Ece 213 - Bab_2_perkembangan_moral (1).pdf

  • Uploaded by: Husna Zakaria
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ece 213 - Bab_2_perkembangan_moral (1).pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 5,855
  • Pages: 23
1 Bab 2: Perkembangan Moral

Bab 2: PERKEMBANGAN MORAL Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:     

Mentakrifkan apa itu moral dan moraliti Menjelaskan teori Kohlberg tentang perkembangan moral Membincangkan implikasi teori Kohlberg Menyenaraikan kritikan tentang teori Kohlberg Menerangkan teori perkembangan moral Piaget

GAMBARAN MENYELURUH BAB 1. 2. 3.

4. 5. 6. 7. 8.

Moral, MoralitI dan Moral Sejak Lahir Pefahaman Moral ataupun Pertimbangan Moral Teori Kefahaman atau Pertimbangan Moral Kohlberg Kritikan Terhadap Teori Kohlberg Teori Perkembangan Moral Piaget Pendekatan Pengajaranpembelajaran Aktiviti-aktiviti Mempelajari Nilai

Ringkasan Istilah Penting Rujukan

Mukadimah Bab ini meneliti perkembangan moral kanak-kanak dengan memfokus kepada teori pemahaman moral oleh Kohlberg. Tahap-tahap perkembangan diteliti beserta dengan kritikan terhadap teori tersebut. Juga dibincangkan adalah kelakuan prososial dengan menumpu kepada kawalan kendiri dan keganasan. Penekanan diberikan kepada mengapa sesetengah kanak-kanak memeroleh kelakuan anti-sosial dan akar umbi kelakuan ganas serta langkahlangkah bagi mempertingkatkan kelakuan prososial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

2 Bab 2: Perkembangan Moral

Pembentukan Seorang Insan Bermoral Lina yang berumur tiga tahun merampas kereta permainannya daripada Zak, anak seorang jiran yang telah datang untuk bermain bersama. “Saya punya, saya punya, berikan kepada saya”. Ibunya masuk campur dan berkata, “Lina, tengok Zak, dia akan menangis. Apabila kamu mengambil kembali kereta permainan itu, kamu membuatkan dia sedih. Marilah kita kembalikan permainan itu kepada dia”. Dengan perlahan dia melepaskan permainan itu daripada genggaman Lina dan mengembalikannya kepada Zak yang sedang menahan tangisan dan dia pun tersenyum. Dengan perlahan, Lina memandang kepada Zak, “Kamu hendak bermain dengan blok?”. Sejurus selepas itu mereka mula bermain bersama dengan gembira.

Apakah yang ditunjukkan dalam babak ini? Seorang kanakkanak kecil mengajak kawannya bermain dan berkongsi barang kepunyaannya merupakan suatu kelakuan prososial yang menunjukkan pembentukan seorang insan yang bermoral. Kanak-kanak sedang belajar untuk berempati dan bersimpati, dan mula menilai kelakuan mereka sendiri sebagai “baik” atau “jahat”.

2.1 Moral, Moraliti dan Moral Sejak Lahir

A) Apakah itu Moral? Moral berkaitan dengan prinsip ataupun peraturan tentang kelakuan yang betul atau perbezaan antara betul dan salah. Ia merujuk kepada menjadi lurus, jujur, baik, terhormat dan mempunyai integriti. B) Apakah itu Moraliti? Moraliti merupakan keupayaan untuk belajar tentang perbezaan antara yang betul dan yang salah serta memahami bagaimana untuk membuat pilihan yang betul. Moraliti kanak-kanak dan rasa betul melawan salah yang mereka ada sangat

3 Bab 2: Perkembangan Moral

dipengaruhi oleh pengalaman di rumah, persekitaran di sekeliling mereka, tahap kognitif mereka, tahap kemahiran sosial mereka dan umur. Misalnya, kanak-kanak sekitar umur 5 tahun menganggap bahawa pihak berkuasa seperti ibubapa dan guru telah memperkenalkan peraturan yang tidak boleh diubah dan kanak-kanak harus mematuhinya secara mutlak dan tanpa tolak ansur. Tetapi apabila kanak-kanak membesar, mereka mula memahami bahawa mereka mempunyai pilihan antara “yang betul” dan “yang salah”. Misalnya, seorang kanak-kanak menyedari bahawa apabila ibunya berkata “Jangan makan aiskrim sebelum makan malam” dan aiskrim ada di atas meja, dia boleh memilih samada untuk makan aiskrim ataupun tidak. Kanak-kanak itu telah membentuk keupayaan untuk mengetahui bahawa dia boleh membuat pilihan yang betul ataupun yang salah; i.e. kawalan kendiri. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu telah membentuk suatu keupayaan moral yang baru. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu telah membentuk keupayaan pemuasan tertunda (i.e. menahan diri daripada membuat perkara yang membuatkannya berasa seronok pada ketika itu). Keupayaan moral yang baru diperolehi oleh kanak-kanak ini dapat dipupuk melalui disiplin positif apabila orang dewasa memastikan untuk menekankan suatu “pilhan yang baik” dan “pilihan yang tidak baik” oleh kanak-kanak tanpa melabel kanak-kanak itu sebagai “jahat” atau “baik”.

C) Adakah Manusia Dilahirkan Bermoral? Ahli falsafah dan keagamaan yang unggul berhujah bahawa manusia mempunyai daya intelek untuk menahan gerak hati semula jadi mereka, dan hanya dengan itu mereka akan menjadi bermoral. Dalam erti kata lain, moraliti merupakan suatu penahanan kelakuan semula jadi manusia dan adalah unik kepada manusia. Moraliti dilihat sebagai suatu sistem peraturan untuk pengekangan kelakuan buruk. Daripada manakah datangnya? Bagaimanakah ia ditetapkan dan dilaksanakan? Mungkin ada yang berhujah bahawa ia dilaksanakan oleh agama ataupun rasa takwa. Tetapi orang yang ‘beragama’ juga melakukan jenayah dan menunjukkan kelakuan yang ‘buruk’ serta nampaknya tidak bertakwa. Soalan seperti itu tidak mudah dijawab. Sesetengah ahli sains menjangkakan bahawa kelakuan moral atau kelakuan prososial timbul beberapa juta tahun dahulu, dalam kumpulan-kumpulan kecil yang memburu dan mengumpul. Manusia dalam kumpulan-kumpulan ini mempunyai kod moral yang membimbing kelakuan mereka dalam komuniti tersebut. Umumnya, manusia adalah berat sebelah kepada membantu ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, mereka juga mempunyai keupayaan yang tidak tertanding untuk membuat pengorbanan untuk orang yang bukan saudara dengan membantu orang yang memerlukan melalui sedekah kepada badan kebajikan dan memberikan bantuan dalam masa kecemasan.

4 Bab 2: Perkembangan Moral

2.2 Kefahaman Moral atau Pertimbangan Moral

Beberapa teori telah dicadangkan untuk menerangkan bagaimana manusia membentuk kefahaman moral atau pertimbangan moral bermula daripada pertimbangan moral yang cetek yang tertumpu kepada individu kepada pertimbangan moral yang lebih kompleks yang melibatkan individu dengan orang lain dan masyarakat. Teori yang paling terkenal tentang perkembangan moral atau pertimbangan moral telah dicadangkan oleh Lawrence Kohlberg dalam tahun 1968. Lawrence Kohlberg telah dilahirkan dalam tahun 1927 di New York dan telah mendapat kelulusan sarjanamuda dan kedoktoran daripada University of Chicago. Beliau telah menyelesaikan disertasi beliau dalam tahun 1968, yang menumpu kepada perkembangan moral kanak-kanak. Dia telah menyertai University of Chicago dalam tahun 1971. Beliau telah menghidap suatu penyakit tropical semasa melawat Amerika Selatan dan telah meninggal dunia dalam tahun 1987. Menurut Kohlberg, perkembangan kefahaman moral atau pertimbangan moral berkembang melalui beberapa tahap (ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci Lawrence Kohlberg kemudian). Kohlberg telah menggunakan teknik temubual (1927 – 1987) klinikal di mana beliau telah memberikan subjek cerita-cerita pendek yang menunjukkan suatu dilema atau konflik antara dua nilai moral. Subjek disoal apakah yang watak utama dalam cerita itu harus buat dan kenapa. Kohlberg tidak terlalu mementingkan respon yang diberikan (samada untuk mencuri ataupun tidak) sebaliknya beliau menumpukan kepada sebab yang subjek berikan tentang dilema tersebut. Teori beliau telah berdasarkan sebuah kajian yang terdiri daripada 72 orang budak lelaki, daripada keluarga kelas pertengahan dan kelas rendah di Chicago dalam tahun 1958. Mereka berusia 10, 13, dan 16 tahun. Beliau kemudian telah menambah dengan sampel-sampel kanak-kanak yang lebih kecil, budak jahat, dan budak-budak lelaki dan perempuan daripada bandar-bandar lain di Amerika serta daripada negaranegara lain dalam kajian yang telah dijalankan dalam tahun 1963 dan 1970. Subjek telah ditemubual berdasarkan suatu siri dilema dan mungkin antara yang paling dikenali adalah ‘Dilema Heinz’ yang ditunjukkan di bawah:

5 Bab 2: Perkembangan Moral

Heinz Mencuri Ubat Di Eropah, seorang wanita hampir mati disebabkan suatu jenis penyekit kanser. Terdapat satu jenis ubat yang doktor rasa mungkin dapat menyelamatkannya. Ia datang daripada radium yang telah ditemui oleh seorang pakar dadah di bandar yang sama. Dadah itu mahal harganya, tetapi pakar ubat tersebut telah mengenakan bayaran sepuluh kali ganda kos dia untuk membuat ubat tersebut. Dia telah membayar $200 untuk radium tersebut dan mengenakan bayaran $2,000 untuk dos yang kecil ubat tersebut. Suami perempuan yang sakit itu, Heinz, telah pergi kepada semua orang yang dikenalinya untuk meminjam wang, tetapi di hanya dapat mengumpul $ 1,000 iaitu separuh daripada kos ubat tersebut. Dia memberitahu pakar ubat itu bahawa isterinya sudah tenat dan memintanya menjualkan ubat tersebut dengan harga yang lebih rendah atau menunda pembayarannya. Tetapi pakar ubat itu berkata: "Tidak, saya telah menemukan ubat itu dan saya akan membuat duit dengannya." Maka Heinz terdesak dan telah memecah masuk ke dalam kedai orang itu untuk mencuri ubat tersebut untuk isterinya. Patutkan Si suami berbuat begitu? Kenapa?

Kohlberg tidak begitu berminat samada subjek mengatakan "ya" ataiu "tidak" kepada dilemanya tetapi sebab di sebalik jawaban tersebut.   

Penemubual ingin tahu kenapa subjek berpendapat Heinz harus atau tidak harus mencuri dadah tersebut. Penemubual kemudian bertanya soalan-soalan lain yang dapat membantu memahami pertimbangan kanak-kanak tersebut. Misalnya, kanak-kanak ditanya sekiranya Heinz mempunyai hak untuk mencuri dadah tersebut, sekiranya dia telah melanggar hak pakar dadak tersebut, dan hukuman apakah yang hakim patut berikan kepadanya apabila dia ditangkap.

6 Bab 2: Perkembangan Moral



Sekali lagi, yang menjadi persoalan adalah pertimbangan di sebalik jawaban yang diberikan. Penemubual kemudiannya memberikan lebih banyak dilema untuk mendapatkan sampel yang cukup tentang pemikiran moral subjek.

Kohlberg percaya bahawa orang berkembang dalam pertimbangan moral mereka (i.e., dalam asas kelakuan beretika mereka) melalui suatu siri tahap. Beliau percaya bahawa terdapat enam tahap yang dapat dikenal pasti yang dapat diklasifikasikan ke dalam tiga tahap. 2.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah perkembangan moral? b) Ingat kembali bagaimana ibubapa ataupun penjaga anda telah mempengaruhi nilai moral anda. c) Bagaimanakah anda merespon kepada “Dilema Heinz”? [Bincangkan dalam kelas dan atas talian]

2.3 Teori Kohlberg Tentang Kefahaman Moral atau Pertimbangan Moral

Kohlberg telah mencadangkan TIGA TAHAP UMUM dan bagi setiap tahap, ia telah dibahagikan kepada dua tahap kecil yang menjadikan jumlahnya ENAM TAHAP. Kohlberg menganggap tahap-tahap moral tersebut sebagai tidak berubah dan sejagat yang bermakna manusia di semua tempat mesti melaluinya dalam urutan yang tetap (dalam erti kata lain, seseorang tidak bole ‘melangkau’ suatu tahap). Beliau melihat setiap tahap sebagai terbina di atas tahap yang lain, yang menyebabkan suatu perkembangan yang logikal dan ia diaplikasi kepada semua orang merentas pelbagai situasi (Colby & Kohlberg, 1987). Suatu cara yang mudah untuk memahami teori Kohlberg adalah dengan meneliti bagaimana subjek merespon kepada ‘Dilema Heinz’. Ambil masa seketika untuk melihat perubahan dalam respon daripada subjek apabila mereka membesar. Tahap 1. Tahap Pra-Konvensional Tahap 1. Tahap Hukuman-Pematuhan. Dalam Tahap Hukuman-Pematuhan, kanak-kanak mengandaikan bahawa pihak berkuasa meletakkan suatu set peraturan yang telah ditetapkan yang dia mesti patuhi tanpa soalan. Dalam Dilema Heinz: Kebanyakan kanak-kanak berkata bahawa Heinz bersalah kerana mencuri dadah kerana "Ia melanggar undang-undang," atau "Mencuri itu buruk," seolah-olah itu sahaja yang penting. Apabila diminta

7 Bab 2: Perkembangan Moral

memberikan huraian, kanak-kanak selalunya merespon daripada segi kesan yang akan timbul, dengan menerangkan bahawa mencuri adalah buruk "kerana anda akan dihukum".

Walaupun majoriti kanak-kanak pada tahap 1 membantah Heinz mencuri, kanakkanak masih lagi boleh menyokong tindakan tersebut dengan menggunakan pertiumbangan tahap 1. Dalam Dilema Heinz: Secara alternatif, seorang kanak-kanak mungkin berkata, "Heinz boleh mencuri benda itu kerana dia telah memintanya dahulu dan dia bukannya mencuri sesuatu yang besar; dia tidak akan dihukum".

Walaupun kanak-kanak itu bersetuju dengan tindakan Heinz, pertimbangannya masih pada tahap 1; yang menjadi persoalan adalah apa yang pihak berkuasa benarkan dan apa yang mereka akan hukum. Menurut Kohlberg, kanak-kanak pada tahap ini belum lagi bercakap sebagai ahli masyarakat. Sebaliknya, mereka melihat morality sebagai sesuatu perkara luar daripada diri mereka sendiri, sepertimana orang besar katakana mereka mesti buat.

Tahap 2. Tahap Bursa Saham Pada tahap Bursa Saham, kanak-kanak mengenali bahawa bukan terdapat hanya satu pandangan yang betul yang telah diturunkan oleh pihak berkuasa. Individu berlainan mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam Dilema Heinz: Subjek merespon dengan cara yang berikut - "Heinz mempunyai hak untuk mengambil dadah tersebut; pakar dadah itu tidak mempunyai hak. Oleh kerana semua perkara adalah relatif, setiap orang bebas untuk mengejar kepentingan individunya”.

Yang menarik:  Seorang budak lelaki telah berkata, “Heinz boleh mencuri dadah tersebut sekiranya dia ingin isterinya terus hidup, tetapi dia

8 Bab 2: Perkembangan Moral

tidak perlu berbuat demikian sekiranya dia ingin menikahi seorang perempuang yang lebih muda dan lebih cantik”.



Seorang lagi budak lelaki telah berkata, “Heinz boleh mencurinya kerana mungkin dia mempunyai anak dan mungkin dia memerlukan seseorang untuk menjaga mereka di rumah. Tetapi mungkin dia tidak patut mencuri kerana mereka mungkin akan memenjarakannya untuk masa yang lebih lama daripada yang dapat ditahannya”. (Colby dan Kauffman. 1983,

m/s. 300).

Kesimpulan: Anda dapat perhatikan bahawa kanak-kanak pada kedua-dua tahap 1 dan 2 bercakap tentang “hukuman”. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara tahap 1 dan 2.  Pada tahap 1, “hukuman” terikat dalam minda kanak-kanak tersebut dengan kesalahan. i.e. ketidak patuhan adalah salah.  Pada tahap 2, hukuman hanyalah suatu risiko yang seseorang secara semula jadinya ingin elakkan. o Nampaknya subjek pada tahap ini mungkin agak amoral, tetapi mereka mempunyai rasa tentang tindakan yang betul. Ini merupakan suatu idea yang berupa pertukaran yang adil atau persetujuan yang adil. Falsafahnya adalah berkaitan membalas pertolongan - "Kalau kamu garu belakang saya, Saya akan garu belakang kamu." o Dalam Dilema Heinz, subjek selalu berkata bahawa Heinz betul kerana mencuri dadah tersebut kerana pakar dadah tersebut tidak mahu membuat persetujuan yang adil; dia "cuba menipu Heinz," Atau mereka mungkin berkata bahawa dia harus mencuri untuk isterinya "kerana dia mungkin membalas budinya suatu hari kelak " (Gibbs et al., 1983, m/s. 19). Responden pada tahap 2 dikatakan masih membuat pertimbangan pada Tahap PraKonvensional kerana mereka bercakap sebagai individu dan bukan sebagai seorang ahli masyarakat. Mereka melihat individu berbalas pertolongan, tetapi tidak terdapat pengenal pastian nilai keluarga atau masyarakat (Vishalache, 2008). 2.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah perbezaan di antara Tahap 1 dan Tahap 2 dalam pertimbangan moral? b) Jelaskan kenyataan bahawa subjek pada tahap prakonvensional membuat pertimbangan sebagai “individu dan bukan sebagai ahli masyarakat”.

9 Bab 2: Perkembangan Moral

Tahap II. Moraliti Konvensional Tahap 3. Tahap Harmoni Interpersonal (Hubungan Interpersonal Yang Baik) Subjek pada tahap Harmoni Interpersonal selalunya sedang memasuki belasan tahun (umur 13 tahun). Mereka percaya bahawa orang harus memenuhi jangkaan keluarga dan komuniti dan berkelakuan "baik". Kelakuan baik bermaksud mempunyai motif dan perasaan interpersonal yang baik seperti cinta, empati, percaya, dan prihatin. Dalam Dilema Heinz: Subjek selalunya berhujah bahawa tindakan Heinz mencuri dadah itu memang betul kerana "Dia seorang yang baik kerana ingin menyelamatkan isterinya," dan "Niat dia baik, iaitu untuk menyelamatkan nyawa orang yang dia sayangi." Kalaupun Heinz tidak menyayangi isterinya, subjek ini selalunya berkata, dia harus mencuri dadah itu kerana "Saya tak fikir mana-mana suami akan membiarkan isterinya mati" (Gibbs et al., 1983, m/s. 36-42; Kohlberg, 1958b). Dalam Dilema Heinz: Subjek pada tahap ini mengatakan bahawa motif Heinz itu baik dan motif pakar dadah itu buruk. Subjek pada tahap 3 menekankan bahawa pakar dadah itu "mementingkan diri", "tamak" dan "hanya memikirkan diri sendiri, dan bukan nyawa orang lain". Kadang kala responden menjadi begitu marah dengan pakar dadah itu sehinggakan mereka berkata bahawa dia harus dimasukkan ke dalam penjara (Gibbs et al., 1983, m/s. 26-29, 40-42).

Respon yang biasa pada Tahap 3 oleh Don, umur 13 tahun: Memang salah pakar dadah itu, dia tidak adil, dia cuba mengenakan bayaran yang tinggi dan membiarkan orang itu mati. Heinz menyayangi isterinya dan mahu menyelamatkannya. Saya rasa sesiapapun akan mahukan itu. Saya tidak fikir mereka akan memasukkannya ke dalam penjara. Hakim akan mempertimbangkan semua sudut, dan akan mendapati bahawa pakar dadah itu mengenakan bayaran yang terlalu tinggi. (Kohlberg, 1963, m/s. 25)

Apakah makna respon Don? Kita dapat lihat bahawa Don mentakrifkan isu tersebut daripada segi peribadi watak dan motif. Dia bercakap tentang suami yang penyayang, pakar dadah yang tidak adil, dan hakim yang memahami. Jawabannya dapat diklasifikasikan sebagai "moraliti konvensional " kerana ia mengandaikan bahawa sikap yang diekspresi akan dipersetujui oleh seluruh komuniti – "sesiapa" akan mengatakan apa yang Heinz buat itu betul (Kohlberg, 1963, m/s. 25).

10 Bab 2: Perkembangan Moral

Tahap 4. Tahap Undang-undang dan Ketenteraman (Menggenggara Ketenteraman Sosial) Pada tahap Undang-undang dan Ketenteraman, pertimbangan berfungsi terbaik dalam hubungan dua orang dengan ahli keluarga ataupun sahabat karib, di mana seseorang boleh cuba sedaya upaya untuk mengenali perasaan dan keperluan yang seorang lagi dan cuba membantunya. Pada tahap ini, subjek menjadi lebih mengambil tahu tentang masyarakat umumnya. Penekanan adalah kepada mematuhi undang-undang, menghormati pihak berkuasa, dan menjalankan tanggungjawab seseorang itu supaya ketenteraman sosial dapat disenggara. Dalam Dilema Heinz: Ramai subjek berkata bahawa motif Heinz baik, tetapi mereka tidak dapat merestui pencurian tersebut. “Apakah yang akan terjadi sekiranya kita semua mula melanggar undang-undang bilamana kita rasa kita mempunyai sebab yang kukuh? ” . Akan terjadi huru-hara; masyarakat tidak dapat berfungsi.

Dalam Dilema Heinz: Seorang subjek berkata, “…. Sekiranya semua orang melakukan apa sahaja yang dia mahu, bina kepercayaannya sendiri tentang apa yang betul dan apa yang salah, maka saya rasa kita akan mendapat huru-hara. Satu-satunya yang kita ada dalam tamadun hari ini adalah suatu struktur perundangan yang semua orang terpaksa patuhi. Masyarakat perlu suatu kerangka yang memusat”. (Gibbs et al.,

1983)

11 Bab 2: Perkembangan Moral

Kesimpulan: Apakah perbezaan di antara pertimbangan Tahap 1 dan Tahap 4? Subjek dalam tahap 4 membuat keputusan moral daripada sudut pandang masyarakat umumnya, mereka berfikir daripada sudut pandang seorang ahli masyarakat yang berhak sepenuhnya (Colby dan Kohlberg, 1983). Anda akan dapat mengingat kembali bahawa kanakkanak tahap 1 juga secara umumnya telah menentang mencuri kerana ia melanggar undang-undang. Secara kasar, subjek dalam tahap 1 dan tahap 4 memberikan respon yang sama, sebab itulah Kohlberg berkeras bahawa kita perlu mencungkil sebab di sebalik respon yang diberikan. Kanak-kanak Tahap 1 berkata, "Mencuri adalah salah" dan "Ia melanggar undang-undang", tetapi mereka tidak dapat menghuraikan lebih lanjut lagi, melainkan berkata bahawa mencuri boleh membuatkan seseorang dipenjara. Responden Tahap 4, sebaliknya, mempunyai suatu konsepsi tentang fungsi undang-undang untuk masyarakat keseluruhannya – suatu konsepsi yang jauh melebihi pemahaman kanak-kanak kecil. 2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah perbezaan di antara pertimbangan moral Tahap 3 dan Tahap 4? b) Jelaskan bagaimana subjek pada tahap konvensional membuat pertimbangan “daripada sudut pandang masyarakat secara keseluruhannya”.

Tahap III. Moraliti Pasca-Konvensional Tahap 5. Kontrak Sosial dan Hak Individu. Pada tahap Kontrak Sosial, subjek ingin membiarkan masyarakat terus berfungsi. Walau bagaimanapun, masyarakat yang berfungsi dengan licin tidak semestinya sebuah masyarakat yang baik. Sebuah masyarakat totalitarian mungkin tersusun, tetapi ia tidak mungkin moral yang terbaik. Pada tahap ini, mereka mula bertanya, "Apa yang menjadikan masyarakat yang baik?" Mereka mula berfikir tentang masyarakat dengan cara yang sangat teoretikal, melihat masyarakatnya daripada luaar dan mempertimbangkan hak dan nilai yang sebuah masyarakat harus tegakkan. Mereka kemudian menilai masyarakat yang ada daripada segi pertimbangan tersebut. Mereka dikatakan mengambil sudut pandang "sebelum masyarakat" (Colby dan Kohlberg, 1983, m/s. 22). Tahap 5 responden pada asasnya percaya bahawa sebuah masyarakat yang baik dapat dilihat sebagai suatu kontrak sosial yang di dalamnya orang dapat masuki dengan bebas bagi memanafaatkan semua. Mereka memperakui bahawa kumpulan sosial yang berlainan dalam sebuah masyarakat akan mempunyai nilai yang berbeza, tetapi mereka percaya bahawa semua orang yang rasional akan bersetuju dalam dua perkara.  Pertamanya mereka semua akan mahukan hak asas yang tertentu, seperti kebebasan dan kehidupan, untuk dilindungi.  Keduanya, mereka akan mahukan prosedur demokratik untuk menukar undang-undang yang tidak adil dan bagi memperbaiki masyarakat.

12 Bab 2: Perkembangan Moral

Dalam Dilema Heinz: Subjek berkata: “Walaupun terdapat undangundang tentang mencuri, undang-undang tersebut bukanlah digubal bagi melanggar hak seseorang untuk hidup…. sekiranya Heinz dihukum kerana mencuri, undang-undang tersebut harus diinterpretasi semula untuk mengambil kira situasi di mana ia melanggar hak semula jadi seseorang untuk terus hidup”

Dalam erti kata lain, subjek telah jelas bahawa mereka secara umumnya tidak menyokong perlanggaran undang-undang; undang-undang merupakan kontrak sosial yang kita telah bersetuju untuk tegakkan sehingga kita dapat mengubahnya melalui suatu cara yang demokratik. Namun begitu, hak isterinya untuk hidup merupakan suatu hak moral yang mesti dilindungi. Dalam Dilema Heinz: Kadang kala subje berkata dengan bahasa yang keras: “Adalah menjadi tugas si suami untuk menyelamatkan isterinya. Hakikatnya adalah bahawa nyawa isterinya yang berada dalam bahaya mengatasi semua standard lain yang anda mungkin gunakan untuk menghakimi tindakannya. Nyawa adalah lebih penting daripada harta benda”.

Subjek pada tahap ini berasa bahawa daripada sudut pandang moral, seseorang harus menyelamatkan nyawa walaupun seorang yang tidak dikenali dan nilai nyawa itu bermakna mana-mana nyawa. Hakim harus lebih menimbangkan sudut pandang moral sambil mempertahankan undang-undang dalam menjatuhkan hukuman. Bagi subjek ini, “moraliti" dan "hak" harus mendapat keutamaan berbanding undangundang tertentu. Inilah yang patut dihargai oleh mana-mana masyarakat.

13 Bab 2: Perkembangan Moral

Tahap 6: Prinsip Sejagat. Tahap Prinsip Sejagat merupakan tahap yang paling tinggi dan menumpukan kepada ‘keadilan’. Prinsip keadilan memerlukan kita untuk melayan tuntutan semua pihak dengan cara yang tidak berat sebelah, dan menghormati martabat yang asas, semua orang sebagai individu. Prinsip keadilan dengan itu adalah sejagat; ia diaplikasikan kepada semua. Dengan itu, misalnya, kita tidak akan mengundi untuk undang-undang yang membantu sesetengah orang tetapi menyakiti orang lain. Prinsip keadilan membimbing kita ke arah keputusan berdasarkan rasa hormat yang setara untuk semua. Misalnya, apa pula kalau pakar dadah itu berada dalam tempat Heinz. Kemungkinan besar dia akan bersetuju bahawa nyawa isterinya mesti diselamatkan dan diberikan penghormatan sepenuhnya dan saksama.

Dalam Dilema Heinz: Subjek berkata: “Tidak masuk akal menghormati harta benda lebih daripada nyawa itu sendiri. Orang boleh hidup bersama tanpa sebarang harta benda peribadi. Menghormati nyawa manusia dan peribadi adalah mutlak dan orang mempunyai tugas bersama untuk menyelamatkan setiap orang daripada mati”.

Tahap 5 dan 6 adalah agak serupa. Perbezaannya adalah bahawa Tahap 6 lebih jelas menumpu kepada konsepsi prinsip sejagat (i.e. keadilan dan hak individu). Dalam kes ketidakpatuhan sivil, Tahap 5 lebih teragak-agak dalam merestui ketidakpatuhan sivil kerana komitmennya kepada kontrak sosial dan kepada mengubah undang-undang melalui persetujuan demokratik. Hanyalah apabila hak individu seseorang dengan jelas terancam barulah melanggar undang-undang nampaknya dapat dijustifikasi. Pada Tahap 6, secara perbandingan, suatu komitmen kepada keadilan menjadi rasional untuk ketidakpatuhan sivil yang lebih kuat dan meluas.

14 Bab 2: Perkembangan Moral

Ketua hak sivil Martin Luther King sedang mengetuai suatu protes melawan diskriminasi kaum di Amerika Syarikat dalam tahun 1960an.

Martin Luther King, misalnya, berhujah bahawa undang-undang hanya sah sejauhmana ia berasaskan keadilan, dan bahawa komitmen kepada keadilan datang bersama suatu janji untuk tidak mentaati undang-undang yang tidak adil. King juga memperakui, tentunya, bahawa perlunya kepada undang-undang dan proses demokratik umumnya (tahap 4 dan 5), dan dia bersedia menerima hukuman atas tindakannya. Walau bagaimanapun, dia percaya bahawa prinsip keadilan yang lebih tinggi memerlukan ketidakpatuhan sivil (Kohlberg, 1981).

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah perbezaan di antara Tahap 5 dan Tahap 6 dalam pertimbangan moral? b) Jelaskan bagaimana pada Tahap 6, melanggar undang-undang dijustifikasi.

Kesimpulan:

Teori Kohlberg tentang pertimbangan moral menekankan bahawa manusia berkembang dengan cara yang bertahap. Menurut Kohlberg, bagi seorang kanakkanak berkembang menjadi individu moral, mereka mesti melibatkan diri dalam perbincangan dan debat dengan orang lain, di mana mereka akan dapati pandangan mereka dipersoal dan dicabar, dan dengan itu bermotivasi untuk mengeluarkan pendirian yang baru, yang lebih lengkap. Teori Kohlberg mencadangkan bahawa kanak-kanak menjadi matang secara moral melalui peluang mengambil peranan, peluang untuk mempertimbangkan pandangan orang lain. 

Sambil kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain, mereka belajar bagaimana pendapat dan pandangan berbeza dan bagaimana untuk mengkoordinasinya dalam aktiviti kooperatif. Sambil mereka berbincang masalah dan

15 Bab 2: Perkembangan Moral





 





menyelesaikan perbezaan di antara mereka, mereka membentuk konsepsi sendiri tentang apa yang adil dan saksama. Kohlberg bermaksud bahawa tidak kira bagaimana mereka berinteraksi, mereka berfungsi dengan terbaik apabila mereka bersifat terbuka dan demokratik. Sebagai kanak-kanak dan belia, peningkatan dalam kerumitan kognitif dan kemajuan dalam pertimbangan moral, terdapat pergerakan yang perlahan daripada pertimbangan yang tertumpu kepada perkara yang berasaskan kuasa dan kepentingan diri, kepada suatu tahap pertimbangan yang lebih berprinsip dan bermoral, yang mempertimbangkan hak dan sudut pandang orang lain. Dan arena yang terbaik untuk mengaplikasi proses pembinaan sahsiah ini adalah di sekolah di mana kanak-kanak dan belia membina dengan suatu cara yang progresif. Kenapakah sekolah adalah arena terbaik untuk membentuk pertimbangan moral? Kanak-kanak menggunakan separuh masa berjaga mereka di sekolah. Ini merupakan suatu arena di mana mereka berinteraksi dengan orang lain, bersosialisasi dan belajar. Institusi-institusi pendidikan bertanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak dalam proses perkembangan langkah demi langkah, dan perkembangan moral ataupun mempelajari nilai etika merupakan suatu langkah dalam proses perkembangan yang lebih pesat (Maddock, 1972). Kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran dan iklim yang disediakan oleh sekolah. Dengan itu, ia dapat dilihat sebagai sebahagiannya tanggungjawab sekolah untuk mendidik kanak-kanak tentang moraliti. Kanak-kanak secara nalurinya tahu untuk menghormati dan mendengar kata orang yang berkuasa. Guru mewakili suatu pihak berkuasa orang dewasa yang penting dalam kehidupan kanak-kanak dan dengan itu berupaya untuk memberikan tanggapan yang penting di mata pelajar. Dalam beberapa keadaan, kanak-kanak meluangkan lebih masa dengan guru berbanding ibubapa mereka sendiri dan ini memberikan guru banyak peluang untuk mendidik pelajar bukan sahaja dalam subjek akademik tetapi juga dalam sahsiah dan nilai moral. Dengan memasukkan pendidikan moral sahsiah ke dalam sekolah dapat membantu mengurangkan berbagai statistik yang merisaukan berkaitan dengan salah guna dadah, jenayah dan gangguan emosi dalam kalangan remaja.

2.4 Kritikan Tentang Teori Kohlberg





Adakah pertimbangan moral semestinya membawa kepada kelakuan moral? Teori Kohlberg berkaitan dengan pemikiran moral, tetapi terdapat perbezaan yang besar antara mengetahui apa yang seseorang itu patut buat berbanding tindakan sebenar seseorang. Adakah keadilan itu satu-satunya aspek pertimbangan moral yang kita harus pertimbangkan? Pengkritik telah menunjukkan bahawa teori Kohlberg tentang

16 Bab 2: Perkembangan Moral



perkembangan moral terlalu menekankan konsep keadilan semasa membuat pilihan moral. Faktor-faktor seperti ehsan, prihatin dan lain-lain perasaan interpersonal mungkin memainkan peranan yang penting dalam pertimbangan moral. Teori Kohlberg terlalu menekankan gagasan pemikiran barat. Budaya individualistik menekankan hak peribadi manakala budaya kolektivis menekankan pentingnya masyarakat dan komuniti. Budaya timur mungkin mempunyai pandangan moral yang berbeza yang tidak diambil kira oleh teori Kohlberg. 2.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Bagaimanakah pertimbangan moral harus dipupuk menurut Kohlberg? b) Bincangkan peranan sekolah dalam perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak. c) Jelaskan beberapa kritikan terhadap teori Kohlberg.

2.5 Teori Pertimbangan Moral Piaget

Jean Piaget, seorang ahli psikologi Switserland, percaya bahawa kanak-kanak 1.

Tidak patut dipaksa mempelajari peraturan dan nilai masyarakat.

2.

Belajar nilai moral dengan berkesan dengan membenarkan mereka menangani orang lain dalam kumpulannya.

Dengan berada disamping orang lain, kanak-kanak itu akan belajar mengenali kelakuan yang mana boleh diterima dan yang mana tidak boleh diterima. Dengan itu, proses pembelajaran adalah aktif dan bukannya pasif.

Adakah kanak-kanak memikirkan tentang kelakuan moral mereka? Menurut Piaget, kanak-kanak kecil lebih sedar tentang bagaimana tindakan mungkin memberi kesan kepada mereka berbanding kesan tindakan tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak kecil nampaknya menyedari bahawa memecah 10 biji cawan adalah lebih buruk daripada memecah sebiji gelas. Kanak-kanak kecil juga memahami bahawa mereka tidak patut membuat peraturan baru apabila terlibat dalam sebuah

17 Bab 2: Perkembangan Moral

permainan. Mereka sepatutnya bermain menurut peraturan. Piaget menggelar ini “realisme moral dengan tanggungjawab yang objektif”. Ini dapat menjelaskan bahawa kanak-kanak kecil lebih menyedari tentang hasil berbanding hasrat.

Sebaliknya, kanak-kanak yang lebih besar selalunya melihat kepada motif suatu tindakan dan bukannya hasil tindakan tersebut. Oleh kerana mereka lebih matang, mereka selalunya lebih berupaya mempertimbangkan samada ianya adil atau tidak, meneliti peraturan, mengaplikasi peraturan tersebut dalam suatu rundingan, dan agar semua orang dilayan dengan adil. Dengan itu, Piaget melihat pendekatan pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah ini sebagai suatu cara terbaik untuk kanak-kanak mempelajari nilai moral. Beliau percaya bahawa kanak-kanak berupaya mengembangkan pertimbangan moral dengan cepat dan pada umur yang lebih awal.

2.6 Pendekatan Pengajaran-Pembelajaran Tentang Perkembangan Moral

Di sini disampaikan beberapa cara kita dapat menggalakkan perkembangan moral kanak-kanak: 1.

Bentuk hubungan yang akrab. Akan ada orang lain yang akan mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak, dengan itu anda sebagai ibubapa atau guru perlu memastikan agar anda menjadi orang yang terbaik untuk berbuat demikian. Daripada kecil, sekiranya kanak-kanak itu ada anda untuk diikuti, hubungan ini akan menjadi asas kepada semua interaksi di masa hadapan antara anda dan anak itu. Bentuk suatu hubungan yang akrab daripada mula.

2.

Jadi seorang model peranan. Pastikan anda tunjukkan kelakuan nilai moral untuk anak itu ikuti. Kanak-kanak akan mengutip apa yang mereka lihat di sekeliling mereka. Dengan itu, pastikan anda melayan orang lain seperti mana anda ingin orang lain melayani anda. Berdakwah apa yang anda amalkan.

3.

Berkomunikasi dengan anak itu tentang keputusan yang anda buat. Jelaskan kepada anak itu bahawa nilai moral tertentu adalah penting dan perlu. Contohnya, “adalah penting untuk mengikuti peraturan sekolah. Ini kerana anda berada dalam sekolah dan sekiranya anda tidak mematuhi peraturan, maka guru dan guru besar tidak akan suka kelakuan sebegitu”. Adalah penting agar kanak-kanak tahu kenapa mereka terpaksa mematuhi peraturan.

18 Bab 2: Perkembangan Moral

4.

Bincangkan nilaidan isu moral. Sebagai ibubapa dan guru, kita perlu mengajar kanak-kanak kelakuan yang betul dan yang salah, putuskan kelakuan moral yang mana untuk diikuti, khususnya semasa kita tidak bersama mereka. Bercakap dengan mereka tentang peri pentingnya menjadi adil, baik, dan jujur.

5.

Pupuk rasa empati. Tanya kanak-kanak, “Bagaimana perasaan kamu sekiranya seseorang melakukan perkara itu kepada kamu?”. Galakkan kanakkanak untuk menyatakan perasaan yang mereka alami itu kalau mereka terpaksa melalui situasi tersebut. Jelaskan bahawa adalah penting untuk tidak membuat orang lain berasa sedih, malu, tersinggung dengan tindakan anda.

6.

Aplikasikan pertimbangan logikal untuk hukuman. Sebagai contoh, “Kamu telah menipu saya tentang menyiapkan kerja rumah kamu, jadi sekarang saya tidak rasa kamu patut menonton TV kerana saya mahu kamu menyiapkannya”.

7.

Main peranan. Selalunya kanak-kanak tidak dapat membuat keputusan apabila bersemuka dengan suatu masalah yang rumit. Dengan itu, ibubapa dan guru perlu menjelaskan dengan khusus kepada kanak-kanak itu bagaimana untuk menangani situasi yang khusus. Sebagai contoh, sekiranya anda melihat kawan anda sedang dibuli atau anda melihat rakan sekelas anda mencuri, bagaimanakah tindakbalas anda? Bercakap dengan kanak-kanak itu tentang cara yang terbaik untuk bertindakbalas apabila dia melihat situasi seperti ini.

8.

Aplikasikan sastera kanak-kanak. Kebanyakan buku cerita kanak-kanak mengandungi mesej moral. Contohnya, cerita-cerita yang menekankan watak jahat seperti ibu tiri yang jahat dalam Snow White dan Cinderella di mana mereka dihukum kerana kelakuan buruk manakala watak baik, Snow White dan Cinderella telah hidup dengan aman damai sehingga akhirnya. Kanakkanak gemar mendengar cerita-cerita ini dan ini akan membuatkan lebih mudah untuk memupuk nilai moral kepada mereka.

19 Bab 2: Perkembangan Moral

9.

Jangan pernah hukum kelakuan jujur. Ibubapa dan guru perlu melihat kejujuran daripada pandangan mata kanak-kanak itu dan bukan apa yang kanak-kanak itu telah lakukan. Kita tidak patut marah apabila seorang kanakkanak memberitahu yang benar walaupun dia telah melakukan suatu yang salah. Kalau anda menghukum kanak-kanak itu kerana bercakap benar, maka kita menggalakkan dia menyembunyikan sesuatu daripada kita.

10.

Bekerja keras membina suatu hubungan yang akrab dengan kanak-kanak itu. Ini kerana hubungan yang akrab akan menjadikan kanak-kanak itu sayangkan dan hormati anda. Kanak-kanak yang mempunyai rasa hormat yang mendalam terhadap ibubapanya akan bermotivasi membuat ibubapa mereka bangga dengan mereka. Mereka ingin ibubapa mereka berasa gembira dengan apa juga yang mereka buat atau capai.

2.7 Aktiviti-aktiviti Tentang Perkembangan Moral

1.

Cerita pendek bermoral. Salah satu cara untuk memupuk nilai moral dalam kanakkanak adalah dengan membiarkan mereka seronok membaca buku cerita yang mempunyai cerita moral. Terdapat banyak cerita pendek bermoral yang tersedia di pasaran. Cerita-cerita pendek ini dikarang dengan tema-tema nilai moral, cukup mudah bagi kanak-kanak membaca dan memahaminya. Cerita-cerita itu mempunyai pengajaran yang positif, dengan watak manusia dan haiwan untuk membantu kanak-kanak belajar peri pentingnya nilai moral dalam kehidupan. Ibubapa dan guru perlu meluangkan masa mencari buku yang sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak tersebut.

Cerita-cerita ini dapat dibacakan oleh ibubapa dan guru kepada kanak-kanak mereka ataupun kanak-kanak itu dapat membacanya sendiri. Hanya pastikan anda sebutkan nilai moral setiap watak supaya kanak-kanak itu sedar bahawa setiap watak itu mewakili nilai moral tertentu.

20 Bab 2: Perkembangan Moral

2.

Main peranan. Bentuk seorang warganegara yang bernilai moral, seorang yang harus jujur, adil, memahami, berempati, dan menyayangi orang lain. Contoh yang baik adalah golongan professional seperti doktor, ahli saintis, guru, anggota bomba, jururawat, dan sebagainya. Kanak-kanak boleh melakonkan berbagai tugasan setiap profesion dan bercakap tentang apa nilai moral yang mereka punyai.

1.

Kanak-kanak juga boleh melukiskan gambar-gambar berbagai pekerjaan yang mereka sukai dan tampalkan di atas papan. Di bawah setiap gambar mereka boleh memilih perkataan yang sesuai: baik hati, suka membantu, mesra dan penyayang. Perkataan-perkataan ini tertulis atas kad manila (yang disediakan oleh guru/ibubapa) dan kanak-kanak memilih perkataan yang mana untuk ditampalkan. Kanak-kanak hanya perlu memberitahu anda nilaiya dan anda berikan kad yang betul untuk ditampal. Aktiviti ini boleh juga dilakukan semasa kelas bahasa, memperkenalkan perkataaan dengan makna moral.

2.

Kita juga boleh adakan sekeping papan di mana kanak-kanak dapat tampalkan gambar orang yang mereka hormati: “rumah” dan “sekolah”. Di bawah setiap gambar mereka boleh tuliskan perkataan seperti ibu, bapa, guru, kawan, abang, kakak, dan sebagainya.

2.8 Bagaimanakah Kanak-kanak Mempelajari Nilai?

Ibubapa dan guru harus tahu bahawa setiap interaksi yang mereka lalui dengan kanakkanak memberikan mereka peluang untuk mengajar nilai. Berikut adalah beberapa cadangan tentang bagaimana kanak-kanak mempelajari nilai.

21 Bab 2: Perkembangan Moral

3.

Kanak-kanak mempelajari tentang nilai kita melalui interaksi harian yang kita temui dengan mereka.

4.

Kanak-kanak mempelajari nilai melalui contoh yang kita berikan.

5.

Kanak-kanak mempelajari nilai melalui interaksi dan apa yang kita lakukan kepada ahli keluarga.

6.

Kanak-kanak mempelajari nilai daripada pendedahan mereka kepada orang lain di luar rumah. Melalui kawan-kawan, jiran, keluarga besar, buku-buku, TV, dan daripada norma sosial dalam masyarakat.

7.

Kanak-kanak mempelajari nilai melalui penjelasan yang kita berikan tentang dunia ini.

ISTILAH PENTING

Moral

Pasca konvensional

Pengaruh rakan sebaya

Moraliti

Keganasan

Kawalan Kendiri

Vignet

Pengaruh media

Teori Kohlberg

Pra-konvensional

Konvensional

Ringkasan 1. Moral adalah berkaitan prinsip atau peraturan tentang kelakuan yang betul ataupun pemisahan antara yang betul dan yang salah. 2. Moraliti adalah keupayaan untuk mempelajari perbezaan antara yang betul dan yang salah, dan memahami bagaimana untuk membuat keputusan yang betul. 3. Kohlberg tidak begitu berminat samada subjek menyatakan "ya" atau "tidak" tentang dilemanya tetapi lebih tentang pertimbangan di sebalik jawaban tersebut.

22 Bab 2: Perkembangan Moral

4. Pada peringkat Hukuman-Pematuhan, kanak-kanak mengandaikan bahawa pihak berkuasa meletakkan peraturan yang tetap yang dia mesti patuhi tanpa bersoal jawab.

5. Pada peringkat Pasaran Saham, kanak-kanak memahami bahawa tidak terdapat hanya satu sudut pandang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

RUJUKAN

Berkowitz, M. W., & Gibbs, J. C. (1983). Measuring the developmental features of moral discussion. Merrill-Palmer Quarterly, 29, 399-410. Campbell, S. (2000). Developmental perspectives on attention deficit disorder. Handbooks of child psychopathology. 383-401. New York: Plenum Chang, L. H., Norani Mohd Salleh, Wan Hasmah Wan Mamat, & Vishalache Balakrishnan (Eds.). (2008). Asia Pacific moral, civic and citizenship education: New vision and new realities. Kuala Lumpur: University of Malaya. Colby, A. & Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard Issue Scoring Manual, Cambridge University Press. Crain, W. C. (1985). Theories of development. Prentice-Hall. Retrieved September 23, 2009. Gibbs, J., S. Schnell, M. Berkowitz, and D. Goldstein. (1983). Relations Between Formal Operations and Logical Conflict Resolutions." Paper presented at the biennial meeting of the Society for Research in Child Development, Detroit. Kochanska, G., Murray, K., & Harlan, E. (2000). Effortful control in early childhood. Developmental Psychology. 36. 220-232. Lemmon, K. & Moore, C. (2007). The development of prudence in the face of varying future rewards. Developmental Science. 10. 502-511. Maddock, J.W., (1972). Morality and individual development: a basis for value education. The Family Coordinator, 21, 291-302 Moshman, D. (1999). Adolescent psychological development: Rationality, morality and identity. Mahwah, NJ: Erlbaum. Kail, R. (2008). Children and their development. Singapore: Pearson International.

23 Bab 2: Perkembangan Moral

Kohlberg, L. (1963). The development of children's orientations toward a moral order. Sequence in the development of moral thought Kohlberg, Lawrence (1973).Collected Papers on Moral Development and Moral Education. Cambridge: Moral Education and Research Foundation, Harvard University Education. Foundation

Shoda, Y., Mischel, W., & Peake, P. (1990). Predicting adolescent cognitive and selfregulatory competencies from preschool delay gratification: Identifying diagnostic conditions. Developmental Psychology. 26, 978-986. Kohlberg, Lawrence (1958). The Development of Modes of Thinking and Choices in Years 10 to 16. Ph. D. Dissertation, University of Chicago. Kohlberg, Lawrence (1981). Essays on Moral Development, Vol. I: The Philosophy of Moral Development, San Francisco, CA: Harper & Row. Kohlberg, Lawrence; T. Lickona, ed. (1976). Moral stages and moralization: The cognitivedevelopmental approach. Moral Development and Behavior: Theory, Research and Social Issues, Holt, NY: Rinehart and Winston. Vishalache, B. (2008). Teachers using real-life dilemmas in moral education classrooms. In L. H. Chang, Norani Mohd Salleh, Wan Hasmah Wan Mamat, & Vishalache Balakrishnan (Eds.), Asia Pacific moral, civic and citizenship education: New vision and new realities (109-118). Kuala Lumpur: University of Malaya. Wang, Q. (2006). Culture and the development of self-knowledge. Current Directions in Psychological Science. 15. 182-187. Williams, J., Conger, K. & Blozis, S. (2007). The development of interpersonal aggression during adolescence. Child Development. 78. 1526-1542

Related Documents

213
August 2019 49
Ece
July 2020 17
Ece
November 2019 31
213
November 2019 39

More Documents from ""