Frasa Kerja.pptx

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Frasa Kerja.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,114
  • Pages: 27
FRASA KERJA

Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan , sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahsa melayu.

Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah : 1. Contoh: a. akan tidur b. sedang menonton televisyen c. hendak makan d. suka membaca Dalam (1), FK “akan tidur”, “sedang menonton televisyen” masingmasing didahului oleh kata bantu aspek “akan” dan “sedang”. FK “hendak makan” dan “suka membaca” pula masing-masing didahului oleh kata bantu ragam “hendak” dan “suka”.

JENIS FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara kedua-duanya ialah FK tak transitif tidak mempunyai objek sementara FK transitif mempunyai objek. Perbezaan lain ialah FK transitif boleh dipasifkan manakala FK tak transitif tidak.

FRASA KERJA TAK TRANSITIF Contoh: a. Bayi itu menangis. b. Dia sudah keluar. c. Mereka sedang bermain. “Menangis” , “sudah keluar” dan “sedang bermain” ialah FK tak transitif kerana masing-masing tidak mempunyai objek.

FK tak transitif tak berpelengkap FK tak transitif tak berpelengkap ialah FK yang tidak memerlukan sebarang unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contohnya : a. Bayi itu menangis. b. Dia sudah keluar. c. Mereka sedang bermain. Maksud ayat yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menangis”, “sudah keluar” dan “sedang bermain” sudah sempurna walaupun tiada sebarang unsur mengiringi FK berkenaan.

FRASA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP FK tak transitif berpelengkap ialah FK yang memerlukan kehadiran unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contoh: a. Siti menjadi guru. b. Keadaannya beransur baik. c. Dr Ali pergi ke Pulau Pinang. Maksud ayat yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menjadi”, “beransur” dan “pergi” tidak akan sempurna tanpa unsur pelengkapnya, iaitu “guru”, “baik” dan “ke Pulau Pinang”. a. Siti menjadi. b. Keadaannya beransur. c. Dr Ali pergi.

Frasa Kerja Transitif

Frasa Kerja dengan Satu Objek

Binaan Frasa Kerja dengan Objek

Frasa Kerja dengan dua objek

• Kami makan ayam goreng itu. • Ayam goreng itu kami makan. • Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. • Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senapangnya. • Budak itu membaca buku. • Buku dibaca oleh budak itu. • Anaknya menghidangkan sedulang makanan. • Sedulang makanan dihidangkan oleh anaknya.

• Saya menjawab surat itu. • Mesin itu mengepam air. • Dia tidak mengabaikan tugasnya.

• Filem itu sungguh menyeramkan (kami). • Keputusannya amat menggembirakan (saya). • Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan anda.

• Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. • Ahmad menghadiahi Ali buku. • Wanita itu membeli baju untuk anaknya. • Wanita itu membelikan anaknya baju. • Dia mencarikan isterinya buah nangka. • Dia mencari buah nangka untuk isterinya • Ibu memasakkan tetamu makanan. • Ibu memasak makanan untuk tetamu.

• Sultan menamai tempat itu Melaka. • Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. • Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu. • Dia menjadikan anak angkatnya bagi budak itu.

FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN

Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.

• Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen i.

Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

ii.

Penulis itu mengesahkan bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen.

iii. Berita itu menyatakan bahawa semua penumpang terselamat. iv.

Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando.

v.

Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.

• Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen i.

Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota.

ii.

Mereka berhujah bahawa projek itu dapat diselesaikan dalam masa dua tahun.

iii. Penduduk kampung itu beranggapan bahawa penghulu mereka sudah berpindah.

iv. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. v.

Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.

Unsur keterangan dalam frasa kerja • Terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. • Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. • Unsur keterangan terdiri daripada.

Frasa sendi nama Frasa nama Frasa adjektif

Frasa nama dan kata adverba contoh : Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. Rombongan pengantin itu tiba pada malam tadi.

Frasa keterangan terbahagi kepada 8 kumpulan 1) Keterangan tempat atau arah 2) Keterangan waktu 3) Keterangan cara 4) Keterangan tujuan atau harapan 5) Keterangan alat 6) Keterangan penyertaan 7) Keterangan hal 8) Keterangan bagai

Keterangan tempat atau arah Unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa yang bentuknya terdiri daripada frasa nama. Kata sendi nama : di, ke, dari, daripada, kepada, pada Contoh : Mereka berasal dari Sabah Adik terjun ke dalam laut Tembakannya kena pada sasaran.

Keterangan waktu

Frasa sendi nama

Frasa nama

pada, dalam, sejak, hingga

semalam / dua dekat yang lalu

Contoh : 1) Kuliah tamat pada pukul 4.00 petang. 2) Dia menyelesaikan tugasnya dalam masa 3 jam 3) peristiwa itu berlaku dua dekat yang lalu.

Keterangan cara Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata adverba.

Frasa sendi nama mengandungi kata sendi nama (dengan) diikuti kata adjektif yang menerima pembenda –nya.

Contoh: - Kereta api itu bergerak laju. (KA berfungsi sbg Kadv) - Bas itu bergerak dengan lajunya. (FS) - pembahas itu berhujah dengan lantangnya. (FS)

Keterangan tujuan atau harapan Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi nama : demi, untuk, bagi Contoh : Kita berjuang demi keadilan undang – undang. Mereka bertindak untuk kepentingan bersama. Dasar baharu itu dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat.

Keterangan alat Unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan. Bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. (dengan) Contohnya : Rombongan pelajar itu dating dengan bas. Dia memukul ular itu dengan buluh. Mereka menyeberangi sungai dengan rakit.

Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan maksud ikut bersama – sama yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. (dengan) Contoh : Pelajar baharu itu dating dengan ayahnya. Murid – murid melawat muzium dengan guru mereka.

Keterangan hal Unsur yang menerangkan keadaan bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

Kata sendi nama : tentang, mengenai, terhadap Contoh : Mereka sedang berbincang tentang perkara itu. Jawatankuasa membuat teguran terhadap laporan kewangan.

Keterangan bagai  Unsur menerangkan keserupaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.  Kata sendi nama : seperti, bak, bagai, sebagai

 Contoh :  Dia berlagak seperti pegawai.  Muka tuan puteri bercahaya bak bulan purnama.

 Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua.  Saya berperanan sebagai pembantunya.

SEKIAN TERIMA KASIH…..

Related Documents

Frasa
May 2020 12
Frasa Menarik.pdf
October 2019 38
Frasa Nama
October 2019 22
Frasa Kerja.pptx
November 2019 16
Frasa Kerja
May 2020 6
Frasa Menarik
April 2020 20