Doa Majlis Perkahwinan.docx

  • Uploaded by: Amirulnaaim Ali
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Majlis Perkahwinan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 219
  • Pages: 1
Doa majlis perkahwinan

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka………….. dengan pasangannya……………. Ya Allah ya Rahman ya Rahim, kurniakan kepada kedua mempelai ini ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah dalam menghadapi setiap dugaan mu. Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati, perasaan belas kasihan dan hakiki. Tekad usaha yang tidak mengenal penat. Tawakal kepadamu yang tidak mengenal pasrah, kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi, ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka dan keimanan padamu yang tidak mengenal ingkar. Allahumma ya Allah, kekalkan kemesraan antara mereka ini mengikut jalanmu yang sebenar. Penuhkan hati mereka dengan cahaya Rabbanimu yang tidak akan malap. Lapangkanlah hati mereka dengan limpahan keimanan, keyakinan dan keindahan tawakal kepadamu. Hidup suburkanlah hati mereka ini dengan pengetahuan sebenar tentang mu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah ya Rahman ya Rahim, kami menadah tangan kami dan memohon kepadamu dengan penuh rendah hati, sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa. Janganlah ia menjadi penghalang pada tertunainya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan keredhaan serta keampunanmu. Allah humma fillana…. Walijami il muslimin…… Rabbana zalamna……

Related Documents

Doa Majlis
October 2019 60
Doa Majlis
June 2020 28
Doa Majlis
May 2020 29
Doa Majlis Persaraan.docx
December 2019 42
Doa Majlis Akhir Tahun
October 2019 38

More Documents from "Amirulnaaim Ali"