Gis Report

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gis Report as PDF for free.

More details

  • Words: 585
  • Pages: 17
PENDAHULUAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa ke atas sekalian mahkluk. Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keberkatan-Nya dapat kami (Kumpulan Gajah Hijau) menyempurnakan amali pertama yang diberikan kepada kami iaitu proses Pendigitan Data (Perolehan Data dan Pra-Pemprosesan) dengan menggunakan perisian MapInfo Professional 7.0 dimana kami dikehendaki malakukan proses pendigitan data yang diperolehi daripada PA 53445, Negeri Johor, Daerah Kota Tinggi, Mukim Tanjong Surat yang meliputi lot-lot berkenaan iaitu ; i. Lot 5010 – 5023 ii. Lot 5029 – 5037 Kami diberi tempoh selama satu (1) minggu untuk menyempurnakan amali pertama ini. Amali ini memerlukan kami melakukan proses pendigitan keatas Pelan Akui sepertimana yang dinyatakan diatas.

1

PENGENALAN GIS GIS atau dikenali sebagai Sistem Maklumat Geografi merupakan suatu sistem komputer yang boleh menyimpan, perolehan, mengolah, memaparkan, menganalisa maklumat. Ia melibatkan satu kaedah menyimpan, mencapai, menyusun, dan membandingkan data spatial untuk untuk menyokong proses-proses penganalisaan. Sebagai tambahan, GIS mungkin dapat menggunakan pakej luar (external packages) bagi membantu sub-sistemnya melakukan operasi-operasi tertentu. la juga seharusnya dapat membolehkan data-data dipindahkan di antara pangkalan data dengan pantas yang ditangani oleh komputer dan perisian yang berbeza-beza. Dari itu GIS harus dapat berkomunikasi dan menggunakan kebolehan-kebolehan sistem yang lain. Ini menunjukkan sesuatu GIS dapat melakukan pergerakan maklumat dengan bebas dan dalam berbagai bentuk. Perisian Mapinfo Profesional merupakan salah satu system pengurusan pangkalan data yang dapat memberikan gambaran visual, penerokaan, pertanyaan, analisis data geografi dengan baik. Dalam perisian Mapinfo, konsep lapisan ini telah digunakan. Konsep ini membolehkan data-data yang dimasukkan disimpan secara berlapisan supaya dapat menghasilkan satu sistem pengurusan yang cekap dalam analisis dan persembahan grafik. Mapinfo dapat membaca fail data dalam bentuk AutoCAD(>dxf). Mapinfo merupakan perisian yang dapat memaparkan analisis data yang rumit dengan teliti disamping menjimatkan kos, meningkatkan keberkesanan dan kualiti

kerja

dengan

kebijaksanaan

berasaskan

intelligence).

2

kedudukan

(location-based

Tajuk Amali - Proses Pendigitan Data

Objektif - Melakukan proses pendigitaan data.

Perkakasan dan Perisian yang diguanakan i. Perkakasan •

Monitor



Papan kekunci



Printer



Rangkaian



Tetikus

ii. Perisian •

MapInfo Profesional 7.0

Tempoh Masa - Satu (1) Minggu

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

Kesimpulan

Setelah menjalankan proses perolehan data dan pra-pemprosesan data telah dapat dilihat kebaikan dan kelebihan bidang GIS ini. dilihat bahawa perisian GIS yang digunakan iaitu MapInfo Profesional 7.0 banyak memberikan kemudahan dan kebaikan terutamanya dalam bidang ukur. Sebagai contoh perisian GIS ini mudah untuk dikendalikan dan sebagai perisian yang mampu menguruskan data geografi yang dikatakan tedious, mahal dan terdedah kepada kesilapan sekiranya di buat secara manual. Namun begitu bidang GIS ini bukan sahaja berguna kepada bidang ukur semata-mata, ia digunakan secara meluas oleh kumpulan pengguna lain. Oleh yang demikian GIS bukannya satu sistem yang asing di Zaman ICT ini kerana ia bukan sahaja boleh menyimpan dan memaparkan malah boleh menganalisis dan memanipulasi data. GIS memaparkan data dalam bentuk lapisan mengikut tema. Berdasarkan maklumat yang disediakan ini, pengguna boleh membuat analisis visual (Ahris Yaakup, 1999). Dua puluh tahun lepas, peta digital dapat memaparkan taburan yang dikehendaki pengguna tetapi keupayaan tersebut terhad kepada pemaparan yang statik. Kini, dengan menggunakan GIS, pengguna boleh berinteraksi dengan sistem dan meminta sistem membuat analisis di atas data-data yang dikehendaki. Bukti kepentingan GIS ini dapat dilihat apabila Pada tahun 1992, Pengajian GIS telah diperkenalkan kepada pelajar tahun empat,lima dan enam di Amerika Syarikat. Pelajar-pelajar tersebut dikehendaki menjalankan kajian mengenai aspekaspek alam sekitar dalam bentuk peta digital. Oleh yang demikian terbuktilah bahawa GIS adalah sesuatu yang penting dalam dunia membangun hari ini selaras dengan perkembangan ICT.

17

Related Documents

Gis Report
May 2020 1
Gis Report
May 2020 3
Gis Project Report
April 2020 2
Gis
May 2020 35
Gis
October 2019 50
Gis
October 2019 48