Full Assigment Ulp

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Full Assigment Ulp as PDF for free.

More details

  • Words: 6,285
  • Pages: 26
D

Kajian Kes Pembangunan Sahsiah: Sejauh Manakah Keprihatinan Pelajar UPSI (KUO) dalam Isu Kekejaman Zionis di Palestin Nama Nor Anis binti Saleh Nor Farah Aina bt Ahmad Nazri Siti Aishah binti Abdul Latiff Nor Rafiah bt Hussin Norlela binti Mohammad Ummi Mutti’ah binti Samiran

No. Matrik D 20081032365 D 20081032330 D 20081032348 D 20081032374 D 20081032375 D 20081032513

Program AT16 AT16 AT16 AT16 AT16 AT23

Kursus: Pembangunan Sahsiah

Kod Kursus: ULP 1013 Nama Pensyarah: Tn. Hj. Nazri bin Johari Tarikh Serahan: 4 Mac 2009

ISI KANDUNGAN

1

Halaman 1) PENDAHULUAN

1

2) FAKTA LITERATURE 3) FAKTA INTERVIEW

2 3

4) FAKTOR-FAKTOR KEPRIHATINAN MAHASISWA 5) CIRI-CIRI MAHASISWA YANG PRIHATIN 6) KESAN-KESAN KEPRIHATINAN

4-7 8-11 12

6.1

Kesan kepada individu

12-13

6.2

Kesan kepada masyarakat

13-14

6.3

Kesan kepada negara

14-15

7) ANALISA ATAU PERSONALITI

15-17

8) MODUL KEPRIHATINAN WARGA KOLEJ UNGKU OMAR TERHADAP KEKEJAMAN ZIONIS DI PALESTIN.

18-21

9) KESAN MODL TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI

21-22

10) SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODUL

22-23

11) RUMUSAN DAN KESIMPULAN

24

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

1.

Pengenalan

2

Kekejaman Israel sebenarnya telah berlaku sejak berkurun lamanya, namun barulah sekarang ramai pihak yang baru ingin membuka mata terhadap perkara ini. Di mana keprihatinan anda sebelum ini? Apakah kita mempunyai perasaan ketika melihat anakanak kecil yang tidak bersalah dibunuh begitu sahaja? Di mana keprihatinan kita jika kita sebenarnya yang menyumbangkan bekalan peluru kepada askar Israel? Inilah yang ingin kami kaji terhadap mahasiswa-mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mahasiswa UPSI akan menjadi bakal guru pada masa hadapan. Jika tiada sifat keprihatinan dalam diri mereka, mampukah mereka bergelar seorang pendidik yang bitara? Sedar atau tidak isu ini kelihatan seperti benda kecil. Namun, jika dilihat secara keseluruhan, keprihatinan merupakan perkara yang perlu dipandang serius oleh setiap mahasiswa. Mahasiswa merupakan penggerak generasi masa hadapan lebih-lebih lagi bakal guru yang akan mendidik anak-anak yang akan menerajui negara sedikit masa nanti. Oleh itu, jika mahasiswa tiada ataupun kurang sifat keprihatinan maka akan hancurlah negara kita nanti. Oleh itu, untuk kajian tentang keprihatinan mahasiswa ini, kami memilih tentang kekejaman di Israel kerana perkara ini perlu diberi perhatian. Jika mahasiswa tidak prihatin akan isu ini, masakan mereka akan prihatin tentang isu yang lain pula. Oleh itu, akan kita lihat sebentar lagi keperincian kajian kami terhadap isu ini.

2.

Fakta Literature

3

Fakta Literature bermaksud fakta yang melibatkan kesusasteraan, kepustakaan ataupun maklumat. Dalam kajian kes kami, fakta literature yang boleh diguna pakai ialah: Bertolt Brecht, mengatakan dalam bukunya “When Evil-Doing Comes Like Falling Rain” When evil-doing comes like falling rain, nobody calls out ‘stop!’ When crimes begin to pile up they become invisible. When sufferings become unendurable the cries are no longer heard. The cries, too, fall like rain in the summer. Apa yang boleh kita lihat di sini ialah Bertolt Brecht mengatakan bahawa apabila terlalu banyak kekejaman berlaku, maka tiada siapa akan mengatakan hentikan semua ini. Realitinya, inilah yang berlaku apabila kekejaman di Israel sudah berkurun lama berlaku, namun sejak dulu lagi sehingga sekarang masih sukar untuk kita mengatakan agar semua ini dihentikan kerana sedar atau tidak, kitalah yang mencetuskan kekejaman tersebut. Dalam penyataannya lagi, dapat kita lihat beliau berkata bahawa apabila terlalu banyak kekejaman berlaku, kita akan lihatnya sebagai sesuatu yang tidak perlu diherankan lagi, seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Dan apabila penderitaan sudah dapat diterima, tiada lagi tangisan yang akan kita dengari dan tangisan itu seolaholah dihujani pada musim panas. Apa yang dapat kita katakan secara keseluruhan, apabila kita sudah tidak ambil peduli tentang semua ini, maka kekejaman dilihat sebagai sesuatu yang normal. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di dunia ini kurang prihatin terhadap isu kekejaman sehinggakan kita boleh pandang sebelah mata sahaja akan perkara ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kita sepatutnya mempunyai sikap prihatin terhadap perkara ini. Oleh sebab itu, kami memilih tajuk ini untuk dijadikan kajian kes kami. Kami ingin lihat sejauh mana keprihatinan mahasiswa terhadap isu kekejaman di yang berlaku di Israel. 3.

Fakta Interview

4

Didapati bahawa penghuni mahasiswa di Kolej Ungku Omar menunjukan keperihatinan mereka dengan memperjuangkan isu Palestin yang menjadi fokus penting kepada seluruh mahasiswa. Semenjak hari pertama serangan Yahudi sudah ribuan umat Islam yang tidak berdosa bermandi darah terkorban dan tercedera akibat bedilan pelurupeluru oleh Yahudi. Didapati, sewaktu peperangan berlangsung antara Hamas dan Israel ramai mahasiswa seluruh dunia termasuk mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris bangkit memperjuangkan isu ini dan mengancam Yahudi. Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh penghuni di Kolej Ungku Omar bagi menunjukan keperihatinan mereka iaitu dengan mewarnai munajat kepada Palestin yang mana bukan hanya doa-doa sahaja yang dibaca tetapi kehidupan tokohtokoh pejuang Palestin, menganjurkan diskusi-diskusi ilmiah berkenaan Palestin dimeriahkan dengan kedatangan mahasiswa agar mahasiswa mengetahui semua isu baru di Palestin. Selain itu, forum-forum, ceramah, pameran, deklamasi puisi, memboikot barangan Yahudi dan Amerika dan sebagainya menjadi usaha para mahasiswa di Kolej Ungku Omar. Bukan terhenti sekadar itu sahaja, sumbangan dana kewangan untuk membangunkan Palestin yang berdarah dilakukan secara besar-besaran. Perkara asa yang paling penting ialah doa untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin agar mereka tidak dibelenggu dengan masalah.

4.

Faktor-faktor Keprihatinan Mahasiswa.

5

Perjuangan isu Palestin kini menjadi suatu fokus penting kepada seluruh mahasiswa sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Fenomena hari ini jelas menggambarkan bahawa mahasiswa kini semakin berani untuk bersuara dan sentiasa mengikuti isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Hal ini adalah penting dan perlu diambil peduli oleh setiap mahasiswa tanpa mengira kaum dan agama kerana isu yang berlaku di Palestin tersebut adalah bersifat sejagat. Sejak hari pertama serangan Yahudi hingga ke saat ini, sudah ribuan umat Islam yang tidak berdosa bermandi darah terkorban dan tercedera akibat bedilan peluru-peluru oleh Yahudi yang tidak berhati perut. Rumah-rumah, bangunan, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya musnah dan ranap dalam sekelip mata. Keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis sejak bertahun lama ini semakin melampau dan tidak berhati perut. Kanak-kanak dan kaum wanita yang tidak berdaya semakin ramai menjadi mangsa kekejaman mereka. Oleh itu, sebagai penggerak masa depan dunia, mahasiswa seharusnya sentiasa responsif terhadap isu kemanusiaan ini agar tiada lagi pertumpahan darah yang bakal berlaku. Keprihatinan mahasiswa adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang meliputi faktor dalaman serta faktor luaran. Antara faktor yang boleh membantu menerapkan sifat keprihatinan dalam diri mahasiswa ialah faktor media massa yang dianggap sebagai faktor terpenting hari ini. Hal ini demikian kerana media massa merupakan medium utama yang perlu bagi memperoleh serta menyebarkan ilmu. Contohnya, televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet adalah sangat berpengaruh terhadap masyarakat kerana tugas utamanya adalah untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Umumnya, media massa sentiasa menyiarkan berita-berita terbaru mengenai apa yang berlaku di dalam dan di luar negara secara cepat dan tepat. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu masyarakat terutamanya mahasiswa supaya sentiasa ’up to date’ tentang isu semasa. Malahan, mereka juga mampu memperoleh maklumat tanpa sempadan dengan melayari internet. Selain itu, media massa seharusnya turut sama menyokong usaha memboikot baranganbarangan Israel dengan tidak menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan Israel seperti iklan makanan, pakaian dan sebagainya. Sekiranya media massa tetap tidak memboikot

6

barangan Israel secara konsisten, secara tidak langsung ia juga mampu mengubah pendirian seseorang melalui iklan-iklan yang disiarkan sama ada di televisyen atau surat khabar. Oleh itu, peranan media massa dalam hal ini adalah besar terutamanya dalam usaha untuk memboikot serta menyekat perkembangan ekonomi Israel supaya mereka sedar bahawa dunia tidak bersetuju atas kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin. Selain itu, keluarga terutamanya ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam usaha menyemai rasa prihatin dalam diri seseorang individu. Apabila ibu bapa sentiasa mengambil tahu akan isu semasa yang sering berlaku, secara tidak langsung anak-anak juga akan terangsang untuk mengambil tahu perkara tersebut. Ibu bapa yang sering berbincang tentang isu semasa apabila berada di rumah, secara tidak langsung akan turut memberi kesan terhadap personaliti seseorang anak apabila berada di luar. Ibu bapa seharusnya memberikan pendedahan awal kepada anak-anaknya tentang kekejaman yang dilakukan Israel dan menerapkan dalam diri mereka rasa benci dan tidak suka kepada keganasan. Pada asasnya, pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah, iaitu secara pendidikan tidak formal sama ada melalui pembacaan mereka mahupun melalui pengajaran ibu bapa. Oleh itu, dalam hal ini, peranan ibu bapa adalah sangat penting dan perlu supaya anak mereka sentiasa prihatin akan isu semasa sekaligus mengambil berat akan apa yang berlaku kepada dunia hari ini terutamanya mengenai apa yang berlaku di Palestin. Di samping itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam usaha untuk menerapkan sifat prihatin dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh, pihak kerajaan atau universiti seharusnya mengambil peluang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di Palestin seperti menganjurkan ceramah, mengadakan solat hajat, mengadakan demonstrasi aman dan larian amal untuk menunjukkan sokongan masyarakat terutamanya mahasiswa kepada Palestin. Secara tidak langsung, hal ini dapat menunjukkan protes akan tindakan kejam Zionis terhadap kanak-kanak dan wanita di Palestin. Malahan, penganjuran aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh komuniti kampus ini mampu menimbulkan kesedaran kepada warganya bahawa betapa besarnya isu tersebut pada hari ini. Selain itu, kerajaan juga boleh

7

melancarkan kutipan derma bagi mendapatkan sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia yang prihatin supaya dapat disampaikan kepada saudara-saudara mereka yang menderita di Palestin. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, menurut Muhammad Nizal, anggota Biro Politik HAMAS, krisis Gaza hari ini bukan pada dana, sebaliknya adalah kepungan dan sekatan dana pembangunan Palestin yang telah dipolitikkan. Justeru, selain menghulurkan derma, masyarakat juga seharusnya sama-sama berdoa supaya keamanan dapat dicapai oleh rakyat Palestin suatu hari nanti. Selain itu, faktor rakan juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penerapan rasa ambil tahu dalam diri seseorang mahasiswa. Melalui rakan, mereka dapat berkongsi pendapat serta pengetahuan yang dimiliki sesama mereka melalui perbincangan dan sebagainya. Dalam konteks mahasiswa, mereka seharusnya sama-sama mengembeling tenaga dan minda untuk terus menjuarai isu-isu Palestin. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh mahasiswa walaupun genjatan senjata sudah diadakan adalah untuk memahami konsep surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” melalui ayat ini, telah jelas diterangkan dalam Al-Quran bahawa Israel sama sekali tidak akan membiarkan umat Islam menang bahkan mereka akan mencari jalan memperhambakan umat Islam dengan telunjuk mereka. Protokol Yahudi dan Talmud yang menjadi pegangan mereka jelas menyuruh umat Yahudi membunuh, merogol, mencuri dan memperlakukan apa sahaja asalkan kehendak mereka dipenuhi seperti ayat di atas. Selain itu, melalui rakan juga mereka dapat mengajak rakan lain supaya bersamasama melakukan perkara yang dapat membantu rakyat Palestin seperti memboikot barangan Israel, mengikuti ceramah dan demonstrasi aman atau menghulurkan derma. Walaupun usaha yang dilakukan ini kelihatan kecil pada pandangan kita, tetapi apabila ia dilakukan secara istiqamah atau berterusan, secara tidak langsung perkara ini mampu memberikan kesan terhadap Israel pada masa akan datang. Diskusi-diskusi ilmiah

8

berkenaan Palestin haruslah dimeriahkan dengan kedatangan mahasiswa agar mahasiswa mengetahui semua isu baru di Palestin untuk menjadikan mahasiswa benar-benar berjiwa global dan glokal. Forum-forum, ceramah, pameran, deklamasi puisi, sudut poster isu Palestin dan sebagainya haruslah dijadikan gaya hidup mahasiswa yang sihat. Bukan terhenti sekadar itu sahaja, sumbangan dana kewangan untuk membangunkan Palestin yang berdarah dilakukan secara besar-besaran. Perkara asas yang terpenting ialah doa untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin agar mereka tidak lagi dibelenggu dengan masalah. Justeru itu, mahasiswa seharusnya sedar dan sentiasa prihatin dengan masalah sejagat supaya sumbangan yang dilakukan walaupun sedikit, tetap membantu keamanan Palestin pada masa akan datang. Mahasiswa seharusnya diberikan peluang untuk melontarkan pendapat serta kritikan dengan sekatan-sekatan yang sepatutnya supaya mereka sentiasa menjadi penggerak keamanan pada masa depan. Sekiranya mahasiswa tidak bertindak dan hanya menunggu perubahan akan berlaku, mereka sebenarnya masih bermimpi dan tidak berpijak di bumi nyata. Menurut Barrack Obama, Presiden Amerika pada hari ini, “Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek.” Dalam hal ini, mahasiswa seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka untuk membawa perubahan kepada dunia pada masa akan datang mahasiswa mampu membawa perubahan kepada dunia sama ada melalui penulisan mahupun tindakan mereka dalam memperjuangkan keamanan sejagat supaya kuasa besar tidak sentiasa memonopoli orang lain pada masa akan datang. Oleh itu, adalah sangat jelas di sini bahawa mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membawakan perubahan positif kepada dunia pada masa akan datang.

5.

Ciri–ciri Mahasiswa Yang Prihatin

9

Dunia zaman kini telah mengalami suasana pertumpahan darah antara negara Islam iaitu Palestin dengan anggota tentera zionis. Negara Palestin yang didiami oleh penduduk yang menganut agama islam telah ramai yang terkorban dan tercedera ekoran daripada kekejaman tentera zionis. Pertumpahan darah ini telah melibatkan ramai rakyat yang beragama Islam yang tidak bersalah meninggal dunia. Di samping itu kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap golongan umat Islam juga bertindak

tanpa

memikirkan perasaan belas kasihan antara manusia. Oleh yang sedemikian, sebagai umat Islam yang bersikap prihatin semestinya mempunyai perasaan bersyukur kerana berada di bumi yang aman tanpa peperangan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, prihatin bermaksud mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, berdukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; ataupun berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat yang dicita-citakan selain menimbulkan rasa mengambil berat, memberi perhatian dan menimbulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak. Ciri-ciri orang yang prihatin boleh dikategorikan sebagai sikap mahmudah. Sikap ini telah dikategorikan sebagai sikap baik yang telah dituntut oleh setiap umat islam. Ciriciri prihatin yang perlu ada pada setiap umat islam ialah pengorbanan. Pengorbanan dapat dikelaskan kepada banyak kategori, misalnya suasana negara Palestin yang sedang bergolak dengan peperangan, ramai umat islam yang terkorban dan kita sebagai umat islam perlu memberikan ruang pengorbanan dengan menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Setiap umat Islam perlu berkorban tidak kira apa jua, lebih-lebih lagi dalam menegakkan agama Islam. Sebagai seorang yang prihatin, individu tersebut harus berani berkorban kerana apabila dia sanggup berkorban dari segi harta benda mahupun nyawa, itu sudah menunjukkan bahawa individu tersebut mengambil berat ataupun prihatin terhadap persekitarannya serta masyarakat di luar sana.

10

Salah satu ciri prihatin juga ialah sensitif dan peka dengan fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Hal ini dapat dibuktikan melalui masalah dunia Palestin yang sedang alami peperangan. Oleh yang sedemikian, kita harus bertanya kepada diri sendiri apakah kita peka dengan fenomena ini? Jika benar kita peka, kita akan mendapatkan maklumat mahupun sumber yang boleh kita perolehi maklumat lanjut seperti melalaui internet, surat khabar, televisyen, radio dan sumber-sumber media lain sama ada media massa atau cetak yang berkaitan dengan dunia peperangan dan pergolakan hidup ini. Sensitif juga dapat diungkapkan apabila sikap diri yang selalu mengikuti setiap perkembangan dan mengambil tahu apa yang sedang berlaku di Palestin setiap masa. Ciri-ciri orang yang prihatin juga termasuk sikap simpati dan belas kasihan. Tambahan pula apabila kita sebagai seorang penuntut pengajian tinggi perlu memainkan peranan supaya dapat menunjukkan sikap simpati tersebut. Sikap simpati atau belas kasihan ini dapat ditonjolkan apabila kita memainkan peranan sebagai umat islam. Misalnya dengan iringan doa yang ikhlas dapat menunjukkan keprihatinan kita terhadap mangsa pergolakan dan peperangan di negara Palestin. Sikap simpati atau belas kasihan dapat dilihat apabila kita melihat kesan dari kekejaman pihak askar Zionis. Gambaran yang diperoleh oleh setiap media massa atau cetak amat banyak. Sikap belas kasihan amat menyerlah apabila terdapat pembunuhan kejam terhadap golongan bayi yang tidak berdosa, kanak-kanak, remaja dan lain-lain. Golongan ini tidak mampu melawan atau menentang askar-askar Zionis yang bersenjatakan pelbagai senjata canggih. Terdapat linangan air mata antara setiap keluarga yang dipisahkan oleh oleh tentera Zionis. Di situ kita akan terbelenggu dengan suasana yang dialami oleh mereka dengan sikap simpati dan belas kasihan. Apabila kedengaran ledakan bom, rakyat bumi Palestin semestinya berada dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan. Hidup mereka diibaratkan “hidup di hujung tanduk “. Apabila menyelami kehidupan mereka, ibu bapa memainkan peranan penting kerana tentera Zionis yang mementingkan diri sendiri sanggup memisahkan sebuah keluarga dan membunuh ahli keluarga secara satu persatu.

11

Ciri-ciri orang prihatin yang seterusnya ialah sikap kerjasama dan muafakat antara satu sama lain. Setelah mempunyai sikap kerjasama sesama umat islam, kita dapat membantu rakyat Palestin melalui pelbagai cara antaranya mengadakan larian amal, ceramah, demonstrasi amal, memboikot barangan Israel, dan sebagainya. Pemupukan sikap kerjasama ini dapat dibentuk mengikut kesesuaian kita sebagai umat islam untuk membantu rakyat Palestin yang berada dalam pergolakan dan peperangan yang dilanda oleh tentera Zionis. Sekurang-kurangnya, melalui kerjasama itu kita dapat membantu mereka untuk meringankan bebanan, misalnya dari segi keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal. Pernahkah anda terdetik di hati untuk berjihad bersama-sama rakyat Palestin untuk menentang askar Zionis? Bertimbang rasa dan berfikiran rasional juga merupakan salah satu ciri-ciri orang yang prihatin. Aspek bertimbang rasa merangkumi keadaan sekarang yang di mana telah diheboh-hebohkan supaya bersama memboikot setiap barangan atau produk keluaran Israel. Oleh yang sedemikian, kita sebagai umat Islam perlu berfikiran rasional supaya tidak melibatkan diri untuk menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Israel. Antara contoh produk yang dikeluarkan oleh Israel merangkumi Nestle, Nokia, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan lain-lain. Setiap pembelian barangan tersebut akan disalurkan kepada pihak pengganas. Sebenarnya, sedar atau tidak sebenarnya kita telah menyumbangkan peluru kepada askar Zionis apabila kita membeli barangan mereka. Sheikh Yusuf AlQaradawi berkata: ”Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.”

Ciri-ciri yang paling penting yang perlu ada pada setiap umat Islam ialah perasaan kasih sayang. Hal ini dapat diperlihatkan apabila kita dapat menyelami kesedihan yang dialami oleh rakyat Palestin. Setiap ledakan bom yang dijatuhkan oleh pihak askar zionis memberikan impak yang negatif kerana ia akan meragut setiap nyawa umat Islam. Setiap 12

kediaman untuk mereka berlindung turut dimusnahkan dan bekalan makanan juga terputus. Hal ini menyebabkan rakyat Palestin berada dalam keadaan ketakutan dan kelaparan untuk meneruskan hidup. Tambahan pula ketakutan dengan setiap bunyian ledakan bom dan serangan senjata oleh pihak askar Zionis. Sikap kasih sayang merupakan salah satu ciri orang yang prihatin kerana jika tiada perasaan kasih sayang, maka akan hilanglah sikap prihatin tadi. Hal ini kerana, bayangkan jika seseorang itu tidak mempunyai perasaan kasih sayang apabila melihat kanak-kanak dibunuh begitu sahaja, maka tidak akan lahir perasaan prihatin dan seterusnya tidak akan ada langsung perasaan ingin membantu individu tersebut. Oleh sebab itu, antara ciri-ciri orang yang prihatin ialah orang yang mempunyai perasaan kasih sayang. Kesimpulannya, melalui ciri–ciri yang dinyatakan tersebut, mereka yang prihatin dianggap sebagai satu wadah islamiah yang berjaya, maka kita harus meletakkan sifat– sifat terpuji pada tingkat yang tertinggi agar kita sentiasa ingat bahawa sikap terpuji tersebut akan mendidik dan membimbing kita ke jalan yang benar dan menuju ke arah kejayaan. Sebagai contoh, umat islam yang prihatin mempunyai nilai belas kasihan yang tinggi kerana seandainya nilai belas kasihan itu tidak wujud dalam diri umat islam, maka persaudaraan Islam tidak dapat dirasai. Memetik kata-kata daripada Badi’uzzaman, seorang tokoh Islam yang terkemuka yang berkata, ”Aku lihat negara Islam hari ini mengandungkan anak-anak bukan Islam, tetapi aku juga melihat bahawa negara bukan Islam hari ini mengandungkan zuriat pembela Islam.” Justeru itu, sebagai mahasisawa terutamanya mereka yang beragama Islam, mereka seharusnya menjadi anak-anak Islam yang mampu menjadi pembela Islam pada masa akan datang.

13

6.

Kesan-kesan Keprihatinan Manusia yang prihatin adalah manusia yang mengambil berat atau beri perhatian

terhadap sesuatu perkara serta berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan apa yang yang dicitakan. Banyak kesan yang boleh kita lihat jika manusia itu lebih prihatin. Keprihatinan sering kali dianggap sebagai benda yang remeh. Namun, kini baru kita lihat bahawa keprihatinan ini sebenarnya memainkan peranan yang penting kerana ia membawa kesan yang besar dalam kehidupan kita. Dalam kes ini, kami telah membahagikan kesannya kepada tiga kategori iaitu kesan kepada individu, kesan kepada masyarakat, serta kesan kepada negara. 6.1

Kesan kepada individu Apabila seseorang individu itu lebih prihatin, individu tersebut lebih berminat

untuk mengetahui sesuatu benda dengan lebih mendalam lagi. Maka, secara tidak langsung sebenarnya individu itu telah berjaya menambah ilmu pengetahuannya terhadap perkara tersebut. Dalam kajian ini, cuba bayangkan apabila individu itu prihatin, individu tersebut akan membaca dengan lebih mendalam lagi tentang kekejaman Israel di Palestin sekaligus menyebabkan pelbagai perkara yang tidak pernah diketahuinya kini telah diketahuinya dan secara tidak langsung, individu tersebut akan jadi lebih prihatin terhadap perkara ini. Antara kesan lain terhadap individu ialah mereka akan lebih bertanggungjawab kerana apabila seseorang itu prihatin, mereka rasa mereka perlu sama-sama bertanggungjawab membantu golongan yang lebih memerlukan. Sebagai contoh, dalam kajian ini, individu akan rasa bertanggungjawab dalam membantu golongan yang ditindas iaitu warga palestin. Kita tahu kita tidak mampu untuk menolong, namun sekurangkurangnya apabila kita mempunyai sikap prihatin, kita akan cuba membantu sedaya upaya.

14

Kesan yang ketiga yang dapat kita lihat pada individu ialah individu tersebut akan lebih mempunyai perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Dalam kes ini, dapat kita lihat jika seseorang itu prihatin, maka tentu terdetik perasaan kasih sayang serta belas kasihan terhadap anak-anak kecil yang tidak bersalah telah terkorban dalam peperangan itu. Dan jika benar individu itu mempunyai perasaan kasih sayang, maka secara tidak langsung individu itu akan lebih menyayangi negara kita kerana negara kita mereka akan mula rasa bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia, negara yang aman dan sejahtera yang tidak mempunyai apa-apa peperangan. Dari segi belas kasihan pula, individu yang prihatin sepatutnya akan rasa belas kasihan apabila melihat apa yang terjadi terhadap warga Palestin dan seterusnya cuba membantu sedaya upaya seperti menderma ataupun mendoakan mereka walaupun tahu kita tidak mampu untuk berjihad bersama mereka. 6.2

Kesan kepada masyarakat Kesan kepada masyarakat berkait rapat dengan kesan kepada individu. Hal ini

kerana bayangkan jika setiap individu prihatin, maka kesannnya terhadap masyarakat juga sama. Antara kesan kepada masyarakat ialah jika rakyat kita prihatin, kita dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap masalah yang sedang berlaku di sana selain cuba membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, kita dapat melahirkan masyarakat yang bersyukur serta lebih menghargai negara kita. Jika diikutkan, masyarakat kita kurang menghargai negara kita. Lihat sampah bertaburan dan bencana alam yang terjadi seperti banjir dan tanah runtuh sebenarnya berlaku kerana masyarakat kurang prihatin terhadap alam sekitar. Perkara ini dilihat sebagai masalah kecil namun jika tidak diubati akan parahlah jawabnya. Oleh itu, jika masyarakat kita lebih prihatin serta peka terhadap perkara ini, negara kita akan lebih aman. Jadi, di sini dapat kita simpulkan bahawa jika kita masyarakat lebih prihatin, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang lebih menghargai negara serta bersyukur akan negara masing-masing.

15

Antara kesan keprihatinan terhadap masyarakat ialah kita akan lahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain masyarakat yang penuh dengan kasih sayang jika masyarakat kita lebih prihatin. Sebagai contoh, jika masyarakat kita prihatin, mereka akan sama-sama menyayangi negara kita dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nama negara. Selain itu, jika masyarakat kita lebih prihatin, kita dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam semua perkara. Kesan yang paling penting dalam masyarakat yang melibatkan keprihatinan ini ialah kita dapat menyatupadukan semua kaum. Hal ini kerana, sebelum ini, ramai orang yang melihat isu Palestin daripada segi perspektif agama iaitu berkaitan agama Islam, tetapi hari ini ramai meneliti isu yang berlarutan itu dengan berbeza. Dapat kita saksikan kini bahawa ramai orang bukan Melayu kini melahirkan rasa marah terhadap kezaliman Israel di Palestin. Dapat kita lihat semua kaum turut serta dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan kes ini dan dapat kita lihat bahawa rakyat kita kini bersatu padu selain kita dapat menyatu padukan kaum-kaum di Malaysia. 6.3

Kesan kepada negara a. Keprihatinan masyarakat sebenarnya memberi kesan terhadap negara. Antara

kesan kepada negara ialah dari segi ekonomi negara. Ekonomi negara akan meningkat kerana jika rakyat itu prihatin, mereka akan memboikot segala barang keluaran Amerika Syarikat yang telah menyumbang kepada ekonomi Israel di mana sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali kita membeli barangan mereka, kita sebenarnya telah menyumbangkan sebutir peluru kepada Israel. Oleh itu, jika kita memboikot dan hanya membeli produk buatan Malaysia, kita akan mengelakkan mata wang kita dari keluar selain kita dapat menaikkan ekonomi negara kita sendiri. Oleh itu, masyarakat yang prihatin sepatutnya harus sama memboikot barangan mahupun produk keluaran Israel dan jika sukar untuk kita tinggalkan produk mereka, cuba cari alternatif lain yang boleh kita gantikan. Sebagai contoh, jika kita sudah biasa membeli biskut jenama Danone, apa kata kita cuba membeli biskut jenama Hup Seng pula kerana kita akan menyokong produk buatan Malaysia.

16

Selain itu, antara kesan kepada negara ialah negara kita akan aman dan tenteram kerana selain masyarakat kita prihatin terhadap negara, mereka akan lebih menghargai negara kita dan akan cuba pertahankan negara kita daripada kuasa asing yang mungkin ingin menakhluk Malaysia. Rakyat kita perlu sedar bahawa jika kita lalai, negara kita mungkin akan kehilangan kemerdekaan sekali lagi dan tentunya kita tidak mahu perkara ini berlaku. Oleh itu, mereka perlu sedar bahawa kita harus prihatin terhadap perkara ini agar ia menjadi peringatan buat kita untuk terus bersatu padu agar negara kita kekal aman dan damai selamanya. Antara kesan lain kepada negara ialah kita dapat mengeratkan hubungan sesama negara. Hal ini kerana, negara kita Malaysia terlibat dengan pelbagai usaha dalam membantu warga Palestin seperti membekalkan ubat-ubatan, mengutip dana serta melakukan demonstrasi keamanan. Kita juga telah cuba berunding dengan negara lain dalam sama-sama membantu menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya, semua negara memandang serius akan perkara ini, dan secara tidak langsung kita dapat mengeratkan hubungan dengan negara lain kerana kita dapat bertukar-tukar pendapat selain cuba mencari jalan bersama dalam membantu mereka. Selain itu, kita dapat menguatkan lagi hubungan negara Islam kerana negara Islam yang lain perlu sedar bahawa kita harus sedia menegakkan agama kita agar tidak ditindas begitu sahaja. 7.

Analisa atau personaliti Dalam menjalankan kajian ini, seramai 50 orang pelajar yang tinggal di Kolej

Ungku Omar menjadi sampel kajian untuk diedarkan kepada mereka. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa ramai penghuni di Kolej Ungku Omar menunjukan keprihatinan mereka terhadap kekejaman Zionis di Palestin. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak menunjukan keprihatinan mereka terhadap isu tersebut. Dari segi jantina antara lelaki dan perempuan, didapati mereka mempunyai persamaan iaitu mereka lebih menunjukan keprihatinan mereka terhadap isu di Palestin. Menerusi soal selidik, penghuni Kolej Ungku Omar menunjukan peratusan yang tinggi iaitu mereka mengetahui

17

apa yang sedang berlaku di Palestin. Oleh itu, ini menunjukan mereka prihatin dengan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat di Palestin. Selain itu, antara usaha yang menunjukan peratusan yang tinggi sebagai keprihatinan pelajar yang tinggal di Kolej Ungku Omar ialah dengan mendoakan mereka kerana doa itu dianggap sebagai senjata bagi rakyat Palestin. Oleh itu, dengan doa sahajalah yang dapat kita sumbangkan kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin supaya mereka tabah menghadapi ujian Allah kepada mereka. Sesungguhnya doa itu di sisi Allah (S.W.T) amat tinggi nilainya dan Dia amat menyukai hamba-hamba-Ku yang meminta kepada-Nya. Doa yang paling makbul adalah doa-doa mereka yang dizalimi dan ditindas. Palestin adalah sebahagian ujian ke atas umat nabi Muhammad (S.A.W). Palestin sentiasa berdarah dan sekiranya dia hidup dalam aman seketika atau lebih lama daripada itu, maka di sekelilingnya adalah penuh komplot dan konsperasi untuk merampas dan menghancurkannya kembali. Justeru itu, ramai penghuni di Kolej Ungku Omar terdetik di hati mereka untuk berjihad bersama-sama rakyat Pelastin di Palestin. Hal ini, menunjukan penghuni di Kolej Ungku Omar sangat perihatin dengan kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin. Oleh itu, jihand adalah amal yang paling utama dan orang yang pergi berjihad tidak boleh ditandingi oleh orang yang tidak berangkat berjihad. Saudara-saudara di Palestin dirampas hak mereka sesuka hati, sempadan negara mereka diperkosa oleh sekumpulan bangsa yang mulanya hanya mengemis secebis tanah. Tembok Apartheid setinggi lapan meter dan sejauh 703 kilometer meredah perkampungan dan ladang-ladang zaitun yang menjadi sara hidup masyarakat Palestin. Oleh itu, bangsa Yahudi memikirkan pelbagai cara secara terang atau secara halus bagi memusnahkan umat Islam. Malah, mereka menganggapkan umat Islam sebagai bintang tunggangan mereka. Oleh yang demikian Yahudi akan mempergunakan umat Islam ke arah kesesatan dan sekarang kesesatan itu kian merantai umat Islam dengan meracuni pemikiran mereka dengan hiburan hidonisme, makanan, barangan kegunaan harian yang

18

kian bermaharajalela yang akan sentiasa diguna oleh semua masyarakat di dunai. Contohnya, intel, NOKIA, KFC, Johnson & Johnson dan banyak lagi barangan lain. Maka dengan itu, marilah kita sama-sama memboikot produk keluaran Israel. Kesimpulannya, sebagai seorang mahasiswa marilah kita sama-sama menujukkan keprihatinan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Marilah kita berusaha untuk membantu mereka, bagi meringankan penderitaan mereka dengan bantuan tenaga dan diri, bantuan doa, mengadakan solat hajat, menyertai demokrasi aman, menulis forum anda, menghadiri ceramah, mewujudkan sudut poster isu Palestin dan memboikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Oleh itu, kita dapat membentuk personaliti yang taat kepada perintah Allah, bertanggunjawab, mengambil berat, perihatin dan belas kasihan. Justeru itu, menurut kajian kami terbuktilah ramai penghuni di Kolej Ungku Omar menunjukan keperihatinan mereka terhadap kekejaman Zionis di Palestin.

19

8.

MODUL KEPRIHATINAN WARGA KOLEJ UNGKU OMAR TERHADAP KEKEJAMAN ZIONIS DI PALESTIN.

Mewajibkan kepada semua penghuni Kolej Ungku Omar untuk mengikuti setiap aktiviti yang diadakan di kampus mahupun di kolej bagi melahirkan keprihatinan mereka kepada isu kekejaman Zionis ini.

Memberi ceramah kepada penghuni Kolej Ungku Omar mengikut waktu yang sesuai seperti tazkirah selepas solat maghrib ataupun menjemput ahli-ahli panel yang berpengalaman untuk memberi ceramah tentang isu ini di samping mengedarkan risalah-risalah berkaitan dan informasi tentang barangan yang harus diboikot.

Mengadakan tayangan perdana mengenai kesusahan dan penderitaan dan penderitaan mangsa-mangsa kekejaman Zionis di Palestin

20

Mengharuskan pelajar Kolej Ungku Omar untuk menyertai demonstrasi secara aman yang diadakn di kampus ataupun di kolej itu sendiri

Menggalakkan penghuni Kolej Ungku Omar untuk menghadirkan diri ke majlis solat-solat hajat yang diadakan di kampus mahupun di kolej itu sendiri

Mewajibkan kepada pelajar Kolej Ungku Omar untuk memberikan sumbangan wang

Meletakkan gambar mangsa kekejaman Palestin di bungkusan barangan yang diboikot

21

Dunia umumnya mengutuk dan mengecam hebat kekejaman Zionis dalam menyahbangsakan rakyat Palestin yang secara dasarnya kita sedia fahami sebagai satu proses terangan untuk memecahbelahkan masyarakat yang beragama Islam. Usaha yang sememangnya terancang, dirancang dan yang jelasnya mereka merancang. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap kekejaman tentera Zionis ini. Tetapi perkara yang paliing

penting ialah

bagaimana kita hendak mengikis sikap

ketidakprihatinan warga kolej dalam isu ini yang cuba dibincangkan dengan lebih teliti. Sebagai warga universiti dan kampus yang prihatin, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk melahirkan rasa keprihatinan warga Kolej Ungku Omar terhadap isu kekejaman tentera Zionis di Palestin. Pada peringkat permulaannya, semua warga penghuni Kolej Ungku Omar diwajibkan untuk mengikuti dan juga menghadiri setiap aktiviti yang berkaitan. Antaranya adalah mengadakan kempen kesedaran untuk menyedarkan pelajar tentang perkara ini. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan membuat pertandingan melukis poster dan yang sewaktu dengannya. Hal ini bertujuan untuk melahirkan perasaan simpati dan empati terhadap kekejaman yang berlaku kepada rakyat di Palestin. Dengan kewajiban ini, ianya secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat saling sayang menyayangi sesama manusia dan para pelajar juga dapat mendalami

serta

menyelami perasaan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis in. Tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak menghadirkan diri seperti dikenakan bayaran ataupun denda untuk membuat kerja-kerja amal yang juga berkaitan dengan isu tersebut seperti melukis poster dan sebagainya. Selain daripada itu, hal ini tidak lain tidak bukan juga dapat mengukuhkan hubungan silaturahim sesame pelajar ataupun pihak pentadbir yang berada di Kolej Ungku Omar ini. Langkah seterusnya ialah dengan memberi ceramah kesedaran kepada penghuni Kolej Ungku Omar. Ceramah ini boleh diadakan samada di dalam kampus yang hanya melibatkann pelajar Kolej Ungku Omar sahaja ataupun melalui tazkirah yang dilakukan selepas solat maghrib contohya. Semasa sesi ceramah yang sedang berlangsung, edaranedaran atau risalah-risalah akan diedarkan kepada para pelajar. Denggan risalah yang

22

diedarkan, ini akan membolehkan para pelajar mengetahui informasi-informasi terkini tentang apa yang berlaku di Palestin. Tambahan pula para pelajar akan dapat megetahui tentang barang-barang yang perlu diboikot seperti produk Milo, Nokia, Jonson & Jonson dan sebagainya. Sesi ceramah yang diadakan tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan para pelajar sukar untuk memberikan perhatian kerana dihujani dengan jadual yang agak padat dari semasa ke semasa. Dalam masa yang singkat sahaja maklumat dapat disampaikan kepada para pelajar dengan mudah dan berkesan. Selain daripada itu, pihak pentadbiran kolej juga perlu mengadakan tayangan perdana tentang kekejaman Zionis di Palestin. Para pelajar dapat melihat sendiri kekejaman serenar yang dilakukan kepada rakyat di Palestin. Dengan ini, ianya sedikit sebanyak akan dapat memberi input kepada para pelajar tentang perkara yang ingin disampaikan. Tayangan perdana ini sesuai dilakukan pada waktu malam kerana dengan persekitaran yang tenang akan memudahkan para pelajar untuk menghayati kandungan atau mesej yang ingin disampaikan. Meletakkan gambar magsa kekejaman di Palestin di bungkusan barangan yang diboikot adalah salah satu cara untuk menangani ketidakprihatinan warga Kolej Ungku Omar dalam hal ini. Apabila perkara ini dilakukan, para pelajar akan berfikir sejenak samada ingin membeli barangan tersebut atau tidak. Seperti yang kita semua sedia maklum,duit yang didapati akan digunakan untuk membeli peluru. Ini amat bertentangan dengan prinsip dan norma para pelajar yang seharusnya menunjukkan keprihatinan. Apabila semua barangan buatan Amerika mula diboikot, maka penghasilannya akan berkurang dan sekaligus akan membawa kerugian kepada ekonomi negara mereka. 9.

Kesan Modul Terhadap Pembinaan Semula Personaliti Apakah kesan daripada keperihatinan pelajar UPSI (KUO) dalam isu kekejaman

Zionis di Palestin? Apakah yang mereka lakukan setelah menerima input daripada modul yang telah dirancang untuk mereka? Persoalan ini yang perlu dirungkai. Kesan pertama yang diperolehi ialah mahasiswa yang terlibat memberitahu ahli keluarga dan rakanrakan supaya memboikot barangan keluaran Israel seperti Coca-Cola, Nestle, Pepsi,

23

McDonalds, Milo, Intel, Noka dan sebagainya. Mereka sudah mula untuk tidak membeli barangan-barangan tersebut dan ada yang sanggup tidak meminum air Milo lagi sematamata ingin memboikot Israel walaupun minuman tersebut adalah kegemarannya. Apabila boikot berlaku apakah pula kesannya? Barangan-barangan Israel mula tidak terjual dan kemasukan barangan tersebut ke Malaysia berkurang dan akhirnya boleh merosotkan ekonomi Israel, sekaligus membuatkan Israel tidak mempunyai sumber kewangan untuk memperoleh senjata dan bahan letupan. Daripada fakta yang diperolehi, harga Milo juga menurun berkemungkinan kesan daripada keperihatinan mereka memboikot barangan tersebut. Kesan berikutnya ialah mahasiswa membuat kutipan derma dan mengadakan majlis amal dalam kalangan pelajar UPSI bagi mengutip dana untuk memantu rakyat Palestin. Daripada wang yang diperolehi, ia dapat meringankan beban rakyat Palestin terutamanya dari segi makanan dan ubat-ubatan. Mereka yang terlibat juga memperoleh pahala kerana membantu rakyat Palestin yang berada dalam kesusahan. Kesan seterusnya ialah mahasiswa mengadakan perarakan dan demontrasi secara aman di Padang UPSI bagi membantah serangan Israel terhadap Palestin. Mahasiswa turut menunaikan solat hajat dan berdoa seperti doa qunut nazilah untuk keselamatan rakyat Palestin, serta mendoakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutu-sekutunya yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi. Mahasiswa turut menyebarkan risalah-risalah yang memberi input tentang kekejaman Zionis dan usaha yang boleh dilakukan bagi membantu rakyat Palestin. Terdapat juga mahasiswa yang mengadakan tayangan video Palestin dan mengadakan ceramah supaya dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa lain mengenai keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin.

24

10.

Sokongan Untuk Menjayakan Modul Hampir setiap hari kita disajikan dengan gambar-gambar dan video-video terkini

kesan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Gaza di kaca televisyen mahupun di dadadada akhbar tempatan dan luar negara. Setiap hari kedengaran keluhan masyarakat dunia akan ketidaksetujuan mereka dengan apa yang dilakukan rejim Zionis itu. Namun, walau macam mana hebat sekalipun tentangan masyarakat dunia terhadap kekejaman rejim Zionis itu, tiada apa yang akan merubah pendirian mereka. Dengan sekutu paling rapatnya, Amerika Syarikat seolah-olah memberikan lampu hijau terhadap semua kekejaman ini, rejim Zionis nekad akan menghapuskan Hamas dan mereka tidak akan berhenti sehingga matlamat itu tercapai. Melihat kepada keadaan sekarang, mungkin tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali menadah tangan memohon kepada Yang Maha Esa agar mereka dilindungi. Tapi selain itu kita juga boleh membantu dari segi bantuan kewangan, perubatan dan sebagainya. Antara contoh lain yang dapat kita lihat ialah dengan modul ini sendiri yang telah menunjukkan tentang keprihatinan warga Kolej Ungku Omar dalam isu kekejaman Zionis di Gaza. Di dalam usaha untuk merealisasikan modul ini, banyak pihak yang telah memberi kerjasama terutama sekali warga Kolej Ungku Omar sendiri yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk mengikuti semua aktiviti yang diadakan. Selain daripada itu, pihak pengurusan Kolej Ungku Omar juga banyak memberi sumbangan di samping felo-felo kolej. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Mahasiswa Kolej yang tidak lain tidak bukan kerana telah banyak memberi idea dan merancang usaha untuk menjayakan modul keperihatinan penghuni di Kolej Ungku Omar dan pendapat berkenaan modul yang akan dilaksanakan ini. Selain itu, ahli jawatan kuasa surau Kolej Ungku Omar juga banyak memberi pendapat dan pandangan mengenai modul yang telah kami rangkakan. Disamping itu, mereka juga banyak membantu menyedikan risalahrisalah yang berunsurkan ilmiah dan diedarkan kepada penghuni kolej. Malah, Kolej Ungku Omar sentiasa diwarnai dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kesedaran dan melahirkan keperihatinan kepada rakyat Palestin. Oleh itu, aktiviti ini dapat memudah kami bagi menjayakan modul yang telah dirancang atau dirangka.

25

11.

Rumusan dan kesimpulan

Kekejaman Yahudi terhadap kaum muslim di Palestin tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Bangsa yang sejak zaman Nabi Musa a.s selalu mendatangkan masalah dan begitu licik dalam kekejamannya. Banyak yang lupa bahawa permusuhan Yahudi sudah berlangsung sejak zaman dahulu lagi, sejak berdirinya negara Islam di Madinah Nabawiyah di bawah pimpinan Muhammad Rasulullah (S.A.W). Allah menggambarkan bahawa permusuhan dan kebencian Yahudi, mereka adalah musuh sejati. “Sesungguhnya engkau akan mendapatkan orang yang paling keras permusuhannya dengan orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang- orang musyrik.” (Al-Maidah:82). Permusuhan umat Islam dengan Yahudi akan hanya berakhir dengan berdirinya negara yang tidak meninggalkan syiar Islam dan tidak menegakkan syariat Allah. Bagaimana mungkin akan berakhir permusuhan tersebut? Seorang muslim di dalam solatnya sentiasa mengamalkan membaca tujuh belas kali sehari semalam ayat ini: “Bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai dan juga bukan jalan orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah:7) Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunjukan keprihatinan kita sebagai mahasiswa yang prihatin terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mendoakan mereka supaya berada dalam kesejahteraan Allah (S.W.T) dan sebagai rakan yang prihatin kita juga dapat memperingatkan diri dan rakan-rakan kita untuk cuba memboikot produk keluaran Israel dan Amerika yang dijual secara besarbesaran di Malaysia. Disamping itu, kita juga dapat mengajak rakan kita untuk menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej atau pihak universiti dengan cara yang berhemah.

26

Related Documents

Full Assigment Ulp
June 2020 4
Ulp
May 2020 7
Assigment
June 2020 23
Assigment
October 2019 31
Assigment
May 2020 30
Assigment
April 2020 25