Doa Majlis Solat Hajat

  • Uploaded by: Ahmad Rusli
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Majlis Solat Hajat as PDF for free.

More details

  • Words: 343
  • Pages: 2
، ‫الـحمد لله الذي بنعمته تتم الصالـحات‬ ‫والصلة والسلم على رسولنا المين وعلى‬ . ‫آله وأصحابه أجـمعين‬ Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada petang ini kami berkumpul keranaMu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuhmusuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’ Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada generasi Islam hari ini, hinggalah mereka menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya, kepercayaannya, kemuncak pengukurannya, amalnya, dan juga sebagai tujuan dalam penyelidikannya hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicari-cari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan permohonan. Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا ف الدنيا حسنة وف الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬ ‫والمد ل رب العالـمي‬

Related Documents

Doa Majlis Solat Hajat
November 2019 41
Solat Hajat
June 2020 24
Doa Majlis
October 2019 60
Doa Majlis
June 2020 28
Solat Sunat Hajat
May 2020 24
Panduan Solat Hajat
May 2020 16

More Documents from "haikal"

Doa Mesyuarat
November 2019 33
Doa Hari Peperiksaan (1)
November 2019 40
Doa Mesyuarat Pibg
November 2019 48
Doa Antara 2 Khutbah
November 2019 45