SOALAN 1 Berikan takrif dan formula keanjalan permintaan dan penawaran Definisi Keanjalan Permintaan Harga ( E ) Keanjalan permintaan harga mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti sesuatu barangan diminta akibat perubahan harga barang tersebut dengan andaian ceteris paribus. Formula untuk mengira nilai keanjalan permintaan harga adalah seperti berikut; E
=
peratusan perubahan kuantiti diminta peratusan perubahan harga
Q Q
= = = = = =
kuantiti diminta asal kuantiti diminta baru perubahan kuantiti diminta harga asal harga baru perubahan harga
Q P P P
Nilai keanjalan permintaan harga adalah sentiasa negatif. Ini disebabkan bentuk keluk permintaan yang bercerun negatif dan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta.
1
Definisi Keanjalan Penawaran Harga ( E ) Keanjalan penawaran harga mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti sesuatu barang ditawarkan akibat perubahan harga barang tersebut dengan andaian faktor yang lain tidak berubah atau ceteris paribus. Formula untuk mengira nilai keanjalan penawaran harga adalah seperti berikut: E
=
peratusan perubahan kuantiti ditawarkan peratusan perubahan harga
Q Q
= = = = = =
kuantiti diminta asal kuantiti diminta baru perubahan kuantiti diminta harga asal harga baru perubahan harga
Q P P P
Sifat keanjalan penawaran harga adalah sentiasa positif. Ini disebabkan bentuk keluk penawaran yang bercerun positif dan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan.
2
SOALAN 2 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran Perubahan Kos Pengeluaran Penawaran sesuatu barang adalah anjal apabila kos pengeluaran tambahan yang diperlukan untuk mengeluarkan barang tersebut adalah besar. Ini akan berlaku dalam dua keadaan. Dalam keadaan pertama, penggunaan faktor sedia ada telah mencapai kapasiti maksimum. Maka, untuk menambahkan pengeluaran, perbelanjaan untuk mendapatkan faktor pengeluaran baru diperlukan. Kesannya kos pengeluaran meningkat. Dalam keadaan kedua, kesukaran untuk mendapatkan faktor pengeluaran tertentu bagi menambahkan pengeluaran juga akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Sebaliknya, penawaran sesuatu barang adalah tidak anjal sekiranya kos pengeluaran tambahan yang diperlukan untuk mengeluarkan barang tersebut adalah sedikit. Mobiliti Faktor Pengeluaran Penawaran sesuatu barang adalah tak anjal sekiranya faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan barang tersebut adalah sukar dicari dan tidak dapat ditambah dengan mudah. Sebaliknya, penawaran sesuatu barang adalah anjal sekiranya faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang tersebut mudah dicari dan dapat ditambah dengan mudah.
3
Faktor Masa Faktor masa boleh dibahagikan kepada jangka masa singkat, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Dalam jangka masa singkat, pengeluaran tidak dapat ditambah selaras dengan perubahan permintaan dan harga. Oleh itu, penawaran adalah tak anjal dalam jangka masa singkat. Dalam jangka masa pendek pula, masih terdapat sesetengah faktor pengeluaran yang tidak boleh ditambah dengan mudah. Oleh itu, keluk penawaran adalah tidak anjal dalam jangka masa pendek. Dalam jangka masa panjang, semua faktor pengeluaran boleh ditambah dengan mudah. Oleh itu, keluk penawaran adalah anjal dalam jangka masa panjang.
4