http://www.zappafly.com/zapaframe.php?url=aHR0cDo vL3N5YXJpZm1hd2FoaWIud29yZHByZXNzLmNvbS 8yMDA3LzA1LzAyL21hbmdyb3ZlLWRhbi1iaW9kaX ZlcnNpdHkv&title=TUFOR1JPVkUgREFOIEJJT0RJ VkVSU0lUWSDCqyBTZWdhbGFueWEgQmlzYSBBc2 FsIEtpdGEgQmVydXNhaGE=&searchid=703738&zap url=hutan+paya+air+masin
MANGROVE DAN BIODIVERSITY Mei 2, 2007 · Disimpan dalam Tentang Lingkungan 1.
PENGENALAN
a.Pengertian Hutan Paya Bakau
Hutan paya bakau adalah vegetasi hutan yang tumbuh di antara garis pasang surut tetapi dapat juga tumbuh pada pantai karang pada dataran koral mati yang diatasnya ditimbuni selapis tipis pasir atau ditimbuni lumpur atau pantai berlumpur (Darsidi, 1987). Hutan paya bakau merupakan salah satu daripada ekosistem lahan basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya, tanah gambut atau perairan, baik yang bersifat semulajadi mahupun buatan, tetap atau sementara, dengan perairannya yang tergenang ataupun mengalir, tawar, agak masin termasuk kawasan-kawasan perairan laut yang kedalamannya tidak lebih dari 6 meter pada waktu air surut. Hutan paya bakau mempunyai vegetasi rata dan rapat, memiliki jenis tumbuhan yang selalu berdaun (Anwar et al., 1984).
Batasan hutan paya bakau menurut Samingan (1993) adalah hutan yang terutama tumbuh pada tanah alluvial di daerah pantai dan sekitar muara sungai yang dipengaruhi pasang surut air laut. Ciri-ciri hutan paya bakau menurut Soerianegara dan Indrawan (1980) adalah :a.
Tidak terpengaruh iklim.b. Terpengaruh pasang surut.c.
Tanah
ditenggelami air laut, tanah lumpur atau berpasir terutama tanah liat.d. Tanah rendah pantai.e. Hutan tidak mempunyai strata tajuk.f.
Pohon-pohon tidak mencapai tinggi 30 m.g. Jenis-jenis kayu
mulai dari laut ke darat adalah Rhizophora spp, Avicennia spp, Sonneratia spp, Xylocarpus spp, Lumnitzera spp, Bruguiera spp.h. Tumbuh di pantai berupa jalur. Habitat daripada hutan paya bakau ialah di mana tanamannya selalu ditenggelami air pada masa air laut pasang dan pada masa air laut surut biasanya ada yang tidak ditenggelami air laut. Keadaan tersebut dapat terlihat dalam rajah 1:
Rajah 1. Vegetasi Paya Bakau b. Peranan Hutan Paya Bakau
Hutan paya bakau merupakan sumber daya alam yang mempunyai manfaat yang banyak dengan pengaruh yang sangat luas di lihat daripada pelbagai aspek sosial, ekonomi dan ekologi. Biasanya peranan hutan paya bakau bagi kehidupan dapat di ketahui daripada banyaknya jenis binatang dan tumbuhan termasuk manusia yang hidup bergantung pada hutan paya bakau. Menurut Abdullah (1986) hutan paya bakau yang merupakan ekosistem penyangga antara daratan dan lautan memegang peranan
penting dalam mendukung produktiviti laut yang berada di sekitarnya. Hutan paya bakau berperanan penting dalam aliran tenaga dan siklus hara pada daerah-daerah pantai, sepertimana di Indonesia yang memiliki garis pantai yang cukup panjang. Pada beberapa negara, hutan paya bakau disalahgunakan sebagai tempat pembuangan sisa yang mengandungi logam berat dari kawasan industri yang terletak di sepanjang teluk. Besarnya peranan vegetasi hutan paya bakau ini dalam kitaran logam berat tergantung pada keseimbangan antara pergerakan logam dalam sistem yang bersangkutan dan pengeluaran atau dekomposisi melalui serasah serta bahan-bahan organik.
Peranan hutan paya bakau di dalam proses-proses ekologi dan sistem penyangga kehidupan adalah:a.
Mencegah intrusi air masin ke
daratan yang dapat merosakkan kawasan-kawasan pertanian dan untuk bekalan air minuman.b. Menahan angin dan ombak.c.
Tempat
pembiakan pelbagai biota laut, ikan, udang dan sebagainya yang bermanfaat bagi kehidupan manusia.d. Sebagai penyaring dan pengurai bahan-bahan organik yang datangnya dari daratan yang dibawa oleh aliran permukaan air hujan dan air sungai (Atmawidjaya, 1986). Menurut Salim (1986), hutan paya bakau mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi ini yang paling menonjol dan tidak dapat digantikan oleh ekosistem lain adalah kedudukan hutan paya bakau sebagai mata rantai yang menghubungkan kehidupan ekosistem laut dengan ekosistem daratan.
Fungsi ekosistem hutan paya bakau secara luas dinyatakan oleh Saenger et al. (1981) dalam Anwar et al. (1984) iaitu:1. Fungsi Fizikal:a.
Menjaga garis pantai dan tebing sungai atau danau agar
tetap stabil.b. Mempercepat perluasan tanah.c.
Mencegah intrusi air
asin ke daratan.d. Mengolah bahan sisa buangan.2. Fungsi Biologia. Tempat pembiakkan benih-benih ikan, udang, dan kerang-kerang dari lepas pantai.b. Tempat bersarang burung-burung besar.c. alami bagi banyak biota.3. Fungsi Ekonomia. udang.b. Tempat pembuatan garam.c.
Habitat
Lahan tambak ikan atau
Tempat rekreasi.d. Penghasil
kayu atau balak dan penghasil bukan kayu. c.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Hutan
Paya Bakau
Sandy (1968) dalam Hardjowigeno (1986) menyatakan bahawa lebar jalur hijau hutan paya bakau di pengaruhi oleh tinggi pasang surut, yang menentukan lebarnya jangkauan air pasang di tempat-tempat tersebut. Batasan hutan paya bakau menurut Samingan (1993) adalah hutan yang tumbuh pada tanah alluvial di daerah pantai dan sekitar muara sungai yang di pengaruhi pasang surut air laut. Wilayah yang baik untuk di tumbuhi hutan paya bakau adalah wilayah yang mempunyai sifat-sifat sebagai berikut:a. payau.c.
Air tenang.b. Air
Endapan lumpur.d. Lereng endapan tidak lebih dari 0,25 –
0,50 %. Faktor fizikal yang mempengaruhi hutan paya bakau yang utama adalah adanya gerakan air yang minimum yang mempunyai pengaruh yang nyata. Keadaan sekeliling di mana hutan paya bakau tumbuh mempunyai faktor-faktor yang ekstrem seperti saliniti air tanah yang
cukup tinggi dan tanahnya yang sentiasa bertakung (Anwar et al., 1984). Ditambahkan pula oleh Nybakken (1992) bahawa faktor lain yang juga berpengaruh adalah pasang surut. Kitaran pasang surut dan jenisnya bervariasi bergantung kepada keadaan geografi bakau. Faktor iklim tidak dipengaruhi oleh lokasi hutan paya bakau, ertinya hutan paya bakau yang terdapat di kawasan yang beriklim basah, bermusim dan kering.
Tetapi umumnya hutan paya bakau terdapat
pada iklim dengan CH tahunan dan bulanan yang tinggi, hal ini dapat mencegah akumulasi garam-garam tanah sehingga hutan paya bakau sentiasa tumbuh subur dan berkembang baik (Istomo, 1992).
d. Biodiversity Paya Bakau Kepelbagaian komponen biologi paya bakau sangat beragam dan saling berhubung kait antara satu dengan yang lain membentuk suatu ekosistem tersendiri iaitu ekosistem hutan paya bakau. Kepelbagaian itu antaranya adalah kepelbagaian biota tanah paya bakau, biota perairan paya bakau, kepelbagaian tanaman paya bakau (vegetasi / flora) serta kepelbagaian haiwan (fauna) pada hutan paya bakau. Vegetasi paya bakau yang terdapat beberapa kawasan paya bakau di Indonesia dan di Malaysia antaranya adalah:1) •
Rhizophora apiculata•
stylosa2) marina•
Avicennia•
Rhizophora mucronata•
Avicennia alba•
Avicennia officinalis3)
Bruguiera cylindrica•
Rhizophora
Rhizophora
Avicennia lanata•
Bruguiera•
Avicennia
Bruguiera parviflora•
Bruguiera gymnorrhiza4)
Sonneratia•
Sonneratia ovata•
Sonneratia caseolaris•
Acanthus ilicifolius6) Brownlowia •
Sonneratia alba5)
Acrostichum aureum7)
Brownlowia lanceolata•
Calophyllum inophyllum10. Xylocarpus•
Aegiceras corniculatum
Brownlowia riedelii9.
Xylocarpus moluccensis•
Xylocarpus granatum11. Cerbera manghas12. Ceriops• •
Ceriops tagal
Ceriops decandra13. Derris heterophylla14. Excoecaria
agallocha15. Heritiera littoralis16. Hibiscus tiliaceus17. Cynometra• Cynometra ramiflora• Lumnitzera•
Cynometra iripa18. Kandelia candel19.
Lumnitzera littorea•
Lumnitzera racemosa20. Nypa
fruticans21. Oncosperma horrida22. Scyphiphora hydrophyllacea23. Terminalia catappa Belbagai haiwan yang biasa hidup di kawasan hutan paya bakau ini adalah buaya, ular dan paling banyak adalah burung. Beberapa jenis burung yang biasa terdapat di hutan paya bakau adalah Dicaceum hirundinaceum, Amyema spp. (Chapman, 1975). Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biota tanah hutan paya bakau yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau yang tidak terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan paya bakau, ianya adalah fungi. Fungi-fungi yang terdapat di kawasan hutan ini sangat bermanfaat dalam membantu tumbuhan paya bakau menyerap bahan-bahan pencemar yang masuk ke perairan dengan cara fungi tersebut berasosiasi dengan akar tanaman tertentu. Akan tetapi fungi mempunyai daya tampung yang terbatas dalam menyerap bahan-bahan pencemar seperti logam berat mahupun yang lainnya. Oleh kerana itu apabila kandungan bahan pencemar terlalu tinggi maka populasi fungi tersebut akan menurun dan juga beberapa fungi yang tidak dapat bermandiri akan musnah. Ini merupakan satu contoh
kes yang pernah di teliti di Muara Angke Jakarta oleh seorang pelajar di Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Beberapa fungi yang sering ditemukan di hutan paya bakau iaitu Aspergillus sp., Penicillium sp., Talaromyces sp., Eupenicillium sp., Trichoderma sp.
2.
MEKANISME PENCEMARAN
Perairan adalah komponen persekitaran yang paling mudah terkena kesan daripada kegiatan manusia, sehingga perlu mendapat perhatian khusus. Setiap sistem perairan memiliki kapasiti terima (receiving capacity) yang terbatas terhadap bahan pencemar, sehingga peningkatan buangan bahan pencemar ke perairan akan mengakibatkan kerosakan ekosistem perairan (Sanusi, 1985). Odum (1971) mendefinisikan pencemaran sebagai perubahanperubahan sifat fizik, kimia dan biologi yang tidak diinginkan pada udara, tanah dan air. Perubahan tersebut dapat menimbulkan bahaya bagi kehidupan manusia atau makhuk hidup lain yang disebabkan adanya sisa buangan dari proses industri dan kebiasaan hidup manusia. Menurut Direktorat Pengendalian Masalah Air (1975) dalam Mulyaningsih (1998), pencemaran air merupakan segala pengotoran atau penambahan organisma atau zat-zat lain ke dalam air, sehingga mencapai tingkat yang mengganggu penggunaan dan pemanfaatan kelestarian perairan tersebut. Pencemaran ini meliputi pencemaran kimia yang dapat berupa bahan-bahan organik, mineral, zat-zat beracun; pencemaran biologi yang dapat disebabkan oleh berkembang biaknya ganggang, tumbuhan pengganggu air; dan kontaminasi
perairan oleh organisme mikro yang berbahaya atau gangguan dari ketiga pencemaran tersebut. Pencemaran air secara umum dapat menimbulkan berbagai pengaruh antara lain:
1) Berhubungan dengan estetika seperti
perubahan bau, warna dan rasa. 2) Dapat menimbulkan bahaya bagi kehidupan tanaman dan binatang. 3) Berbahaya bagi kesehatan manusia. 4) Dapat menyebabkan kerosakan pada ekosistem (Suwirna, 1988). Dewasa ini, timbulnya masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakkan persekitaran, eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung beban yang cukup berat dan ini dapat mengganggu keharmonian proses-proses biologi atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat menjadi berubah. Perubahan ini meningkatkan perhatian dan keupayaan mengatasi serta pencegahan permasalahan lingkungan yang disebabkan oleh pelbagai faktor dan hal ini sangat penting untuk dilakukan (Lestari, 2003). Berikutan dengan peningkatan aktiviti pembangunan, banyak industri yang dibangunkan tidak hanya di daerah-daerah industri tetapi juga di sekitar pantai atau teluk. Anggapan yang selama ini berkembang bahawa wilayah pesisir dan perairan merupakan tempat yang mudah dan murah untuk membuang sisa buangan, menyebabkan wilayah pantai atau pesisir menjadi tempat yang paling menderita akibat adanya sisa buangan ini (Rachmat et al., 1998). Hal ini dapat mengganggu atau berpengaruh terhadap ekosistem daerah tersebut, terutama jika industri-industri tersebut mengeluarkan sisa-sisa industri
yang merupakan bahan-bahan pencemar yang memberi kesan kepada persekitaran dan juga dapat mempengaruhi rantai makanan organisma-organisma hidup, yang berperanan sebagai sumber kepelbagaian dan keseimbangan ekosistem. Selain daripada sisa buangan dari industri, pencemaran juga berasal dari sisa-sisa domestik dan dari penggunaan pestisid di kawasan pertanian dimana kesemuanya itu akan terus bergerak ke muara sungai seterusnya sampai ke lautan.Semakin bertambahnya kegiatan industri telah menyebabkan semakin banyaknya jumlah sisa buangan yang dihasilkan. Sisa industri ini menimbulkan masalah yang serius bagi ekosistem perairan karana menurunkan kualiti air. Kegiatan-kegiatan tertentu telah menghasilkan sisa-sisa logam berat khususnya Hg, Pb dan Cu. Sisa logam berat yang tidak diolah masuk perairan laut dan mengalami pengendapan, pengenceran, dispersi dan metilasi oleh aktiviti mikrob dan selanjutnya akan diserap oleh organisma di perairan tersebut. Organisma akan mengalami biomagnifikasi dalam rantai makanan dan akhirnya mencemari manusia (Ambarwati, 2002). Proses tersebut terlihat pada rajah 2. Kegiatan industri Limbah logam berat Ekosistem Perairan
Mencemari sungai dan laut Manusia
Biomagnifikasi Metilasi
Rajah 2. Proses terjadinya pencemaran Logam berat (Hg, Pb dan Cu) sukar mengalami proses pelapukan baik secara kimia, fisika mahupun biologi. Sekalipun dalam perairan logam tersebut kadarnya relatif rendah, dapat diserap dan terakumulasi secara biologi oleh haiwan air, dan akan terlibat dalam sistem jaringan tubuh organisma perairan. Melalui proses biotransformasi akan terjadi pemindahan dan peningkatan kadar logam tersebut pada tingkat pemangsaan (tropic level) yang lebih tinggi yang disebut biomagnifikasi. Kandungan logam berat pada ekosistem hutan paya
bakau dapat digunakan untuk mengesan kandungan logam berat di ekosistem sekitarnya, selain itu juga dapat digunakan untuk pemantauan biologi dari suatu pencemaran persekitaran akibat logamlogam berat.Sumber pencemaran logam berat di perairan menurut Hartmah (1987) terdapat lima sumber iaitu: 1) Pencemaran secara semulajadi, melalui pelapukan batuan yang mengandung logam berat. 2) Industri yang memproses biji tambang. 3) Pabrik-pabrik dan industri yang menggunakan logam berat di dalam proses produksinya. 4) Logam berat yang berasal dari ekskresi baik oleh manusia mahupun oleh binatang. 5) Pencucian logam dari sampah organik mahupun anorganik. Logam berat memasuki lingkungan perairan semulajadi melalui saluran pembuangan dan hanya sebahagian kecil yang dibuang ke perairan setelah melalui perlakuan. Sisa buangan yang paling banyak mengandungi logam berat adalah sisa dari industri (Diniah, 1995). Di samping dari sisa buangan industri, logam berat juga boleh didapati melalui udara, terutama unsur Pb yang digunakan dalam campuran bahan bakar, iaitu untuk meningkatkan nilai oktan dari bensin. Meningkatnya pencemaran udara di wilayah DKI Jakarta melalui emisi kenderaan bermotor sangat memungkinkan menyebabkan kenaikan konsentrasi Pb pada perairan melalui proses deposisi atau presipitasi (KPPL DKI Jakarta dan PPLH IPB, 1997). Diketahui bahwa terdapat tiga komponen ekosistem yang dapat dipakai sebagai indikator pencemaran logam berat iaitu air, lumpur dan organisma. Pemakaian organisma hidup sebagai indikator pencemaran sering disebut dengan ”bio-indicator”. ”Bio-indicator” yang tepat dan efisien serta sering dipakai adalah biota benthos, antara lain kerang dan makro alga.
Dari aspek ekologi, kerosakan ekosistem perairan akibat pencemaran logam berat ditentukan oleh faktor-faktor berikut, kadar dan kontinuitas zat pencemar yang masuk dalam perairan, sifat toksis dan mudah atau tidaknya terakumulasi pada tubuh organisme air, dan resistensinya terhadap proses degradasi baik secara fizik, kimia, mahupun biologi (Sanusi, 1985). Kesan daripada pencemaran yang terjadi di hutan paya sangatlah merugikan secara ekologi, ekonomi, mahupun secara sosial. Secara ekologi, pencemaran yang puratanya adalah pencemaran logam berat ini dapat mengganggu keseimbangan ekosistem tumbuhan dan haiwan-haiwan di kawasan hutan paya bakau. Secara ekonomi merugikan kerana mengakibatkan hasil tangkapan ikan nelayan menurun, jenis ikan pun tidak beragam lagi kerana banyak yang musnah kerana air laut yang semakin tercemar sehingga pendapatan nelayan secara ekonomi akan menurun dan pastinya akan mempengaruhi ekonomi sesuatu negara atau kawasan apabila kawasan tersebut kehidupannya bergantung daripada hasil tangkapan ikan. Sebagai contoh, perkampungan nelayan. Secara sosial berkait dengan proses biomagnifikasi kerana ikan atau makanan laut lain yang biasa kita makan telah mengalami proses-proses akumulasi logam berat dalam tubuhnya sehingga kandungan logam berat dalam tubuh ikan telah pun tinggi. Pada tahap ikan dimakan oleh manusia maka kandungan logam berat yang ada dalam tubuh kita akan lebih tinggi daripada kandungan logam berat pada ikan tersebut, atau dapat kita katakan telah terjadi biomagnifikasi. Dan apabila kandungan logam berat dalam tubuh manusia semakin tinggi hingga melebihi baku nilai yang diperbolehkan hal ini dapat mengakibatkan kematian bahkan dapat menyebabkan kecacatan pada bayi yang masih di dalam kandungan.
Vegetasi paya bakau cenderung mengakumulasi logam-logam berat yang terdapat pada ekosistem yang bersangkutan. Hal ini tidak lepas dari peranan mikrob-mikrob tanah yang membantu tanaman untuk mengakumulasi logam-logam berat tersebut, baik mikrob yang mengkonsumsi logam itu sendiri ataupun mikrob yang bersatu dengan jenis tanaman tertentu untuk mengakumulasi logam berat. 3.
CONTOH KES DAN PAMBAHASANNYA
Kes kajian tentang Pengurusan Lestari Kawasan Hutan Paya Bakau, di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Oleh Uma Muthusamy, 1998. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian tentang ”Satu Analisis Awal Pengurusan Hutan Paya Bakau, di Kuala Selangor, Selangor.” 3.1
Permasalahan kajian
Masyarakat mempunyai kesedaran yang luas tentang peranan penting daripada Hutan Paya Bakau. Namun masih juga kawasan hutan yang penuh dengan pelbagai flora dan fauna ini dihapuskan dan dilupakan kepentingannya. Kira-kira 1% kawasan Hutan Paya Bakau dihapuskan setiap tahun di Malaysia. Lama-kelamaan Hutan Paya Bakau akan terus pupus daripada alam semulajadi. Di Kuala Selangor khususnya, kajian ini adalah bertujuan untuk menilai jenis-jenis pengurusan yang terdapat di Kuala Selangor dan melihat bentuk-bentuk pengekploitasian yang berlaku di sana. 3.2
Objektif kajian
Di lihat bahawa pengurusan di kawasan Hutan Paya Bakau di Kuala Selangor, Selangor tidak diberi perhatian yang sepatutnya. Pemusnahan dan kemerosotan yang berlaku di kawasan hutan ini semakin parah dan teruk. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
memberi cadangan-cadangan garis panduan untuk pengurusan lestari Hutan Paya Bakau di Kuala Selangor. 3.3
Peranan Pengurusan Lestari Memelihara sumber hutan paya bakau bagi tujuan rekreasi dan
pendidikan
Menyediakan dan pemeliharaan tempat pembiakan
sumber makanan pelbagai spesies seperti udang, ketam dan ikan. Memelihara dan melindungi kawasan pinggir pantai daripada hakisan ombak dan tiupan angin. 3.4
Pengurusan Hutan Paya Bakau di Kuala Selangor
Pada sekitar 1980-an, JPS telah membina benteng sepanjang laut untuk mewujudkan kawasan pertanian dengan menebusguna tanah hutan paya bakau. Dalam proses pembinaan, terdapat syarat iaitu 200 meter jaluran hutan paya bakau dibiarkan antara benteng dan laut. Akibat daripada aktiviti pembinaan benteng ini, hutan bakau di kawasan berkenaan merosot dalam kuantiti yang besar. Oleh yang demikian, Jabatan Perhutanan Selangor mengambil langkah untuk menjaga baki hutan yang masih ada supaya tidak terancam. 3.5
Hutan Paya Bakau, Kuala Selangor
Terdapat 3 hutan simpan yang terdapat di kawasan Hutan Paya Bakau, Kuala Selangor.i)
Hutan Banjar UtaraSering menjadi kawasan
penebangan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Pokok dari spesies Rhizophora mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan dapat diperolehi dari kawasan ini. Oleh kerana bilangan spesies ini tidak banyak dan semakin kurang, projek pengayaan spesies ini dijalankan. Kawasan yang sama iaitu kira-kira 20 hektar luas dijadikan
kawasan akuakultur penternakan udang harimau yang menjadi permintaan ramai di pasaran. ii)
Hutan Banjar SelatanKawasan ini mengalami kemerosotan
yang sangat cepat kesan daripada penambakan tanah dan berlakunya penebangan haram. Kawasan ini masih terancam kerana masih belum ada usaha dalam pengurusannya. Cadangan pengurusan adalah dengan melakukan projek pengayaan bagi spesies-spesies pokok yang terancam. iii)
Taman Alam Kuala SelangorSebesar 296 hektar kawasan ini
dijadikan kawasan Taman Alam dimana dibawah penguasaan Malaysian Nature Sosiety (MNS). Terdapat 3 ekosistem yang wujud di kawasan Taman Alam Kuala Selangor iaitu Hutan Sekunder, Hutan Paya Bakau dan Sistem Tasik. Kawasan tasik dijadikan kawasan burungburung akuatik tempatan dan juga sebagai tempat persinggahan burung penghijrah. Kawasan paya bakau pula penting sebagai kawasan aktiviti perikanan, pembiakan kerang dan penghalang hakisan pantai. Kawasan ini juga dijadikan pusat penyelidikan dan pendidikan. 3.6
Kepentingan Pengurusan Lestari Hutan Paya Bakau Ekosistem untuk sektor perikanan pinggir pantai yang mempunyai
nilai ekonomi yang tinggi.
Sebagai tempat bagi burung-burung
akuatik tempatan dan burung-burung penghijt=rah
Sebagai
pelindungan pinggir pantai, merupakan pemampan semulajadi yang dapat menghalang ombak dan melindungi angin dari sampai ke pinggir pantai.
Sebagai kawasan rekreasi, pelancongan serta tempat
penyelidikan dan pendidikan.