HBEF2103 SEPT06/F-SI
BAHAGIAN A
ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.
SOALAN 1
Aliran functionalisme di dalam psikologi telah dipelopori oleh John Dewey dan William James. Jelaskan fahaman aliran funcionalisme. [4 markah]
SOALAN 2
Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri individu. Jelaskan DUA (2) faktor eksogen ini. [4 markah]
SOALAN 3
Ahli psikologi berpandangan bahawa terdapat perbezaan jantina antara pelajar lelaki dan perempuan. Senaraikan perbezaan jantina tersebut. [4 markah]
SOALAN 4
John L. Holland telah mengutarakan model personaliti yang dikenali sebagai “RIASEC” untuk digunakan di dalam kaunseling vokasional. Senaraikan EMPAT(4) daripada isu-isu model tersebut. [4 markah]
SOALAN 5
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Jelaskan DUA (2) daripada faktor tersebut. [4 markah]
1…
HBEF2103 SEPT06/F-SI
SOALAN 6
Menurut Gagne, pembelajaran hanya akan tercapai sekirannya pelajar menguasai pembelajaran di peringkat lebih awal. Jelaskan DUA (2) daripada peringkat tersebut. [4 markah]
SOALAN 7
Terdapat beberapa jenis kemahiran berfikir dan salah satu daripadanya ialah kemahiran berfikir secara kreatif. Senaraikan EMPAT (4) ciri pemikiran kreatif. [4 markah]
SOALAN 8
Terdapat pelajar-pelajar yang memerlukan pendidikan khas dan guru pendidikan khas juga sangat diperlukan. Jelaskan DUA (2) ciri pendidikan khas. [4 markah]
SOALAN 9
Program pengajaran pemulihan adalah proses yang terdiri daripada EMPAT (4) peringkat. Senaraikan EMPAT (4) peringkat tersebut. [4 markah]
SOALAN 10
Motivasi adalah penting di dalam pembelajaran. Jelaskan DUA (2) pendekatan motivasi yang boleh digunakan guru, bersama SATU (1) contoh bagi setiap pendekatan. [4 markah] [Jumlah: 40 markah]
2…
HBEF2103 SEPT06/F-SI
BAHAGIAN B
ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.
SOALAN 1
(a)
Jelaskan pengertian “psikologi pendidikan”. [2 markah]
(b)
Memahami psikologi pendidikan dapat membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Jelaskan EMPAT (4) faedah psikologi pendidikan kepada guru. [12 markah]
(c)
Jelaskan
dengan
ringkas
bagaimana
guru
mempraktikkan
pendekatan
konstruktivisme di dalam pengajarannya bersama SATU (1) contoh. [6 markah] [Jumlah: 20 markah]
SOALAN 2
(a)
Anda tentu menyedari bahawa faktor-faktor eksogen boleh mempengaruhi individu. Pilih SATU (1) faktor eksogen dan jelaskan dengan menggunakan contoh bagaimana faktor tesebut mempengaruhi pembelajaran individu. [4 markah]
(b)
Bandura membahagikan proses peniruan kepada empat (4) tahap, iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Jelaskan EMPAT (4) tahap proses peniruan ini. [8 markah]
(c)
Berikan SATU (1) contoh pembelajaran melalui peniruan dan jelaskan bagaimana anda sebagai seorang guru melaksanakan EMPAT (4) tahap proses peniruan ini. [8 markah] [Jumlah: 20 markah]
3…
HBEF2103 SEPT06/F-SI
SOALAN 3
(a)
Setiap individu adalah berbeza daripada individu lain. Jelaskan definisi “perbezaan individu” yang diberi oleh Borich dan Tombari (1997). [4 markah]
(b)
Borich dan Tombari (1997) telah mengenal pasti empat (4) perbezaan individu. Jelaskan secara ringkas EMPAT (4) perbezaan tersebut. [8 markah]
(c)
Perbezaan individu secara tidak langsung dapat membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraikan secara ringkas bagaimana EMPAT (4) perbezaan individu ini dapat membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. [8 markah] [Jumlah: 20 markah]
SOALAN 4
(a)
Thorndike, melalui kajiannya, mendapati pembelajaran haiwan berlaku melalui proses “cuba-jaya” dan “pengulangan”. Jelaskan proses ini dengan menggunakan SATU (1) contoh pembelajaran haiwan. [6 markah]
(b)
Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh tiga (3) hukum pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Jelaskan TIGA (3) hukum pembelajaran ini. [6 markah]
(c)
Hukum pembelajaran Thorndike dapat membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran. Pilih SATU (1) masalah pengajaran dan jelaskan bagaimana guru menggunakan TIGA (3) hukum ini untuk menyelesaikan masalah tersebut. [8 markah] [Jumlah: 20 markah]
4…
HBEF2103 SEPT06/F-SI
SOALAN 5
(a)
Terdapat beberapa objektif kemahiran berfikir kepada kita semua. Senaraikan EMPAT (4) daripada objektif-objektif ini. [4 markah]
(b)
Terdapat perbezaan antara kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran berfikir secara kritis. Senaraikan EMPAT (4) perbezaan tersebut bersama contoh yang sesuai. [8 markah]
(c)
Guru boleh mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar-pelajarnya. Huraikan EMPAT (4) strategi yang boleh digunakan guru untuk mengajar kemahiran berfikir bersama contoh yang sesuai. [8 markah] [Jumlah: 20 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT DI SINI
5