Disertasi Lengkap Disatukan

  • Uploaded by: Sajali b. Mohamad Hashim
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Disertasi Lengkap Disatukan as PDF for free.

More details

  • Words: 16,615
  • Pages: 101
PENGARUH STATUS SOSIO-EKONOMI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH RENDAH DI TELUK INTAN

SAJALI BIN MOHAMAD HASHIM

LAPORAN PROJEK DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2009

1

PENGAKUAN

Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

9.10.2009

SAJALI B. MOHAMAD HASHIM M20071000290

2

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa yang memberikan keyakinan, kekuatan dan ketabahan untuk menghasilkan Kertas Projek ini. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat penyelia saya iaitu En. Abu Bakar bin Yusof yang sabar dan tidak jemu-jemu memberikan bimbingan, pendapat dan bantuan sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan guru-guru yang banyak membantu dari awal hingga akhir. Kepada isteri tersayang Puan Noor Azlina bt. Ahmad Shauri, terima kasih atas bantuan, kerjasama dan pengorbanan yang telah diberikan. Kepada putera yang dikasihi Muhammad Naim juga abah ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

3

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap status sosio-ekonomi (SSE) ibu bapa, tahap penglibatan ibu bapa di rumah, hubungan antara status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah kebangsaan di Teluk Intan. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Sosioekonomi ibu bapa diukur dari aspek pekerjaan, pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Manakala penglibatan ibu bapa di rumah diukur dari aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa di rumah. Pencapaian akademik pelajar merujuk kepada Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan kesahan dan kebolehpercayaan ialah 0.8692 (nilai pekali kebolehpercayaan alpha) bagi item-item yang mengukur tahap penglibatan ibu bapa. Data-data kajian dikumpul dan diproses dengan menggunakan “Statistical Package For Social Science” SPSS. Hasil kajian mendapati tahap status sosio-ekonomi ibu bapa ialah (min=1.87) iaitu sederhana manakala tahap penglibatan ibu bapa di rumah ialah (min=3.26) iaitu sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian akademik iaitu (r=.754, p=.000, p<0.01). Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik iaitu (r=.709, p=.000, p<0.01). Hubungan antara SSE dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik juga signifikan iaitu kebarangkalian (F=96.464, p=.000, p<0.05), (t=6.858, p=.000, p<0.05), (t=5.320, P=.000, P<.05). Penemuan kajian ini mendapati status SSE dan penglibatan ibu bapa merupakan faktor penting yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Tumpuan haruslah diberikan kepada penglibatan ibu bapa di rumah secara khusus.

4

Parent’s Socio-Economy Status and Their Participation at Home With Academic Achivement in Primary School

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify parent’s socio-economy status (SSE), parents level of participation at home, the relationship between socio-economy status and parent’s participation at home with the academic achievement of 100 National Primary School students in Teluk Intan. The socio-economy status of the parents was measured based on their occupation, education and income. On the other hand, parent’s participation was measured on their discussion, supervision and communication at home. The academic achievement of the students was referred from their PKBS examination results. This research used questionnaires as the research instrument with the validity and realibility of 0.8692 (Alpha Realibility Coefficient Value) for the items that were used to measure the parents participation level. The research data was collected and processed using the “Statistical Package For Science” (SPSS) method. The research results shows that the parent’s socio-economy status was (mean=1.87) while their participation at home was (mean=3.26) whereby both score were on average level. There is a significant relationship between SSE and academic achievement, (r=.754, p=.000, p<0.01), parents participation and academic achievement, (r=.709, p=.000, p<0.01). The relationship between SSE and parents participation with academic achievement also significant (F=96.464, p=.000, p<0.05), (t=6.858, p=.000, p<0.05), (t=5.320, P=.000, P<.05). The result from this research shows that the status of SSE and parents participation are the important factors that contribute to the academic achievement. The parent’s participation at home in particular should be given much consideration.

5

KANDUNGAN

Muka Surat PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

v

KANDUNGAN

vi

SENARAI JADUAL

x

SENARAI RAJAH

xi

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Kajian

5

1.3

Mengapakah Kecemerlangan Pendidikan ?

8

1.4

Definisi Istilah Operasional

10

1.5

Pernyataan Masalah

16

1.6

Objektif Kajian

20

1.7

Persoalan Kajian

21

1.8

Kepentingan Kajian

22

1.9

Hipotesis Kajian

23

1.10

Batasan Terhadap Kajian

23

1.11

Penutup

24

6

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR 2.1

Pengenalan

26

2.2

Hubungan Antara Status Sosio-ekonomi (SSE) Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

2.3

30

Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

38

2.3.1

Perbincangan di Rumah

43

2.3.2

Penyeliaan di Rumah

45

2.3.3

Komunikasi Antara Ibu Bapa dan Anak

47

2.4

Rangkakerja Kajian

48

2.5

Penutup

51

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pengenalan

52

3.2

Reka Bentuk Kajian

53

3.3

Kerangka Konseptual Kajian

52

3.4

Populasi dan Sampel

55

3.5

Instrumen Kajian

56

3.6

Kajian Rintis

60

3.7

Prosedur Pentadbiran Soal Selidik dan Pengumpulan Data

61

3.8

Pengutipan Data

62

3.9

Analisis Data

63

7

3.10

BAB 4

Kesimpulan

64

DAPATAN KAJIAN 4.1

Pendahuluan

65

4.2

Latar Belakang Responden

66

4.3

Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Bagi Pelajar Sekolah Rendah Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

4.4

Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Bagi Pelajar Sekolah Rendah Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

4.5

66

67

Hubungan Antara Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah Di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

4.6

68

Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah Di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

4.7

Hubungan Antara SSE dan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

BAB 5

69

70

RINGKASAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

72

5.2

Rumusan Keputusan

72

5.3

Perbincangan

73

8

5.4

Implikasi

77

5.5

Cadangan

78

5.6

Kesimpulan

79

RUJUKAN

80

LAMPIRAN A. Borang Soal Selidik

9

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka Surat

1

Data Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak

8

2

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

9

3

Komponen Pembolehubah Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa

58

4

Kategori Penglibatan Ibu dan Bapa

59

5

Nilai Kebolehpercayaan Item Ujian Penglibatan Ibu Bapa

61

6

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

66

7

Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa

67

8

Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah

68

9

Hubungan di Antara Tahap Sosio-ekonomi Ibu Bapa dengan Pencapaian

10

69

Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar

11

70

Hubungan SSE dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik

71

10

SENARAI RAJAH

Rajah

Muka Surat

1.1

Carta Graf Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak

17

1.2

Teori Ekologi Bronfenbrenner

28

1.3

Kerangka Teori Hubungan Ibu Bapa dan Anak

29

1.4

Hierarki Keperluan

31

1.5

Struktur External Model Teoritikal Pertindihan Sfera Pengaruh Keluarga dan Sekolah ke atas Pembelajaran Pelajar

1.6

Kerangka Konseptual Kajian yang Diadaptasi daripada Model Enam Penglibatan Epstein (1995)

1.7

49

Model Kerangka Konseptual Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar

11

50

Bab 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa dan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda. Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masingmasing. Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan. Oleh itu melalui bengkel ini, saya berharap agar penekanan diberikan kepada gagasan YAB Perdana Menteri iaitu “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) iaitu “Memperluas Akses Pendidikan kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan” dalam menilai semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. (Bengkel Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010.) Menurut Mantan Menteri Pelajaran Malaysia pula, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semenjak negara mencapai kemerdekaan, pendidikan di kalangan rakyat

12

sentiasa menjadi keutamaan kepada kerajaan. Wawasan pendidikan yang dirangka bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berilmu dan sumber manusia yang terlatih bagi menjana ekonomi negara semata-mata sebaliknya lebih jauh daripada itu iaitu membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat dan mengukuhkan integrasi nasional (Berita Harian 31 Ogos 2005; Suffean 1993). Manakala menurut Faaland et al. (1991) melihat pendidikan sebagai cara memperoleh peluang yang sama rata bagi semua pihak serta menggalakkan perpaduan di kalangan masyarakat sesebuah negara. Globalisasi iaitu satu fenomena yang menjadikan dunia mengecil

dari segi

perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat dan juga satu proses penghapusan halangan kegiatan ekonomi antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain (Utusan Malaysia 15 April 2001), adalah sesuatu yang sudah berlaku dan tidak dapat dihapuskan lagi. Kini pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat dari kesan globalisasi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Tetapi, walau sebesar mana masalah dan perubahan yang berlaku sekalipun dalam aspek nilai dan gaya hidup, masyarakat masih meyakini bahawa pendidikan adalah merupakan ubat yang paling mujarab. Pendidikan dipercayai akan dapat menjadikan sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara menjadi teguh dan digeruni oleh pihak lain (Ishak Sin, 2003). Maehr (1996) pernah menyebutkan bahawa apabila masyarakat menghadapi krisis dan pertembungan budaya dan ekonomi, sekolah adalah dianggap sebagai sumber aspirasi dan harapan.

13

Pendidikan dan masyarakat tidak boleh dipisahkan sama ada di negara maju mahu pun di negara-negara yang mundur. Berdasarkan perkara tersebut maka kerajaan terus membiayai institusi-institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan merupakan alat untuk membawa kemajuan yang sejajar dengan kehendak dan aspirasi masyarakat. Ahmad Sarji Abdul Hamid (1993) dalam satu ucapannya untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menyatakan bahawa tanggungjawab ibu bapa ialah menanamkan ciri-ciri yang positif dalam diri anak-anak. Di samping itu juga, ibu bapa mesti bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Kerajaan telah melahirkan hasrat bagaimana individu yang diperlukan dan mesti dihasilkan. Sekolah menyediakan prasarana dan peluang untuk merealisasikan hasrat tersebut. Masyarakat pula menyediakan suasana yang kondusif untuk pelajar-pelajar berkembang. Manakala ibu bapa pula mempunyai aspirasi yang tersendiri terhadap perkembangan anak-anak mereka dari segi akademik, sosial dan emosi ke arah mencapai kecemerlangan. Oleh sebab terdapat besarnya peranan yang dimainkan oleh ibu bapa maka para pengkaji sejak berpuluh tahun yang lalu telah mula menghubungkaitkan penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik anak-anak dalam kajian-kajian mereka. Clark (1993) telah berpendapat bahawa kanak-kanak akan mencapai kejayaan yang lebih baik hasil daripada sokongan ibu bapa yang menggalakkan dan mempercayai bahawa suasana kekeluargaan mempunyai kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan anak-anak mereka. Bloom (1964) telah menyatakan bahawa bagi kanak-kanak yang cemerlang, ibu bapa akan merasakan secara bersama-sama minat atau pun kecenderungan anak-anak

14

mereka. Proses perkembangan kanak-kanak adalah banyak bergantung kepada tahap kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga itu sendiri. Suasana dan persekitaran yang positif akan membantu kanak-kanak untuk berdikari dan memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan mental dan fizikal anak-anak. Menurut Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bahawa sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dengan pelajar perlu menduduki empat peperiksaan umum sebelum ke universiti. Menurut baginda lagi kita juga cenderung untuk menyanjung mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dan pada masa yang sama meminggirkan mereka yang tidak cemerlang. Sistem berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan sekolah-sekolah hanya memfokuskan kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Lebih malang lagi, mereka yang tidak cemerlang adalah berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi yang rendah (Utusan Malaysia 18 Ogos 2009). Dalam menangani era globalisasi, pengurusan pendidikan menjadi semakin mencabar.

Pengurusannya memerlukan kepelbagai matlumat, halatuju yang jelas,

orientasi dan operasi yang mantap dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbagaibagai. Dunia telah membuktikan bahawa jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada watak bangsanya yang bertunjangkan ilmu pengetahuan. Di sinilah pendidikan memainkan peranan sebagai penentu warisan bangsa. Era ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi menuntut pengurus pendidikan menganjak stail pengurusannya. Ketaksuban terhadap tradisi bukan sahaja tidak menguntungkan, malah akan melahirkan pelbagai masalah. Pendidikan yang berperanan untuk mengisi keperluan harian, sebenarnya adalah menjadi penentu masa hadapan negara.

15

Sehubungan dengan itu, pengurusan pendidikan perlu dimanafaatkan secara maksima untuk melahirkan individu yang berkualiti, berketrampilan dan merealisasikan hasrat negara kearah membentuk negara cemerlang, gemilang dan terbilang. Tanpa tindakan yang berani, kecemerlangan yang diharapkan hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Komunikasi dua hala juga adalah penting untuk membantu anak-anak dalam memberi dan menerima nasihat, tunjuk ajar dan ransangan seperti galakan, dorongan dan semangat untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik (Hassan Mohd Ali, 1996). Oleh itu, penglibatan ibu bapa dilihat sebagai sesuatu yang sangat bernilai. Ini bermaksud penentu kejayaan akademik anak-anak adalah masa yang dikorbankan oleh ibu bapa untuk bersama-sama anak di rumah. Kenyataan ini telah disokong oleh Henderson dan Berla (1994) yang telah menyimpulkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah penentu utama dalam pencapaian akademik pelajar. Kesedaran inilah yang menjdi penggerak untuk mencapai matlamat ke arah kecemerlangan pendidikan.

1.2

Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan kita harus dapat menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan kita harus mempunyai daya saing dalam menghadapi arus globalisasi dan era abad ke-21. Kita perlu memikir kembali identiti dan fungsi sekolah dan memberikannya identiti baru sebagai sebuah organisasi yang dinamik selaras dengan perkembangan dalam dunia pendidikan yang mencabar.

16

Perancangan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil warganegara Malaysia yang cemerlang serta bertamadun. Memandangkan kepentingan dalam pembangunan pendidikan terdapat elemenelemen dan dimensi pendidikan sejajar dengan matlamat-matlamat pembangunan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2001 hingga 2010, maka matlamat pembangunan pendidikan disusun agar semua pihak mendapat faedah daripadanya. Antara matlamat-matlamat ini ialah : i)

Menyediakan skim

dan program yang boleh membantu

menyediakan program yang berkualiti bagi membolehkan pelajarii)

pelajar bersedia untuk ke sekolah. Meningkatkan kecemerlangan pendidikan terutamanya daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah di kawasan-kawasan

iii)

bandar, pinggir bandar, luar bandar, pedalaman dan pulau. Memastikan pelajar-pelajar terutamanya di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah mendapat pendidikan yang setara dengan

pelajar-pelajar

yang lain.

(Kementerian

Pelajaran

Malaysia 2001 hingga 2010) Sebahagian besar pemikir dan penulis futuristik bersetuju bahawa negara yang bercita-cita tinggi dan mahu memimpin abad ke-21 mestilah merupakan masyarakat bermaklumat, masyarakat berpengetahuan, masyarakat saintifik dan berbudaya sains serta tinggi budaya ilmu (Perancangan Strategik 2005-2010). Sehubungan dengan hal ini, kita juga perlu memberikan perhatian terhadap aspek perkembangan emosi, keluhuran rohani,

17

kekuatan mental, keutuhan keimanan dan ketaqwaan, kemantapan budaya dan moral, kemampanan jati diri dan semangat patriotik yang kental. .

Penyediaan pendidikan yang meluas dan berkualiti adalah satu tanggungjawab

yang besar dan memerlukan penambahbaikan berterusan. Sungguhpun sekolah memainkan peranan untuk melaksanakan dasar Falsafah Pendidikan Negara tetapi mereka terdedah kepada perbezaan keupayaan kuasa mengawal, koordinasi, sokongan dan pengaruh daripada kerajaan negeri, organisasi persekitaran dan masyarakat setempat ( Asmah Ahmad,2003). Walau pun pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan oleh pihak sekolah tetapi secara amnya pencapaian keputusan peperiksaan awam yang cemerlang akan menjadi keutamaan dikalangan masyarakat.Dengan kata yang mudah dapatlah dikatakan bahawa bagi sekolah-sekolah rendah, yang mendapat keputusan UPSR dengan peratus lulus yang tinggi dan beberapa calon yang mendapat semua A adalah ramai dikategorikan sebagai sekolah yang efektif (Asmah Ahmad, 2003). Toffler (1980); Stonier (1983); Naisbit (1983); Higgins (1998); Valida (2000) dan Anderson (2000) merumuskan bahawa komuniti berilmu akan menguasai abad ke-21 kerana kecemerlangan pengetahuan, kekayaan maklumat dan berbudaya saintifik. Di samping itu, harapan ini selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Gagasan Wawasan 2020 dan cita-cita murni Islam Hadhari.

1.3

Mengapakah Kecemerlangan Pendidikan ?

18

Sebagai negara kuasa besar di dunia ini, kita mesti memahami bahawa kecemerlangan akademik adalah kritikal dengan kejayaan sedia ada. Ianya adalah kuasa inovasi dan peningkatan saintifik yang akan membenarkan Amerika bertahan dengan posisinya sebagai negara nombor satu di dunia. Mempunyai pelakon terkenal di dunia, tahap industri hiburan terkemuka dan kecemerlangan cabang lain tidak akan mengekalkan kedudukan nombor satu di dunia. Kita memerlukan kadet-kadet yang boleh menyelesaikan persamaan kuadratik dan menghasilkan inovasi baru (Armstrong, 2006). Jadual 1 Data Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak Tahun 2007

Tahun 2006

Tahun 2005

Bilangan Lulus Peratus Lulus

2263 56.54%

2269 56.41%

2353 57.0%

Bilangan Gagal Peratus Gagal

1519 34.93%

1555 35.54%

1614 35.40%

Bilangan 5A Peratus 5A

371 8.53%

352 8.05%

344 7.60%

Sumber Rasmi : Jabatan Pelajaran Daerah, Daerah Hilir Perak.

Berdasarkan daripada data Jadual 1 diatas, dapatlah difahami bahawa bilangan peratus lulus adalah terbesar manakala bilangan peratus yang mendapat keputusan yang cemerlang adalah terkecil. Pencapaian keputusan ini telah menjadi norma berdasarkan carta graf yang menunjukkan rangka graf adalah sama sepanjang tiga tahun berturutturut.

19

Di sini pengkaji akan membuat kajian tentang pencapaian akademik murid-murid khususnya di sekolah rendah. Faktor-faktor atau faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid-murid sekolah rendah akan diperinci dengan lebih mendalam. Murid-murid daripada pelbagai tahap pencapaian dalam matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik akan dipilih untuk menjadi responden. Jadual 2 Sekolah Rendah ( Tahun 1 – 6 ) MARKAH

GRED

TAKRIF

81 – 100

A

CEMERLANG

61 – 80

B

POTENSI CEMERLANG

41 – 60

C

LULUS

21 – 40

D

POTENSI LULUS

0 – 20

E

KRITIKAL Rujukan : Panduan Piawaian Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

1.4.2

Penglibatan Ibu Bapa

20

Penglibatan ibu bapa adalah melibatkan aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi. Menurut Kornain Hasyim (1999), penglibatan ibu bapa dilihat daripada banyaknya masa dihabiskan bersama-sama anak mereka, menyemak tugasan yang diberi, kekerapan membimbing anak-anak dalam kerja sekolah, menentukan masa belajar, menghantar anak-anak ke kelas tambahan, peka dengan kepentingan ujian anak-anak, penyediaan kemudahan belajar, bahan-bahan tambahan yang disediakan, galakan serta ganjaran yang diberi. Terdapat banyak tulisan (Anderson 2000; Robiah 1995; Wan Mohd Zahid 1993; Henderson dan Berla 1994) dan kajian (Shaver dan Walls 1998; Hara dan Burke 1998; Sui-Chi dan Williams 1996) yang dijalankan dalam bidang pendidikan memperlihatkan kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Di Amerika Syarikat, sebuah projek yang dikenali sebagai Projek Pencepatan Sekolah (Accelerated School Project) telah menunjukkan keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar terutamanya diperingkat sekolah rendah. Dalam projek yang dijalankan ini, para ibu bapa dibawa bersama mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada projek yang dijalankan ini adalah mendapati bahawa penyertaan ibu bapa seperti ini mempunyai banyak faedah kerana para ibu bapa dapat memberi pengukuhan kepada pembelajaran anak-anak semasa berada di rumah. Selain itu, ibu bapa juga akan lebih memahami proses pembelajaran yang dialami oleh anak-anak mereka. (Wan Mohd Zahid 1993). Anderson (2000) pula mendakwa penglibatan oleh ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka adalah wajib dari zaman tadika hingga ke gred 12. Ini kerana dalam sistem pendidikan, keperluan memiliki sekolah yang baik dan penglibatan ibu bapa yang

21

baik akan membantu semua kanak-kanak. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam bidang pendidikan iaitu selama 14 tahun dalam Jabatan Pemulihan dan 8 tahun lagi di kelas. Beliau juga mendapati bahawa majoriti ibu bapa merasakan bahawa bacaan adalah penting. Mereka membaca untuk tujuan hiburan dan lebih 50% mereka menjadi model yang mana dengan membaca di depan anak-anak mereka. Dengan berbuat demikian, ianya dapat meningkatkan pencapaian

anak-anak

mereka dalam bidang

bacaan dan perbendaharaan kata. Ini dapat ditunjukkan melalui data-data yang diperoleh menunjukkan purata pencapaian latihan komprehensif pada minggu pertama adalah 48% telah meningkat kepada 67% pada minggu kelima. Selain itu, markah ‘post test’ bagi perbendaharaan kata telah meningkat dari purata 20 kepada 28.7. Robiah (1994), memetik kajian Bloom (1985), telah mendapati bahawa bagi kanak-kanak yang cemerlang, ibu bapa mereka sama-sama mengamalkan etika kerja yang ketat, menekankan anak-anak mereka supaya sentiasa membuat dan menghasilkan kerja yang terbaik, menyudahkan kerja sebelum bermain dan setiap kali berusaha mestilah untuk melebihi prestasi pada sebelumnya. Tabii belajar di rumah harus dibentuk oleh ibu bapa dan mereka mendisiplin dan mengawasi anak-anak mereka. Segala usaha yang dilakukan di sekolah tidak akan berhasil jika budaya kerja di rumah tidak ada. Sharer dan Walls (1998), menjalankan kajian untuk melihat kesan penglibatan ibu bapa ke atas bacaan dan Matematik bagi 74 orang pelajar yang berada dalam gred 8. Kajian ini telah menggunakan ibu bapa pelajar-pelajar sebagai sampel kajian. Para ibu bapa pelajar diminta untuk hadir dalam sesi pembelajaran di sekolah dan daripada situ mereka telah belajar tentang penglibatan yang aktif terhadap anak-anak mereka. Dapatan

22

daripada kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan daripada ibu bapa adalah faktor signifikan yang boleh mempengaruhi kejayaan dalam pencapaian pelajar dalam bacaan dan Matematik.

1.4.3

Pencapaian Akademik

Borich (2000) telah melihat kejayaan atau pencapaian pelajar-pelajar terletak pada kadar dimana pelajar itu memahami dan menyelesaikan tugasan dengan betul. Beliau memberikan tiga tahap untuk dijadikan ukuran iaitu kejayaan tinggi, kejayaan sederhana dan kejayaan rendah. Pada tahap kejayaan tinggi pelajar-pelajar memahami tugasan dan melakukan kesalahan yang amat kecil. Pada tahap kejayaan sederhana pula pelajarpelajar memahami sebahagian tugasan tetapi melakukan kesalahan yang tetap atau pun sama. Manakala pada tahap kejayaan rendah pelajar-pelajar langsung tidak memahami keseluruhan tugasan yang diberikan. Robiah (1994) pula berpendapat bahawa pencapaian yang diperolehi oleh seseorang dalam satu-satu peperiksaan atau ujian tertentu lazimnya dijadikan sebagai ukuran kecemerlangan akademik. Ini adalah kerana markah yang diperoleh dapat diperbandingkan dengan sasaran atau target markah. Semakin tinggi markah yang diperolehi pelajar maka semakin dekatlah dia untuk mencapai tahap yang dikatakan cemerlang. Abdullan Sani (2005) telah melihat kecemerlangan akademik sebagai satu keadaa apabila seseorang itu berjaya meningkatkan tahap kemampuannya ke tahap yang paling maksimum bagi dirinya mengikut ukuran yang diletakkan atau pun mengikut ukuran yang dibuat bagi kelompok atau golongan yang sebaya dengannya.

23

1.5

Pernyataan Masalah

Aktiviti kehidupan, persekitaran dan kandungan dalam kehidupan masa kini menghasilkan berbagai-bagai kemungkinan cabaran, rintangan dan peluang-peluang yang mungkin di luar jangkauan. Tetapi dalam aspek pendidikan, setiap ibu bapa pasti berharapan dan menjangkakan anak-anak mereka akan memperolehi kedudukan pencapaian akademik yang tinggi atau pun sekurang-kurangnya selari dengan pencapaian akademik rakanrakan sedarjah atau rakan yang sebaya umurnya dengan anak-anak mereka. Pendidik harus mengubah ‘mind set’ agar tidak hanya menumpu kepada mengenal pasti kegagalan. Tetapi ‘mind set’ pendidik masa kini haruslah berfokus kepada mengenal pasti kecemerlangan dan bagaimana caranya untuk mencapai dan memastikan supaya kecemerlangan mesti dicapai.

Rajah 1.1 Carta Graf Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak

24

70 60 50 40

Lulus Gagal 5A

30 20 10 0

2005

2006

2007

Carta graf 1.1 dengan jelas menunjukkan peratus kecemerlangan yang rendah telah menjadi norma. Pengkaji berpendapat kita perlu menilai semula hasil bukan sahaja daripada kerangka pencapaian keputusan tetapi ibu bapa dan status sosio-ekonomi mereka. Pencapaian akademik di peringkat pendidikan sekolah rendah merupakan indikator dan berfungsi untuk membayangkan jangkauan pencapaian akademik pada peringkat yang lebih tinggi. Menurut Borich dan Tombari (1997) tahap kecerdasan sebenarnya hanya menyumbang 25% kepada pencapaian akademik, sebaliknya lebih 70% adalah

25

dipengaruhi oleh kompetensi sosial seperti motivasi, kesihatan, kawalan sosial, kualiti pengajaran, emosi yang baik dan sokongan keluarga. Kamarulzaman (2003) menyatakan bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar. Kebanyakan pelajar yang cemerlang dalam akademik adalah berasal daripada keluarga yang menitik beratkan pendidikan dalam keluarga. Apabila kita bercakap tentang pencapaian akademik maka yang terlintas dalam kotak pemikiran kita adalah peranan guru dan sekolah walhal jarang-jarang sekali kita melibatkan ibu bapa di rumah. Ibu bapa merupakan punca yang paling utama mengapa kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah tidak dapat mencapai prestasi akademik yang cemerlang sebaliknya hanya menjadi pengacau dan pembuli (Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob; Utusan Malaysia, 11 April 2004). Menurut beliau lagi punca utama yang menyumbang kepada kegagalan kanak-kanak adalah sikap ibu bapa yang tidak meluangkan banyak masa bersama anak-anak. Sebaliknya anak-anak ini akan membesar dalam keadaan yang kurang penjagaan rapi dan didikan yang baik dan betul daripada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri. Oleh yang demikian, jika kita menganggap bahawa pendidikan yang baik adalah perlu bagi kehidupan kanak-kanak pada hari ini maka perlu bagi kita melihat apakah penentu-penentu yang boleh mengubah pendidikan mereka. Penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membantu pelajarpelajar untuk berusaha dengan lebih kuat dalam menimba ilmu dan membentuk sahsiah diri seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan bijak di rumah kerana masa yang diperuntukkan untuk anak-anak di rumah akan membantu kejayaan anak-anak dalam pencapaian akademik mereka.

26

Menurut Rozumah (1999) di dalam kajiannya ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia mendapati bahawa kepincangan keluarga banyak memberi keburukan dan menjejaskan prestasi anak-anak. Kajian juga mendapati bahawa keluarga yang stabil dan harmoni disamping penglibatan ibu bapa yang maksimum mempunyai implikasi ke atas pembangunan pendidikan anakanak dan sahsiah diri mereka. Selain penglibatan ibu bapa, status sosio-ekonomi ibu bapa juga dianggap antara elemen penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Robiah, 1998). Kanak-kanak dari latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi selalunya mendapat markah yang tinggi dan biasanya dapat menamatkan persekolahan serta memasuki kolej dan mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding rakan sebaya yang dari kumpulan status sosio-ekonomi yang rendah. Abdul Latif (2001) menyatakan bahawa ibu bapa Melayu bersikap kurang memberikan galakan serta serta dorongan untuk membantu anak-anak mereka berjaya. Oleh itu, pelajar Melayu tidak berkecenderungan untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam akademik kerana kurang galakan daripada ibu bapa mereka. Walaupun ibu bapa mereka sedar tentang kepentingan pendidikan tetapi kebanyakannya gagal membimbing anak-anak mereka untuk mencapai keputusan yang terbaik. Berlandaskan keadaan ini, adalah penting bagi pengkaji untuk menembusi dan memahami faktor-faktor, aspek-aspek yang utama serta mengenali samada faktor-faktor dalaman ataupun faktor luaran yang mempunyai hubungkait yang tinggi, korelasi atau regressi terhadap pencapaian kecemerlangan akademik khususnya di peringkat sekolah rendah demi untuk kepentingan pembangunan pendidikan negara.

27

Kajian ini juga dianggap amat perlu memandangkan terdapat banyak rungutan dan keluhan daripada para guru sekolah rendah pada hari ini di mana terdapatnya ibu bapa yang datang dari status sosio-ekonomi yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa untuk mengambil tahu berkaitan pendidikan anak-anak. Kesuntukan masa ibu bapa yang kurang berpelajaran, tekanan kerja dan suasana rumah serta usia anak yang semakin meningkat mengakibatkan wujudnya jurang di antara ibu bapa dan anak-anak di rumah adalah disebabkan ibu bapa kurang melibatkan diri dengan anak-anak. Kajian ini akan mengakses kesan pencapaian akademik murid terhadap pengaruh faktor penglibatan ibubapa dan status sosio-ekonomi yang berkaitan dengan penglibatan keibubapaan dan kesan status ekonomi yang berbeza.

1.6

Objektif Kajian a) Mengenal pasti tahap status sosio-ekonomi ibu bapa pelajar sekolah rendah kebangsaan di Teluk Intan. b) Mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa di rumah pelajar sekolah rendah kebangsaan di Teluk Intan. c) Mengenal pasti hubungan pengaruh status sosio-ekonomi ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. d) Mengenal pasti hubungan pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. e) Mengenal pasti hubungan antara status sosio-ekonomi ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar.

28

1.7

Persoalan Kajian

Kajian ini akan berpusatkan serta menumpukan terhadap murid-murid yang mendapat pencapaian akademik yang pelbagai dalam matapelajaran teras. Iaitu murid-murid yang telah mendapat Gred A, B, C, D dan E dalam Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

di peringkat sekolah rendah.

Persoalan-persoalan yang akan dikemukakan adalah bersandarkan faktor status sosioekonomi dan penglibatan ibu bapa seperti yang berikut : a) Apakah tahap status sosio-ekonomi bagi ibu bapa pelajar sekolah rendah kebangsaan di Teluk Intan ? b) Apakah tahap penglibatan ibu bapa di rumah pelajar sekolah rendah kebangsaan di Teluk Intan ? c) Adakah terdapat hubungan di antara ststus sosio-ekonomi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar ? d) Adakah terdapat hubungan di antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar ? e) Adakah terdapat hubungan di antara status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar ?

1.8

Kepentingan Kajian

29

Dapatan daripada kajian ini samada segala kelemahan atau kekuatan akan diperbaiki, ditambah nilai, diubahsuai, diseimbangkan bagi membentuk satu rumusan berasaskan kepada cadangan atau kesimpulan yang akan dibuat. Rumusan ini akan menjadi ubat kearah menghasilkan

murid-murid yang cemerlang pendidikannya

berteraskan

pendekatan pengaruh faktor status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa di masa akan datang. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu permasalahan tertentu yang biasanya wujud di dalam sesuatu organisasi dan mengenal cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, faedah yang bakal diperoleh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pihak berkenaan dapat merangka rancangan jangka masa panjang yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Hanya dengan melalui kajian yang sangat teliti dan mendalam terhadap faktor-faktor yang berhubung kait serta yang dapat menyumbangkan kepada pencapaian akademik maka apa-apa langkah yang akan diambil akan dapat mengurangkan pembaziran serta sekaligus dapat meningkatkan keberkesanannya. Melalui maklumat-maklumat yang berguna ini juga maka daya tumpuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak hanya lagi terarah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bahagian kurikulum sahaja malahan juga perkara-perkara yang lain yang turut memainkan peranan dan penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Perkara-perkara yang dimaksudkan disini adalah status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa mereka. Di samping itu, dapatan kajian ini juga akan memberikan maklumat-maklumat yang penting kepada ibu bapa pelajar-pelajar. Dengan adanya maklumat ini, ia

30

diharapkan dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aspek-aspek keibubapaan, komunikasi serta pembelajaran di rumah. Penglibatan ibu bapa yang aktif ini sememangnya amat berguna dalam membantu untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Kesedaran ibu bapa dikalangan ibu bapa tentang kepentingan rakan kongsi boleh memberikan kebaikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa itu sendiri. Akhir sekali adalah diharapkan agar dapatan dan pernyataan daripada kajian ini akan menjadi perancangan di dalam pembangunan kemanusian pada masa akan datang.

1.9

Hipotesis Kajian

H1

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status sosio-ekonomi dengan

pencapaian akademik pelajar sekolah rendah. H2

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan

pencapaian akademik pelajar sekolah rendah. H3

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status sosio-ekonomi dan

penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.

1.10

Batasan Kajian

Seperti yang dimaklumkan di atas bahawa kajian ini akan dijalankan ke atas murid-murid sekolah rendah di Daerah Hilir Perak yang melibatkan 100 orang. Murid-murid ini terdiri daripada Tahun 5 sahaja. Fokus kajian terhadap murid-murid sekolah rendah ini (sebagai responden) adalah berdasarkan keputusan peperiksaan mereka yang lalu dan telah disahkan oleh pihak pentadbiran sekolah masing-masing.

31

Di sini pengkaji berharap agar kajian ini akan menjadi tapak asas terhadap perspektif hubungan atau korelasi di antara kecemerlangan akademik terhadap faktor penglibatan ibubapa dan status sosio-ekonomi seperti mana yang terdapat di dalam rangka kerja kajian.

1.4

Definisi Istilah Kajian

Dalam istilah operasional yang terdapat dalam kajian ini meliputi tiga istilah penting iaitu status sosio-ekonomi, penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik.

1.4.1

Status Sosio-ekonomi

Manakala dalam istilah status sosio-ekonomi adalah melibatkan pekerjaan ibu bapa, pendidikan ibu bapa dan juga pendapatan ibu bapa. Menurut Reid (1981) dalam Marimuthu (1990), mendefinisikan status sosio-ekonomi sebagai kelas sosial atau taraf sosio-ekonomi yang digunakan untuk mengelompokkan manusia ke dalam kategorikategori tertentu berdasarkan pekerjaan mereka. Banyak kajian pendidikan menggunakan pekerjaan ibu bapa sebagai indeks untuk menentukan kelas sosial. Ini kerana ianya mempunyai pertalian rapat dengan faktor-faktor lain seperti pendapatan dan pelajaran. Menurut Fauziah Yaakub (1987), dalam Zahrah (1998), ahli sosiologi pada hari ini mengenal pasti lima kelas sosial atau status sosio-ekonomi, iaitu kelas bawah, kelas pekerja, kelas pertengahan atas, dan kelas atasan. Beliau menerangkan setiap kelas sosial tersebut adalah lima kumpulan iaitu kelas bawah, kelas pekerja, kelas pertengahan bawah, kelas pertengahan atas dan kelas atasan. i)

Kelas Bawah

32

Mereka terdiri daripada golongan yang miskin, daif dan menikmati ganjaran dan sumber-sumber sosial. Golongan ini termasuklah mereka yang yang menganggur, tidak berpendidikan dan tiada kemahiran. ii)

Kelas Pekerja Ahli-ahli kelas ini terbahagi kepada dua golongan iaitu pekerja kolar putih dan

pekerja kolar biru. Ahli-ahli pekerja kolar biru terdiri daripada pekerja binaan, pemandu lori, mekanik, tukang paip, tukang besi dan lain-lain pekerjaan yang bertaraf rendah. Pekerja kolar putih pula terdiri daripada golongan yang berpendidikan, mahir dan separuh mahir. iii)

Kelas Pertengahan Bawah Golongan ini merupakan pekerja yang kurang mempunyai risiko pengangguran

dan mempunyai gaji yang stabil. Namun dari segi pendidikan, mereka tidak mendapat pendidikan di peringkat universiti. Contoh-contoh pekerja daripada golongan pertengahan bawah adalah polis, jururawat, kerani, guru sekolah rendah dan lain-lain lagi. iv)

Kelas Pertengahan Atas Golongan ini merupakan pekerja yang terdiri daripada orang-orang profesional

dan juga ahli-ahli perniagaan. Kebanyakan daripada mereka mendapat pendidikan di universiti. Contoh-contoh pekerja yang terlibat dalam golongan ini adalah peguam, doktor dan profesor. v)

Kelas Atasan

33

Golongan ini merupakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada ahli-ahli profesional dan juga ahli-ahli perniagaan yang telah menempa kejayaan. Biasanya, kekayaan yang mereka peroleh ini diasaskan oleh nenek-moyang mereka. Namun demikian, dalam kajian ini, pengkaji akan mengelompokkan status sosioekonomi (SSE) keluarga kepada tiga kategori sahaja iaitu SSE tinggi, SSE sederhana dan SSE rendah. SSE akan diukur berdasarkan kepada jumlah pendapatan kedua-dua ibu bapa pelajar yang berkenaan. Jumlah pendapatan keluarga dalam kajian ini akan dikelas kepada tiga iaitu : a)

SSE Rendah

- kurang daripada RM 500

b)

SSE Sederhana

- RM 501 – RM 2000

c)

SSE Tinggi

- lebih daripada RM 2000

Setiap individu akan diakses, ditembusi, dijelajahi, diterokai dan difahami dalam dimensi khusus terhadap faktor-faktor status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa seperti yang disebutkan di atas. Pendekatan ini lebih dikenali sebagai “individual-oriented education”. Ini adalah berasaskan bahawa setiap individu adalah berbeza tidak ada dua insan yang serupa. Oleh itu, sitem pendidikan mestilah memandang ke hadapan dan sentiasa fleksibel dalam menghadapi kepelbagaian individu di mana intelektualnya adalah berbeza.

1.11

Penutup

34

Kepentingan pengaruh status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa terhadap kecemerlangan akademik juga adalah selaras dengan objektif program Perkasakan Sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif KPM memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai program ‘School of Choice’ iaitu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pusat utuk memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan meliputi akademik dan bukan akademik. Melalui kajian ini juga pengkaji berharap untuk memperolehi maklumat serta menguji signifikasi hubungan diantara kecemerlangan akademik terhadap faktor status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa. Ianya juga dapat mengkaji apakah punca dan mengapakah perbezaan pencapaian akademik berlaku dengan ketara sedangkan muridmurid ini adalah berada di dalam kelas yang sama, sekolah yang sama, guru yang sama dan juga di persekitaran yang sama. Misi Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa bagi memenuhi potensi individu dan aspirasi negara adalah langkah yang bijak kerana pendidikan dan ekonomi negara bergerak dan berkembang dengan selari serta ianya tidak dapat dipisahkan. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa pencapaian pembangunan sebuah negara itu bermula di dalam kelas sesebuah sekolah.

Bab 2

35

Tinjauan Literatur

2.1 Pengenalan Bab ini akan meliputi aspek kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan status sosioekonomi dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik. Isu yang berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar seringkali mendapat liputan dan perhatian ramai. Banyak kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara bagi mengupas isu ini. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar. Antara faktor-faktor yang terlibat ialah status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa. Oleh itu, bab ini akan cuba mengupas secara terperinci teori-teori dan kajian-kajian terdahulu yang pernah dilakukan di dalam negara mahupun di luar negara. Gardner dalam Mohamad Daud (1994) menyatakan bahawa kanak-kanak yang hidup bersama ibu bapa akan memperolehi nilai kelas sosial yang diamalkan oleh keluarga. Keluarga kelas sosial bawahan selaluya besar, kurang berkemampuan, dan ibu bapa kurang memberi perhatian secara individu kepada anak-anak. Ibu bapa ini mempunyai harapan rendah terhadap anak-anak, berbual tentang topik yang terbatas, dan mahukan anak-anak mengikut perintah mereka sahaja. Manakala keluarga dari kelas sosial menengah selalunya kecil, menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak, sentiasa

36

bekerjasama dan berusaha untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat pencapaian lebih tinggi. Anak-anak mereka juga mempunyai sifat kendiri yang tinggi. Antara ciri-ciri pelajar yang lemah konsep kendiri termasuklah tidak mempunyai cita-cita, tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk lulus peperiksaan, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bersekolah, menjadi liar kerana pengaruh tidak sihat kawan-kawan remaja diluar sekolah dan tidak pandai menguruskan masa sendiri, memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti yang tidak menjurus kepada kecemerlangan akademik dan terlibat dalam aktiviti salah laku (BPPDP, 1996). Teori yang juga menjadi asas kepada kajian-kajian dalam bidang sosiologi ialah Teori Ekologi. Teori ini diasaskan oleh Bronfenbrenner (1979) yang telah mengkaji bagaimana manusia berinteraksi dengan persekitaran mereka dan mendapati faktor-faktor persekitaran sama ada di dalam atau di luar rumah sangat mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Menurut Bronfenbrenner terdapat empat sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu mikrosistem, meosistem, ekosistem dan makrosistem. Mikrosistem merujuk kepada faktor-faktor yang sangat rapat dengan persekitaran kanak-kanak seperti manusia dan peristiwa yang wujud di rumah. Faktor-faktor ini memberi kesan yang sangat mendalam bagi kanak-kanak kerana mereka berada dalam persekitaran tersebut sepanjang masa. Berdasarkan rajah 2.1, jika perhubungan dalam tahap mikrosistem ini terputus, maka kanak-kanak ini dilihat seolah-olah hilang keyakinan diri, kurang disiplin diri dan tidak mampu menangani situasi baru. Secara ringkasnya perkembangan yang berlaku dalam diri kanak-kanak adalah secara dinamik dan melibatkan proses interaksi dua hala

37

di antara individu dan faktor-faktor persekitaran. Oleh itu, individu yang paling rapat dengan kanak-kanak disesebuah rumah adalah ibu bapa mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan ciri-ciri positif dan negatif dalam diri kanak-kanak.

Rajah 2.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner 1979

MikrosistemPelajar Mesosistem Makrosistem Ekosistem

Bronfenbrenner menegaskan bahawa setiap kanak-kanak membesar dalam satu persekitaran sosial yang kompleks. Corak interaksi dalam sesebuah keluarga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak. Ianya meliputi emosi, tindakbalas dan kawalan mereka (Marimuthu, 1990). Walau

38

bagaimanapun, kajian ini tidak akan membincangkan faktor-faktor makrosistem, ekosistem dan meosistem.

Rajah 2.2 Kerangka Teori Hubungan Ibu Bapa dan Anak

Sistem Mikro

Sekolah bapa

Ibu Anak

Rakan sebaya

Sumber : Disesuaikan daripada Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) Bagi pakar pendidikan, pengkaji berharap suatu penawar perlu dicipta kepada kegagalan dan serentak dengan itu sebagai pemangkin ke arah menjana kecemerlangan pendidikan menepati dengan tajuk kajian yang dibuat ini.

2.2

Hubungan Antara Status Sosio-Ekonomi (SSE) Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

39

Pada kebiasaannya semua pelajar adalah terdiri daripada latarbelakang keluarga, budaya, bangsa, agama, bahasa, pendapatan keluarga, taraf hidup, gaya hidup dan status sosioekonomi serta berbagai-bagai unsur perbezaan yang lain.Walau bagaimanapun di sini pengaruh sosio-ekonomi telah dikenal pasti dan dibuat pemerhatian dalam kajian. Seorang ahli psikologi yang terkenal di dunia telah mengemukakan satu teori berkaitan dengan sosio-ekonomi iaitu Maslow. Maslow (1998) telahpun menyatakan bahawa; “Maslow believed that human beings aspired to become self-actualizing. He viewed human potential as rastly underestimated and an unexplained territory".(hal:107)

Rajah 2.3 Hierarki Keperluan

40

SelfActualization

Esteem

Social Safety Physiological

Rajah 2.3 adalah menunjukkan idea yang diterangkan oleh Maslow tentang kedudukan keperluan manusia mengikut dari yang paling bawah ke yang paling atas. Berdasarkan idea beliau ini kita bolehlah memahami bahawa manusia perlulah memenuhi segala keperluan yang dicadangkan oleh beliau sebelum potensinya dapat dicapai ke tahap yang paling tinggi. Dalam rajah 2.3 juga menunjukkan keperluan manusia yang berada di kedudukan paling bawah adalah keperluan psikologi. Keperluan psikologi merupakan keperluan asas yang penting bagi manusia biasa seperti makanan, air dan juga tempat tinggal. Dengan itu, manusia sangat memerlukan keperluan asas yang sangat berkualiti tinggi untuk mencapai tahap potensi yang lebih tinggi juga. Di rumah, jika keperluan asas yang ada tidak begitu memuaskan, bagaimanakah ibu bapa dapat menyediakan satu persekitaran yang lebih selesa untuk anak-anak mereka menjalankan proses pembelajaran?

41

Kajian yang dibuat oleh Hashima dan Amato (1994) menunjukkan bahawa masalah yang berkaitan dengan ekonomi keluarga mempengaruhi cara ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak mereka. Ibu bapa daripada status sosio-ekonomi yang rendah secara umumnya mempamerkan sikap kurang mendidik dan tidak konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak. Mereka lebih cenderung bertingkahlaku tidak menyokong anak-anak dan lebih bersifat menghukum. Namun begitu, tingkah laku menghukum didapati semakin berkurang apabila pendapatan isi rumah meningkat. Mereka menyimpulkan

bahawa

faktor

pendapatan

mempengaruhi

pengaruh

terhadap

perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak. Zarinah dan Rozumah (1999) telah memilih sampel secara rawak yang terdiri daripada 102 orang ibu bapa dalam mengkaji perkaitan antara faktor status sosioekonomi dengan pencapaian akademik anak-anak. Sampel ibu bapa ini dikenal pasti melalui anak mereka yang berumur antara 10 hingga 11 tahun iaitu pelajar tahun 4 dan 5 serta mendapati keseluruhannya terdapat perkaitan yang positif dan signifikan antara tahap pendidikan responden ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak. Status sosio-ekonomi sesebuah keluarga merupakan syarat yang amat penting bagi sesebuah keluarga itu supaya lebih mementingkan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Jika keperluan asas dalam sesebuah keluarga itu tidak cukup maka dari manakah akan datangnya perbelanjaan yang boleh diperuntukkan untuk pendidikan anak-anak ? Di sebabkan keluarga yang miskin tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti maka dengan itu pada kebiasaannya pelajar-pelajar yang datangnya daripada keluarga yang miskin akan mendapat pencapaian akademik yang kurang memuaskan.

42

Dengan itu, pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin tidak dapat menunjukkan potensi mereka yang sebenar dalam pembelajaran kerana pelajarpelajar ini akan terlibat dengan beberapa masalah seperti masalah kewangan dalam keluarga. Pelajar-pelajar yang datangnya daripada keluarga yang miskin pada kebiasaannya perlu menolong ibu bapa bekerja atau terpaksa bekerja sebagai pekerja sambilan. Kajian yang dibuat Lubienski (2002) mendapati bahawa status sosio-ekonomi (SSE)

mempengaruhi

pencapaian

akademik

pelajar;

dimana

pelajar

yang

berlatarbelakangkan daripada status ekonomi yang tinggi berpotensi untuk mendapat pencapaian akademik yang lebih baik begitu juga sebaliknya bagi pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan

status ekonomi yang rendah dibayangkan akan mendapat

pencapaian akademik yang kurang baik. Status sosio-ekonomi pelajar sekolah mempunyai hubungan dan kaitan dengan pencapaiaan akademik (Johnson, Crosnoe, & Elder, 2001) Kajian ini juga mendapati bahawa jurang di antara keberkesanan pencapaian akademik dan status sosio-ekonomi

adalah lebih hampir jika dibandingkan dengan

pengaruh bangsa. Ini adalah kerana pelajar yang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang tinggi berpeluang untuk mengakses komputer, alat pembelajaran elektronik yang lain serta kecenderungan guru untuk menilai pelajar yang SSE tinggi adalah kerap dibandingkan pelajar yang SSE rendah. Ramai pelajar yang tidak berpeluang untuk mengakses suasana pembelajaran yang lebih baik akan bertanggappan pembelajaran Matematik contohnya hanyalah lebih penumpuan untuk menghafal dan hanya ada satu

43

sahaja cara yang betul untuk menyelesaikan masalah Matematik. Tambahan pula dengan pencapaian sedia ada mereka yang rendah. Anuar (1990) dalam kajiannya antara latar belakang keluarga dan konsep kendiri pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan 70 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Hamzah, Kelantan mendapati terdapat hubungan yang jelas di antara taraf pendidikan ibu, taraf pendidikan bapa, tahap pekerjaan bapa dan tahap pekerjaan ibu dengan pencapaian akademik anak-anak. Sharifah (1992) dalam kajiannya mendapati bahawa pendapatan ibu bapa, sokongan sosial ibu bapa, pelajaran ibu dan ras mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik murid-murid tersebut. Kajian yang telah dibuat oleh Noraini (1994) pula mendapat penemuan bahawa anak yang berasal daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahannya dan memperoleh lebih gred pencapaian berbanding anak-anak yang berasal daripada keluarga yang mempunyai rendah status sosio-ekonominya. Ini adalah kerana dalam keadaan status sosio-ekonomi yang tinggi, ibu bapa lebih berkemampuan untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk anak mereka melaksanakan proses pembelajaran. Ballen & Moles (1994) pula dalam kajiannya mendapati ibu bapa yang berpendapatan rendah sangat kurang dalam membantu anak-anak di rumah dalam hal kerja-kerja sekolah. Mereka juga tidak dapat mengadaptasi diri mereka kepada perubahan kurikulum di sekolah. Oleh itu, pengaruh yang kurang kondusif dalam persekitaran sedemikian tidak akan menolong dalam perkembangan pembelajaran anak-anak.

44

Menurut Useem (1991) merumuskan dalam kajiannya dengan mendapati ibu bapa yang berpelajaran tinggi tidak dapat menyesuaikan diri dan melibatkan diri dalam kebanyakan aktiviti dan ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan anak-anak dalam subjek Matematik. Grissmer (1994) dalam kajiannya mendapati bahawa tahap pendidikan ibu bapa merupakan faktor utama yang memberikan kesan kepada pencapaian akademik anakanak. Tambah pengkaji lagi bahawa anak-anak ini akan lebih berjaya dalam pendidikan dan mampu mencapai tahap yang lebih tinggi kerana ibu bapa dapat memberikan tunjuk ajar yang sebaiknya di rumah. Beliau juga mendapati bahawa anak-anak yang berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah sama ada ibu atau pun bapanya sahaja yang bekerja akan kurang berjaya dalam pendidikannya. Ini bukanlah bermaksud anak-anak tidak boleh berjaya atau tidak bersemangat untuk belajar tetapi disebabkan oleh kurang kemampuan oleh ibu bapa dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang diperlukan oleh anak-anak. Maeroff (1998) dalam kajiannya juga merumuskan anak-anak yang mana ibu bapanya berpendapatan rendah kurang berjaya dalam akademik di sekolah. Menurut pengkaji ini lagi antara salah satu sebabnya ialah kurangnya sumber-sumber seperti kamus, komputer dan buku-buku latihan tambahan di rumah. Berns (1993) pula menyatakan bahawa sumber-sumber yang terhad dalam keluarga kelas bawahan yang dikaitkan dengan faktor pendapatan menghalang ibu bapa daripada menyediakan rangsangan intelektual yang bersesuaian untuk anak-anak. Beliau juga mendapati pelajar yang datang daripada keluarga status sosio-ekonomi yang tinggi

45

menunjukkan tahap pencapaian tinggi dalam ujian dan tinggal lebih lama di sekolah berbanding dengan pelajar daripada keluarga status sosio-ekonomi rendah. Nicholas dan Gallienne (1995) telah menjalankan kajian ke atas 1451 orang subjek dalam lingkungan umur 13 tahun di 8 buah sekolah menengah di New Zealand. Pengkaji telah memilih 2 buah sekolah dengan 528 orang subjek berada dalam tahap status sosio-ekonomi pertengahan dan 6 buah sekolah lain dengan 923 subjek berada dalam tahap SSE rendah. Kajian ini telah mendapati bahawa 91% daripada subjek dari SSE rendah adalah pelajar lemah berbanding dengan 46% pelajar lemah dalam SSE pertengahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar daripada golongan pertengahan akan lebih berpeluang untuk berjaya dalam akademik. Raden, William dan Coggins (1993) dalam kajian mereka telah dapat merumuskan bahawa ibu bapa yang banyak berinteraksi dengan anak-anaknya secara dua hala akan dapat memberikan ransangan, galakan dan juga menjalinkan hubungan kasih saying serta mewujudkan kemesraan dengan anak-anak. Dengan adanya kemesraan ini maka mereka akan berasa lebih disayangi, dikasihi dan dipunyai. Sebaliknya dalam keluarga yang mempunyai status ekonomi rendah maka ibu bapa didapati kurang sekali melakukan interaksi secara bermakna dengan anak-anak dan mereka amat kurang sekali mempengaruhi perkembangan psikologi anak-anak. Keadaan ini menyebabkan seramai 1379 orang pelajar berumur 11 hingga 17 tahun daripada keluarga status ekonomi rendah bersikap negatif terhadap sekolah dan pencapaian akademik mereka berada pada tahap yang rendah. Shek (1995) dalam kajiannya telah mendapati bahawa pengaruh status sosioekonomi mempunyai kesan ke atas didikan anak-anak. Ibu bapa daripada golongan status

46

sosio-ekonomi yang rendah akan menggunakan didikan cara yang lama dan mengamalkan nilai-nilai didikan tradisional. Ini bermaksud ibu bapa daripada golongan status sosio-ekonomi yang rendah kurang mengambil berat dan kurang melibatkan diri secara aktif dalam pendidikan anak-anak mereka. Jenkins (1995) juga menyokong kajian tersebut dan menyatakan bahawa ibu bapa yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi akan menggalakkan tabiat belajar yang positif disamping mengajar nilai-nilai dan tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran sekolah. Dalam kajiannya terhadap 754 orang pelajar yang berumur antara 12 hingga 13 tahun mendapati tabiat belajar yang positif dapat dipupuk melalui interaksi yang produktif, efektif dan mesra dengan ibu bapa. Rozumah, Rohani dan Yew (1996) telah menjalankan kajian untuk menentukan perkaitan antara status sosio-ekonomi, persekitaran rumah dan prestasi mental kanakkanak pra sekolah. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 34 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun (17 Cina dan 17 Melayu) dari sebuah tadika Cina dan sebuah tadika Melayu di Kampung Parit Haji Ismail, Bagan Serai. Kajian ini telah mengukur persekitaran rumah menggunakan Inventori HOME oleh Caldwell dan Bradley (1984) manakala prestasi mental kanak-kanak diukur dengan menggunakan ‘Weshsler Intelligence Scale for Children’ dan ‘Goodenough Draw-a-Man Test’. Hasil kajian yang dijalankan mendapati pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga dan saiz keluarga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan skor HOME. Didapati juga pendapatan keluarga mempunyai perkaitan yang positif dengan skor mental kanak-kanak, manakala saiz keluarga menunjukkan perkaitan yang negatif. Berdasarkan hasil kajian, pengkajipengkaji ini telah menyimpulkan bahawa kebolehan mental kanak-kanak mempunyai

47

hubungan dengan persekitaran rumah. Persekitaran rumah menyediakan persekitaran untuk pembelajaran peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka dihantar ke sekolah. Kajian ini juga mendapati status sosio-ekonomi mempunyai hubungan dengan persekitaran rumah dan secara tidak langsung dengan kebolehan mental kanak-kanak.

2.3

Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam proses pembelajaran anak-anak. Ia turut mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar dalam semua mata pelajaran. Peranan ibu bapa berkait rapat dengan perbincangan di rumah, penyeliaan di rumah dan komunikasi antata ibu bapa dan anak. Ini kerana faktor-faktor tersebut dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan. Peranan ibu bapa dalam pembesaran dan pembentukan anak-anak adalah sangat penting dan mempunyai pengaruh yang sangat besar bukan sahaja dalam pencapaian pendidikan tetapi juga pembentukan cara hidup. Ini dengan jelas diperkatakan dari AlAswad Bin Sari’ Radiyallahu’anhu dari Rasulullah S.A.W yang bersabda :. “Setiap anak-anak yang dilahirkan berkeadaan bersih (fitrah) sehinggalah dia berubah dengan perkataannya, maka ibubapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Al-Tabrani dan Al Baihaq) Peranan keibubapaan atau penjaga tidak dapat dinafikan dan mereka memainkan peranan yang sangat pentng dalam aspek pembelajaran dan kejayaan anak-anak mereka. Sungguhpun kenyataan ini nampak mudah dan tidak boleh ditolak, tetapi untuk memahami lorongan-lorongan tertentu di mana keibubapaan memainkan peranan yang sangat penting merupakan keadaan yang kompleks.

48

Penglibatan keluarga merupakan kunci utama di dalam perkembangan pendidikan di peringkat awal remaja selama tiga dekad (Fantuzzo, Tighe & Childs, 2000). Ismail Ibrahim (2002) menyatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting dalam mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam suasana yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke peringkat mereka memasuki alam universiti. Semuanya ini dapat diatasi dengan memberikan mereka asuhan yang betul, didikan yang sempurna, perhatian yang secukupnya dan lebihlebih lagi kasih sayang terhadap anak-anak supaya anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Dengan ini, mereka akan meluahkan apa sahaja kemusykilan yang menghantuinya. Perkara ini penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan merasakan ada insan yang mengambil berat mengenai kehidupan mereka selama ini. Selain itu, jika kehidupan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian terutamanya dikalangan ibu bapa, anak-anak berkenaan akan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa seterusnya akan mendorong mereka untuk membalas jasa yang telah dicurahkan. Ismail Zain (2002) telah menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mencuba dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebolehan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak, memberikankannya perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita-citakan oleh mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka mempunyai masa yang terancang dengan memantau dan melihat apa yang anak-anak lakukan dalam masa mereka berada di rumah dan mewujudkan keadaan di rumah yang selesa untuk belajar tanpa ada banyak gangguan.

49

Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah memberi dorongan yang banyak dan kuat kepada anak-anak supaya mereka berani mengambil risiko untuk mencuba. Mereka sepatutnya membiarkan anak-anak mereka memilih sendiri bidang apa yang mereka ingin pelajari dan tidak menyekat atau pun menghalang pilihan yang dibuat oleh mereka. Bahkan seharusnya ibu bapalah yang menjadi juru tunjuk kepada anak-anak . Sikap terbuka seperti ini secara tidak langsung akan memberi semangat kepada anak-anak untuk terus belajar dan mencuba yang akhirnya menjadi orang yang aktif dan berjaya. Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menunjukkan kata-kata semangat kepada anak-anak untuk terus belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Salah satu caranya adalah dengan menggalakkan anak-anak menanam cita-cita dalam dirinya seterusnya menjelaskan sebab-sebab mengapa anak-anak perlu menanam cita-cita tersebut. Morisson dan Mc Intryre (1973) dalam Mohd Tobat Omar (1989) menyebut bahawa sikap ibu bapa yang dimaksudkan disini adalah termasuk kepada aspek minat, perhatian dan juga penglibatan ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajarannya. Galakan dan aspirasi seperti ini sangatlah penting bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. Ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada anak malah turut dikongsi dengan ibu bapa. Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberi pujian dan ganjaran bagi usaha gigih yang telah anak-anak tunjukkan bukan hanya semata-mata terhadap kejayaan yang mereka telah capai. Dalam kesungguhan ibu bapa untuk membantu anak-anak mengecapi kejayaan, tanpa disedari para ibu bapa terkadang memberikan suatu tekanan dan menetapkan matlamat yang lebih kepada anak-anak. Hal ini membuatkan anak-anak 50

menjadi takut jika mereka tidak dapat memenuhi harapan atau matlamat yang diinginkan oleh para ibu bapa. Reynolds (1992) telah memberikan definisi penglibatan ibu bapa sebagai sebarang interaksi antara ibu bapa dan anak-anak yang akan membawa kepada perkembangan kanak-kanak. Ia juga dikatakan sebagai penyertaan secara langsung dengan sekolah anak-anak demi kepentingan anak-anak tersebut. Penglibatan ibu bapa dalam kajian ini akan menggunakan soal selidik penglibatan ibu bapa yang diadaptasi daripada kajian Derrick-Lewis (2001), Davis (2000) dan ‘Parent Involvement Inventory’ daripada ‘The Illinios State Board of Education’ (1994). Dimensi penglibatan ibu bapa dalam soal selidik ini mengandungi tiga konstruk iaitu perbincangan di rumah, penyeliaan di rumah dan komunikasi antara ibu bapa dan anak. Epstein (1988) pula menyatakan bahawa dalam soal penglibatan ibu bapa adalah berperanan sebagai guru atau tutor dalam aktiviti pembelajaran di rumah. Peranan ibu bapa dalam hal ini adalah mengawasi dan membantu anak-anak mereka membuat kerja rumah untuk membantu anak-anak dalam aktiviti pembelajaran di rumah. Setiap tahun ibu bapa perlulah tahu bagaimana untuk menyokong, menggalakkan serta membantu anak-anak menyelesaikan kerja rumah (Leeper et. al. 1979; Meighan and Siraj – Blatehford, 1999). Beberapa amalan ringkas perlulah diamalkan oleh ibu bapa semasa membantu anak-anak mereka. Antara amalan itu adalah berbincang, memahami setiap program pengajaran dan apa yang anak mereka pelajari pada setiap tahun, menghargai kemahiran mengajar gurunya dan menyedarkan anak-anak mereka tentang peranan mereka sebagai pelajar. (Epstein1995; Atkin, Bastiani and Goode, 1988). Pendapat ini selaras dengan 51

Comer (1980) yang melihat bahawa penglibatan ibu bapa sebagai pendidik di rumah adalah satu cara yang berkesan untuk membentuk sikap anak-anak dan meningkatkan pencapaian akademik mereka. Izzah (2002) pula telah berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan, mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak. Epstein (2002), sekiranya penglibatan ibu bapa dalam bidang ini berjaya, maka anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja rumah yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu akan meningkat, lebih ramai para ibu bapa akan mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka belajar dalam kelas. Selain itu, para ibu bapa juga tahu bagaimana untuk membuat pemantauan, menyokong dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di rumah. Williams et al. (2002) telah membuat kajian ke atas penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penglibatan ibu bapa dalam soal melaksanakan bantuan mereka di sekolah, perhubungan dengan guru dan penglibatan dengan kerja rumah. Kajian ini telah dibuat dengan menggunakan soal selidik melalui telefon. Dalam hal ini, pengkaji menelefon seramai 2019 orang ibu bapa yang mana anak-anak mereka bersekolah di sekolah rendah dan menengah (umur 5 hingga 16 tahun ). Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa lebih satu dalam tiga atau pun 29% para ibu bapa merasakan ‘sangat terlibat’ dalam 52

kehidupan persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa sekolah rendah lebih merasakan sedemikian berbanding dengan ibu bapa sekolah menengah. Selain itu, ibu lebih berkecenderungan mengatakan mereka ‘sangat terlibat’ berbanding bapa.

2.3.1

Perbincangan di Rumah

Henderson dan Berla (1994) dalam kajiannya merumuskan bahawa ibu bapa yang sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang program sekolah merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Mereka juga mendapati ibu bapa yang sentiasa mengambil berat dengan berbincang tentang program-program yang dijalankan di sekolah dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat merangsangkan anak untuk hadir ke sekolah dan ini dapat membantu dalam peningkatan prestasinya. Keith et.al (1993) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mempunyai kesan positif dalam subjek Matematik. Malah perbincangan ibu bapa dengan anak tentang pembelajaran di bilik darjah didapati akan menjurus kepada peningkatan pencapaian akademik. Clark (1993) pula mendapati bahawa ibu bapa yang selalu berbincang tentang aktiviti pembelajaran di bilik darjah bagi tempoh masa 20 jam seminggu dapat membantu anak mencapai kejayaan dalam akademik. Seterusnya pengkaji juga merumuskan kadar perbincangan yang tinggi dengan anak-anak dilihat akan menjurus kepada peningkatan dalam pencapaian akademik. Riley (1997) dalam kajiannya telah membuktikan bahawa ibu bapa yang membincangkan hal-hal pendidikan anak akan dapat membantu anak-anak mencapai 53

kejayaan yang lebih baik dalam ujian dan peperiksaan. Ini disokong oleh Epstein (1986) yang membuktikan bahawa ibu bapa yang berbincang tentang pendidikan anak-anak seperti markah ujian dan peperiksaan dan cara-cara meningkatkan markah akan menolong meningkatkan prestasi anak. Perbincangan ibu bapa dan anak akan memberi kesan yang signifikan ke atas pencapaian akademik anak-anak. Wherry (1998) dalam kajiannya menyokong bahawa ibu bapa yang menyediakan bilik darjah yang senyap akan memberangsangkan anak-anak. Ini akan menolong anakanak menumpukan lebih perhatian ke atas pembelajaran dan seterusnya akan membantu pencapaian

akademiknya.

Tambah

pengkaji

ini

lagi

suasana

rumah

yang

memberangsangkan pembelajaran dan dapat mengubah pemikiran anak-anak ke arah lebih positif terhadap kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru. Kajian ini juga disokong oleh Bloom (1964) yang merumuskan bahawa suasana di rumah yang senyap dapat memberangsangkan dan menimbulkan minat dalam pembelajaran dan rancangan masa hadapan. Malah pengkaji ini juga mendapati suasana rumah yang memberangsangkan dapat mempengaruhi perkembangan kognitif anak-anak, minat serta semangat untuk belajar dapat dipupuk untuk terus maju dalam pendidikan.

2.3.2

Penyeliaan di Rumah

Mucha (1987) telah menjalankan kajian ke atas satu kumpulan ibu bapa dan hasil dapatan kajian tersebut mendapati bahawa ibu bapa yang dengan kerap memeriksa kerja sekolah anak mereka akan dapat membantu anak-anak tersebut dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Beliau juga menyatakan apabila anak-anak sedar bahawa ibu bapa

54

akan memeriksa kerja sekolah maka anak tersebut akan sanggup dan terpaksa menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu dan ini telah membantu anak-anak dalam mencapai kejayaan. Eagle (1989) dalam kajiannya telah mendapati bahawa 27% anak di mana ibu bapanya sentiasa memeriksa kerja sekolah berjaya sehingga melanjutkan pelajaran mereka ke tahap pendidikan ijazah. Leler (1983) dalam kajiannya menyatakan bahawa apabila ibu bapa meluangkan masa memeriksa kerja sekolah anak mereka dan rajin memberikan latihan tambahan kepada anak mereka akan membantu dan memberi kesan yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Pengkaji juga menyatakan bahawa anak juga boleh meningkatkan proses pembelajaran melalui latihan tambahan yang diberikan oleh ibu bapa mereka dan pastinya ini akan membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik. Cooper (1989) menyatakan bahawa kebanyakkan amalan-amalan di sekolah di Amerika Syarikat mencadangkan kerja-kerja sekolah hendaklah diberikan kepada pelajar sekolah dan melaluinya ibu bapa akan sentiasa membantu dan menyokong dalam pelajaran anak-anak mereka. Clark (1993) dalam kajiannya menyebut ibu bapa yang meluangkan masa menonton televisyen bersama anak dan menyiapkan kerja sekolah bersama-sama mereka akan dapat meningkatkan pencapaian akademik anak-anak. Beliau juga mendapati bahawa pelajar-pelajar yang berjaya dalam akademik rata-ratanya meluangkan masa lebih kurang dua puluh jam seminggu untuk aktiviti yang melibatkan kerja sekolah dan kumpulan pelajar ini dibantu oleh ibu bapa mereka di rumah. Malah kadar keciciran juga

55

adalah rendah apabila kedua-dua ibu bapa menyumbangkan penglibatan diri dalam pendidikan anak-anak. Kajian oleh Felham et.al (1987) mendapati ibu bapa yang ingin membantu anak mencapai kejayaan dalam akademik perlu mengambil tahu aktiviti yang selalu dilakukan oleh anak selepas waktu persekolahan. Anak yang dibiarkan terlalu bebas akan mula mencari peluang untuk mengelakkan diri daripada kerja sekolah. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa peka terhadap segala aktiviti anak selepas sekolah dengan menghadkan masa anak keluar dari rumah. Arnold dan Whitehurst (1994) dalam kajiannya telah mendapati bahawa anakanak yang dilatih untuk membaca dengan menyediakan bahan bacaan di rumah sejak di bangku tadika lagi dapat menimbulkan minat membaca apabila mereka semakin dewasa. Ini kerana adanya bahan-bahan seperti majalah pendidikan, surat khabar dan komputer di rumah dapat membantu menimbulkan minat anak untuk membaca dan seterusnya dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

2.3.3

Komunikasi Antara Ibu bapa dan Anak

Aminah (1996), Asiah (1994) dan Asiah (1999) dalam kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa tingkah laku dan komunikasi ibu bapa akan menentukan kejayaan kepada seseorang pelajar dalam akademiknya. Tingkah laku, komunikasi dan hubungan ibu bapa terhadap anak adalah merupakan antara punca tekanan dan konflik yang timbul di kalangan pelajar-pelajar pada hari ini (Zainal, 2000). Komunikasi yang dilakukan

56

secara lembut dengan anak-anak adalah memberi pengaruh yang amat besar terhadap pencapaian akademiknya (Abdullah, 1995). Clark (1993) dalam kajiannya ke atas 28 program mengenai penglibatan ibu bapa telah mendapati bahawa komunikasi ibu bapa yang agak aktif akan dapat mengubah perlakuan anak dan memberikan lebih sokongan moral untuk anak hadir dan menimba ilmu di sekolah. Perubahan sikap yang berlaku terhadap anak ini memberikan keyakinan diri yang agak tinggi untuk anak meneruskan proses pembelajaran. Epstein (1986, 1987, 1994) dalam kajian-kajiannya telah dapat membuktikan bahawa pelajar-pelajar akan menunjukkan prestasi yang baik dan akan mempunyai semangat jati diri yang tinggi apabila dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa memberikan sokongan moral dan mengharapkan kejayaan akademik yang cemerlang daripada anak-anak. Kusum Singh (1995) dalam kajiannya telah mendapati bahawa harapan ibu bapa dan kepercayaan mereka dalam kejayaan anak-anak mempunyai hubungan yang positif ke atas pencapaian akademik. Pengkaji ini juga mencadangkan agar ibu bapa dapat membantu meningkatkan semangat dan motivasi anak dengan cara berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak tersebut. Candis (2003) dalam kajiannya pula mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjaya dalam akademik akan sentiasa memberikan nasihat dan kesedaran betapa pentingnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang tinggi. Menurut pengkaji lagi ibu bapa yang sentiasa berkongsi pengalaman dengan anak-anak tentang kerjaya mereka dan secara tidak langsung bertindak sebagai “role model” kepada anak-

57

anaknya. Ibu bapa yang mahukan anaknya berjaya dalam akademik akan kerapkali meluahkan perasaan bangga dengan cara memberikan hadiah atau memberikan ganjaran lain untuk meningkatkan motivasi dalaman anak-anak.

2.4

Rangkakerja Kajian

Pengkaji telah membentuk satu kerangka yang bertujuan untuk memandu arah kajian ini. Rekabentuk kajian ini telah diadaptasi daripada kerangka Model Enam Penglibatan Epstein (1995). Kerangka Model Enam Penglibatan Epstein (1995) telah mendakwa bahawa penglibatan yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti yang bertujuan membantu golongan generasi muda atau pelajar akan berjaya di sekolah dan selepas tamat persekolahan. Pertindihan sfera yang berlaku antara ketiga-tiga pihak meletakkan pelajar-pelajar berada ditengah-tengah. Enam penglibatan yang terdapat di dalam model ini adalah keibubapaan, komunikasi, kesukarelaan, belajar di rumah, membuat keputusan dan kolaborasi dengan komuniti.

58

Rajah 2.4 Struktur External Model Teoritikal Pertindihan Sfera Pengaruh Keluarga dan Sekolah ke atas Pembelajaran Pelajar Kuasa B

Kuasa C

Pengalaman,falsafah dan

Pengalaman,falsafah dan

pelaksanaan oleh famili.

pelaksanaan oleh sekolah.

Kuasa A Masa/ umur/ tahap gred. Sumber : Epstein et al. (1991)

59

Rajah 2.5 Kerangka Konseptual Kajian yang Diadaptasi daripada Kerangka Model Enam Penglibatan Epstein (1995) Penglibatan Ibu Bapa - Perbincangan - Penyeliaan di rumah - Komunikasi

Pencapaian Pelajar Akademik

Status Sosio-ekonomi - Pendidikan ibu bapa - Pendapatan ibu bapa - Pekerjaan ibu bapa

2.5

Penutup

60

Perubahan yang berlaku dalam pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Malahan, perubahan yang berlaku sekarang adalah pada kadar yang pantas, sukar diramal dan kompleks. Walaupun begitu, perubahan yang kompleks boleh dijayakan jika proses pelaksanaannya dibuat dengan cara berperingkat-peringkat yang bertujuan untuk memberi masa, arah dan bimbingan kepada mereka yang terpaksa menghadapi perubahan tersebut.

Bab 3

61

3.0 Metodologi Kajian

3.1

Pengenalan

Pengkajian ini akan mengaplikasikan kajian deskriptif. Gay and Airasian (2000) menjelaskan bahawa kajian deskriptif adalah untuk mengambarkan dan mendapatkan bagaimana sesuatu keadaan atau bagaimana suatu senario itu berlangsung. Kajian deskriptif berasaskan kepada definasinya adalah bertumpu untuk mendapatkan kesimpulan gambaran daripada perwatakan populasi ataupun fenomena di bawah sesuatu kajian. Objektif utama kajian deskriptif adalah untuk menggambarkan atau mengetengahkan hubungan atau hubungkait di antara perwatakan, benda-benda dan fungsi-fungsinya. Di sini, pengkaji dengan jelas ingin menggambarkan dan menghalusi signifikasi pencapaian akademik terhadap segmen-segmen status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa seperti yang telah disebutkan. Kajian deskriptif ini direncanakan untuk mengutip maklumat daripada murid-murid sekolah rendah bagi tahun 5 berkaitan dengan persekitaran setiap individu .

62

Bagi melaksanakannya, pengkaji akan berbincang dengan penyelia tentang halhal pengurusan kajian, populasi yang terlibat, sampel kajian, prosedur instrumen pengutipan data dan prosedur analisis data. Beberapa sekolah yang dipilih secara rawak di daerah Hilir Perak akan dijadikan sebagai kajian dengan kebenaran Pejabat Pelajaran Daerah yang terlibat.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dikategorikan sebagai kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana hubungan antara status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa dengan prestasi tahap akademik pelajar. Di samping itu juga, kajian ini akan melihat tahap status sosio-ekonomi ibu bapa dan juga tahap-tahap penglibatan ibu bapa di rumah. Pengkaji menggunakan satu soal selidik yang ditadbir kepada 100 orang murid di beberapa buah sekolah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak, Perak. Soal selidik ini akan membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang pencapaian akademik pelajar, status sosio-ekonomi ibu bapa pelajar dan penglibatan ibu bapa pelajar. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada objektif kajian dan juga persoalan kajian, reka bentuk kajian ini mengutarakan dua jenis pembolehubah iaitu satu pembolehubah bersandar iaitu pencapaian akademik pelajar dan dua pembolehubah tidak bersandar iaitu status sosioekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di rumah.

3.3

Kerangka Konseptual Kajian

63

Berdasarkan rekabentuk yang digunakan, pengkaji telah menghasilkan satu kerangka konseptual bagi membantu dalam memahami proses pelaksanaan kajian ini. Kerangka konseptual yang dibina adalah seperti dalam rajah 3.1 . Berdasarkan rajah 3.1 objektif kajian adalah mengkaji sejauh mana status sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa ke atas pencapaian akademik pelajar. Tahap status sosio-ekonomi dikategorikan kepada tiga iaitu pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa. Manakala penglibatan ibu bapa di rumah pula dikategorikan kepada tiga juga iaitu perbincangan di rumah, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa di rumah.

Rajah 3.1

64

Model Kerangka Konseptual Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa 1. Pendidikan ibu bapa 2. Pekerjaan ibu bapa 3. Pendapatan ibu bapa

H1

PENCAPAIAN H3

AKADEMIK PELAJAR

Penglibatan Ibu Bapa di Rumah 1. Perbincangan di rumah 2. Penyeliaan di rumah 3. Komunikasi ibu bapa dan anak di rumah

3.4

H2

Populasi dan Sampel

Tujuan membuat sampelan adalah untuk membolehkan pengkaji menganggarkan populasi yang tidak diketahui perwatakannya. “Proses

persampelan melibatkan

pemilihan penggunaan bilangan item yang kecil daripada populasi

untuk membuat

kesimpulan yang mewakilkan terhadap keseluruhan populasi”(Zikmund, 1994).

65

Target populasi di dalam kajian ini melibatkan 100 orang murid-murid sekolah rendah bagi tahun 5 sebagai saiz sampel yang dipilih di Daerah Hilir Perak. Ianya juga dikenali sebagai unit-unit sampel. Pengkaji mengambil keputusan untuk memilih pelajar-pelajar tahun 5 sebagai sampel kerana mereka tidak menduduki peperiksaan umum yang penting pada tahun kajian iaitu UPSR. Jika memilih pelajar-pelajar tahun 6 ianya akan mengganggu tumpuan mereka kerana akan menghadapi peperiksaan UPSR. Pengkaji akan memilih lima buah sekolah di Daerah Hilir Perak. Setiap sekolah pengkaji akan memilih seramai 20 orang pelajar. Pengkaji akan meminta kerjasama daripada Guru Penyelaras Tahun 5 setiap sekolah untuk memilih 20 orang murid daripada sekolah masing-masing. Pengkaji tidak menentukan apa-apa syarat terhadap Guru Penyelaras yang memilih murid-murid tersebut kecuali murid-murid haruslah terdiri daripada status sosio-ekonomi dan pencapaian akademik yang pelbagai. Dengan memilih murid-murid ini sebagai responden atau unit sampelan, ianya membantu pengkaji untuk menilai, membuat gambaran, mendapatkan maklumat yang dikehendaki terhadap segmen-segmen status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa seperti yang disebutkan.

3.5

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai satu instrumen untuk proses pengumpulan data. Soal selidik ini dibina dan diubah suai oleh pengkaji berdasarkan kajian-kajian lepas, kajian Derrick-Lewis (2001), Davis (2000) dan Inventori Pengaruh

66

Ibu Bapa (Inventory of Parental Influence – IPI Campell, 1994). Instrumen ini direkabentuk untuk mengenalpasti pelajar mengikut kategori penentu-penentu tahap pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa serta kadar kekerapan perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa dengan anak di rumah. Set-set soalan soal selidik yang dihasilkan akan diedarkan kepada murid-murid tahun 5 di beberapa buah sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Bagaimana pun pra-ujian akan dilaksanakan terlebih dahulu ke arah memastikan keberkesanan instrumen kajian. Ini adalah penting kerana penilaian dapat dilakukan terhadap arahan-arahan yang terdapat dalam soal selidek adalah jelas, mudah difahami, mempunyai keesahan, berbentuk “mesra pembaca” serta bahasanya adalah sesuai dengan tahap umur muridmurid sekolah rendah. Soalan juga diubahsuai mengikut skala Likert. Tuckman (1988) berpendapat bahawa skil ini digunakan untuk mendaftarkan julat perbezaaan yang terdapat diantara keadaan sangat setuju dan sangat tidak setuju terhadap pernyataan yang melibatkan aspek sikap, kepercayaan, penilaian dan keputusan. Soal selidik kajian ini mengandungi 1 set soalan yang mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi item-item berkaitan dengan maklumat diri dan ibu bapa sampel. Sebanyak empat item yang disenaraikan dalam bahagian ini iaitu : i.

Jantina murid

ii.

Umur murid

iii.

Bangsa murid

iv.

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun murid.

Bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan maklumat ibu bapa.

67

Dalam kajian ini, status sosio-ekonomi ditentukan oleh jenis pekerjaan ibu bapa, tahap pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Pengukuran ini berdasarkan apa yang ditentukan oleh EPRD dan Bank Dunia. Antara item bahagian B yang akan ditanya adalah : i.

Pekerjaan ibu bapa yang tertinggi

ii.

Pendidikan ibu bapa yang tertinggi

iii.

Pendapatan ibu bapa yang tertinggi

Jadual 3 Komponen Pembolehubah Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa TAHAP Tahap Pendidikan

Jenis Pekerjaan

Tahap Pendapatan

TINGGI Ijazah/Sarjana/PhD

SEDERHANA Diploma/Sijil/Sijil

RENDAH Darjah 6/Sijil

Tinggi Pelajaran

Rendah

Malaysia

Pelajaran/Sijil

- Pegawai Tinggi

- Pegawai Rendah

Pelajaran Malaysia - Tiada kerja

Kerajaan/Swasta

Kerajaan/Swasta

- Petani

- Akauntan/Doktor

- Guru Maktab

- Buruh

- Guru Ijazah

- Peniaga

- Pesara

- Ahli Perniagaan RM 4001 dan ke atas

- Pemborong RM 1201- RM 4000

RM 1200 dan ke bawah.

68

Bahagian C terdiri daripada item-tem untuk mengenalpasti pelajar mengikut kategori penentu-penentu kekerapan perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa dan anak di rumah. Soalan juga telah diubahsuai mengikut skala Likert. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada responden untuk meluahkan darjah persetujuan dan tidak setuju dalam setiap pernyataan iaitu : i.

sangat tidak setuju

ii.

tidak setuju

iii.

tidak pasti

iv.

setuju

v.

sangat setuju

Dalam bahagian C ini juga terdapat 30 item soalan untuk mendapatkan maklumat tentang kekerapan perbincangan, penyeliaan dan juga komunikasi ibu bapa di rumah. Jadual di bawah menunjukkan Kategori Penglibatan Ibu dan Bapa.

Jadual 4 Kategori Penglibatan Ibu dan Bapa

BIL. i. ii. iii.

KATEGORI PENGLIBATAN IBU DAN BAPA Perbincangan di rumah Penyeliaan di rumah Komunikasi di rumah

SUSUNAN ITEM 1 hingga 9 10 hingga 17 18 hingga 30

Bagaimanapun, keesahan bagi item-item soalan akan terlebih dahulu diperolehi setelah perbincangan dan pandangan daripada penyelia dilaksanakan.

69

Gay (1992) dan Leedy (1993), mengisytiharkan bahawa (validity) keesahan adalah berkenaan “soundness” keselesaan dan keefektifan instrumen penilaian. Pengkaji juga akan membuat pra-ujian terlebih dahulu bagi merencanakan kepastian bahawa adanya (validity) keesahan dengan keadaan “reliabilty” kebolehpercayaan telah diambil kira. Tujuan utama pelaksanaan pra-ujian dibuat adalah untuk memastikan responden boleh memahami dengan jelas arahan-arahan yang terdapat dalam soalan-soalan, dapat menjawab soalan-soalan dan memastikan terdapatnya “reliability” serta keefektifan soalan-soalan yang dikemukakan. “Reliability” merupakan keutamaan yang

kedua

selepas aspek (validity) keesahan. “Reliability” kebolehpercayaan pada pandangan Slavin (1992) adalah merujuk kepada darjah (degree) yang diukur adalah konsisten dalam penghasilan setiap pembacaan terhadap benda yang sama pada setiap masa.

3.6

Kajian Rintis

Pengkaji telah menjalankan kajian rintis sebelum pengumpulan data sebenar dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item-item yang hendak digunapakai. Satu kumpulan responden yang terdiri daripada 20 orang murid telah dipilih secara rawak dari sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Sampel ini mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama dengan sampel kajian. Kaedah Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan item. Nilai Alpha Cronbach bagi penglibatan ibu bapa di rumah ialah 0.8692. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini tinggi kebolehpercayaannya.

70

Jadual 5 Nilai Kebolehpercayaan Item Ujian Penglibatan Ibu Bapa

BIL.

ASPEK PENGLIBATAN

NILAI PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN

1. 2. 3. 4.

3.7

ALPHA CRONBACH 0.7134 0.7666 0.8773 0.8692

Perbincangan ibu bapa Penyeliaan ibu bapa Komunikasi ibu bapa Keseluruhan

Prosedur Pentadbiran Soal Selidik dan Pengumpulan Data

Pengkaji telah pergi ke sekolah-sekolah yang berkenaan untuk berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar tentang tujuan kajian ini dilakukan. Kemudian, pengkaji bertemu pula dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Kaunselor sekolah berkenaan bagi tujuan mendapatkan sampel yang bersesuaian dengan tujuan kajian ini. Pengkaji telah meminta kerjasama daripada Guru Penyelaras Tahun 5 untuk memlilih 20 orang murid yang bersesuaian sebagai sampel. Murid-murid itu haruslah terdiri daripada murid yang berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi dan pencapaian akademik yang pelbagai. Selepas itu,20 orang murid yang telah dipilih tadi akan ditempatkan di dalam sebuah kelas. Sampel diberi masa selama 30 minit untuk menjawab semua soalan secara jujur tanpa berbincang dengan rakan-rakan. Pengkaji akan terus mengumpul semula set soalan yang dijawab oleh sampel setelah tempoh masa yang diberikan tamat bagi memastikan semua set soalan diterima semula oleh pengkaji untuk dianalisis. Sampel

71

tidak dibenarkan untuk membawa pulang ke rumah set soalan kerana dibimbangi tidak akan dipulangkan. Bagi murid-murid yang tidak dapat melengkapkan data-data yang berkait dengan pendapatan ibu bapa dan juga pendidikan ibu bapa, mereka dibolehkan merujuk kepada guru kelas yang berkenaan supaya data yang diperolehi tepat. Pengkaji akan melakukan proses yang sama untuk setiap sekolah.

3.8

Pengutipan Data

Pada asasnya, pengkajian ini dibuat dengan mengimplementasikan kajian deskriptif, maka method “Cross-Sectional Design” akan digunakan sebagai pengutipan data-data. “Cross-Sectional Design” adalah merujuk kepada method yang akan digunakan dalam pengutipan data di mana maklumat daripada unit-unit sampel hanya diambil sekali sahaja. Dengan kata lain, kajian “Cross-Sectional Design” melibatkan penyiasatan terhadap satu atau beberapa variabel sekali sahaja dengan satu masa yang tertentu. Dengan menggunakan method ini, data-data yang pelbagai itu boleh dibuat “CrossTabulated” tabulasi silang di antara satu sama lain bagi menjawab persoalan beberapa isu yang tertentu. Di sini, pengkaji sendiri akan mengelolakan kajian yang akan dibuat dengan mengedarkan kertas-kertas soalan soal selidik kepada murid-muird yang telah dikenalpasti dengan kerjasama pentadbiran sekolah tersebut. Murid-murid yang ini akan diasingkan daripada pelajar yang lain samada berada di dalam dewan atau di dalam kelas yang lain.

72

Pengkaji akan membantu murid-murid menjawab soalan dengan membacakan arahan-arahan serta soalan-soalan yang berkaitan bagi memastikan

mereka

merasa

selesa, tiada tekanan, jelas dan benar-benar faham. Ini adalah penting kerana murid-murid sekolah rendah biasanya merasa kurang selesa apabila berhadapan dengan orang yang asing bagi mereka. Ini diharapkan dapat

mengelakkan mereka rasa kekok atau

ketidakselesaan ketika menjawab soalan. Ketidakselesaan menjawab soalan-soalan

akan menyebabkan ketidaktepatan.

Ketepatan data adalah keutamaan yang tinggi kerana dengan ketidaktepatan data akan mengheret kepada kesilapan kesimpulan dan pernyataan cadangan. Murid-murid yang terlibat sebagai responden akan diberi masa diantara 50 hingga 60 minit atau lebih sekiranya diperlukan supaya tiada rasa tertekan dan diharapkan dapat menjawab dengan hati yang terbuka serta ikhlas.

3.9

Analisa Data

Analisa statistik akan digunakan untuk mentafsirkan beberapa bahagian-bahagian terdiri daripada lebih kurang 30 item soalan. Data-data utama akan diproses dengan mengaplikasikan “Statiscal Package for Social Science” atau lebih dikenali dengan SPSS versi 13.0 berteraskan program “Windows”. Kesemua maklumbalas hasil daripada jawapan yang terdapat dalam soal selidik akan ditabulasikan dengan kod numerical untuk kesesuaian analisa. Data-data yang dikumpul akan dianalisakan dengan menggunakan statistik deskriptif. Berpandukan soal selidik, seksyen-seksyen yang terdapat di dalam data dengan format yang menggunakan Skil Likert ( 4 dan 5 mata) akan dianalisis dengan aplikasi

73

frekuensi, min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variable bebas dan bersandar mengikut prosedur bagi mengkaji tahap signifikan, kekuatan dan arah. Manakala analisis regresi digunakan untuk melihat hubungan antara satu pembolehubah bersandar dengan dua pembolehubah tidak bersandar.

3.10

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kaedah tinjauan adalah sesuai digunakan untuk memperolehi data. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan min, korelasi dan regresi bagi melihat tahap dan hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubahpembolehubah tidak bersandar.

BAB 4

74

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil kajian dan perbincangan ini dibincangkan dalam tiga bahagian berdasarkan objektif kajian iaitu : i.

Mengenalpasti tahap status sosio-ekonomi ibu bapa bagi pelajar sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak.

ii.

Mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa di rumah bagi pelajar sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak.

iii.

Mengenalpasti hubungan pengaruh status sosio-ekonomi ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.

iv.

Mengenalpasti hubungan pengaruh penglibatan ibu bapa di rumah terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.

v.

Mengkaji hubungan antara status sosio-ekonomi ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa di rumah terhadap pencapaian akademik pelajar.

4.2

Latar Belakang Responden

Seramai 100 orang murid di beberapa buah sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak terlibat dalam kajian ini. Semua responden yang terlibat dalam kajian

75

ini berumur 11 tahun. Berdasarkan Jadual 6 di bawah murid lelaki yang terlibat adalah seramai 36 orang (36%) manakala murid perempuan pula seramai 64 orang (64%).

4.2.1

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 6 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

4.3

Kekerapan 36 64 100

Peratus 36% 64% 100%

Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Bagi Pelajar Sekolah Rendah Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

Berdasarkan Jadual 7, kajian mendapati min skor keseluruhan tahap SSE ibu bapa bagi sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak adalah berada pada tahap sederhana (min = 1.87). Bagi setiap aspek SSE pula mencatatkan min skor dari aspek pekerjaan ialah (min=1.68), aspek pendidikan ialah (min=1.78) dan aspek pendapatan ibu bapa pula ialah (min=2.11). Aspek pendapatan ibu bapa mencatat min skor yang paling tinggi iaitu 2.11. Sementara aspek pekerjaan mencatat skor min yang paling rendah iaitu 1.68.

76

Jadual 7 Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa

Tahap SSE Ibu Bapa Pekerjaan Pendidikan Ibu Bapa Pendapatan Ibu Bapa Keseluruhan

Min Skor 1.68 1.78 2.11 1.87

Skor Min 1.0

-

1.66

Rendah

1.67

-

2.34

Sederhana

2.35

-

3.00

Tinggi

4.4

Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Bagi Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

Berdasarkan Jadual 8, kajian mendapati min skor secara keseluruhan tahap penglibatan ibu bapa bagi sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak adalah berada pada tahap sederhana (min=3.26). Bagi setiap aspek penglibatan pula mencatatkan min skor dari aspek perbincangan ialah (min=3.04), aspek penyeliaan ialah (min=2.93) dan aspek komunikasi ibu bapa pula ialah (min=3.6). Aspek komunikasi ibu bapa mencatat min skor yang paling tinggi iaitu 3.6. Sementara aspek penyeliaan mencatat skor min yang paling rendah iaitu 2.93.

77

Jadual 8 Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Perbincangan Ibu Bapa Penyeliaan Ibu Bapa Komunikasi Ibu Bapa Keseluruhan

Min Skor 3.04 2.93 3.60 3.26

Skor Min 1.0

-

2.0

Rendah

2.1

-

3.9

Sederhana

4.0

-

5.0

Tinggi

4.5

Hubungan Antara Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian akademik pelajar (r=.754, p=.000, P<0.01). Analisis daripada Jadual 9 ini menunjukkan wujudnya hubungan korelasi yang tinggi antara dua pembolehubah iaitu status sosioekonomi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian akademik adalah ditolak.

Jadual 9 Hubungan di Antara Tahap Sosio-ekonomi Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik Pelajar

78

Perkara Status Sosio-ekonomi

4.6

R .754

Sig. .000

Hubungan di Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara tahap penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar di beberapa buah sekolah rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak. Jadual 10 menunjukkan nilai pekali korelasi di antara skor min markah peperiksaan dengan skor min perbincangan ibu bapa di rumah adalah positif dan sederhana tinggi (r=.602, p=.000, P<0.01). Hubungan antara kedua-dua pembolehubah adalah signifikan. Dapatan kajian bagi hubungan penyeliaan ibu bapa di rumah dengan pencapaian pelajar juga adalah signifikan iaitu positif dan sederhana tinggi (r=.517, p=.000, P<0.01). Manakala bagi hubungan antara komunikasi ibu bapa dengan pencapaian pelajar juga adalah signifikan iaitu (r=.717, p=.000, P<0.01). Bagi hubungan keseluruhan iaitu penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik adalah signifikan iaitu (r=.709, p=.000, P<0.01). Ini menunjukkan bahawa pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah ada kaitan dengan tahap penglibatan ibu bapa. Pekali korelasi yang positif menunjukkan terdapat hubungan yang terus contohnya penglibatan ibu bapa yang tinggi akan menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi juga. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik adalah ditolak.

79

Jadual 10 Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Perkara Perbincangan di Rumah Penyeliaan di Rumah Komunikasi di Rumah Penglibatan Ibu Bapa

4.7

r .602 .517 .717 .709

Sig. .000 .000 .000 .000

Hubungan Antara SSE dan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

Terdapat hubungan di antara pencapaian murid dengan sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa. Daripada jadual 11 yang diperolehi menunjukkan kebarangkalian (F=96.464, p=.000, P<0.05) maka terdapat hubungan yang signifikan. Dengan melihat Ujian t didapati hubungan SSE dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar juga adalah signifikan (t=6.858, p=.000, P<0.05) dan (t=5.320, p=.000, P<0.05). Nilai R square=.665 (tidak signifikan sifar) dapat mengukuhkan lagi kewujudan hubungan antara SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik adalah ditolak.

80

Jadual 11 Hubungan SSE dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Perkara Model Regresi

F 96.464

Sig. .000

Perkara Status SSE Ibu Bapa Penglibatan Ibu Bapa

t 6.858 5.320

Sig. .000 .000

BAB 5

RINGKASAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

81

5.1

Pengenalan

Bab ini meliputi aspek rumusan keputusan, perbincangan daripada hasil kajian, cadangan kepada pengkaji-pengkaji di masa akan dating tentang tajuk kajian iaitu Pengaruh Status Sosio-ekonomi dan Penglibatan Ibu Bapa terhadap Pencapaian Akademik Pelajar.

5.2

Rumusan Keputusan

Tahap sosio-ekonomi bagi ibu bapa pelajar tahun 5 di beberapa buah sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak menunjukkan keputusan sederhana. Ratarata ibu bapa di sekolah yang terlibat mempunyai tahap pekerjaan, pendidikan dan pendapatan sederhana. Dari segi penglibatan ibu bapa pula menunjukkan skor sederhana dan ini menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa di sekolah berkenaan berada pada tahap sederhana. Faktor sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di rumah merupakan faktor yang penting dalam pencapaian akademik pelajar. Adalah didapati kebanyakan pelajar

yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan adalah datangnya

daripada keluarga yang terdiri daripada latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi. Apabila ibu bapa berpendidikan tinggi mereka lebih memahami tentang keperluan dan perhatian seorang anak. Manakala bagi pelajar yang kurang berjaya dalam akademik kebanyakan ibu bapa mereka berada dikedudukan sederhana dari segi status sosioekonomi. Penglibatan ibu bapa contohnya ibu bapa yang lebih memberi perhatian dalam perbincangan bersama anak di rumah, komunikasi bersama anak dan sentiasa menyelia kerja-kerja rumah sudah tentunya akan memberikan inspirasi dan keyakinan kepada

82

anak-anak untuk berjaya pada masa hadapan. Wujud hubungan korelasi positif yang tinggi antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik. Kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik.

5.3

Perbincangan

Kerangka teori adalah berdasarkan kepada Teori Ekologi (Bronfenbrenner,1979) yang mendapati faktor-faktor persekitaran sama ada di dalam atau di luar rumah sangat mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Manakala kerangka kajian pula mengkaji perhubungan diantara beberapa penentu yang telah dikenalpasti yang menyumbang kepada penglibatan ibu bapa. Pembolehubah tidak bersandar difokuskan kepada status sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di rumah. Manakala pembolehubah bersandar difokuskan kepada pencapaian akademik pelajar sekolah rendah. Status sosio-ekonomi ibu bapa diukur dari aspek pekerjaan ibu bapa, pendidikan ibu bapa dan juga pendapatan ibu bapa. Manakala penglibatan ibu bapa diukur dari aspek perbincangan ibu bapa, penyeliaan ibu bapa dan komunikasi ibu bapa di rumah. Keseluruhan kebolehpercayaan koeffisien kajian sebenar menunjukkan 0.8692 (nilai pekali kebolehpercayaan alpha). Dapatan kajian ini mendapati status sosio-ekonomi ibu bapa pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak adalah pada tahap sederhana. Pekerjaan ibu bapa menunjukkan tahap sederhana rendah iaitu min (1.68) manakala pada tahap sederhana juga iaitu min (1.78) untuk pendidikan. Pendapatan ibu bapa pula menunjukkan tahap sederhana tinggi iaitu min (2.11). Status

83

sosio-ekonomi ibu bapa bagi pelajar-pelajar sekolah rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak secara keseluruhannya adalah dalam kategori sederhana iaitu min (1.87). Golongan ibu bapa ini adalah pegawai rendah, pekerja kilang, peniaga, guru dan pekerja swasta. Golongan ini juga mempunyai tahap pendidikan sehingga peringkat diploma, sijil dan STPM. Di samping itu, pendapatan mereka berada antara RM 2001 – RM 4000. Ramai ibu bapa yang bekerja sebagai petani, bekerja sendiri dan nelayan bagi tahap SSE yang rendah terutama ibu bapa pelajar-pelajar yang bersekolah di SK Sultan Idris II. Penglibatan ibu bapa dikategorikan dalam tiga aspek iaitu perbincangan ibu bapa di rumah, penyeliaan ibu bapa di rumah dan komunikasi ibu bapa di rumah yang menyumbang kepada hasil dapatan kajian ini. Tahap yang paling rendah adalah penyeliaan ibu bapa (2.93) diikuti perbincangan ibu bapa di rumah (3.04) dan komunikasi (3.60). Tahap skor min (3.26) secara keseluruhannya menunjukkan penglibatan ibu bapa bagi pelajar-pelajar adalah sederhana. Terdapat hubungan korelasi yang tinggi antara status sosio-ekonomi ibu bapa terhadap pencapaian akademik para pelajar iaitu (r=754, p=.000, p<0.01). Daripada dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Oleh itu, penolakan dibuat terhadap hipotesis yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status sosio-ekonomi dengan pencapaian akademik pelajar. Aspek yang diukur dalam status sosio-ekonomi adalah pekerjaan ibu bapa, pendidikan ibu bapa dan juga pendapatan ibu bapa. Sekiranya seseorang ibu bapa mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi maka mereka mempunyai kekuatan dalam menguruskan keperluan anak-anak. Menurut Grissmer (1994), beliau mendapati tahap pendidikan ibu bapa merupakan faktor utama yang memberikan kesan kepada pencapaian

84

akademik anak-anak. Anak-anak akan lebih berjaya dalam pendidikan kerana mendapat bimbingan daripada ibu bapa di rumah. Dalam menggalakkan pelajar untuk terus berusaha dengan gigih, penglibatan ibu bapa di rumah dari aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi amat penting. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Anak-anak akan terasa dibantu apabila ibu bapa menitikberatkan aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi di rumah. Terdapat hubungan korelasi antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar iaitu (r=.709, p=.000, p<0.01). Oleh itu, penolakan dibuat terhadap hipotesis yang mengatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Korelasi yang dicatatkan berdasarkan aspek perbincangan ibu bapa di rumah adalah (r=.602, p=.000, p=<0.01) yang mana menunjukkan bahawa perbincangan ibu bapa di rumah mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Riley (1997) menyatakan bahawa anak-anak akan mencapai kejayaan yang lebih baik dalam ujian dan peperiksaan apabila ibu bapa membincangkan hal-hal pendidikan bersama mereka. Korelasi yang dicatatkan bagi aspek penyeliaan ibu bapa di rumah adalah (r=.517, p=.000, p<0.01) dimana ianya adalah signifikan. Penyeliaan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar menunjukkan hubungan korelasi yang positif. Mucha (1987) mendapati pencapaian akademik pelajar meningkat apabila ibu bapa kerapkali memeriksa kerja sekolah anak-anak.

85

Terdapat juga hubungan korelasi positif yang sangat tinggi (r=.717, p=.000, p<0.01) antara penglibatan ibu bapa dari aspek komunikasi dan ini membuktikan bahawa hubungan adalah signifikan antara komunikasi ibu bapa dengan pencapaian akademik. Candis (2003), menyatakan bahawa ibu bapa yang sentiasa memberikan nasihat betapa pentingnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi memberi kesan kepada kejayaan anak dalam akademik. Oleh itu, melalui kajian ini membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara SSE dengan penglibatan ibu bapa di rumah terhadap pencapaian akademik pelajar. Jika dilihat pada model regresi yang menunjukkan kebarangkalian (F=96.464, p=.000, p<0.05) dan ini memberi makna terdapatnya hubungan antara pembolehubah. Berdasarkan ujian t juga menunjukkan tahap yang signifikan. Daripada kedua-dua pembolehubah tidak bersandar iaitu SSE ibu bapa menunjukkan (t=6.858, p=0.000, p<0.05) manakala penglibatan ibu bapa di rumah (t=5.320, p=0.000, p<0.05). Ini jelas menunjukkan hubungan yang signifikan antara SSE dan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik. Penolakan dibuat terhadap hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah terhadap pencapaian akademik pelajar. Ibu bapa yang mempunyai SSE yang tinggi juga adalah baik dari aspek perbincangan di rumah, penyeliaan dan komunikasi dengan anakanak. Menurut Shek (1995), didikan yang diberi kepada anak-anak dipengaruhi oleh status sosio-ekonomi.

5.4

Implikasi

86

Hasil kajian menunjukkan bahawa SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian akademik. Oleh itu, tumpuan haruslah diberikan kepada ibu bapa yang status SSEnya pada tahap sederhana rendah. Ini kerana tanggungjawab utama adalah mencari penyelesaian demi kecemerlangan akademik anakanak. Ibu bapa diharap dapat melihat peranan mereka membantu kecemerlangan akademik anak-anak. Mereka juga perlu membantu guru dalam memastikan pendidikan anak-anak mereka sentiasa terjamin dengan baik. Adalah lebih baik apabila berlakunya kerjasama sepanjang masa antara guru dan ibu bapa. Dalam pada itu, keluarga perlu mengetahui bahawa adalah penting ibu bapa melibatkan diri dalam komunikasi, menyelia dan perbincangan antara satu sama lain. Anak-anak akan terjerumus ke lembah yang tidak sihat andainya ibu bapa gagal menyelia aktiviti anak-anak mereka. Melalui galakan, pemantauan dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak akan membantu mereka mencapai kejayaan. Status sosio-ekonomi perlu juga diberi lebih perhatian. Ibu bapa perlu disedarkan betapa kedudukan kewangan, pendidikan dan pekerjaan yang tetap lebih menjamin ke arah mencorakkan keperluan anak-anak.

5.5

Cadangan

Pengkaji berasakan hasil dapatan kajian amat berguna kepada Pejabat Pelajaran Daerah serta pentadbir sekolah-sekolah yang dikaji. Melalui dapatan kajian ini pihak-pihak ini bolehlah membuat rujukan kerana rata-rata keputusan UPSR yang dicatatkan adalah di bawah kelulusan 60%.

87

Namun begitu, daripada kajian ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbetulkan oleh bakal-bakal pengkaji pada masa depan. Antara cadangan-cadangan yang boleh diperbaiki lagi adalah seperti berikut : i.

Pembolehubah perlu ditambah supaya lebih menyeluruh dan memberi gambaran yang lebih tepat berkaitan aspek-aspek yang dikaji.

ii.

Bilangan sampel perlu ditambah dan bukan sahaja melibatkan sekolah kebangsaan malah sekolah jenis kebangsaan.

iii.

Aspek komunikasi ibu bapa menunjukkan hubungan yang tinggi korelasinya dengan pencapaian akademik pelajar. Adalah dicadangkan pada masa akan datang supaya aspek komunikasi ini diperincikan lagi oleh pengkaji mengikut jenis-jenis komunikasinya pula.

5.6

Kesimpulan

Banyak hasil dapatan yang penting diperolehi daripada kajian ini. Lima buah sekolah yang dipilih memiliki pencapaian UPSR di bawah 60%. Status sosio-ekonomi ibu bapa di sekolah yang dikaji adalah pada tahap sederhana manakala tahap penglibatan ibu bapa adalah pada skor min (3.26) dimana ianya sederhana juga. Daripada dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara SSE ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, adalah penting bagi Jabatan Pelajaran Daerah dan pentadbir sekolah dalam merangka strategi

88

yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar khususnya di daerah Hilir Perak. Secara tidak langsung, melalui kajian ini membuktikan bahawa pengaruh ibu bapa di rumah mempunyai pertalian yang sangat penting dalam membantu anak-anak memperolehi pencapaian akademik yang baik.

89

SOAL SELIDIK PELAJAR PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM PERAK _____________________________________________________________________________________ Soal selidik ini dijalankan bagi memperoleh maklumat berkaitan dengan ‘STATUS SOSIO-EKONOMI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH RENDAH : SATU TINJAUAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI DAERAH HILIR PERAK’. Dapatan daripada soal selidik ini hanya akan digunakan untuk menyiapkan satu Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Diharapkan murid-murid dapat menjawab item-item soalansoalan dalam soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur.

Soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Sila isi maklumat pada ruangan yang disediakan dan tandakan ( √ ) di dalam petak yang sesuai bagi jawapan yang dipilih.

BAHAGIAN A 1. Jantina

: MAKLUMAT DIRI PELAJAR

:

Lelaki Perempuan 2. Umur

: ________ tahun

3. Bangsa

:

Melayu Cina India Lain-lain

4. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (sila tuliskan markah) Bahasa Melayu Pemahaman Bahasa Melayu Penulisan Bahasa Inggeris 90

Matematik Sains Peratus Keseluruhan

BAHAGIAN B

: ___________ %

: MAKLUMAT IBU BAPA

5. Pekerjaan Bapa Bekerja (nyatakan) Tidak bekerja

…………………………………………..

6. Pekerjaan Ibu Bekerja (nyatakan) Tidak bekerja

…………………………………………..

7. Pendidikan Bapa yang paling tinggi Tidak tahu Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sijil/Diploma Ijazah/Sarjana 8. Pendidikan Ibu yang paling tinggi Tidak tahu Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sijil/Diploma Ijazah/Sarjana 9. Pendapatan Bapa RM 4001 dan ke atas RM 1201 – RM 4000 RM 1200 dan ke bawah 10. Pendapatan Ibu RM 4001 dan ke atas 91

RM 1201 – RM 4000 RM 1200 dan ke bawah

BAHAGIAN C

: STATUS SOSIO-EKONOMI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

Sila tandakan ( √ ) pada ruangan jawapan yang dipilih berpandukan skala yang disediakan seperti berikut : 1. SANGAT TIDAK SETUJU 2. TIDAK SETUJU 3. TIDAK PASTI 4. SETUJU 5. SANGAT SETUJU BIL.

( i ) PERBINCANGAN DI RUMAH

1

1.

Ibu bapa saya membincangkan tentang apa yang saya pelajari di kelas.

2.

Ibu bapa saya membincangkan tentang aktiviti-aktiviti sekolah dengan saya.

92

2

3

4

5

3.

Ibu bapa saya membaca surat khabar dan majalah serta menceritakan kepada saya.

4.

Ibu bapa saya membincangkan kesalahan yang saya lakukan dalam kerja-kerja sekolah saya.

5.

Ibu bapa saya membantu dalam kerja-kerja sekolah saya.

6.

Ibu bapa saya bersedia untuk mendengar penulisan yang saya tulis.

7.

Ibu bapa saya akan berbincang selepas saya mendapat keputusan ujian atau peperiksaan.

8.

Ibu bapa saya berbincang tentang program televisyen yang kami tonton bersama.

9.

Ibu bapa saya melatih saya untuk ujian atau peperiksaan yang akan diuji di sekolah.

BIL.

( ii ) PENYELIAAN DI RUMAH

10.

Ibu bapa saya akan memastikan saya menyiapkan kerja sekolah saya.

11.

Ibu bapa saya menghadkan masa saya menonton televisyen pada hari persekolahan.

12.

Ibu bapa saya akan memastikan saya mempunyai tempat khas untuk saya membuat kerja sekolah.

13.

Ibu bapa saya memeriksa semua kerja sekolah yang saya buat.

14.

Ibu bapa saya menyelia aktiviti yang saya lakukan pada masa lapang.

15.

Ibu bapa saya menghadkan masa saya bermain dengan rakanrakan.

16.

Ibu bapa saya akan memastikan rumah sentiasa senyap agar saya boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran.

17.

Ibu bapa saya akan memastikan saya mempunyai jadual waktu belajar di rumah.

BIL.

( iii ) KOMUNIKASI DI RUMAH 93

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

18.

Ibu bapa saya memberitahu saya tentang kepentingan belajar untuk masa depan.

19.

Ibu bapa saya mengingatkan saya untuk tekun belajar.

20.

Ibu bapa saya menggalakkan saya untuk mengambil kelas tuisyen.

21.

Ibu bapa saya menggalakkan dan bersedia membelikan bahan bacaan untuk membantu menambahkan pengetahuan saya,

22.

Ibu bapa saya sentiasa memberi galakan apabila saya mengulangkaji pelajaran.

23.

Ibu bapa saya menggalakkan saya membuat banyak latihan dalam subjek-subjek yang saya pelajari di sekolah.

24.

Ibu bapa saya memberitahu tentang keyakinannya terhadap kebolehan saya. Ibu bapa saya menasihatkan saya supaya berusaha mendapatkan markah terbaik dalam ujian atau peperiksaan.

25. 26.

Ibu bapa saya meluahkan perasaan bangganya apabila saya lulus cemerlang.

27.

Ibu bapa saya memberitahu harapannya untuk melihat saya menjejakkan kaki ke universiti.

28.

Ibu bapa saya berjanji akan memberikan hadiah apabila saya lulus cemerlang dalam ujian atau peperiksaan.

29.

Ibu bapa saya memberikan nasihat dan kesedaran untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan saya.

30.

Ibu bapa saya memberitahu bahawa mereka ingin melihat saya lulus cemerlang dalam ujian atau peperiksaan.

94

95

Rujukan Abdullah Fahim (1995). Rumahku Syurgaku. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Abdul Latif Samian (2001, Ogos 9). Punca Prestasi Lemah. Utusan Malaysia. Hlm.13. Ahmad Sarji Abdul Hamid (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalam Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Pentadbiran Awam Malaysia. Amina Noor (1996). 50 Tips Keluarga Cemerlang. Kuala Lumpur : Darul Nu’man. Anuar Ahmad (1990). Perkaitan Di Antara Latar Belakang Keluarga dan Konsep Kendiri Pelajar Dengan Pencapaian Akademik. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan, Serdang : Universiti Putra Malaysia. Armstrong (2006). Blending Formal and Informal Approaches To Management Learning. Diperoleh pada Januari,3 2008 daripada http://www.open.ac.uk/cetlworkspace/cetlcontent/documents/460d387639636.pdf Arnorld, D.S. & Whitehurst, G.S. (1994). Accelerating Languange Development Through Picture-Book Reading : A Summary of Dialogic Reading and Its Effects. Dalam D.K.Dickensen.(Ed.),Bridges to Literacy Children, Families and Schools, Cambridge, Blackwell, m.s. 103-128. Asiah Ali (1999). Muslimat Pendidikan Kekeluargaan dan Perjuangan. Petaling Jaya Selangor : Syarikat Prema Sdn. Bhd. Asiah Ibrahim (1994). Keluarga Induk Tunggal : Sokongan dan Kualiti Tingkah Laku Keibubapaan. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan, Serdang : Universiti Putra Malaysia. Asmah Ahmad (2003). Pemimpin dan Matlamat Organisasi Pendidikan. Diperoleh Jun 10,2008 daripada http://www.pdfcoke.com/doc/20045645/Pemimpin-DanMatlamat-Organisasi-Pendidikan Ballen, J.& Moles, O. (1994). School-Family Partnerships : Strong Families, Strong Schools. Washington, D.C : Department of Education. Berns, R.M (1993). Child Family Community : Socializations and Support. Fort Worth Harcourt Brace Javanorich College Publisher. Bloom, B.S. (1964). Stability and Change of Human Characteristics. New York : Wiley.

79

Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology of Human Development. Cambridge Harvard University Press. Bronfenbrenner, U. (1979). Ecological System Theory. Annals of Child Development, 6, 187-249. Candis, Y.H. (2003). The Home Enviroment of Gifted Puerto Rican Children. Diperoleh Mac 3, 2008 daripada http://www.ncela.gwu.edu/ncbepubs/symposia/third.html Campbell, J.R. (1994). The Differential Effects of Family Processes and SES on Academic Self-Concept and Achievement. Diperoleh Julai 28, 2008 daripada http://www.ncela.gwu.edu/pathways/asian/gifted.htm Campbell, J.R. (1994). Inventory of Parential Influence (IPI), Parent Version. Diperoleh Julai 20, 2008 daripada http://www.rohan.sdsu.edu/mstover/tests/touliators/html Clark, R.M. (1993). Homework-Focused Parenting Practices That Positively Affect Student Achievement. In N.F. Chavkin (Ed). Families and School in a Pluralistics Society : 85-106. Coleman, J.,Campbell, E., Hobson, C.,McPartland, J.,Mood, A.,& Weinfield, F. (1996) Equality of Educational Opportunity. Washington, DC : US Department of Health, Educational and Welfare. Comer, J.P. (1998). Educating Poor Minority Children. Scientific American,259,(5),42-48 Cooper, H.M. (1989). Homework. New York : Longman. Derrick-Lewis, S.M. (2001). Parental Involvement Typologies Related to Student Achievement. Disertasi Ph.D. East Tennessee State University. Doris, D. (2000). Supporting Parent, Family and Community Involvement in Your School. Diperoleh pada Mei 20,2008 daripada http://www.wnel.org/csrdp/ family.pdf Eagle (1989). Parent Involvement and Student Achievement. Diperoleh April 3, 2008 daripada http://www.sdcoe.k12.caus/notes/51/partsu.html Epstein, J.L. (1986). Parents Reactions to Teacher Practices of Parent Involvment : Elementary School Jurnal,86,93-227. Epstein, J.L. (1987). Parent Involvement : What Research Says to Administration. Education and Urban Society,19(2),119-136. Epstein, J.L. (1994,October-November). Perspectives and Previews on Research and Policy for School,Family and Community Partnerships. Paper and presented

80

at the Family-School Links Conference, Pensylvania State University. Faaland et al. (1991). Developmental Biological. Diperoleh Mei 10,2008 daripada http://www.patentstorm.us/patents/7101709.html Fehman, P.G. Keith, T.Z.& Reimers, T.M. (1987). Home Influences on School Learning: Journal of Educational Research 806:330-337. Grissmer,& David, W. (1994). Student Achievement and the Changing American Family. Santa Monica, CA:Rand. Hassan Mohd Ali (1996). Siri Keluarga Mithali Utusan-Akrab:Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hashim Yaacob (2004). Buli dan Kecemerlangan Pelajar. Utusan Malaysia. Hashima, Y.& Amato, P.R. (1994). Proverty, Social Support and Parental Behaviour. Child Development.65,394-403. Hazil Abdul Hamid (1990). Sosiologi dalam Perspektif Pembangunan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Henderson, A.T.& Berla, N. (1994). The Family is Critical to Student Achievement. Washington, D.C.U.S. Department of Education. Laman web : http://eric.web.tc.columbia.edu/families/strong/sfp.html Hess, R.D. & Holloway, S.D. (1984). Family and School as Educational Institutions. Review of Child Development Research,(7),179-222. Hishammuddin Hussein (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ishak Sin (2003). Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita. Diperoleh April 29,2008 daripada http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_07.pdf Ismail Ibrahim (2002). Disiplin Keluarga Jadi Penentu. Diperoleh pada Jun 15, 2008 daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.php3?id=37 Ismail Zain (2002). Motivasi Membina Aras Harga Diri. Diperoleh pada Jun 15, 2008 daripada http://www.tutor.com/tutor/dunia.asp?=0617 Jenkins, P.H. (1995). School Delinquency and School Commitment. Sociology of Edcation, 68,3,221-39.

81

Kamarulzaman Kamaruddin (2003). Psikologi Perkembangan-Teori dan Konsep. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. Keith, T., Keith, P., Troutman, G.C., Bickley, P.G., Trivette, P.S., & Singh, K. (1993). Does Parental Involvement Affect Eight Grade Student Achievement? School Psychology Review 22(3),474-496. Kusum Singh (1995). The Effects of Four Components of Parental Involvement on Eight-Grade Student Achievement : School Psychology Review 24(2),299-317. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001-2010).Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Diperoleh Januarai 10,2008 daripada http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/746_Ringkasan%20Pem bangunan%20Pendidikan%202001-2010.pdf Leler, H. (1983). Parent Education and Involvement in Relation to the School and to Parents of School-Aged Children. Parent Education and Public Policy, NJ : ABLEX Publishing Co. Maehr (1996). Transforming School Cultures. Diperoleh pada Jun 11,2008 daripada http://www.amazon.com/Transforming-School-Cultures-LivesContext/dp/081332744X Maeroff, G.L. (1998). Altered Dstinies : Making Life Better for Children in Need. Phi Delta Kappan, 424-432. Marjoribanks, K. (1994). Family and School Enviroment. International Journal of Educational Research, 21,1-6. Maslow Abraham, H. (1998). Maslow on Management. United States of America : John Wiley & Sons, Inc. Mohamad Daud (1994). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Kormain Hasyim (1999). Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Anak-anak. Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Tobat Omar (1989). Sikap dan Penglibatan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan dan Kemajuan Pelajaran Pelajar-pelajar SMK Simunjar, Sarawak. Tesis Sijil Perguruan Khas,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mucha, L. (1987). Attitudes and Achievement Effects of Mathematics Homework Games On Second Grade Students and Their Parents (ED 283 698). Muhyiddin Mohd Yassin (2009). Bengkel Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan

82

Pendidikan, 2006-2010. Diperoleh pada Ogos 12, 2009 daripada http://www. pmo.gov.my/tpm/?frontpage/speech/detail/1539 Muller, C. (1995). Maternal Employment, Parent Involvement and Mathematics Achievement Among Adolescents. Journal of Marriage and the Family, 57,85-100. Noraini Abdul Aziz (1994). Pengaruh Cara Gaya dan Sikap Ibu Bapa ke atas Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan,Serdang : Universiti Putra Malaysia. Nicholson, T. & Gallenne, G. (1995). Struggle Town Meets Middle Town : A Survey of Reading Achievement of Adolescents. Journal of Research and Development in Education Studies, 30,15-23. Perancangan Strategik 2005-2010. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Diperoleh Mac 14,2008 daripada http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my Raden, N. William, E. & Coggins, K. (1993). Paternal Involvement in Child-Bearing and the School Perfomance of Native American Children : An Exploratory Study. Family Perspectives, 27,4,375-391. Raja Nazrin Shah (2009, Ogos 18). Empat Aspek Tingkat Sistem Pendidikan. Utusan Malaysia. Hlm. 16. Riley, R.W. (1997). Invite America Back to Your School this Year. Principal,pp.30. Reynolds, A.J. (1992). Comparing Measures of Parental Involvement and Their Effect on Academic Achievement. Early Childhood Research Quartely. Robiah Sidin (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rozumah Baharudin, Rohani Abdullah & Yew Saw Bee (1996). Sosio-economic Status, Home Environment and Preschool Children’s Mental Abilities. Akademika, 49,95-106. Rozumah Baharudin (1999). Institut Keluarga Islam di Malaysia Fungsi dan Kesejahteraan, Serdang : Universiti Putra Malaysia. Sattes, B. (1985). Parent Involvement : A Review of the Literature. Chaeleston, WV : Appalachia Educational Laboratory. Shek, D.T.L. (1995). Chinese Adolescents Perceptions of Parenting Styles of Father and Mothers. Journal of Genetic Psychology, 156,2,90-175.

83

Syarifah Mohd Nor (1992). Faktor Latar Belakang Keluarga yang Berkaitan dengan Pencapaian Akademik Murid Darjah Satu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Universiti Sains Malaysia,2,61-69. T. Marimuthu (1990). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ussem, E.L. (1991). Student Selection into Course Sequences in Mathematics : The Impact of Parental Involvement and School Policies. Journal of Research on Odolesence (1),231-250. Wherry, J.H. (1998). Selected Parent Involvement Research. Diperoleh pada Mei 15, 2008 daripada http://www.par-inst.com/resource/research.htm Zainal Kling (2000). Gejala Sosial : Permasalahan dan Pendekatan Menangani dari Sudut Pandangan Akademik : Kertas Kerja yang Dibentangkan di Simposium Kaunseling Pemimpin Belia Negara (22 April,2000). Pusat Belia Antarabangsa Cheras : Yayasan Nurul Yaqeen, Persatuan Mahasiswa Anak Johor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin (1999). Perkaitan di antara Faktor Sosio Ekonomi dan Pencapaian Akademik Anak. Jurnal Kebajikan,21,2,1-6.

84

Related Documents


More Documents from "rambo"

Surat Tawaran Master
June 2020 8
May 2020 27
May 2020 45