PENGENALAN Setiap peradaban manusia mempunyai tradisi pensejarahannya sendiri. Tradisi ini kemudiannya bergerak dan berubah merentasi tahap atau zaman kesedaran dan zaman moden mulai kurun ke18. Pensejarahan merupakan satu penulisan sejarah yang mempunyai istilahnya yang tersendiri. Pensejarahan (historiografi) berasal daripada perkataan sejarah.1 Sejarah secara umumnya diertikan sebagai penyelidikan terhadap peristiwa masa lalu. Pensejarahan atau historiography adalah penulisan sejarah tentang peristiwa yang telah berlaku iaitu prosesnya melibatkan kejadian, sumber, dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan dalam menghasilkan karya sejarah untuk makluman dan rujukan masyarakat umum.2 Pensejarahan yang berasal dari perkataan sejarah juga ditakrifkan sebagai “ the record of events or the events themselves” yang bermaksud catatan peristiwa-peristiwa dan peristiwa-peristiwa ini saling berkaitan.3 Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan daripada pengertian di atas bahawa pensejarahan adalah penulisan sejarah dan catatan peristiwa pada masa lalu. Menurut Khoo Kay Kim, pensejarahan Malaysia merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik ini.4 Dengan kata lain, pensejarahan di Malaysia termasuk perkembangan pensejarahan dalam negara mahupun luar negara yang dahulunya bergabung dengan Malaysia seperti Singapura. Pensejarahan di Tanah Melayu mengalami perubahan sebagaimana di dunia Barat yang lain. Namun bilakah agaknya pensejarahan di Tanah Melayu bermula? Para sejarawan tempatan seperti Khoo Kay Kim dan Muhammad Yusof Hashim berpandangan bahawa pensejarahan di 1
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara,Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd,1992,hlm.1. 2 Arba’iyah Mohd Noor, Ilmusejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,2002, hlm.68. 3 Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu:Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1992,hlm.2. 4 Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.1. 1
Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Maka, pada keseluruhannya, buat masa sekarang, sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad yang ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah.5 Perubahan pensejarahan di Tanah Melayu dapat dilihat melalui pensejarahan pada zaman klasik atau tradisional, pensejarahan pada zaman penjajahan (penulisan kolonial), dan penulisan tempatan. Pensejarahan pada zaman klasik (tradisional) bermula lebih kurang abad yang ke-15 dan awal abad ke-16. Dalam bidang penulisan, tradisional lumrah diertikan sebagai penghasilan penulisan peribumi (dalam bahasa Melayu dan sukuan Melayu) yang belum diserapi oleh nilai dan kaedah penulisan Barat.6 Bagi Arba’iyah Mohd Noor, mengatakan bahawa ramai di kalangan sejarawan awal ini merupakan sejarawan istana kerana mereka menulis sesuatu catatan peristiwa atas perintah raja-raja mereka.7 Antara karya pensejarahan Melayu zaman klasik termasuklah penulisan berkenaan salasilah raja-raja, peraturan dan undang-undang negeri, hikayat dan penulisan sastera lain seperti syair dan gurindam. Buktinya, pada awal abad ke-15 contoh karya yang paling terkenal dalam pensejarahan tradisional dan dianggap sebagai karya sastera sejarah terawal yang dijumpai adalah Sejarah Melayu,kemudian diikuti pula dengan karya-karya sastera sejarah yang lain seperti Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu dan Hikayat Abdullah yang dikesan pada abad ke-18 hingga ke-19 Masihi.8 Namun, pada abad ke-16 pensejarahan di Malaysia didapati lebih banyak diselenggarakan oleh orang Barat daripada
5
Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.2. Muhammad Yusoff Hashim,Pensejarahan Malaysia:Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1992,hlm.4. 7 Arba’iyah Mohd Noor, Ilmusejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2006, hlm.107. 8 Profesor Madya Dr.Hj Ahmad Jelani ,Isu-isu Terpilih Sejarah Alam Melayu, (Terjemah Ishak Saat Adnan Jusoh), Batu Pahat Johor :Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2011,hlm.2. 6
2
orang tempatan.9 Dengan kata lain, pada abad ke-16 merupakan abad di mana penulisan tempatan tidak menonjol berbanding penulisan Barat. Pensejarahan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan (penulisan kolonial) dimulai oleh orang Portugis pada abad ke-16 iaitu di Melaka. Menurut Khoo Kay Kim, pada tahun 1522 orang Portugis telah menerbitkan buku-buku tentang Asia yang dikarang oleh orang Portugis sendiri seperti Joao de Barros dan Fernao Lopes de Catanheda.10Antara contoh penulisan pensejarahan pada zaman kolonial ialah Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires dan Bras De Alboquerque yang menerbitkan buku berasaskan surat-surat bapanya Alfonso de Alboquerque kepada Raja Manuel.11 Pensejarahan zaman penjajahan diteruskan oleh Belanda selepas Portugis pada tahun 1641. Menurut Khoo Kay Kim, “ berbanding Portugis, mungkin orang Belanda tidak begitu banyak menerbitkan maklumat-maklumat tentang negeri-negeri Melayu Semenanjung.12. Namun begitu, menurut Khoo Kay Kim lagi, terdapat bahan-bahan dalam arkib tentang negara ini di Negara Belanda yang menjadikan sumber kepada berpuluh-puluh tesis. Selepas Belanda, giliran British pula meneruskan penulisan tentang maklumat negeri-negeri Melayu Semenanjung. Keadaan ini dapat dilihat pada abad ke-18 dan ke-19, pihak British telah mempergiatkan usaha menguasai rantau Selat Melaka sehingga mereka dapat memperkukuhkan kedudukan mereka di rantau ini di samping menulis sejarah tentang Melayu dan menerbitkan dalam bentuk karya seperti Logan’s Journal13 karya James Richardson Logan abad ke-18 (1847)
9
Ibid.hlm.3. Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.5. 11 Ibid,hlm.5. 12 Ibid.hlm.6. 13 Jurnal ini diterbitkan selama beberapa tahun (1847-59) dan mengandungi bahan-bahan yang amat bernilai tentang Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah (Borneo) (Lihat Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.7). 10
3
dan History of Pahang karya W. Linehan merupakan antara penulisan pensejarahan pada zaman kolonial.
Seterusnya perubahan pensejarahan di Tanah Melayu dapat dilihat melalui pensejarahan penulisan tempatan di mana berlaku sehingga tahun 1999 iaitu abad ke-20. Penulisan ini telah berkembang sehingga abad ke-20 kerana banyak karya sejarah orang tempatan ditulis untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan sejarah itu sendiri . Buktinya, karya Sejarah Alam Melayu yang ditulis oleh Cikgu Abdul Hadi merupakan antara penulisan awal tempatan. Selain itu, antara penulisan tempatan yang dapat dilihat ialah majalah yang berkembang sejak tahun 1920-an iaitu Majalah Guru14 dan Lidah Teruna (1920). Penulisan sejarah Melayu seterusnya dapat dilihat melalui tertubuhnya Jabatan Sejarah 15 dan Universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dimana aktiviti penulisan giat dijalankan. Pensejarahan di Malaysia pada abad ke-20 diteruskan oleh sejarawan terkenal antaranya Khoo Kay Kim, Muhammad Yusof Hashim dan Muhammad Yusof Ibrahim sehinggala sekarang. Oleh itu, perubahan pensejarahan di Tanah Melayu dapat dilihat meliputi beberapa aspek kajian iaitu unsur penulisan, tujuan penulisan, faktor penggalak penulisan, bentuk penulisan (genre penulisan), gaya penulisan dan kaedah pemikiran.
14
Majalah Guru (1922-192;1953-1956) merupakan akhbar/majalah yang memuatkan makalah pensejarahan.(Lihat Muhd .Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,hlm.149). 15 Jabatan Sejarah di Universiti Malaya menandakan detik baharu dalam perkembangan pensejarahan Malaysia kerana pada mulai masa itu lebih ramai orang tempatan menceburkan diri dalam penulisan sejarah Malaysia yang berbentuk ilmiah ( Lihat Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.20). 4
1.0 UNSUR PENULISAN Pensejarahan di Tanah Melayu pada zaman tradisi boleh dikaitkan dengan pensejarahan zaman Feudalisme Melayu. Di Malaysia, zaman feudalisme merujuk kepada zaman pemerintahan di Tanah Melayu sebelum daripada kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu. Terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat dalam perubahan pensejarahan di Tanah Melayu antaranya ialah unsur penulisan dalam pensejarahan. Unsur penulisan yang dapat dilihat pada zaman klasik ialah terdapat beberapa penulisan yang menerapkan unsur mitos, lagenda dan dongeng dalam penulisan mereka. Sebagai contoh, dalam karya Sejarah Melayu terdapat bahagian dalam buku tersebut yang memuatkan unsur mitos dan lagenda antaranya cerita mengenai kesaktian Tun Jana Khatib yang dapat membela batang pinang dengan renungan matanya dan apabila beliau dibunuh, darahnya dikatakan berhamburan, tetapi jasadnya ghaib dan dijumpai pula di Langkawi lalu dimakamkan di sana.16 Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa pensejarahan di Tanah Melayu pada zaman klasik menerapkan unsur mitos, lagenda dan dongeng dalam penulisan mereka. Selain itu, unsur penulisan yang terdapat dalam pensejarahan pada zaman klasik ialah pada zaman tersebut terdapat beberapa karya yang tidak mementingkan tahun dari segi kronologi dan tarikh berlakunya sesebuah peristiwa sejarah. Sebagai contoh, Hikayat Merong Mahawangsa
16
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara,Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd,1992,hlm.36. 5
tidak mencatatkan tarikh yang tepat bila hikayat ini mula ditulis mahupun disiapkan, melainkan tarikh karya ini telah selesai disalin semula, iaitu pada 2 Rejab bersamaan 16 November 1898.17 Oleh itu, dalam unsur penulisan zaman klasik menunjukkan terdapat beberapa karya yang tidak mempunyai tarikh yang tepat berlakunya sesebuah peristiwa tersebut.
Walaubagaimanapun, pensejarahan pada zaman penjajahan (penulisan kolonial) menolak unsur mitos dan unsur yang berupaya khalayan dan dongeng dalam penulisan mereka. Hal ini kerana, orang Barat menganggap unsur mitos, lagenda dan dongeng merupakan unsur yang tidak logik dalam penulisann sejarah kerana boleh dianggap mitos, lagenda dan dongeng dipertikaikan kesahihannya. Seterusnya, unsur penulisan kolonial ialah bersikap berat sebelah atau disebut sebagai Euro-centric.18 Sebagai contoh, penulisan yang menujukkan bahawa penulisan kolonial mengamalkan Euro-Centric misalnya Winstedt dan Wilkinson dalam karyanya A History of Perak telah memburuk-burukkan keadaan sistem pentadbiran di Perak dengan mengatakan bahawa huru-hara yang berlaku dalam masyarakat Melayu adalah akibat sistem percukaian dan perhambahan yang menyedihkan.19 Penulisan ini jelas menunjukkan bahawa penulisan kolonial bersifat berat sebelah kerana tidak mempertimbangkan pendapat orang Melayu itu sendiri dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam sudut pandangan antara penulis Barat dan juga penulis tempatan. Di samping itu, penulisan kolonial lebih mengagungkan negara dan budaya mereka. Contohnya, British mendakwa bahawa orang Eropah lebih pintar daripada orang Asia sehingga mereka dapat menguasai rantau Asia dengan mudah sekali. Selain itu juga, adalah tidak keterlaluan jika 17
Dzulkifli Mohd. Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1973,hlm.iv. Arba’iyah Mohd Noor, Ilmusejarah dan Pensejarahan,Kuala Lumpur,;Dewan Bahasa dan Pustaka,2006,hlm.132. 19 Ibid.hlm.134. 18
6
dikatakan bahawa pihak British cuba merendah-rendahkan martabat dan keupayaan masyarakat Melayu dalam menjalankan sistem pentadbiran mereka.20 Misalnya, Frank Swettenhem pernah mengatakan bahawa orang Melayu sebagai bangsa yang malas, tidak berperaturan dan tidak mempunyai instuisi politik.21 Dalam penulisan kolonial, penggunaan tarikh adalah amat dititikberatkan dalam sesuatu penulisan yang dihasilkan serta mengutamakan sumber rasmi dan bertulis. Realitinya pegawai-pegawai British itu hanya menulis dari sudut kaca mata mereka dengan memuatkan segala sumbangan yang telah mereka lakukan. Sementara itu, unsur penulisan dalam penulisan tempatan ialah bersifat akedemik dan berunsurkan sejarah. Sebagai contoh, makalah “ Kegunaan Pelajaran Tawarikh”22 oleh Mohd.Nor bin Muhammad dan makalah ini boleh dianggap sebagai memuatkan penerangan yang menyeluruh bagi kegunaan sejarah sebagai iktibar dan teladan. Penulis tempatan juga mementingkan tarikh dan juga sumber yang sahih untuk dijadikan sebagai rujukan bagi menghasilkan sesebuah karya. Secara keseluruhannya, unsur penulisan pada zaman klasik zaman penjajahan iaitu merujuk kepada penulisan kolonial dan penulisan tempatan terdapat unsur penulisan yang sama dimana pada zaman penjajahan (penulisan kolonial) dan penulisan tempatan kedua-kedua zaman ini mementingkan penggunaan tarikh dan sumber yang sahih bagi menghasilkan sesebuah karya sejarah yang berautoritatif.
20
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmusejarah dan Pensejarahan,Kuala Lumpur,;Dewan Bahasa dan Pustaka,2006, hlm.135.
21
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1997,hlm.204. 22 Arba’iyah Mohd Noor, Ilmusejarah dan Pensejarahan,Kuala Lumpur,;Dewan Bahasa dan Pustaka,2006,hlm.140. 7
2.0 TUJUAN PENULISAN Perubahan pensejarahan di Tanah melayu dapat dilihat dari segi tujuan penulisan sejarah yang dihasilkan pada waktu itu. Tujuan penulisan dalam pensejarahan zaman klasik adalah untuk kepentingan dan keperluan penaung serta masyarakat disekeliling. Kepentingan dan keperluan penaung ini merujuk kepada pemerintah antaranya pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Pada zaman tersebut ramai golongan ugama atau ulama yang menulis sejarah berdasarkan arahan daripada Sultan.23 Sebagai contoh dalam buku Sejarah Melayu terdapat petikan yang mengisahkan tentang pengasasan dan perkembangan kerajaan Melaka yang memerintah ketika itu.24 Melalui keterangan ini dapat dilihat peranan penulis pada zaman klasik lebih tertumpu kepada salah silah atau asal-usul sesebuah kerajaan yang memerintah. Selain itu, peranan golongan ulama sebagai penulis sejarah juga lebih mementingkan penulisan berlandaskan agama untuk tujuan penyebaran agama. Tujuan penulisan pada zaman klasik juga adalah untuk keperluan masyarakat sekeliling terutamnaya orang Melayu. Hal ini kerana kehidupan pasa masa tersebut terdapat pemerintah iaitu sultan sebagai ketua dalam negeri. Oleh itu untuk mengelakkan keadaan yang huru-hara dan kestabilan sesebuah negeri maka Undang-Undang Melaka (Hukum Kanun Melaka), Undangundang Perak 99 menjadi asas dalam kehidupan yang mempunyai peraturan.
23 24
Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan dan Sukan, 1975, hlm.3. Ibid.hlm. 3. 8
Tujuan penulisan pada zaman klasik juga sebagai panduan kepada pemerintah yang seterusnya. Hal ini kerana dalam penulisan pensejarahan zaman klasik terdapat naskah Adat Raja-raja Melayu. Naskah ini mengandungi Adat-adat diraja Melayu yang diwarisi daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Antaranya ialah adat istiadat yang berkait dengan upacara seperti melenggang perut, kelahiran, perkahwinan dan pertabalan dan pengebumian jenazah diraja.25 Jelaslah, tujuan penulisan pada zaman klasik ini dapat dijadikan panduan serta dapat diamalkan oleh pemerintah seterusnya. Seterusnya, penulisan zaman klasik juga bertujuan untuk tatapan generasi akan datang iaitu keluarga dan anak cucu.26 Sebagai contoh, karya yang mencatatkan mengenai hal ini adalah dalam karya Sulatus Salatin dimana Tun Sri Lanang menyatakan bahawa antara tujuan karya tesebut dihasilkan ialah ‘‘…supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu’’.27 Dengan ini, penulisan pada zaman klasik ini dapat dijadikan rujukan oleh genarasi seterusnya. Tidak dinafikan tujuan penulisan pada karya tradisonal itu adalah terhasil daripada arahan pihak istana, namun tidak wajar untuk mengatakan bahawa kandungan karya-karya tradisoanal secara keseluruhannya mempersembahkan kisah dan kelas pemerintah. Hal ini kerana, sebuah karya pada zaman kalsik sudah tentu mengandungi sesuatu yang berkaitan dengan milik orang ramai, iaitu merentasi kepentingan golongan pemerintah dan juga golongan diperintah. Dalam pada itu, perubahan pensejarahan di Tanah Melayu dapat dilihat pada zaman penjajahan iaitu penulisan kolonial. Pada zaman ini, penulisan para sejarawan dihasilkan oleh sejarawan Barat khususnya Portugis, Belanda dan British. Kedatangan penjajah Barat tersebut ke Tanah 25
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara,Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd,1992,hlm.77. 26 Ibid.hlm.77. 27 Ibid.hlm.164. 9
Melayu disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang paling jelas ialah faktor ekonomi. Menurut Khoo Kim, tujuan utama Portugis datang ke Tanah Melayu ialah untuk mencari kekayaan material.28 Begitu juga dengan Belanda menguasai Melaka untuk kepentingan perdagangan. Penulisan orang Barat adalah bertujuan untuk mengagungkan pencapaian sesebuah kerajaan. Hal ini dapat dilihat apabila pujangga Portugis menulis kerana dua tujuan iaitu mengagung-agungkan kecapaian kerajaan Portugis dan untuk meluaskan pengetahuan tentang dunia Timur.29 Sebagai contoh, Alfonso de Alboquerque yang banyak menulis tentang Melaka dalam suratnya kepada Raja Manuel. Manakala tujuan penulisan British pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai negeri-negeri Melayu dan melaporkan segala hal ke negara asal mengenai corak kehidupan masyarakat orang Melayu. Contoh penulis British James Richardson Logan yang mengasaskan Journal of Indian Archipelago and Eastern Asia atau Logan’ Journal yang mengandungi bahan-bahan yang amat bernilai tentang Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.30 Perubahan tujuan penulisan seterusnya dapat dilihat dalam penulisan tempatan. Penulisan sejarah dalam kalangan penulis bertujuan untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu seperti Melihat Tanah Air yang ditulis pada tahun (1941 ) dan Sekitar Malaya Merdeka (1951) yang dikarang oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan Dr. Burhanuddin al-Helmy menerbitkan Sejarah Perjuangan Kita untuk membangkitkan semangat perjuangan Kebangsaan Melayu.31
28
Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan dan Sukan, 1975, hlm.5. Ibid , hlm.6. 30 Ibid.hlm.7. 31 Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan , hlm 354-357. 29
10
3.0 FAKTOR PENGGALAK PENULISAN Perubahan pensejarahan di Tanah Melayu seterusnya dapat dilihat melalui aspek faktor penggalak penulisan dengan kata lain faktor yang mendorong penulis menghasilkan karya mereka. Pada zaman klasik atau tradisional faktor penggalak penulisan adalah merupakan perintah daripada Raja khususnya untuk mengangkat martabat Sultan serta mengharumkan wangsa atau pemerintah. Sebagai contoh, karya Sejarah Melayu yang dikarang semula oleh Tun Sri Lanang yang merupakan perintah Raja. Seterusnya, faktor penggalak penulisan yang mendorong seseorang penulis untuk mengarang ialah ingin menyebarkan ajaran dan pengetahuan agama.32 Hal ini tidaklah menghairankan kerana pengetahuan berkaitan para anbia dan rasul adalah suatu yang dituntut dalam syariat dan masyarakat Islam begitu juga dengan tokoh-tokoh lagenda Islam. Tambahan pula, orang Melayu telah menerima agama Islam sejak awal abad ke15 lagi menyebabkan penyebaran ajaran agama Islam adalah mudah. Sebagai contoh, karyakarya pensejarahan berunsur keagamaan iaitu tokoh-tokoh lagenda Islam dimuatkan dalam karya Sejarah Melayu atau Sulatus Salatin seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafaih.33 Kemuculan para pujangga, penulis dan alim ulama juga mendorong kepada penulisan di Tanah Melayu pada zaman klasik. Sementara itu, faktor penggalak penulisan pada zaman penjajahan (penulisan kolonial) berbeza dengan zaman sebelumnya. Hal ini kerana, faktor yang mendorong penulisan kolonial ialah telah wujud tradisi keilmuan di Barat menyebabkan penulis kolonial terpengaruh dengan tradisi tersebut dan membawanya ke Tanah Melayu. Selain itu, pengaruh ini juga telah menjalar kesetiap pelosok termasuk di Tanah Melayu. Faktor seterusnya ialah, sarjana-sarjana Barat 32
Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.4. Muhd .Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,hlm.63. 33
11
dalam abad ke-19 telah menyalin koleksi manuskrip di Istana Raja-raja Melayu yang menyebabkan sarjana Barat tersebut terdorong untuk melakukan penulisan di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Syair Raja Siak merupakan salah satu koleksi manuskrip di Istana Melayu yang disalin oleh sarjana Barat.Di samping itu, faktor penggalak penulisan pada zaman penjajahan ialah pegawai British diarahkan untuk menyiasat dan menyelesaikan perselisihan faham di negeri Melayu secara tidak langsung mereka menulis sejarah politik beberapa negeri di Tanah Melayu.34 Lebih-lebih lagi, sifat orang Barat yang suka mencatat tempat mereka lawati menyebabkan mereka dapat menghasilkan sesebuah penulisan mengenai tempat tersebut. Sebagai contoh, dalam buku yang bertajuk T.J. Newbold bertajuk Political and Statistical Accounts of the British Settlements in the Starits of Malaca yang menggambarkan tentang ekonomi Negeri-negeri Selat dan Semenanjung Tanah Melayu .35 Walaubagaimanapun, faktor penggalak penulisan dalam penulisan tempatan adalah disebabkan munculnya kesedaran dalam kalangan anak-anak Melayu tentang diskriminasi yang ditunjukkan oleh British terhadap orang Melayu. Selepas perang dunia ke-2 iaitu berakhirnya kolonialisme dan membawa kepada peningkatan semangat nasionalisme dalam kalangan orang tempatan. Oleh itu, dengan meningkatnya semangat nasionalisme penulis tempatan semakin berminat untuk menulis karya berkaitan kepentingan sejarah. Sebagai contoh, penghasilan karya penulisan tempatan yang cuba menaikkan semangat nasionalisme terhadap anak Melayu antaranya ialah karya Ibrahim Haji Yaakob seperti Sejarah dan Perjuangan di Malaya, Nusa dan Bangsa dan Sekitar Malaya Merdeka.36 Melalui karya ini, semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam
34
Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.9. Swettenhem adalah penulis yang sebuah buku yang boleh dianggap sebagai standard text yang pertama tentang sejarah Tanah Melayu. Buku British Malaya: Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya telah diterbitkan dalam tahun 1906, iaitu selepas Swettenham bersara daripada perkhidmatan kolonial (Lihat Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.9). 36 Khoo Khay Kim, Panji-panji Gemerlapan: Satu Perbicaraan Pensejarahan Melayu,hlm186-187. 35
12
kalangan anak Melayu. Selepas kemerdekaan, K.G Trengonning37 telah menyokong sejarah yang bersifat Malaysian-centric. Malaysian-centri membawa maksud bahawa penulisan sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberi penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri dan bukanya orang Barat. Seterusnya, penubuhan Jabatan Sejarah di Universiti Malaya juga merupakan antara pendorong kepada peningkatan terhadap penulisan tempatan. Hal ini kerana, melalui penubuhan Jabatan ini ramai anak tempatan menceburkan diri dalam penulisan sejarah Malaysia yang berbentuk ilmiah yang dahulunya dimonopoli oleh Barat.
37
Merupakan Professor di Singapura ( Lihat Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hlm.23). 13
4.0 BENTUK PENULISAN (GENRE PENULISAN) & GAYA PENULISAN Perubahan pensejarahan di Tanah Melayu antara pensejarahan zaman klasik, zaman penjajahan (penulisan kolonial) dan penulisan tempatan dapat dilihat melalui bentuk penulisan ataupun disebut sebagai genre penulisan dan gaya penulisan. Terdapat beberapa bentuk penulisan pada karya pensejarahan zaman klasik antaranya ialah prosa, syair dan hikayat. Penghasilan karya dalam bentuk syair bukan sahaja merupakan sesuatu yang digemari sekurang-kurangnya sehingga tahap menjelang Perang Dunia Kedua, tetapi ditinjau dari segi pengolahan serta isi kandungannya.38 Merujuk kepada pensejarahan negeri misalnya, antara syair yang terawal ialah syair yang terdapat di bahagian dua Misa Melayu karya Raja Chulan.39 Manakala, antara hikayat yang terkenal pada zaman klasik ialah Hikayat Merongmahawangsa, Hikayat Pahang40 dan Hikayat Sarawak. Selain itu, bentuk penulisan karya pada zaman klasik juga antaranya ialah dalam bentuk Undang-undang Melayu Lama. Sebagai contoh, Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Seterusnya, gaya penulisan dalam karya pensejarahan pada zaman klasik ialah penulisan secara deskriptif ataupun penceritaan dan juga penulisan berkenaan salasilah raja-raja dan undang-undang negeri.
38
Muhd .Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,hlm.29. 39 Syair ini tidaklah meriwayatkan semula sejarah negeri Perak yang telah dituliskan dalam bahagian pertama Misa Melayu melainkan penumpuannya adalah tentang keberangkatan baginda Sultan Iskandar “belayar menyusuri sepanjang Sungai Perak hingga ke kualanya;kemudian menyusur pula sepanjang pantai hingga ke Matang”( Lihat Muhd .Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,hlm.30) 40
Hikayat Pahang memuatkan peristiwa yang berlaku dan tokoh-tokoh negeri tersebut dalam jangka masa yang agak singkat berbanding dengan Misa Melayu, Hikayat Merongmahawangsa dan Hikayat Johor (”( Lihat Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,hlm.12) 14
Walaubagaimanapun, pensejarahan pada zaman penjajahan (penulisan kolonial) bentuk penulisan yang terdapat pada zaman tersebut ialah penulisan dalam bentuk laporan rasmi. Sebagai contoh, laporan rasmi Suma Oriental karya Tome Pires. Selain itu,bentuk penulisan pada zaman ini ialah penulisan yang diterbitkan dalam bentuk buku dan jurnal. Sebagai contoh, buku R.O Winstedt iaitu “A History of Malaya” dan “ A History of Malaya Literature” dan jurnal Logan’s Journal.41 Manakala, bentuk penulisan tempatan ialah makalah iaitu akhbar dan majalah. Akhbar atau majalah yang mengandungi penulisan pensejarahan, itu diterbitkan atau daripada cogan kata bagi akhbar atau majalah yang berkenaan. Sebagai contoh, akhbar mingguan Lidah Benar (Klang:1929-1932) menerangkan tujuan penulisan itu melalui ruangan “ Bahagian Cerita”, iaitu ruang yang memuatkan cerita dan kisah sejarah.42 Sementara itu, penulisan tempatan dalam bentuk majalah antaranya ialah dalam Majalah Guru43, Majalah Penyuluh dan Masa. Seterusnya, bentuk penulisan tempatan ditulis berdasarkan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris. Sebagai contoh, Kisah Hidup Sir Stanford Raffles karya R.O Pringle dan diterjemahkan oleh Abdul Rahman al-Kudsi.44
41
Lihat Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,Kuala Lumpur:Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,1975,hl.7) 42 Muhd .Yusof Ibrahim,Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.137. 43 Majalah Guru merupakan keluaran Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Sejak awal lagi Majalah Guru telah menampakkan kepekaannya terhadap kepentingan menyiarkan penulisan yang berbentuk sejarah.(Lihat Muhd .Yusof Ibrahim,Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.150). 44
Ibid.hlm.128. 15
5.0 KAEDAH PEMIKIRAN Perubahan pensejarahan di Tanah Melayu juga dapat dilihat dari segi kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran ketiga-tiga zaman penulisan adalah berbeza. Hal ini kerana setiap sejarawan yang menulis sejarah mempunyai tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu kajian yang dijalankan atau peristiwa yang berlaku. Pada zaman klasik penulisan pensejarahan yang dibuat oleh para penulis adalah bebas membuat tafsiran tersendiri terhadap peristiwa yang diungkapkan. Sebagai contoh dalam karya dan hikayat yang ditulis oleh penulis zaman kalsik lebih tertumpu kepada cerita yang hendak disampaikan seperti cerita yang mengandungi mitos dan lagenda.45 Antara karya yang dianggap mengandungi unsur mitos adalah Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu tulisan sejarah yang dihasilkan oleh para penulis zaman klasik adalah untuk mengembirakan raja. Penulisan pensejarahan zaman klasik mengalami perubahan pada zaman penulisan penjajahan dari segi kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran penulisan pada zaman ini lebih bersifat kepada corak pemikiran orang Barat. Hal ini kerana penulisan pada zaman penjajahan dikuasai oleh Barat yang berada di Tanah Melayu. Penulisan yang dihasilkan adalah berat sebelah atau dikenali bersifat Euro-Centric. Penulisan orang Barat ini mementingkan pandangan mereka tanpa mempedulikan pendapat orang Melayu kebenaran sesuatu peristiwa itu berlaku. Sebagai contoh tulisan yang boleh di anggap bersifat euro-centric adalah kisah tentang Tok Janggut yang dianggap pengkhianat melalui tulisan Barat namun kebenaran kesahihanya disembunyikan semata-mata untuk membuktikan bahawa orang Barat adalah pewira di Tanah Melayu.
Arba’iyah Mohd Pustaka,hlm.107. 45
Noor. 2006. Ilmusejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
16
Walaubagaimanapun, tedapat juga pengkaji yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap karya-karya sejarah koloni yang agar berat sebelah seperti D.G.E, J.R.W Small dan John Bastin. Penulis- penulis ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap karya yang dihasilkan oleh orangorang Barat. Mereka mengatakan bahawa pegawai-pegawai British itu hanya menulis dari sudut kaca mata mereka dengan memuatkan segala sumbangan yang mereka lakukan.46 Selepas itu, pensejarahan di Tanah Melayu turut mengalami perubahan dari penulisan zaman penjajahan kepada penulisan tempatan. Perubahan itu juga dapat dilihat segi kaedah pemikiran dimana penulis tempatan pada zaman ini mulai sedar tentang pentingnya sejarah. Kaedah pemikiran penulis tempatan pada zaman ini ingin membuktikan peristiwa yang sebenarnya berlaku di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Frank Swettenham pernah mengatakan bahawa orang Melayu sebagai bangsa yang malas, tidak berperaturan dan tidak mempunyai institusi politik. Manakala orang Eropah lebih pintar daripada orang Asia sehinggakan mereka dapat mengusai rantau Asia dengan mudah sekali.47 Antara karya yang dihasilkan oleh penulis awal tempatan ialah Sejarah Alam Melayu karya Cikgu Abdul Hadi Hassan dan Ahmad Bin Abdullah yang menulis Darah Melaka, Keris Melaka, Hang tuah, Melayu Tak’kan Hilang, dan Hujan Darah Di Selat Melaka.48 , Muhammdad Yusuf Bin Muhyuddin Kegunaan Ilmu al-Tarikh. Selepas merdeka penulisan pensejarahan semakin bertambah apabila tertubuhnya Universiti Malaya di tubuhkan di Singapura dan pada waktu tersebut lahirlah Jabatan Sejarah. Melalui penubuhan jabatan ini semakin ramai yang
Arba’iyah Mohd Noor. 2006. Ilmusejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.135. 47 Muhd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah : Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 206. 46
17
memceburkan diri dalam penulisan sejarah yang berbentuk ilmiah yang pernah hampir menjadi monopoli orang Barat. Menjelang tahun 1970, pemikitran tentang pensejarahan Malaysia semakin jernih. Kegiatan penyelidikan dan penulisan yang berlaku di kalangan penuntut sejarah di semua institusi pengajian tinggi masa sekarang hanya mencerminkan kesedraran tentang konsep sejarah yang baharu.49 Sebagai contoh, siswazah tempatan yang menjalankan penyelidikan dalam sejarah Malaysia ialah R.R. Bonney, Philip Loh Fook Seng dan Goh Yong Fong. 50 Dalam kaedah pemikiran jelas menunjukkan penulis tempatan semakin berani menghasilkan karya sejarah tanpa dipengaruhi oleh pemikiran Barat walaupun masih merujuk kepada sumber orang Barat dalam membuat penyelidikan.
49
Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia , Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan dan Sukan, 1975, hlm.26.
50
Ibid.hlm.21 18
KESIMPULAN Pensejarahan di Tanah Melayu jelas banyak mengalami perubahan sehingga abad ke-20 iaitu pada tahun 1999. Perubahan pensejarahan di Tanah Melayu termasuklah yang berlaku pada zaman klasik (tradisonal), zaman penjajahan (penulisan kolonial) dan penulisan tempatan. Perubahan pensejarahan yang dapat dilihat dalam kesemua zaman tersebut termasuklah perubahan dari segi unsur penulisan, tujuan penulisan, faktor penggalak penulisan, gaya penulisan, serta kaedah pemikiran. Walaupun penulisan pensejarahan pada zaman klasik zaman penjajahan (penulisan kolonial) dan penulisan tempatan mengalami perubahan namun falsafah sejarah tetap sama iaitu sejarah adalah sesuatu yang boleh memberikan pengajaran kepada manusia. Jika dilihat penulisan sejarah sepanjang beberapa abad ini akan kelihatan bahawa apa yang ditulis sama ada pada zaman penjajahan iaitu Portugis dan British berada di Tanah Melayu menunjukkan bahawa ahli sejarah adalah manusia yang amat sensitif mengenai perkembanganperkembangan yang berlaku di sekitarnya khusunya peristiwa yang berkaitan dengan sejarah. Dengan ini, melalui sejarah keadaan sekarang lebih mudah untuk difahami dan menjadi iktibar daripada sejarah tetapi tidak bermakna kita haru kembali ke zaman lampau.
19
BIBLIOGRAFI Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmusejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli Mohd. Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khoo Kay Kim. 1975. Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Khoo
Khay Kim.1998.Panji-panji Gemerlapan: Satu Melayu.Universiti Malaya.Penerbit Universiti Malaya.
Perbicaraan
Pensejarahan
Muhammad Yusoff Hashim.1992. Pensejarahan Malaysia:Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd. Yusof Ibrahim.1997. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Profesor Madya Dr.Hj Ahmad Jelani. 2011. Isu-isu Terpilih Sejarah Alam Melayu. Terjemahan Ishak Saat Adnan Jusoh, Batu Pahat Johor : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Raja Ali Haji.1982. Tuhfat Al-Nafis. Terjemahan Virgina, Matheson. Kuala Lumpu:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
20