1.0
Pengenalan
Setiap individu akan mengalami perubahan dari segi fizikal dalam kitaran hidup manusia. Perkembangan fizikal merangkumi aspek-aspek pertumbuhan saiz, struktur tubuh, otak serta kemahiran psikomotor. (Wong, K. W., Mohamad Isa Azis., Rafidah Ruhani. 2016). Secara umumnya, perkembangan membawa maksud sebagai satu proses yang bersifat kualitatif dan berkaitan dengan kematangan seseorang. Perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat individu. (Mohd Sharani Ahmad. 2006)
2.0
Perkembangan fizikal
Menurut Nani Menon & Halim Masnan dalam Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon Mohd Sharani Ahmad & (2007), perkembangan fizikal merupakan aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mereka telah memberi fokus komponen perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal kepada empat aspek iaitu: 1. perkembangan motor halus 2. perkembangan motor kasar 3. kesihatan 4. keselamatan (Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah. 2007) Keempat-empat aspek ini hendaklah diberi perhatian supaya dapat membentuk perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, positif dan berkeyakinan diri. Penguasaan motor yang cekap dan baik dapat membantu pergerakan asas yang membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti fizikal dengan yakin. Aspek kesihatan meliputi latihan mengamalkan cara hidup yang sihat manakala aspek keselamatan merangkumi kebolehan kanak-kanak mengenal pasti situasi yang membahayakan diri mereka.
ii
3.0
Tahap perkembangan fizikal kanak-kanak
Untuk mengetahui tahap perkembangan fizikal kanak-kanak dengan lebih lanjut, saya telah bercadang untuk memilih seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Sebelum itu, saya membaca dan merujuk ciri-ciri perkembangan fizikal yang berlaku pada umur tersebut.
3.1
Kemahiran motor kasar kanak-kanak umur 5 tahun
Motor kasar boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang melibatkan pergerakan yang besar dengan menggunakan tangan, kaki, lengan atau keseluruhan bahagian badan. Kita memerlukan kemahiran motor kasar untuk mengawal otot-otot besar di badan untuk berjalan, berlari dan lain-lain. Semasa peringkat awal usia kanak-kanak terutamanya sekitar usia 5 tahun ke atas, perkembangan kemahiran motor kasar akan meningkat dengan pantas. (Wong, K. W., Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. 2016) Menurut Gross Motor Development Chart, pada usia 5 tahun, kanak-kanak sudah mampu melompat ke hadapan dengan stabil serta melompat menggunakan satu kaki. Mereka sudah mampu mengimbangkan badan. Semasa menyambut bola, dia dapat menyesuaikan badan dan hanya menggunakan tangan untuk menangkap bola. Dia juga boleh berjalan berundur ke belakang dengan cekap.
3.2
Kemahiran motor halus kanak-kanak umur 5 tahun
Kemahiran motor halus melibatkan pergerakan manipulatif dan memerlukan otot-otot yang kecil atau halus. Pergerakan ini memerlukan mereka untuk mengawal penggunaan anggota badan contohnya kemampuan seorang kanak-kanak untuk memegang pensel menulis, melukis. Kemahiran ini melibatkan koordinasi antara kawalan tangan dengan penglihatan kanak-kanak. Menurut Kid Sense Child Development, kanak-kanak umur 5 tahun boleh menggunting bentuk-bentuk yang mudah seperti segi tiga, segi empat sama dan bulat. Kemahiran untuk menggenggam pensil dengan mengunakan tiga jari dapat dilihat dalam usia ini. Mereka boleh menulis nama mereka, melukis gambar yang mudah serta mampu melekat gambar dengan baik.
ii
4.0
Latar belakang kanak-kanak
Nama kanak-kanak dalam tinjauan ialah Nur Amirah Aleesya. Dia merupakan anak yang kedua antara tiga adik-beradik. Maklumat bagi berat badan dan ketinggiannya adalah 13 kg dan 109 cm. Menurut Panduan Ibu, berat badannya adalah l.kurang berat. Melalui temu bual dengan ibunya, saya mendapati bahawa adik Amirah tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Dia tidak suka makan sayur-sayuran dan ikan tetapi suka makan makanan goreng terutamanya ayam goreng. Kuantiti pemakanan yang diambil juga kurang. Namun begitu, dia masih menepati masa untuk makan sarapan, tengah hari dan makan malam. Adik Amirah juga amat suka mengambil makanan yang manis seperti gula-gula, biskut Oreo. Tabiat pengambilan makanan ini telah mengakibatkan dia mempunyai gigi rosak pada usia yang muda ini. Ibunya sentiasa memastikan kebersihannya serta kesihatannya dijamin supaya dijauhi penyakit. Oleh itu, Amirah kelihatan cergas dan sihat. Selain itu, saya juga bertanya ibunya tentang hobi Amirah. Dia suka bermain kasut roda. Ibunya juga mengatakan bahawa Amirah akan keluar bermain bersama-sama dengan anak jiran dan kawankawannya pada waktu petang. Apabila Amirah bermain, dia akan menjaga keselamatan kerana telah dididik oleh ibu bapa. Dia sedar dan dapat mengenal pasti objek yang akan membahayakan diri dan orang lain seperti tidak bermain dengan benda-benda tajam. Aspek keselamatan telah diterapkan dalam jiwa Amirah. Oleh sebab didikan ini, keselamatan Amirah telah dijamin.
5.0
Aktiviti yang dijalankan bagi meninjau tahap motor kasar
Untuk menguji motor kasar adik Amirah, saya telah menjalankan beberapa aktiviti. Terlebih dahulu, Amirah akan melompat ke hadapan menggunakan satu kaki sebanyak 10 kali. Seterusnya, saya menetapkan satu jarak dan meletakkan sebiji bola di garisan penamat. Saya meningkatkan kesukaran dengan meminta Amirah untuk melompat menggunakan sebelah kaki dan mengutip bola. Aktiviti yang ketiga pula saya membaling bola kepada dia untuk melihat sama ada Amirah dapat mampu menangkap bola. Saya mula dengan jarak yang pendek dahulu kemudian saya memanjangkan jarak dan mula membaling bola. Akhirnya, saya menguji Amirah sama ada dia boleh menjinjat kaki dan berundur ke belakang dengan stabil lalu mengutip bola.
ii
5.1
Keputusan aktiviti melibatkan motor kasar
Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa kemahiran motor kasar Amirah adalah baik. Dia boleh mengawal kelajuannya dengan baik dengan berhenti mengutip bola tanpa jatuh. Ini boleh menyimpulkan bahawa koordinasi Amirah adalah baik kerana dia mampu menyeimbangkan badannya. Dalam aktiviti membaling bola, dia mampu menangkap dengan cekap dan pantas. Kemahiran motor kasar bertambah dengan melibatkan lebih banyak otot. Hal ini bersependapat dengan Berk, L. E (2006) yang mengatakan by ages 4 and 5, they involve shoulders, torso and legs in a smooth, flexible motion that makes ball travel faster and farther. Bukan itu sahaja, Amirah mampu mengkoordinasi badan dengan matanya apabila menjinjat kaki berundur ke belakang. Kesimpulan yang dibuat melalui temu bual adalah perkembangan yang baik ini adalah dipengaruhi oleh persekitaran. Melalui persekitaran, pengalaman akan terbentuk dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku. (Mohd Sharani Ahmad. 2006) Ini bertepatan dengan teori Ekologi Bronfenbrenner. Urie Bronfenbrenner (1917-2005) dalam Bjorklund, D. F. & Blasi, C. H. (2012) mempercayai bahawa kita akan lebih tahu tentang kanak-kanak daripada persekitaran di mana mereka tinggal yang memberi kesan kepada perkembangan. Dalam konsep teori, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro iaitu berada di pusat yang boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem. Menurut Bjorklund, D. F. & Blasi, C. H. (2012), dalam mikrosistem kanak-kanak melibatkan persekitaran yang terdekat di mana mereka berinteraksi secara langsung dengan keluarga, rakan, sekolah dan jiran. Mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak. Bronfenbrenner menyatakan untuk memahami mikrosistem kanak-kanak, hendaklah merangkumi tiga ciri-ciri: aktiviti, hubungan dan peranan. (Bjorklund, D. F. & Blasi, C. H, 2012) Bagi mikrosistem Amirah telah memenuhi ciri-ciri tersebut. (Aktiviti) Dia sentiasa bermain dengan rakannya pada waktu petang. (Hubungan) Amirah berasal dari keluarga yang bahagia dan mempunyai interaksi yang positif tidak kira dalam keluarga, sekolah atau rakan. Manakala untuk peranan, ibu bapa Amirah memainkan peranan membawa anak bersukan pada hujung minggu. Di bawah pengaruh ini, psikomotor kasarnya dapat berkembang dengan baik.
ii
6.0
Aktiviti yang dijalankan bagi meninjau motor halus
Untuk aktiviti melibatkan motor halus, saya menyuruh Amirah untuk melukis lukisan yang mudah iaitu rumah dan orang. Selepas itu, Amirah diminta untuk melukis bentuk seperti segi tiga, segi empat dan menggunting serta melekat pada kertas untuk membentuk lukisan rumah. Akhirnya, Amirah disuruh untuk menulis namanya pada kertas. Selain itu, saya juga menjalankan aktiviti kraf tangan iaitu menghasilkan “superman” di atas batang ais-krim yang memerlukan kemahiran motor halus yang lebih cekap.
6.1
Keputusan aktiviti melibatkan motor halus
Keseluruhannya, aktiviti melibatkan motor halus adalah sederhana dan perlu ditambahbaikan. Cara Amirah memegang pensil adalah tepat dengan menggunakan tiga jari. Tulisannya adalah kemas dan lurus. Namun begitu, hasil guntingnya dan tampalan tidak begitu memuaskan. Bentuk segi tiga dilukis dan digunting dengan baik. Dia mengalami masalah menggunting bentuk yang lebih kecil seperti segi empat sama dan bulatan. Bulatan yang digunting tidak mengikut garisan dan kelihatan bergerigi. Kesimpulannya, Amirah telah mencapai tahap peringkat kemahiran motor halus yang harus dikuasai pada umur 5 tahun. Namun begitu, kemahiran menggunting harus ditingkatkan lagi kerana masih kelihatan tidak mahir. Di rumah, Aminah kurang melakukan aktiviti sebegini dan kebanyakan masa digunakan untuk bermain dan menonton televisyen. Di sekolah, biasanya, mereka akan fokus pada menulis dan menggunting bentuk yang lebih besar. Ibu bapa pula beranggapan gunting merupakan alat
yang
bahaya,
oleh
itu
mereka
tidak
membenarkan
Amirah
untuk
menggunakannya. Oleh sebab kekurangan pendedahan terhadap kemahiran ini dalam persekitaran Amirah, dia kelihatan tidak mahir. Ini dapat dikaitkan dengan teori ekologi Bronfenbrenne bahawa persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku anakanak.
ii
7.0
Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, ibu bapa dan guru boleh memainkan peranan. Dari segi kemahiran motor kasar, perkembangan Amirah adalah baik dan digalakkan untuk meneruskan. Namun begitu, dia hendak diajar untuk berehat kerana pergerakan yang aktif akan menyebabkan keletihan yang cepat. (Nani Menon & Halim Masnan. (2007), dalam Madya Dr. Rohani Abdullah. Nani Menon Mohd Sharani Ahmad. 2007) Bagi kemahiran motor halus pula, guru boleh melatih kanak-kanak menggunting bentuk yang lebih kecil untuk merangsang perkembangan motor halus mereka. Ibu bapa boleh mengawasi semasa mereka menggunakan gunting. atau memberi pendedahan tentang bahaya jika tidak menggunakan gunting dengan betul. Selain menggunting, boleh memberi aktiviti seperti merantai manik dan menjahit kad berlubang. Sekiranya mereka asyik dilarang menggunakan gunting, mereka akan menghadapi kesukaran dan ketinggalan dalam pelajaran. Aspek yang ketiga ialah pemakanan. Pemakanannya tidak seimbang menyebabkan pengambilan nutrien tidak cukup. Dalam konteks ini, mereka hendak bersikap lebih tegas dalam pemakanan demi kebaikan Amirah dalam perkembangan fizikal. Ibu bapa dan guru boleh menerangkan tabiat makan yang baik untuk Amirah.
8.0
Kesimpulan
Intihahnya, perkembangan fizikal yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang tertentu yang menunjukkan perkembangan mereka adalah dari peringkat ke peringkat. Sebagai guru atau ibu bapa, perlu peka mengetahui proses-proses perkembangan fizikal yang berlaku pada kanak-kanak mengikut usia. Kegagalan mengikut perkembangan fizikal kanak-kanak mengikut usia akan membantut kemajuan pelajaran mereka.
(1426 patah perkataan)
ii
Bibliografi Admin. (t.t.). Perkembangan motor kasar mengikut umur anak. Diperoleh dari http://www.excelqhalif.com/2015/08/10/perkembangan-motor-kasar-mengikutumur-anak/ Annelisse Sabrina. (2015, Disember 05). Komponen perkembangan fizikal. Diperoleh dari https://documents.tips/documents/komponen-perkembangan-fizikalpptx.html Bjorklund, D. F., Blasi, C. H. (2012). Child & Adolescent development: an integrated approach. Belmont: Wadsworth. Chapter 2: models of human development. (t.t.). Diperoleh dari file:///C:/Users/user/ Downloads/Chapter2.pdf Child development theorists and theories. (t.t.). Diperoleh dari http://www.family consumersciences.com/wp-content/uploads/Lesson-17-Child-DevelopmentTheorists-and-Theories.pdf Feldman, R. S. (2007). Children development (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. Kid Sense Child Development. (2017). Gross motor development chart. Diperoleh dari https://childdevelopment.com.au/resources/child-developmentcharts/gross-motor-developmental-chart/ Kid Sense Child Development. (2017). Fine motor development chart. Diperoleh dari https://childdevelopment.com.au/resources/child-development-charts/finemotor-developmental-chart/ Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak. Selangor: PTS publications & Distributors Sdn. Bhd. Nani Menon & Halim Masnan. (2007). Bab 8 Pertumbuhan, Perkembangan fizikal dan kesihatan kanak-kanak. Dalam Madya Dr. Rohani Abdullah. Nani Menon Mohd Sharani Ahmad &. (Eds). Panduan kurikulum prasekolah. (pp. 115-121) Kuala Lumpur: PTS Professional Printing. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah. (2007). Panduan pendidikan prasekolah. Selangor: PTS publications & Distributors Sdn. Bhd. Noryusmania Junaidi. (2013). Perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak tadika dalam menggunting dan faktor yang mempengaruihi. (Diploma’s thesis, Universiti Pendidikan Sultan Indris). Retrieved from https://www.pdfcoke.com/document/128425164/BAB-UTAMA-TESISPerkembangan-Kemahiran-Motor-Halus-Kanak-kanak-Tadika-DalamMenggunting-Dan-Faktor-Yang-Mempengaruhinya Panduan Ibu. (2014). Berat badan & tinggi normal anak 5 tahun. Diperoleh dari http://www.panduanibu.com/anak-5-tahun-normal?gender=F&berat=13 Suehada Jaafar. (2017). Perkembangan fizikal kanak-kanak. Diperoleh dari https://www.academia.edu/4845098/Perkembangan_fizikal_kanak2 Wong, K. W., Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanakkanak Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. ii