1.0
PENDAHULUAN Pendidikan adalah satu proses perubahan tingkah laku yang kekal bagi
memenuhi hasrat falsafah pendidikan negara (Mohd. Nor Anuar, 2012). Satu daripada persamaan antara negara-negara maju adalah dari segi tahap pendidikan yang telah dicapai. Menurut Alim Suryanto (2016), negara maju pada umumnya memiliki tahap pendidikan yang amat tinggi. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan adalah satu unsur yang signifikan dalam menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, pendidikan yang berkualiti harus disediakan kepada generasi-generasi muda lahirnya modal insan yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk bersaing di peringkat global (Ismail, Sidek & Mahbib, 2015). Menurut Phoenix (1958) dalam Mohd Nor Anuar (2012), kurikulum merupakan satu corak atau rupa bentuk program pendidikan sekolah yang tersusun mengikut aturan prosedur tertentu. Hal ini dapat mencerminkan hasil-hasil pengajaran yang diingini dengan jelas dan nyata melalui satu struktur yang bersiri. Justeru, kurikulum dapat dijadikan panduan kepada guru untuk menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran di samping mengenal pasti isi kandungan dan aktiviti pengajaran yang relevan dan sesuai serta dapat dijalankan di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, kurikulum pendidikan di negara kita turut digubal sebagai suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Dalam
pengetahuan kita, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah hasil daripada perubahan kurikulum daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan membuat penambahbaikan di dalam kurikulum sekolah rendah (Dayana Farzeeha Ali, Cheng Lee Yee dan Mohd Nur Khafiz Hussin, 2014). Dalam aspek reka bentuk kurikulum, penambahbaikkan telah dilakukan terhadap KSSR dengan perincian tunjang-tunjang. Reka bentuk KSSR adalah berasaskan enam tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan. Fokus KSSR menjadi lebih menyeluruh dan holistik dengan menambah penguasaan elemen menaakul yang
merupakan satu kemahiran yang penting dalam bidang Sains dan Matematik. Perubahan ini diharapkan dapat menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. 1.1
Pengenalan Matematik merupakan satu bidang yang amat luas dan geometri merupakan satu
cabang penting di dalamnya. Geometri ditakrifkan sebagai objek-objek yang berhubungan dengan ruang dari berbagai dimensi (Mursalin Dosen Prodi, 2016). Secara umumnya, kurikulum geometri dan ruang adalah untuk murid membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis, deduksi tak formal, pemikiran abstrak dan penyelesaian masalah. Secara khususnya, murid boleh memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab, dan bahagi yang berkait dengan geometri dan ruang (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2014). Di samping itu, murid berpeluang mengetahui konsep geometri dan ruang membabitkan titik, garisan, permukaan, sudut, panjang, dan jarak serta memilih dan menggunakan unit ukuran yang sesuai untuk memahami konsep panjang, luas, dan isi padu (Minetola, Ziegenfuss, & Chrisman, 2014 & Tubach & Henthorne, 2010). Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010) telah mengkategorikan kemahiran Matematik, kemahiran menganalisis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat penyelidikan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan teknologi sebagai kemahiran yang perlu dikuasai dalam pendidikan Matematik di sekolah rendah.Menurut Gary L.M., William F.B. & Blake E.P (2004) dalam Vincent Ho Zhen Hang (2018), pembelajaran bentuk geometri dam ciri-ciri bentuk adalah komponen yang penting dalam pendidikan Matematik sekolah rendah yang menyeluruh. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, topik-topik geometri diajar secara formal seawal dari peringkat sekolah rendah lagi. Seperti yang telah dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), mengenal pasti bentuk dua dimensi merupakan salah satu fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kepentingan ilmu pengetahuan geometri dapat dibuktikan oleh Laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang mentakrifkan TIMSS sebagai satu pentaksiran pembelajaran peringkat antarabangsa dengan fokus kajian kepada pentaksiran matematik dan sains. 20% daripada domain kandungan Matematik TIMSS adalah Geometri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Purata pencapaian mengikut domain kandungan Matematik Di samping itu, Math Kangaroo Test juga memaparkan ilmu pengetahuan geometri adalah penting dalam Matematik. Contoh soalan Math Kangaroo Test 2014 telah ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Contoh soalan Math Kangaroo Test 2014 Rumusnya bahawa geometri telah memainkan peranan penting dan tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan harian manusia. 1.2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Dewey, J. (1993) dalam Then Moli A/P Kanippan (2013), refleksi adalah
sesuatu yang memerlukan individu sentiasa berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul, komited dan sentiasa berasa tanggungjawab dalam memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam dan terperinci. Saya merupakan seorang guru pelatih yang telah menjalani sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 di sekolah rendah. Semasa menjalani PBS fasa 2, saya telah menjalankan sebanyak tiga pemerhatian atas pengajaran guru berkaitan topik bentuk Tahun 2. Melalui pemerhatian pada masa itu, saya mendapati bahawa murid-murid tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D) secara berkesan. Sebagai contoh, apabila ciri-ciri bulatan seperti tidak ada bucu diberikan dalam bentuk pernyataan, murid menjawab segi tiga sedangkan jawapan betul ialah bulatan. Namun, saya mendapati bahawa penguasaan murid-murid dalam konsep mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya adalah lemah walaupun banyak bimbingan yang telah diberikan oleh guru. Justeru, saya berpendapat bahawa hal ini berlaku kerana konsep asas kemahiran bentuk 2D yang masih tidak kukuh semasa berada di Tahun 1. Ini telah mengakibatkan murid tidak dapt menyelesaikan soalan mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-ciri bentuk. Selepas pemerhatian pertama, saya menjalani satu sesi temu bual yang ringkas dengan guru Matematik kelas tersebut untuk lebih menguasai tahap pemahaman dan penguasaan kemahiran mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciricirinya. Berdasarkan temu bual tersebut, saya dimaklumkan bahawa kaedah yang digunakan adalah amalan yang biasa digunakan iaitu melalui cara hafalan. Saya juga
meminta lembaran kerja daripada guru Matematik. Setelah mengumpul hasil jawapan daripada murid-murid, saya mendapati terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciricirinya. Sebagai
seorang
guru,
saya
menyedari
tanggungjawab
saya
untuk
mengukuhkan asas ilmu pengetahuan murid-murid. Yildiz et al. (2010) pemahaman pelajar terhadap konsep merupakan kemahiran matematik yang perlu dimiliki oleh pelajar. Oleh itu, daripada pengalaman PBS yang telah saya alami, saya menyedari bahawa asas ilmu pengetahuan murid dalam topik bentuk 2D perlu dikukuhkan. Secara implisit, timbulnya keinginan bagi saya untuk mengubah amalan pengajaran bagi kemahiran bentuk 2D murid Tahun 2.
2.0
FOKUS KAJIAN
2.1
Pemilihan Fokus Kajian Topik mengenal bentuk dua dimensi merupakan topik yang perlu dipelajari oleh
setiap murid sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. Tahap kesukaran topik tersebut adalah semakin mencabar seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dalam DSKP Matematik Tahun 1 dengan Standard Pembelajaran 7.2.1 Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan, 7.2.2 Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu dan lengkung bagi bentuk dua dimensi dan DSKP Matematik Tahun 2 Standard Pembelajaran 7.2.1 Mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016). Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah berdasarkan masalah dalam kemahiran tersebut yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid-murid Tahun 2. Rasional untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid Tahun 2 adalah kerana mereka telah mempunyai pengetahuan asas semasa di Tahun 3. Namun, murid tidak dapat menghasilkan satu gambaran yang jelas dalam minda disebabkan kaedah tradisional iaitu kaedah chalk and talk adalah terlalu abstrak bagi mereka.Jadi, kajian ini akan dijalankan untuk melihat kesan pengubahan amalan pengajaran khususnya bagi menyelesaikan masalah mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciricirinya melalui bahan konkrit yang bernama Magic Plasticine. Menurut Wong, K.W. et.al (2013), penguasaan penaakulan logik murid tahap 1 terikat kepada pengalaman deria dan bahan yang konkrit sahaja. Magic Plasticine merupakan salah satu bahan konkrit
yang sesuai dengan murid tahap 1. Selain itu, kajian ini juga dijangka akan meningkatkan minat murid terhadap soalan mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya. Dengan menekankan penggunaan Magic Plasticine dalam membimbing menyelesaikan masalah murid, saya mengharapkan murid boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan serta lulus dengan baik dalam mata pelajaran Matematik.
2.2
Pengumpulan Data Awal Menurut Lau, P. N.K. (2004), setiap guru mesti mengenal pasti masalah
pembelajaran murid pada proses pengumpulan data awal. Melalui analisis dokumen bagi lembaran kerja murid, saya telah mengenal pasti beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid. Berikut merupakan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menyelesaikan soalan mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciricirinya. Rajah 2.1: Kesilapan mengenal pasti bucu dan sisi panjang bentuk dua dimensi Rajah 2.2: Kesilapan mengenal pasti bentuk 2D berdasarkan gambar Rajah 2.3: Kesilapan mengenal pasti bentuk 2D berdasarkan huraian ciri-ciri Rajah 2.4: Kesilapan membezakan bentuk 2S dalam kumpulan yang sama
2.3
Tindakan Dalam kajian tindakan ini, Model Kemmis dan McTaggart (1988) telah dipilih
untuk dijadikan panduan semasa menjalankan penyelidikan tindakan saya. Model Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial. Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen
Kemmis (1983) dan McTaggart (1988) ini menyarankan empat langkah dalam kajian tindakan yang dijalankan berdasarkan kitaran, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.
Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dalam kajian tindakan yang akan dilaksanakan. Merujuk kepada model ini, kajian tindakan ini mempunyai empat fasa perkembangan utama, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Mengikut Lewin, masalah yang dikaji dalam tahap pertama boleh disambung dan diteruskan di dalam tahap kedua, tahap ketiga sehingga masalah yang berkaitan telah diselesaikan secara optimum. Berdasrkan model tersebut, pengkaji melaksanakan tinjauan dan refleksi awal berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pratikum fasa yang pertama dan kedua. Seterusnya, pengkaji menjalankan tinjauan awal di sekolah kajian, Kanowit. Rekod-rekod prestasi murid dianalisis bagi mendapatkan maklumat awal. Setelah mendapat pengumpulan data awal, pengkaji melakukan proses refleksi terhadap keputusan soal selidik yang dijawab oleh peserta kajian. Dengan merujuk analisis borang soal selidik serta tinjauan awal seperli ujian diagnostik kepada peserta 3.0
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Dalam bahagian ini, objektif kajian tindakan dan soalan kajian tindakan akan
dibincangkan. 3.1
Objektif Kajian Kajian ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut: (a)
Membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid melakukan penukaran unit bagi ukuran panjang dalam pecahan dan perpuluhan.
(b)
Membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid melakukan pendaraban dalam pecahan dan perpuluhan.
3.2
Soalan Kajian Dalam kajian ini, pengkaji akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:
(a)
Adakah kaedah pembahagian penyebut dan kaedah petak membantu murid Tahun 5 dalam meningkatkan pencapaian dalam penukaran unit?
(b)
Bagaimanakah kaedah pembahagian penyebut dan kaedah petak membantu murid Tahun 5 dalam mengukuhkan penguasaan terhadap pendaraban dalam pecahan dan perpuluhan?
4.0
PESERTA KAJIAN Beberapa penilaian dan pemerhatian akan dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang
sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk topik Panjang. Pengkaji akan memilih 6 orang responden yang merupakan murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Miri. 6 orang responden ini dipilih untuk melihat keupayaan mereka menggunakan kaedah pembahagian penyebut dan kaedah petak dalam menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dalam pecahan dan perpuluhan. Terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan semasa pemilihan responden, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
Menguasai sifir
Mahir mendarab nombor dengan nombor bulat
Lemah dalam mendarab nombor dengan nombor pecahan dan perpuluhan Kriteria Pemilihan Responden Lemah dalam penukaran unit bagi ukuran panjang
Menguasai kemahiran 3M
Rekod kehadiran yang baik
Rajah 4.1: Kriteria Pemilihan Responden Untuk mengenal pasti murid yang lemah dalam penukaran unit panjang, satu kuiz pintas akan dilaksanakan semasa sesi PdP di dalam bilik darjah. Berdasarkan pencapaian mereka dalam kuiz pintas yang dilaksanakan, pengkaji dapat menguji penguasaan responden dalam menyelesaikan soalan penukaran unit panjang. Dalam kajian ini, tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan akan dipilih. Keenam-enam responden yang dipilih ini akan mempunyai latar belakang yang berbeza. Mereka perlu menepati kriteria-kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Menurut Ho T.T. et.al (2014), tinjauan literature digunakan untuk memahami pengkajian yang dijalankan oleh pengkaji dengan lebih terperinci iaitu yang melibatkan penjelasan tentang konsep, teori, model dan prinsip yang diamalkan. Setelah pengkaji meninjau beberapa kajian tindakan mengenai intervensi terhadap masalah dalam mengenal bentuk dua dimensi, pengkaji mendapati bahawa inovasi “Program Bijak Dimensi, Program 2D Bestari” oleh Encik Ahmad Fadhil bin Mustaffa dari Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang, Negeri Sembilan merupakan intervensi yang paling sesuai. Beliau telah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau menggunakan kemudahan TMK bagi mengambarkan dengan lebih jelas pembinaan bentuk-bentuk 2D melibatkan pergerakan imej. Murid juga akan menjawab soalan latih tubi menggunakan komputer sehingga mereka benar-benar mahir dengan bentuk 2D. Beliau membekalkan soalan pada lembaran kerja dan murid menjawab soalan. Soalan pada lembaran kerja ini diasingkan mengikut aras kemahiran bermula dari mudah ke sukar. Murid lebih mudah memahami dan meningkatkan motivasi murid kerana menggunakan kemudahn TMK. Murid juga lebih seronok belajar dengan kaedah ini dan dapat memahami bentuk-bentuk 2D setelah menjawab soalan latih tubi berulang kali. Murid lebih berminat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Murid menjalankan aktiviti dengan arahan guru. Di samping itu juga murid gemar membuat latih tubi dengan menggunakan bahan berbantukan komputer. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan tersebut telah memberi kesan yang baik dalam membantu murid mengenali bentuk-bentuk 2D dengan lebih baik. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan berkesan serta mengurangkan risiko kegagalan murid. Oleh itu, kajian tindakan Program Bijak Dimensi, Program 2D Bestari akan sebagai panduan literature untuk melaksanakan kajian tindakan pengkaji.