Dasar Pembangunan Nasional

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Pembangunan Nasional as PDF for free.

More details

  • Words: 623
  • Pages: 17
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Disediakan oleh: FUSION FORWARD Ibrahim bin Md. Ariff Ananthy a/p Retnam Shahnaz Rakhmat Norhayati bt. Yusof Chan Kar Weng Dharmeziyana bt. Daud Sumali bin Marman Zahira bt. Mohd. Radzi Nur Fariha bt. Jailani Noraini bt. Razali

SOALAN BAHAGIAN II 3.

Dasar Pembangunan Nasional mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru. Walau bagaimanapun, ia mengandungi beberapa dimensi bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Nyatakan dimensi-dimensi yang dimaksudkan itu.

1. 2. 3. 4.

PENGENALAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Menggantikan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tempoh pelaksanaan dari tahun 1991-2000. Objektif utama: Melahirkan perpaduan di kalangan masyarakat, mewujudkan kestabilan sosial dan politik, pembangunan ekonomi yang berterusan.

DIMENSI-DIMENSI BARU BAGI MEMBASMI KEMISKINAN DAN MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT 1. 2.

3. 4.

Pembasmian Kemiskinan. Pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penglibatan Sektor Swasta. Pembangunan Sumber Manusia.

1. PEMBASMIAN KEMISKINAN 1. 2. 3. 4.

Sasaran: Golongan termiskin dan kemiskinan mutlak. Berpendapatan 50% atau kurang daripada pendapatan Garis Kemiskinan. Masih berperanan mengurangkan kemiskinan relatif. Memberi perhatian kepada golongan minoriti seperti Orang Asli dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

2. PEMBANGUNAN SEBUAH MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA (MPPB) 1. 2.

3.

Penekanan kepada pewujudan guna tenaga dan pembangunan pesat. Tumpuan kepada penyertaan golongan Bumiputera dalam sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Memberi pendedahan terhadap teknologi moden kepada golongan Bumiputera agar lebih berdaya saing.

3. PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA Digalakkan melibatkan diri secara aktif dan agresif di dalam projek pembangunan negara. 2. Mewujudkan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor ini berkembang melalui permajuan sistem perladangan secara komersial . 3. Sektor swasta digalakkan memberi latihan perindustrian untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan daya cipta tenaga buruh 1.

4. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1.

2.

3. 4.

Tujuan: Mencapai pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama dan meningkatkan produktiviti. Pembangunan tenaga buruh luar bandar supaya memasuki pasaran buruh yang berorientasikan teknologi. Memastikan bekalan tenaga mahir mencukupi selaras dengan pembangunan. Penempatan sumber manusia yang sepadan dengan bidang kepakaran masing-masing.

STRATEGI PELAKSANAAN Bagi mendukung dan menyokong pelaksanaan dimensi-dimensi baru di dalam DPN, kerajaan telah mengatur beberapa strategi agar pelaksanaannya berjalan lancar. 2. Antaranya ialah: 1.

STRATEGI PELAKSANAAN 1. -

-

Keseimbangan Pembangunan Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih samarata dan membantu di antara satu sama lain. Sektor industri berat, peranan swasta dan pelabur asing dapat mengimbangkan dan menggalakkan pertumbuhan pembangunan ekonomi.

STRATEGI PELAKSANAAN 2. -

-

Keseimbangan Sosio-ekonomi DPN menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan ekonomi secara lebih saksama. Meningkatkan penyertaan Bumiputera ke peringkat jawatan tinggi dalam sektor swasta dan menggalakkan penyertaan bukan Bumiputera dalam sektor awam pada peringkat pertengahan dan tinggi.

STRATEGI PELAKSANAAN 3. -

-

Integrasi Kaum DPN menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang yang luas. Garis pemisahan pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

STRATEGI PELAKSANAAN 4. -

-

Tenaga Mahir DPN memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang mahir, berdisiplin dan produktif. Menyusun semula guna tenaga dan mewujudkan sumber manusia mahir dengan membina lebih banyak pusatpusat latihan teknikal.

STRATEGI PELAKSANAAN 5. -

-

Pendidikan Sains Dan Teknologi Meningkatkan budaya sains dan teknologi di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menggalakkan lebih banyak R&D. Aspek penekanan pendidikan dan latihan diutamakan sebelum bantuan diberikan.

STRATEGI PELAKSANAAN 6. -

-

Alam Sekitar DPN memastikan dalam mencapai pembangunan ekonomi ke arah negara maju, perhatian yang sewajarnya diberikan kepada pemeliharaan alam sekitar dan ekologi. Dalam jangka masa panjang pembangunan ekonomi haruslah selari dengan penjagaan alam sekitar.

Kesimpulannya, dimensi-dimensi baru yang diwujudkan di bawah Dasar Pembangunan Nasional bukan sahaja bertujuan membangunkan dan memajukan ekonomi negara dan meningkatkan taraf sosial masyarakat, tetapi juga membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan berdaya saing menjelang Wawasan 2020.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Related Documents