Dikir Barat ( Kumpulan Pengakap sesi petang) Lirik dan gubahan : Pn. Rafidah Darus Adaptasi Lagu ; Ulik Mayang, Penawar Rindu dan Ewa -Ewa Bulan. ( Ikut rentak lagu Ulik mayang) Assalamualaikum , salam hamba kami mulakan Hidup muafakat sesama insan, jangan abaikan Ikatan mulia, moga hidup aman bahagia c/o Hayatilah Rukun Negara Hormatilah bendera Negara Perpaduan tonggak utama Negara berdaulat Malaysia jaya c/o Indah nian pohon menghijau Harum baunya menikam kalbu Alam sekitar harus dijaga Supaya kekal selama-lama c/o Taat setia pada Negara Pupuklah semangat waja Hapuskan musuh durjana Malaysia bumi bertuah ( ikut rentak lagu Ewa- Ewa Bulan) Tukang karut Ewa buley, ewa buley Ewa buley teraju tigo ( ramai ) Mari temey, mari semuo Kita dengar hai dikir barat c/o Ari ini ambo nak cerito ambo nak pesan, ambo nak peringat
c/o Dadah itu musuh utamo Jangan sekali cuba nak hisap c/o Kalau teman isaplah dadah Nanti jadi bangkau bernyawa c/o Jangan teman suka menipu Nanti hidup jadi tak berkat C/o Hidup mesti bekerja samo Jange asyik nak cari musuh c/o Hormatilah sesame insane Jangan asyik nak ngato ore c/o Sayangilah sesame inse Barulah dipande mulio c/o Nilai murni ajare mulio Same inget sama ame amalkan c/o ambo nak mintakla maaf andai hambo terkasar bahasa c/o Cukuplah setakat ini Ambo nak mintalah diri