Ejaan - Cara Mengajar

  • Uploaded by: 0910farafara
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ejaan - Cara Mengajar as PDF for free.

More details

  • Words: 1,113
  • Pages: 26
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 1. Ajar dalam unit yang kecil Maksud : Hadkan bilangan perkataan yang diajar sehari. Contohnya, ajar 3 atau 4 perkataan sehari sahaja

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 2. Beri latihan dan maklum balas yang mencukupi Maksud : Murid diberi peluang untuk membuat latihan mengeja perkataan setiap hari dengan maklum balas (sama ada perkataan dieja dengan betul atau salah)

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 3. Pilih perkataan-perkataan yang sesuai Maksud : Pilih perkataan-perkataan yang murid telah boleh baca dan juga makna perkataan diketahuinya.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 4. Ajar ejaan dengan menggunakan pengajaran direct. Maksud : Perkataan-perkataan yang terpilih diajar sampai dikuasai setiap hari.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 5. Guna bahasa yang bertujuan untuk mengajar

Maksud :

Bahasa yang digunakan menarik perhatian kepada perhubungan yang kritikal dalam atau Contoh :

antara perkataan.

“Anda menulis “nife” tetapi perkataan “knife” bermula dengan huruf yang tidak berbunyi. Andaikan “k” sebagai pisau yang terbuka dan perkataan “knife” bermula dengan “k.”

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 6. Kekalkan perkataan-pekataan yang telah boleh dieja oleh murid. Maksud : Perkataan-perkataan yang telah dikuasai oleh murid perlu kerap kali diulang kaji semula dengan pembelajaran ejaan perkataan baru.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 7. Beri peluang kepada murid untuk menggunakan perkataan Maksud : Beri peluang kepada murid untuk menggunakan perkataan dalam konteks.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 8. Beri motivasi kepada murid untuk mengeja dengan tepat. Maksud : Jadikan ejaan sebagai aktiviti yang menyeronokan melalui permainaan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN EJAAN 9. Jalankan latihan yang meliputi penggunaan kamus Maksud : Latihan menggunakan kamus termasuk mencari maksud yang tepat.

PENDEKATAN MENGAJAR EJAAN Kaedah “Uji-Kaji-Uji” (Test-study-Test ) 1. Guru menggunakan satu senarai perkataan untuk menguji kebolehan murid mengeja. 2. Guru minta murid mengkaji perkataan yang salah dieja. 3. Guru mengajar murid strategi-strategi mengingat ejaan perkataan. Contoh : Menyebut perkataan semasa menulisnya atau mengeja perkataan kepada seorang 4. kawan. Guru menguji semula kebolehan murid mengeja perkataan yang salah dieja, dan yang telah dikaji oleh murid.

PENDEKATAN MENGAJAR PERKATAAN Contoh Teknik Mengkaji Perkataan yang Guru Boleh Guna untuk Mengajar Ejaan dalam Pendekatan “UjiKaji-Uji” 1. Lihat perkataan dengan teliti 2. Sebut perkataan 3. Tutup mata, bayangkan perkataan 4. Tutup perkataan dan kemudian tulisnya 5. Semak ejaan 6. Kalau salah eja, ulangi langkah 1 – 5 semula Kaedah Fitzgerald

PENDEKATAN MENGAJAR PERKATAAN Contoh Teknik Mengkaji Perkataan yang Guru Boleh Guna untuk Mengajar Ejaan dalam Pendekatan “UjiKaji-Uji” 1. Lihat perkataan dan sebut kepada diri 2. Tutup mata dan bayangkan perkataan 3. Semak perkataan untuk mengesahkan sama ada anda bayangkan dengan tepat 4. Tutup perkataan dan tulisnya 5. Semak perkataan untuk mengesahkan sama ada anda telah mengeja dengan tepat 6. Ulangi langkah 4 – 5 dua kali lagi. Kaedah Horn, 1919

PENDEKATAN MENGAJAR PERKATAAN Contoh Teknik Mengkaji Perkataan yang Guru Boleh Guna untuk Mengajar Ejaan dalam Pendekatan “UjiKaji-Uji” 1. Sebut perkataan 2. Eja perkataan secara lisan 3. Sebut perkataan sekali lagi 4. Eja perkataan empat kali dengan tepat Kaedah Visual-Vocal (Westerman, 1971)

PENDEKATAN MENGAJAR PERKATAAN Kaedah Visualisasi Prosedur : • Guru menulis perkataan yang murid boleh baca tetapi tidak boleh mengeja di papan putih atau kertas • Murid membaca perkataan secara lisan • Murid membaca abjad dalam perkataan • Murid menulis perkataan di atas kertas • Guru minta murid lihat perkataan dan “menangkap gambar” perkataan tersebut • Guru minta murid menutup mata dan mengeja perkataan secara lisan, dan semasa mengeja, membayangkan perkataan • Guru minta murid menulis perkataan dan semak ketepatan ejaan dengan perkataan yang telah diberikan

THE FIVE-STEP WORD STUDY STRATEGY 1. Sebutkan perkataan 2. Tulis dan sebutkan perkataan 3. Semak perkataan 4. “Trace” dan sebut perkataan 5. Tulis perkataan dari ingatan dan semak 6. Ulangi kelima-lima langkah di atas

TEKNIK JOHNSON DAN MYKLEBUST Terdapat 3 langkah utama dalam teknik ini • mengenal perkataan • mengingat perkataan sebahagian • mengingat perkataan sepenuh 1. Latihan Mengenal Perkataan * tunjuk murid perkataan dan seterusnya campur perkataan tersebut dengan beberapa perkataan lain. Murid mengenal perkataan dengan membulatkan perkataan

TEKNIK JOHNSON DAN MYKLEBUST 2. Latihan Mengingat Perkataan Sebahagian * Perkataan ditulis dengan mengosongkan tempat untuk abjad dalam perkataan -

dengan

-

d _ ngan

-

deng _n

-

den __ __ __

-

d __ __ __ __ __

-

__ __ __ __ __ __

TEKNIK JOHNSON DAN MYKLEBUST Latihan Mengingat Perkataan Sepenuh • Guru menyebut perkataan • Murid menulis perkataan yang disebut

Di peringkat permulaan, ujian boleh dijalankan dengan menyebut perkataan dengan kadar yang amat perlahan. Apabila murid telah mantap, ujian boleh dijalankan dengan menggunakan kadar dan suara normal.

KAEDAH EJAAN ‘CLOZE’ Empat Langkah Proses Mengeja 1. Lihat-Kaji :

• Murid ditunjukkan perkataan di kad • Murid mengkaji perkataan yang ditunjukkan 2. Menulis Vokal yang Ditinggalkan :

• Murid ditunjukkan perkataan yang sama tanpa vokal • Murid menulis perkataan semula dengan memberi vokal 3. Menulis Konsonan yang Ditinggalkan: • Murid ditunjukkan perkataan yang sama tanpa vokal • Murid menulis perkataan semula dengan memberi konsonan 4. Menulis perkataan : • Murid menulis perkataan tanpa model

KAEDAH FERNALD

1. Guru menulis perkataan di papan hitam atau kertas. 2. Guru menyebut perkataan dengan jelas. Murid menyebut perkataan sambil melihat perkataan. Langkah ini diulangi beberapa kali. 3. Guru memberi masa untuk murid mengkaji perkataan. Murid boleh mengkaji perkataan dengan menyurihkan perkataan dengan jari. 4. Guru minta murid menulis perkataan dari ingatan. 5. Murid membalikkan kertas dan tulis perkataan untuk kali yang kedua. 6. Guru cuba cari peluang untuk menggunakan perkataan dalam penulisan murid.

THE CONSTANT TIME DELAY PROCEDUR 1. Kiu lisan “Eja ……….” diikuti dengan model perkataan untuk dieja dan perkataan ini disalin oleh murid 2. Selepas beberapa percubaan dengan cara tersebut di atas, guru menunggu 5 saat sebelum menunjukkan perkataan untuk dieja. 3. Selepas beberapa percubaan, guru boleh menambahkan masa menunggu sebelum menunjukkan perkataan untuk dieja.

CADANGAN AMALAN PENGAJARAN EJAAN BERDASARKAN KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN

1. Meniru kesilapan dan membuat modeling • Murid perlu membandingkan ejaan yang silap dengan model perkataan yang betul • Guru menulis ejaan silap murid and menulis model perkataan yang tepat • Guru menarik perhatian murid kepada ciri-ciri kesilapan ejaan yang dilakukan 2. Saiz unit • Bilangan perkataan untuk diajar sehari dihadkan kepada hanya 3 perkataan sehari

CADANGAN AMALAN PENGAJARAN EJAAN BERDASARKAN KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN 3. Modaliti • Ambil kira pilihan atau kegemaran murid terhadap cara untuk membuat latihan - menulis perkataan - menyusun abjad di jubin atau menyurih perkataan - menaip perkataan di komputer 4. Pengajaran Berdasarkan Komputer • Pengajaran berdasarkan komputer dapat membantu murid mengeja dengan lebih berkesan • Terdapat perisian-perisian yang menarik yang boleh digunakan untuk mengajar ejaan

CADANGAN AMALAN PENGAJARAN EJAAN BERDASARKAN KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN

5. Pengajaran / Bimbingan Sebaya • Guru boleh merancang sesi pengajaran yang melibatkan sebaya murid sebagai tutor

6. Teknik Mengkaji • Kalau murid diajar pelbagai teknik untuk mengkaji perkataan, dia dapat menggunakan teknik tersebut untuk mengkaji ejaan perkataan dengan secara sistematik

Related Documents

Ejaan - Cara Mengajar
June 2020 4
Ejaan Firman.pptx
December 2019 18
Berlatih Ejaan
June 2020 10
Kesalahan Bm-ejaan
June 2020 11
Ejaan Yang Disempurnakan
December 2019 6

More Documents from ""