•
Derita Pertama Adam ialah bapa kita yang tercampak dari seberang dunia kerana mencari syurga di celah buah khuldi. Waktu terlantar di dunia baru hari tengah malam ia tidak mengerti apa yang terjadi mulutnya bisu. Ia melihat sekeliling mulai merasa cemas akan kegelapan segumpal awan hinggap ke kening ia tidak tahu apakah itu. Sepanjang malam ia tercengang dari hatinya mengalir sungai duka bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan tubuh seorang. Sepanjang malam air matanya membelah muka bulan. Suhaimi Haji Muhamad Lagu Kehidupan, 1990. Dewan Bahasa dan Pustaka.
•
Rangkap 1 Nabi Adam merupakan manusia yang pertama dijadikan Tuhan telah dihantar ke dunia dari syurga sebagai hukuman ke atasnya yang telah memakan buah Khuldi. Rangkap 2 Ketika dia tiba di dunia, hari tengah malam dan gelap gulita. Adam kebingungan dan tidak memahami perkara yang terjadi. Dia tidak dapat berkata-kata / tergamam dengan pengalaman yang dilaluinya itu.
Rangkap 3 Adam melihat sekeliling dengan perasaan bimbang. Dia takut akan kegelapan. Ketika itu, segumpal awan terkena dahinya tetapi dia tidak mengetahui benda itu kerana itulah pertama kali dia melihatnya. Rangkap 4 Sepanjang malam itu dia berada dalam kehairanan dan kesedihan. Dalam hatinya dia tertanya-tanya bagaimana dia akan menghadapi keadaan tersebut seorang diri. Rangkap 5 Sepanjang malam itu dia menangis mengenangkan nasibnya.