UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Pendahuluan
2-3
2.0
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kelahiran Anak Kurang Upaya.
3-9
2.1 Faktor Pranatal
3-5
2.2 Faktor Perinatal
5-6
2.3 Faktor Posnatal
6-7
2.4 Faktor-faktor lain
7-9
3.0
a) Faktor Endogen
8
b) Faktor Eksogen
9
Langkah-langkah Mengatasi.
10-11
3.1 Individu
10
3.2 Kerajaan
11
3.3 Media Massa
11
4.0
Penutup
12
5.0
Bibliografi
13
1
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN Dunia kini semakin maju dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi (ICT) yang banyak membawa perubahan kepada diri manusia mahupun pembangunan sesebuah negara. Namun kita tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan sains dan teknologi bukan menjadi satu penyelesaian kepada semua masalah yang kita hadapi. Keadaan atau masalah yang paling membimbangkan lagi adalah baru-baru ini satu kajian yang menyatakan bahawa bilangan kelahiran anak kurang upaya dalam kalangan masyarakat sedunia semakin meningkat pada setiap tahun. Masyarakat yang kurang perhatian terhadap kesihatan terutamanya wanita yang mengandung adalah satu penyebab utama peningkatan bilangan kelahiran anak kurang upaya. Setiap insan istimewa tidak pernah meminta dilahirkan ke dunia sebagai anak kurang upaya atau dalam keadaan serba kekurangan, apatah lagi dengan anak-anak yang baru dilahirkan. Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat anak yang sempurna serta berkembang dalam pelbagai aspek iaitu aspek fizikal, mental, sosial dan juga rohani. Namun semuanya adalah takdir dan tiada sesiapa yang dapat melawan kehendak Tuhan. Walaupun setiap ibu bapa mahukan zuriat yang normal tetapi ada antara mereka terpaksa menerima hakikat kekuasaan sebenar Tuhan apabila dikurniakan anak yang cacat. Anak kurang upaya adalah gelaran yang diberi kepada anak-anak yang memerlukan keperluan khas dan juga disebut sebagai anak-anak istimewa ataupun anakanak cacat. Istilah anak cacat jarang digunakan dan juga menghalang daripada digunakan dalam kalangan masyarakat pada masa kini berbanding pada masa lampau atas faktorfaktor sensitiviti. Anak kurang upaya didefinisikan sebagai anak-anak yang berbeza daripada anak-anak normal yang lain dari segi aspek fizikal, mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan sebagainya.
2
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________ Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.3 hingga 2.6 juta penduduk di Malaysia adalah dikategorikan sebagai orang kurang upaya. Hal ini berlaku kerana disebabkan oleh beberapa faktor yang utama. Antaranya ialah faktor pranatal, faktor prenatal, faktor posnatal dan juga faktor-faktor sampingan yang lain. Sebagai ibu bapa mahupun bakal ibu bapa, kita seharusya perlu mengetahui faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan anak bagi mengelakkan atau mengurangkan kadar kelahiran anak kurang upaya. Ini bukan setakat tanggungjawab kita terhadap diri sendiri mahupun keluarga tetapi ia lebih kepada tanggungjawab terhadap masyarakat dan juga negara. 2.0
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA. Sebagai insan yang dilahirkan dengan sempurna dan normal kita perlulah
bersyukur terhadap apa yang kita memiliki. Kita juga perlu mengetahui bahawa melahirkan seseorang anak bukan satu perkara yang mudah mahupun memandang ringan. Hal ini
kerana, melahirkan seseorang anak adalah merupakan sesuatu proses yang
mengambil jangka masa panjang serta diikuti dengan beberapa tahap yang penting. Menurut pandangan orang tua dahulu, inilah dikatakan bahawa melahirkan anak adalah satu proses kelahiran semula seseorang ibu tersebut. Tahap-tahap atau faktor-faktor yang dinyatakan adalah akan menentukan sama ada anak yang bakal kita dilahirkan adalah normal dan sempurna atau yang dikategorikan sebagai anak kurang upaya. Antara faktorfaktor tersebut adalah faktor pranatal, faktor prenatal, faktor posnatal dan juga faktorfaktor lain.
2.1 Faktor Pranatal (sebelum kelahiran) Faktor pranatal adalah proses utama dan juga yang paling penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak semasa dalam kandungan ibu iaitu faktor yang akan dilalui sebelum kelahiran seseorang anak. Faktor pranatal atau jangka waktu pranatal adalah selepas sahaja berlakunya pensenyawan antara sperma dengan 3
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________ ovum sehinggalah bayi itu dilahirkan. Tempoh ini berlangsung selama 266 hari atau bersamaan dengan 38 minggu. Proses ini melalui tiga peringkat utama iaitu geminan, embrio dan fetus atau janin. Pada tahap ini proses pembahagian semasa pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal adalah amat aktif. Disinilah kelakuan dan amalan ibu yang mengandung perlu dijaga kerana ia mempengaruhi pembentukan bayi dalam rahim. Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan adalah peringkat pembentukan zigot yang mengambil masa selama dua minggu. Pada masa ini, zigot akan melekat pada dinding rahim ibu dengan mengambil masa selama tiga hingga empat hari per uterus. Seterusnya, fasa embrio akan bermula pada minggu ketiga dan berakhir pada minggu kelapan dalam kandungan. Fasa ini merupakam proses pembentukan awal bagi organ utama seperti jantung dan paru-paru. Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku semasa pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Seseorang ibu yang mengandung perlulah mengambil makanan yang berkhasiat bagi membantu proses ini berlakunya dengan lancar. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya adalah disebabkan oleh faktor makanan yang kurang diberi perhatian kerana tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh pemakanan ibu semasa mengandung. Fasa embrio berikutan adalah pada minggu keempat iaitu bermula kefungsian jantung bayi dalam kandungan. Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga hingga anak dalam kandungan itu dilahirkan dan organ utama dan jari tangan dan kaki juga akan terbentuk sepenuhnya. Pada bulan keempat janin mula bergerak dan pergerakan menjadi semakin aktif pada bulan keenam. Pada masa ini, keselamatan dan tingkah laku seseorang ibu yang mengandung perlulah dijaga bagi mengelakkan kelahiran anak yang mempunyai kecacatan terutamanya dari segi fizikal. Secara langsungnya, faktor pranatal ini mempengaruhi sebanyak lapan puluh peratus dalam kelahiran anak yang cacat. Oleh itu, bayi dalam kandungan sekurangkurangnya memerlukan dua jenis perlidungan iaitu salah satunya adalah cecair Amniotik yang membantu melindungi fetus daripada mengalami kecedaran fizikal. Manakala,
4
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________ perlindungan kedua adalah sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran darah yang memisahkan sistem peredaran ibu dan janin. Ia juga melindungi bayi daripada dimasuki bendasing-bendasing yang menyebabkan kecacatan pada bentuk janin mahupun tingkah laku dan kecerdasan otak. Rubella Plasenta barrier tidak dapat melindungi janin sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan kerana kajian mendapati bahawa sebanyak 30 000 bayi yang lahir meninggal dunia dan 16 000 bayi lagi dilahirkan sebagai pekak dan buta. Antara kesan yang dibawa oleh rubella ini adalah selesema tetapi ramai dalam kalangan ibu yang memandang ringan pada keadaan ini. Rubella dapat dicegah melalui imunisasi awal sebelum mengandung.
2.2 Faktor Perinatal (semasa kelahiran) Faktor perinatal adalah dikatakan sebagai proses semasa kelahiran bayi iaitu pada waktu bersalin. Proses ini berlaku pada minggu ke-38 dan pada masa ini bayi sudah sempurna anggota tubuhnya serta bersedia ke alam baru iaitu dari rahim ibu ke dunia. Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, doktor yang memeriksanya akan mengira 280 hari mulai dari hari terakhir kedatangan haid dan ini akan dijangkakan sebagai hari kelahiran bayi. Namun, kadangkala tarikh ini tidak tepat kerana kebanyakan kes kelahiran berlaku seminggu sebelum atau selepas tarikh itu. Proses kelahiran ini dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu pembukaan serviks, kelahiran bayi dan pengeluaran plasenta selepas kelahiran. Tahap pertama proses kelahiran adalah pembukaan serviks. Tahap ini adalah proses yang paling lama terutama bagi wanita yang kali pertama melahirkan anak iaitu mengambil masa selama 10 hingga 16 jam berbanding wanita yang pernah melahirkan anak hanya akan mengambil masa selama 6 hingga 11 jam. Kontraksi Braxton-Hicks adalah kontraksi yang dirasai secara berhenti-henti atau kadang-kadang oleh wanita yang mengandung terutamanya sepanjang dua bulan terakhir kehamilan. Bahagian terakhir dalam tahap ini dipanggil transition dan ini adalah tahap yang paling sukar kerana kontraksi ini adalah yang paling sakit sekali dan mereka terpaksa meneran sebelum bayi
5
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________ keluar. Pada masa ini, mereka diberikan ubat penenang bagi mengurangkan kesakitan tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada bayi terutama pada aspek kecerdasan otak. Manakala, tahap kedua bermula apabila serviks sudah membuka sepenuhnya dan berakhir dengan proses kelahiran bayi. Pada tahap ini, wanita perlu menggunakan tenaga fizikal sepenuhnya bagi meneran bayi supaya keluar. Mereka juga perlu memberi komitmen yang sebaik mungkin kepada doktor atau jururawat yang bertugas bagi menggelakkan sebarang kecedaraan kepada diri sendiri mahupun bayinya semasa proses kelahiran. Sekiranya, mereka gagal dalam memberi komitmen maka proses kelahiran juga akan menjadi lambat. Kebanyakan kes sebeginilah yang menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pengeluaran darah yang banyak semasa melahirkan anak juga akan memberi kesan kepada bayi. Seterusnya, tahap ketiga pula adalah proses pengeluaran plasenta selepas kelahiran. Proses ini perlu untuk memastikan bahawa ke semua bahagian plasenta dikeluarkan sepenuhnya kerana jika tertinggal, ia boleh membahayakan ibu dan juga bayi yang baru lahirnya. Sekiranya, bayi yang dilahirnya tidak cukup bulan maka langkah yang sepatutnya perlu diambil segera bagi mengelakkan sebarang kecacatan kepada bayi. Hal ini kerana, kebanyakan kes anak yang menjadi cacat adalah disebabkan oleh salah satu faktor kelahiran tidak cukup bulan kerana pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut semakin lambat berbanding bayi yang lahir normal.
2.3 Faktor Posnatal (selepas kelahiran) Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada saat kehidupan selepas kelahiran ke dunia sampai pada dua tahun atau lima tahun kehidupan seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti gizi pemakanan, penyakit, keadaan sosial dan ekonami, musim dan lain-lain lagi.
6
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________ Gizi pemakanan haruslah diamalkan pada masa ini, iaitu awal pertumbuhan dan perkembangan anak seperti mengikuti cara makanan kualitatif dan juga kuantitatif. Hal ini membantu serta memudahkan perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Antara makanan yang dikatakan kualitatif adalah makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Awal perkembangan anak dari segi fizikal mahupun mental amat penting untuk mengelakkan sebarang kecacatan dalam pertumbuhan mereka. Manakala, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran yang semakin menular juga salah satu faktor menyebabkan kecacatan pada diri kanak-kanak. Sekiranya anak yang dilahirkan dikenalpasti mengalami penyakit ini, ibu bapa perlulah membawa anaknya ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya diterima oleh anak mereka serta mengikuti apa yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Penyakit sebegini tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut tetapi akan memberi kesan pada masa akan datang. Hal ini menyebabkan kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat dibantu kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan. Secara keseluruhannya, tiga faktor utama iaitu faktor pranatal, perinatal dan posnatal amatlah penting kerana ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak sama ada dalam keadaan sempurna atau cacat. Seseorang wanita yang mengandung haruslah memberi perhatian yang serius semasa melalui tiga faktor utama kelahiran anak bagi mengurangkan bilangan kelahiran anak kurang upaya yang semakin meningkat di dunia.ini.
2.4 Faktor-faktor lain Selain daripada tiga faktor utama faktor-faktor sampingan yang lain juga mempengaruhi kelahiran anak kurang upaya. Faktor sampingan ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu faktor endogen dan faktor eksogen.
7
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
a) Faktor Endogen Faktor
endogen
adalah
faktor
yang
mempengaruhi
pertumbuhan
dan
perkembangan dalam diri individu atau dikatakan sebagai faktor baka. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya dalam masyakarat sekarang adalah disebabkan oleh faktor endogen seperti baka, pemakanan, kesihatan ibu, pengambilan dadah dan alkohol, merokok, faktor Rh darah, kesan X-Ray, emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan sebagainya. Secara langsungnya, faktor baka adalah amat mempengaruhi dalam kelahiran anak cacat. Sekiranya, ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat mengalami kecacatan dari segi fizikal mahupun mental, kemungkinan besar anak yang dilahirkan mengalami kecacatan tersebut. Menurut Bluss dan Pidmin (1997), faktor baka atau genetik dari segi fizikal akan diwarisi oleh anak yang dilahirkannya. Selain faktor baka, komlikasikomlikasi kehamilan pada usia lewat juga salah satu faktor endogen yang membawa kecacatan kepada anak. Menurut Dr. Shah Reza Johar Noor ( Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital USM ), menyatakan bahawa ibu yang berusia 40 tahun ke atas adalah berisiko tinggi kerana kebiasaanya bayi yang dilahirkan akan mengalami Sindrom Down. Seterusnya, wanita hamil yang mengambil dadah, alkohol dan merokok akan melahirkan anak yang cacat atau terencat akal. Pakar Kesihatan K.Bathmanathan juga berpendapat bahawa sekiranya wanita yang mengandung merokok maka bayi yang dilahirkan berkemungkinan mengalami masalah berat badan serta terdedah kepada risiko penyakit paru-paru dan pertumbuhan fizikal yan lemah. Jika ibu merokok, janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen kerana pembuluh darah mengecut dan ini boleh menyebabkan kecacatan otak kepada anak. Kesan X-Ray semasa mengandung juga menyebabkan kecacatan pada anak dalam kandungan. Kehadiran teratogen juga adalah amat bahaya kepada janin dalam kandungan kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan organ utama.
8
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
b) Faktor Eksogen Faktor eksogen pula adalah berkaitan dengan luar diri individu iaitu faktor persekitaran. Menurut satu kajian , sebanyak tiga hingga lima peratus penyakit yang menyebabkan kecacatan pada anak adalah daripada faktor persekitaran. Faktor ini termasuklah yang merangkumi faktor pemakanan, keluarga, tempat tinggal dan sebagainya. Pemakanan yang berkhasiat amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak sama ada dalam kendungan ibu mahupun selepas dilahirkan. Ibu yang mengandung perlulah mengamalkan makanan seimbang dan sihat. Hal ini kerana makanan yang tidak cukup atau kekurangan zat-zat makanan semasa awal perkembangan anak akan berkesan dan boleh membawa kecacatan fizikal dan mental. Manakala faktor pemberian susu ibu juga perlu dipertimbangakan serta mengamalkan dengan strategik. Susu ibu secara semula jadi mengandungi zat-zat yang sesuai bagi seseorang bayi yang baru dilahirkan. Seterusya, menurut Baumrind (1995), berpendapat faktor keluarga juga amat penting dalam kelahiran seseorang anak ke dunia ini. Pemerhatian dan kasih sayang ahli keluarga semasa perkembangan anak perlu bagi mengelakkan sebarang gangguan sama ada dalam pertumbuhan fizikal mahupun mental. Manakala, tempat tinggal juga harus selesa serta dalam keadaan selamat. Sekiranya ada gangguaan seperti pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya maka ia akan memberi kesan negatif serta menyebabkan kecacatan pada pertumbuhan anak. Secara umumnya, banyak faktor menyebabkan bilangan anak kelahiran cacat semakin meningkat. Oleh itu, wanita yang mengandung serta masyarakat di sekeliling harus memberi perhatian dan mengetahui faktor-faktor tersebut serta membuat persiapan awal bagi mengelakkan atau mengurangkan kadar kelahiran anak cacat yang membimbangkan semua pihak.
9
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________ 3.0 LANGKAH
– LANGKAH MENGATASI
Setiap masalah dalam dunia ini mesti ada penyelesaian. Sekiranya kita berhasrat untuk menyelesaikan masalah tersebut maka wujudlah satu penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. Hal ini sama dengan isu kelahiran anak kurang upaya kerana pilihan ada di tangan sendiri dalam mengatasi masalah tersebut. Sebagai manusia kita perlulah prihatin terhadap isu kelahiran anak kurang upaya yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Alternatif-alternatif atau langkah-langkah sepatutnya perlu diambil oleh setiap pihak supaya mengurangkan kadar peningkatan kelahiran anak kurang upaya.
3.1 Individu Pihak yang paling bertanggungjawab dalam hal ini ialah ibu yang mengandung. Sebagai ibu atau bakal ibu yang akan melahirkan anak perlulah mempunyai pendidikan asas tentang perkembangan anak iaitu faktor yang mempengaruhi sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Pendidikan ini amat penting untuk ibu yang mengandung bagi mengetahui tahap-tahap perkembangan seseorang anak dalam kandunganya serta dapat mengikuti perubahan semasa ke semasa. Ibu yang mengandung perlulah menjalankan pemeriksaan kesihatan sepertimana yang ditentukan oleh pusat kesihatan. Hal ini dapat membantu ibu mengandung untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya mengikut tahap-tahap perkembangan anak dalam rahim. Selain rawatan di pusat kesihatan, seseorang ibu mengandung juga perlu mengambil makanan tambahan dengan nasihat pakar kesihatan. Kajian membuktikan tubuh kita lebih mudah menyerap vitamin yang didapati daripada makanan tambahan dan makanan kaya vitamin berbanding vitamin semula jadi pada sesetengah makanan. Makanan tambahan seperti asid folik atau vitamin B9 adalah antara nutrisi yang menghalang daripada berlakunya kecacatan pada bayi. Kajian juga turut menunjukkan wanita
mengandung
yang
mengambil
asid
folik
semasa mengandung
dapat
mengurangkan risiko kecacatan kelahiran anak.
10
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
3.2 Kerajaan Pihak kerajaan juga harus bertanggungjawab dalam mengurangkan kadar kelahiran anak kurang upaya kerana aset masa depan ialah anak-anak yang telah lahir dan yang bakal dilahir. Oleh itu, penglibatan kerajaan dalam hal ini amat diperlukan supaya menjamin kesejahteraan masyarakat. Sekiranya kadar anak kurang upaya semakin meningkat maka tiadalah pemimpin dan penjuang bangsa dan negara yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Kerajaan perlu meningkatkan kempen yang berunsur kepentingan gaya hidup sihat yang membantu melahirkan generasi yang sempurna dari semua aspek. Garis panduan tentang kempen sebegini sudah pun dibuat dalam kalangan masyakat. Namun, kita tidak dapat memberi satu penilaian yang tetap mengenai kempen ini sama ada mencapai objektifnya atau tidak. Oleh sebab, kerajaan adalah penggerak kepada sesebuah negara maka ia perlulah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengatasi isu kelahiran anak kurang upaya.
3.3 Media Massa Selain individu dan kerajaan, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik perlu berperanan dalam mengatasi masalah ini kerana melalui media massa
sesuatu mesej mudah dan cepat disampaikan kepada masyarakat. Media massa juga harus menambahkan dan menyiarkan rancangan-rancangan atau iklan-iklan yang berkaitan dengan kelahiran anak kurang upaya. Langkah
ini dapat menyebabkan masyarakat
berfikir dan secara langsungnya memberi kesedaran tentang isu ini. Penulisan ilmiah tentang kelahiran anak kurang upaya juga harus digalakkan. Pihak yang berkaitan dengan bidang ini perlulah menulis sebanyak mungkin tentang faktor-faktor kelahiran anak yang mempunyai kecacatan serta kaedah atau langkah untuk mengatasinya, dengan cara yang mudah difahami oleh masyarakat. Melalui ini satu kesedaran pasti akan bertimbul dan psikologi perkembangan anak juga meningkat. 11
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
4.0PENUTUP Secara keseluruhannya, kita dapat merumuskan bahawa melahirkan seseorang anak adalah seseuatu masa yang paling indah dan bermakna dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri. Namun, kita tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat zaman ini tidak sedar terhadap situasi sebegini kerana terlalu mementingkan faktor kerjaya. Dunia yang semakin moden serta maju ke arah perkembangan sains dan teknologi (ICT) menjadikan manusia sebagai pencari harta benda semata-mata. Maka, kebanyakan golongan masyarakat ini tidak dapat menghayati masa yang paling indah dalam kehidupannya iaitu mengandung atau pasagannya mengandung. Mereka ini juga tanpa disedari kehilangan masa yang paling berharga dan bermakna dalam kehidupan mereka. Golongan ini perlu sedar bahawa erti sebenar kehidupan dan harta yang paling berharga adalah zuriat yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sempurna dan normal dari segi fizikal, mental dan rohani. Sekiranya wanita yang mengandung bekerja, maka perlu membahagikan masa untuk memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak dalam kandungan bagi memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan normal. Begitu juga dengan suami yang mempunyai isteri yang mengandung kerana kasih sayang dan pemerhatian suami pada masa ini amat diperlukan supaya emosi wanita yang mengandung sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana, emosi juga amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak dari segi mental mahupun fizikal. Selain itu, tanggungjawab ibu bapa bukan setakat anak semasa dalam kandungan tetapi juga selepas dilahirkan. Mereka perlu memberi kasih sayang serta memastikan keperluan asas anak disempurnakan. Melalui ini kelahiran anak kurang upaya dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa juga harus mempertimbangkan dan ingat tentang faktor-faktor kelahiran iaitu faktor pranatal, perinatal, posnatal dan lain-lain supaya pertumbuhan dan perkembangan fizikal anak dalam keadaan sihat dan normal tanpa mengalami sebarang kecacatan. Oleh itu, kelahiran anak kurang upaya amat bergantung pada tanggugjawab ibu bapa walaupun faktor lain turut dipengaruhi.
12
UB M 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi Kanak-Kanak&Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Psikologi kanak-kanak (2007). Diperoleh pada Februari 25,2008 daripada http://www.pts. com.my/ modules.php? name= News&file=article&sid=28. Pertumbuhan dan perkembangan anak (2007). Diperoleh pada Februari 25,2008 daripada http://www.medicastore.com/zamel/isi_zamel.php?isi_zamel=tumbuh_kembang. K.Bathmanathan (2005, Disember 6). Implikasi ibu mengandung merokok. Utusan Malaysia, 1 & 4. Dr. Shah Reza Johar Noor (2005, Disember 11). Kehamilan pada usia lewat berisiko tinggi untuk bersalin. Mingguan Malaysia, 1 & 5 Netty Ah Hiyer (2007, September 14). Asid folik halang kelahiran cacat. Mingguan Wanita, 146, 72.
13