Fonetik Dan Fonologi (vokal)

  • Uploaded by: AyulAshrul
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fonetik Dan Fonologi (vokal) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,964
  • Pages: 27
Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan Fonologi? Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu?

vokal Nota Ini Dimuat turun Oleh Cikgu Md HAsrul Bin JA’afar 1

1.0 Pengenalan fonetik dan fonologi

Sebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu, kita perlu terlebih dahulu melihat pengertian istilah fonetik dan fonologi daripada kamus, ensiklopedia dan juga pendapat-pendapat beberapa pakar bahasa. Selepas itu barulah kita boleh membincangkan aplikasinya dalam konteks bahasa Melayu.

2

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing yang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer”.

3

Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.”Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.”

4

Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut.Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37).Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).

5

Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsure-unsur bahasa dalam bentuk bunyi. (1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan symbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu….Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi.

6

Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyibunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan melaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya….(1986:52-53). Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40

7

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds,especially in a particular language.Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their changes

8

.”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan “the study of the sound system of a language or of language in general.”The World Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the system of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana (1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of language.”

9

Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajian et al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.

10

Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112) Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumusrumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut J.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurut fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86) Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)

11

2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu  Berdasarkan

vokal kardinal dan bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal pasti bunyibunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi kepada bunyi vokal dan konsonan. 12

Bunyi-bunyi Vokal Melayu Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut. Vokal Melayu Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokal ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal.

13

Diftong Melayu Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pandai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu.

14

Bunyi-bunyi vokal Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara

dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

15

Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkan atau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaan glotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

16

Depan

sempit

i

Separuh sempit

Separuh luas

Luas

Belakang

Tengah

u o

e

ə ɛ

‫כ‬

a

17

Separuh vokal Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/.

18

Diftong Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.

Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong.

19

Vokal rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan

20

Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Vokal [i](depan sempit) Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Pelita Ikan Tidur

jahitan hasil pahit

21

Vokal [e](depan separuh sempit) Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam perkataan: Ekor tauge Petak geser Mereka selesa

22

Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang) Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya: [ɛ]

untuk

[elo?]

23

Vokal [a](vokal depan luas) Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendahrendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tnpa sekatan. Bibir dihamparkan/leper , glotis dirpatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Atur dia Pagi usang Pelangi peluang

24

Vokal [u](belakang sempit) Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan dalam perkataan: Ular haru Gunting tikus Beruang beliung

25

Vokal [o](belakang separuh sempit) Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Oleh pidato Boleh kuno Celoteh pleno

26

Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ כ‬hadir dalam dialek-dialek [ dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ] untuk [oleh].

27

Related Documents


More Documents from ""