DIKIR BARAT DISEDIAKAN OLEH : SHARTINA RAN NURUL AIDA SUKRI
ISI KANDUNGAN Pengenalan Asal-usul Watak-watak
Alat muzik Unsur muzik
PENGENALAN • Teater
tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Patani di selatan Thai. • Terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara . Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti oleh awok- awok(korus) sebagai suara latar yang kuat dan lantang. • Menurut Tan dan Matusky (1998), Dikir barat merupakan sebuah persembahan muzik instrumental dan puisi dinyanyikan. • Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun pertandingan.
KONTEKS
• Mengikut gaya lama, persembahan dikir barat mengutamakan tema yang
melibatkan kehidupan seharian orang tempatan dengan unsur-unsur lucu. • Tema masakini masih mengekalkan unsur tempatan tetapi memaparkan topik semasa mengenai ekonomi, politik, pendidikan dan perpaduan sosial. • Lazimnya dikir barat yang dipersembahkan di televisyen mendidik masyarakat tentang kebajikan, kesihatan dan isu sosial.
ASAL USUL Setiap kumpulan dikir akan mempercayai tentang asal-usul permainan ini melalui yang apa yang diperturunkan oleh gurunya. Terdapat lima pendapat asal usul Dikir Barat: a) Berasal dan Selatan Siam b) Berasal dari Pulau Kerengga c) Berasal dari ilham budak-budak penjaga lembu d) Berasal dari Pulau Tebu e) Berasal dari ciptaan Mak Leh Tapang
PERSEMBAHAN •Terdiri dari 15-30 orang •Sebelah malam •Bertabuh-menandakan persembahan bermula •Juara memulakan melodi diikuti awok-awok •Tukang karut mengambil alih -- selingan--bobby •Juara menyanyi wau bulan sebagai penutup
WATAK-WATAK TUKANG KARUT • Orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu
persembahan. • Seorang tukang karut yang baik mesti mempunyai kemahiran mencipta lirik, menyusun idea spontan yang sesuai dengan tema. • Kebolehan seseorang tukang karut melagukan sesuatu melodi dan tema yang tertentu akan menetapkan mereka dengan identiti yang tersendiri • misalnya Seman bin mamat dapat membawakan lagu karut Wau Bulan dengan baik dan berkesan, dan dia terkenal dengan gelaran Seman Wau Bulan. • Tukang Karut memerlukan idea spontan semasa menyanyi
• Nama-nama besar tukang karut yang lain ialah Dolah Kulat Malam,
Awang Ikan Duyung.
JUARA (TOK JORA) • watak kedua penting dalam persembahan.
• orang yang memulakan nyanyian dalam persembahan. • menentukan tema persembahan melalui lagu awalnya. • nada sedih dan mendayu • lagu tanpa meter • Di antara juara yang terkenal adalah Yusof kelong dan Salleh Jambu. • Pada waktu yang tertentu, juara juga terpaksa mengarut sewaktu menunggu ketibaan tukang karut.
AWOK-AWOK • sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir barat. • Kebiasaannya awok-awok terdiri dari pemuda-pemuda belasan tahun
dan kerana faktor usia inilah mereka digelar ‘ budok-budok dikir’ • Gelaran awok-awok ini adalah sempena nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah bot yang diketuai oleh seorang juragan. • Tugas awok-awok ini ialah mengikut atau mengulangi lagu secara beramai-ramai disambil bertepuk tangan dan membuat formasi badan. • bilangan awok-awok terhad bilangannya iaitu 12 hingga 40 orang. • Awok-awok tidak boleh diambil sembarangan, mereka yang tidak cekap dan kurang berpengalaman akan memberikan kesan yang negatif kepada kumpulan.
Rebana ibu dan anak
Canang
Marakas Gong Tawak
ALAT MUZIK REBANA • Alat muzik asas yang masih digunakan ialah dua alat muzik rebana mengikut saiz yang dipanggil rebana ‘ibu’ dan rebana ‘anak’. • Kedua genre ‘membranofon’ mengikut Van Bostel (1994), diletakkan menegak dan kulitnya dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain. • Timbre asas yang dihasilkan oleh pemain rebana ialah ‘tak’ dan ‘dung’. Alat rebana ibu dan anak menghasilkan rentak tertentu. • Pemain rebana ibu memainkan rentak utama sementara pemain rebana anak memainkan rentak yang ‘meningkah’ rentak rebana ibu.
TETAWAK •Alat ‘idiofon’yang digunakan dalam ensemble ialah ‘tetawak’ . • Tetawak merupakan gong besar yang berbusut (knobbed gong). • Gong ini digantung dan pukul pada busut dengan pemukul yang berbalut dengan getah. • Tetawak dimainkan pada setiap bit yang ke 4.
CANANG Canang iaitu alat gong-chime, terdiri daripada dua buah gong kecil yang berbusut yang menghasilkan satu pic tinggi dan satu pic rendah.
MARKAS • Marakas ialah yang dipinjam daripada muzik popular barat.
• Alat idiofon ini terdiri dari sebuah labu yang berisi kekacang yang akan menghasilkan bunyi apabila alat itu digoncangkan.
a) Rebana Anak : Berperanan memainkan rentak dikir barat dan saling bertingkah dengan rebana ibu. b) Rebana Ibu : Berperanan memainkan rentak dikir barat dan saling bertingkah dengan rebana anak. Rebana ibu selaku alat muzik utama dan selalu melakukan ‘adlib’. c) Gong : Sebagai penanda masa d) Canang : Memberikan warna kepada rentak dikir barat, memainkan bit yang berterusan e) Marakas: Menambahkan warna kepada rentak dikir barat, memainkan bit berterusan dan juga boleh dimainkan untuk nilai not yang panjang atau penghujung lagu.