Pendidikan Kesihatan Menggalakkan Pemikiran Positif. Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Ia termasuk melihat kepada aspek positif bagi setiap keadaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik bagi sesuatu perkara. Guru Pendidikan Kesihatan boleh menggalakkan pemikiran positif dalam kalangan murid melalui carta organisasi yang mnunjukkan di bawah. (Rujuk Lampiran 2)

Pemikiran Positif

Pengurusan Mental & Emosi

Keyakinan Diri

Pengamalan Senaman Relaksasi

Kemahiran Berkomunikasi

Lampiran 2

Pembelajaran adalah faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Murid seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan murid seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan.

Seseorang murid yang

pemikiran positif akan menguruskan mental dan emosi dengan baik ketika mengalami stress peperiksaan. Jadi guru pendidikan kesihatan memainkan peranan penting untuk menggalakan murid- murid dalam pengurusan mental dan emosi. Oleh itu, ketika pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan guru perlu menjelaskan tentang faedah-faedah dan kepentigan pemikiran positif dalam kehidupan seharian murid. Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan adalah menulis satu sifat positif kawan dan masukkan ke dalam 3 buah kotak yang disediakan. Permainan ‘Kotak Beracun’ dimainkan dan 3 buah kotak bermain secara serentak. Murid yang memegang kotak terakhir akan mencabut satu sifat positif kawan secara rawak akan bincangkan dan cuba meneka siapa rakan yang bersifat positif itu. Seterunya Membina peta minda dengan ciri-ciri pemikiran positif dan faedah pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi dalam kumpulan kecil. Akhir sekali, wakil kumpulan akan membentangan

hasil perbincangan dan menyatakan kepentingan berfikiran positif. Hasil daripada aktiviti tersebut murid akan menerima kelebihan dan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri. Dalam konsep pemikiran Reset Minda diterangkan konsep pemikiran positif. FIKIR POSITIF – RASA POSITIF – TINDAKAN POSITIF – HASIL KEHIDUPAN POSITIF. Dalam hal ini, ‘fikir’ datang dari minda, ‘rasa’ datang dari hati, oleh sebab itu gunakan ‘mata akal’ dan ‘mata hati’, bagi mendapat keyakinan diri dalam membuat keputusan. Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang murid. Jika kesihatan diri seseorang murid itu kurang baik, badannya akan menjadi lemah, fikirannya juga akan turut menjadi kusut dan sudah tentunya, ini akan menjejaskan keyakinan dirinya. Jika kesihatan dirinya baik, sudah pasti badan serta mindanya akan lebih cergas dan cerdas. Ini dengan sendirinya akan menjadikannya lebih bermaya dan berkeyakinan. Oleh itu, guru pendidikan kesihatan memupuk usaha menjaga dan memantapkan keyakinan diri dalam kalangan murid bagi memantapkan kesihatan diri. Seterunyan guru juga perlu mendidik kepada murid tentang menjaga kesihatan diri, seperti menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-8) jam setiap hari, mengamalkan senaman setiap hari (3 minit - 1 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya apabila perlu. Ia adalah antara perkara-perkara yang dapat membantu memastikan tahap kesihatan diri murid sentiasa dalam keadaan terbaik. Di samping itu, guru pendidikan kesihatan perlu menerangakan kepentingan pengamalan senaman relaksasi. Ia mendorong murid untuk berfikir positif semasa mengalami sesuatu masalah penyakit atau obesiti. Relaksasi adalah suatu keadaan dimana berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang. Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, Regangan ,gambaran dalam fikiran (Imagery). Melakukan teknik pernafasan dalam adalah teknik yang paling asas ialah

dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.

Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa. Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang boleh menyebabkan stress. Selain itu, Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang murid dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya apabila aktiviti kumpulan pendidikan kesihatan dikendalikan oleh gurunya kemahiran ini dapat membantu memajukan akademik seseorang murid dan menggalakan murid berfikir positif pada setiap masa terutamanya menghadapi sesuatu masalah. Jadi guru menekankan kemahiran tersebut untuk menggalakkan pemikiran positif ketika mengajar topik perhubungan dalam pendidikan kesihatan.

4. LIMA Permainan Kecil Untuk Kelas Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah Yang Boleh Menggalakkan Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis mendorong individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis, malah dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu dapat mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukaan oleh pihak tertentu. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan.

Terdapat beberapa

permainan kecil untuk kelas pendidikan kesihatan sekolah rendah yang boleh menggalakan pemikiran kritis. Antaranya ialah, permainan masak bersama-sama. Ia merupakan suatu permainan mendidik murid tentang cara memasak, menu, ramuan yang digunakan, penyediaan makanan, kebersihan makanan, peralatan yang digunakan, prinsip makan secara sihat dan tabiat makan yang baik.Murid juga akan mahir menilai dan menimbang pelbagai pendapat serta berfikir secara kritis ketika membuat masakan dalam kumpulan.Sebelum permainan tersebut dimulakan murid perlu menyusun makanan mengikut aras dalam Piramid Makanan. Seterusnya, permainan Permainan ‘Puzzle’ juga boleh dijalankan kepada murid secara berkumpulan. Permainan tersebut adalah untuk murid-murid mempelajari kaedah saintifik. Murid-murid akan mempelajari cara membuat hipotesis, kemudian berfikir sehingga mereka dapat membuat sesuatu. Dalam permainan ini kanak-kanak terjebak dalam teka-teki yang sukar untuk diselesaikan. Ini sebenarnya melatih kanak-kanak untuk berfikir kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping itu, Ekstensif iaitu permainan seperti Dam Ular (snake and leader) di mana murid perlu melontar dadu untuk untuk mengerakkan buah permainan.Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji dengan satu soalan. Soalan –soalan tersebut perlu mendorong murid untuk berfikir secara kritis seperti :  Nyatakan risiko yang akan berlaku jika tidak mengurus perasaan bimbang.  Memilih tindakan yang sesuai apabila menghadapi situasi penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan.

Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal di kedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab soalan diberi mereka boleh melontar dadu untuk melangkah

ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang tiba di petak terakhir dahulu akan menjadi pemenang. Seterusnya, ‘Ekstra Vaganza’ iaitu permainan Bijak Melabur. Permainan ini memerlukan murid bijak melabur wang ke atas pilihan jawapan mereka.Jika salah jawapan mereka,wang yang mereka laburkan itu akan diambil oleh guru manakala jikamereka melabur pada jawapan yang betul, maka wang itu akan menjadi milik mereka.Permainan ini mempunyai 10 soalan aneka pilihan. Kumpulan yang mempunyai wangterbanyak dikira juara. Akhir sekali, Permainan ‘Trivia’ iaitu Dam Piramid boleh dimainkan secara individu iaitu minimum seramai dua orang dan maksimum seramai empat orang di mana langkah gerakan pelajar akan ditentukan oleh lontaran dadu dan sekiranya pelajar mendapat gambar selain daripada ikan, pelajar tidak dibenarkan meneruskan permainan dan peluang akan diberikan kepada pelajar lain. Murid yang tiba di satu petak akan menjawab soalan untuk mendapatkan kad makanan yang terdapat pada petak berkenaan dan sekiranya gagal menjawab soalan, mereka akan mengembalikan kad makanan yang mereka kumpul kepada piramid makanan yang disediakan. Pemain yang mengumpul kad makanan yang terbanyak mengikut keperluan tubuh badan berdasarkan piramid makanan dikira sebagai pemenang. Kelima-lima permainan kecil adalah amat sesuai untuk kelas pendidikan kesihatan sekolah rendah dan ia menggalakan pemikiran kritis dalam kalangan murid.

5. Cabaran Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pendidikan Kesihatan Untuk Melaksanakan Pemikiran Kritis Dalam Kalangan Murid-Murid

Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan merupakan komponen penting dalam kurikulum pendidikan negara untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas melalui penekanan kepada aspek perkembangan psikomotor, kognitif, afektif dan kecergasan fizikal. Namun demikian, penekanan kepada pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan masih kurang diberikan perhatian sama ada oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Matapelajaran Pendidikan kesihatan di sekolah tidak diajar oleh guru opsyen pendidikan kesihatan atau sains sukan. Pihak sekolah beranggapan bahawa matapelajaran pendidikan kesihatan boleh diajar oleh semua guru kerana matapelajaran ini tidak berunsur peperiksaan. Pendekatan mengajar juga lebih kepada kesihatan. Seterusnya Komitmen murid tidak seimbang kerana ibu bapa menganggap matapelajaran ini membuang masa murid kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran. Dan menganggap hanya matapelajaran peperiksaan lebih penting. Murid dapat memberi alasan untuk mengelakkan diri daripada mempelajari pendidikan kesihatan. Jadi guru pendidikan kesihatan berasa sukar bagi melaksanakan pemikiran kritis dalam kalangan muridmurid. Masa yang diperuntukan oleh Kemerterian Pendidikan Malaysia tidak mencukupi. Memperuntukan satu waktu seminggu bagi matapelajaran Pendidikan kesihatan. Pendidikan Kesihatan adalah bidang ilmu yang merangkumi kemahiran kecekapan psikososial iaitu membuat keputusan, menyelesaikan masalah, berpemikiran kritis dan kreatif, berkomunikasi berkesan, kemahiran hubungan interpersonal, kesedaran kendiri, empati, menangani emosi dan tekanan. Selain itu, kemudahan dan alatan tidak semuanya lengkap. Penglibatan murid akan menjadi lebih aktif sekiranya peralatan yang digunakan adalah mencukupi. Mengajar pendidikan kesihatan tanpa peralatan samalah seperti mengajar subjek akademik yang lain tanpa buku-buku dan bahan sokongan. Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor dari segi kemudahan peralatan di sekolah luar bandar. Jumlah peruntukan untuk membeli peralatan digunakan untuk pendidikan kesihatan adalah amat terhad. Akibatnya murid-murid terpaksa menggunakan peralatan yang uzur dan tidak selamat.

6. Penutup Pendidikan kesihatan membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan digunakan untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri ke arah kesejahteraan hidup serta jangka hayat yang panjang dan berkualiti melalui pengalaman pembelajaran. Kurikulum Pendidikan Kesihatan memberi penekanan kepada peningkatan pembangunan kendiri dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi dan kerjasama. Murid menggunakan dan meningkatkan kemahiran penyelidikan, berfikir secara kritikal dan mengaplikasi pengetahuan saintifik, strategi, kemahiran motor, kemahiran kecekapan psikososial dan nilai dalam situasi sebenar kehidupan harian.

7. Rujukan https://www.academia.edu/31652733/Pendidikan_Kesihatan_Sekolah https://www.slideshare.net/sifatpgsr/buku-panduan-kemahiran-menaakul DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 2 http://eprints.utm.my/id/eprint/23065/1/Definisi%20Pemikiran%20Kritis.pdf https://www.halopsikolog.com/manfaat-dan-contoh-game-puzzle-untuk-anak/ https://www.academia.edu/9153957/ISUISU_PELAKSANAAN_PENDIDIKAN_JASMANI_DAN_KESIHATAN_DI_SEKOLAH http://mohdfauzihussin0.blogspot.com/2017/01/pengurusan-mental-dan-emosi.html Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/membina-keyakinan-diri1.46644#ixzz5iJ9ywVbY © Utusan Melayu (M) Bhd http://www.myhealth.gov.my/pemikiran-positif/ http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs/article/download/594/499

Related Documents


More Documents from "Robin"

Pelan Operasi 2k.docx
June 2020 9
Hbhe 1203.docx
June 2020 6
Portfolio Ali.doc
June 2020 22
Ppda.docx
June 2020 4
14.08.2017.docx
June 2020 7