Draf Pendidikan Inklusif.docx

  • Uploaded by: LYJ
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Draf Pendidikan Inklusif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,354
  • Pages: 16
Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK. Antara deklarasi tersebut adalah seperti berikut: 

Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994): “Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and achieving education for all.......”

Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (EFA) yang menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak mendapat pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam Pendidikan Inklusif. Dengan kata lain, semua kanak-kanak, sama ada mempunyai keperluan khas atau tidak, sepatutnya belajar bersama di dalam kelas yang sama. PPI juga merupakan kaedah terbaik dalam menentang sikap diskriminasi. 

Dakar World Education Forum (2000): “Education system must be inclusive, actively seeking out children who are enrolled, and responding flexibly to the circumstances and needs learners”.



Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006): “persons with disabilities have the right to undiscriminatory education and equal opportunity to inclusive education at every level of learning and long life learning”.

Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah seperti berikut: 

Akta Orang Kurang Upaya 2008: Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanakkanak kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan: “orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanakkanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”



Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013: “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas

atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat – (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; dan (d) pendidikan lepas menengah



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: “Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan”

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus. Print gambar alatan tangan dan melekatnya pada kepingan kadboard yang pertama.

7.1 Bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) a) Merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan PPI.

Bahagian Pendidikan Khas

b) Menyediakan perkhidmatan sokongan bagi PPI mengikut keperluan c) Menyebarluaskan maklumat dan memberi taklimat pelaksanaan PPI kepada pihak-pihak berkaitan. d) Merancang dan menyelaras kursus dan latihan untuk guruguru yang terlibat dengan PPI. e) Menyediakan data PPI bagi perancangan pelaksanaan PPI yang berkesan.

Lembaga Peperiksaan

Mengurus pentaksiran MBK di PPI.

Jemaah Nazir dan Jaminan

Memantau dan menilai pelaksanaan PPI.

Kualiti Institut Pendidikan Guru

Menguruskan latihan praperkhidmatan untuk guru.

Malaysia Bahagian Pendidikan Guru

Menguruskan latihan dalam perkhidmatan (LDP) untuk guru.

Institut Aminudin Baki

Menguruskan LDP untuk pentadbir sekolah.

7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri

i.

Membantu merancang dan mengurus pelaksanaan PPI.

(JPN) / Pejabat Pendidikan

ii.

Membantu menyediakan perkhidmatan sokongan mengikut keperluan.

Daerah (PPD) iii.

Memantau perlaksanaan PPI.

iv.

Mengumpul data dan dipanjangkan kepada KPM.

v.

Menyelaras dan melaksanakan kursus dan latihan untuk pentadbir dan guru yang terlibat dengan PPI.

7.3 Sekolah

Pengetua / Guru Besar

a) Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan. b) Menubuhkan dan menggerakkan JPPKS. c) Memastikan keperluan dan bahan sokongan disediakan. d) Merancang dan melaksanakan LDP berkaitan PPI untuk semua guru dan staf sokongan. e) Memantau pelaksanaan PPI secara berkala. f)

Memastikan warga sekolah peka dan faham mengenai PPI.

Guru Penolong Kanan

a) Membantu merancang dan menyelaras perlaksanaan PPI.

(GPK) Pentadbiran,

b) Membantu merancang dan menyelaras keperluan bahan bantu

GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras PPKI

belajar dan kebajikan MBK. c) Menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK).

a) Membantu melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis panduan yang disediakan. b) Membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan mesyuarat JPPKS. c) Merancang dan mengurus MBK di PPKI ke PPI. d) Menyediakan data yang berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN /PPD. e) Membantu memastikan warga sekolah peka dan faham mengenai PPI

Guru Pendidikan Khas

1. Mengenalpasti MBK yang berada di kelas arus perdana atau diPPKI bagi ditempatkan dalam PPI. 2. Berperanan sebagai guru pendamping. a) Membimbing dan membantu MBK semasa pengajaran dan pembelajaran. b) Membantu menyediakan Rancangan Pelajaran Individu (RPI) MBK melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran. c) Bekerjasama dengan guru arus perdana berkaitan dengan perkembangan murid. 3. Berperanan sebagai guru resos. a) Menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan keperluan MBK. b) Membantu guru dalam kelas arus perdana semasa

pengajaran dan pembelajaran.

Guru Arus Perdana

Peranan guru arus perdana adalah seperti berikut: 1. Guru Mata Pelajaran. a) Menerima dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi MBK dalam kelas inklusif. b) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK. c) Melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK. d) Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu meningkatkan PdP MBK. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling. a) Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK dan ibu bapa/ penjaga mereka. b) Menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK (jika perlu). c) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK. 3. Guru Disiplin. a) Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disIplin bagi murid yang terlibat. b) Membantu pentadbir melancarkan pelaksanaan PPI. c) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas berkaitan masalah tingkah laku MBK. 4. Guru Pemulihan Khas. a) Mengenalpasti MBK yang berada di kelas arus perdana ditempatkan dalam PPI bagi sekolah yang tiada PPKI. b) Mengenalpasti MBK yang berada dalam kelas Pemulihan Khas bagi ditempatkan dalam PPI bagi sekolah yang tiada PPKI. c) Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan PPI.

Pembantu Pengurusan Murid.

a) Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa. b) Membantu guru yang terlibat dalam PPI bagi menyediakan

keperluan MBK. c) Membantu guru pendidikan khas menjaga hal ehwal MBK di PPKI. d) Mengurus keperluan murid di PPI.

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, Di Malaysia, pendidikan inklusif bukanlah satu perkara baru Kebanyakan pelajar kurang upaya diberi pendidikan sama ada dalam persekitaran khas ataupun dalam persekitaran bersepadu. Pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun im-plementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Ini dapat dilihat, iaitu pelajar-pelajar bermasalah pen-dengaran dan bermasalah penglihatan mengikuti kurikulum biasa, manakala pelajar-pelajar bermasalah pem-belajaran kebanyakannya mengikuti kurikulum khas yang diajar oleh guru pendidikan khas.

Model PPI merangkumi bidang akademik dan bukan akademik dengan menyediakan khidmat sokongan di dalam atau di luar bilik darjah. Penekanan ini diberikan bagi membolehkan MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik bersama-sama murid arus perdana.

5.1 Inklusif Penuh MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2 inklusif separa MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik

adalah

berasaskan

kurikulum

kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka. Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF? Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Abraham, Morris and Wald (1993): “one in which children with and without disabilities learn and play together”. Bowe (1995):“ an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”. 2.0 PENCALONAN Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khasyang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh : 1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 2. Bersosialisasi 3. Menduduki peperiksaan awam 3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

i. ii. iii. iv.

Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada: Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/“childcentered”. 4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. II. III.

Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal.

IV.

Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakanrakan yang normal.

V.

Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

VI.

Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar. Penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka Cipta. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF. I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X.

Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat . Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif. Penilaian:  Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek: a. Tingkah laku b. Sosial c. Akademik  Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif.  Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif. 7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

7.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa  pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.  Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.  Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.  Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

7.2 Pendidikan Separa Inklusif  Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.  Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.  Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.  Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.  Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.  Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya. 8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1.Model A –Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P. 2.Model B – Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 3.Model C – Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber. 4.Model D –Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelas“Satellite” di sekolah biasa.(OctopusModel) 5.Model E– Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.Model F– Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF I. II. III. IV.

Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar pendidikan khas. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran perdana. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.

V. VI. VII. VIII. IX.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas. Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas inklusif. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran. Kurang kerjasama dari ibu bapa. Jurang yang besar dalam kurikulum . 11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF Peranan Dan Tanggungjawab A. Pengetua/Guru Besar Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan programpendidikan inklusif di sekolah. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid programpendidikan inklusif di sekolah. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif . Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program pendidikan inklusif di sekolah. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif.

i. ii. iii. iv. v.

B. Guru Kelas Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. Membuat penilaian. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Mata pelajaran i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. iv. Membuat penilaian. v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas. C. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .

ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran. iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif. iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana. vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana. viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif.

i. ii. iii. iv.

D. Murid Berkeperluan Khas Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Tiada masalah tingkah laku berat. Bersedia belajar di kelas aliran perdana. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik. E. Rakan pembimbing i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas. ii. Rakan Pembimbing. iii. menjadi ‘role model’.

i. ii. iii. iv.

F. Ibu bapa Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif. 12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : 1. Kurikulum perdana 2. Masa pembelajaran 3. Asas kemahiran

13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF 1.

Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada: a. Pengerusi: Pengetua/Guru Besar b. Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas c. Setiausaha: guru pendidikan khas d. Ahli jawatankuasa:

i. ii. iii. iv. v.

Guru kelas Guru mata pelajaran Guru pembimbing (guru pendidikan khas) Guru bimbingan dan kaunseling Ibu bapa / penjaga 2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian pelajar berkeperluan khas. 3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa 4. Merancang dan membina instrumen penilaian. 5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 14.1 Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu

kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas. 14.2 Semasa Program 1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. 4. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas. 14.3 Selepas Program 1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN. 15.0 Program Mentor Mentee 1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang

diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI. 4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

Related Documents

Draf Report Psm(last Draf)
November 2019 48
Draf Refleksi.docx
May 2020 31
Draf Kepimpinan
October 2019 40
Draf Gp
May 2020 26

More Documents from ""